"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dicaprio, Aktor Hollywood terkenal sahkan anak Rosmah ‘tulang belakang’ filem lakonannya

AFEEQA AFEERA|SELANGOR KINI

SHAH ALAM: Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio (gambar) mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.

Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini,” katanya.

Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah “tulang belakang” kepada filem berkenaan.

“Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street.

“Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk ‘Joe’ dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?,” katanya di Twitter.

Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu.

Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya, Rosmah Mansor.

Gempar!! Isteri menteri ditemui mati setelah mendedahkan suaminya ada hubungan sulit dengan wartawan wanita

Isteri menteri India ditemui mati di hotel
Isteri menteri India ditemui mati di hotel Saat Bahagia.. Sunanda (kiri) ketika bersama suaminya, Shashi. - Foto dipetik daripada BBC
NEW DELHI - INDIA. Dua hari selepas beliau membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Shashi Tharoor, ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel mewah di sini pada Jumaat malam.

Walaupun Sunanda Pushkar disyaki membunuh diri, namun tiada nota tentang perkara itu ditemukan, lapor The Times of India.

Bagaimanapun sumber polis lebih berhati-hati lewat malam tadi apabila mereka berkata kematian Sunanda mungkin "kematian biasa atau kematian luar biasa".

Mayat wanita berusia 52 tahun ini dilaporkan ditemukan Tharoor apabila beliau pulang ke hotel itu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu oleh S Abhinav Kumar, setiausaha peribadi Tharoor.

Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.

Tragedi berlaku ketika laman Twitter dibanjiri kemarahan dan perbincangan orang ramai tentang Tharoor, Sunanda dan wartawan berkenaan yang dikenali sebagai Mehr Tarar.

Mereka yang berbual dengan Sunanda dua hari lepas menyifatkan beliau berada dalam keadaan amat terganggu dan tidak keruan berhubung dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Tarar.

Terdapat juga laporan bahawa Sunanda pernah menyebut tentang perceraian, tetapi perkara itu dinafikannya pada Khamis.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk bunuh diri, keracunan atau serangan jantung. Sebuah pasukan forensik pergi ke hotel berkenaan dan seorang majistret dipanggil untuk menyoal siasat Tharoor serta setiausahanya.

Tidak terdapat kecederaan pada mayat Sunanda, yang ditemukan pada pukul 8 malam apabila Tharoor masuk ke bilik. Menurut laporan, Sunanda dilihat kali terakhir berada di lobi hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Autopsi mungkin dijalankan di All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) hari ini.

Tharoor, yang meninggalkan Pertubuhan Bangsa Bersatu selepas gagal dalam pemilihan bagi jawatan setiausaha agung, kembali ke India pada 2008.

Tidak lama selepas itu, beliau bercerai dengan isterinya, seorang diplomat dari Kanada dan berkahwin dengan Sunanda pada 2010, perkahwinan ketiganya.

Tharoor mempunyai dua anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Tillotma.

Media India melaporkan Tharoor, yang mengadu mengalami sakit dada dan palpitasi pada Jumaat malam, kini dipindah keluar dari Unit Rawatan Rapi AIIMS ke wad biasa. Kini, beliau berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Gempar!! Isteri menteri ditemui mati setelah mendedahkan suaminya ada hubungan sulit dengan wartawan wanita

Isteri menteri India ditemui mati di hotel
Isteri menteri India ditemui mati di hotel Saat Bahagia.. Sunanda (kiri) ketika bersama suaminya, Shashi. - Foto dipetik daripada BBC
NEW DELHI - INDIA. Dua hari selepas beliau membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Shashi Tharoor, ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel mewah di sini pada Jumaat malam.

Walaupun Sunanda Pushkar disyaki membunuh diri, namun tiada nota tentang perkara itu ditemukan, lapor The Times of India.

Bagaimanapun sumber polis lebih berhati-hati lewat malam tadi apabila mereka berkata kematian Sunanda mungkin "kematian biasa atau kematian luar biasa".

