Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di dakwa membisu dan berdiam diri terhadap Konsert Jom Heboh tajaan TV3 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Lumut, Perak. Pendirian ulama yang disegani ramai itu agak memeranjatkan memandangkan beliau sendiri telah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 mengharamkan acara tersebut atas dasar ia melalai dan menggalakkan maksiat dikalangan anak-anak muda. Mungkin sebagai mufti yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri apatah lagi negeri Perak sekarang diperintah oleh kerajaan kudeta Barisan Nasional beliau bimbang periuk nasinya terjejas. Sikap rasa hormat dan tunduk Umno dan BN terhadap pendapat mufti mereka sendiri boleh dilihat dengan tindakan yang diambil walaupun hukum agama telah dikeluarkan. Walaupun diharamkan kerajaan negeri Perak pimpinan BN tetap membenarkan karnival tersebut diadakan pada 5 dan 6 Mei 2007 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Nasihat Harussani yang menegaskan program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh tidak diendahkan langsung oleh kerajaan negeri BN dan acara tersebut diteruskan juga. Konsert Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006. Ini berlainan pula dengan sikap diambil oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke 12 tahun lalu. Atas dasar menghormati prinsip-prinsip Islam sejagat dan keadilan yang diamal oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pihak TV3 bersetuju menarik diri daripada menganjurkan karnival tersebut di bumi Perak. -TVAntara.com.my- |
Konsert Jom Heboh: Mufti Perak Membisu Seribu Bahasa
Mahfuz Hantar Memorandum Berkaitan Imej Najib Kepada Majlis Raja-Raja
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar akan mengorak langkah menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu minggu depan bagi memohon penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan terhadap Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak. -TVAntara.com.my- |
One Umno:Pemimpin Rasuah Didahulukan, Tokoh Kalah Diutamakan
Melihat kepada senarai lantikan jawatan yang diumumkan oleh presiden Umno, Najib Razak Jumaat lalu, hanya satu kesimpulan boleh dibuat iaitu parti tersebut sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa, bersih dan telus. Disebabkan ketiadaan pemimpin yang dilihat rakyat sebagai bersih daripada rasuah dan politik wang, Najib tidak mempunyai pilihan lain selain mengitar semula tokoh-tokoh lama dan yang secara terang-terangan bergelumang dalam budaya rasuah. Umpamanya duabelas ahli Majlis Tertinggi menyenaraikan antara lain nama-nama kontroversi yang bakal menyusahkan lagi penyakit rasuah yang dihidapi Umno. Dua daripadanya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Rafidah Aziz dikaitkan dengan kes rasuah. Ali yang disekat bertanding jawatan timbalan presiden Umno oleh Lembaga Disiplin parti kerana didapati bersalah berhubung politik wang dilantik sebagai ahli MT malah mengepalai badan perhubungan Umno Melaka. Lantikan Ali menjadi tanda tanya dikalangan ahli Umno sendiri dan rakyat sama ada Najib benar-benar serius untuk memerangi rasuah dalam partinya atau ini hanya satu lagi slogan kosong untuk mengabui mata rakyat. Mungkin ini balasan Najib kepada Ali yang bersetuju akur kepada keputusan parti untuk menghalang beliau daripada bertanding. Begitu juga Rafidah yang sudah di "reject" oleh Pergerakan Wanita Umno apabila beliau kalah kepada Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam pemilihan parti Mach lalu dibawa masuk kembali kononnya atas alasan pengalaman berguna kepada parti yang ada pada beliau. Beliau juga tidak kurang hebat daripada segi kontroversi kes penyelewengan AP semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi Selain Rafidah ramai lagi pemimpin yang sama ada tidak bertanding atau kalah dalam pertandingan MT dilantik kejawatan tinggi Umno. Nama yang agak mengejutkan ialah Datuk Aziz Sheikh Fadzir, seorang tokoh yang telah dilabel sebagai mengapi-apikan sentimen perkauman. Ramai daripada pengerusi badan perhubungan Umno yang baru bukan berasal dari negeri yang mereka terajui. Ini mungkin boleh membangkitkan sentimen kenegerian di kalangan penyokong tokoh negeri yang tidak dilantik ke jawatan tersebut. Najib melepaskan Perak untuk mengambil Selangor dengan mengenepikan Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden.
