"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kasihan : TOK GURU NIK AZIZ Tiada Sokongan Lagi?

Blog mutaligat.blogspot.com
"Pas hilang sokongan" atau "Makan malam bersama TG Nik Aziz kena Pulau"..

Itulah yang akan keluar dalam blog pencacai Umno Haprak kalau puak-puak Syaitan yang dikenali ini dapat gambar paling atas sekali beb...sudah pasti gegak gempita di alam maya UmnoBn menceritakan sokongan semakin kurang terhadap TG Nik Aziz.

Yang penting bagi puak-puak syaitan yang dikenali ini bagi mereka " Fitnah Dulu bayar kemudian.."

Gambar Ini adalah jamuan makan malam PAS Nogori Sembilan bersama TG Dato' Nik Aziz,sambutan diluar dugaan dengan semua meja yang ditaja habis di jual,yang hadir pula dari pelbagai kaum..malah masih ada yang menunggu di luar untuk berjumpa TG Dato' Nik Aziz..Tahniah Pas Nogori 9..Ucapkan kepada AC Mizal dan Umno Nogori 9..engko boleh Jalannnnnnn....Betulkah Tuan Guru telah hilang sokongan.

Lihat gambar di atas nyonya, aso dan auntie pun ramai yang hadir ..........

Sumber : Bus Man
Photo: fb Kak Leha

Bukit Setiawangsa: Banglo Jamaludin Jarjis danZulhasnan Rafique mungkin diroboh

Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh
Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan giat dijalankan di Puncak Setiawangsa di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Dua banglo, masing-masing milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa berkemungkinan akan diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata, sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang
berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. 
-Bernama-

TOP 5 : Menteri paling pemalas tahun 2012?

Amenoworld
Hari neh last day of 2012.
Macam tak percaya pun ada. Sebegini cepat masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam je masuk tahun baru 2012. Tahu2 jek hari neh dah nak masuk 2013. Cepat gile. Orang kata semakin mendekati kiamat, semakin cepat masa berlalu. Yeke? Aku pun tak sure benda neh betul ke tak. Hehe.

Tahu kah anda sebagai rakyat, ini la masa untuk kita memberikan penilaian mengenai menteri2 kita? Kita ada hak itu kerana kita rakyat yang mereka jaga. Bila kita dapati mereka gagal menjaga dan mentadbir negara dengan betul, kita layak mengadili mereka. Tanpa larangan. Of course.

Untuk tahun 2012, berikut adalah 5 menteri paling tah hapa2 PRESTASI dorang. Yang sebenarnya aku nak cakap bangang dan bodoh. Tetapi kerana aku harapkan menteri2 tersebut baca artikel neh maka aku gunakan perkataan tak buat kerja. At least takde la mereka jauh ahti dengan aku lepas baca penilaian aku terhadap mereka.

Pehhhh

kah kah kah

Tempat kelima dan keempat.

Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim
Tahun 2012 memang tahun terburuk Jamil Khir. Dia kantoi skandal penyelewengan wang zakat. Prestasi dia sebagai menteri agama sangat teruk. Dia juga mempolitikkan masjid. Tetapi dia juga individu yang bising cakap dalam masjid tak boleh berpolitik.

Jangan bohong !

Bagi mereka yang mendengar khutbah jumaat di masjid negara dan masjid putrajaya sangat2 tahu banyak kali khutbah2 tersebut diselitkan unsur2 politik yang mencela pemikiran pembangkang. Bahkan majlis fatwa, JAKIM dan kementerian digunakan untuk mengatakan apa2 yang berkaitan pembangkang ialah salah, haram, sesat dan berdosa.

Ini ka peranan menteri agama? Hello Mashitah dan Jamil Khir.

Kalau korang ada otak, ada akal, sebelum korang marah pembangkang baik korang pergi hapuskan majalah mangga. Lepas tue korang wujudkan peraturan khas untuk artis2 muslim malaysia.

Bahkan korang akan sound tv3 agar jangan keterlaluan dalam menjaja hiburan. Silap2 korang akan tahan Aznil Haji Nawawi sebab tak henti2 suruh budak menyanyi. Mungkin juga korang akan denda Awie disebabkan kelab malam dan araknya.

Itu yang korang kena jaga dan tumpu. Bukan pasal politik pembangkang. Apakah peranan menteri agama sebenarnya? Untuk mengatakan apa2 yang bn buat ialah betul dan pr salah?


Owh kalau gitu, tak payah susah2 jadi menteri. Cukup la jadi seorang penyokong tegar. Tugas yang begitu mudah itu tak perlukan sesiapa untuk jadi menteri.