Mayat wanita berusia 52 tahun ini dilaporkan ditemukan Tharoor apabila beliau pulang ke hotel itu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu oleh S Abhinav Kumar, setiausaha peribadi Tharoor.

Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.

Tragedi berlaku ketika laman Twitter dibanjiri kemarahan dan perbincangan orang ramai tentang Tharoor, Sunanda dan wartawan berkenaan yang dikenali sebagai Mehr Tarar.

Mereka yang berbual dengan Sunanda dua hari lepas menyifatkan beliau berada dalam keadaan amat terganggu dan tidak keruan berhubung dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Tarar.

Terdapat juga laporan bahawa Sunanda pernah menyebut tentang perceraian, tetapi perkara itu dinafikannya pada Khamis.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk bunuh diri, keracunan atau serangan jantung. Sebuah pasukan forensik pergi ke hotel berkenaan dan seorang majistret dipanggil untuk menyoal siasat Tharoor serta setiausahanya.

Tidak terdapat kecederaan pada mayat Sunanda, yang ditemukan pada pukul 8 malam apabila Tharoor masuk ke bilik. Menurut laporan, Sunanda dilihat kali terakhir berada di lobi hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Autopsi mungkin dijalankan di All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) hari ini.

Tharoor, yang meninggalkan Pertubuhan Bangsa Bersatu selepas gagal dalam pemilihan bagi jawatan setiausaha agung, kembali ke India pada 2008.

Tidak lama selepas itu, beliau bercerai dengan isterinya, seorang diplomat dari Kanada dan berkahwin dengan Sunanda pada 2010, perkahwinan ketiganya.

Tharoor mempunyai dua anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Tillotma.

Media India melaporkan Tharoor, yang mengadu mengalami sakit dada dan palpitasi pada Jumaat malam, kini dipindah keluar dari Unit Rawatan Rapi AIIMS ke wad biasa. Kini, beliau berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Lari dengar suami mahu jual

Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Berulang kali dia dipukul suaminya sejak lebih setahun lalu, namun kesabarannya berakhir apabila lelaki durjana itu mahu menjualnya kepada seorang rakan, kelmarin.

Luluh hati wanita berusia 25 tahun itu apabila lelaki yang dikahwininya atas dasar cinta sejak lebih dua tahun lalu tergamak berbuat demikian dan memberi alasan perlukan wang untuk membayar hutang.

Pasangan terbabit mempunyai bayi lelaki berusia empat bulan.

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku di rumah pasangan suami isteri berkenaan di Bandar Baru Kundang, Selangor selepas mereka bertengkar kira-kira jam 7.30 malam.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang berusia 25 tahun pulang ke rumah dalam keadaan marah tanpa sebab diketahui sebelum memaki hamun isterinya.

“Mangsa yang bimbang akan dipukul suami berlari ke rumah kakaknya berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, sumber itu mengatakan sejam kemudian, mangsa yang menyangkakan kemarahan suaminya itu sudah reda segera pulang ke rumah.

“Telahannya meleset apabila si suami masih berang.

Mangsa mendakwa dicekik, ditumbuk dan diterajang.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga menghentak badan mangsa menggunakan kereta sorong bayi mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika memukul si isteri, suspek memberitahu dia sudah menjualkan wanita itu kepada rakannya untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang.

“Suspek juga mendakwa rakannya sedang dalam perjalanan ke rumah mereka.

Mendengar kenyataan itu, mangsa mula mencari jalan untuk meloloskan diri dari rumah.

“Selepas bergelut dengan suaminya, mangsa berjaya melarikan diri dan kembali ke rumah kakaknya,” katanya.

Sumber itu berkata.

bimbang kejadian buruk menimpa dirinya, mangsa dengan ditemani kakaknya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kundang.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa dia sering dipukul suspek sejak lebih setahun lalu, namun enggan membuat laporan polis kerana menyayangi lelaki itu, selain berharap dia akan berubah.