-TVAntara.com.my- |
Nik Abduh Dan Para Wazir Otak Kemetot
SEORANG penjenguk blog Merah Tinta bernama Muhammad Khairuddin Awang telah forward tulisan terbaru Nik Abduh Nik Abdul Aziz (foto) yang diambil dari blognya berjudul: Kerja bodoh dalam Pas ke dalam email saya dan minta saya ulas. Intipati tulisan Nik Abduh menceritakan perihal para wazir (pembantu) ayahandanya yang tidak menjalankan tugas dengan betul dan cuba main kelong, atau main kayu tiga.
Siapakah para wazir Tok Guru Nik Aziz? Panggilan itu umum sangat. Dalam konteks kerajaan negeri, mereka ialah para pegawai kerajaan negeri. Dalam konteks politik ialah ahli Dewan Harian Pas. Manakala dalam konteks tugas sebagai Menteri Besar ialah pegawai-pegawai yang bertapa di pejabat MB ditingkat 1, bangunan SUK dalam Kota Darulnaim.Di situ ada pegawai akhbar, ada pegawai khas, ada setiausaha sulit khas dan ada setiausaha politik. Ada juga pembantu khas. Inilah para wazir Tok Guru. Apakah kesemua mereka ini menasihati secara tidak betul, main kayu tiga ataupun duduk di situ kerana melaksanakan agenda politik sendiri?
Kalaulah saya yang menulis topik ini pasti berasap kena hambur oleh penjenguk yang taksub kepada orang tertentu di Kelantan. Saya akan dituduh sebagai mereka-reka cerita dan cuba meretakkan hubungan Nik Aziz dengan Abdul Hadi Awang. Nasib baiklah topik itu diulas dan disorot oleh Nik Abduh, anak Tok Guru Nik Aziz sendiri. Tahniah dan terima kasih Abduh.
Kalau saya yang menulis begitu, akan adalah tuduhan ke atas saya, kononnya saya menulis kerana urusan perniagaan kambing Japnapari tidak bereslah, projek depu tidak menjadilah ataupun kerana projek wang dinar tidak laku. Tidak terkecuali juga tuduhan paling popular kalangan spy Pas (spy mata sebutir) ialah saya ini adalah mata-mata gelap Umno! Tuduhan itu menggambarkan kedangkalan spy mata sebutir Pas dan mereka yang tidak kenal saya sekenal-kenalnya.
Biasalah manusia suka menghukum tanpa menanti apakah nokhtah terakhir mengenai sesuatu tulisan atau pun topik yang dibicarakan. Semua itu dilakukan kerana taksub, taksub kubra... maka mereka sudah tidak waras lagi.
Pada saya orang yang taksub kubra kepada sesiapa pun hatta kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang adalah orang yang kekurangan kornea atau manik dalam mata dan pertumbuhbesaran akalnya juga terbantut. Jenis akal 'kemetot''. Tuhan tidak menyuruh kita taksub melulu kepada sesiapa pun hatta Nabi Muhamamd s.a.w. melarang supaya memuja berlebihan.Baik Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz atau sesiapa juga tetap tidak terelak melakukan kesalahan dan mereka ada kalanya perlu petunjuk dan maklumat serta teguran. Dalam hal ini kedua hamba Allah dan pemimpin agung ini tidak melenting pula bila ditegur atau dikritik sebaliknya pentaksub berakal kemetot yang sibuk-sibuk.
Sepanjang saya kenal dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz beliau tidak pernah menengking atau pun marah kepada saya, begitu juga Abdul Hadi Awang walaupun saya mengkritik mereka berdua. Tetapi apa yang sering berlaku orang lain yang menjadi galang gantinya, ini termasuklah pengomen otak kemetot dalam blog. Berbeza dengan tokoh baru Pas yang baru kenal alif ba tha tidak boleh ditegur akan melenting macam guli mata kucing jatuh ke simen... ting... ting... ting...