Tapi bila dah jadi menteri, pegang perkara2 yang berkaitan agama, kena jaga perkara2 yang berkaitan akidah dan ditugaskan untuk menjaga kebajikan umat islam, maka sila la bertindak sepertimana nama tugas anda.

Apa? Lebih baik fitnah PAS dan PR dalam kolum khas di sinar harian. Atau bodek Najib 24jam? Itu jek kemampuan terbaik ko Mashitah Ibrahim?

Kesian ko, jadi menteri untuk buat kerja2 seperti neh. Ini skop kerja2 seorang menteri yang bertanggungjawab jaga agama kah? Ini kah masalah terbesar umat islam di Malaysia? Tumpukan seluruh perhatian kepada PAS semata2? So hanya PAS je yang perlu diberikan perhatian? Jadi kenapa tak tukar nama JAWATAN kepada menteri yang menjaga hal ehwal PAS?

Sudah la Jamil Khir kantoi kerana menggunakan duit zakat untuk bayar kos guaman, lepas tue kata umat islam yang suka meminta [yang miskin/terdesak] ialah tamak dan boros? Gila. Yang meminta itu pun tak hingin nak meminta.

Tapi kerana mereka dah layak diberikan bantuan, maka bagi je la. Ini ketetapan dan hukum Allah swt. Allah swt tak bising ko pula melebih2. Rujuk sini.

Lepas tue nak salahkan orang kristian sedangkan pusat zakat yang membiokrasikan bantuan zakat di Malaysia. Sudah la. Kalau hidup menyusahkan orang, lebih baik mati. At least korang berdua tak menyusahkan orang yang hidup. Oke tak cadangan aku?

Baca selanjutnya di sini

Jakim yang melatah dijolok umno dah jadi jakun

Dr Dzulkefly Ahmad

1. Amat mengejutkan mengapa tiba-tiba Jakim saja bangkitkan hal 'Amanat Haji Hadi'. Mengigau ke Jakim ni?

2. Tak perlu orang macam saya pulak kena peringat orang dalam Jakim termasuk menteri agamanya..bahawa "Al-Ijtihad La Yanqudhu bi al-Ijtihad"..Sesuatu Ijtihad tidak boleh terbatal atau dipadam dengan ijtihad yang lain. Sifat ijtihad ialah 'Maudhu'iy' dan 'Waqi'iy'.. dihasilkan di dalam sesuatu realiti sosio-politik dan kehendak-tuntutan zaman (masa) dan makan (tempat).

3. Lantas menyuruh sesuatu itu ditarik balik adalah menafikan wujud sesuatu realiti dan kehendak yang menuntut 'amanat' itu diterbitkan sedemikian sifat tiga dekad yang lalu!

4. Samalah seperti tidak menyelami perhitungan mengapa wujudnya perbezaan Qaul Qadim (Ijtihad Lama) dan Qaul Jadid (Baru) Imam As Syafi'e di zaman Baghdad dan Mesir atas qadhiah atau maudhu (subjek-kes) yang sama.

5. Wajar bagi Jakim menumpu tugas-salahiyat utamanya mengurus penayaan Islam sekaligus nendepani kebejatan agama-moral ummat akibat pegangan agama secara longgar dan sesetengahnya emosi-jahil-ekstreme-melulu tanpa memahami Maqasid serta Tujuan di sebalik Syariat Islam.

6. Jakim mesti mengekalkan sifatnya yang tidak berpihak dan tidak jugak gelojoh menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu atas desakan penguasa politik kalau tidak mahu terus kehilangan wibawa dan integriti.

7. Sebaiknya Jakim mewujudkan wacana ilmiah dan menghimpunkan seluruh tenaga ilmuan agama pelbagai bidang bagi memahami dan mendamaikan qadhiyyah atau isu secara tuntas dan bertanggungjawab. Jakim tidak wajar menjadi alat penguasa politik dalam memudaratkan kemurnian fahaman Islam dan hubungan baik antara agama.

8. Tuan Guru Haji Hadi tentunya mesti diundang sama membentang mengapa beliau terpanggil untuk menerbitkan 'Amanat' setegas dan sekeras itu bagi nenangani waqi' dan realiti ummat yang dilingkungi pemikiran penguasa politik dengan kebejatan fahaman sekularisme 'politik suku agama suku' dan pengkesampingan Islam dalam tadbir-urus serta pemerintahan negara.

9. Meskipun merujuk kepada sebuah parti Melayu yang dibincangkan ketika itu, namun Tuan Guru Haji Hadi tidak sebut pun nama parti itu dalam apa yang dikatakan amanatnya itu.

