"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Marhaintua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marhaintua. Papar semua catatan

PERAK – Retak Membawa Belah (Bhgn 6)

Ke Mana Halatuju Parti Umno? 

Negara sedang kegawatan sekarang ini. Seperti juga dunia luar yang kegawatan ekonominya, keadaan ekonomi negara kita adalah lebih teruk daripada yang dibayangkan. Kadar pengangguran semakin meningkat, begitu juga dengan kadar jenayah. Semakin ramainya pendatang asing yang melakukan kerja-kerja jijik seperti merompak, memeras ugut dan membunuh, semakin kurang berita sebenar yang diketahui berapa ramaikah pendatang asing yang masuk itu pendatang haram?

Yang amat menakutkan ialah melonjaknya perbuatan khalwat di kalangan kaum kita kerana mengisi perut yang lapar. Kerana itu kita tidak boleh hairan apabila ada beberapa kes selebriti yang menjual maruah diri kerana ketiadaan pekerjaan tetapi perlu wang untuk bayar sewa apartment yang tinggi dan ansuran kereta mewah yang baru dibeli.

Beberapa bulan yang lalu semasa krisis ekonomi global meledak, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak, telah berkata dengan lantang bahawa negara ini tidak akan terjejas oleh ledakan krisis ekonomi global itu. Tetapi apa yang jadi sekarang? Kerajaan BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan satu bajet mini dengan tujuan mahu menyerap bahana kegawatan itu.

Beginilah cara UMNO memimpin negara. Selalu suka berbohong serta mengamalkan sikap “denial” (penafian) dan pada waktu yang sama UMNO terus berusaha mengkucar-kacirkan perjalanan beberapa kerajaan negeri pimpinan PAKATAN RAKYAT (PR) dengan niat mahu merampas kembali kuasa pemerintahan negeri-negeri ini.

Sebelum berlakunya pilihan raya ke-12 dahulu UMNO pernah menerajui kepimpinan hampir semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Hanya di Pulau Pinang dahulu, UMNO memainkan peranan sebagai penguasa nombor dua dalam kerajaan negeri itu. Di Kelantan UMNO merupakan parti politik yang menguasai pihak pembangkang.

Sejarah telah merakamkan bahawa kerajaan Barisan Nasional/UMNO selepas pilihan raya ke-11 (2004) dahulu adalah sebuah kerajaan yang sungguh besar majoritinya, baik di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri-negeri. Malahan, kerajaan PAS yang tegak di Kelantan hanya wujud laksana nyawa ikan gara-gara lebih satu kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri.

Akan tetapi apabila berlangsungnya pilihan raya umum ke-12 dahulu, BN telah diaibkan dan hilang kuasa pemerintahan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Perak; sambil gagal merampas kembali kepimpinan negeri Kelantan. Ia menang tipis di beberapa negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Terengganu.

Kekalahan teruk BN di Selangor dan Pulau Pinang adalah sungguh mengejutkan Barisan Nasional amnya, dan khususnya UMNO. Kerana itu UMNO cuba sedaya upaya merampas kembali tampuk pemerintahan negeri yang telah menegakkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Pelbagai kisah dalam usaha rampasan kuasa itu. Ia melibatkan pelbagai mainan politik yang menyerlahkan juga ketokohan setiap seseorang ahli politik yang terlibat. Kita akan rakamkan beberapa contoh untuk rujukan generasi akan datang, yang mahu main politik.

a) UMNO cuba pancing PAS dengan menggoda seorang peminpin PAS yang pandai bercakap tetapi mempunyai nafsu mahu menjadi Menteri Besar Selangoir. Si pemimpin PAS ini telah memujuk Presiden PAS Tuanguru Haji Hadi agar memperkenankana penubuhan satu kerajaan campuran PAS-UMNO. Pelbagai helah dilakukannya untuk mengabui pemikiran Haji Hadi. Mujur, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuanguru Haron Din sedar akan kelentongan ini dan mereka telah meminta Tuanguru Hadi akur kepada perjanjian awal yang diadakan oleh PAS bersama Keadilan dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Mainan politik Hassan Ali meledak kerana beliau tertekan setelah projek ‘summer camp’ di Sungai Tekali Ulu Langat tergugat kerana kekurangan penyertaan pihak yang berduit untuk beliau meneruskannya. Saya berani berkata usaha Hassan Ali dalam penubuhan kerajaan campuran di Selangor itu sudah dilihat kini oleh orang Melayu di luar kelompok UMNO sebagai satu usaha yang rakus dan sekali gus melunturkan kepercayaan Melayu bukan-UMNO terhadap Hassan Ali.

Hassan Ali naik ghairah kerana pujukan Dr. Khir Toyo yang gilakan kuasa. Khir Toyo seolah-olah seorang lelaki yang gila talak setelah UMNO dan BN kalah teruk di Selangor. Sehingga kini, kita lihat Khir Toyo masih bernafsu, dan terus mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO pula. Saya tidak fikir Khir akan menang bertanding jawatan itu yang turut dicabar oleh Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir.

Kita boleh lihat cara Khir Toyo mainkan sentimen politik kotor. Dia telah memimpin sekumpulan kecil ahli UMNO yang diupahnya untuk menunjuk perasaan di Pulau Pinang terhadap Karpal Singh. Lantas melalaklah sekumpulan Melayu untuk tontonan media dengan slogan dan sepanduk mengatakan Karpal Singh biadap dan derhaka kepada raja. Ada pula yang mengsyorkan Karpal dibuang negara kalau tidak ditangkap di bawah ISA. Kini Khir Toyo mainkan sentimen politik lagi mahukan Menteri Beaar Selangor meletakkan jawatannya atas kes salahguna kuasa.

Jelas, Khir Toyo ghairah mahukan publisiti untuk menang bertanding menjadi Ketua Pemuda UMNO, nanti.

Kalau Khir Toyo menang juga pencalonan Ketua Pemuda UMNO nanti, nampak sangatlah para perwakilan di persidangan UMNO nanti sudah hilang arah tuju sasaran politik mereka, ataupun MUNGKIN ada pihak yang dijulap oleh wang. Mereka harus ingat perbuatan Khir Toyo semasa menjadi menteri besar dahulu yang memberikan tanah kepada para kroninya. Yang paling menjijikkan ialah perbuatan Khir Toyo menghadiahkan sebatang penyapu kepada seorang pegawai kerajaan, yang dianggapnya kurang produktif.

Sepatutnya dalam persidangan UMNO nanti ada satu majlis memberi hadiah satu batang penyuapu kepada menteri besar UMNO yang kehilangan kuasa di negeri mereka. Harus ada majlis hadiah penyapu kepada bekas menteri besar Kedah, Perak dan Selangor.Sudah tentu penyapu yang paling besar layak dihadiahkan kepada Khir Toyo.

Insan bernama Khir Toyo harus sedar zaman beliau berpolitik sudah sampai ke penghujungnya. Dia masih ghairah mahu menonjolkan dirinya, tetapi semasa dia memegang tampuk kuasa di Selangor dia telah membazirkan wang rakyat. Saya pernah menceritakan bagaimana kerajaan Selangor zaman Khir Toyo dahulu membazirkan wang ringgit setiap kali mereka adakan persidangan Exco. Ini amat berbeza dengan zaman Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak memerlukan banyak protokol semasa menjalankan tugasnya.

Sepatutnya Kerajaan PR Selangor siarkan segala bentuk penyelewengan dan pembaziran pemerintahan Khir Toyo secara bersiri dalam Warta Selangor supaya ahli-ahli UMNO yang akan menyertai persidanagn UMNO nanti faham, apa jenis manusia yang akan mereka lantik menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Secara peribadi saya mengharapkan Mukriz menang, kerana dia adalah “lesser of the three evils”. Apabila dibandingkan Mukhriz, Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo saya fikir Mukhriz harus diberikan kepercayaan memimpin pergerakan itu walaupun kini Putera dan Puteri UMNO sedang giat mencanang agar Khairy Jamaluddin menang besar. Lagipun, apabla Paklah sudah pergi nanti, saya fikir Khairy akan lebih kerap dengan pelaburan serta lombong emasnya di Port Morseby. Kita akan bincang perkara ini lebih lanjut lagi akan datang, pada ketika yang sesuai.

Yang penting sekali, Mukhriz mempunyai jaringan suara marhaen yang lebih luas berbanding Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dirangkum bersama. Seorang ketua pemuda UMNO mesti menyedari getaran jiwa rakyat marhaen untuk berjaya. Ini pernah ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim kerana dia ada ABIM memberi sokongan itu. Lagipun Mukhriz dapat melaungkan bisikan hati dua orang negarawan yang bergelar Tun dan yang didekati bila-bila masa.

Khir masih cuba mengkucar-kacirkan kerajaan PR pimpinan Tan Seri Khalid Ibrahim. Yang paling terkini PR sedang diasak oleh kemelut seorang ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang telah menyerahkan surat perletakan jawatan setelah gambar beliau separuh bogel di kamar tidur tersebar luas di internet.

Saya akan kupas kisah ini dalam siri yang mendatang kerana saya percaya ini adalah satu kerja busuk oleh golongan yang ‘frust’ dalam merebut kuasa politik sudah sudah capai status ‘gila-talak’ juga. Ironisnya apa yang melanda Elizabeth Wong turut menghantui ADUN PKR di Bukit Selambau. Cuma, kerana kebijaksanaan Menteri Besar Kedah, gambar ADUN itu belum lagi tersebar di internet.

Eloklah kita bincangkan kisah ini dalam Bahagian Tujuh nanti.. Memadailah dulu kalau saya ulangi apa yang pernah saya tulis dahulu betapa UMNO sudah pandai menggunakan PDRM dan SPRM (klon Badan Pencegah Rasuah) sebagai sayap barunya untuk cuba merampas kuasa politik sebelum Najib naik bertakhta.

b) Memang kita semakin hairan bagaimanakah pihak PDRM dan BPR semakin lantang menekan golongan pemimpin parti pembangkang. Ketua Pesuruhjaya SPRM telah bersuara lantang mahu mengheret Menteri Besar Selangor ke mahkamah kerana “sudah ada bukti kukuh berlakunya salahguna kuasa oleh Menteri Besar. Saya diberitahu ada dua kes dalam istilah ‘salahguna kuasa’ itu. Satu ialah kerana menggunakan kereta peribadi sebagai kereta rasmi dan tentunya Menteri Besar menggunakan minyak ‘inden’ mungkin ataupun membuat tuntutan apabila ada kerosakan pada kereta itu. Yang kedua ialah kisah pengagihan lembu korban.

Pada pendapat saya kalau inilah kes yang hendak di bawa ke mahkamah eloklah Ketua SPRM itu bersara awal sahaja, kerana jelas dia buat kerja bodoh atas arahan pihak tertentu yang mahu mengaibkan Tan Sri Khalid. Eloklah dia selidik kisah makmal komputer yang runtuh di sekolah-sekolah kerana kontraktor yang mengendalikannya terpaksa menyumbang RM50,000 kepada anak Aziz Shamsuddin. Kemudian, periksa kes ‘Borang Pengesahan Siap Kerja’ yang perlu ditandatangani oleh gurubesar beberapa sekolah seluruh Perak, yang tidak tahu menahu akan kerja-kerja yang dijalankan kerana Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussin mengeluarkan arahan kerja itu kepada Ketua Pemuda Gopeng secara suka-suka. Kalau projek semacam ini wujud di Perak tentu lebih banyak kes Borang Pengesahan Kerja yang wujud di sekolah lain di negeri yang lain di merata negara.

Kalau si bahlol ini mahu publisisti murahan eloklah dia lakukan siasatan bagaimana kerajaan boleh bertindak memperbaiki tanah cerun yang runtuh di Buikit Antarabangsa dengan nilai sebanyak RM70 juta sedangkan itu projek swasta dan kerja-kerja pemulihan itu seharusnya dibuat oleh pihak swasta? Bukankah nampak sangat betapa kerajaan memberi kemudahan kepada golongan kaya-raya sedangkan wang tujuh puluh juta itu sudah cukup untuk memperbaikki keadaan perumahan setinggan di Kampung Medan dan Kampung Baru?

Kalau kerajaan prihatin sangat dengan masalah penghuni rumah yang merana, kenapa tidak dibaiki semua rumah marhen yang retak-retak disebabkan kualiti pembinaan yang tidak bermutu? Tanyalah Persatuan Pengguna maklumat rumah-rumah yang baru didudukki tetapi sudah hampir runtuh untuk kerajaan tolong baiki.

