"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Susulan Lima Pemimpin UMNO Negeri Terlibat Politik Wang, Bahagian Paya Besar Gesa Agar Menteri Besar Pahang Meletakkan Jawatan


KUANTAN [7.45 pm] - Susulan lima pemimpin UMNO Pahang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam, nampak kemelut parti itu kini semakin bertambah parah pula. Ia berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang menggesa supaya Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab tersebut. Ini kerana daripada lima yang terlibat empat daripadanya adalah merupakan Wakil Rakyat. Tambahan pula ia melibatkan bahagian yang sama iaitu Paya Besar yang diketuai olehnya. Ahmad Tajuddin yang juga merupakan bekas ADUN Lepar menyelar penglibatan pemimpin UMNO bahagian itu yang secara tidak langsung menjejaskan imej serta maruah parti berkenaan. Semalam Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg.Lembing), Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh (ADUN Lepar)dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar (ADUN Panching) telah diberikan amaran semalam.

Menurut Ahmad Tajuddin, semua pemimpin terbabit sebenarnya mendapat "lesen" daripada Menteri Besar selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri untuk melakukan aktiviti rasuah tersebut. Tambahan pula dipercayai Datuk Manan adalah merupakan "proksi Adnan". Namun, beliau akhirnya ditewaskan oleh Ahmad Tajuddin yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila meletakkan jawatan beliau selakuSetiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Malah beliau selepas itu telah banyak membuka "fail-fail sulit" tentang penjualan tanah-tanah milik UMNO kepada bangsa lain seperti yang pernah disiarkan oleh media arus perdana sebelum ini. Beliau khabarnya tidak berpuas hati dengan MB kerana "memancung" karier politik beliau yang semakin memuncak. Tindakan Adnan yang memberikan kerusi DUN Lepar kepada calon lain amatlah tidak disenangi oleh Ahmad Tajuddin. Beliau akhirnya merangka strategi untuk memalukan Menteri Besar Pahang itu. Hasilnya, beliau menang dalam perebutan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian terbabit. Ini memalukan Adnan dan amat mengecewakan Manan yang merupakan Ahli Parlimen kawasan terbabit. Kini wakil rakyat itu tidak memiliki sebarang jawatan lagi dalam UMNO bahagian Paya Besar setelah ditumpaskan oleh Ahmad Tajuddin dalam pemilihan lalu.

[Apakah tindakan Ahmad Tajuddin ini menggambarkan sudah mula wujudnya perpecahan besar dalam UMNO Pahang agaknya. Kami masih menantikan jawapan jujur dari Menteri Besar Pahang tentang desakan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar ini. Kami melihat Ahmad Tajuddin kini seolah-olah sudah mendapat "lampu hijau" daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan Adnan Yaakob. Jika beliau tidak berhati-hati dan membiarkan senario ini terus berlaku maka kempimpinan Adnan bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Keretakan yang berlaku ini bakal membuka ruang untuk Pakatan Rakyat terus "mengganyang" UMNO Pahang sebenarnya. Bahkan kami juga sedang menyiasat beberapa perkara dan fail yang melibatkan Ahmad Tajuddin untuk didedahkan dalam masa terdekat ini].   

 http://pahangdaily.blogspot.com/

Unity Government: Apakah Tok Guru Nik Aziz Dikelirukan?

MUNGKIN saya silap, tetapi saya tidak percaya kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak faham atau begitu lemah untuk membezakan di antara kerajaan campuran dengan unity government – kerajaan perdamaian/perpaduan.

Ia bunyi sama tetapi sebenarnya berbeza. Sebagai seorang ulama dan bertaraf mursyidul, Nik Aziz tentu sekali arif mengenai isi dan pengertian istilah ini. Mursyid ialah orang yang arif dalam ilmu keagamaan, bijaksana, fatanah dan mampu berijtihad sendiri.

Tok Guru juga tahu bahawa ada perbezaan atau faraknya antara kerajaan campuran dengan 
unity government. Kerajaan campuran (dalam konteks ini Pas dengan Umno) kedua parti itu bergabung membentuk kerajaan dengan tujuan untuk berkuasa atau mendapatkan kuasa. Itulah fahaman secara mudah mengenai kerajaan campuran walaupun natijahnya lebih besar dan bermanfaat dari itu.

Manakala unity government seperti mana dilontar dan cuba difahamkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang – untuk mendapat feed back bagi mengagaskan kerajaan perpaduan yang tidak ada pembangkang.

Maksud perwujudkannya untuk menenangkan keadaan bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang sama-sama memberi fokus kepada menyelesaikan masalah semasa rakyat yang terdesak seperti ekonomi, keselamatan, sosial dan lain-lain. Unity government bukan bermaksud untuk mendapatkan kuasa atau berkuasa atau gila kepada kuasa, namun sama-sama berusaha mencari kebaikan bersama.

Ertinya kerajaan perdamaian ini, (dalam konteks ini UBN) disokong oleh pembangkang. Pembangkang itu bukan bermaksud Pas saja tetapi termasuk juga PKR, DAP dan bebas. Tanpa pembangkang bergabung secara langsung dengan mereka. Lebih mudah lagi pembangkang tidak akan membangkang seperti hari ini melainkan akan membangkang jika kerajaan UBN tergelecah dari dasar-dasar yang tidak boleh dipersetujui Pas mengikut ideologi parti-parti pembangkang. Kalau Pas tentulah yang tergelecah daripada Quran, Hadis dan Ijmak Ulama itu. Maknanya sekiranya kerajaan itu menentang hukum Allah ia tetap akan ditentang.