“Bagaimanapun, mangsa nekad membuat laporan polis apabila suaminya sanggup menjualnya kepada rakan bagi mendapatkan wang,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa kini berlindung di rumah ahli keluarganya dan sedang mempertimbangkan untuk menuntut cerai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Gambar Kanak-kanak tidur di tengah kubur ibu bapa kerana rindu

omakkau
KANAK-KANAK TIDUR DI TENGAH-TENGAH ANTARA KUBUR KEDUA IBU BAPANYA YANG MATI DIBUNUH OLEH REJIM BASHAR ASSAD KERANA TERLALU RINDU.
IBU... AYAH.... AKU RINDU.........

Kanak-kanak Syria ini yang kini menjadi anak yatim piatu setelah kedua ibubapanya dibunuh oleh regim Bashar Assad.

Kerana terlalu rindu, dia mengambil keputusan untuk tinggal dan tidur di tengah-tengah antara kuburan ibu dan ayahnya..

Semoga Allah ketemukan mereka sekeluarga di Syurga-Nya...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Walau kahwin beza agama akhirnya Islam jua

Hafizan Taib
Gambar Asri Sapfie

DSC_0105
KETIKA Fatimah Abdullah berkahwin dengan Muhammad Javed Iqbal, seorang pemuda Pakistan, beliau belum memeluk Islam sebaliknya kekal dengan pegangan agama asal.

Mereka melangsungkan perkahwinan atas perintah mahkamah di Filipina tahun lalu lantaran bibit cinta tumbuh mekar selepas setahun perkenalan melalui media sosial.

Pun begitu, Fatimah atau nama asalnya, Jaequelin, kemudian mendapati hidupnya penuh dugaan dalam menyesuaikan diri dengan perkahwinan itu.

Namun, beliau sedaya upaya cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya.

Dengan anutan agama asal masih mempengaruhi diri, ditambah tentangan kedua-dua keluarga yang tidak menyetujui perkahwinan mereka, apatah lagi beliau masih dalam proses mengenali suaminya.

“Keluarga saya tidak menerima Muhammad. Begitu juga pendirian keluarga Muhammad terhadap saya ketika suami membawa saya ke Pakistan.

“Kami meneruskan kehidupan dengan menempuh pelbagai dugaan beberapa bulan di Pakistan. Kami tekad untuk bersama selain menghormati pegangan agama masing-masing.

“Peluang kerja yang diperoleh Muhammad di Malaysia membuka ruang buat kami untuk mengharungi hidup baru,” katanya yang berusia 25 tahun.

Dengan majoriti masyarakat Malaysia beragama Islam, Fatimah kian mendekatkan diri kepada Islam melalui kursus dan kelas agama, selain bimbingan suami hingga akhirnya memilih menjadi seorang wanita Muslim.
DSC_0016a

Beliau melafaz Dua Kalimah Shahadah di Majlis Shahadah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Disember tahun lalu bersama dua lagi saudara baru, Terry Fa’iz Kenneth Brougham dari United Kingdom dan Muhammad Nor Faizal Abdullah (Sabah).

Fatimah sebelum ini, penganut Roman Katholik mengakui hidupnya berubah selepas mengenali Muhammad yang menyedarkannya akan keesaan Allah dan membantunya mendekati Islam.

“Perkenalan di internet yang mulanya sekadar suka-suka akhirnya menjadi serius bila terjalin hubungan cinta antara kami.

“Saya gembira mengenali Muhammad. Dari situ, saya menyelami kehidupan seorang Muslim yang begitu berbeza dengan kehidupan yang saya tempuhi selama ini.

“Saya mengalami banyak perubahan positif dan menguatkan azam untuk terus mendekati Islam yang menghadirkan sinar baru dalam hidup saya,” katanya.
DSC_0108a
Bagi Muhammad yang bermazhab Hanafi, satu daripada empat cabang mazhab As Sunnah Wal Jamaah, yang mengizin perkahwinan beza agama, berpendapat perbezaan agama, apatah lagi usia bukan halangan sesebuah perkahwinan.