Berbalik kepada topik diangkat oleh Nik Abduh tadi, memang sukar untuk mempercayai kalau Tok Guru Nik Aziz boleh 'berselehen' atau berkadas akal dengan Abdul Hadi Awang. Mereka ulama yang sarat dengan ilmu. Tetapi kerana ada tukang hasut dari pembantu sesat itu maka timbullah pertelagahan. Tujuan pencanggahan itu ditimbul supaya dua tokoh itu bergaduh agar senang mereka menyelit untuk mencuri kesempatan.
Sebenarnya kalau mereka nak ampu dan nak percepatkan proses kenaikan taukeh mereka majulah secara mendada dan jangan mencelah dan mencari kesempatan dan menjadi parasit. Apakah orang berkenaan menerima pakai teori ataupun amalan parasit seperti dedalu tumpang orang kemudian hisap darah orang sampai orang kojol?
Ada fahaman dan ajaran politik demikian dipraktikan oleh sesetengah kelompok di negara ini. Dan kelompok ini yang berkembang pada tahun 70-an kini sudah menyerap masuk ke dalam Pas dan gerakan Islam lain. Kalau diteliti kepada background dan harakah yang disertai sebelum menyertai Pas maka ditemuilah kelompok ini. Ianya sangat merbahaya disamping menimbulkan huru hara menyebabkan mereka hanya kutip hasil dengan meriba tangan saja.
Kelompok ini juga menerima doktrin kaedah matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka rasuah, manipulasi, lempar batu sembunyi tangan dihalalkan dan perlu dipraktikan. Mereka ini juga membilang bukan bermula dari 1 tetapi ia boleh bermula dari 8, 5, atau pun terus 10 baru kembali kepada 3, 2, dan 1.
Alhamduliah seperti mana kata Nik Abduh, ayahandanya sudah faham duduk perkara sebenarnya. Mudah-mudahan sekembali beliau (Tok Guru Nik Aziz) dari mengerjakan umrah, tidak ada sesiapa lagi yang akan cuba main dan membohongi Tok Guru demi kepentingan diri. Ingatlah Tok Guru baru balik dari umrah penuh dengan wap kenabian dan setanggi Kaabah yang harum itu masih melekat di badannya. Hormatlah.
Kebatilan Umpama Embun, Musnah Selepas Suria Menjenguk
KEBENARAN tetap akan menjelma dan kebatilan akan sirna juga akhirnya. Kekeliruan dan sikap kita tidak mahu menyelidik terhadap sesuatu laporan atau khabar menyebabkan kita jadi terkeliru dan akhirnya terjerumus ke dalam fitnah yang boleh menyebabkan keadaan menjadi huruhara.
Begitulah apa yang dapat disimpulkan mengenai tuduhan kononnya Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra yang cuba diaibkan dengan satu laporan liar yang dipetik dari Indonesia mendakwa Tengku Fakhry melarikan isterinya, Monahara Odelia Pinot,17 dan melakukan penyeksaan fizikal.
Bukan saja saya, semua orang mungkin tidak mengerti apakah motif berita berkenaan? Yang menyebabkan saya menggaru kepala ialah, macam mana seorang ibu yang berstatus mertua boleh menuduh menantu melarikan isterinya! Aneh.
Sekali ingat boleh bikin filem Keluarga 69 versi baru pula.
Seperti mana dijelaskan, bahawa Fakhry telah mengahwini Monahara dengan sah. Mengikut syarak Fakhry berhak membawa isterinya walaupun mencecah ke langit hijau sekalipun. Tidak siapa boleh menghalangnya lagi. Dan sesudah menjadi seorang isteri, Monahara berkewajiban mentaati suaminya selagi suaminya mentaati syarak. Manakala status ibu yang melahirkannya sudah berada di urutan ke bawah. Betapa si ibu, ibu Daisy Fajarina, 44 menyayangi anaknya namun hukum tidak dapat dibatasi.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga Subuh." Saya kira ibu Daisy mengerti dan arif dengan hadith berkenaan. Justeru apa yang Monahara lakukan itu benar dan betul belaka dan menepati hukum syarak dan juga mengikut perikemanusiaan dan kasih serta cintanya kepada Tengku Fakhry. Terlebih dari itu ialah Monahara mengikut syarak.
