FMT Reporters
PETALING JAYA:Polis akan rujuk kertas siasatan terhadap anak presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya ke Pejabat Peguam Negara, selepas siasatan berkenaan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya dan melakukan pergerakan tanpa kebenaran selesai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata pasangan itu disiasat bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (N0.3).
Satu kertas siasatan sudah dibuka oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman dan keterangan Nurul Hidayah dan suami sudah diambil pada 24 April.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah polis tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan pelanggaran ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan mendapati Nurul memuat naik gambar di media sosial dengan kapsyen tentang kunjungannya dan suami ke kementerian di Putrajaya.
“Polis ingin menegaskan sekali lagi tidak ada sesiapa yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa-apa juga undang-undang negara,” kata Huzir.
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Selepas Muhyiddin, anak Presiden Umno pula diserang shopping dengan pasangan
MALAYSIA DATELINE
Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin diserang beramai-ramai kerana keluar membeli belah dengan isterinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid pula diserang.
Nurul membuat naik sekeping gambar bersama suaminya ketika sedang membeli belah di sebuah pusat membeli belah.
“Groceries shopping for Ramadan stock up (Membeli belah barangan makanan untuk persiapan Ramadan),” tulis Nurul melalui akaun instagramnya sambil memaparkan gambar bersama suaminya yang memegang troli membeli belah.
Namun selepas diserang beramai-ramai, Nurul membuat turun posting itu.
Sebelum ini, gambar Muhyiddin membeli belah bersama isterinya telah didedahkan oleh Tamrin Ghafar menyebabkan beliau diserang oleh pelbagai pihak kerana melanggar PKP yang dikuatkuasakan oleh beliau kepada rakyat negara ini.
Menurut peraturan PKP itu, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan pergi membeli belah bagi mengurangkan bilangan orang di pusat-pusat membeli belah.
Sebelum ini, Nurul juga dikecam kerana keluar bersama suaminya berjumpa dengan Menteri Agama dan selepas itu berjumpa pula Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.
Menjawab tuduhan melanggar PKP ketika berjumpa dengan mereka, Nurul mencabar pengkritiknya agar membuat laporan polis.
“Semua ini boleh dibuat melalui video call (panggilan video),” tulis pengkritik beliau.
Beliau menjawab kritikan itu dengan menulis, “Reportlah polis tak payah komen sini. Saya sedia bagi keterangan bagi saya. Saya cabar.”
Berita ini mendapat ratusan komen pembaca yang mengingatkan Umno agar tidak jatuh buat kali keduanya kerana karenah anak bini.
“Umno kena sedar. Jangan bagi anak bini sedara mara kroni naik junjung sangat. Terguling kali kedua memang bungkus selamanya,” tulis netizen yang bernama Tenggara Budi.
Namun netizen lain mengingatkan beliau, apa yang dibuat oleh Umno tidak menjadi kesalahan.
“Curi, merompak, membunuh, mengkhianati rakyat pun tak apa,” tulis CL Pang dalam komennya.
Tindakan Nurul itu telah menyebabkan nama bapanya Datuk Seri Ahmad Zahid juga diserang.
“Kroni, bapak borek anak rintik,” tulis Mohd Salman.

Dilema Umno dalam kerajaan PN
Ong Kian Ming
Sudah lebih dari sebulan sejak kabinet Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020. Setiap parti politik dalam gabungan ini menghadapi cabaran politik unik mereka tersendiri sebagai sebahagian daripada kerajaan memerintah.
Namun begitu, tidak ada parti yang menghadapi persoalan dan cabaran yang lebih besar berbanding Umno kerana parti itu 'bergelut' dengan persoalan bagaimana mahu bekerjasama dengan Bersatu. Ini adalah dilema terbesar Umno dalam kerajaan PN.
Biar saya nyatakan sesuatu dahulu mengenai perkara ini - pemimpin dan ahli Umno lebih suka berada dalam kerajaan bersama Bersatu berbanding berada dalam pembangkang.
Dalam kerajaan, Umno mempunyai akses kepada keistimewaan-keistimewaan termasuk jawatan di kementerian, agensi kerajaan dan GLC. Bagaimanapun, tidak ada apa-apa tentang pengaturan dalam pemerintahan PN sekarang ini yang akan diterima oleh Umno untuk jangka masa panjang.
Yang paling penting, dari perspektif strategi politik, pemimpin Umno mesti menyedari bahawa matlamat utama Bersatu adalah untuk menggantikan Umno dalam arena politik sebagai parti Melayu yang dominan dalam kerajaan.
Inilah satu-satunya cara agar Bersatu dapat bertahan pasca PRU15. Umno mengetahui perkara ini.
Umno komponen terbesar PN
Selepas memerintah negara lebih 60 tahun, Umno tidak biasa memainkan peranan sebagai parti nombor dua dalam kerajaan. Tetapi hari ini, mereka berada di kedudukan tersebut.
Umno merupakan komponen terbesar dalam PN dengan 41 orang Anggota Parlimen (MP) berbanding Bersatu yang hanya mempunyai 29 MP (ini termasuk 10 MP dari PKR tetapi tidak termasuk 5 MP yang menyokong Dr Mahatahir Mohamad).
Bagaimanapun, Bersatu nampaknya mempunyai lebih ramai menteri (11 orang termasuk perdana menteri berbanding hanya 9 orang dari Umno) dan timbalan menteri (15 orang berbanding 8 orang dari Umno) daripada Umno.
Bukan itu sahaja, sebahagian besar kementerian penting juga di bawah tanggungjawab MP Bersatu iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau individu yang bersekutu dengan perdana menteri (seperti Kementerian Kewangan).
Sementara itu, Umno pula hanya mengetuai satu kementerian penting iaitu Kementerian Pertahanan. Perbezaan ketara juga dapat dilihat apabila dua orang daripada empat menteri kanan datangnya daripada Bersatu manakala Umno hanya mempunyai seorang wakil sebagai menteri kanan.
Umno di dalam gabungan PN juga mencatat sejarah apabila presiden, timbalan presiden, dan dua naib presidennya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan. Perkara ini semestinya tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hanya seorang Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berada dalam kerajaan PN. Seterusnya, MP Umno yang merupakan anggota Majlis Tertinggi juga dilihat tidak diberikan sebarang jawatan tetapi MP Umno yang lain pula yang dijadikan menteri.
Umno Sabah juga langsung tidak diberikan jawatan kabinet demi untuk memastikan jawatan dapat diberikan kepada MP Bersatu yang telah meninggalkan Umno dan PKR.
Situasi ini bukanlah sesuatu yang wajar disokong oleh kepimpinan Umno. Inilah sebabnya kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden Umno pada 12 Mac 2020, setelah mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, merangkumi banyak syarat-syarat dalam sokongan kepada pemerintahan Muhyiddin Yassin.
Tidak disebutkan juga sebarang usaha untuk memperkuatkan PN sebagai gabungan parti pemerintah. Sebaliknya, presiden Umno menyatakan usaha untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) dan bagi membina keutuhan Barisan Nasional (BN).
Yang paling penting, pernyataan itu berakhir dengan komitmen untuk menyokong kerajaan baru hanya sehingga pilihan raya umum akan datang (PRU15). Segala bentuk kerjasama antara Bersatu dan Umno berkemungkinan akan ditamatkan begitu sahaja sebaik parlimen dibubarkan.
47 kerusi parlimen
Sukar untuk melihat bagaimana Umno dan Bersatu boleh bersetuju dengan sebarang formula pembahagian kerusi. Umno dan PAS menghadapi cabaran dalam memperuntukkan 100 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia di mana kedua-dua parti itu bertanding dalam PRU14 di bawah formula Muafakat Nasional (MN) pada PRU15.
Umno, PAS dan Bersatu bertanding di 47 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia pada PRU14.
Ini termasuk kerusi seperti Titiwangsa (di mana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun dari Bersatu, mengalahkan Johari Abdul Ghani, mantan menteri kewangan kedua dan yang masih memegang jawatan ketua Umno di Wilayah Persekutuan) dan Ketereh (di mana kini Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dari Umno mengalahkan Menteri Pendidikan sekarang, Mohd Radzi bin Jidin dari Bersatu yang kemudiannya dilantik sebagai senator).
Sebanyak 47 kerusi parlimen itu juga merangkumi kerusi yang menampilkan ahli parlimen Umno yang kemudiannya keluar parti dan memasuki Bersatu selepas PRU14 seperti Jeli (Mustapha Mohamed, yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Larut (Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri ketika ini), Mersing (Abdul Latiff bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika ini) dan Masjid Tanah (Mas Ermieyati binti Samsudin, kini Timbalan Menteri Pelancongan).
Sukar untuk dibayangkan Umno berasa positif mengenai pembelot-belot ini apatah lagi berunding dengan Bersatu untuk membolehkan ahli parlimen Bersatu ini terus bertanding di kerusi-kerusi ini dengan sokongan Umno dan PAS.
Di samping itu, kabinet yang ada sekarang juga menampilkan bekas ahli parlimen PKR yang bergabung dengan Bersatu yang mana kerusi yang ditandingi mereka sebelum ini turut ditandingi oleh Umno dan PAS pada PRU14 termasuk Gombak (Azmin Ali), Indera Mahkota (Saifuddin Abdullah), Bandar Tun Razak (Kamaruddin Jaafar), Batu Pahat (Mohd Rashid bin Hasnon) dan Nibong Tebal (Mansor bin Othman).
Sekali lagi, sukar untuk melihat Umno atau PAS memberi laluan kepada ahli parlimen Bersatu ini pada PRU15.
Umno telah membuktikan bahawa ia dapat mengalahkan Bersatu sebagai parti pembangkang di peringkat negeri dan persekutuan masing-masing dalam pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai dan Kimanis di Johor dan Sabah.
Dengan sokongan akar umbi yang utuh dan dengan terus membina hubungannya dengan PAS, tidak perlu Umno (dan PAS) membuat konsesi atau bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.
Mengetahui hal ini, apakah kemungkinan respon Bersatu dalam jangka pendek (tahun depan) dan apabila mendekati PRU15? Dan apakah mungkin strategi Umno?
Perkara ini akan dibahas dalam bahagian dua ulasan ini.