Abdul Hadi tentu ada asas dan hujahnya untuk melontar idea demikian. Beliau tidak saja-saja syok sendiri tetapi menyelongkari sejarah silam dan berpegang kepada mana-mana sirah. Apakah beliau melontar formula itu selepas melihat kepada semangat perjanjian Hudaibiyah yang pernah ditanda tangani antara orang Islam dan orang kafir Makkah?

Umum sedia maklum perjanjian Hudaibiyah yang dilaksanakan di bawah pokok di Hudaibiyah itu memberi keuntungan bersama antara orang Islam dan bukan Islam. Dengan termeterainya perjanjian itu menyebabkan orang Islam dibenarkan memasuki Makkah tanpa membawa senjata kecuali yang bersarung.

Dengan termenterainya perjanjian itu orang-orang Islam dapat semula berjumpa dengan sanak saudara mereka di Makkah yang terpisah sebelum itu.

Perjanjian itu juga membuka ruang kepada kedua pihak untuk merancang dan membangun perpaduan dan kemajuan untuk kepentingan bersama atas semangat insan sejagat. Dalam erti kata lain perjanjian itu menguntungkan kedua pihak walaupun bukan atas sifat selama-lamanya hanya 10 tahun saja.

Mungkin atas semangat dan intipati perjanjian Hudaibiyah inilah maka Abdul Hadi mendapat ilham untuk melontarkan ideanya itu. Itu pun bukan untuk diterima tetapi untuk dibincang secara lumat terlebih dahulu. Tidak ada maksud beliau cuba menolak konsensus yang diambil pada muktamar di Ipoh pada tahun lalu berhubung pembentukan kerajaan bersama Umno.

Jelas maksud, falsafah dan hikmahnya terlalu mudah. Rasanya ahli peringkat bawahan yang meligamkan kitab sejarah Islam tahu akan segala ini. Tetapi kenapa Nik Aziz seakan begitu complicated untuk mengerti atau rumit cuba memahami formula Abdul Hadi itu?

Lebih malang lagi kata-kata yang dikutip daripada Nik Aziz oleh media massa berhubung perkara itu menunjukkan penentangan totalnya kepada pandangan Abdul Hadi itu. Sekali lagi saya merasakan bukan begitu sebenarnya sikap Tok Guruku itu tetapi melainkan kenyataannya digetus demikian rupa oleh media massa untuk menampakan berlaku perkidasan fikrah antara keduanya.

Nik Aziz juga tidak payah lagi mengulangi sikap dan pendiriannya yang serik dengan Umno. Perulangan menampakkan keegoannya sebagai ulamak. Sikap ini adalah sikap konsistennya sejak dulu. Orang Pas juga terima pendirian tidak mahu dipatuk ular bernama Umno dua kali. Rasanya orang Pas tidak begitu benak untuk memahami ini. Abdul Hadi Awang juga rasanya tidak begitu babil untuk bersedia dipatuk ular bernama Umno sekali lagi walaupun ada orang Pas yang nampaknya senang berjinak dengan ular lain yang pernah dua kali mematukPas.

Secara perbadi saya beryakinan penuh Tok Guru Nik Aziz bukan tidak memahami hasrat dan maksud Abdul Hadi itu. Beliau faham kerana mereka dari mazhab sama dan membaca sejarah sama! Tetapi kenapa berlaku pertentangan ini saya nampak kerana ada salah faham dalam memahami perkara ini, itu saja.

Kemungkinan Nik Aziz tidak membaca sendiri pandangan Abdul Hadi dan hanya mendengar kupasan daripada orang lain. Kalau ini berlaku ini silap Tok Guru Nik Aziz. Sepatutnya beliau panggil Abdul Hadi untuk mendapat penjelasan menyeluruh. Apakah menjadi satu dosa untuk beliau memanggil Abdul Hadi bagi meminta penjelasan dulu sebelum membuat kupasan umum?

Perkadasan ini timbul mungkin juga ia disengajakan ataupun Tok Guru memahaminya dari penjelasan yang silap. Saya tidak percaya kalau beliau mendapat taklimat sebenar mengenai unity governmentitu beliau akan komen dengan begitu keras sekali sampai membangkitkan yang beliau ada nakhoda Pas.

Saya rasanya beliau sengaja diberikan maklumat yang salah untuk membolehkan Tok Guru berkenaan membelasah presiden Pas. Ada tujuan dan gunanya kalau Mursyidul Am membelasah Presiden Pas. Apa yang hendak ditonjolkan dengan situasi itu presiden sudah tidak popular dan mempunyai pandangan selari dengan Mursyidul Am Pas. Inilah yang nampaknya dicari dan diharapkan atas kesengajaan itu!

Persoalan di sini, kalau Tok Guru tidak faham dan jelas mengenaiunity government itu, dimanakan para penasihatnya? Apakah para penasihat politiknya khususnya setiausaha politik tidak menjelaskan duduk perkara sebenarnya? Ataupun setiausaha politik memang jahil mengenai hal ini ataupun memang sengaja memberi penjelasan yang salah atas sebab-sebab tertentu misalnya disudah dirasuk sang oportunis!