Jakim jangan melatah lah!

Panas!! Dr. Asri Larang Beli Buku Rosmah Mansor

Addin

Setelah tweet Dr. Asri sindir Ustaz Fathul Bari (baca sini), kini Dr. Asri bidas pula isteri kesayangan Najib, Rosmah Mansor. Dr. Asri bidas berkenaan buku biografi Rosmah Mansor yang menjawab isu-isu berkenaan diri Rosmah Mansor.

Buku biografi tersebut berkisar menjawab kononnya dikatakan fitnah terhadap Rosmah Mansor.

Sekiranya, Rosmah Mansor beria mengatakan tersebut adalah fitnah pada dirinya sepatutnya Rosmah samalah sesiapa yang membuat tuduhan tersebut.

Bukannya terbitkan buku ini yang ternyata tidak akan di baca oleh penyokong Pakatan Rakyat. Baca ulasan pedas Dr. Asri berkenaan buku Rosmah Mansor..
Setuju pandangan Dr. Asri.. memang satu pembaziran apabila beli buku yang tidak pasti kebenarannya.

Bungalo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique antara yang terlibat dalam insiden

Anak Sungai Derhaka
Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit Setiawangsa yang runtuh baru-baru ini.
Dan ada sumber mendakwa kebanyakkan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu adalah milik Pemimpin-pemimpin UMNO.
Antaranya ialah

Antaranya ialah bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bekas ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.
Rumah Zulhasnan Rafique (kiri)
Selain itu Pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri juga tinggal di Taman Puncak Setiawangsa itu.

Bagaimanapun menurut Jamaludin Jarjis beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu. baca di (SINI)

Haa.. korang tengok betapa hebatnya pemimpin UMNO tinggal diatas puncak bukit, dalam Bungalo, nak jumpa pun susah pasal nak kena daki bukit..

Tapi yang bermati-matian mempertahankan mereka dan mengambil upah RM30 untuk memaki hamun pemimpin Pakatan Rakyat hanya tinggal di flat saja.. sedangkan Lembu yang diternak suami Sharizat pun tinggal di kondo.. ha..ha..ha..

Kenapa runtuh agaknya??

Baca laporan lebih lengkap di sini (Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno)

Bapa saudara saya bukan penyokong tegar PAS di Pulau Bahagia

Mohammad Faizal Che Yusof
MUSIM menjelang pilihanraya merupakan musim individu-individu yang dikatakan tegar menyokong PAS menyerahkan boring menyertai UMNO.

Di mana saja pemimpin utama Negara berkunjung, maka berlakulah penyerahan boring yang dikatakan secara besar-besaran

Tidak ketinggalan kunjungan TPM ke Pulau Bahagia dalam DUN Manir, Terengganu semalam turut mengulangi agendan tradisi pemimpin UMNO iaitu menerima borang keahlian.

Pelbagai kisah diangkat termasuklah penyerahan boring keahlian tersebut dilakukan oleh penyokong selama ini tegar bersama PAS.

Dalam keghairahan itulah, kadangkala sering terjadi pimpinan utama UMNO diperdaya oleh juak-juak mereka sendiri.

Apa yang terjadi di Pulau Bahagia kelmarin satu lagi contoh bagaimana mudahnya TPM diperdaya oleh pembodek yang berada di sekelilingnya.

Kemasukan lebih dari 300 orang ke dalam UMNO yang salah seorangnya dikatakan penyokong tegar UMNO terus diulangi. Penyokong tegar UMNO tersebut ialah Hassan Tahir yang dilaporkan secara meluas oleh media-media nasional.

Sebagai mengambil tanggungjawab keluarga dan mendokong gerakan Islam melalui PAS, saya menegaskan bahawa Hassan Tahir yang dilaporkan bukanlah seorang penyokong tegar PAS seperti dilaporkan.

Saya adalah anak saudara kandung kepada Hassan Tahir. Bapa saudara saya bukanlah seorang penyokong tegar kepada PAS selama ini.

Meskipun datuk saya dan bapa kepada Hassan Tahir iaini Che Tahir Che Muda adalah pendokong PAS yang dikenali seluruh DUN Manir dan lebih mesra di dipanggil dengan gelaran tokki A, ia tidak diikuti oleh bapa saudara saya, Hassan Tahir. Beliau tidak pernah terlibat secara aktif dan konsisten dalam aktiviti penyokong PAS.

Keluarga tokki A sememangnya diketahui merupakan kelompok pendokong dan penyokong PAS yang dikenali seluruh DUN Manir terutamanya di kampong Pulau Bahagia. Penyerahan borang oleh Hassan Tahir sebagaimana dilaporkan sedikit pun tidak menjejaskan sokongan dan dokongan keluarga tokki A kepada perjuangan Islam oleh PAS.