Tidak wujud di sini kalau bintang peragawati itu dilarikan dan diseksa di dalam istana. Nampaknya cerita-cerita di zaman klasik dahulu hendak dihidupkan semula semata-mata mahu glamour dan gimik, atau ada motif tersirat yang tersendiri. Apakah ada agenda untuk memburukkan istana Kelantan dalam episod ini?
Apakah ada berlaku tuntutan harta sebagai ganjaran kerana membenarkan Monahara berkahwin dengan Fakhry? Kemungkinan tidak boleh dinafikan.
Istana Kelantan tidak tamak mencari harta dan mereka hidup sekadar yang termampu saja. Sering kali salah anggap bila disebut raja, menyebabkan orang berfikir semua raja tamak haloba, suka mengaut harta rakyat dan sebagainya. Tetapi tidak begitu di Kelantan. Tidak ada seorang rakyat Kelantan kebuluran disebabkan semua kekayaan Kelantan dipunggah ke istana!
Apakah Monahara dipaksa untuk bahagia di samping suaminya. Dipaksa tersenyum riang untuk dipotret? Saya tidak mahu mengulas, tetapi tataplah kesemua gambar yang saya postkan ini dengan mata hati perasaan dan bukan dengan prejudis. Kata orang gambar menceritakan segala-galanya.
Penyelewengan Pentadbiran Kewangan Negeri Kelantan!
PENTADBIRAN kewangan negeri Kelantan dikatakan berada dalam keadaan tidak begitu kemas dan teratur menyebabkan kemungkinan berlaku pembaziran wang rakyat seperti bayaran yang dibuat ke atas tuntutan-tuntutan yang tidak wajar dan munasabah.
Beberapa amalan tidak telus dikatakan berlaku yang melibatkan jumlah puluhan juta ringgit.
Apa yang dikatakan berlaku ialah tuntutan-tuntutan tidak wajar ke atas sesuatu kontrak di mana nilai yang diluluskan tidak sepadan dan tempoh kelulusan juga begitu cepat di mana ini menyalahi prosuder kewangan yang diamalkan sebelum ini, di mana pembayaran biasanya dibuat dalam tempoh selepas tiga bulan.
Ada tuntutan dikatakan dibuat disebelah pagi diluluskan sebelum pukul 3:00 petang!
Sebagai contohnya bayaran yang dibuat oleh sebuah agensi kerajaan negeri berjumlah RM36 juta dalam tempoh lebih dua tahun dari tahun 2006. Pembayaran itu dianggap tidak munasabah kerana aktiviti agensi berkenaan bukan agensi bersifat komersial.
Keadaan ini menyebabkan pihak tertetu yang berhak untuk menjaga dan mengawal kewangan negeri Kelantan untuk rakyat dikatakan terpaksa masuk campur bagi memastikan perbelanjaan dijalankan dengan betul.
Pihak berkenaan dikatakan sedang meneliti hal ini termasuk telah memanggil Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian yang bertanggungjawab dalam soal-soal tanah dan sebagainya untuk memberi penjelasan lanjut.
Dikatakan ada sendiket kalangan kontraktor mengguna nama pihak berkuasa lain untuk mendapat kontrak ataupun mendapat kelulusan tanah dengan mudah serta dikenakan bayaran cukai atau premium yang rendah.
Misalnya premium dikenakan ke atas satu kawasan lombong emas di negeri itu jauh lebih rendah daripada jumlah sepatutnya kerana ia dikatakan ada kaitan dengan pihak tertentu lain. Hal ini katanya sangat dikesali dan ia mula dipertikaikan sendiri oleh pihak dalaman kerajaan negeri.
Dalam tujuan ini nama istana Kelantan juga dikatakan telah dijadikan kambing hitam bagi mendapat perlepasan atau pun untuk mempercepatkan sesuatu proses permohonan.
Justeru pihak kerajaan negeri khasnya menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri yang bertindak sebagai Menteri Kewangan dan juga Menteri Besar perlu memantau dan menyelidiki hal ini.