Elok kalau setiausaha politik Nik Aziz itu tampil memberi penjelasan sebenarnya tentang sejauh manakah kefahamannya mengenai unity goverment ini bagi mengelak timbul salah tanggap kepada kerja-kerjanya. Perlu.  

Alahai Ali Rustam, Bercakap Macam Orang Tak Sekolah!

Siaran berita TV3 jam 8.00 malam sebentar tadi menyiarkan satu berita menarik dari Melaka. Ianya mengenai penghantaran memorandum oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka ke Pejabat Ketua Menteri selepas solat Jumaat petang tadi yang meminta Ali meletak jawatan Ketua Menteri. Juga dipaparkan dalam TV3 bagaimana selepas penghantaran memorandum itu, kereta yang membawa Timbalan Ketua AMK Melaka itu diserbu dan dibaling dengan objek menyerupai batu oleh penyokong-penyokong Ali yang berdemonstrasi membantah penghantaran memorandum itu. Wah, UMNO Melaka merusuh lagi, kata saya kepada isteri di sebelah! Akhir sekali disiarkan juga komen Ali Rustam terhadap penghantaran memorandum itu.

Memandangkan berita ringkas itu sangat menarik perhatian saya, saya cuba mencari berita lanjut dalam beberapa akhbar online, sama ada milik pemerintah, pro-pembangkang atau berkecuali, malangnya saya tidak menemuinya. Mungkin beritanya ada terselit di mana-mana, tapi saya tidak terperasan mengenainya.

Yang menarik perhatian saya dalam siaran berita dari Melaka itu ialah pertama, cara UMNO Melaka menghadapi situasi yang menyentuh ketua mereka. Sebelum ini mereka merusuh di PWTC, lepas itu merusuh di depan pejabat SPRM Melaka dan kini merusuh di pejabat Ketua Menteri pula. Dulu mereka kata ‘demonstrasi bukan budaya kita’, tapi kini bila terkena batang hidung sendiri slogan itu sudah ditukar kepada ‘demonstrasi perlu jika kami yang kena’.

Yang kedua, saya tertarik kepada komen Ali yang berkata gesaan beliau meletak jawatan merupakan satu gimik politik pembangkang yang tidak perlu dilayan. Dia seterusnya berkata mengapa Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengapa Anwar Ibrahim yang juga pernah dipenjarakan boleh menjadi Ketua Pembangkang.

Saya tergelak sehingga tersembur keluar kopi pahit dimulut mendengar komen Ali itu. Lawak sungguh Ali Rustam, cakap macam budak pendek akal! Memang benar Lim Guan Eng pernah masuk penjara kerana membela budak perempuan Melayu 14 tahun yang dikatakan diperkosa oleh Rahim Thamby Chik. Tetapi Lim Guan Eng telah membayar harga ‘kesalahan’nya membela budak perempuan itu dengan meringkuk 18 bulan dalam penjara. Begitu juga dengan Anwar yang telah membayar harga ‘kesalahannya’ dengan meringkuk di penjara selama 7 tahun.

Ali Rustam pula didapati bersalah oleh partinya sendiri, tetapi sudahkah dia membayar harga kesalahannya dengan meringkuk di penjara seperti Guan Eng dan Anwar? Jika Ali hendak menyamakan takdirnya dengan Guan Eng dan Anwar mudah saja: rujuk kes ini ke mahkamah dan jika di dapati bersalah masuklah beberapa tahun dalam penjara. Selepas keluar, beliau bolehlah jadi Ketua Menteri semula. Jika Ali berani berbuat demikian, barulah dia boleh menyamakan dirinya dengan Guan Eng dan Anwar.

Benar kata isteri saya: Ali Rustam bercakap macam orang tak sekolah!

http://pendikargunung.blogspot.com


PRK BUKIT SELAMBAU : MASALAH CALON SELESAI --Manikumar - Sebenarnya calon pilihan ramai...

  

Media menggembar-gemburkan bahawa terdapat penentangan hebat terhadap pemilihan Manikumar sebagai calon PKR di DUN Bukit Selambau, tetapi hakikatnya ianya hanyalah perkara kecil yang telahpun diselesaikan.

2 hari lepas beberapa pengundi India di DUN tersebut menyatakan rasa tidak puashati dengan pemilihan Manikumar, 35 yang mereka sifatkan masih muda dan tidak dikenali di Bukit Selambau.

Namun selepas mereka meneliti latar belakang dan asal usul Manikumar mereka bersetuju dan akur dengan pemilihan beliau yang mereka sifatkan berpendidikan tinggi, berhemah dan berintegriti. Malah Manikumar juga amat disanjungi oleh penduduk setempat.

Manikumar lulusan sarjana dari UUM fasih berbahasa Malaysia, Tamil, Inggeris dan Sepanyol. Beliau adalah seorang usahawan berjaya selain mempunyai hubungan baik dengan rakyat akar umbi.

Anak muda sudah tentu akan terus memberikan sokongan kepada Manikumar yang baru berusia 35 tahun dan pasti mengetahui kehendak dan idealisme anak muda berbanding calon BN yang sudah 'expired'.

Berlainan dengan calon BN, Ganesan yang disifatkan calon 'recycle' yang merupakan bekas ADUN dan sudah berumur. Lebih teruk lagi Ganesan sebenarnya jelmaan Samy Vellu kerana beliau merupakan orang kuat Samy Vellu dari dahulu lagi. Rakyat memang membenci Samy Vellu dan dengan sendirinya Ganesan terpalit sama.