Apa yang boleh saya simpulkan, hasrat dan harapan TPM agar keluarga tokki A berganjak dari menyokong perjuangan PAS kepada perjuangan sempit UMNO bagi memenangkan clon UMNO di DUN Manir adalah sia-sia. Saya berpandangan beliau hanyalah diberi maklumat salah oleh penasihat-penasihat yang berkepentingan di sekelilingnya. - 9 Safar 1434H.

Lagi keanehan banjir Kemaman 2012

senik

Assalamualaikum,,.. Hari ini barulah penulis berkesempatan keluar ke bandar Chukai melalui laluan balai bomba yang terjejas teruk akibat banjir. Senario ketika berada di depan balai bomba memang agak aneh kerana dari jauh terdampar bot penyelamat bomba yang boleh dilihat dengan jelas oleh semua pengguna jalanraya yang menggunakan laluan tersebut.

Aneh kerana ketika banjir kelibat bot ini langsung tidak kelihatan. kenapa? Penulis mengeloh melihat bot tersebut tetapi lebih memeranjatkan lagi apabila anak bongsu penulis menyampuk dengan berkata semalam (malam semalam) ketika mengikuti ayah saudaranya menghantar emak saudaranya pulang ke Ibok, dia melihat ahli bomba dan penyelamat menyiapkan botnya di tepi jalan tetapi bot itu tidak bergerak (bahasa anak anak).

Selepas ditanya, akhirnya penulis faham maksud anak bongsu itu, pasukan bomba dan penyelamat sedang bersiap sedia di kawasan taman Desa Solehah, Mak Chili yang sedang dinaiki air, tetapi tidaklah ke paras berlakunya banjir. Pelik bin Ajaib, berjaga jaga di tempat yang masih belum berlaku banjir dan akhirnya tidak banjirpun, sedangkan di kawasan bandar, pejabat bomba sendiri turut dinaiki air tetapi tiada kelibat bot bomba kelihatan, apakah bot bot bomba itu turut dialihkan ke tempat selamat?

Satu lagi keanehan yang penulis terlupa melapurkan dalam artikal terdahulu ialah kehadiran beberapa buah kenderaan pacuan empat roda dengan terpacak bendera BN di belakangnya pada keesokan hari banjir tersebut meronda seolah olah mahu menyelamat mangsa sedangkan semua mangsa sudah berada di pusat pemindahan atau ditempat yang selamat. Apa kejadah kenderaan pacuan empat roda mengibarkan bendera BN ini sedangkan ketika mangsa memerlukannya sebuah harampun tidak kelihatan?

Begitu juga kesungguhan JKK mahu mendaftar mangsa banjir untuk diberi bantuan, hari ini lebih kurang pukul 2.30pm, penulis menerima sms dari wakil penduduk taman meminta penulis hadir ke dewan serbaguna untuk mendaftar pada waktu itu kerana menurutnya pendaftaran sedang berjalan. Begitu juga jiran penulis ada memberitahu perkara yang sama kerana menurutnya malam semalam ada JKK datang tetapi penulis tiada di rumah.

Seperti yang penulis tegaskan sebelum ini, penulis tidak memerlukan apa apa bantuan kewangan sebaliknya memerlukan bantuan tenaga (tetapi sekarang sudah tidak perlu), jadi penulis ignore ajerlah peringatan itu.

Apa yang penulis nak kemukakan di sini ialah tentang keanehan bantuan tersebut. JKK semacam diarah mendaftar semua mangsa dan yang lebih pelik, semua tanggungan mangsa juga perlu didaftarkan. Untuk apa tanggungan sedangkan yang lebih penting ialah kerosakan dan kerugian. Kenapa tidak diminta mangsa melapurkan kerosakan dan kerugian serta kenapa tidak diberi jaminan kerajaan akan membayar gantirugi ke atas semua kerosakan dan kerugian itu, Jadi mangsa perlu diminta melapurkan semua kerugian itu.

Lagipun kalau kerajaan boleh menenggelamkan wang rakyat sebanyak RM300 juta di Stadium yang roboh, kenapa tidak boleh membayar semua kerugian rakyat akibat banjir ini?