Saya cabar SPRM selidik dan siasat serta hebahkan para pemilik rumah-rumah yang runtuh di Bukit Antarabangsa itu dan senaraikan jawatan mereka supaya marhaen tahu cerita sebenar kenapa kerajaan sanggup berbelanja RM70 juta menolong mereka. Kebanyakan mereka adalah ketua ekskutif agensi kerajaan dan pegawai tinggi kerajaan dan swasta. Apabila rumah runtuh, mereka berpindah ke rumah yang disediakan oleh majikan mereka. Yang jelas tidak ada seorang pun yang duduk di balairaya kerana ketiadaan rumah.                                                                         

  c) Tengku Razaleigh Hamzah dalam laman webnya ada menulis pada 13 Februari, 2009 dengan tajuk “UMNO Then and Now” ( UMNO dulu dan sekarang). Saya ingin terjemahkan artikel ini seperti berikut:

“UMNO adalah sebuah parti yang punyai satu nama besar dan banyak jasanya.

UMNO telah dilahirkan pada 1946 untuk pertahankan hak orang-orang Melayu dan Raja-raja. UMNO telah menyatupadukan rakyat di Malaya untuk melakar kemerdekaan pada 1957. Pada 1963, ketrua UMNO, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, telah mengusahakan satu langkah yang lebih berani, dengan menubuhkan Malaysia. Pada 16 September Tunku telah mengisytiharkan “hasil pemikiran yang panjang dan teliti,” tercapailah satu muafakatan melalui perbincangan dan debat, penyelidikan dan pemilihan.”

Almarhum telah mengisyitihar dengan bangganya: “Kita telah wujudkan Malaysia melalui perbincangan yang sihat dan tolak ansur. Semangat kerjasama dan sepakatan adalah satu bukti keinginan kita untuk mengongsi destini yang sama.” Semangat ini dipanggil oleh Almarhum sebagai “asas Malaysia” yang dianggap “pemangkin masa depan.”

Malaya dan Malaysia merupakan kejayaan satu wawasan hasil kerja yang penuh kesabaran. Kepimpinan UMNO merencana visi itu dan mempengaruhi orang lain untuk turut serta dan membantu segala unsur Perlembagaan untuk melahirkan sesbuah negara melalui perundingan yang memakan masa beberapa bulan. “Selangkah demi selangkah konsep itu membiak subur”. Perbincanagan isu Perlembagaan telah diteruskan semasa negara dilanda serangan pengganas komunis, konfrontasi dengan negara-negara jiran yang nekad mahu menggagalkan pakatan itu, sedangkan waktu itu juga Perang Dingin sedang memendungi dunia..”...............

.......”Demikianlah pada tahap awalan, UMNO berjaya dengan wawasannya sebagai parti orang-orang Melayu dan parti sebuah negara. Beginilah caranya UMNO melindungi kedaulatan raja-raja Melayu, dan berjaya mengungguli ketuanan pimpinan politik Melayu. Kita mampu memenangi hati nurani rakyat kesemuanya. “..

............”Bandingkan wawasan yang kita lakar lima puluh tahun dahulu, dan pendekatan kita menyelesaikan masalah ketika dulu, walaupun berdepan dengan risiko yang mengancam negara kita, dengan cara kita sekarang ini, di mana kita membiarkan diri dipagari ancaman buatan sendiri, sedangkan cabaran sebenar seperti pendidikan dan ekonomi terus terbiar.”....

..........” Kejayaan UMNO yang terkini ialah merampas kuasa dengan cara kotor daripada sebuah kerajaan negeri yang naik secara proses demokrasi . Dengan cara demikian kita sudah menjadi satu parti desparados, tanpa keyakinan.

...”UMNO hari ini di bawah kepimpinan yang ada memang tidak boleh dipulihkan lagi. Para pemimpin kita adalah punca masalah itu. Mereka telah melakukan pengstrukturan, membuli dan menggunakan wang, supaya mereka tidak boleh diganti oleh golongan yang mampu memimpin untuk berkhidmat. ...”

Demikianlah kata-kata seorang negarawan yang sepatutnya menggantikan Paklah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. Malangnya orang Melayu-UMNO tidak faham apakah sebenarnya peranan mereka dalam memilih pemimpin yang boleh mensejahterakan bangsa, agama dan negara.

Seperti yang saya kiaskan dalam tulisan yang lalu, saya tidak nampak bagaimana negara ini boleh membangun dengan lebih pesat apabila Najib naik takhta. Ramai kawan-kawan menelefon dan berbincang dengan saya keraguan mereka apabila Najib naik menjadi perdana menteri.

Memang saya ada mencadangkan kepada mereka biarlah Paklah terus berkuasa sehinggalah pilihan raya umum ke-13 nanti. Saya sendiri berpendapat Najib tidak boleh berbuat apa-apa bila dia menjadi perdana menteri. Malahan, kalaupun Anwar Ibrahim sendiri yang naik menjadi perdana menteri, pada waktu yang terdekat ini.. Seluruh dunia sedang gawat dan di negara China sahaja sekarang ini jumlah orangnya yang menganggur dan kehilangan pekerjaaan sudahpun mencecah lebih dua puluh lima juta manusia. Di Amerika Syarikat sendiri walaupun kerajaan pimpinan Obama meluluskan lebih 800 billion dollar untuk menyuntik dana memulihkan ekonomi saya anggap itu laksana mencurahkan air di daun keladi sahaja. Keadaan eknomi Amerika akan terus gawat walaupun ditambah lagi 800 bilion untuk tambahan suntikan dana yang ada.

Sebab utama kenapa saya mahu Paklah terus bertakhta ialah mengurangkan mainan politik yang berlebihan. Sekarang ini terlalu banyak politiking sehinggakan negara tidak menyelesaikan masalah kemelesetan ekonomi. Inilah yang berlaku di zaman Mahathir bermula 1997 dulu menyebabkan kejatuhannya. Kita nampak pemimpin UMNO dan pemimpin kanan kerajaan sibuk main politik.

Kalau Amerika yang mengecap duit sendiri boleh sesak nafas, bagaimanakah Malaysia yang banyak bergantung kepada pengeksportan komoditi menggunakan dollar sesbagai matawang jualbeli dapat maju jaya? Jepun sendiri sudah kemelesetan ekonomi. Kadar ekonominya menurun sebanyal 3.5 persen dan ini bukan kepalang bencanannya sehingga rakyat Jepun mahu Perdana Sato melepaskan jawatan. Malaysia yang banyak bergantung pada pesanan daripada Amerika dan Jepun, boleh pula dikatakan tidak akan terjejas oleh krisis ekonomi global? Apakah ini kebijaksanaan Najib ataupun Rosmah? Ataupun apakah ini bisikan Altantuya dalam mimpi?

Saya tidak nampak Najib mampu menanganai masalah ekonomi negara kerana kisah pembunuhan Altantuya akan terus menghantui dirinya dan Rosmah. Seperti yang boleh dijangka, orang yang dituduh membunuh Altantuya @ Aminah Abdullah (itulah nama Islam yang disebut oleh Razak Baginda dalam affidavitnya di mahkamah dulu), yakni C/Inspektor Azilah Hadri dan Kopral Sirul Azhar Omar, berkemungkinan besar akan “terlepas´ juga..

Ditakdirkan Najib naik jua sebagai perdana meneri Malaysia ke-enam saya fikir dia pun tidak dapat bertahan lama. Hanya mampu berkusa sehingga berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 nanti. Najib dapat dijangka akan memikul tugas dengan beberapa ugutan dan ancaman moraliti di depan muka. Kita boleh bayangkan apa yang akan terjadi kalau tersiar di internet gambar Najib makan bersama dengan Altantuya dan Razak Baginda. Saya difahamkan gambar ini memang benar-benar wujud dan berada di tangan musuh ketat Najib dan Rosmah.

Kita harus sedar setiap Perdana Menteri Malaysia akan tertakluk kepada pengaruh politik Singapura yang merupakan proksi Israel. Itulah yang jelas terjadi semasa Amerika dipimpin oleh Republikan dan George Bush. Sepanjang pemerintahan Mahathir di Malaysia dahulu negara rancak ekonominya kerana Yahudi dan Amerika menggalakkannya. Tetapi siapa yang untung besar? Cuba berikan saya lima orang Melayu yang betul-betul berjaya dalam perniagaan mereka ketika itu dan masih tetap berjaya pada hari ini? Mana perginya Halim Saad, Tajuddin Ramly, Mirzan Mahadir, Raja MOU (Apanama) Amin Shah dan Shamsuddin Hassan? Semua nama-nama ini mengaut kekayaan di bawah tajaan UMNO atas pojok proksi Melayu marhaen dan UMNO. Setahu saya di samping mereka itu banyak projek pengswastaan telah membolehkan UMNO mengaut lebih RM250 billion. Mana perginya duit itu? Mahathir Mohammad dan  Tun Daim Zainuddin harus jawab semua soalan ini.

Berbalik kita kepada masalah negara di bawah Najib nanti, tentu kita tertanya-tanya kemungkinan berlakunya satu ‘blackmail’ (peras-ugut) terhadap Najib ataupun Rosmah. Apa pula yang akan jadi kalau detektif upahan Razak bernama P. Balasubraniam tiba-tiba muncul dengan cerita bagaimana Altantuya memberitahau dia bahawa Najib memang pernah tidur degan Altantuya dan khabarnya Najib mempunyai fe’el istimewa di bilik tidur, yakni kelakuan yang pernah ditohmah ke atas Anwar Ibrhaim oleh TKT Mahathir satu ketika dulu...

Saya yakin Azilah dan Sairul akan dibebaskan juga akhirnya. Macam-macam helah perundangan boleh direka. Sebagai contoh mahkamah akan isytihar tidak cukup bukti yang kukuh kerana saksi utama seperti P Subramaniam sudah hilang. Ataupun tidak ada bukti membabitkan dua tertuduh dengan peledak C4 yang digunakan untuk memusnahkan si mangsa sebab hanya KEMENTAH yang menyimpan peledak itu. Sekali lagi kes “tak cukup bukti” akan digunakan untuk membebaskan dua orang tadi. Kerana itu sepanjang perbicaraan identiti mereka tidak ditontonkan. Sepatutnya SPRM menyiasat kenapa dua orang tertuduh tidak dibenarkan menampakkan wajah mereka. Bukankah ini salahguna kuasa oleh pihak polis yang membenarkan identiti dua orang ‘pembunuh’ itu disungkup terus?

Apakah akan jadi kalau selepas kes itu nanti gambar Azilah dan Sairul Azhar tersebar luas di internet? Bukankah dalam Affidavit Razak Baginda ada menyebut pengakuan Azilah yang dia pernah membunuh antara 6 hingga 8 orang sebelum itu? Apakah benar kisah pembunuhan itu seperti yang pernah didedahkan oleh almaruhum Aminurrashid salah seorang penulis internet (Mat Salleh Islam) yang sama merintis laman blog seangkatan dengan MGG Pilai dan saya ini?

Tidak lama lagi, UMNO akan bersidang. Najib sudahpun mengemukakan borang pencalonan untuk menjadi Presiden parti. Nampaknya dia seorang akan bertanding bagi jawatan itu. Ini diandaikan kalau Paklah tidak mahu bersuara dan meminta agar dia terus diberikan mandat untuk terus memegang jawatan itu.

Kalau pun Najib akan menang, beliau akan memegangnya laksana seekor kuda tempang sahaja, yang tidak mampu berlari laju dan tangkas ataupun menggalas beban yang berat-berat. Dia akan dilumpuhkan oleh kegawatan ekonomi, keruntuhan moral diri dan kerakusan nafsu Rosmah Mansur isterinya. Kita harus sedar, kalau Najib menang pencalonan jawatan presiden parti UMNO, yang naik menjadi perdana menteri nanti ialah Rosmah Mansur juga. Sudah tentu majlis makan malam kerajaan akan diwarnai banyak sessi berkaraoke. Besar kemungkinan pula petugas baru di Tingkat Empat ramai yang merupakan lulusan TKC.


Walau apa pun, apabila Najib naik menjadi Presiden UMNO banyak jawatan penting akan bertukar tangan. Saya tidak hairan banyak jawatan yang akan dipegang oleh kaum wanita.

Inilah yang menggerunkan pegawai kerajaan di Jabatan Perdana Menteri sekarang. Mereka masih ingat apa yang terjadi semasa berlakunya bankuet perpisahan diraja di mana YDP Agong dulu (Raja Perlis) dijamu dalam santapan perpisahan diraja yang dilakukan di Mandarin Oriental. Majlis yang dijadualkan tamat pada jam 10.30 malam terpaksa dipendekkan hingga sepuluh malam sahaja kerana Rosmah mahu menghadiri satu jamuan lain di Hotel Golden Horses yang memberi penghormatan kepada bintang filem Bollywood.