Pemilihan Ganesan sebagai calon BN disifatkan oleh rakyat Bukit Selambau sebagai memberikan kemenangan percuma kepada PR kerana MIC semenangnya sudah tidak relevan kepada rakyat malah Ganesan sendiri juga tidak relevan kepada rakyat kerana hubungan akrabnya dengan Samy Vellu.          
http://kedahlanie.blogspot.com/

UMNO boleh hilang kredibiliti - Dr. M

PETALING JAYA 20 Mac - UMNO akan hilang kredibilitinya jika membenarkan orang yang didapati bersalah dalam politik wang bertanding pada pemilihan parti itu.

Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika Panel Rayuan parti menerima permohonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk bertanding pada pemilihan UMNO nanti, ia satu keputusan yang tidak wajar.

"Salah tetap salah, bukan kita tidak boleh mendengar rayuannya tetapi jika keputusan diubah maka ia satu keputusan tidak wajar dan orang akan mempertikaikan keputusan itu," jelasnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Sahoca yang disempurnakan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Kelana Jaya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai rayuan Mohd. Ali kepada Panel Rayuan berhubung keputusan Lembaga Disiplin mendapatinya bersalah melanggar tata etika parti berhubung politik wang, Selasa lalu.

Bagi Dr. Mahathir, layanan berbeza yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO ke atas Mohd. Ali Rustam dan calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga boleh dipertikaikan.

Melalui tindakan itu, katanya, UMNO perlu bersedia dengan kemungkinan menghadapi perpecahan atau ditolak rakyat.

"Tindakan itu merendahkan kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO.

"Jika UMNO tidak sanggup mengambil langkah yang drastik untuk menunjukkan bagaimana serius usaha membasmi rasuah, saya pasti UMNO akan ditolak pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir memberitahu orang Melayu ketika ini berada dalam keadaan kritikal dan cemas apabila memikirkan tentang masa depan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana orang Melayu perlu memikirkan kedudukan dan masa depan mereka selepas melihat perpecahan yang ketara dalam UMNO.

"Jika UMNO yang selama ini menjadi tonggak kekuatan orang Melayu sudah tidak stabil, bagaimana untuk kita nak membawa bangsa kita menghadapi pelbagai cabaran di masa depan," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, pelbagai perhimpunan yang dianjurkan membabitkan orang Melayu ketika ini menandakan bahawa kedudukan mereka sudah terjejas dan memerlukan idea untuk memikirkan hala tuju kaum majoriti itu di negara ini.

Katanya, perhimpunan sebegitu merupakan satu alternatif kepada orang Melayu untuk memikirkan kedudukan mereka selepas hilang kepercayaan kepada UMNO.

Tambahnya, apa yang boleh dilakukan ketika ini oleh para pemimpin ialah memikirkan bagaimana cara untuk menghapuskan amalan yang boleh merosakkan orang Melayu.

"Orang Melayu memang sudah tidak bersatu sejak tahun 50-an dulu tapi kita (pemimpin) berjaya menjaga kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini malah dapat mentadbir negara dengan baik," katanya.

Ditanya rasional UMNO dan Pas untuk bersatu demi kepentingan orang Melayu, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak nampak penyatuan kedua-dua parti itu akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk negara.

"Kalau bersatu hendak memperkuatkan bangsa dan negara, saya tak nampak UMNO dan Pas boleh bersatu," katanya.

BUKIT GANTANG : PENGUNDI DISERU TOLAK BN


Pengundi Bukit Gantang harus menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti" demikian seruan Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika ceramah isu semasa di Bukit Cempedak Parlimen Bukit Gantang kelmarin.

Ceramah yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Simpang terpaksa dipindahkan ke Bukit Cempedak atas alasan keselamatan oleh pihak polis. Difahamkan beberapa trak FRU telah berkampung di Simpang bagi menghalang ceramah dan oleh kerana itu ceramah ini telah dibuat di Bukit Cempedak.

Dalam ceramah yang turut dihadiri oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin, K Sevan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemimpin BN yang menculik dan meng"BN" kan 3 ADUN dari Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan berlaku krisis politik yang berpanjangan. Pemimpin BN juga sanggup memfitnah dan memutarbelitkan fakta tentang perkataan "sembah derhaka" yang ditulis dalam sepucuk surat oleh Dato' Seri Nizar kepada tuanku sultan bagi menjelaskan kenapa beliau enggan meletak jawatan sebagai MB Perak. 

Kesempatan ini telah digunakan oleh pemimpin BN yang kemaruk kuasa di Perak dengan mencanang dalam televisyen dan surat akhbar milik UMNO bahawa Dato' Seri Nizar telah menderhaka padahal perkataan " sembah derhaka" itu adalah satu perkataan protokol ketika menyatakan sesuatu pandangan yang tidak selari dengan tuanku.

Dalam ucapan yang dihadiri oleh ribuan pengundi Bukit Gantang ini, beliau sekali lagi menempelak sikap dan kebodohan pemimpin BN yang tidak berapa mengkaji sejarah khususnya kisah-kisah yang ditulis dalam buku hikayat Hang Tuah yang telah pun ada perkataan " Sembah Derhaka" ketika mana Dato' Bendahara ingin memaklumkan kepada Sultan Melaka bahawa Hang Tuah masih hidup. Kebodohan ini telah menyebabkan rakyat sendiri hilang keyakinan dan merasa muak dengan sandiwara pemimpin BN ini.