(Bagaimanapun, Malaysia yang berpegang kepada mazhab Shafie tidak membenarkan perkahwinan berbeza agama)

Beliau yakin Allah sudah menetapkan jodoh mereka biarpun sebelum ini terpisah jauh antara Pakistan dan Filipina sebelum ‘meredah’ lautan luas bertemu Fatimah di Filipina dan mengahwininya.

“Allah makbulkan doa saya mengahwini Fatimah dan sekarang dia juga seorang Islam. Saya gembira dengan apa yang ditempuhi biarpun pada awalnya terpaksa menghadapi tentangan keluarga.

“Kini, kami boleh tumpu perhatian menjalani hidup berdua dan mempelajari Islam dengan lebih mendalam.

“Dengan hubungan mesra masyarakat tempatan, saya yakin hidup bahagia bersama Fatimah dan menjadi pasangan Muslim yang baik,” katanya,

Muhammad yang kini bertugas di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga berharap mendiami negara ini untuk tempoh lama supaya dapat membentuk kehidupan sempurna bagi mereka.
- FZL

Poster Pembela Najib Siap Dengan Bersenjata Ajak Rakyat Berkumpul

Omakkau
Biar betul!!!!!.. Heboh di alam siber bahawa poster pembela Najib siap dengan bersenjata ajak rakyat berkumpul sebagai tanda menentang penghinaan terhadap beliau.

Kini poster diatas sudah tersebar luas dialam maya seorang individu berpakaian pahlawan Melayu lama siap bersenjata parang dan pedang mengajak warga Melayu berhimpun beramai-ramai esok pagi di Tapak Parking Futsal sebagai tanda menentang kononnya gerak kerja yang menghina Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Penghinaan yang dimaksudkan besar kemungkinan serangan bertalu-talu bertali arus dari segenap lapisan rakyat dengan kenyataan yang dianggap menghina rakyat yang kini hidup tersepit dengan kos sara hidup yang semakin mencanak naik tinggi dengan memberi perbandingan harga kangkung turun rakyat tidak puji kerajaan UMNO/BN pimpinan beliau.

Jika dilihat akan ayat-ayat pada poster berkenaan memang amat rasis sekali .. Apakah penganjur mengajak rakyat Bani Melayu datang berhimpun dengan membawa senajata tajam?

Wajar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas diatas perhimpunan yang dianggap amat merbahaya kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

Mohon juga Mufti Perak keluarkan Fatwa tentang Perhimpunan Haram ini yang mengajak rakyat Bani Melayu membawa senjata tajam yang pasti mencetuskan huru hara jika benar-benar bakal terjadi.

Jika apa yang disarankan oleh Perkasa dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya agar ISA dihidupkan kembali demi keselamatan dan ketenteraman awam maka pengajur perhimpunan inilah yang pertama patut ditahan dibawah ISA.

Apa-apa pun wajar tunggu keesokan hari jika benar poster ini mengajak orang Melayu berkumpul dengan bersenjata atau sekadar gimik murahan saja.

Tapi yang jelas keliru dan nampak pelik sikit pada poster ini ialah ayat yang sepatutnya Pantang Maut Sebelum Ajal tapi di Tulis Pantang Ajal Sebelum Maut .. tarikh sepatutnya 18 Januari 2104 (Sabtu) tapi di tulis 18 Januari 2013 (Sabtu)...18hb Januari 2013 ialah hari Jumaat.

Pengajur jenis semborono.

Puluhan tahun berpuasa akhirnya Terry peluk Islam

Hafizan Taib
DSC_0109
ISLAM bukan asing buat pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dari United Kingdom, Terry Fa’iz Kenneth Brougham.