'Setakat ini sajalah saya bantu orang susah waktu PKP' – Ebit Lew
Pendakwah bebas, Ebit Lew membuat pengumuman mengejutkan beliau akan berhenti menyalurkan bantuan kepada pihak yang terkesan susulan pandemik Covid-19.
Beliau berkata demikian setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa kerana terdapat aduan terhadapnya susulan kegiatan yang dijalankan.
“Saya minta maaf pada semua ya, atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung.
“Saya cuma akan beri bantuan duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP (perintah kawalan pergerakan) baru saya cuba bantu,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook hari ini.
Ebit bukanlah asing dengan kerja-kerja amal dan kebajikan, selain giat mengadakan seminar di merata tempat selama ini.
Pada tempoh PKP kini, beliau terlibat secara aktif menghulurkan bantuan kepada pihak termasuk petugas barisan hadapan serta orang ramai.
Beberapa hari lalu Ebit dibayangi kontroversi selepas melawat sebuah keluarga daif di Derga, Kedah.
Antara lain penduduk setempat menjadi kecaman orang luar yang menyangka mereka tidak mengendahkan keluarga terbabit.
Beberapa pihak - termasuk kerajaan Kedah dan Lembaga Zakat Kedah - kemudian tampil menjelaskan keluarga berkenaan memang menjadi penerima bantuan tetap.
Menurut exco negeri, keluarga berkenaan juga sudah diminta supaya berpindah ke rumah baru yang disediakan namun gagal.
Bagaimanapun, selepas dipujuk Ebit keluarga berkenaan akhirnya berpindah ke kediaman baru selepas menetap di situ lebih 15 tahun.
Sementara itu, Ebit turut memohon maaf sekiranya tindakan memuat naik video ketika beliau menyalurkan bantuan telah mengguris hati beberapa pihak.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat.
Saya cuma Cina Islam
“Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa, cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan negara Malaysia,” luahnya lagi.
Tambahnya, beliau juga tidak berniat untuk membuat dirinya tular setelah memberi bantuan kebajikan tersebut.
“Cuma saya terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.
“Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral (tular) apa ke. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka,” kata Ebit.
Jelas Ebit lagi, bantuan yang diberikan juga adalah hasil simpanan wangnya sendiri.
“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana.
“Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.
“Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk petugas barisan hadapan,” katanya.
Mengakhiri catatannya hari ini, Ebit mengucapkan "selamat Ramadan pada semua" dan sekali lagi mengulangi permohonan maafnya.
"Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye.
"Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau," katanya.
'Pemberontakan' Dr M jadi duri dalam daging buat Bersatu
Hariz Mohd, Haspaizi Zain
Sejarah akan tercipta pada 18 Mei nanti bukan saja disebabkan persidangan berlangsung sehari, malah wakil daripada satu parti dijangka berada di kedua-dua posisi kerajaan dan pembangkang.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang memimpin gabungan Perikatan Nasional (PN), majoriti anggota Parliimen parti itu akan berada di kerusi kerajaan dan majoriti kecil lagi yang bersama Dr Mahthir Mohamad akan duduk bersama pembangkang.
Ini mungkin akan menjadi pemandangan yang membingungkan dan belum pernah terjadi sebelumnya. Bagaimanapun ramai pemimpin Bersatu enggan menggulas mengenai perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Ada yang mengatakan bahawa ada pesanan supaya tidak mengulas isu politik ketika ini.
Pada 20 April lalu, Mahathir menjelaskan bahawa dia tidak akan duduk di bahagian kerajaan dan bahawa Bersatu - yang bermaksud "bersatu" atau "menjadi satu" - pada dasarnya terbelah dua.
"Jadi, puak menentang pemerintah tidak boleh duduk bersama dengan puak dengan pemerintah," kata Mahathir.
Parlimen belum mengemas kini laman webnya dengan susunan tempat duduk.
Berdasarkan pengalaman Perak pada tahun 2009 - satu-satunya insiden perubahan dalam penggantian pemerintahan pertengahan - pengaturan tempat duduk baru hanya akan didedahkan pada hari persidangan.
Tidak dapat hentikan Dr M
Menurut orang dalam parti itu yang bercakap dengan Malaysiakini, kepemimpinan parti tidak boleh menghukum Mahathir kerana duduk di bangku pembangkang.
Katanya, peraturan parti menetapkan bahawa ahli hanya boleh diberhentikan sekiranya orang itu menyertai parti lain, bertanding dalam pemilihan pejabat awam menentang calon Bersatu, menuntut parti itu atau kehilangan kewarganegaraan Malaysia.
"Apa kesalahannya (jika Mahathir duduk dengan pembangkang)? Tidak ada kesalahan," kata sumber itu.
Beberapa pemimpin parti itu sepakat bahawa sebarang percubaan untuk menghukum Mahathir atau anggota Parlimen parti yang berpihak kepada pembangkang akan menjadi proses yang sukar
Aduan akan diajukan kepada jawatankuasa tatatertib di mana siasatan akan dilakukan.
Anggota yang disiasat juga perlu menghadirkan diri di hadapan jawatankuasa untuk perbicaraan.
Seorang lagi pemimpin parti itu menyatakan keraguan bahawa Muhyiddin akan mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir sebagai pengasas parti.
"Apakah mereka berani mengambil tindakan terhadap anggota parti nombor 1? Parti sudah tidak stabil sebagaimana adanya," kata sumber itu.
Sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP), Mahathir dan sekutunya telah mengadakan jelajah untuk mengumpulkan ahli parti yang menentang Muhyiddin kerana menyertai "Langkah Sheraton" akhir Februari lalu dan mengangkat dirinya sebagai perdana menteri.
Walaupun sebahagian besar anggota Parlimen Bersatu menyokong Muhyiddin, ini telah menyebabkan perpecahan mendalam dalam parti.
Adakah akan ada rundingan?
Beberapa pemimpin parti memberitahu Malaysiakini bahawa puak Muhyiddin mungkin mencari jalan untuk menghindari kemungkinan memalukan itu dengan menyembunyikan perpecahan.
Sebagai contoh, ahli dewan tertinggi Bersatu dan penyokong kuat Mahathir, Abu Bakar Yahya mengatakan bahawa urusan persidangan atau tempat duduk anggota Parlimen akan ditentukan Takiyuddin Hassan.
Jelasnya, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS adalah menteri undang-undang yang bertanggungjawab dalam urusan parlimen.
"Sekiranya kita benar-benar mengenali Tun (Mahathir), dia bukan jenis yang akan melanggar peraturan.
"Kami hanya akan tahu dengan pasti bila surat yang memberitahu mengenai pengaturan tempat duduk datang," kata Abu Bakar, yang juga setiausaha politik Mahathir.
Ketika artikel ini ditulis Malaysiakini cuba mencari jawapan apakah ada usaha puak Muhyiddin untuk memujuk Mahathir masih tidak berjaya.
Sementara itu, ahli strategi Bersatu Rais Hussin percaya bahawa Mahathir mempunyai hak sebagai ahli parlimen untuk tidak duduk di bangku pemerintah.
"Ini belum pernah terjadi sebelumnya tetapi kita hidup dalam masa yang belum pernah terjadi sebelumnya," katanya.
Rais menambah bahawa Bersatu juga perlu melihat perkara itu dengan teliti agar tidak memburukkan lagi perselisihan antara dua pemimpin tertinggi dan memecah belah parti.
"Harapan saya adalah agar ada semacam perdamaian antara kedua pemimpin tertinggi untuk kepentingan negara yang lebih besar memandangkan kita menghadapi pandemi yang sangat penting.
Ditanya apakah ada usaha untuk memperbaiki hubungan antara Muhyiddin dan Mahathir, Rais mengatakan itu adalah kerja yang sedang berjalan.
"Muhyiddin dalam ucapannya sebagai sebagai perdana menteri menyeru kepada perdamaian.
"Mereka berdua adalah pemimpin berpengalaman," katanya.

Remaja bertongkat dakwa diheret ke balai dalam but kereta polis
Malaysiakini
Seorang remaja di Sungai Petani, Kedah, mendakwa bahawa dirinya dikasari oleh lima anggota polis yang menanhannya atas alasan melanggar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak koronavirus di negara ini.
Menurut kumpulan NGO, Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) semasa ditahan, Ahmad Radhi Bashizan, 19, yang bergantung pada tongkat untuk berjalan, diarahkan untuk masuk ke dalam but sebuah kereta peronda polis.
Remaja itu terpaksa menahan kesakitan dan mengadu sesak nafas semasa berada di dalam but kereta polis tersebut, kata EDICT dalam satu kenyataan, hari ini.
“Beliau memaklumkan kepada anggota polis yang menahannya bahawa beliau baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kaki kiri dan telah dimasukkan besi.
“Beliau juga memberitahu anggota tersebut bahawa beliau masih dalam proses pemulihan, yang mana atas nasihat doktor, kakinya tidak boleh menampung beban dalam masa dua bulan.
“Anggota-anggota polis tersebut tidak mengendahkan kata-katanya. Mereka terus menggari beliau. Mereka menyuruh pemuda tersebut bersama seorang lagi yang ditahan untuk masuk ke dalam but kereta sebuah kereta peronda polis,” kata EDICT.
Dari pondok polis itu, Ahmad Radhi kemudian dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, yang terletak lebih kurang 20 kilometer jaraknya.
Semasa di IPD Kuala Muda, dia tidak mengaku melakukan sebarang kesalahan dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dengan syarat akan hadir ke mahkamah pada 29 April ini.
Menurut EDICT, remaja itu mendakwa bahawa semasa melalui pengalaman perit itu, dia ada merayu untuk menggunakan tongkatnya untuk berjalan namun ditolak oleh pihak polis.
Beliau terpaksa berjalan sendiri dalam kesakitan dan kesukaran yang juga berkemungkinan akan memberi kesan pada kecederaannya.
Difahamkan, Ahmad Radhi telah membuat laporan polis di Sungai Petani semalam, dengan membekalkan nombor badan anggota polis yang menahannya itu.
EDICT sehubungan itu, meminta polis bertindak segera terhadap anggota tersebut.
“EDICT ingin mengingatkan anggota polis bahawa mereka bertanggungjawab untuk menegakkan undang-undang dan kesihatan orang yang ditahan seperti yang termaktub di bawah seksyen 3 dan 20 Akta Polis 1967, juga seperti mana yang telah diputuskan oleh mahkamah.
“EDICT menggesa Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin agar mengambil tindakan yang tuntas dalam menghukum anggota-anggota polis yang melakukan kesalahan sebagaimana tindakan yang diambil terhadap orang awam,” kata kumpulan NGO itu.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Kedah Zainuddin Yaacob berkata bahawa beliau akan menyiasat dakwaan berkenaan dan mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan berkenaan.

Tak sampai 2 bulan, kerajaan PN dah jual aset negara
MALAYSIA DATELINE
“Eh tak sampai 2 bulan, kerajaan dah mula jual aset negara?” Itulah komen yang dibuat terhadap tindakan kerajaan melalui Khazanah yang dilaporkan akan menjual 74 juta sahamnya dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurut laporan media, Khazanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjual 1.45% sahamnya dalam TNB dengan harga RM1.17 bilion.
“Rupanya ini trend standard BN. Tahun 2015 dan tahun 2016 pun sama.
“Bolehlah penyokong MN (Muafakat Nasional) teruskan meratib ‘jual aset negara, ini semua salah DAP,” tulis Liyana Marzuki, bekas pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Facebook beliau.
Tulisan ini dipercayai mempersendakan tindakan penyokong Umno dan Pas sebelum ini yang sentiasa mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menjual harta negara.
Menurut media, langkah penjualan saham TNB ini akan mengurangkan pegangan Khazanah dalam TNB sebanyak 1.3%.
Harga yang diminta untuk penjualan ini adalah antara RM11.83 dan RM12.30 setiap satu.
Harga saham TNB dalam niagaan terakhir semalam adalah RM12.30 setiap satu.
April tahun lepas, Khazanah mempunyai 85 juta saham dalam TNB.

Populariti Dr Noor Hisham sedang cuba digugat
MALAYSIA DATELINE
Populariti Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah di kalangan rakyat sedang cuba digugat dengan laporan kononnya beliau sedang dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk perdana menteri dan menteri kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Gugatan itu dibuat melalui satu laporan yang dibuat melalui media yang berpusat di Hong Kong, Asia Sentinel, yang menyenaraikan kenapa Dr Noor Hisham tidak disenangi.
Menurut laporan yang bertajuk “Malaysia’s Health Czar Under Fire” itu, peranan Dr Noor Hisham dipertikaikan kerana kononnya beliau gagal menguruskan dengan baik pendekatan Malaysia dalam melawan Covid-19.
Dalam menguruskan wabak ini, beliau didakwa mengenepikan peranan pihak-pihak lain termasuk Menteri Kesihatan hatta Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional.
Menurut media itu, kegagalan utama Dr Noor Hisham adalah apabila membuat ujian hanya kepada 3,515 orang daripada satu juta penduduk berbanding dengan Singapura yang menguji 16,203 untuk satu juta penduduk.
Itulah sebabnya mengapa Singapura kini mengesahkan lebih 1,000 kes baharu sehari berbanding Malaysia yang tidak sampai seratus orang sehari sekarang, dakwa Sentinel.
Menurut Sentinel, populariti Dr Noor Hisham berpunca dari tulisan berlebihan media yang memuji beliau, dilaporkan menerima surat dan hadiah dari kanak-kanak, orang awam membuat sambutan hari jadi untuk beliau bahkan penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan.
Media China, CGTN, telah menamakan Dr Noor Hisham bersama dua lagi tokoh iaitu Anthony Fauci dari Amerika dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand sebagai tiga tokoh utama yang memerangi wabak Covid-19 di dunia.
Menurut Sentinel, ramai menteri hatta perdana menteri dalam kerajaan PN yang mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang pada 2 Mac telah dimalukan oleh Dr Noor Hisham.
“Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan dan juga ketua beliau telah diketepi dan dimalukan, yang kebanyakan berpunca dari dia sendiri, telah menyebabkan Noor Hisham berkuasa penuh,” kata Sentinel.
Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan dipaksa untuk mengumumkan “Semua urusan PKP berkaitan ekonomi perlu melalui Kementerian Kesihatan” yang selama ini ia adalah di bawah bidang kuasa beliau sepenuhnya.
“Bahkan polisi kerajaan yang dibuat Muhyiddin telah disabotaj secara berkesan melalui kenyataan yang dibuat Noor Hisham.
“Selepas perdana menteri membuat pengumuman melalui televisyen bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikendurkan, Noor Hisham secara terbuka membuat kenyataan sebaliknya,” dakwa Sentinel lagi.