Dalam mengulas isu pembentangan mini bajet oleh Dato' Najib di parlimen, Beliau dengan nada sinis mempertikaikan peruntukan bajet yang dibentangkan kerana ianya lebih menguntungkan kontraktor-kontraktor berbanding rakyat yang semakin hari-semakin tersepit akibat kenaikan harga barang dan kemelesetan ekonomi dunia.

Di akhir ceramah, Dato' seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru kepada semua pengundi di Parlimen Bukit Gantang khususnya yang masih dalam UMNO supaya menyokong PAS kerana hanya Pakatan Rakyat yang dapat memulihkan kekalutan dalam negara kita sekarang akibat kesombongan dan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN.

warong pak katib                                                                       http://greenboc.blogspot.com/

MELAKA AKAN DAPAT KETUA MENTERI BARU?


Dengan terhalangnya Dato' Seri Mohd Ali Rustam bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO di dalam pemilihan minggu hadapan, berertinya beliau bakal akan digugurkan dari jawatan Ketua Melaka, sementelah lagi terdapat ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang terus menjadi Ketua Menteri setelah didapati bersalah di dalam politik wang oleh lembaga Disiplin UMNO.

Berakhirlah era Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka. 

Tetapi seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian menyatakan sebenarnya kejahatan Mohd Ali di dalam UMNO sendiri bukan sekadar politik wang. Itu adalah hal biasa bagi mana-mana pemimpin UMNO. Yang paling jelas Mohd Ali ialah orang yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.

"Beliau akan mencatas orang-orang yang tidak sehaluan dengannya dan melantik mereka yang boleh menjadi pak angguk kepadanya," kata pemimpin UMNO bahagian yang dimaksudkan itu.

"Apa yang berlaku kepada Datuk Dr Mohd Ruddin (bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi) yang telah dicantas oleh Mohd Ali tetap menjadi ingatan. Sekarang DUN Melaka dipenuhi oleh mereka yang hanya pak angguk dan pak geleng. Ada yang hanya berkelulusan SPM gred 3 pun boleh menjadi ADUN," tambahnya.

Kini Melaka menghadapi dilemma untuk mencari pengganti kerana rata-rata tidak ada yang layak lagi selepas semua mereka yang berpendidikan tinggi telah dicantas oleh Mohd Ali yang tidak suka kepada orang lain yang lebih daripadanya.

"Melaka akan menghadapi era kemalapan, semalap era masa depan Mohd Ali di dalam UMNO," katanya.

"Dan buruk perilakunya itu akan memungkinkan Melaka akan jatuh ke tangan parti lain selepas ini," tambahnya.      

Gunakan Taktik Kotor Untuk Menang :Poster Hina Sultan & Hina Mufti - Angkara Siapa..?

Report Polis Isu Risalah Hina Sultan dan Mufti!!!

oleh Sya

Sya baru pulang dari IPD Taiping setelah dipanggil oleh INSP Afandhi buat kali kedua bagi memberi keterangan berkaitan tentang isu risalah yang diedarkan dan dijumpai di sekitar Bukit Gantang Tengahari tadi.Sya yang kebetulan lalu dikawasan kejadian tersebut telah menjumpai beberapa risalah yang telah memaparkan gambar dan perkataan yang telah menghina Baginda Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak Dato Seri Harussani.Mengambil kira niat jahat sesetengah pihak yang sudah pasti akan mengaitkan risalah tersebut dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sempena Pilihanraya Kecil nanti.

Sya juga selaku Rakyat merasa kesal terhadap apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai satu yang menghina Baginda Sultan dan Mufti Perak.Oleh kerana itu maka Sya selaku Ketua Srikandi Keadilan Rakyat telah membuat laporan Polis berhubung risalah penghinaan ini di Balai Polis Terong.Sya juga mewakili Pakatan Rakyat menafikan yang Pihak Pakatan Rakyat ada mengeluarkan Risalah berbentuk seperti ini.Sya juga menyifatkan ini sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan pengedar dan pembuat risalah ini harus didakwa kerana menghina Baginda Sultan Perak

Risalah yang diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,disekitar pekan Terong dan beberapa kawasan sekitarnya.Dipercayai ia telah merebak disekitar kawasan P059 Bukit Gantang.  http://kedahlanie.blogspot.com/
------------------------
Perang psikologi atau lebih tepatnya reverse psychology yang kotor lagi jijik itu sudah bermula di Bukit Gantang. Yang terbaru seperti yang tersiar dalam blog al-banjari ialah penyebaran poster dalam saiz B5 yang memaparkan gambar Mufti Perak dan Sultan Perak yang dicetak serta digambarkan dengan wajah yang sungguh hina!

Bagi mereka yang berfikiran waras, tidak mungkin penyebaran poster itu dilakukan oleh penyokong PR. Jika ada juga penyokong PR yang melakukannya, pastinya ia manusia tidak siuman atau warga UFO yang tersesat di Trong barangkali! Jika penyokong PR yang melakukannya memang sengaja mencari nahas untuk membunuh pakatan itu! 