Kerana mahu melopong dihiburkan penari-penari Bollywood, majlis perpisahan diraja telah dipendekkan untuk membolehkan Sultan Pahang dan permaisuri, Perdana menteri dan timbalan perdana menteri menyaksikan majlis itu. Ironisnya Yang Dipertuan Agong tidak berangkat pergi.

Penganjur majlis perpisahan diraja itu; Rais Yatim menjadi serba salah kerana menjelang jam sepuluh malam Rosmah asyik memberi isyarat agar majlis santapan diraja dipendekkan. Petugas dan kakitangan RTM mesti ingat betapa koir khas RTM yang sudah bertungkus-lumus berlatih menyanyi lagu perpishana diraja terpaksa membantut program mereka semata-mata untuk membolehkan Rosmah yang sudah berpakaian lip-lap berundur cepat untuk bergesel pipi dengan selebriti Bollywood.

Jangan ada sesiapa kehairanan apabila Rosmah Mansur menjadi perdana menteri nanti ada pelakon Bollywood yang akan diberi gelaran Tan Sri.

...bersambung. 
 

Marhaintua 
29 Februari, 2009.                                                                                                                                                http://www.marhaen.info/v1/index.html#Baca

PERAK – Retak Membawa Belah (Bhgn 5)

Sogok-menyogok 

Sejak Dr. Zambry Abdul Kadir dinobatkan sebagai menteri besar Perak (H), pada Jumaat 6 Februari, 2009; menteri besar yang ke-10 masih mahu bertahan dengan jawatannya. Ini bererti krisis politik yang dianggap paduka Sultan dapat reda, terus membara.

Keadaan menjadi terus kalut kerana UMNO menaja tunjuk perasaan di merata negara melibatkan pelajar-pelajar universiti dan beberapa pertubuhan NGO yang merupakan sayap dan organisasi serpihan UMNO juga. Tunjuk perasaan ini bukan terhad kepada Perak, malahan di merata negara. Contohnya di Kedah, inisiatif UMNO itu telah membabitkan juga BBPM dan Persatuan Kerabat DiRaja Kedah. Yang anehnya semasa imuniti raja-raja dibogelkan oleh TKT Mahathir, tidak pula badan-badan seperti ini yang berani melalak.

Satu ketika dahulu, Ir. Nizar pernah mencabar Najib Razak, kalau dia fikirkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan beliau sudah hilang kepercayaan rakyat, apa salahnya dibubarkan Dewan Undang Negeri Perak supaya diadakan Pilihan Raya Umum semula? Malahan semasa sultan memutuskan agar Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan, kita lihat beberapa orang jaguh UMNO seperti Zahid Hamidi, Muhamad Taib, Khairy Jamaluddin, Hishamuddin Hussein dan Mustapha Yakob melalak betapa “rakyat Perak sudah sedar bahawa hanya UMNO dan BN yang boleh membela nasib rakyat”. Semua mereka in lupa bahawa rakyat baharu sahaja menolak kepimpinan BN dan UMNO daripada bumi Perak pada Pilihan Raya Umum bulan Mac 2008 dahulu.

Pemimpin UMNO itu bersuara lantang kini setelah tiga orang ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada PR untuk menjadi wakil rakyat bebas. Mereka adalah ADUN DAP bagi Jelapang, bernama Hee Yit Foong, ADUN PKR bagi Changkat Jering Kapten (B) Osman Jailu dan ADUN PKR bagi Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi. Sebelum itu ADUN Bota Nasaruddin Hashim yang melompat keluar UMNO untuk masuk PKR telah berpaling semula masuk UMNO.

Kini, Dr. Zambry sudah pun mengumumkan barisan Exco seramai enam orang yang dianggotai oleh lima orang wakil UMNO dan seorang wakil MCA. Zambry juga telah melantik tiga orang sebagai penasihat beliau.

Kemudian, seorang pemimpin DAP Perak telah memfailkan bantahan di mahkamah membantah pelantikan tiga orang penasihat itu kerana tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan. Bayangkan kalau mereka diberikan gaji sebanyak RM250,000 setahun bererti kerajaan BN/UMNO Perak memang membazirkan wang rakyat. Tiga orang yang dilantik ini bukanlah EXCO tetapi mempunyai taraf yang sama dengan Exco. Apa gunanya melantik seorang penasihat agama Islam sedangkan Perak mempunyai seorang mufti dan beribu-ribu orang imam? Apa gunanya ada seorang penasihat penerangan sedangkan sudah ada Jabatan Penerangan Negeri? Apa perlu seorang penasihat khas urusan kaum India sedangkan sudah wujud parti MIC dan Gerakan di merata Perak?

Ramai rakyat yang tertanya-tanya kenapa anggota Exco hanya seramai enam orang sehinggakan Zambry memegang sepuluh portfolio. Dia jawab bahawa dia selesa dengan bilangan Exco yang kecil semacam itu. Tetapi saya fikir lambat laun keempat-empat orang ADUN PR itu akan dilantik menjadi Exco juga. Mungkin ini merupakan sebahagian janji yang ditabur untuk membuat mereka lompat parti. Cuma buat ketika ini pelantikan mereka tidak boleh diumumkan kerana adanya masalah undang-undang yang perlu dibereskan. Lagi pun, dua orang ADUN Bebas itu (Jamaludin dan Osman Jailu) sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah. Kes perbicaraan telah ditangguhkan pada 15 Julai.

Satu lagi penghalang kerancakan aktiviti kerajaan pimpinan Zambry ialah pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen yang dijangka diadakan awal April nanti. Sudah tentu Najib tidak mahu BN dan UMNO kalah di Bukit Gantang, walaupun menyedari itu adalah kubu kuat PAS. Mungkin Zambry terpaksa merencana lebih banyak undi pos dimasukkan dalam daftar pengundi, sepertimana dia menang besar di Pangkor dahulu.

Adalah sangat sukar untuk BN menang dalam mana-mana pilihan raya kecil kerana yang ditentang oleh BN dan UMNO bukannya wakil parti pembangkang ataupun mana juga calon bebas. Yang menjadi tentangan wakil UMNO BN nanti ialah rakyat marhaen. Perkara ini menjadi lebih ketara apabila rakyat marhaen sedar bahawa wang telah berpindah tangan untuk menyogok tiga orang wakil rakyat PKR berpaling tadah. Mengikut artikel di Malaysia Today, Bekas Timbalan Speaker Perak (Hee Yit Foong) yang merupakan seorang OKU itu telah sanggup berpaling tadah setelah disogok lima belas juta oleh Najib dan dibayar oleh Vincent Tan. Khabarnya lagi sepuluh juta akan dilunaskan dalam masa terdekat.

Saya pernah menulis akan perkara sogokan wang ini di mana pengendali nombor “Toto” dan “Empat Nombor Ekor” diberikan lesen menjual tiket dalam isu jualan khas untuk membolehkan mereka membiayai BN dalam setiap pilihan raya. Apa sangatlah lima belas juta? Jika benar upah sedemikian disediakan oleh Najib dan BN, bererti dua orang ADUN PKR yang berpaling tadah itu turut menerima habuan haram untuk menyara anak isteri mereka. Limpahan 'kemewahan' haram itu akan disalurkan pula kepada cucu-cicit mereka dan suku-sakat yang menadah ikhsan.

Saya juga diberitahu lama dulu lagi rencana UMNO untuk merampas kembali empat negeri pimpinan PR itu telah dirancang dengan berbelanjakan RM200 juta. Waduuuhhhhhhhh banyak sungguh duit tauke judi yang disalurkan untuk sogok-menyogok dan memancing ADUN PR.

Menyentuh cerita dua orang ADUN bekas PKR yang dikenakan perbicaraan kerana rasuah, ada yang bertanya macam mana Najib boleh memancing mereka keluar PKR sedangkan mereka diancam tuduhan BPR. Saya fikir mereka sudah mendapat jaminan BPR (kini SPRM) untuk lepas daripada hukuman mahkamah. Besar kemungkinan mereka akan menerima hukuman “ACQUITTAL NOT AMOUNTING TO DISCHARGE” yang membawa erti mereka dibebaskan dengan bersyarat. Ini bererti mereka perlu akur dengan telunjuk BN dan UMNO supaya mereka tidak didakwa semula atas kes rasuah yang sama itu.

Inilah yang menyedihkan saya kerana kes BPR itu adalah kes yang lemah. Sengaja direncana oleh UMNO untuk memerangkap dua orang ADUN tersebut. Apa yang mereka hadapi itu adalah satu rencana besar UMNO untuk memerangkap mereka agar lompat parti. Tetapi disebabkan wujudnya Akujanji mereka semasa menerima pelantikan untuk bertanding dalam pilihan raya dahulu, UMNO telah mengubah strategi dan meminta mereka isytiharkan diri keluar parti dan menjadi wakil BEBAS.

Seperti yang saya katakan dahulu, paduka Sultan telah menyoal mereka ke manakah kecenderungan mereka dalam politik? Mereka jawab akan menyokong kerajaan UMNO. Cuma paduka Sultan lupa bertanya berapa juta yang mereka terima? Adalah tidak masuk akal kalau wakil rakyat itu sanggup belot hanya kerana bertukar ideologi politik. Yang paling menarik hati saya ialah sikap Hee Yit Foong, yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Speaker. Kalau kita ambil sejarah dia menjadi wakil rakyat, pemilihan dibuat sendiri oleh Lim Kit Siang yang sedar akan sentimen para pengundi.

Lim Kit Siang ambil-kira jasa Hee Yit Foong yang satu ketika bertugas sebagai kerani di pejabat DAP. Sebagai seorang pengidap penyakit polio, dia diberikan undi simpati oleh para pengundi yang mahu mengnyahkan wakil rakyat MCA. Tentulah Hee Yit Foong tidak sanggup meninggalkan jawatan lumayan kalau dia tidak menerima janji imbuhan yang lumayan. Setidak-tidaknya dia kini mampu membeli kerusi roda yang canggih yang bernilai hampir satu ratus ribu seperti yang digunakan oleh Dick Cheyney di Amerika Syarikat.

Sekarang rakyat Perak mahu tahu siapakah nanti yang akan menjadi wakil UMNO bertanding di Bukit Gantang. Ada pelbagai nama yang dibincangkan. Saya cadangkan agar PAS turunkan Ir. Nizar dan UMNO pula turunkan Dr. Zambry agar bertanding di situ. Barulah kita dapat satu rumusan jitu di mana kecenderungan pengundi dalam krisis politik Perak. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz tidak bersetuju dengan usaha meletakkan Nizar di Bukit Gantang, saya fikir beliau harus ambil kira keinginan rakyat Perak. Lagi pun, khabarnya Nizar sudah pun keluar daripada rumah rasmi menteri besar dan menyerahkan TOYOTA CAMRY yang diguna oleh barisan Exco.

Saya amat berharap Nik Aziz akan sedar bahawa Ir. Nizar dan kemelut politik Perak adalah satu katalis baru bangkitnya gelombang reformasi kedua menurut kebangkitan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dahulu. Gelombang reformasi yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim dahulu telah menjatuhkan sebuah pemerintahan kukubesi dan sungguh diktatorial pimpinan TKT Mahathir Mohamad. Reformasi yang dimulakan oleh Ir. Nizar adalah kesinambungan gelombang yang sama tetapi akan menghapuskan UMNO.

Yang saya nampak sekarang ini perbuatan UMNO berkumpul menunjuk perasaan dengan dibantu segala sayap pembodeknya seperti PAKIDA, GPMS, Belia 4B adalah satu proses di mana UMNO akan hancur daripada dalam (implosion) juga. Adalah amat menyedihkan apabila kita lihat orang-orang Melayu terutama mereka yang muda-muda berkumpul buat kerja yang tidak mendatangkan faedah. Apakah tidak cukup dengan Perlembagaan yang ada untuk menjaga keselamatan golongan DiRaja? Apakah tidak cukup dengan satu pasukan polis pengiring yang khas untuk raja-raja dan di sesetengah negeri bila raja bergerak ada pula sebuah ambulans khas yang mengekorinya.

Di manakah Putra UMNO, Belia 4B dan GPMS apabila ada sultan yang meminta menteri besarnya mengirimkan duit untuk melunaskan hutang yang ditimbunnya semasa berjudi di kasino London? Apakah yang mereka lakukan apabila tersebar berita betapa Mirzan Mahathir kerugian lebih tiga juta berjudi di sebuah kasino di Monte Carlo? Apa pula yang mereka lakukan semasa tersembul berita bagaimana seorang bekas ketua menteri Sabah (Osu Sukam) yang ditagih hutang berjuta oleh sebuah kasino di London?