PH anggap pelantikan Noh Omar terajui Umno Selangor 'berita gembira'
M Fakhrull Halim
Diterbitkan 3 jam lepas
Dikemaskini 3 jam lepas
A
+
A
-
Pelantikan semula ahli parlimen Tanjung Karang Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor 'dialu-alukan' pemimpin PH yang menyifatkan ia akan memudahkan lagi mereka untuk terus mempertahankan PH di Selangor.
Meskipun rata-rata mengucapkan tahniah buat lantikan semula Noh itu, mereka juga menganggap berita itu sebagai berita gembira buat PH.
Contohnya Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Hee Loy Sian yang membangkitkan rekod Noh yang pernah mengepalai Umno Selangor ketika parti itu kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Baguslah macam tu. Lebih senang untuk mengekalkan kerajaan PH di Selangor,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
“[...] Lebih baik kita menghadapi dia (Noh). Sebab dia kurang kecekapan untuk mentadbir Umno untuk menang.
“Jadi ini menunjukkan Umno kekurangan pemimpin, orang lama yang tak perform (menunjukkan prestasi baik), yang kalah teruk pun dilantik semula. Senang untuk kita kerja di masa akan datang,” kata Adun Kajang itu lagi.
Untuk rekod, BN (dianggotai Umno, MCA dan MIC) tewas di Selangor kepada Pakatan Rakyat (dianggotai PKR, DAP dan PAS ketika itu) pada PRU-12.
Meskipun selepas Pakatan Rakyat terkubur dengan PAS meninggalkan gabungan itu - dan menyaksikan penubuhan Pakatan Harapan - kerusi dipegang Umno di negeri itu terus menyusut.
Rekod terburuk adalah pada PRU-14 lalu, apabila BN hanya memperoleh dua kerusi Parlimen (kini tinggal satu - iaitu kerusi Noh) dan empat kerusi DUN (kini lima setelah pilihan raya kecil Semenyih).
Perlukan pembangkang yang kuat
Sementara itu, bagi Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim, Noh wajar menggunakan kesempatan kali ini untuk memantapkan Umno Selangor yang menurutnya lemah dan ketandusan pemimpin yang berwibawa.
“Kita perhatikan di kawasan masing-masing pun agak tak bermayalah pergerakan Umno ni, peranan di Dewan (DUN) pun tak begitu terserlah. Jadi baikilah dari segi prestasi dan peranan di DUN supaya berjalan dengan lebih baik.
“Kita pun nak juga pembangkang yang kuat di Selangor, supaya (dapat) semak dan imbang,” kata Adun Pandan Indah itu ketika dihubungi hari ini.
Bagi Adun Seri Serdang Siti Mariah Mahmud, dari Amanah, meskipun melihat lantikan semula Noh itu satu khabar baik buat PH, tetapi katanya, PH tidak boleh bersikap sambil lewa dalam meraih sokongan pengundi, lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan yang majoriti orang Melayu.
“Kami tak akan leka. Tapi kami yakin apa yang PH Selagor lakukan untuk rakyat selama ini adalah lebih baik daripada apa BN biasa lakukan.
“Muafakat Nasional akan menyebabkan fragmentasi masyarakat Selangor sebab nuansa bangsa dan agama tak berapa diterima oleh rakyat Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Noh memberitahu bahawa beliau akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kerjasama Muafakat Nasional di negeri itu bagi memastikan gabungan terbabit dapat merampas semula Selangot daripada PH.
Waspada taktik kotor
Naib Pengerusi DAP Selangor, Ng Suee Lim pula berkata, meskipun PH mempunyai pengalaman berdepan dengan Umno di bawah Noh, katanya, PH masih perlu sentiasa berjaga-jaga dengan pelbagai taktik kotor yang mungkin digunakan untuk merampas Selangor.
Lebih-lebih lagi, katanya, Selangor sememangnya menjadi negeri idaman untuk dirampas semula oleh BN memandangkan ia merupakan peneraju ekonomi Malaysia.
“Kita akan lebih bersiap-sedia dan berjaga-jaga, kerana apa-apa (mungkin) akan berlaku. Mereka akan gunakan pelbagai taktik kotor, seperti apa yang mereka lakukan yang telah kita nampak termasuk menggunakan pengkhianatan pintu belakang dan sebagainya.
“Jadi jangan pandang mudah. Nasihat saya kita (PH) akan terus waspada (terhadap) segala gerak strategi mereka,” kata Adun Sekinchan itu ketika dihubungi hari ini.
Beliau dipercayai merujuk 'Langkah Sheraton' serta pembentukan Perikatan Nasional di peringkat pusat di antara Umno, Bersatu dan PAS, disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) serta wakil bebas, sehingga menyebabkan kerajaan PH tumbang.
Bagi ketua pembangkang di Selangor, Rizam Ismail dari Umno, lantikan semula Noh dilihat sebagai pemilihan tepat berdasarkan pengalaman Noh sebelum ini yang pernah mentadbir Umno Selangor dari 2013 hingga 2018, malah pernah menjawat jawatan menteri.
“Jadi dengan pengalaman luas beliau, saya harap beliau dapatlah menjadi pengerusi baru dengan jayanya,” kata Adun Sungai Air Tawar itu ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, satu-satunya Adun PAS di Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata parti mereka menerima lantikan Noh itu dan tidak mempunyai apa-apa masalah memandangkan ia keputusan dalaman parti berkenaan.
Malah, pesuruhjaya PAS Selangor itu turut memberikan pandangan senada dengan Noh semalam bahawa konsep “yang diterima” di Selangor adalah Muafakat Nasional, berbanding PN.
“Itu ikatan dah ada piagam termeterai antara PAS dan Umno, memang dalam Muafakat Nasional. Yang lain itu (PN) belum, hanya di peringkat pusat.
“Dan di Selangor (pun) kita belum ada satu jawatankuasan (berkaitan PN). Kita tunggu itulah,” kata Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang ketika dihubungi.
Perkembangan ini menimbulkan tanda tanya terhadap status kerjasama PN di peringkat pusat yang nampaknya tidak turut terjelma di Selangor antara Umno, PAS dan Bersatu.
Bersatu pada asalnya mempunyai lima kerusi DUN di Selangor di bawah PH. Namun, dengan 'Langkah Sheraton' dan penyertaan dua Adun PKR - Mohamed Azmin Ali (Adun Bukit Antrabangsa) dan Hilman Idham (Adun Gombak Setia) - statusnya kini terpecah dua di antara PN dan PH.
Empat Adun Bersatu yang asal (Adun Kuang, Adun Jeram, Adun Batang Kali dan Adun Dengkil) menyatakan sokongan buat PH, meskipun di peringkat pusat Bersatu sudah menjadi komponen PN.
Manakala Adun Selat Klang, bersama Azmin dan Hilman menyokong PN, menjadi pembangkang di Selangor.
Bagi Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari yang juga pengerusi Bersatu Selangor, status Bersatu di Selangor akan dimuktamadkan setelah pemilihan parti itu selesai- yang kini tertangguh ekoran wabak Covid-19.
“Kemudian (selepas pemilihan selesai), baru kita akan berbincang dengan Tan Sri Noh tentang PN di Selangor.
“Bila Bersatu Selangor dah siap, semua dah bermesyuarat, kita dah tahu siapa ketua-ketua bahagian yang baru, kita akan mengadakan satu mesyuarat khas selepas Covid-19 (surut).
“Selepas pemilihan, kemudian barulah kita akan fokus pada PN Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kita mesti menjadi pemaaf
Al-Abror Mohd Yusuf
"Aku duduk di belakang seorang lelaki sambil mencekiknya dan memaksa dia membawa aku, dan aku meyakinkan diriku dan orang lain bahawa aku bersimpati kepadanya dan ingin meringankan bebannya dengan apa saja cara, kecuali dengan turun dari belakangnya." - Leo Tolstoy.
Suatu pagi bertahun-tahun yang lalu. Seorang menteri sepatutnya menghadiri majlis perasmian di sebuah stesen minyak pada jam 9 pagi. Seperti biasa, tetamu, jemputan dan wartawan menunggu di lokasi itu lebih awal.
Adab kita menyambut orang kenamaan, begitulah. Sedangkan majlis anugerah kecemerlangan di sekolah rendah pun ibu bapa dimestikan masuk ke dewan lebih awal, menunggu dan berdiri semasa tetamu jemputan masuk tersengih-sengih, sudah tentu meraikan menteri berlebihanlah lagi takzimnya.
Ia adalah budaya yang membonsaikan banyak akal fikiran. Juga menebalkan rasa jiwa hamba.
Sedikit sebanyak ia juga merupakan sejenis doktrin yang diprogramkan agar orang awam mendewakan orang bergelar yang kadang-kadang cuma bernasib baik mendapat jawatan atau kedudukan tertentu.
Tapi itulah. Alangkan di peringkat prasekolah lagi kita sudah diprogramkan agar sebegitu, apa sangatlah yang kita pelikkan jika ia terus dipaksakan di peringkat lebih tinggi.
Sehingga jam 11 pagi, menteri itu belum tiba. Orang ramai gelisah. Menanti bukan suatu kerja yang menyeronokkan, terutama apabila ia kerana dipaksa.
Kuman bawa perubahan
Kira-kira 11.30 barulah menteri berkenaan datang. Dia disambut, dialu-alukan dan - seperti rukun untuk seorang menteri hadir di sesuatu majlis - berucap. Sehingga ke sudah dia tidak meminta maaf walaupun sedikit.
Dia seolah-olah tidak berbuat apa-apa salah. Sepertinya memang dia dijadualkan hadir pada jam 11.30 pagi, bukan dua jam lebih awal. Dan tidak ada sesiapa menyergahnya kerana lewat.
Bertahun-tahun kemudian kita pun faham - sepatutnya - bahawa menjadi tabu untuk menteri atau orang kenamaan meminta maaf atas kesilapan mereka. Meminta maaf kira-kira sama macam seorang Muslim mengunyah daging babi.
Kemudian datanglah sejenis kuman yang tidak pernah kita kenal sebelum ini. Pedulilah sama ada kita percaya ia wujud secara semula jadi dengan kelawar menjadi sebab ia merebak dari Wuhan, atau kita mahu yakin kepada kebebalan Donald Trump, kuman berkenaan mewujudkan perubahan.
Kita menamakan fenomena itu sebagai kelaziman baru. Ia baru, tetapi akan menjadi lazim. Misalnya, di masjid dan surau, hanya azan yang kedengaran. Orang setempat terpaksa mendengar saja laungan hebat berkenaan tetapi tidak boleh ke tempat ia dikumandangkan.
Masjid sebelum ini selalu diimarahkan dengan pelbagai majlis. Ada solat berjemaah, ada majlis tadabbur al-Quran, ada takzirah. Di sana juga ada kuliah dan ceramah 'agama' yang kadang-kadang lebih politik berbanding pencerahan tentang Islam.
Hasilnya ialah sekumpulan orang Islam yang percaya apa yang mereka dengar itu adalah kebenaran yang mutlak dan penuturnya tidak mungkin tersilap. Kalau silap pun, wajar dimaafkan.
Kesalahan mereka mesti dilihat dengan "mata yang jernih" sedang maksud "jernih" itu adalah hak mereka untuk menentukannya. Orang lain tidak ada hak.
Sebab itu kadang-kadang kita terfikir juga, selain membolehkan masjid, surau dan musola menjalani proses nyah kuman, Covid-19 juga mungkin diutus tuhan untuk membersihkan tempat ibadah itu daripada kuman-kuman jahat dalam kepala orang yang menanamkan kebencian serta pembohongan.
Silap orang bergelar
Kini kelaziman baru sudah ada. Azan berkumandang, tetapi orang ramai yang tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menahan diri daripada gejolak rasa gundah-gulana mahu mendapatkan kelebihan beribadah di masjid dan surau.
Kalau dilayan rasa itu, ada risiko yang perlu didepani. Bukan calang-calang punya risiko. Untuk ke masjid seseorang itu bukan saja mungkin dijangkiti kuman bernama Korona itu, malah kalau silap hari bulan, boleh ditangkap.
Lainlah orang kenamaan.
Orang kenamaan memang manusia biasa. Mereka tidak mungkin terlepas daripada melakukan silap, keliru atau terlanjur. Cuma bezanya ialah, mereka 'orang penting'. Kerana itu mereka menjadi orang bergelar.
Silap orang bergelar dan kenamaan tidak pernah sama dengan silap orang awam. Ia mungkin pernah sama, tetapi kejadian sebegitu sudah berlalu ratusan - kalau pun tidak ribuan - tahun silam.
Kemudian beberapa abad lalu, ada kelaziman baru iaitu orang kenamaan itu silapnya boleh dimaafkan tanpa mereka memintanya pun. Pada 2020 memang ada muncul beberapa kelaziman baru, kecuali untuk ahli politik atau orang kenamaan mengaku salah dan meminta maaf.
Mengaku buat salah itu satu hal. Meminta maaf adalah hal yang lain dan untuk ahli politik, ia seperti minyak dan air. Tidak akan bercampur kalau mengikut hukum akal.
Bagi orang kenamaan, mereka memang terdedah kepada kesilapan. Besar atau kecil, ia tidak penting. Lebih daripada itu, kalau terlanjur, pantang meminta maaf.
Tidak ada keperluan untuk mereka untuk meminta maaf - kecuali jika sudah benar-benar terjerat. Atau mengikut istilah orang sekarang: terciduk.
Lainlah orang awam. Perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan dari satu fasa ke satu fasa. Mengikut penjelasan kerajaan - dan pengguna telefon pintar sepatutnya arif benar akan hal itu kerana saban hari mereka akan disapa mesej Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui pesanan ringkas - ia sentiasa lebih keras dan tegas.
Mula-mula polis akan memberi nasihat. Kemudian kompaun. Yang terakhir, khabarnya pengingkar PKP akan ditahan dan didakwa di mahkamah. Silap hari bulan, jadi banduan.
Dan sukar untuk membayangkan individu yang dituduh di mahkamah itu tidak akan meminta maaf dan menyatakan rasa kesal mereka di depan hakim sebelum hukuman dijatuhkan.
Kerana keangkuhan
Cuma itulah, maaf manusia ini kadang-kadang mungkin tidak sama. Seperti kluster Tabligh, kluster kayangan dan kluster wakil rakyat.
Daripada kluster wakil rakyat itu, mungkin ada pula subkluster lain. Anak wakil rakyat, misalnya. Atau setiausaha wakil rakyat, pegawai menteri dan sebagainya.
Ada kemungkinan mereka tidak menerima mesej pesanan ringkas daripada Majlis Keselamatan Negara berkenaan. Maklumkan, mereka golongan atas kayangan.
Itulah, barangkali kuman Korona itu dihantar untuk menegur kita. Ia adalah makluk yang halus dan lemah saja, sebenarnya. Bayangkan, dengan hanya sabun biasa, ia boleh terlerai dan hancur dari badan kita. Tak perlu cecair yang mahal atau canggih untuk melawan kuman itu. Cuma sabun.
Untuk memusnahkan kuman Korona di tangan jauh lebih mudah berbanding menanggalkan lemak sup tulang atau daging kambing panggang.
Tetapi mengapa kuman itu masih berjaya menjangkiti lebih 2.6 juta orang di seluruh dunia? Mengapa kuman yang mudah dimusnahkan itu menjadi asbab kepada kematian kepada lebih 185,000 orang di empat pelusuk bumi?
Jawabnya, kerana keangkuhan, kedegilan dan kejahilan. Manusia sesetengahnya selalu enggan peduli walaupun ada peraturan yang memagari. Tambahan pula jika ada kelebihan atau keistimewaan. Ia suatu kelebihan.
Ke sana, ke sini. Ke sana, ke sini. Atas nama rakyat - macam selalu - mereka menghalalkan perbuatan masing-masing. Entah rakyat yang mana, kita tidak perlu tahu. Sedangkan rakyat yang memilih mereka menjadi wakil sukar terlepas daripada hukuman kerana melanggar PKP.
Ada kemungkinan pengundi memilih mereka - biasanya empat atau lima tahun sekali - hanya untuk membolehkan mereka yakni ahli politik dan yang berhormat terbabit diam-diam mentertawakan kita.
Adakah kita perlu menghukum mereka? Jangan! Maafkan saja, waima mereka tidak memintanya. Mereka kluster atas daripada kayangan. Mereka kluster suci lagi terpilih. Sepatutnya tiada langsung istilah "maaf" dalam kamus hidup mereka.
Mengaku berbuat salah, mungkin ada. Maaf, jangan sekali-kali. Pantang datuk nenek untuk ahli politik dan wakil rakyat meminta maaf. Kalau ada yang mengkritik, akan ada pula alasan di sana sini yang boleh dinukilkan.
Paling mudah, labelkan saja sesiapa yang membuat kecaman sebagai ejen CIA, Freemason, KGB, Israel, Mossad atau seumpamanya. Jika mahu ramuan cita rasa tempatan, kaitkan saja dengan DAP. Kerana apa saja yang ada hubungan dengan DAP mesti wajib direjam ke neraka jahanam.
Jadi, memang, tidak perlu ada permohonan maaf daripada wakil rakyat kita. Tanpa meminta maaf pun, sangat sesuai jika kita maafkan saja yang berhormat-yang berhormat berkenaan.
Apa sangatlah perlunya maaf daripada mereka kerana oleh kerajaan yang menguruskan kita sekarang sendiri tidak pernah meminta maaf kerana dibina bukan dengan mandat, kan?