Kepada mereka yang berfikiran waras ia adalah bukti satu lagi provokasi yang dilakukan untuk memburukkan PR. Tidak ubah seperti cerita surat layang yang memburukkan Sultan Kedah untuk memburukkan Kerajaan PR Kedah. Mengapa mereka sanggup menghina Sultan dan Mufti Perak yang tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil ini? Jelas sekali penyebaran poster itu berniat sangat jahat untuk 'mengena' PR!

Mengikut al-banjari, berdasarkan laporan saksi, suspek yang menyebarkan risalah secara by-hand di perkarangan masjid jamek Trong itu turut serta menyebarkannya secara rawak kepada orang ramai. Ia dipercayai dilakukan oleh individu berbangsa Melayu berumur dalam lingkungan 50an. Apabila saksi mendekati suspek, beliau dengan pantas melarikan diri.

Apa pun, diharap pihak polis dapat melakukan siasatan bagi memastikan mereka yang menyebarkan poster itu menerima hukuman sewajarnya. Kepada pengundi diharap tidak membuat kesimpulan melulu pihak yang bertanggung jawab menyebarkan poster sehina itu. Biar polis menyiasatnya. Kita perlu ingat dalam politik ala-Machievelli ini, tujuan menghalakan cara. Demi kemenangan, permainan sekotor mana pun rela dilakukan asalkan musuh dapat dimusnahkan.

Jika TV3 dapat menghidu berita ini, ia akan menjadi satu lagi modal terbaik untuk memburukkan PR. Siapa tahu, esok provokasi mengenainya akan dimulakan oleh TV3!!

Pendikargunung

  http://greenboc.blogspot.com/

NIZAR TETAP MB YANG SAH - KATA RAKYAT PERAK


UMNO dan BN boleh mendakwa apa saja, tetapi bagi rakyat Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi Perlembagaan.

Bagi rakyat Perak juga, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar melalui rampasan kuasa ditolak oleh rakyat Perak.

Beberapa tokoh politik veteran tanahair seperti mantan Perdana Menteri dan Tengku Razaleigh Hamzah turut memperakui kenyataan bahawa rampasan kuasa di Perak tidak sama sekali boleh melucutkan Nizar dari jawatan Menteri besarnya.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegas Mahathir di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan akhbarnya. 

"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun," tambah beliau.

Beliau telah menjelaskan lagi,

"Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa."   

Norza Zakaria Tidak Dibenarkan Bertanding

Ahli Majlis tertinggi UMNO Datuk Norza Zakaria tidak dibenarkan bertanding di dalam pemilihan parti minggu depan.

Sumber dalaman parti UMNO menyebut keputusan telah dibuat untuk menghalang Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu, yang menhadapi tuduhan dengan dua tuduhan melakukan rasuah untuk tujuan kempen pemilihan.

Beliau adalah pemimpin kedua yang dilarang untuk bertanding di dalam pemilihan parti setelah Mohd Ali Rustam di halang dari bertanding untuk jawatan no.2 parti oleh Lembaga Disiplin.

Rayuan Ali telah ditolak oleh Panel Rayuan hari ini.

Para penganalisa berpendapat tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pemimpin dan amaran kepada beberapa yang lain adalah sebagai satu usaha pembersihan penyokong-penyokong kuat Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.   
http://greenboc.blogspot.com/

Demo Tuntut Ali Rustam Letak Jawatan


  • Lebih 500 orang telah berkumpul di Masjid MITC, Ayer Keroh Melaka selepas solat Jumaat tengahari tadi mendesak Dato' Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatannya sebagai ketua menteri Melaka.

    Memorandum yang meminta Mohd Ali meletakkan jawatan itu diserahkan ekoran beliau telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana politik wang dan menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam pemilihan akan datang ini.

    Mohd Ali yang terkejut dengan kejadian itu telah mengutarakan beberapa soalan yang lemah kepada rakyat dengan bertanya "kenapa Anwar Ibrahim boleh jadi ahli parlimen sedangkan dia masuk penjara enam tahun? Itu jawab dulu. Mengapa Lim Guan Eng boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan dia dah masuk penjara dua tahun? Itu jawab dulu. Kalau ini dia boleh jawab saya akan jawab apa yang dia tanya kepada saya."

    Salah seorang peserta perhimpunan tersebut dengan mudha menangkis soalan-soalan Mohd Ali dengan menyatakan:

    "Kalau begitu Dato Ali perlu diheret ke mahkamah terlebih dahulu dan biar masuk penjara macamana Anwar dan Lim Guan Eng terima. Kemudian Ali Rustam bolehlah aktif semula di dalam UMNO untuk menjadi Ketua Menteri Melaka. Itupun kalau Ali Rustam masih laku lagi di kalangan pemimpin tertinggi UMNO."

    Ramai berpendapat Mohd Ali telah mencemarkan nama partinya dan nama negeri Melaka ekoran kesalahannya yang berat. Beliau telah dilaporkan menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan pada tahun ini. 

    Sebagai pemimpin yang bermaruah beliau perlulah meletakkan jawatan kerana rakyat akan melihat Melaka dipimpin oleh seorang pemimpin yang kotor dan mengamalkan rasuah di dalam pentadbirannya.

    Semalam mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir telah menyarankan agar Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, dan apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.    
    http://greenboc.blogspot.com/

Makkal Sakthi beri Anwar kata dua tukar calon

PETALING JAYA: Gerakan Makkal Sakthi hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meletakkan calon lain Pakatan Rakyat, bukannya S. Manikumar yang diumumkan, mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Penyelaras kumpulan Hindraf yang telah diharamkan, S Thanenthiran berkata, Makkal Sakthi memberi tempoh sehingga esok kepada Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, agar mengubah keputusan beliau yang diumumkan semalam.