DSC_0109Sudah puluhan tahun beliau mempraktik sebahagian ibadat Islam termasuk berpuasa pada Ramadan dan hanya makan juadah halal kerana disifatkannya amalan baik.

Beliau mempelajari Islam melalui sama ada hasil pembacaan buku dan internet serta bertukar pandangan dengan beberapa rakannya.

“Dari buku dan internet, saya juga mengkaji al-Quran terjemahan bahasa Inggeris,” kata kepada Selangor Kini.

Terry Fa’iz yang mendiami negara ini sejak 16 tahun lalu juga tertarik dengan corak kehidupan di Malaysia dan menanam impian untuk menjadi seorang Islam.

“Sebelum ini, saya seorang Kristian tetapi pegangan tidak kuat. Saya tinggal lama di Malaysia dan mendapati gaya kehidupan umat Islam sangat bagus dan sempurna.

“Sejak dulu, saya dapat merasakan satu hari nanti saya menjadi orang Islam,” katanya yang akhirnya menjadi kenyataan pada hujung Disember lalu.
muallaf
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak itu juga mengakui kemasukannya sebagai seorang Islam banyak didorong keluarga angkatnya yang membantu memahami Islam secara lebih mudah dan berkesan.

“Saya ada keluarga angkat Melayu, mereka banyak membantu. Saya kini boleh fokus mempelajari Islam dan beramal ibadah dengan lebih tekun,” katanya yang belum berkahwin walaupun berusia 67 tahun.

Beliau yang melafaz kalimah dua syahadah pada Majlis Syahadah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bersama dua lagi mualaf, juga bercadang memperoleh taraf penduduk tetap di Malaysia.
DSC_0016a
Majlis itu turut disertai dua saudara baru, wanita Filipina, Fatimah Abdullah, 25, dan pemuda Dusun Sabah, Muhammad Nor Faizal Abdullah, 30.

Ia dipimpin Khalid Abdul Samad, pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA).

IOA menjalankan dakwah berterusan menerusi pelbagai program ilmu kepada masyarakat bukan Islam bagi meningkatkan kesedaran dan menimbulkan minat terhadap Islam.

Aktiviti dakwah itu dikendali tenaga pengajar sukarela terdiri dari pensyarah tempatan dan luar negara termasuk bahasa Hindi, Kembodia, China dan Jepun secara sukarela.

Ini mendorong ramai warganegara lain seperti Inggeris, Korea, China, India, Bangladesh selain sebahagian rakyat tempatan, menganut Islam menerusi IOA.

oia“Alhamdulillah, kita sudah mengIslamkan kira-kira 30 saudara baru sepanjang 2013. Angka itu ialah mereka yang diIslamkan melalui IOA dan pengurusan masjid ini secara rasmi.

“Selebihnya pula memilih memeluk Islam melalui bantuan pihak lain atau di negara masing-masing,” katanya.

oia
IOA juga menjalankan aktiviti dakwah di satu ruang masjid dan merancang mengadakan kursus secara rasmi mulai tahun ini.

“Kursus bimbingan seperti Murabbiah yang mempraktik sistem mentor mentee juga ada. Mualaf digandingkan dengan pasangannya, seorang pendakwah Islam.

“Kita melatih 43 orang untuk tugas ini termasuk mengajar pembangunan ilmu agama. Kita juga ada kursus bimbingan saudara baru dalam bahasa Inggeris di pejabat IOA di Masjid Negara,” katanya.
- FZL

Guru besar dan guru sebuah sekolah rendah yang ditangkap separuh bogel dalam kereta diarah bela diri (Gambar)

Diarah bela diri atas tuduhan mukadimah zina
Diarah bela diri atas tuduhan mukadimah zina Guru besar (kanan) dan tertuduh wanita tersebut turut keluar sambil menutup muka mengelak wajahnya dirakam media.
KOTA BHARU: Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.

Hukum wanita mewarnakan rambut

DR UZTAZAH ASIAH ALI
Soalan;
Apakah Hukum mewarna rambut bagi wanita. Ada yang memberitahu jika mewarna rambut untuk suami tidak salah.