Sekiranya dakwaan ini didapati benar tidak sewajarnya kerajaan negeri mendiamkan diri kerana ia tidak memberi keuntungan kepada kerajaan apa lagi disaat negeri mengalami kemelesetan ekonomi kini. Apa lagi kalau sikap diam diri itu kerana takut atau kerana menghormati mana-mana pihak ia dianggap sebagai tidak patut kerana telah membelakangkan kepentingan rakyat.
Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga hendaklah memainkan peranan menyiasat perkara ini. Tujuan ia diwujud ialah bagi menjadi badan pemantau bagi pihak seluruh rakyat Kelantan. PAC berhak memanggil mana-mana pihak membabitkan perbelanjaan wang negeri untuk diteliti. Tidak ada gunanya PAC ini diwujudkan kalau ia setakat diwujudkan untuk memenuhi prosuder sesebuah kerajaan saja.
Seelok ‘penyelewengan’ dan kelemahan salah tadbir ini dikesan dan diambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk lagi. Natijah daripada membiarkannya menyebabkan wang rakyat akan disalah gunakan akan lebih berleluasa.
Jabatan Agama Di Minta Menyiasat Wanita Melayu Bersekedudukan Dengan Seorang Lelaki Bangsa Cina Hingga Melahirkan Dua Anak
[Banyak lagi kejadian seperti ini sebenarnya berlaku di bandar ini, bahkan di merata ceruk negara. Cuma terkadang ia di pandang sebelah mata oleh pihak yang berkenaan. Jika adapun laporan yang berkaitan, pasti akan ditutup begitu sahaja oleh pihak berkuasa setelah ada unsur "rasuah dan habuan" diberikan. Jika beginilah keadaannya, maka rosaklah imej Islam Hadhahri di Malaysia ini. Jika ada laporan seperti ini sila emailkan kepada pihak kami untuk didedahkan kepada semua pembaca budiman.]
Kerja - kerja Bodoh Dalam Pas
Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!
Berkasih sayanglah kita sesama jemaah
“Terkedu, terharu, Alhmadulilah”
Sekali lagi saya terpaksa mencatatkan dan mengakui tulus ikhlas betapa saya melihat adinda saya ini yang diasuh di bawah tangan ulamak besar kita sejak dari bayi, memang mempunyai masa depan yang cerah dalam barisan kepimpinan tertinggi PAS di masa mendatang sebagaimana ayahandanya. Dakwahnya dalam bentuk tulisan cukup kemas, tersusun dan penuh hikmah, sesiapa pun pasti terpesona membacanya. Dakwah seumpama ini sangat berkurangna di dunia blog yang penuh dengan fitnah, kata nista dan celaan.
Posting terbaru beliau itu “berat” dan saya pasti begitulah hatinya apabila mahu menyusun kata dan ayat bagi menghidupkan mesejnya, apa pun yang penting beliau telah terjun untuk membetulkan keadaan dan persepsi, meredakan yang gundah-gulana dan merawat yang pilu dan sedih. Saya tidak nampak beliau mahu menaik atau menjatuhkan sesiapa tetapi yang saya kesan adalah kesungguhan beliau untuk memikul tanggungjawab agar parti dan jemaah ini jangan berpecah dan dipecahkan.
PAS adalah gerakan Islam, maka dalam keadaan apa sekalipun ia perlu kembali kepada Islam, jangan ia jadi macam parti sekular, liberal, pragmatis, sosialis atau kominis. Kerana itu jika semua kita berpegang kepada prinsip Islam, maka tidak mudahlah kita terpengaruh atau terpesona dengan mana-mana pihak lain sehingga kita meminggirkan jemaah.
PAS mendakap konsep “Kepimpinan Ulamak” lebih 20 tahun lalu bagi memastikan ia tidak tersasar dari orbit Islam yang ia tawaf. Seriusnya PAS dalam hal ini sehingga suatu transformasi besar telah dilakukan pada parti, lantas melahirkan Majlis Syura Ulamak dan terbaru pimpinan urusan ulamak di peringkat kawasan-kawasan. Mengapa, kerana kita mahukan parti ini terus berada atas saf yang betul (kebutulan blog adinda Nik Abduh bertemakan: Masanya memilih jalan yang lurus).