"Kami tidak bersetuju dengan pemilihan calon Pakatan Rakyat semalam, masih ada masa untuk mengubah keputusan dan saya juga telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak di Bukit Selambau semalam dan hari ini.

"Ramai tidak kenal siapa dia Manikumar (calon Pakatan Rakyat)... kami berharap Anwar akan mempertimbangkan pandangan kami ini dan meletakkan calon lain," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Makkal Sakthi sebelum itu telah menyenaraikan tiga calon yang dicadangkan oleh Hindraf untuk dipertimbangkan bagi mewakili PKR bagi pilihan raya kecil itu iaitu Thanenthiran sendiri, peguam R Surendran atau tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Vasantha Kumar.

Thanenthiran memberitahu, pihaknya turut mempunyai bukti mengapa Manikumar tidak sesuai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kawasan tersebut.

Kata beliau, pihaknya akan mengumumkan pendirian mereka jika Anwar enggan menerima pandangan itu dan masih mahu meletakkan Manikumar.

Ketika ditanya apakah tindakan mereka, beliau hanya berkata, "tunggu sehingga Isnin ini kami akan mengumumkan."

Thanenthiran berkata, Anwar juga tidak harus melupakan sokongan Makkal Sakthi kepada parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu.

Semalam Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa pihaknya akan meletakkan seorang usahawan, S. Manikumar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.

Manikumar, 35, seorang anggota biasa PKR sejak dua tahun lalu, merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.Anggota PKR bahagian Merbok itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.

Anwar berkata, pemilihan Manikumar dibuat setelah mendapat persetujuan serta restu daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam di samping mengambil kira pandangan penduduk.

Ketika pengumuman itu dibuat semalam sekumpulan penyokong PKR yang turut berada di tempat pengumuman, membantah keputusan pemilihan Manikumar sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil tersebut.

Kumpulan tersebut juga mendakwa, penyokong PKR di Bukit Selambau tidak mengenali Manikumar kerana beliau hanyalah anggota biasa dan tidak aktif dalam parti tersebut selain mahukan calon yang lebih berpengalaman.

Difahamkan, sebagai tanda bantahan beberapa bilik gerakan PKR di kawasan DUN Bukit Selambau akan ditutup.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran peletakan jawatan penyandangnya Arumugam daripada PKR pada Februari lepas dan hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.

Sementara itu, Anwar pada hari ini berkata, tentangan sebilangan penyokong terhadap pemilihan Manikumar hanya diperbesar-besarkan oleh media.

"Mana kita boleh dapat calon yang 100 peratus tidak diprotes.

"Bezanya, kalau calon itu daripada Pakatan Rakyat, protes itu diperbesarkan media, Umno dan BN (Barisan Nasional).

"Kalau calon itu dari MIC, protes itu tidak dilaporkan. Itu bezanya," katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia dan Penyerahan Borang Keahlian PKR yang baru di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau telah berjumpa dengan kebanyakan calon yang disenaraikan semalam dan kesemua mereka menyatakan sokongan dan komitmen kepada pilihan PKR itu.

"Semalam, saya jelaskan, mereka semua layak dan saya minta mereka semua beri kerjasama kepada parti.

"Kita telah pertimbangkan kelayakan, komitmen yang ada, menetap di Sungai Petani, penguasaan dan ilmu yang ada.

"Komitmen daripada mereka itu baik tapi mungkin ada di kalangan penyokong itu (yang membantah) tapi tidak mengapa, ia akan reda," katanya.

Ditanya berhubung Hindraf yang mahu meletakkan calon Bebas bagi mewakili mereka kerana dikatakan tidak bersetuju dengan calon PKR, Anwar berkata, beliau tidak tahu tentang hal itu tetapi beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan Hindraf.

"Mereka kena fikir kepentingan masyarakat India dan Hindu seluruhnya, bukan kepentingan satu atau dua orang," katanya.

Katanya, beliau percaya, hal itu juga tidak menjejaskan peluang kemenangan PKR di kawasan itu kerana calon yang diketengahkan adalah calon parti yang mewakili semua kaum.

Pada majlis itu, PKR turut menerima kemasukan 500 ahli baru yang dikatakan bekas ahli MIC.  

-mstar.com.my-

Perdana Menteri BN yang terakhir

Ahmad Lutfi Othman 
Dari awal, saya memang tidak tertarik dengan teori konspirasi dalam Umno, apa lagi terhadapdakwaan bahawa Abdulllah Ahmad Badawi kemungkinan besar tidak akan menyerahkan jawatan tertingginya dalam kerajaan kepada Najib Razak selepas perhimpunan agung Umno nanti. Abdullah bukannya seorang tokoh yang bersedia mendepani cabaran dan gugatan sehingga sanggup bertahan dengan prinsip yang didokong. Beliau kelihatan mudah tunduk dengan tekanan dan suka mengelak daripada bertembung dalam suasana lebih sukar.