Jawapan;
Kaum Wanita harus atau boleh mewarnakan rambut mereka demi untuk suami. Namun mereka mesti memnuhi syarat-syarat yang berikut;

i.Pewarna rambut tidak dibuat dari bahan yang mengandungi najis,
ii.Tidak menghalang air membasahi rambut ketika berwuduk dan mandi hadas.
iii.Diingatkan agar wanita yang mewarnakan rambutnya, tidak mempamerkannya kepada lelaki yang bukan mahram .
iv. Juga dengan izin suami.

Pencipta lagu kangkung Najib ditahan polis? (video Remix)

SHAH ALAM, 17 JAN: Kordinator Jingga 13 Malaysia, Faris Musa dalam akaun sosial Tweeter beliau mendakwa komposer lagu Kangkung remix ditahan polis, lewat petang semalam.
Memetik berita yang semakin tersebar di blog dan laman sosial, komposer terbabit yang dinamakan sebagai Yuri Wong dikatakan bekerja sebagai Jurutera Suara di The Factory Music Studio, Kuala Lumpur.

Penahanan Wong dipercayai berkait rapat dengan serangan bertali-arus di internet terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan penurunan harga kangkung yang dibuat beliau beberapa hari lalu.

yuri wongWong dikatakan menghasilkan video remix ucapan Najib itu sehingga disebar luas di laman-laman sosial dan menjadi antara ‘trending’ kangkung yang paling popular.

Bagaimanapun, Wong yang berjaya dihubungi Selangorkini pagi ini sekadar membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan atau temubual buat masa ini.

Selain desas-desus penahanan Wong, laporan BBC berkenaan ‘kangkung’ yang mengaitkan Najib juga tidak dapat diakses dan pakar teknikal membayangkan ia kemungkinan disekat.

Pada 14 Februari lalu, stesen penyiar British itu memetik berita berkenaan sendaan orang ramai terhadap kenyataan Najib berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.

Selain laporan BBC, laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Kangkung -theme protest draws giggles’ juga didakwa disekat, pada 15 Februari lalu.

Pihak Malaysiakini terpaksa memuat naik semula laporan sama semalam dan versi baru itu masih boleh diakses dan tidak lagi disekat.-selangorkini
-tranungkite-

Mimpi ayah mangsa pembunuhan kejam tiga beradik bantu polis selesai kes?

bunuh 3 beradik
ALOR SETAR: Bapa mangsa pembunuhan kejam tiga beradik Rusdi Rani, 38, mendakwa mengalami mimpi pelik genap 44 hari kematian tiga anaknya.

Rusdi berkata, dirinya bermimpi arwah anak perempuan sulungnya, Nor Syafikah Nadia, 14, memberi beberapa bayangan kepada dirinya mengenai siapa penyebab kematian mereka.

“Along datang dengan wajah berseri-seri menemui saya, sambil memaklumkan nama seorang lelaki. Dia cakap pada saya. Abah kalau ingin selesai kes kami cepat, pergilah tangkap lelaki itu.

“Kemungkinannya, petunjuk yang diperolehi dalam mimpi saya merupakan hasil solat hajat dilakukan setiap hari selepas Solat Isyak dengan harapan suspek segera dikesan,” katanya.

Susulan mimpi dialaminya, Rusli memaklumkan dia membuat satu laporan polis berhubung mimpi terbabit, sambil menyatakan nama lelaki yang diberikan arwah anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, dekat sini, keesokan harinya.

Difahamkan, mimpi dialami Rusdi pada Selasa lepas dipercayai menjadi petunjuk kepada penahanan dua suspek kes tersebut kelmarin, bagaimanapun, dia tidak mahu mendedahkan nama lelaki yang dikatakan arwah anaknya dalam mimpinya itu.