Bukankah perbuatan Melayu yang rugi besar di kasino itu satu perbuatan biadab kepada bangsa Melayu?

Saya mesti mengaku betapa emosinya saya dalam hal ini terutama sekali bila menulis tentang kehancuran UMNO sebab saya pernah menjadi ahli UMNO sejak Malaya mencapai kemerdekaannya.

Apa jadi bila ekonomi merudum?

Kelmarin, Setiausaha OPEC (Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak) telah mengumumkan betapa kemungkinan pengeluaran minyak pada tahun hadapan dicatu sehingga berlaku pemotongan sebanyak satu ratus lima puluh juta tong sehari. Ini satu pemotongan yang besar berasaskan “52 day average” ataupun kiraan purata selama 52 hari. Tujuan mereka sebenar untuk mengekalkan harga satu tong minyak jangan turun daripada US42 setong.

Sebagai sebuah negara pengeluar minyak bagaimana gerangan rencana kerajaan mahu mengurangkan perbelanjaan bajetnya kalau harga minyak terus menurun? Adakah kita dengar sebarang rencana daripada Najib?

Adakah kita dengar Pemuda UMNO mengendalikan seminar ekonomi melibatkan GPMS. Belia 4B. PAKIDA, Persatuan Kerabat DiRaja ataupun MUBARAK untuk mengerah otak membincangkan masalah ekonomi negara? Apakah Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Hishamuddin Hussein masih yakin dengan kata-kata Najib Tun Razak akhir tahun lalu yang berkata : “...KRISIS EKONOMI AMERIKA TIDAK AKAN MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA.......”? Cubalah buka akhbar lama dan baca apa kata Najib Tun Razak dan juga pemimpin UMNO yang lain mengenai ketahanan Malaysia menangani krisis ekonomi dunia.

Akan tetapi, apa yang terjadi sekarang? Najib mahu membentangkan satu bajet khas untuk menangani krisis ekonomi dunia. Dengan lain perkataan, UMNO sebagai sebuah parti yang berlagak sebagai payung hidup orang Melayu sentiasa membohongi bangsanya sendiri. 
 

Marhaintua 
28 Februari, 2009.                                                                                                                                                http://www.marhaen.info/v1/index.html#Baca

PERAK – Retak Membawa Belah (Bhgn 4)

Mainan Politik Melayu UMNO 

Krisis politik Perak sudah menjadi besar, gara-gara mainan politik yang didalangi oleh UMNO. Mungkin sekarang Sultan Azlan dan para pemimpin UMNO sudah sedar apa yang saya katakan sedikit hari yang lalu betapa krisis itu berkemungkinan menjadi satu malapetaka kepada Malaysia khususnya orang Melayu.

Mungkin pada waktu yang singkat ini perkataan malapetaka itu belum menunjukkan dimensi kebobrokannya. Tetapi tunggulah beberapa minggu lagi, kalau tidak juga dibendung dan disekat, ia akan menyerlah sehingga menakutkan para pelabur dan pelancong untuk datang ke Malaysia.

Sepatutnya ketika dunia global sedang kegawatan dan sejak tiga tahun yang lalu suasana politik Thailand suram, pemimpin Malaysia menggandakan usaha agar pelancong yang pernah mengerumuni Thailand dapat dipancing ke Malaysia.

Pernahkah sesiapa bertanya dengan diri sendiri ataupun kawan-kawan, apakah gunanya tunjuk perasaan tajaan UMNO di merata negara, semata-mata mahukan Karpal Singh dinyah ke luar negara? Apakah betul yang Karpal Singh sudah bertindak ‘biadab’ kerana mahu menyaman Sultan Perak? Apa gunanya Pemuda UMNO mendesak agar Karpal Singh ditahan di bawah undang-undang ISA sedangkan Paklah sendiri telah umumkan yang kerajaan tidak akan berbuat demikian? Lagi pun, bukankah Mahathir Mohamad yang satu ketika dahulu bersungguh-sungguh meminda Perlembagaan negara agar sultan dan raja hilang imuniti mereka? Kenapakah pemuda UMNO berdiam membisu semasa TKT Mahathir menghina raja-raja Melayu?

Siapakah yang membiayai tunjuk perasaan oleh golongan mahasiswa universiti dan institusi pengajian tinggi?

Karpal Singh adalah seorang peguam yang sungguh berpengalaman. Dia juga adalah seorang Pengerusi parti politik yang sah. Apabila dia mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Sultan Azlan Shah, tentu ada lunas undang-undang yang membolehkannya berbuat demikian.

Satu ketika dahulu, semasa diadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh, UMNO telah menaja tunjuk perasaan oleh pelajar UiTM di merata negara mahukan Menteri Besar Selangor meminta maaf kerana mencadangkan agar ditingkatkan kuota kemasukan pelajar bukan-Melayu ke pusat pengajian tinggi itu. Tunjuk perasaan mereka muncul meluap-luap seolah-olah Tan Sri Khalid adalah seorang pengkhianat bangsa. Sedangkan Khalid bertanggungjawab membawa pasaran getah asli ke Malaysia ke London, Khalid juga telah banyak berjasa mengendalikan pelaburan Melayu semasa menerajui PNB dahulu. Tunjuk perasaan pelajar itu diapi-apikan lagi oleh Wira Lompat bernama Ibrahim Ali. Soalnya adakah semua tunjuk perasaan itu mendapat permit polis? Malahan kini semua orang tahu bahawa pelajar-pelajar itu dipaksa untuk keluar tunjuk perasaan sedangkan ketika itu ialah perayaan menyambut hari lebaran.

Inilah kerja orang-orang UMNO yang berselindung di sebalik nama ‘Melayu’ dan kesamsengan PAKIDA. Mereka gunakan sentimen perkauman dan emosi keMelayuan sambil menuturkan retorik kata-kata ‘kedaulatan’ dan ‘kebiadaban’. Seolah-olah kepedulian mereka itu adalah satu perjuangan untuk menentukan keluhuran dan keperkasaan Melayu di bumi ini. Semua itu adalah satu topeng yang menyungkup kerja busuk mereka mengambil kontrak kerajaan dan mengalibabakan kepada kaum lain sedangkan mereka hidup senang-lenang dengan budaya hidup disubsidikan cukai pendapatan rakyat marhaen pelbagai kaum.

Pada kali ini kenapakah orang-orang UMNO bersusah payah mencemuh Karpal Singh? Kenapa mereka cemuh usaha menyaman sultan sedangkan imuniti raja sudah lama dikuburkan oleh UMNO? Orang berani saman sultan kini kerana pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN di bawah TKT Mahathir membolehkan Sultan disaman.

Kenapakah Karpal Singh menjadi sasaran Pemuda UMNO dan Pekida? Apakah kemungkinannya ada seseorang yang mahu Karpal Singh dimusnahkan kerana dia juga merupakan seorang peguam yang menjadi pemerhati dalam kes pembunuhan Altantuya?

Kalau UMNO sendiri yang menarik imuniti raja-raja Melayu bererti sesiapa sahaja boleh menyaman raja-raja ke mahkamah atas sebab tertentu. Ini bukan lagi biadab namanya.

Apakah UMNO sudah lupa?

Kalau kita belek gambar-gambar yang ditunjukkan oleh akhbar-akhbar akan wajah-wajah Melayu yang memegang poster menunjuk perasaan itu kita nampak kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak muda yang kenyang-kenyang dan hidup senang lenang. Kebanyakan mereka mempunyai dagu yang berlapis ataupun ‘double-chin’ menunjukkan mereka orang-orang senang. Jelas, ini golongan Melayu UMNO yang hidup senang-lenang dengan subsidi kerajaan hasil keringat titik peluh rakyat marhaen yang membanting tulang makan kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati. Kebanyakan subsidi kerajaan adalah hasil cukai pendapatan rakyat jelata.

Saya ingin bertanya sekali lagi, untuk apa UMNO menaja tunjuk perasaan terhadap Karpal Singh dan PKR agar jangan biadab terhadap Sultan Azlan? Kenapakah tidak dibenarkan proses undang-undang berjalan secara semula jadi dan biarkan mahkamah menentukan apakah Ir. Nizar dengan Exco PR masih berhak menjalankan tugas mereka?

Hakikat ini tentu disedari oleh Dr. Zambery dan pucuk kepimpinan UMNO. Kerana itu Zambery tidak kisah sangat berapa lama Ir. Nizar mahu menetap di rumah kediaman rasmi menteri besar dan terus membiarkan Nizar menggunakan kereta rasmi menteri besar. Lagi pun, dalam penubuhan badan Exco Perak, Zambery hanya melantik enam orang menjadi anggota Exco, seolah-olah mereka tahu bahawa kerajaan UMNO Perak tidak akan bertahan lama.

Untuk apakah orang-orang Melayu menunjuk perasaan di Johor Baharu, di Kedah, Selangor dan banyak tempat lain lagi? Dengan sepanduk yang berbau perkauman? Kenapakah tidak ada satu suara pun di kalangan pemimpin veteran UMNO yang berkata “sudah tu” ataupun “cukuplah”....!

Gelagat kumpulan tajaan UMNO yang membabitkan NGO dan PAKIDA menunjukkan dengan jelas bahawa orang Melayu memang amat suka bermuka-muka dan bersuka-suka dengan sedikit hal yang tidak boleh menjadi kudis di muka.

Kenapakah UMNO dan orang Melayu tidak mahu sedar banyak lagi isu besar yang perlu dibincangkan? Kenapa tidak tunjuk perasaan kerana banyak kilang dan industri yang sengaja ditutup kerana majikan tidak mahu terus melabur di negara ini? Kenapa tidak tunjuk perasaan minta imigresen dan polis menghalau ratusan ribu pendatang asing yang bekerja secara haram di negara ini?

Kenapakah polis kita dikerah untuk memasang penghalang jalan di sana sini hanya kerana a takutkan segelintir suara membantah kerajaan sedangkan beribu-ribu pendatang asing merompak rakyat sendiri?

Kerana inilah ekonomi orang Melayu sebagai satu bangsa sudah melurut dan menurun sehinggakan orang Melayu itu sendiri menjadi satu bangsa yang merempat di negara sendiri.

Cuba perhatikan berapa ramai anak-anak Melayu di pusat serenti dan penjara serta lokap di balai polis? Hampir sembilan puluh peratus penghuni di tempat ini adalah orang-orang Melayu dan hampir semuanya berusia antara 18 hingga 35 tahun. Inilah usianya mereka patut bertunang ataupun beristeri. Oleh kerana dadah mereka tidak punyai pekerjaan tetapi mereput hidupnya.

Apakah UMNO sudah lupa?

Kalau kita belek gambar-gambar yang ditunjukkan oleh akhbar-akhbar akan wajah-wajah Melayu yang memegang poster menunjuk perasaan itu kita nampak kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak muda yang kenyang-kenyang dan hidup senang lenang. Kebanyakan mereka mempunyai dagu yang berlapis ataupun ‘double-chin’ menunjukkan mereka orang-orang senang. Jelas, ini golongan Melayu UMNO yang hidup senang-lenang dengan subsidi kerajaan hasil keringat titik peluh rakyat marhaen yang membanting tulang makan kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati. Kebanyakan subsidi kerajaan adalah hasil cukai pendapatan rakyat jelata.

Saya ingin bertanya sekali lagi, untuk apa UMNO menaja tunjuk perasaan terhadap Karpal Singh dan PKR agar jangan biadab terhadap Sultan Azlan? Kenapakah tidak dibenarkan proses undang-undang berjalan secara semula jadi dan biarkan mahkamah menentukan apakah Ir. Nizar dengan Exco PR masih berhak menjalankan tugas mereka?

Hakikat ini tentu disedari oleh Dr. Zambery dan pucuk kepimpinan UMNO. Kerana itu Zambery tidak kisah sangat berapa lama Ir. Nizar mahu menetap di rumah kediaman rasmi menteri besar dan terus membiarkan Nizar menggunakan kereta rasmi menteri besar. Lagi pun, dalam penubuhan badan Exco Perak, Zambery hanya melantik enam orang menjadi anggota Exco, seolah-olah mereka tahu bahawa kerajaan UMNO Perak tidak akan bertahan lama.

Untuk apakah orang-orang Melayu menunjuk perasaan di Johor Baharu, di Kedah, Selangor dan banyak tempat lain lagi? Dengan sepanduk yang berbau perkauman? Kenapakah tidak ada satu suara pun di kalangan pemimpin veteran UMNO yang berkata “sudah tu” ataupun “cukuplah”....!