Sudah ditakdirkan Abdullah menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang relatif singkat. Bermula dengan kejutan menang besar dalam pilihan raya umum 2004, Abdullah juga terkejut besar dengan tsunami politik 8 Mac 2008 yang memaksa dirinya berundur lebih awal. Sukar hendak dipastikan legasi tinggalannya yang menjadi kenang-kenangan generasi akan datang. Kalau projek Islam Hadarinya pun sudah dilupakan -- malah tidak difahami rakyat -- ketika beliau masih seorang Perdana Menteri, maka apa lagi mahu diharapkan dengan program lain yang diperkenalkannya. Namun begitu, beberapa langkah awal Abdullah untuk membenarkan Malaysia lebih menikmati suasana keterbukaan dan demokratik, mungkin akan dihargai satu masa nanti.

Sejak hari-hari pertama Abdullah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Najib bukan pilihan utama untuk dilantik sebagai timbalannya. Beliau mengambil masa agak panjang, itu pun selepas "dipaksa" Dr Mahathir Mohamad, bagi memilih Najib. Orang lebih suka mengaitkan Muhyiddin Yassin -- yang juga dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim -- sebagai tokoh yang wajar digandingkan bersama Abdullah. Bagaimanapun, siapa menyangka Muhyiddin kemudiannya menjadi tokoh paling lantang menolaknya ke tepi dinding dan memaksa Abdullah mempercepatkan pelan peralihan kuasa. Ternyata dari segi ini, Najib terhutang budi kepada Muhyiddin.

Semua sepakat bahawa imej Najib sebagai bakal perdana menteri begitu suram dan mendung. Bebannya menanggung pelbagai tuduhan dan dakwaan nampak berat dan meletihkan. Sepatutnya beliau melangkah masuk Seri Perdana dengan sorak-sorai yang bergemuruh, dengan harapan baru rakyat yang menggunung. Itulah suasananya ketika Tun Abdul Razak dan Dr Mahathir mengambil alih kuasa, malah begitulah juga sambutan luar biasa rakyat sewaktu Abdullah memulakan beberapa langkah pembaharuan. Bukan sahaja Najib dicurigai, tetapi lebih buruk lagi, isterinya, Rosmah Mansur turut "digeruni". Ia sudah tentu suatu perkembangan yang menyedihkan, bukan sekadar buat pasangan suami-isteri ini, malah kepada negara ini seluruhnya.

Abdullah tiada pilihan kecuali meneruskan pelan peralihan kuasa walaupun mungkin kini beliau menyedari Najib dan isterinya merupakan satu bebanan berat buat negara. Sudah terlalu lewat untuk Abdullah mencari jalan keluar dan beliau pula sememangnya tidak berkeupayaan menyanggah arus biarpun jika berbuat demikian beliau akan mendapat sokongan majoriti. Personalitinya tidak cukup kuat untuk membawa -- apatah lagi menjayakan -- suatu misi perubahan. Di kala mendapat sokongan hebat pada 2004, Abdullah mensia-siakan peluang terbaik itu, seolah-olah beliau hanya mahu menjadi seorang perdana menteri yang paling seronok ketika memerintah, sekadar bersantai memperagakan diri. Hanya ketika di hujung pemerintahannya, Abdullah nampak begitu tergesa-gesa untuk mencari sentuhan bermakna, tetapi ia sudah cukup terlewat.

Jika Abdullah boleh dianggap malang, nasib Najib sebagai pengganti lebih tidak keruan. Bayangkan sahaja, anak-anak kecil pun sudah mempersoalkan wibawanya untuk menerajui negara, apatah lagi untuk memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. Beberapa kes mutakhir, misalnya rampasan kuasa di Perak, semakin menunjukkan belang Najib yang menakutkan itu. Ia langsung tidak membantu Najib untuk memulihkan imejnya yang sedia buruk. Bayangkan sahaja jika BN kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, reputasi Najib terus menjunam dan ini menyukarkan beliau untuk memimpin negara keluar dari suasana kemelesetan dan ketidak-tentuan. Ya, mungkin segalanya diatur bagi menyempurnakan Najib sebagai perdana menteri terakhir dari BN. 

Laporan akhbar Perancis, Nik Aziz gesa Najib bersihkan tuduhan

KOTA BHARU, 21 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia .

"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya.

Katanya Nabi Muhammad saw sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya.

"Pemimpin utama dan pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad saw sama ada dalam hal ehwal ekonomi, akhlak, pengurusan luar dan dalam rumah tangga, dan Baginda adalah pemimpin bersih.

"Oleh itu, kalau mahu menjadi pemimpin, mestilah meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian MAPEX ; kempen pembelian rumah rasmi Kerajaan Negeri dan Expo Hartanah Malaysia 2009 di sebuah pasar raya di sini semalam.Image

Mengulas pengumuman Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berhubung kes Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang terbabit dengan politik wang namun beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, Mursyidul Am PAS itu berkata, memang beliau telah didapati bersalah.

"Memang pemimpin itu bersalah, tapi kenapa hendak memegang jawatan lagi.

"Kalau orang Melayu hendak menjadi pemimpin, tetapi tidak mahu meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw, hendak menjadi pemimpin buat apa,� katanya.

Mengulas cadangan kerajaan perpaduan Melayu (kerajaan campuran), beliau tetap berpendirian tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Oleh itu, persoalan 'bangsa' adalah persoalan kedua, sebaliknya persoalan utama ialah 'Islam' itu sendiri," katanya sambil merujuk pemerintahan PAS di Kelantan yang sudah lebih 18 tahun diterima rakyat dengan baik.