Sentuh kuku seekor lembu berkaki lima untuk dapat anak lelaki

Sentuh lembu dapat anak lelaki
Sentuh lembu dapat anak lelaki Raj sanggup memulangkan wang jika pelanggannya melahirkan bayi perempuan.
RAIPUR - INDIA: Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima.

Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian.

Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.

“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya.

Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan.

“Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya.

Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa itu. - Dailymail

Inilah Pasangan Suami Isteri Yang Ditahan Oleh Pihak Berkuasa Sweden Kerana Merotan Anak Mereka

omakkau
Inilah wajah sepasang suami isteri yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas kesalahan mendera anak mereka kerana tidak menunaikan solat!!!!

Heboh baru-baru ini kisah sepasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak. Mereka ditahan sejak pertengahan Disember lalu dan bakal dibicarakan pada 16 Januari ini.

Suami Azizul Raheem Abdullah merupakan seorang pegawai Lembaga Penggalakan Pelancungan Malaysia yang berkhidmat di Stockholm, sementara isterinya Shalwati Nurshal seorang pendidik sekolah menengah pula mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama suami di negara itu.

Pihak Wisma Putra memberitahu bahawa pihaknya akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Menurut sumber, kesemua anak-anak dilapor berada di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat Stockholm.

Jumaat lalu, media melaporkan pasangan itu ditahan atas sebab menghukum anak kerana tidak menunaikan solat.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

Kehancuran Israel Pertanda Kiamat

Detikislam

Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita disana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?

Allah Ta’ala berfirman:
“Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:” Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar “.
(Surah Al-Isra: 4)

Ayat diatas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat diatas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.

Yahudi zionis laknatullah…pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.

Al-Qur’an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya:
“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai “. (Surah Al-Isra ‘: 7)

Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan. Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham,” Kami bertanya dari mana larangan itu?

Rasulullah menjawab: “Dari orang-orang asing yang melarangnya.” Kemudian berkata lagi: “Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan.” Kami bertanya: “Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. “(HR. Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

“Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)”. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad)

Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.

Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi “. (HR. Ahmad)

Diterjemah dari sumber republika.co.id

Kupu-kupu berwajah beruk (Gambar)

Kupu-kupu berwajah beruk
Kupu-kupu berwajah beruk Serangga menyerupai kupu-kupu yang berwajah pelik ditemui Wan Mohd Faizal di dalam keretanya ketika pulang dari kebunnya di Kelulut.
MARANG: Seorang penjawat awam terkejut apabila menemui seekor serangga menyerupai kupu-kupu yang berwajah pelik dalam kereta selepas pulang dari kebunnya di Kelulut, dekat sini.

Wan Mohd Faizal Wan Ismail, 35, berkata, dia menyedari ada seekor serangga terbang masuk ke dalam keretanya ketika membuka pintu namun tidak mempedulikannya kerana beranggapan ia adalah seekor kupu-kupu biasa.

“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila ia bukan kupu-kupu biasa, tapi seekor serangga pelik. Namun saiznya agak kecil.

"Walaupun tidak tahu serangga apa yang masuk dalam kereta tetapi saya yakin ia tidak berbahaya," katanya.

Kata Wan Mohd Faizal, serangga itu berwarna kelabu gelap, kelihatan seperti sehelai daun yang bergulung-gulung, manakala saiznya lebih kurang 2.5 sentimeter lebar dan 4 sentimeter.

Katanya, dia kemudiannya melepaskan serangga itu kerana bimbang ia akan mati.

Pemuda Umno Terengganu 'sanggup mati' mempertahankan kekangkungan Najib?


Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.
Kangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau Pinang
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.

Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Kenyataan beliau telah dimuatnaik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

Pemuda Umno negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang mempermainkan Najib dengan kangkung.

Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.

"Ia biadap dan kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup.

"Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita," kata beliau. – 16 Januari, 2014.-tmi

Orang Isreal percaya dan yakin Nabi Muhammad dan Islam??

Tranungkite
Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.
ghorqod-tree
Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.