Kerana tranformasi inilah PAS melonjak kembali ke atas setelah jatuh merudum ke bawah dari sudut prestasi di zaman akhir Asri. Para ulamak dan sukarelawan parti telah berkerja bertungkus-lumus menjayakan konsep ini, agar PAS terus relevan dengan Islamnya, dan kini ternyata ia dihormati dan disegani, tidak syak lagi kerana kuatnya pegangannya pada Islam itu. Siapa lagi jika tidak Almarhum Ustaz Fadzil dan kedua-dua Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Abd Hadi, serta barisan ulamak dan para professional yang ikhlas serta mahasiswa dan anak-anak muda yang bersemangat yang telah bekerja siang malam membina kembali PAS, dan hari ini PAS berada pada tahap pencapaiannya yang sangat cemerlang.
Adinda Nik Abduh dan saya percaya semua kita mahukan PAS terus kekal begini. Gandingan Mursyidul Am (dengan Majlis Syura) dan Tuan Guru Presiden begitu mantap dan jelas hala tujunya. Memang ini musim pemilihan bagi PAS, lakukanlah yang terbaik buat Islam, tetapi awas semua perhitungan dan pertimbangan perlulah berlandaskan Islam, jangan ada fitnah dan adu-domba, jangan jual-jual nama, peliharalah adab dan tertib sebagaimana yang diajar oleh agama.
Kisah “unity government” dimainkan kembali oleh adinda Nik Abduh disaat kononnya tiada orang mahu menyebutnya lagi. Seakan kotor dan jijik lontaran idea Tuan Guru kita. Apa yang kita tahu mengenainya? Apa yang diberitahu pada kita? Tok Guru dan Tok Guru bertelagah? Adinda Nik Abduh telah menjelaskan, lantas bagaimana anda sekarang? Dan peringkat yang paling panas dalam posting beliau adalah apabila beliau menyebut:
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Insyallah setakat yang saya tahu dan begitu juga pembantu-pembantu Presiden yang lain, kami sekadar petugas, bukan penasihat. Saya pernah ditanya oleh seorang pemimpin parti, mengapa saya tidak nasihatkan Presiden (dalam satu isu yang pemimpin tadi tidak puas hati), saya sebutkan, saya ini bukan penasihatnya, tetapi pekerjanya!
Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am kedua-duanya memiliki khazanah dan penguasaan ilmu yang besar, ditambah dengan amalan dan disiplin hidup mereka sebagaimana disebut adinda Nik Abduh:
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adal
Terima kasih SSZ
Saya menerima komen berikut dar pengunjung blog ini yang mengenalkan dirinya sebagai “SSZ”. Terlalu cantik susunan bahasanya, terlalu benar mesejnya, maka saya berasa terpanggil untuk mengangkat komennya itu dan diletakkan di posting ini.
TGHH pernah menjadi MB, tapi tidak sedikit pun terlebihnya beliau dari segi material dan tidak terkurang sedikit pun dari segi kewibawaan. rutin harian bertambah tanpa kurangnya rutin kuliah. kerendahan hati Tok Guru tiada juga berubah, malah semakin mesra dan ramah. dah byk pemimpin yg saya bersemuka, tetapi Tok guru lah seorang pemimpin yg pada saya paling rendah hati tetapi berjiwa besar.seorang pemimpin yg tinggi ilmu tapi bangun dari bersila, dgn pantas menyambut tetamu walau belum sempat lagi untuk melangkah masuk ke rumahnya yg persis rumah2 nelayan. dgn pemberian tak seberapa, ucapan terima kasih beliau dari awal bicara sehingga akhir tak habis2... ikhlas mengatakan cinta saya pada tok guru. jika tok guru diturunkan dari pimpinan sekalipun, pada saya beliau masih seorang pemimpin yg bertaqwa dan hebat sampai bila2...