Evolusi pemikiran sebuah parti politik Islam
ABU MISHKAT
1950an – 1974
Umno kafir sebab memerintah bersama kaum kafir MCA, MIC dan lain-lain.
1974 – 1978
Off button Umno kafir – sama-sama dapat makan dalam BN.
1979
Terpelanting dari BN
Revolusi Iran – ciplak kepimpinan ulama dari Syiah.
1981
Umno kafir kerana mempertahankan Perlembagaan penjajah.
Tidak halal makan sembelihan orang Umno.
Tidak sah solat di belakang imam Umno.
Tidak sah nikah oleh jurunikah Umno.
1990
Berjaya memerintah Kelantan hasil perpecahan Team A dan B dalam Umno.
Slogan Membangun Bersama Islam.
Slogan Kepimpinan Ulama.
1993
DUN Kelantan meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Ta’zir.
Giatkan ceramah menyalahkan kerajaan pusat halang hudud.
1999
Mengambil kesempatan isu mata lebam Anwar.
Wajib undi DAP.
Berjaya memerintah Terengganu.
Ghanimah dibahagi secukupnya sesama pimpinan.
2002
DUN Terengganu meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Ta’zir.
Kesalahan gagal laksanakan hudud diletakkan atas kerajaan pusat.
DAP tidak pernah halang hudud.
2004
Ancaman Gelombang Biru pimpinan Datuk Idris Jusoh.
Pas tidak percaya Umno boleh rampas Terengganu – malaikat undi Pas.
Umno berjaya buktikan pembahagian ghanimah pimpinan Pas berleluasa.
Terengganu dirampas Umno.
2008
Wajib undi DAP di kawasan DAP bertanding.
Pakatan Rakyat (PR) berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN.
*Cubaan pertama kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno (ditentang keras Almarhum Tuan Guru Nik Aziz)
2013
Wajib undi DAP masih berkumandang.
Bersama dalam Tahaluf Siyasi – Pakatan Rakyat.
2015 – 2018
Kematian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
Anwar Ibrahim liberal.
Tolak Anwarinas.
Tolak puak Erdogan.
Tolak Jebon.
Daulatkan Kepimpinan Ulama.
Keluar dari Pakatan Rakyat.
Ahli tidak patuh ulama sila keluar dari Pas.
Haram tubuh parti Islam AMANAH.
DAP kafir harbi.
Jangan lagi kata hodoh kepada Umno.
Umno sudah tidak kafir.
Politik Matang dan Sejahtera.
AMANAH wajib kembali atau dihapuskan.
2018
DAP kafir harbi.
Satu undi untuk AMANAH satu undi untuk DAP.
Blok ketiga – King Maker.
Kafir siapa lawan RUU 355.
Ambil kesempatan isu 1MDB.
Lok koho punoh (dibiarkan makin rosak – Umno).
Berjaya rampas Terengganu.
Hudud cuma 0.00001 peratus saja dalam syariah.
Bersama Umno membela Rohingya.
2019
DAP kafir harbi.
DAP menjaga Tabung Haji.
DAP jual aset umat Islam.
MCA tidak anti Islam.
PH kerajaan tunggangan DAP.
AMANAH barua DAP.
Tiada DAP selesai semua masalah negara.
Kerjasama dengan Isma dan NGO-NGO Melayu.
Kukuhkan kerjasama dengan Umno.
Politik matang dan sejahtera diteruskan.
Puas hati penjelasan 1MDB.
Wajib jatuhkan PH.
Zaman PH kafir kurang ajar.
PH jangan lantik orang politik.
Kerjasama dengan geng Sunnah.
Membela Dr. Zakir Naik.
Membela arwah Adib.
Tangkap LGBT.
Hapuskan Sisters in Islam.
Tangkap Sajat.
Mujahid Mujahil Mujahat barua DAP.
Mujahid Mujahil Mujahat sokong LGBT.
Islam dibuli di bawah PH.
Islam terancam.
2020 – 1 Mac 2020
Politik matang sejahtera.
Berbaik dengan Umno demi Melayu.
DAP bahaya kepada negara.
Membela Adib.
1 Mac 2020 – ….
Membentuk kerajaan Islam Melayu.
Syukur dapat jadi menteri.
Hudud perkara kecil sahaja.
Anwar Freemason alat asing.
Semua MP kerajaan dilantik ketuai GLC.
BOD Lembaga Getah ghanimah kita.
Hapuskan gambar-gambar arwah Adib.
Jangan sebut lagi Rohingya, mereka sendiri buat masalah.
Jangan banyak berpolitik ketika ujian Covid-19 ini.
Sudah dekat bulan puasa ini kita banyakkan beribadah.
Perkembangan seterusnya akan berlaku atas nama politik Islam matang sejahtera…

Muhyiddin akan sampaikan perutusan khas di TV jam 8 malam ini
Malaysiakini
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan menyampaikan peruntusan khas di televisyen pada jam 8 malam ini.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada beliau akan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau sebaliknya.
PKP yang bermula pada 18 Mac lalu telah melalui tiga fasa dan dijadual berakhir pada 28 April ini.
Kawasan tertentu diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selepas merekodkan bilangan kes Covid-19 yang tinggi.
Jumlah kes baru di seluruh negara kekal pada angka dua digit selama beberapa hari ini, dengan jumlah pesakit yang pulih juga hampir dua pertiga.
Walaupun terdapat jangkaan PKP akan dilonggarkan, pakar kesihatan memberi amaran langkah menarik balik sekatan terlalu awal boleh membawa kepada kenaikan semula jumlah jangkitan.
Lanjutan PKP akan diputuskan berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan.
Dalam tempoh PKP fasa ketiga, kerajaan perlahan-lahan memberikan pengecualian kepada beberapa sektor dan syarikat untuk beroperasi dalam usaha mengawal krisis ekonomi.
Muhyiddin dijangka membuat pengumuman itu selepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh 1 Ramadan yang dijangka bermula esok.

Khairuddin antara ‘batu api’ yang lagakan Tun M dan Anwar
AMNI JAGAT
Kenyataan Khairuddin Abu Hassan pada 21 April 2020 yang menyatakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk tidak lagi bersama PH adalah suatu yang jelas dilihat sebagai hasutan terhadap gabungan tersebut.
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor mengkritik kenyataan dikeluarkan oleh Khairuddin yang bersifat ‘batu api’ antara Tun Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Johor, Serudin Soud, Khairuddin perlu sedar ihsan yang selama ini diberikan oleh PH untuk beliau meneruskan karier sebagai ahli politik di negara ini.
“Dia (Khairuddin) siapa untuk mencatur urusan PH dan sekiranya nasihat, bukanlah dengan mengaibkan orang lain serta mempertikai soal perjuangan seseorang itu.
“Kena ingat, Khairuddin bertanding pun atas ihsan PH tidak seperti Anwar Ibrahim yang memang sedari dulu berjuang untuk menggerakkan kekuatan bagi menjatuhkan BN sebelum kehadiran dia (Khairuddin) dalam arena politik pembangkang.
“Lebih baik dia diam dari terus mengeluarkan kenyataan seperti ‘batu api’ untuk memecahkan gandingan Tun dan Anwar,” katanya ketika dihubungi.
Serudin turut menyatakan bahawa Tun Mahathir bukanlah seorang yang mentah dalam dunia politik.
Tambahnya yang membidas kenyataan Khairuddin yang seolah-olah mempergunakan orang lain bagi tujuan karier politiknya terus berlangsung.
“Kita lihat dalam kenyataan tersebut, beliau menyalahkan banyak pihak serta mengangkat diri seseorang tokoh sedang beliau sendiri tidak yakin akan kredibilitinya.
“Dalam pada itu, Khairuddin dilihat naif dalam mencatur politik sehingga menjadi orang yang kalut dalam melihat beberapa isu termasuk soal tertubuh kerajaan PN yang jelas membelakangkan suara rakyat.
“Bagaimana kita boleh mendengar suara individu sebegini yang kerjanya hanya menumpang tuah pada diri orang lain bukan pada keyakinan dirinya sendiri,” katanya lagi.