Gelagat kumpulan tajaan UMNO yang membabitkan NGO dan PAKIDA menunjukkan dengan jelas bahawa orang Melayu memang amat suka bermuka-muka dan bersuka-suka dengan sedikit hal yang tidak boleh menjadi kudis di muka.

Kenapakah UMNO dan orang Melayu tidak mahu sedar banyak lagi isu besar yang perlu dibincangkan? Kenapa tidak tunjuk perasaan kerana banyak kilang dan industri yang sengaja ditutup kerana majikan tidak mahu terus melabur di negara ini? Kenapa tidak tunjuk perasaan minta imigresen dan polis menghalau ratusan ribu pendatang asing yang bekerja secara haram di negara ini?

Kenapakah polis kita dikerah untuk memasang penghalang jalan di sana sini hanya kerana a takutkan segelintir suara membantah kerajaan sedangkan beribu-ribu pendatang asing merompak rakyat sendiri?

Kerana inilah ekonomi orang Melayu sebagai satu bangsa sudah melurut dan menurun sehinggakan orang Melayu itu sendiri menjadi satu bangsa yang merempat di negara sendiri. 

Cuba perhatikan berapa ramai anak-anak Melayu di pusat serenti dan penjara serta lokap di balai polis? Hampir sembilan puluh peratus penghuni di tempat ini adalah orang-orang Melayu dan hampir semuanya berusia antara 18 hingga 35 tahun. Inilah usianya mereka patut bertunang ataupun beristeri. Oleh kerana dadah mereka tidak punyai pekerjaan tetapi mereput hidupnya.

Berapakah jumlah Melayu yang masih bujang menghuni pusat serenti dan penjara di merata negara? Lebih kurang dua ratus lima puluh ribu orang? Kalau Melayu yang penagih dadah dikira lima kali angka itu bererti ada lebih kurang satu juta dua ratus lima puluh Melayu yang menjadi penagih dadah dan hidup merempat di negara ini. Daripada situ kita dapat jawapan kenapa terlalu ramai wanita Melayu berstatus andartu, dan kenapa semakin ramai wanita Melayu yang menjanda dan menjadi ibu tunggal. Ini juga sebabnya kenapa ramai anak-anak muda Melayu yang lebih suka bersekedudukan haram tanpa mahu memikirkan untuk bernikah dengan sah.

Saya selalu berkata bahawa ekonomi Melayu sudah jatuh nombor corot sekarang ini. Sebahagian besar sebabnya ialah kerana kerajaan pimpinan UMNO dan BN sengaja mahukan sebilangan besar orang Melayu merempat supaya akan terus bergantung hidup kepada subsidi yang disediakan oleh kerajaan pimpinan UMNO Sehinggakan sebilangan besar orang Melayu sudah tidak tahu bagaimana berdikari. Sehinggakan untuk mendapatkan khidmat gunting rambut, orang lelaki Melayu rela menyerahkan kepala mereka dipulas oleh penggunting rambut yang dibawa masuk oleh Samy Vellu daripada Tamil Eelam.

Sebagai contoh ada banyak kedai gunting rambut di Pulau Pinang, Ipoh, Sungai Siput, Klang, Kuala Lumpur dan Seremban di mana pekerja gunting rambut dibawa masuk oleh MIC. Kebanyakan mereka ini adalah pejuang Tamil Eelam. Kalau kita pergi ke Kuala Pilah ada dua kedai berjenama “Sugus” yang menyediakan khidmat gunting rambut. Saya diberitahu pendapatan kedai ini sebulan mencecah lebih RM25,000. Sedangkan lebih sembilan puluh peratus pelanggannya adalah orang-orang Melayu.

Semasa pilihan raya umum Mac 2008 dahulu saya pernah menggunting rambut di sebuah kedai gunting di Taman Muhibbah Sungai Siput. Dua orang tukang guntingnya datang daripada India. Tetapi kata seorang kawan dalam MIC, mereka adalah orang-orang Tamil Eelam. Sembilan puluh peratus pelanggan kedai itu adalah orang Melayu. Kata kawan saya “sebelum ini kedai tersebut dikendalikan oleh orang Melayu, tetapi perniagaannya kurang maju kerana harga gunting rambut adalah lebih satu ringgit daripada harga penggunting Tamil.” Ini menunjukkan orang Melayu memang tidak kenal bangsa sendiri hanya kerana mahu harga yang murah. Orang Melayu tidak semacam orang Cina ataupun India yang bersedia berbelanja sedikit untuk menyokong perniagaan bangsanya. Apa salahnya bayar lebih satu ringgit kepada bangsa sendiri kerana bukannya kita gunting rambut sepuluh kali dalam sebulan.  

Satu ketika dahulu kaum India mempunyai ekonomi yang mundur tetapi sekarang ini kaum India mampu membeli kereta baru dan bukan kereta buruk yang banyak digunakan oleh orang-orang Melayu. Orang India dan Cina sudah mampu membeli rumah sederhana dengan wang tunai dan tidak perlu meminjam bank untuk membeli rumah lagi. Orang Melayu mampu menggunakan kereta KANCIL dan KENARI dan BERHUTANG bertahun-tahun. Ada yang ambil hutang kereta sambung bersambung. Ramai anak-anak muda Melayu yang bekerja sambilan di kota dan bandar sebagai GRO, pelacur terhormat ataupun gigolo. Malahan di beberapa tempat di Kuala Lumpur ada tempat di mana anak-anak muda Melayu hidup ‘menyewa pipit’ untuk memuaskan nafsu golongan yang kedinginan. Lihat sahaja jumlah anak-anak muda baik lelaki ataupun perempuan yang tergolong dalam golongan Mat Rempit.

Pergilah ke stesen minyak BP di Damansara Utama selepas tengah malam dan perhatikan berapa ramai Mat Rempit berlepak di sana dengan gadis Melayu yang memakai pakaian ketat dan baju yang nipis sedangkan satu ketika dahulu baju semacam itu dipakai sebagai baju-dalam. Mereka berkumpul di situ menunggu masa untuk bertanding dalam lumba haram.

Inilah anak-anak muda Melayu yang pada siang hari merupakan pelajar institusi pengajian tinggi, ataupun pekerja kilang ataupun bekerja sebagai ‘dispatch riders’. Sebahagian besar anak-anak muda Melayu semacam ini merupakan anggota Putera UMNO. Mereka ini mudah digembleng untuk menyertai tunjuk perasaan tanpa permit polis oleh Putera UMNO. Ramai antara mereka adalah penganggur terhormat. 
 

Yang menyedihkan kita, kebanyakan anak-anak muda Melayu ini berasal daripada kampung-kampung. Walaupun mereka bekerja di kilang-kilang bila pulang ke kampung mereka akan mendesak mak dan ayah memberikan mereka wang untuk belanja perjalanan. Jika tidak mereka tidak mampu pulang ke kampung. Di bandar mereka amalkan hidup senang-lenang dan bergelumang dengan seks haram.

Macam mana ini boleh berlaku?

Saya selalu berkata bahawa terlalu ramai anak-anak Melayu yang berkelulusan kolej dan institusi pengajian tinggi, yang menganggur kerana beberapa sebab.

1) Pengajian yang tidak sampai ke mana;

 Kualiti pengajian yang tidak cukup berwibawa tidak membolehkan anak-Melayu itu diterima oleh majikan. Kerana itu banyak bidang pengajian yang ditimba oleh anak-anak Melayu hanya layak diterima oleh pihak kerajaan sebagai majikan. Satu ketika dahulu saya pernah mengkritik projek MLVK yang membolehkan seorang anak Melayu mendapat pinjaman sebanyak RM3,000 untuk mengikuti satu kursus vokasional selama setahun. Pihak sekolah yang menguruskan MLVK ini adalah pusat yang dimiliki oleh orang-orang UMNO dan BN. Mereka diberikan sekitar tiga ribu bagi setiap pelajar yang menuntut di sana. Daripada jumlah sebanyak itu pusat pengajian itu memulangkan kira-kira RM1,500 kepada pelajarnya untuk kos sara hidup.

Inilah wang yang digunakan oleh pelajar tadi untuk membeli motorsikal dan akhirnya menjadi punca jadi Mat Rempit. Dengan motorsikal itu dia dapatkan kerja di kilang-kilang dan hanya datang sekolah vokasional untuk turunkan tandatangan sebagai tanda hadir di kelas. Pada akhir tahun sekolah vokasional akan keluarkan sijil penyertaan kursus yang diambilnya. Bayangkan kalau dia mengambil kursus memperbaiki komputer, tetapi jarang hadir di sekolah, apakah kemampuan dia membaiki komputer? Sedangkan sepanjang tempoh pengajian itu dia menghabiskan masa dengan motorsikal baru dan menambah pendapatan dengan kerja sambilan sebagai pekerja kilang, sebagai misalan, membuat sarung tangan di Taiping yang membayar gaji sekitar RM15 sehari?

2) Kursus Pengajian Yang Panjang dan Membazirkan Masa

Saya hairan bagaimana kerajaan boleh meluluskan kewujudan kelas-kelas pengajian yang panjang sehingga membazirkan masa pelajar-pelajar Melayu di pusat pengajian seperti di Kolej Komuniti. Saya dapati kebanyakan Kolej Komuniti menguruskan kelas-kelas untuk Sijil sehingga memakan masa antara dua hingga tiga tahun. Ini adalah kerana pelajar yang masuk hanya lulus SPM ataupun rendah lagi daripada itu. Bayangkan masa yang dilalui oleh pelajar-pelajar hanya untuk dapatkan sijil sahaja sedangkan pelajar terpaksa mengambil pinjaman dan mengharungi masa panjang untuk belajar. Tetapi pengajian mereka tidak seberapa. Kemudian, selepas lulus pelajar mengharapkan majikan memberi mereka gaji yang tinggi seolah-olah mereka sudah ada ijazah ataupun diploma. Kolej Komuniti memberikan kursus yang panjang kerana menumpukan waktu yang lama kepada kelas amali. Tetapi mutu graduan yang keluar daripada Kolej Komuniti tetap rendah dan banyak majikan tidak suka ambil pelajar ini kerana sikap mereka yang tidak bersesuaian. Majikan bukan-Melayu tidak berminat sangat dengan lulusan Kolej Komuniti “kerana sebahagian besar lulusan itu tidak tahu berbahasa Inggeris dan mempunyai konsep hidup kampungan”.

Elok kita ambil beberapa contoh di sini.        

 a) Ada sebuah Kolej Komuniti di Perak yang mengajar kursus Sijil Membaiki Komputer. Sudah menjadi amalan, pihak kolej mahukan pelajarnya membuat kelas amali dan mereka mesti mencari tempat menjalani kursus itu. Saya ada menerima beberapa penjelasan daripada beberapa pengusaha Cybercafé Melayu di Perak yang berkata kebanyakan pelajar IT Kolej Komuniti tidak berminat untuk mendalami pengajian mereka. Walaupun pengusaha Cybercafé menyediakan makanan harian dan ada yang memberi wang saku untuk membantu anak bangsa, kebanyakan pelatih itu selalu ponteng kerja dan kalau pada hari Khamis mereka minta pulang awal dengan alasan “mahu pergi kolej buat kerja amali”. Yang sebenarnya mereka ambil cuti sendiri untuk menghabiskan hujung minggu dengan awek mereka. Jadi sepanjang mereka buat kerja amali itu, kalau mereka ada pun di tempat berlatih, mereka menghabiskan masa melayari laman porno (phornography) ataupun ‘chatting’ dan bukannya menajamkan pengetahuan melalui internet.

b) Ada sebuah Kolej Komuniti di Perak yang mengendalikan Kursus Sijil Makanan dan Restoran. Cuba tanya mereka berapa ramai graduan mereka yang menganggur. Saya dapat tahu daripada beberapa rakan yang mengusahakan kedai makan, adalah amat sukar mengambil graduan daripada kolej demikian kerana sikap kerja mereka yang salah. Mereka berlagak semacam graduan School of Catering di Switzerland, yang mahu gaji besar dan waktu kerja yang menyenangkan. Kerana itu “ramai sekali graduan kolej Komuniti terus menganggur dan tolak habuk sahaja.” .

c) Tenaga Pengajar yang Kurang Berpengalaman.

Saya pernah berbincang dengan beberapa orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Kolej Komuniti dan juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain. Ramai yang berpendapat tenaga pengajar institusi pengajian tinggi itu perlu mendapat latihan baik daripada segi pengajian peribadi ataupun latihan amali sebagai pensyarah, yang lebih tinggi lagi. Kalau tenaga pengajar tidak cekap apa yang boleh diharapkan mereka mendidik anak bangsa? Sebagai contoh, ada pensyarah IT di sebuah Politeknik di Jitra Kedah yang mempertahankan CPU bermakna ‘Computer Processing Unit’ apabila ada pelajarnya menjelaskan CPU bermakna ‘Central Processing Unit’. Inilah tahap ilmu sebahagian pensyarah muda di IPTS apabila pelajar lebih berilmu daripada pensyarah sendiri!