PAS ini terbuka byk pelapis yg ada, tetapi rasanya kepimpinan dari tok guru masih diperlukan, kerana pelapis2 yg ada belum cukup mantap dan tok guru masih gagah. seorang ulama yg tidak terbatas hanya setakat ilmu agama dan politik, tetapi IT pun Tok Guru pandai...pandangan2 Tok Guru yg luas dan dari pelbagai sudut, lantang dlm menyuarakan apa yg difikirnya, tanpa mempedulikan kesan dari sudut politik, tapi tetap dinyatakan demi menegakkan kebenaran dan suasana aman serta membawa faedah kpd rakyat. pada saya belum nampak ada yg dpt mengatasi tok guru setakat ini. bkn lah kita taksub pada tok guru, tapi jika dinilai dari pelbagai sudut, dari pandangan kita ahli biasa dan rakyat biasa ini...
mmg ada yg berpotensi besar dan kecil, tapi belum mencapai sehingga rasanya perlu sehingga tok guru diganti.kita dlm PAS bukan pejuang politik, kita adalah pejuang islam. bermakna tidak kira walau ketika air tenang mahupun badai bergelora, itu yg kita pegang dan kita naikkan serta julang setinggi2 nya... siapa yg setakat ini mampu berdiri teguh dihadapan bahtera memandu arah. ianya mesti org yg amat jelas pandangannya dan amat jauh serta tajam... tidak takut terlanggar batu karang atau sesat.
biarlah bagaimana islam itu ditentang, kita teguh meredahnya... ada ketika ramai yg terjatuh kelaut tapi ada juga yg dpt naik semula... tapi nakhoda yg sedang memandu arah dgn hebat itu tidak perlu rasanya disuruh berehat sebagainya, beliau baru memegang teropong dan peta... jgn hanya kerna beliau tidak mahu mengambil jln pintas yg berbahaya, yg mendatangkan risiko apa yg dibawa dan dijaga itu bersepah hilang entah kemana... dek kerana jln pintas yg lebih merupakan perangkap yg hanya menyebabkan ramai yg akan kecundang sementara perlayaran juga kemungkinan besar tidak sampai pun... kita suruh nakhoda kita turun dan duduk istirehat di dalam kamar... tak patut...berbagai rintangan yg dtg, ribut taufan berselang pula dgn kedinginan yg menusuk tulang ketika laut juga sunyi sepi... bila siang panas pula tanpa sebarang lindung, sesekali burung liar juga sempat merampas beberapa makanan yg menjadi bekal... beliau tetap teguh memandu arah...
sudah bersediakah bg yg bakal menggantikan beliau utk memikul tugas2 berat dan paling penting utk pelayaran ini?apa yg dilalui para jurumudi dan anak2 kapal, kedudukan yg beliau duduki itu lebih teruk dugaannya yg akan dilalui. bersediakah?masih byk lagi bahagian2 lain dlm kapal yg perlu diamati, dipelajari dan dikuasai demi memimpin pelayaran seluruh keadaan kapal wajiblah berada dalam fikiran sentiasa... utk itu pengalaman yg mendalam bagi setiap bahagian itu amat penting. hargailah dan gunalah sebaik2 peluang yg ada sementara kita dipimpin oleh manusia hebat tetapi rendah diri ini utk melakukan persediaan secukupnya. demi masa depan yg insyaAllah akan menjadi semakin utuh.
wassalam...
Sehubungan dengan itu saya masih teringat satu ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj abd Hadi Awang. Dalam ceramah itu beliau mengatakan (lebih kurang yang saya ingat) bahawa kiranya Raja mangkat, penggantinya adalah waris keturunannya, begitu juga pemimpin biasa, meninggal orang yang di bawahnya akan menggantikannya, tetapi kalau yang meninggal itu “Tok Guru” belum tentu kita mudah mendapatkan penggantinya.
Untuk makluman beliau berceramah ketika itu di Kelantan, semasa Kelantan menghadapi krisis perlembagaan yang melibatkan kerajaan negeri dan istana. Beliau bukan menyebut tentang dirinya tetap tentang seorang lagi Tok Guru iaitu Tok Guru Nik Abd Aziz.
Demikianlah taraf seorang Tok Guru dalam masyarakat yang celik, fakir-fikirkanlah.