Hanya Covid-19 boleh bunuh orang Amerika seramai ini
MALAYSIA DATELINE
Negara yang paling teruk terkesan dari wabak Covid-19 adalah negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat yang kini mencatatkan kematian hampir 50,000 (46,771) dengan 1,453 kematian semalam sahaja akibat virus ini.
“Hanya wabak ini sahaja boleh membunuh orang Amerika sebegini banyak,” kata satu komen berhubung wabak yang kini menyerang seluruh dunia itu.
Sehingga kini 897, 719 rakyat Amerika sudah dikesan positif wabak ini dengan 18,975 kes dikesan semalam sahaja.
Selain Amerika, Sepanyol, Italy, Perancis, Jerman dan United Kingdom adalah negara yang paling banyak diserang wabak ini mengatasi negara asalnya iaitu China.
NEGARA ISLAM
Iran dan Turki, dua buah negara Islam kini menyertai enam buah negara Barat memotong negara China dalam penularan wabak Covid-19.
Turki mencatatkan 117 kematian akibat wabak ini semalam menjadikannya 2,376 kematian di negara maju umat Islam itu. Jumlah kes positif Covid-19 di Turki kini hampir 100,000 (98,674).
Iran pula mencatatkan 94 kematian semalam menjadikannya 5,391 kematian di negara itu.
Jumlah kes yang dikesan positif di Iran adalah 85,996 dengan 1,194 kes dikesan semalam sahaja.

AZMIN TINGGALKAN BERSATU, TUBUH PARTI BARU?
Shahbudin Husin
Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang keahliannya dalam Bersatu masih kabur dan tidak begitu jelas, dijangka akan menubuhkan sebuah parti baru pelbagai kaum tidak lama lagi.
Parti baru itu adalah untuk menaungi perjuangan beliau bersama beberapa lagi bekas Ahli Parlimen dan pemimpin PKR yang sama ada dipecat atau telah meninggalkan parti itu.
Difahamkan, Azmin ada menyuarakan hasrat tentang menubuhkan parti baru itu kepada beberapa pihak yang rapat dengannya dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk merealisasikannya.
Difahamkan asas utama Azmin mahu menubuhkan parti baru pelbagai kaum itu ialah kerana wadah sebegitu lebih sesuai dengan jiwanya yang sudah sekian lama bersama PKR.
Berbanding Bersatu yang disertainya setelah dipecat daripada PKR, beliau hanya menyertai parti itu untuk mengukuhkan kedudukan Muhyiddin Yassin dalam usaha Presiden Bersatu itu merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Lagi pula, penyertaannya dalam Bersatu hanya diumumkan oleh Muhyiddin dan tidak pernah dibincangkan sama sekali dalam mesyuarat parti.
Dengan itu, keahliannya dalam Bersatu adalah kabur dan tidak jelas, walaupun diberikan tanggungjawab sebagai menteri kanan.
Tambahan lagi, dengan pertelingkahan yang dijangka berpanjangan dalam Bersatu antara Tun Mahathir Mohamad dengan Muhyiddin, Azmin juga merasakan tidak selesa untuk beliau terkait dengan perkara secara berterusan.
Lantaran itu, menubuhkan parti baru pelbagai kaum mirip PKR adalah pilihan yang wajar baginya untuk meneruskan perjuangan politik bersama kumpulan yang setia dengannya.
Asas lain yang mendorong Azmin mahu menubuhkan parti baru ialah ketidakyakinannya mampu terus mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dipegangnya sekarang jika bertanding menggunakan tiket Bersatu.
Hakikat yang sama diperkukuhkan lagi billa mana kesemua Ahli Parlimen dalam kumpulannya seperti Zuraida Kamaruddin (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak) dan lain-lain semuanya menang pada PRU14 lalu di kerusi-kerusi campuran.
Parti pelbagai kaum itu juga bertujuan agar Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan bukan Melayu yang bersamanya dan ada kedudukan dalam kerajaan sekarang mempunyai lebih kemusabahan meneruskan perjuangan berbanding jika berada dalam Bersatu.
Maka, untuk memastikan beliau dan kumpulannya terus berpotensi menang dalam PRU akan datang, Azmin diberitakan tidak ada pilihan lain selain meninggalkan Bersatu dan menubuhkan sebuah parti baru yang mirip PKR.
Seterusnya, Azmin turut merasakan hanya dengan menubuhkan parti baru saja menjadikan beliau mungkin mampu menarik rakan-rakannya dalam PKR untuk beralih wadah perjuangan dan menyertainya.
Difahamkan ada beberapa pemimpin PKR yang sebelum ini lantang menolak Anwar Ibrahim, terutama bukan Melayu, tetapi kemudian membuat U-Turn untuk kekal dalam parti itu adalah kerana wadah yang disertai oleh Azmin ialah Bersatu iaitu sebuah parti Melayu mirip UMNO.
Begitu pun, Azmin dikatakan tidak akan tergesa-gesa menubuhkan parti baru itu dan kemungkinan ia hanya akan direalisasikan selepas berakhirnya pemilihan Bersatu atau setelah selesai episod usul undi tidak percaya yang bakal dibentangkan oleh PH bersama Tun Mahathir terhadap Muhyiddin di Parlimen. (ShahbudinHusin 22/04/2020)

Tak pernah dengar lagi data 9 dari 10 orang Islam murtad - peguam syarie
Malaysiakini
Peguam syarie Fadhlina Siddiq berkata sebagai seorang peguam sebuah majlis agama Islam negeri, beliau tidak pernah lagi mendengar "data sembilan daripada sepuluh orang Islam murtad."
"Jika dakwaan ada sokongan data, sangat bagus. Jika hanya spekulasi dan mendatangkan rasa takut dan mengganggu ketenteraman awam, maka pihak berkuasa perlu menyiasat," gesanya pada suatu hantaran di media sosial hari ini.
Beliau yang juga timbalan presiden NGO perlindungan kanak-kanak Family Empowerment (Fame), berkata urusan akidah merupakan tanggung jawab bersama institusi, badan dakwah dan umat Islam.
"Malah seluruh institusi di bawah Majlis Agama Islam akan bertungkus lumus menyelamatkan aqidah seorang muslim dengan pelbagai inisiatif.
"Ia termasuk usaha di peringkat Jabatan Mufti, NGO, bahagian mualaf dan Pusat Zakat serta Mahkamah Syariah," jelasnya.
Fadhlina yang juga bekas naib presiden (Helwa) Abim dipercayai mengulas dakwaan isu murtad yang tular di media sosial sebelum ini.
Terdahulu, anak perempuan presiden Umno, Nurulhidayah Ahmad Zahid semalam mendakwa - dan sempat tular selepas ditangkap layar - bahawa masalah murtad di negara ini begitu serius, lalu menarik perhatian warganet kerana dianggap tidak masuk akal.
Sesetengah mereka juga meminta Nurulhidayah menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya itu.
Orang salah faham
“Fakta: Tahukah anda, 9 antara 10 orang Islam telah murtad?” begitu bunyi di permulaan hantaran Nurulhidayah di Instagram yang turut ada menyentuh tentang LGBT.
Bagaimanapun hantaran tersebut tidak lagi dapat ditemukan.
Menjelaskan isu itu, Nurulhidayah memohon maaf atas hantarannya yang diakuinya mengelirukan orang ramai.
“Orang dah salah faham, sebab saya yang buat orang keliru sebenarnya,” kata Nurulhidayah lagi.
Menjelaskan lanjut, kata Nurulhidayah, meskipun perangkaan "sembilan antara 10" itu bukanlah merujuk rakyat beragama Islam di Malaysia secara keseluruhannya.
Nurulhidayah juga berkata perangkaan itu bukanlah direka-reka malah dia mempunyai penjelasan mengenai perangkaan tersebut.
Nurulhidayah dikatakan memuat naik hantaran mengenai murtad itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad, bersama suaminya.
Selain itu, dia turut memuat naik gambar pertemuan dengan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad, yang sebelum ini pernah menjadi setiausaha politik ayahnya, Ahmad Zahid Hamidi.
Hantaran itu menerima reaksi negatif kerana dikatakan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuaskan ekoran wabak Covid-19, dari 18 Mac hingga ke 28 April ini.
Nurulhidayah pada hari ini menafikan dia memadam hantaran berkaitan 'data' mengenai kadar murtad dalam kalangan orang Islam Malaysia seperti yang sebelum ini dimuat naik di Instagram.
Mendakwa ia berlaku secara automatik, Nurulhidayah berkata, memang penyedia media sosial seperti Instagram itu akan memadamkan hantaran jika menyentuh mengenai isu seperti murtad dan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

:Saya bukan ustaz, saya hanya seorang lelaki Cina yang masih belajar tentang Islam' - Ebit Lew
Malaysiakini
'Belajarlah melihat dengan cinta...'
Pendakwah bebas, Ebit Lew, membuat permohonan maaf terbuka kepada pihak yang kurang senang dengan kerja amal yang dilakukannya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya, Ebit Lew berkata dia hanya seorang lelaki Cina yang masih belajar tentang Islam dan tidak berniat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.
"Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam.
"Terima kasih semua, terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.
"Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni, maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer.
"Doakan, terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama," tulisnya.
Nama Ebit Lew bukanlah asing dengan kerja amalnya selain giat mengadakan seminar di merata tempat selama ini.
Bantu ikut kemampuan sendiri
Semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sekarang beliau terlibat secara aktif menghulurkan bantuan kepada pihak, termasuk kakitangan barisan depan serta orang ramai.
Beberapa hari lalu Ebit Lew dibayangi kontroversi selepas melawat sebuah keluarga daif di Derga, Kedah. Antara lain penduduk setempat menjadi kecaman orang luar yang menyangka mereka tidak mengendahkan keluarga terbabit.
Beberapa pihak - termasuk kerajaan Kedah dan Lembaga Zakat Kedah - kemudian tampil menjelaskan keluarga berkenaan memang menjadi penerima bantuan tetap.
Keluarga berkenaan juga sudah dipujuk supaya berpindah ke rumah baru yang disediakan namun gagal.
Kata Ebit Lew apa yang boleh dilakukan semua pihak ketika ini ialah membantu orang yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing.
"Belajarlah melihat dengan cinta, mendengar dengan cinta, melalui hidup dengan cinta.
"Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita di depan Allah nanti," katanya.
Sementara itu pengguna media sosial juga menyatakan sokongan kepada pendakwah terbabit.
Misalnya pengguna Twitter bernama @emmardhiahh yang berkongsi kisahnya dengan Ebit Lew yang juga jirannya.
“Ustaz Ebit Lew ni jiran saya. Setahun lalu, dia pernah ketuk rumah aku untuk ajak keluarga makan rumah terbuka aqiqah anak dia. Tidak pernah sangka beliau akan jadi hebat sebegini dan saya gembiranya untuknya,” ciapnya.
Sudah pindah rumah baru
Pengguna bernama @HafizRayyan turut mempertahankan kerja amal yang dilakukan oleh Ebit Lew.
“Kalau rasa tidak boleh nak bantu orang susah, dengki & busuk hati. Itu hal kau. Tapi tolong, jangan ganggu Ustaz Ebit Lew. Dia sedang berusaha membantu orang susah, jangan jatuhkan dia!” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah, Tan Kok Yew, berkata keluarga itu sebelum ini ditawarkan berpindah ke dua rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Mergong namun ditolak atas alasan tertentu.
"Pada awal tahun ini, keluarga tersebut sudah bersetuju untuk berpindah namun mereka berubah fikiran pada saat akhir dan enggan berpindah pula sehinggalah Ustaz Ebit Lew berjaya memujuk mereka berpindah," katanya.
Sementara itu, BH Online hari ini melaporkan keluarga terbabit sudah berpindah ke rumah baru dan mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew.
“Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini,” jelas kata Jamaliah Rejab.