Di Perak ada dua buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki oleh istana Perak. Pengarah Utama ataupun pemilik saham terbesar dalam pusat ini dikatakan adalah anak perempuan Raja Azlan yang bernama Raja Eleena. Salah satu pusat pengajian itu ialah ITP di Ipoh dan satu lagi ialah Kolej Kejururawatan yang mempunyai cawangan di Ipoh, sedangkan Kampus Utamanya berada di Cheras.

Saya tidak mahu komen banyak tentang ITP itu, kerana terlalu ramai orang tahu akan perjalanannya di Ipoh. Pergi sahajalah ke pejabat pentadbiran institusi itu dan duduk di situ sebentar kira –kira lima belas minit dan perhatikan bagaimana perjalanan urusan kolej itu, baik cara petugas melayan tetamu mahupun berbuallah dengan para petugas di situ untuk mengetahui “turnover’ tenaga pengajar di sana.                                 

Akan tetapi saya mahu komen sikit akan Kolej Kejururawatan yang baru sahaja membuka cawangannya di Ipoh. Saya diberitahu oleh seorang bapa yang merestui anaknya belajar sebagai seorang jururawat di kolej itu. Si anak terpaksa mendapatkan pinjaman sejumlah RM60,000 untuk kursus yang memakan masa hampir tiga tahun.

Si bapa tadi merungut, kenapakah kursus itu terlalu mahal sedangkan sebahagian besar masa anaknya dilatih itu si anak terpaksa menjadi jururawat pelatih di hospital. Baik hospital swasta mahupun di hospital kerajaan.

Saya telah bertanya beberapa orang kawan lama dalam kalangan masyarakat perubatan, dan mereka berpendapat sesungguhnya tiga tahun adalah terlalu lama untuk seseorang gadis belajar menjadi seorang jururawat. Terutama sekali kalau tujuh puluh peratus masa belajar itu si pelatih jururawat tadi menghabiskan masa di hospital kerajaan.

Dengan lain perkataan, kursus kejururawatan yang dikendalikan kebanyakan kolej swasta adalah satu skandal kerana ia menghisap darah anak-anak gadis dan pada waktu yang sama membebani mereka dengan hutang yang tinggi.

Selalunya yang menjadi inisiatif kepada pelajar jururawat itu ialah kemungkinan mereka boleh mendapat pekerjaan yang memberikan gaji lumayan di Timur Tengah. Mereka diberitahu kisah beberapa orang jururawat yang bekerja di Saudi mampu mengumpulkan harta kerana gaji di sana mencapai sehingga RM15,000 sebulan.

Soalnya sekarang, bagaimanakah pihak PTPTN mampu meluluskan pinjaman belajar jadi jururawat sehingga Enam Puluh Ribu Ringgit? Kalaupun pelatih jururawat belajar di hospital, tugas mereka sebagai pelatih jururawat itu perlu diambil kira dan mesti dibayar kerana mereka memberikan khidmat tenaga kerja.

Adakah sesiapa di kalangan Puteri UMNO yang memikirkan perkara ini? Soalnya sekarang siapakah di kalangan dua orang menteri di kabinet yang bertanggungjawab ke atas pelatih jururawat? Adakah Menteri Kesihatan ataupun Menteri Pengajian Tinggi?

Berbalik kita kepada bidang pengajian Melayu, saya masih teringat beberapa kisah di Perak yang melibatkan sekolah-sekolah dan UMNO. Mari kita sama-sama kongsi maklumat ini.

Tender Baik Pulih sekolah-sekolah

Sebelum saya mulakan cerita ini biarlah saya rakamkan bahawa maklumat ini adalah maklumat yang diberikan sendiri oleh beberapa kontraktor Kelas ‘F’ Melayu yang menjadi ‘penyokong setia’ UMNO. Saya mahu kita sama-sama berkongsi maklumat ini agar pihak SPRM (dulu BPR) dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih senang.

Di beberapa buah sekolah dalam negeri Perak terdapat banyak kerja kontrak membaiki dan menyelenggara sekolah-sekolah diuruskan terus oleh Ketua Pemuda UMNO, yang merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dan bukan oleh Pegawai Pelajaran Daerah ataupun Pengetua ataupun Guru Besar sekolah. Hishamuddin banyak memberikan kerja-kerja kontrak ini kepada orang pilihannya terutama sekali Ketua Pemuda UMNO Gopeng, yang bernama Tuah. Dia menjadi perkasa di Perak gara-gara menjadi pengampu Aziz Shamsuddin.

Satu ketika dahulu kita dengar projek makmal komputer di sekolah-sekolah. Projek ini gagal, segagal-gagalnya. Contoh yang terbaik ialah di Sekolah Menengah Changloon, Kedah di mana bumbung makmal sekolah melengkung kerana struktur yang lemah dan bumbung pun sentiasa kebocoran. Keadaan di makmal sekolah itu menjadi kelam-kabut apabila guru komputer yang mula-mula bertugas di situ ditukarkan kerana beliau tegas dengan tugasnya. Dia ditohmah kerana menghalang kemahuan salah-seorang pentadbir sekolah yang suka melayari laman-laman porno. Akibatnya, guru berkenaan ditukarkan jauh daripada sekolah berkenaan. Maka, bebaslah pentadbir berkenaan melayari laman-laman porno. Walaupun pernah ‘ditangkap’ oleh para pekerja sekolah selepas itu, namun kegiatannya tetap diselindungi oleh Pengetua sekolah. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan pihak jabatan dan kementerian, tetapi telah disenyapkan sehingga kini. Agaknya, inilah antara penyumbang moral anak-anak sekolah terus menurun kerana mereka pun tumpang sekaki melayari laman-laman yang tidak sihat.

Pada keseluruhannya makmal komputer di sekolah-sekolah, seluruh negara menjadi tidak berkualiti kerana setiap kontraktor yang diberikan kontrak membina makmal itu diperlukan menyumbang lima juta ringgit kepada anak seorang menteri yang terkenal dengan projek tersebut. Menteri ini kini hidup lekeh kerana dicemuh oleh orang UMNO sendiri. Dia merupakan salah seorang dalang utama yang melindungi Ummi Hafilda dalam skandal sodomi Anwar Ibrahim dahulu. Menteri ini juga yang menggunakan buah hatinya bernama Dr. Qistina untuk memberi perlindungan kepada Ummi Hafilda di peringkat awal skandal sodomi bermula.

Dr. Qistina menemui ajalnya semasa bersantai di Jakarta, dan si menteri telah menemui sebuah kemalangan jalan raya pada cuti Hari Raya di mana isteri beliau menerima mautnya. Harus dirakamkan di sini semasa kemalangan beberapa keping cek yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat “Mineral Water” Taiping milik menteri itu telah ditunaikan oleh dua orang pemuda Melayu yang menjumpai cek tersebut. Kedua-dua pemuda itu telah didakwa di mahkamah dan sehingga kini kes itu masih tertangguh. Allah Maha Kaya, si menteri yang merancang agar Anwar Ibrahim dituduh kerana korup rupanya lebih korup daripada orang yang mahu disingkirnya.

Berbalik kepada kisah kontrak sekolah-sekolah di Perak, Hishamuddin memberikan kontrak besar kepada para kroni secara tertutup tanpa membuka tender tersebut. Yang lebih menjijikkan, Pengetua ataupun guru-guru besar sekolah tidak tahu menahu akan projek penyelenggaraan sekolah mereka secara terperinci. Yang mereka tahu ialah menerima arahan menandatangani Borang Siap Pelaksanaan Kerja yang mesti dihantar ke Pejabat Pelajaran. Ada kontrak yang bernilai ratusan ribu sedangkan kerja yang dibuat tidak pun sampai lapan puluh ribu. Jadi, ada Guru Besar yang tidak boleh tidur lena kerana takut dikatakan bersubahat dengan kontraktor yang ditunjukkan oleh Hishamuddin Hussein.

Nampak sangat Hishamuddin rakuskan kuasa sekarang ini. Hishamuddin Hussein yang saya kenal pada awal tahun 90-an dahulu amat berbeza dengan Hishamuddin yang ada pada hari ini. Sejak Paklah menjadi Perdana Menteri dan sepupunya Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri Hishamuddin kerap bersuara celupar. Dia masih tidak mahu bertaubat dengan perbuatannya menghunus keris semasa pembukaan Persidangan UMNO satu ketika dahulu.

Tentulah kita tidak hairan kalau golongan Pemuda UMNO yang menunjuk perasaan bersama kumpulan PAKIDA di merata negara itu adalah di bawah tajaan Hishamuddin juga.

Namun demikian kita jangan lupa peranan Khairy Jamaludin dalam setiap kali adanya penunjuk perasaan golongan pemuda UMNO. Sekarang ini saya lihat Khairy semakin ghairah mahu mencengkam kuasa di kalangan kumpulan Pemuda UMNO. Memang dia berjaya mengekalkan pengaruhnya terutama sekali dengan adanya pergerakan Putra UMNO dan pakida yang menjadi kumpulan budak suruhannya.

Saya melihat Khairy sedang melakar satu rencana perang dengan bantuan Ketua Pergerakan PUTRA UMNO dan Ezam Mohd Nor, dan juga bantuan daripada Pergerakan PAKIDA. Dengan kekuatan ini Khairy mengharapkan dia akan masih diperlukan oleh Najib sekiranya Najib naik menjadi Perdana Menteri.

Buat masa ini kedudukan Najib masih kelihatan rapuh. Kerana itu kita tidak pun dengar Najib mewujudkan satu pasukan khas untuk mengambil-alih tampuk kuasa, seperti yang dilakukan oleh Paklah semasa Mahathir sudah hampir mahu berundur. Seperti yang ditulis oleh M. Bakri Musa daripada Amerika Syarikat, Najib masih bermain urusan beruk (Monkey Business) dalam skandal lompat parti di Perak. Sedangkan dia sudah sepatutnya mewujudkan satu pasukan khas yang dipanggil Pasukan Peralihan atau Transisi (Transition Team) untuk merangkap satu agenda apa yang perlu dilaksanakan apabila dia memegang tampuk kuasa.

Kalau Najib mahu berjaya dalam memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri nanti, perkara utama yang mesti dibuatnya ialah menyekat kemaraan Pemuda UMNO yang berdemonstrasi di merata negara menentang Karpal Singh. Orang veteran UMNO harus membantu Najib dalam tugas ini. Malahan veteran UMNO dan cendekiawan Melayu seperti Salleh Majid, Dr. Tajuddin Ali, Tan Sri Ani Arope, Tan Sri Arshad Ayob harus diajak turut serta memberikan pandangan kepada Najib dalam penubuhan pasukan Transisi beliau nanti. Cuba ambil Tuan Haji Wan Nasir bin Wan Daud, seorang pentadbir Melayu yang pernah menegakkan FELCRA dan PORIM sebagai tenaga pemikir dalam Pasukan Transisi itu. Di kalangan wanita Melayu yang berwibawa pula cuba fikirkan nama-nama seperti Puan Jamaliyah Ambia (bekas PTD dan Societe Generale Bank) , Hajah Zakiah Ramli (bekas French Bank) dan Puan Zabariah Dosak (bekas FELCRA dan Telekom Malaysia)                                                          Cubalah renungkan baik-baik nasihat saya ini. Apakah kemungkinannya bahawa gelagat Karpal Singh sekarang ini adalah satu muslihat politik Pakatan Rakyat untuk memesongkan kemarahan oportunis Melayu ke arah individu dan bukan ke arah parti-parti pembangkang? Apa sangatlah sikap celupar Karpal Singh kalau dibandingkan dengan emosi meluap hangat-hangat tahi ayam gerombolan Pemuda UMNO dan PAKIDA? Yang menyedihkan kenapa mereka seret masyarakat pelajar dan GPMS?

Kalau segelintir rakyat marhaen berbaris menunjuk perasaan di luar masjid Ubudiah Kuala Kangsar boleh ditangkap kerana tidak mendapat permit polis, apakah semua penunjuk perasaan Pemuda UMMNO, GPMS, Belia 4B dan Pakida memiliki izin polis untuk melalak di jalan raya?