“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz

Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.
Ramalan Rasulullah

Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.

Teks hadis itu berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”

Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran ramalan Rasulullah?

Wallahua’lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.

Blogger Umno balas dendam: Bila Umno lupakan kami... KAMI pun nak melupakan Umno

Bila Umno lupakan kami...KAMI pun nak melupakan Umno @NajibRazak
Aku, Tun Faisal, Yuseri dan beberapa sahabat...

Memang dah jadi lumrah Umno bila kita sudah tidak diperlukan lagi maka kebajikan kita juga tidak akan dipedulikan lagi oleh mereka. Tapi ini bukan bermakna tanpa Umno mengambil tahu KAMI semua akan mati kebulur tak makan. Dah alang alang orang tak peduli.. pi mampuih lah dengan diaorang!!!

Jadi malam tadi aku, Tun Faisal, Yuseri dan beberapa teman "keyboard writers" (kami dah meluat dengar diri kami dipanggil Pejuang Maya Umno atau apa saja gelaran tok nenek yang diberi pemimpin selama ini) berbincang bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup kami semua dan rakan rakan yang senasib dengan kami.

Salah satu langkah jangka pendek yang KAMI temui tanpa memerlukan modal yang banyak adalah menjalankan perniagaan menjual Kad Prabayar Tone Excel WOW dari pembekal perkhidmatan telepon Tune Talk. Setelah membuat kajian akan prospek perniagaan ini dan pulangannya yang berterusan terhadap pengguna kad prabayar, Tun Faisal telah mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menyediakan kemudahan awal untuk kami atau siapa saja "keyboard writers" yang berminat untuk mendapatkan pendapatan pasif setelah terpaksa menjadi penganggur setelah selesai PRU13.

Daripada kita membuang masa membela dan mempertahankan Umno secara PERCUMA ada lebih baik kita buat perniagaan ini demi mencari rezeki untuk bagi makan anak isteri dan keluarga kita. Kerja kerja membela dan mempertahankan Umno ni biar saja Lifestyler Lifestyler Ibdil dan mereka mereka "yang dibayar" lakukan kerana takkan nak mentekedarah gaji buta je...

Nanti bila tiba masanya PRU14 hampir dekat dan waktu tu Umno memerlukan khidmat kita, kita akan guna KAEDAH THE HIGHEST BIDDER. Siapa BID paling tinggi masa itu kita pergi kerja untuk mereka...

Apa macam.....?

Jadi kepada teman teman yang senasib kalau berminat boleh je email aku azmiapa@gmail.com

P/S : Kalau korang rasa nak buat kerja FREE aku tak boleh nak larang kerana itu hak masing masing.Tapi dalam korang merasa korang ni PEJUANG MAYA UMNO tolong fikir balik... korang berjuang untuk mempertahankan parti atau mempertahankan PENYAMUN PENYAMUN dalam parti?

Korang makan KANGKONG...pemimpin makan ASPARAGUS.

Itupun nasib baik sebab "Kangkong yang naik hari ni dah turun...."

By Aku Peduli Apa @ APA / Posted on 1/16/2014 04:27:00 AM

Ini contoh murid dan guru sama-sama bijak lagi pintar

Omakkau
Ini baru betul .. jawapan yang betul dikatakan betul .. jenis guru tidak terikat dengan anutan politik .. jenis pendidik gred A yang cukup profesional.

Murid ini memberi jawapan kepada soalan yang berbunyi ... Senaraikan 3 Organisasi yang ditubuhkan di Malaysia untuk tujuan dakwah.

Jawapan yang diberikan murid berkenaan ialah 1) JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) 2) JAKIM (Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) dan 3) PAS (Parti Islam SeMalaysia).

Sekurang-kurangnya anak murid dan guru ini akui akan peranan PAS sebagai suatu organisasi yang ditubuhkan secara sah di negara ini sebagai suatu badan yang bergiat untuk gerak kerja dakwah.