Lobi-melobi nak jadi mufti
Wan Ji Wan Hussin
Pada saat ini, ada dua aliran pemikiran umat Islam di Malaysia yang sedang bertembung. Satu, aliran Asyairah yang didedahkan dengan pendekatan sifat 20 dalam pengajian akidah. Satu lagi aliran salafiyah yang terdedah dengan pendekatan tiga serangkai dalam pengajian yang sama.
Sama ada pendekatan sifat 20 atau tiga serangkai, semua pendekatan ini mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu mahu mengenal Allah.
Pertembungan ini bukan baru. Ia sudah lama berlaku. Cuma, perbalahan itu semakin kuat dibicarakan sekarang disebabkan isu pelantikan jawatan mufti wilayah. Selepas Dr Zulkifli Mohamad menjawat jawatan menteri agama, jawatan mufti Wilayah kosong.
Dengan itu, semua pihak menampilkan tokoh daripada aliran masing-masing. Semua pihak menampilkan tokoh mereka sebagai yang paling layak dan tokoh lain sebagai tidak layak. Lebih parah lagi, ada kempen untuk menampilkan tokoh aliran mereka dibuat.
Kerja lobi-melobi berlaku dengan begitu hebat. Bukan tersembunyi lagi. Tidak sekadar di Facebook dan Twitter, turut berlaku kempen di peringkat WhatsApp dan Telegram.
Jika kempen itu dengan cara angkat kehebatan tokoh masing-masing, mungkin ramai anggap memualkan. Manakan tidak, ia melibatkan orang-orang agama; orang yang kononnya menyeru masyarakat awam agar bertakwa kepada Allah.
Mereka dari kalangan yang sering kelihatan berkopiah, berserban dan berjubah. Mereka menyeru agar menjaga solat lima waktu, menjaga tahajud dan sebagainya.
Realitinya, apa yang berlaku lebih memualkan, malah menjijikkan. Iaitu, apabila setiap mereka sudah seperti parti politik yang sedang bertanding dalam pilihan raya kecil.
Atas alasan perlu menjaga akidah umat, setiap pihak menghina, mencemuh dan mengeluarkan video-video tokoh yang tidak disukai dengan memberikan persepsi buruk - yang semuanya tidak ada lain hanya untuk membunuh karakter tokoh.
Kalau Muslim biasa melihat pun sudah rasa jijik, bayangkan yang melihat itu adalah bukan Muslim.
Salafiah lawan Asyairah
Geng Asyairah sering menuduh orang Salafiah sebagai Wahabi. Bukan Salafiah sahaja, kadangkala yang tidak sefikrah dengan mereka pun, amat mudah dituduh Wahabi. Seseorang dari aliran Asyairah yang bertoleransi dengan Salafiah pun, kadangkala mendapat tuduhan Wahabi juga.
Bukan sekadar menuduh Wahabi, mereka membuat tuduhan juga bahawa kalangan yang berbeza dengan mereka sebagai bukan ahli al-Sunnah wa al-Jamaah (ringkas disebut Sunni).
Sebenarnya, perangai yang sama juga ada pada geng Salafiah dalam membuat tuduhan terhadap geng Asyairah. Menafikan mereka sebagai Sunni, dan ditambah pula tuduhan dengan jenama ahli bidaah.
Tuduh menuduh ini, menyebabkan setiap pihak marah. Tambahan pula, dalam perlembagaan Malaysia dinyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, manakala tafsiran ‘Islam’ dalam perlembagaan telah diperincikan menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali kelapan pada 24 dan 25 September 1984 adalah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Bermakna, menuduh sebagai bukan Sunni, bermaksud menafikan keislaman secara perundangan di Malaysia. Dengan sebab itu, tidak hairan setiap pihak marah apabila dituduh sebagai bukan Sunni.
Sebenarnya, perbalahan dua aliran ini tidak sekadar berlaku di Malaysia. Di Mesir dan Pakistan tidak kurang hebatnya. Kutuk-mengutuk, caci-mencaci, hina-menghina setiap aliran berlaku sehingga di atas mimbar Jumaat. Sekadar di meja kuliah agama, itu perkara biasa sahaja di sana.
Di Malaysia pula, fenomena percakaran umat ini semakin membiak pesat. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi kini ia semakin menjadi-jadi dan mudah kelihatan. Mungkin faktor media sosial yang terbuka – setiap pihak boleh menulis dan video ceramah guru masing-masing boleh didapati dengan mudah di media sosial seperti Facebook dan YouTube.
Pengikut bagi setiap aliran pula menganggap menyebar tulisan dan video ceramah guru itu sebagai berpahala. Percaya bahawa ini perjuangan menjaga akidah umat. Mereka sudah menjadi tentera-tentera tidak bergaji untuk melakukan serangan. Semakin hari semakin meriah. Meriah dengan prejudis dan permusuhan sesama Muslim; sesama menyembah Allah dan mengakui Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.
Ia lebih semarak, apabila sudah melibatkan kuasa seperti jawatan mufti. Apatah lagi, sudah berlaku berkali-kali bahawa apabila orang Salafiah jadi mufti, orang Asyairah dihalang dari berceramah; apabila orang Asyairah jadi mufti, orang Salafiah pula dihalang berceramah.
Jika ini realitinya, tidak hairan, melobi jawatan mufti itu berlaku.
Toleransi
Dalam ramai-ramai agamawan, terdapat segelintir mereka yang tidak mahu terjebak kepada perbalahan aliran ini. Dia mengambil pendekatan meraikan semua pihak. Dalam isu aliran Salafiah dan Asyairah, pada dia perlu dipersaudarakan seperti persaudaraan antara Aus dan Khazraj.
Namun, sikap sebegitu tidak disenangi oleh setiap pendokong aliran masing-masing. Dengan itu, Orang Asyairah menuduhnya pula sebagai Wahabi; dan orang Salafiah pula menuduh dia sebagai Asyairah. Dek kerana sikap meraikan kebebasan aliran-aliran ini, tidak kurang juga, dia dituduh sebagai liberal dan sesat.
Sepertimana kita tahu, semua negeri di Malaysia ini mempunyai mufti masing-masing. Sudah pasti, setiap negeri terikat kepada salah satu dari dua aliran berdasarkan aliran mufti mereka. Jika muftinya daripada aliran Asyairah, maka negeri itu menggunakan kuasa yang ada untuk halang agamawan dari aliran Salafiah berceramah. Demikianlah sebaliknya.
Bagi agamawan yang meraikan semua aliran ini sehingga mendapat dua tuduhan tadi, dia pula menjadi mangsa – dia dihalang berceramah di semua negeri-negeri. Ini kerana, masing-masing negeri itu, sama ada mereka dari aliran Asyairah ataupun dari aliran Salafiah.
Agamawan terbabit mengambil sifat sedemikian kerana dia tidak mahu melihat umat Islam berbalah disebabkan perbezaan pendapat. Dia mahu lihat, perbezaan sebagai lambang kebijaskanaan, bukan punca perbalahan. Dia mengambil sikap sedemikian, kerana dia mahu umat Islam ini kuat dan mampu bersaing secara sihat dengan masyarakat bukan Muslim.
Sampai bila umat Islam akan bertembung perkara sebegini?
Kita sewajarnya malu dengan orang bukan Islam yang ada ramai dari kalangan mereka (bukan semua) yang dapat meraikan kepelbagaian agama, sedangkan kita dari satu agama - sesama mengakui Allah sebagai tuhan dan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman, tetapi kita tidak dapat meraikan aliran pemikiran dan mazhab.
Perbezaan pendapat
Saya antara orang yang bersetuju bahawa perbezaan pendapat tidak dapat dielakkan. Tetapi, saya tidak bersetuju dengan anggapan perbezaan pendapat, perlu ditanggapi sebagai permusuhan dan perbalahan.
Kalau mahu dikira berbeza, antara suami dan isteri juga wujud perbezaan pendapat. Tetapi, perbezaan pendapat antara suami dan isteri, apabila ada sikap saling menghormati dan meraikan, ia tidak membawa kepada perbalahan. Demikian lah dengan perbezaan kaum, budaya dalam masyarakat.
Yang jadi berbalah bukan kerana perbezaan. Berbalah terjadi bermula dari jiwa yang suka berbalah. Jiwa berbalah itu, sama ada dengan merasakan diri kita lebih baik dari orang lain; merasakan aliran kita yang paling benar dan aliran orang lain sebagai tidak benar; merasakan aliran kita sahaja masuk ke syurga dan aliran selain kita sebagai ahli neraka; tidak bersedia belajar kebaikan dari orang lain, dan mahu orang lain perlu tunduk kepada kita.
Jiwa berbalah ini, jika wujud dalam diri pengikut pun, itu sudah susah. Bayangkan, jiwa berbalah itu wujud dalam diri agamawan. Digunakan seribu satu ayat al-Quran dan hadis untuk menghalalkan perbalahan itu.
Kadangkala terfikir, mungkin benar apa yang M Nasir sebut dalam lagu beliau bertajuk Tanya Sama Hud-hud: “Dalam kalut, ada peraturan. Peraturan cipta kekalutan.”
Ya, memang susah nak harmonikan agamawan. Kerana, mereka penentu kepada pentafsiran wahyu.
WAN JI WAN HUSSIN ialah pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre.

Apa kesannya tindakan Tun Mahathir ini?
APAKAH MUHYIDDIN AKAN PECAT MAHATHIR ATAU MAHATHIR MEMANG MAHU DIRINYA DIPECAT?
Shahbudin Husin
Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di barisan pembangkang dalam sidang Parlimen yang bermula 18 Mei depan.
Tun Mahathir menjelaskan, Bersatu kini sudah terpecah dua dan beliau yang tidak menyokong kerajaan tidak boleh duduk di barisan yang sama dengan kerajaan.
“Pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.
“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota PH,” katanya lagi.
Dengan keadaan ini, ia bukan saja meletakkan Tun Mahathir buat pertama kali duduk di barisan pembangkang di Parlimen dalam karier politiknya, tetapi juga menjadikan kedudukan Bersatu sesuatu yang unik.
Sementara Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu duduk di barisan pembangkang, sebaliknya Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu pula duduk di barisan kerajaan sebagai Perdana Menteri.
Begitu pun, oleh kerana Tun Mahathir bukan merupakan ahli mana-mana parti dalam PH, keputusannya untuk duduk di barisan pembangkang tidak akan menjadikannya sebagai Ketua Pembangkang.
Dalam hal ini, PH hampir pasti akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang.
Namun demikian, tindakan Tun Mahathir memilih untuk duduk di barisan pembangkang dipercayai akan mengundang risiko kepada kedudukan dirinya sebagai ahli dan Pengerusi Bersatu.
Sumber yang dekat dengan Bersatu memaklumkan, dengan keputusan Tun Mahathir itu bermakna beliau sudah dianggap melanggar disiplin parti di mana sebelum ini Bersatu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan PH untuk bersama-sama dengan PN membentuk kerajaan baru.
Sehubungan itu, kata sumber tersebut lagi, Lembaga Disiplin Bersatu yang dipengerusikan oleh Megat Najmuddin Megat Khas dijangka akan mencadangkan dalam waktu terdekat kepada parti agar tindakan disiplin diambil terhadap Tun Mahathir.
“Tindakannya mungkin dipecat atau digantung keahlian,” tambah sumber itu lagi.
Persoalan di sini, apakah Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Tun Mahathir akan turut memilih duduk di barisan pembangkang juga?
Jika mereka memilih duduk bersama pembangkang, bererti mereka juga mungkin akan diambil tindakan disiplin yang sama seperti Tun Mahathir iaitu sama ada dipecat atau digantung keahlian.
Dalam erti kata lain, kalau itu yang berlaku, semua mereka, termasuk Tun Mahathir dan Mukhriz akan terhalang dengan sendirinya daripada terlibat dalam pemilihan Bersatu yang dijangka diadakan selepas 30 Jun nanti.
Apakah ini bermakna Muhyiddin akan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu dan parti itu terus dikuasai sepenuhnya oleh beliau selepas ini?
Melihat situasi yang mungkin berlaku ini, apakah Tun Mahathir tidak sedar tentang risiko tindakan disiplin boleh diambil terhadapnya dengan keputusannya untuk duduk di barisan pembangkang itu?
Sebagai orang yang cukup masak dengan sepak terajang politik, bahkan juga banyak kali menang berbanding kalah dalam apa juga pergelutan kuasa sebelum ini, ternampak mustahil Tun Mahathir tidak sedar tentang risiko itu.
Jika begitu, apakah ini bermakna Tun Mahathir sengaja menunggu agar Muhyiddin mengambil sesuatu tindakan disiplin terhadapnya kerana beliau memang ada perancangan atau perangkap lain yang sedang dipasangnya terhadap Perdana Menteri?
Atau mungkinkah Tun Mahathir sekali lagi akan menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau disingkirkan daripada Bersatu? (ShahbudinHusin 21/04/2020)