Dalam kisah tunjuk perasaan ini tentu pembaca masih ingat betapa UMNO Terengganu telah berbaris menunjuk perasaan dengan kain rentang menggelar Sultan Terengganu (Agong sekarang) sebagai BINATANG. Semata-mata kerana Paduka Sultan tidak mahu Idris Jusoh teus menjadi menteri besar. Sebaliknya segelintir rakyat Perak yang menunjuk perasaan di Kuala Kangsar dahulu tidakpun menggunakan poster yang panggil Sultan Azlan semacam itu.

Menyebut kisah tangkapan sembilan orang yang dikatakan “merusuh” itu, pada siang tadi mereka telah dihadapkan ke mahkamah. Pendakwaraya minta hakim mengenakan ikat jamin sebanyak RM1,500, tetapi peguambela minta dikurangkan kepada RM500 sahaja. Sebaliknya hakim memerintahkan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000! Tentulah ini satu usaha mahu membodek paduka sultan.

Saya masih teringat cakap seorang sifu Cina satu ketika dahulu. Dia berkata masyarakat Cina tidak pernah gentar kalau orang Melayu melengkapkan diri dengan senjata canggih dan melalak sehingga air liur meleleh di pelusuk jalan setiap hari.

 “Sekarang ini pun askar Melayu mempunyai pelbagai senjata canggih, termasuk kapal selam”, kata sifu Taichi itu.

 “Tetapi apa yang paling ditakuti oleh orang Cina ialah kalau orang Melayu berhenti menerima rasuah.”

Memang orang Melayu mudah lentok dengan rasuah puji-pujian dan emosi tunjuk perasaan . Malahan mudah mengalah waima dengan sogokan sebotol brandi Johnny Walker. 
 

Marhaintua 
13 Februari, 2009.                                                                                                                                                  http://www.marhaen.info/v1

PERAK – Retak Membawa Belah (Bhgn 3)

Keadaan politik di Perak semakin jadi kelam-kabut. Dr. Zambery Abdul Kadir sudah pun ditabalkan menjadi menteri besar baru, sedangkan Menteri Besar Ir. Nizar masih lagi bertahan di pejabat beliau. Malahan pada hari Sabtu lalu, Ir. Nizar telah mengadakan mesyuarat Exco yang meluluskan beberapa ketetapan.

Salah satu ketetapan itu ialah membuka lapangan terbang Ipoh kepada penerbangan Fire Fly, sebuah anak syarikat MAS. Ini satu perkara yang tentu menceriakan masyarakat Ipoh terutamanya orang perniagaan. Semasa Tajol berkuasa dia menyekat pembesaran landasan terbang Ipoh dengan membina bangunan Kelab Penerbangan di bahagian hujung landasan dan sekali gus tidak membenarkan pembesaran landasan itu. Muslihatnya ialah beliau mahu membuka satu lapangan terbang baru di Tronoh yang menelan belanja RM tiga ratus juta. Inilah salah satu punca kenapa masyarakat Cina menolak Tajol Rosli dan menghukum Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu.

Saya memang tertarik hati dengan cara Nizar mentadbir negerinya. Walaupun baru sebelas bulan beliau menjadi Menteri Besar, banyak sungguh perubahan yang dilakukannya dalam pentadbiran negeri salah satu contoh yang baik patut dirakamkan dalam tulisan ini ialah bagaimana dia mengubah ‘system’ bayar tiket parking di seluruh Perak. Pada satu ketika dahulu, sesiapa yang menggunakan tempat letak kereta kelolaan Majlis Bandaran, perlu membeli tiket parking khusus untuk sesuatu daerah ataupun majlis perbandaran. Kalau meletak kereta di Ipoh mestilah gunakan kupon khas untuk Ipoh, dan tidak boleh gunakan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaran Kuala Kangsar ataupun Telok Intan. Apa yang Nizar buat ialah meluluskan satu dasar betapa kupon diseragamkan dan boleh digunakan di mana daerah ataupun wilayah di merata negeri. Dalam sekelip mata, cara pentadbiran Kerajaan pimpinan Tajol Rosli telah diubahnya untuk keselesaan rakyat.

Bayangkan apa yang berlaku semasa Tajol Rosli. Mereka import mesin berkomputer berharga berjuta-juta ringgit semata-mata untuk membolehkan kumpulan tertentu membalun harta. Saya pernah komen tentang pembelian mesin-mesin berkomputer itu satu ketika dahulu, dan apa yang saya hujahkan sudahpun menjadi kenyataan. Bayangkan membelanjakan lebih tiga puluh juta ringgit sebagai ‘parking meter’ dan tidak sampai dua tahun digantikan kerana mesin yang selalu rosak ataupun sengaja dirosakkan?

Banyak lagi perubahan yang telah dilakukannya sepanjang sebelas bulan Ir. Nizar menerajui kerajaan PR. Sayangnya semua ini tidak banyak diketahui umum di luar Perak kerana kurang publisiti. Lagi pun, kebaikan semacam ini mendedahkan kebobrokan pemerintahan kerajaan BN pimpinan Tajol Rosli dan Ramly Ngah Talib.

Salah satu lagi kebaikan yang telah dibawakannya ialah dengan pemberian geran kekal kepada penghuni Kampung Baru (Kem) Cina di seluruh negeri Perak. Tindakan ini telah diperbesarkan oleh orang Melayu dan UMNO kerana mereka fikir penduduk Kampung Cina itu tidak layak mendapat geran hak milik kekal..

Satu ketika dahulu semua kampung baru yang berjumlah lebih 420 buah di merata negara telah dikuasai oleh Ong Ka Ting, seorang menteri kerajaan tempatan yang merangkap Ketua MCA. Apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Perak, mereka telah membuat kajian pembangunan di setiap kampung baru Cina di Perak dan mendapati betapa banyak penyelewengan wang yang dilakukan atas nama pembangunan. Namun, tidak pula diperbetul masalah hak milik penghuni dan penduduk di kampung itu. Ada yang mendapat hak milik hanya untuk tiga puluh tahun dan ada yang dapat untuk enam puluh tahun. Ir., Nizar telah membuat ketentuan memberikan hak milik kekal kepada semua pemilik rumah di kampung-kampung baru. Perkara ini memang menaikkan amarah UMNO dan orang Melayu, tetapi kalau kita bercakap tentang hak asasi tentulah kita akur bahawa tindakan Nizar adalah adil dan bijaksana.

Sayangnya khidmat yang ikhlas ini tidak dihargai oleh pihak istana yang mungkin menerima hasutan daripada golongan UMNO yang semacam gila talak sepanjang sebelas bulan yang lalu.

Soalnya sekarang, tindakan Sultan sudah menaikkan amarah rakyat walaupun TV dan radio menyarankan sebaliknya. Proses demokrasi dalam pilihan raya yang lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Perak. Kenapa pula Sultan menukar proses ini? Kalau betul baginda fikir Pakatan Rakyat tidak mendapat sokongan rakyat lagi, cuba biarkan proses demokrasi berterusan dan benarkan pilihan raya umum diadakan semula. Biar semua parti politik merujuk perkara ini kepada rakyat untuk mendapat mandat yang baru.

Penulisan saya ini bukan bertujuan mengkucar-kacirkan keadaan di Perak. Ini tulisan untuk generasi yang akan datang. Tidak kiralah apa kata orang Umno ataupun orang Keadilan, waima orang istana sendiri. Kita mesti kupas masalah krisis Perak ini dengan rasional supaya generasi depan tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Selepas ini kalau generasi depan marahkan institusi diraja dan juga UMNO mereka mesti tahu apa sebabnya.

Generasi saya adalah satu kandang dengan generasi Sultan Perak dan Mahathir Mohammad dan Abdullah Ahmad Badawi. Cuma Paklah dan saya tergolong kepada golongan junior dalam generasi tua ini

Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim serta Zahid Hamidi termasuk dalam satu kelas generasi yang lain. Begitu juga Abdul Rahim Tamby “Tak” Kecik yang kini menjadi Pengerusi RISDA dan Muhamad Muhammad Taib menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang satu ketika dahulu merupakan Menteri Besar Selangor dan jatuh tersungkur setelah melarikan beberapa puluh kilo wang Malaysia ke Australia.

Selama sebelas bulan Ir. Nizar menerajui Perak perjalanan negeri berjalan lancar walaupun Kerajaan Pusat menyekat sumbangan dana kepada kerajaan negeri. Wang kerajaan Persekutuan telah disalurkan kepada badan-badan milik UMNO ataupun melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Apabila perkara ini berlaku, tentulah Paduka Sultan sedar dan setuju bahawa ini satu perkara yang tidak betul. Tentu Paduka Sultan tahu kisah pejabat KEMAS yang dikosongkan oleh petugasnya yang merupakan orang-orang UMNO. Mereka telah mengosongkan pejabat KEMAS dan membawa balik semua peralatan, perabot termasuk penghawa dingin di bangunan itu sehinggakan kosong pejabat KEMAS dan tidak boleh digunakan lagi. Begitu juga dengan peralatan Bangunan Dewan Orang Ramai. Mereka tanggalkan segala kelengkapan dan ‘fittings’ yang ada kerana berkata semua ini adalah milik kerajaan UMNO. Bayangkan perkara begini  berlaku di seluruh negeri Perak, tetapi Sultan tidak pun bersuara.

Rakyat Perak merupakan sebuah masyarakat yang amat setia kepada raja. Sejarah rakyat Perak penuh dengan kisah rakyat bangkit untuk mempertahankan institusi raja. Walaupun raja bersikap aneh dan bercanggahan dengan tatasusila golongan istana.

Sudah menjadi lumrah, orang Melayu menjadi terlalu taksub bila berdepan dengan isu sultan. Ini menjadi semakin hebat dengan tersiarnya kisah kedaulatan raja dan ketulahan rakyat yang menderhaka kepada raja.

Satu ketika dahulu tersebut kisah pembunuhan Penasihat British di Perak, J.W. Birch yang dibunuh oleh orang Melayu kerana tidak bersetuju dengan perangai penasihat ini memperbudakkan raja Melayu. Di sinilah munculnya nama seperti Datuk Sagor yang terlibat dengan kisah itu.

Semasa Raja Abdullah dihalau keluar sebagai orang buangan negeri oleh British, dia diarah hidup merempat di Kepulauan Seychelles dan zuriat orang Melayu Perak kini jelas kelihatan di sana.

Oleh kerana konsep kedaulatan dan ketulahan inilah makanya rakyat Perak sanggup bersikap toleran terhadap raja mereka. Sebelum Sultan Azlan naik takhta, Raja Perak bernama Sultan Idris, Almarhum Tuanku adalah seorang yang ‘flamboyant’ yang suka dengan cara hidup mewah dan mudah.

Semasa Raja Idris memegang tampuk kesultanan, baginda suka berfoya-foya mengadakan majlis hiburan di mana baginda menunjukkan kemahiran bermain saksofon. Kalau ada sambutan hari jadi baginda, majlis sambutannya diadakan selama satu bulan di perkarangan istana. Di sana akan ada satu suasana ‘funfare’ di mana rakyat akan pergi berbondong-bondong setiap malam menghabiskan masa bermain bermacam jenis mainan, seolah-olah itu adalah satu pesta judi kecil. Persiapan pula diadakan di setiap pelusuk kampung dan negeri di mana rakyat akan bergotong-royong menyumbang lembu dan kambing sebagai korban makan kenduri.

Rakyat tidak membantah, malahan mufti dan imam tidak bersuara dengan gelagat istana dan raja mereka. UMNO yang merupakan parti pemerintah tumpang sekaki dan setuju sahaja.

Raja Idris mempunyai satu perangai yang suka pada perempuan. Hidup baginda memang menepati kisah raja Melayu dahulu kala di mana raja mempunyai ramai gundiknya. Jadi, siapa yang pandai membekalkan gundik pastinya menjadi orang ataupun kumpulan yang disayangi raja. Semua itu atas nama kedaulatan raja dan ketulahan rakyat yang menderhaka kepada raja.

Gara-gara kefahaman songsang inilah sesiapa yang ingkar dengan nafsu serakah raja akan dihalau keluar negeri. (Kefahaman inilah juga membuatkan ayah Datuk Ibrahim Ali dihalau keluar negeri Kelantan kerana sikapnya sebagai “Kaki Gedebe”. Beliau dihalau daripada bumi Kelantan dan berpindah ke Buluh Kasap Johor.)

Pada satu ketika dahulu Raja Idris telah menghalau keluarga orang Melayu yang menolak keinginannya untuk memperisterikan salah seorang anak gadis mereka. Ini telah berlaku kepada seorang penyanyi bernama Mazwin Hamzah apabila Mazwin enggan menjadi isteri baginda. Keluarga Mazwin diarah pindah keluar negeri Perak. Allah Maha Besar, Mazwin telah menemui jodoh dengan adik kepada Sultan Brunei.