Lupakan elit politik oportunis dan usul tak percaya, dampingi suara hati rakyat
AHMAD LUTFI OTHMAN
Ada rakan lama bertanya pandangan saya mengenai usul undi tidak percaya kepada perdana menteri bagi menguji legitimasi kedudukan Muhyiddin Yassin. Apakah kerajaan pintu belakang yang tertegak atas langkah pengkhianatan ini mampu bertahan sehingga tamat penggal Parlimen ini?
Kebetulan saya terlantar uzur, terbaring lesu. Bacaan saya turut terbatas, apatah lagi komunikasi dengan kawan-kawan di musim PKP ini. Hatta pergerakan dalam rumah juga terhad. Justeru, hubungan dengan sumber maklumat terputus. Saya lebih suka berimiginasi dan membuat unjuran sendiri tentang lanskap politik negara.
Saya masih terasa debaran bermula pada malam 21 Februari lalu. Selalunya, balik pusat dialisis, 12 km dari rumah, saya terus tertidur, tetapi tidak malam Jumaat itu. Saya menunggu sidang media mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menbincangkan polemik peralihan kuasa perdana menteri, daripada Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Berdasarkan lenggok badan Mahathir menjelang jam 12 tengah malam itu, saya mengesan seolah-olah ada perdebatan hangat, meskipun resolusinya menyerahkan keputusan kepada budi bicara perdana menteri. Sedari awal saya cukup tidak selesa dengan siri desakan bertali arus penyokong Anwar, termasuk bertaraf wakil rakyat PKR, dan julukan negatif yang dihamburkan kepada Mahathir. Seolah-olah sosok Mahathir ketika itu tidak jauh berbeda dengan situasi Reformasi 1998. Saya merasakan PH harus ada mekanisme tersendiri menyelesaikan konflik yang kusut itu.
Esoknya, Sabtu dan Ahad berlalu penuh damai. Saya menghadiri kenduri kahwin sepupu isteri, di Sg Yu, Tanjong Karang. Berjumpa ramai saudara-mara. Sejuk hati saya menatap sanak keluarga warga emas; teduh dan redup. Belum nampak riak situasi siyasah menjadi kacau. Adik-beradik yang selalunya minat politik pun tidak riuh mulut, bertanya itu dan ini. Cuma ada seorang dua menduga respons saya tentang gossip hubungan Mahathir-Anwar. Mereka pun bimbang kesatuan PH. Namun, tiada kerisauan yang memungkinkan mandat rakyat dimungkiri. Rasanya begitu juga di tempat-tempat lain. Tidak menyedari gerak pembelotan sedang disusun rapi.
Tengah hari Isnin, rutin saya tiga kali seminggu di pusat dialisis, Melawati. Mata terpaku di kaca televisyen dari kerusi rawatan. Pengumuman perdana menteri letak jawatan. Surat telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong jam 1 tengah hari. Pejabat Perdana Menteri mengesahkannya. Jantung saya berdebar kencang. “Petaka apa pulak ni,” saya bertanya sendirian. “Takdak angin, pokok sudah tumbang.” Pesakit di sebelah nampak seperti tertidur nyenyak. Pandangan saya menjadi agak kabur. Mungkin tekanan darah jatuh mendadak. Lazimnya menghampiri tempoh tamat cuci darah selama empat jam, bacaan berada di bawah 100, dan terasa kuat peningnya. Selang beberapa minit, dua orang sahabat baik menghantar mesej bertanyakan kesahihan. Saya membiarkan. Cuba menenangkan diri sambil mengharapkan tiada perkembangan lebih buruk.
Episod dramatik yang tercetus tengah hari 24 Februari, diawali dengan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu sehari sebelumnya — sehingga membawa parti bunga raya itu keluar daripada grand coalition PH — mengakibatkan runtuhnya kerajaan pembaharuan, disusuli permainan Langkah Sheraton dan proses menamakan perdana menteri baharu, elok saya rakamkan dalam tulisan berbeda. Saya tidak bercadang memberikan versi tersendiri kisah malang ini tetapi lebih kepada pengkisahan daripada gumpalan perasaan saya. Sekiranya proses kejatuhan regim Najib Razak pada 9 Mei 2018 saya nukilkan dalam buku Revolusi Tanpa Darah, maka tragedi kudeta yang menyedihkan itu wajar juga saya rakamkan. Ia adalah catatan penting sejarah negara, perihal pengkhianatan keji segerombolan politikus belot dibantu oportunis licik, yang meranapkan impian murni rakyat.
Detik-detik yang meresahkan itu, sehingga berakhirnya bulan Februari, mempamerkan wajah-wajah hodoh pemimpin yang tidak segan-silu memperdagangkan undi rakyat demi tembolok masing-masing. Kepentingan dan suara rakyat tidak lagi dirujuk. Sekadar permainan elit politik demi memuaskan nafsu serakah kuasa, sambil tawar-menawar habuan menjadi pesta yang riuh-dalam-senyap.
Bagi pesakit jantung kronik seperti saya, babak-babak menanti geraf sokongan menaik dan menurun cukup menyeksakan. Terasa lebih nyaman menunggu keputusan pilihan raya umum daripada berteka-teki 222 wakil rakyat memilih perdana menteri. Tiada lagi ikatan dengan suara rakyat akar umbi. Tiada lagi makna pengundi beratur bermandi peluh di tengah panas. Penghinaan ketara terhadap proses pemilihan, yang didahului kempen intensif, perdebatan dan tawaran manifesto. Ya, terasa penat-lesu sekali rakyat melalui amalan demokratik itu apabila akhirnya hanya suara segelintir kecil berkepentingan yang mencaturkan segalanya.
Saya sebenarnya mahu mengungkapkan rasa jelik dan marah; sudahlah mandat rakyat boleh dijual beli sehingga pihak yang kalah bertukar menjadi kerajaan, manakala gabungan parti yang menang berpindah ke posisi blok pembangkang, dalam sekelip mata. Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan menguji legitimasi “kerajaan tebuk atap” pada awal Mac lalu telah ditangguhkan melepasi pertengahan Mei ini. Lebih dahsyat, sidang yang akan dibuka oleh baginda Agong itu hanya berjalan selama sehari, tanpa perbahasan titah diraja, tanpa agenda lainnya, sekadar mematuhi kehendak Perlembagaan agar Parlimen tidak terbubar dengan sendiri.
Juga tiada perbahasan tentang cabaran dan implikasi pandemik Covid-19, termasuk pakej rangsangan ekonomi. Justeru, tidak timbul lagi soal legitimasi kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang dipertikai. Walaupun pelbagai upaya telah dilakukan Muhyiddin bagi mengumpulkan sokongan, termasuk membesarkan saiz Kabinet dan menambah bilangan timbalan menteri, serta mewujudkan duta-duta khas bertaraf menteri, di samping melantik semua ahli parlimen penyokong kerajaan menjadi pengerusi GLC, namun kecurigaannya belum berakhir. Beliau tetap bimbang untuk memeterai sokongan daripada minimum 112 wakil rakyat. Harapnya, masa lebih lama diperlukan untuk membeli sokongan, selain menyelesaikan konflik yang berbangkit dalam kalangan pakatan longgar Perikatan Nasional (PN).
Sesungguhnya secara peribadi, saya terasa penat dan sia-sia untuk membahaskan kemungkinan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Saya lesu memikirkan bagaimana elit politik oportunis ini galak memperdagangkan undi atau mandat yang diterima daripada rakyat dalam PRU14. Kebanyakan ahli parlimen itu menyedari betapa tingginya harga sebuah kerusi mereka. Maka bergentayanganlah broker-broker politik menawarkan rasuah, demi mengikat sokongan yang diperlukan perdana menteri. Sedangkan rakyat dan seluruh negara kini di ambang zaman pancaroba yang begitu menakutkan.
Saya teringin sekali di hujung nyawa ini, menyaksikan agar gerombolan pengkhianat itu mendapat pembalasan yang setimpal. Saya merupakan pengundi di kawasan Parlimen Ampang, bersebelahan dengan Parlimen Gombak. Kedua-dua kerusi ini diwakili oleh mereka yang menodai mandat rakyat. Azmin Ali menang di Gombak dengan majoriti lebih kurang 49,000 undi, dan majoriti Zuraida Kamaruddin di Ampang hampir 42,000. Kelebihan undi amat besar. Kadang-kadang terlintas, apa yang terdaya pengundi lakukan selepas sokongan mereka dikhianati, selain menunggu PRU15. Apakah wakil-wakil rakyat itu akan bertanding di kawasan sama?
Tiada harapan besar untuk melihat perubahan kerajaan melalui permainan licik elit politik ini. Saya juga tidak mahu lagi dirundung kekecewaan amat sangat. Meskipun kerajaan PH terdedah dengan pelbagai kelemahan, terutama dalam perang persepsi dalam kalangan masyarakat Melayu, namun saya yakin keruntuhannya hanya atas satu faktor: khianat. Proses pembetulan dan pembaharuan mungkin kelihatan perlahan dan tidak mengikut prioriti, tetapi masih dalam landasan yang betul. Kita sedang meniti fasa-fasa awal “mengutip hasil” tetapi sayangnya langkah pengkhianatan telah menghancurkannya. Apa pun rakyat akan membuat penghakiman yang adil nanti. Kita percaya akan kebijaksanaan mereka.

TAK USAHLAH MENGADA-NGADA JUMPA MENTERI DI WAKTU PKP INI
Shahbudin Husin
Suatu kecenderungan yang tidak kurang bahayanya di waktu ini ialah wujudnya sekumpulan manusia yang dengan sengaja mahu melanggar arahan PKP seolah-olah mereka adalah golongan istimewa.
Lebih malang, mereka ini rata-ratanya terdiri daripada manusia berilmu dan ada pelajaran, tetapi tidak mahu faham dengan peraturan tidak boleh keluar rumah yang ditetapkan kerajaan.
Lantaran itu, di waktu PKP ini golongan tersebut ternampak cuba menonjolkan diri dengan berjumpa menteri-menteri tertentu secara berkumpulan atau lebih daripada seorang dan kemudian memuatkan gambar-gambar pertemuan itu di laman sosial masing-masing.
Baru-baru ini, seorang pensyarah dan pemimpin UMNO serta beberapa rakan yang lain didapati mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri.
Pensyarah yang sama dengan beberapa yang lain juga kemudian mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican.
Terbaru, anak perempuan Presiden UMNO bersama suaminya turut mengadakan perjumpaan dengan Dr. Zulkifli dan seorang timbalan menteri yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya bapanya.
Untuk apa mereka berjumpa dengan menteri-menteri di musim PKP ini?
Adakah urusan mereka begitu penting sampai tidak boleh ditunda sehingga selepas berakhirnya PKP nanti?
Apakah mereka ini tidak faham peraturan duduk di rumah yang diarahkan kerajaan, malah setiap hari sama ada melalui Ismail Sabri Yaakob atau Dr. Noor Hisham Abdullah, kedua-duanya tidak pernah lupa mengingatkan agar semua orang patuh dengan PKP yang sedang dikuatkuasakan?
Atau agak-agaknya masa sekolah dulu mungkin mereka ini punya kenakalan tahap gaban dan selalu tidak dengar cakap cikgu?
Perlakuan mereka ini, lebih-lebih lagi kebengkengan anak Zahid Hamidi mencabar sesiapa membuat laporan polis terhadapnya, bukan saja mencemar nama bapanya, malah mengotorkan imej kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu memerangi Covid-19.
Bersama kelakuan beberapa pemimpih kerajaan yang tular di media sosial kerana didapati melanggar PKP seperti makan beramai-ramai, solat berjemaah, menyambut hari jadi dan macam-macam lagi, tindakan mereka juga jelas suatu ketidaksenonohan yang nyata.
Mereka ini adalah golongan oportunis berikutan kedudukan, nama yang ada dan muka yang dikenali, lalu menggunakannya untuk menikmati jalan-jalan kehidupan bebas seperti hari-hari biasa.
Dengan nama dan kedudukan yang ada, mengguna pula alasan berjumpa menteri, walaupun mungkin mereka juga melalui sekatan jalanraya, tetapi sudah tentulah kelebihan untuk mendapat pelepasan lebih terbuka kerana muka mereka lebih dikenali.
Sebagaimana mereka juga terikat dengan peraturan duduk di rumah seperti rakyat biasa yang lain, dengan nama dan muka yang dikenali itu, mereka ini sepatutnya tidak perlu mengada-ngada untuk menonjol-nonjol diri berjumpa dan bergambar dengan menteri-menteri pada waktu PKP dikuatkuasakan ini.
Duduklah di rumah seperti rakyat biasa yang lain, lebih-lebih jika perjumpaan itu hanya bertujuan melobi projek, jawatan atau maksud-maksud lain yang sejenama dengannya. (ShahbudinHusin 21/04/2020)

Rakaman video dan audio arahan politikkan bantuan Felda tersebar luas
AMNI JAGAT
Tersebar luas video dan audio perbualan antara dua individu yang menyatakan berkenaan dengan 6,000 bantuan oleh FGV kepada peneroka Felda yang didakwa telah dipolitikkan.
Rakaman video dan audio yang berdurasi 2 minit 45 saat itu telah tersebar sejak dari semalam ke talian ‘whatsapp’ dan ‘facebook’ terutamanya yang melibatkan ‘pages’ peneroka di negara ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Tenggara, Ridhuan Esa melalui kenyataan media beliau mendakwa bahawa dengan jelas penama VIP telah disebut dalam rakaman berkenaan.
Katanya, VIP tersebut seolah-olah memberi arahan untuk keutamaan bantuan yang akan diedarkan kepada senarai yang telah diberikan.
“Jelas ia menyebut pengurusan Felda, FGV serta penglibatan Menteri, Ketua Menteri sebuah negeri dan Wakil Rakyat atau Adun dalam rakaman berkenaan.
“Dalam keadaan bencana sebegini, tidak sepatutnya pengagihan bantuan dipolitikkan serta dikawal atas kuasa penjawatan tertentu.
“Warga Felda terutama generasi yang tinggal dirancangan menerima kesan yang besar kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka memerlukan bantuan berterusan sehingga PKP ini berkahir,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga generasi kedua Felda berkata audio perbualan itu telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap pengurusan serta matlamat bantuan itu disalurkan.
Tambahnya lagi, perkara ini perlu diambil tindakan segera berikutan keadaan peneroka yang memerlukan bantuan bagi penerusan kehidupan harian mereka.
“Perkara ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana ia dilihat seolah-olah ada campur tangan pihak ketiga serta penyalah gunaan kuasa dalam pengagihan bantuan oleh syarikat berkaitan kerajaan.
“Sebelum ini FGV telah mengagihkan 13000 bantuan dan hanya melibatkan peneroka di negeri Terengganu melalui Adun dan Ahli Parlimen.
“Ia dilihat seperti agihan bantuan dipolitikkan pada wakil rakyat dan bantuan kepada setiap negeri sepatutnya diagih oleh Felda sebagai agensi yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

‘Double standard’ tahanan PKP undang kecaman
AMNI JAGAT
Tindakan untuk memilih bulu atau ‘double standard’ dalam operasi penahanan pesalah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak.
Antara yang memberi kecaman adalah Exco Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor, Mohd Azam Mektar yang berkata, perkara itu seperti mewujudkan jurang dalam perlaksanaan undang-undang di negara ini.
“Semalam tersebar pula teks tulisan Nurul Hidayah anak Presiden Umno dalam media sosial yang mencabar pihak yang mengkritiknya atas dakwaan beliau dan suaminya melanggar PKP.
“Sebelum ini terdapat gambar yang membabitkan Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Pendidikan negeri Perak yang makan bersama membelakangkan PKP tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
“Namun pengkritik (Azlan Ishak) dari Iskandar Puteri, Johor pula yang dijemput oleh pihak polis di rumahnya serta diambil kenyataan kerana tindakan beliau mengkritik Timbalan Menteri dan Exco tersebut.
“Perkara ini bercanggah sedangkan dalam ucapan Menteri Pertahanan menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang terlepas dari dikenakan tindakan sewaktu PKP ini berlangsung tidak wujud sama sekali kerana berlakunya keadaan pilih bulu seperti ini,” katanya di media sosial miliknya.
Beliau yang juga merupakan Exco Pemuda AMANAH Nasional berkata, perkara itu membuatkan rakyat hidup dalam kekeliruan apabila berlakunya keadaan tersebut.
Katanya lagi, rakyat sedang memerhati tindakan yang dilakukan oleh pemimpin di negara ini sebagai ikutan mereka.
“Rakyat masih ternanti-nanti mahu melihat perkembangan pihak polis dalam menjalankan tugas mereka mendakwa sesiapa saja yang terbabit dalam melanggar undang-undang PKP ini.
“Semua senario ini diikuti secara rapat oleh rakyat dan mereka membuat perbandingan atas perlaksanaan undang-undang ini untuk mereka pertimbangkan.
“Sekarang kerajaan dilihat gagal menguatkuasakan undang-undang secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat sehingga ada yang bercakap soal yang pemimpin terus menjadi penguasa kebal serta rakyat menjadi mangsa tertindas,” katanya lagi.
Tambahnya, sebagai sebuah kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan Melayu Islam seharusnya ia memperlihatkan keadilan untuk semua bukan bersikap pilih bulu.

Apa makna harga minyak mentah kontrak hadapan WTI jatuh bawah AS$0
Reuters
Diterbitkan 40 minit lepas
Dikemaskini 36 minit lepas
A
+
A
-
Harga setong minyak mentah berdasarkan penanda aras Amerika Syarikat (AS) merudum jatuh ke bawah paras harga AS$0 setong buat pertama kali dalam sejarah.
Ia memberi petanda membimbangkan, bahawa berlakunya lebihan bekalan bahan tenaga api di seluruh dunia yang tidak pernah terjadi sebelum ini, gara-gara Covid-19 yang menyekat aktiviti ekonomi dan perjalanan.
Penanda aras untuk harga minyak mentah AS adalah berdasarkan kontrak niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate crude, atau WTI.
Pada Isnin, ia kelihatan seperti berikut:
Kejatuhan teruk harga minyak WTI yang menjadi penanda aras pasaran AS menyebabkan maklum balas hebat melangkaui kaunter dagangan di kontrak niaga hadapan.
Ini penjelasan tentang apakah makna harga minyak mentah negatif kepada dunia nyata:
Apa maksud harga negatif ke hadapan?
Harga setong minyak mentah berbeza-beza, bergantung pada faktor bekalan, permintaan dan kualiti. Bekalan bahan api jauh melangkaui permintaan sejak Covid-19 memaksa berbilion orang berhenti membuat perjalanan.
Kerana lebihan bekalan, tangki-tangki simpanan untuk WTI menjadi penuh, dan ruang penyimpanan minyak sukar didapatkan.
Pentadbiran Maklumat Tenaga AS pada minggu lepas berkata bahawa penyimpanan di Cushing, Oklahoma, yang merupakan pusat jaringan saluran paip AS sudah mencapai kapasiti 72 peratus, setakat 10 April.
“Sudah tak ada tempat penyimpanan lagi, jadi harga komoditi itu menjadi tidak bernilai,” kata Bob Yawger, pengarah kontrak pasaran hadapan Mizuho di New York.
“Jadi apabila (harganya) negatif satu dolar, (bermakna) mereka akan bayar kamu satu dolar untuk membawa (minyak) itu keluar (dari stok).”
Harga minyak jatuh menjunam sebahagiannya disebabkan cara minyak didagangkan. Kontrak niaga hadapan adalah untuk 1,000 tong minyak mentah, dihantar ke hab minyak di Cushing, di mana syarikat-syarikat tenaga memiliki tangki-tangki simpanan dengan kapasiti kira-kira 76 juta tong minyak.
Setiap kontrak dagangan adalah untuk sebulan, dengan kontrak Mei sepatutnya luput pada Selasa (hari ini). Pelabur yang memegang kontrak Mei tidak mahu mengambil penghantaran minyak dan menanggung kos penyimpanan, lalu akhirnya, mereka terpaksa membayar pihak lain untuk mengambilnya daripada pegangan mereka.
Kontrak Jun, yang penghantarannya masih berbaki sebulan, didagangkan pada harga lebih AS$20 setong, tetapi kejatuhan harga menunjukkan bahawa kebanyakan ruang penyimpanan telah digunakan.
Apa maknanya kepada pengguna, orang ramai?
Kejatuhan harga pasaran kontrak niaga hadapan minyak mentah di Cushing, Oklamaha tidak semestinya bermaksud harga di stesen minyak juga akan jatuh, kata Tom Kloza, penganalisis veteran di Perkhidmatan Maklumat Harga Minyak.
“Saya fikir, ia lebih kepada perkara-perkara melibatkan pengetahuan pihak dalam industri (inside baseball) sahaja,” kata Kloza.
“Kita akan terus melihat harga gasolin, diesel dan bahan api kapal terbang menjadi lebih rendah menjelang Mei, tapi jangan jangka minyak akan diberikan (percuma) atau harga akan setanding kejatuhan dasyat yang julung-julung kali kita lihat (di padaran kontrak niaga hadapan) seperti hari ini,” katanya lagi.
Jelasnya, dengan harga minyak lebih rendah baru-baru ini, sesebuah keluarga rakyat Amerika Syarikat yang tipikal akan dapat menjimatkan kira-kira AS$150 hingga AS$175 untuk bulan ini dalam pembelian bahan api minyak mereka.
Apa maksudnya pula kepada syarikat penerbangan?
Untuk syarikat penerbangan yang kesempitan wang, penurunan harga minyak mentah membolehkan mereka beroperasi pada kos lebih murah, dalam keadaan penerbangan sedia ada pun hampir kosong kerana orang hanya tinggal di rumah gara-gara Covid-19.
Kejatuhan harga minyak mentah pasaran niaga hadapan turut menandakan bahawa syarikat penerbangan dijangkakan tidak menambah semula lebih banyak jaringan penerbangan mereka yang telah dikurangkan, kata pengalisis firma pelaburan Raymond James, Savanthi Synth.
Bagaimana pula dengan lonjakan semula ekonomi?
Sementara pelabur dan penganalisis bersusah payah meneliti aspek teknikal dalam pasaran minyak yang menyumbang kejatuhan harga, pihak lain pula cuba menggariskan apa kesannya terhadap ekonomi.
Sebanyak 30 juta tong minyak setiap hari - yang berjumlah 30 peratus permintaan dunia telah diletakkan ke pusat simpanan di seluruh dunia dalam masa dua ke tiga bulan lalu.
Kalau pun permintaan nanti kembali ke tahap sebelum wabak Covid-19, ia akan mengambil masa yang lama untuk menggunakan semua minyak mentah dalam simpanan itu.
“Apa pesanan pasaran tenaga kepada kamu sekarang adalah, permintaan tak akan kembali dalam masa terdekat, dan bahawa terdapatnya lebihan bekalan,” kata Kevin Flanagan, ketua strategi pendapatan tetap untuk Wisdomtree Asset Management, di New York.
Harga kontrak minyak mentah untuk Jun turut menjunam pada Isnin, jatuh sebanyak 18.4 peratus menjadi AS$20.43 setong.
Itu memberikan pandangan lebih diyakini mengenai bagaimana pedagang pasaran kontrak hadapan melihat permintaan pengguna terhadap tenaga, untuk masa depan yang terdekat ini.
Ia bukan di bawah kosong, tetapi ia sedang menjunam dengan pantas.
(Berdasarkan tukaran terkini, AS$1 = RM4.39)
-Reuters

Langgan:
Catatan (Atom)