Apapun kesan daripada sikap Raja Idris yang suka dengan majlis “Yamyam” berakhir dengan baginda mangkat ketika menikmati majlis itu. Pada satu ketika dahulu saya tidak tahu apa maksud kawan yang menyebut Majlis Yam yam itu kerana itu adalah kod istilah yang diciplak daripada bahasa Cina. Rupanya ini adalah istilah yang ada kena mengena dengan “Yam Char”, Yam Seng’ dan Yummi. Semuanya ada kena mengena dengan rasa nikmat di lidah rupanya.,

Walaupun Raja Idris sudah lama mangkat, membolehkan Raja Azlan naik takhta dan kini menyambut Jubli Perak baginda, banyak juga peninggalan Raja Idris di istana Bukit Chandan. Salah satu peninggalan Raja Idris ialah makhluk ghaib yang masih menghuni di istana itu. Makhluk Ghaib ini menjadi satu benda ghaib yang tidak menyenangi Tuanku Bainun isteri kepada Raja Azlan. Orang Perak kata Raja Permaisuri Perak itu tidak selesa menetap di istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Dia boleh pergi ke istana itu pada siang hari tetapi sebelum Maghrib dia mesti keluar daripada perkarangan istana. Orang Perak kata Tuanku Bainun tidak tahan “kerajan”. Inilah sebabnya Sultan Azlan jarang sangat menginap di istana Bukit Chandan

Ini juga sebabnya sebahagian Istana Kinta sedang diubah suai sekarang untuk memudahkan keluarga raja hidup senang lenang di Ipoh, gara-gara Tuanku Bainun tidak boleh tinggal di istana Bukit Chandan pada malam hari.

Pelik juga kisah ini kerana orang Perak berkata makhluk ghaib di istana itu adalah peninggalan Raja Idris yang mahukan hanya orang-orang yang betul-betul berdarah raja menetap di istana. Tuanku Bainun bukan datang daripada keluarga beraja. Dia adalah berasal darah orang biasa daripada Parit Buntar.

Yang anehnya, Tuanku Bainun dikatakan oleh rakyat Perak sebagai insan yang lupa asal usul beliau daripada darah biasa. Ini menjadi bualan mulut rakyat apabila Tuanku Bainun dikatakan menegah Raja Nazrin menikah dengan kekasih hatinya, seorang gadis Melayu yang cantik dan jelita serta mempunyai sedikit darah istana. Gadis itu bernama Wan Zaleha Radzi yang satu ketika dahulu terkenal dengan Program TV Tiga. Akhirnya Wan Zaleha menikah dengan seorang Mat Salleh.

Sebenarnya gelagat golongan istana Perak ini memang cukup menarik walaupun Raja Idris sudah lama mangkat. Kira-kira lima tahun dahulu, tersebut kisah pembunuhan isteri kedua Raja DiHilir yang telah dibunuh dan di humban ke sungai. Isteri Kedua yang malang itu bernama Intan Suraya. Polis telah mendapat maklumat siapa yang membunuhnya. Beberapa orang petugas istana telah ditangkap dan disumbat dalam lokap dan penjara. Isteri pertama Raja DiHilir telah dipanggil oleh polis untuk disiasat. Tetapi Raja Mahani (kalau saya tidak silap namanya) telah dibawa ke sebuah kamar besar di Hotel Istana Kuala Lumpur untuk polis mendapatkan maklumat. Akhirnya beliau tidak dibabitkan, sebaliknya beberapa orang petugas istana telah dikenakan hukuman dan terpaksa meringkuk dalam penjara. Saya percaya satu hari nanti cerita sebenar siapa yang membunuh Intan Suraya akan terbongkar juga. Saya tidak mahu dedahkan apa yang saya tahu kerana ia tidak akan mengembalikan nyawa Intan Suraya.

Bila kita menyebut nama Raja Idris tentu rakyat Perak sedar bahawa yang sepatutnya memegang jawatan Raja Muda sekarang ini bukanlah Raja Nazrin. Kalau mengikut salasilah Kesultanan Negeri Perak, yang patut menjadi Raja Muda Perak sekarang ialah Raja DiHilir yang merupakan waris kepada Raja Muda Musa. Akan tetapi, Raja Azlan telah merobah batang tubuh Perlembagaan Negeri Perak dan mengisytiharkan anak baginda Raja Nazrin sebagai Raja Muda, dengan melangkaui dua keluarga ia itu pewaris daripada keluarga Raja Muda Musa (Raja DiHilir) dan keluarga Raja Idris Shah (Raja Kecil Besar). Kedudukan Raja Nazrin sepatutnya ialah sebagai Raja Kecil Sulung, satu kedudukan setingkat di bawah Raja Kecil Besar.

Nampaknya bila menyebut demokrasi ada satu bentuk demokrasi untuk rakyat marhaen dan satu bentuk demokrasi pula bagi golongan raja. Malahan sekarang ini ada satu bentuk demokrasi untuk orang Melayu UMNO.

Berbalik kepada kisah Sultan Azlan, baginda seronok sungguh sekarang ini kerana semua berita dan TV kerajaan menyiarkan berita betapa salah besar kalau rakyat derhaka dan menentang sultan. Malahan mufti Perak yang selalunya bersuara lantang pun tumpang sekaki mengatakan adalah berdosa kalau kita menentang raja.

Seperti yang saya katakan, saya dan Sultan Azlan adalah tergolong satu generasi. Saya masih teringat selalu bertemu dengan beliau ketika kami sama-sama pergi makan dan minum di Kelab Golf DiRaja Selangor (Royal Selangor Golf Club). Ketika itu, kebanyakan orang Melayu yang menjadi ahli Kelab itu adalah golongan istana ataupun pegawai kerajaan. Orang putih dan bukan Melayu kebanyakannya daripada syarikat swasta. Saya masih ingat Raja Azlan kerap ke kelab itu untuk duduk semeja dengan beberapa kawan baginda. Saya ke situ untuk menikmati hidangan makanan yang lazat dengan harga patut. Salah seorang Melayu daripada syarikat swasta ketika itu ialah Rahim Razali (Datuk sekarang ini) Tentu Rahim akan membuat pengakuan bahawa salah satu sebab kami suka ke ruang makan RSGC ialah kerana hidangan Kopi ‘O’ Keras yang memang lazat.

Kalau saya tidak silap ketika itu Rahim Razali adalah seorang pengarah Syarikat Lintas Advertising. Saya dan Rahim Razali jarang bercakap di dewan makan itu tetapi angguk sahaja sambil menjeling arah meja di mana ada seorang Melayu di kelilingi beberapa orang Cina menikmati juadah mereka. Setiap kali si Melayu ini datang ada sahaja sebotol-dua minuman brandi “Johnny Walker” di atas mejanya. Itu sebabnya generasi saya yang selalu pergi ke RSGC menggelarkan Melayu ini dengan nama Mr. Johnny Walker.

Apa yang saya maksudkan ialah orang Melayu tidak ambil kisah apakah seseorang itu suka minum brandi ataupun bir ataupun wiski ataupun kopi ‘o’ sahaja. Apakah orang Melayu yang berseronok dengan minuman keras itu seorang Melayu marhaen ataupun golongan berdarjat. Ataupun apakah dia mengambil minuman keras itu dalam bilik makan rumahnya ataupun secara terbuka, kerana minuman keras adalah dikira haram di kalangan penganut agama Islam. Tetapi orang Melayu akan begitu prihatin kalau ada kaumnya yang makan daging babi. Sedangkan babi dan brandi adalah sama haramnya.,

Begitu juga di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, setiap hujung minggu Tunku dan para sultan akan berbondong-bondong ke Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur (yang kini menjadi tapak Menara Berkembar KLCC) melihat sukan lumba kuda. Mereka diiringi dengan kawalan polis untuk melihat kuda berlari. Tetapi orang bukan Melayu ke sana untuk berjudi. Sama ada Tunku dan raja-raja turut berjudi, tidak ada siapa yang ambil peduli kerana sewaktu itu para mufti dan imam tidak berani bersuara untuk menegurnya.

Begitulah juga sikap Melayu dengan pembesarnya. Sikap tidak berapa ambil peduli orang Melayu terutama sekali golongan marhaen menjadikan kita sekarang ini satu bangsa yang sungguh rendah tahap ekonominya.

Dari sudut ekonomi kita berada di bahagian bawah sekali. Di negara ini ekonomi negara diterajui bangsa Cina, yang kedua ialah golongan Punjabi ataupun Benggali. Yang ketiga ialah kaum India. Bangsa Melayu jatuh tercorot sekali.

Kalau ada puak yang mengatakan orang Melayu sudah maju berbanding bangsa lain, puak itu memang tersilap besar. Seperti yang saya katakan dahulu ada tiga jenis orang Melayu sekarang ini:  a) Melayu istana, (b) Melayu UMNO dan (c) Melayu bukan UMNO. Yang hidup merempat dan serba kekurangan sekarang ini ialah Melayu bukan UMNO. InsyaAllah akan kita bincangkan perkara ini dalam siri seterusnya.

Berbalik kepada isu politik Perak, sekarang ini semua pihak dalam kerajaan dan UMNO membesar-besarkan isu “Jangan derhaka kepada raja”. Apakah yang dikatakan derhaka? Apakah mempertikaikan tindakan raja satu perbuatan derhaka?

Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah. Sebagai seorang peguam berpengalaman, tentu dia tahu apa yang mahu dibuatnya. Tentu dia yakin akan menang daripada sudut undang-undang. Tetapi, Anwar Ibrahim telah menolak sikap Karpal Singh. Anwar tidak mahu Sultan ditarik ke mahkamah dan kerana itu Karpal Singh naik marah secara terbuka dan mengatakan Anwar tidak layak menjadi Ketua pakatan Rakyat. Dalam tulisan saya yang lepas, saya bersuara lantang mengatakan di mana Anwar Ibrahim tersilap. Tetapi sekali lagi saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam tohmahannya terhadap Anwar. Kesilapan utama Anwar dalam krisis politik Perak ini ialah beria-ia dan menyibuk mahu mengepalai pasukan menentang UMNO dan BN. Sepatutnya kerja itu dibuat oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Apabila kita ambil kira kisah menyaman Sultan, kita lihat TKT Mahathir pun tidak suka perbuatan itu. Beliau ada berkata: Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Amboi...sedap cakap TKT Mahathir. Cuma kita mahu para pembaca ingat apakah yang dibuat oleh Mahathir semasa dia menjadi perdana menteri? Bukankah dia orang yang menjadi dalang menukar Perlembagaan Malaysia yang menarik imuniti raja-raja Melayu? Bukankah dia arahkan semua kerajaan BN dan UMNO negeri mengubah Perlembagaan negeri agar raja-raja Melayu hilang imuniti mereka? Apa gunanya dia merancang penarikan imuniti itu kalau raja tidak boleh ditarik ke mahkamah? Bukankah Mahathir yang menyebut satu ketika dahulu, bahawa dalam dunia moden suara rakyat adalah raja?

Dengan pemansuhan imuniti raja, apa sahaja yang diputuskan oleh Parlimen mesti dipersetujui oleh raja. Kalau rang undang-undang diluluskan di Parlimen raja mesti setuju dan menurunkan tandatangannya.

Berdasarkan fakta ini, itu sebabnya mungkin kenapa Ir. Nizar enggan keluar daripada rumah kediamannya dan masih menjalankan tugas sebagai menteri besar. Kerana undang-undang Perak mengatakan Sultan tidak ada kuasa memecat menteri besar. Pemecatan Menteri Besar hanya boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri ataupun selepas undi tidak percaya diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Jika benar fakta ini, undang-undang mana yang digunakan oleh UMNO dan BN untuk menegakkan satu kerajaan baru di Perak? Apakah dasar makanya UMNO mengatakan Ir. Nizar adalah seorang menteri besar haram?

Sesungguhnya sejarah akan menyerlahkan bahawa krisis politik Perak ini adalah satu mainan politik yang telah dirancang dengan teliti oleh UMNO untuk merampas kuasa. Sultan Azlan Shah ternyata telah keliru dengan keadaan sebenar. Apa yang sedang berlaku adalah satu penipuan bukan sahaja ke atas sultan malahan terhadap para pengundi di Perak.

Ketika menulis artikel ini saya dapat satu SMS tentang kematian seorang Ahli Parlimen PAS  di Perak. Sambil kita memanjatkan doa ke hadrat Illahi terhadap roh arwah si mati, saya juga berfikir ini adalah satu pertanda daripada langit di mana Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan nanti menjadi satu pertanda apakah rakyat sayangkan UMNO dan Sultan mereka. 
 

Marhaintua 
09 Februari, 2009.