Ikhlaskah kerajaan? atau mungkin benar apa yang penulis kata dulu, kerajaan mahu membunuh rakyat? sambil mahu menunjukkan kebaikannya dengan membahagikan RM500.00 (itu ajerlah yang kerajaan mampu macam BR1M). Kalau memang kerajaan mahu membunuh rakyat, kerajaan sudah berjaya, berlaku satu kematian di Bandar Baru Bukit Mentok (rakyat dipersalahkan kerana enggan berpindah sedangkan tiada kemudahan untuk berpindah disediakan) dan dua di Pasir Gajah (sekali lagi rakyat dipersalahkan kerana membiarkan anak anak bermain air banjir di longkang besar sedangkan tiada pengawasan kerajaan).

Dalam umno kalau mahu hudud macam dia ni, jawabnya kena tendang

Harakahdaily
JOHOR BHARU: Nama Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (gambar) dikatakan bakal hilang dari senarai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut sumber, ia berikutan cadangan beliau agar kerajaan melaksanakan Hudud bagi menghadapi jenayah yang kian meningkat di Johor sekarang.

Menurut sumber, nama beliau telah hilang dari senarai nama-nama calon Umno sebagaimana yang dikemukakan oleh Ketua Umno bahagian beliau yang juga anggota Parlimen Sekijang.

Puncanya ialah sifat Ayub Rahmat yang dikatakan suka melawan arus anutan politik yang dibawa oleh pucuk pimpinan Umno peringkat negeri Johor maupun pusat.

"Jika sebelum ini gegak gempita satu dunia pasal menyokong hudud, terbaru gelagat dan perangai beliau yang memacakkan billboard menyeru wanita umat Islam (Muslimah) jaga aurat dikawasan DUN nya di Kemelah.
(Banner yang dinaikkan Adun Kemelah yang mengajak muslimah menutup aurat ini tidak disenangi Umno)
Kempen tutup aurat anjuran beliau ini diberitakan tidak mendapat restu dan kurang disenangi oleh pucuk pimpinan Umno Bahagian dan Negeri, kata sumber itu.

Jika benarlah akan maklumat ini maka sahlah dalam Umno, pemimpin yang mau membawa imej dan mesej Islam tidak akan mendapat tempat.

Terhot! 'Banner tahap IQ paling rendah' Penyokong BN menyanggah qada dan qadar

http://kachipemas.blogspot.com,
 
'Banner Tahap IQ Paling Rendah' yang tiba-tiba muncul ketika banjir di Kelantan Darul Naim baru-baru ni. Mungkin baru timbul setelah lama tenggelam akibat 'masuk air' dalam kepala.
PM dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan dan melihat mangsa banjir..bezanya PM melalui udara dan Tuan Guru...melalui bot dan meranduk air banjir...

p/s : Tak mahu tuduh sape-sape.. Biarlah anda yang menilai!

“Anak saya minat Lady Gaga, ustaz!”

 HASRIZAL
“Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya.

Ia persoalan yang berat.

Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu.

Kepala saya ligat berfikir.

Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa kali saya terima daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak di kampung halaman sendiri.

Di Malaysia.

“Saya tiada jawapan mudah untuk soalan puan. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang persoalan itu remeh sedangkan persoalannya sangat besar” saya berkongsi pandangan.

Satu perkara yang boleh kita analogikan, apabila seorang pesakit sentiasa mengeluh tentang tidurnya yang tidak lena, banyak berdengkur, diabetis yang tidak sembuh, celah peha dijangkiti kulat dan badan sentiasa penat, semua masalah itu serius dan mengganggu saban hari. Namun apakah semua itu masalah sebenar, atau segalanya datang daripada masalah yang lebih mendasar?

Inilah yang membawa perbincangan kami malam tadi kepada kerangka Surah al-Kahf.

Surah al-Kahf memahamkan kepada kita bahawa manusia bertindak tanduk, tidak secara rawak (random). Keputusan-keputusan harian kita, merupakan jelmaan perisian dalaman diri yang menjadi sasaran serangan Dajjal, dan Surah al-Kahf pula melindungi perisian itu daripada serangan tersebut.
Apabila kita memberikan anak-anak pendidikan agama, iceberg ini boleh membantu kita membuat penilaian sejauh manakah anak-anak malah diri kita sendiri telah berjaya ‘beragama’.

Jika ritual yang menjadi penilaian, ritual mungkin berlegar hanya pada tip of the iceberg.

Namun kita perlu bertanya, adakah anak kita mempercayai sesuatu dengan cara percaya Islam?

Apa aqidahnya?

Bagaimanakah cara anak kita berfikir dan melihat? Adakah mereka memandang dengan pandangan Islam? Adakah mereka memandang kehidupan ini dengan pandangan hidup Islam?

Apakah sistem nilai mereka? Adakah mereka menilai baik dan buruk, penting dan tidak penting, berharga dan tidak berharga, berasaskan kepada nilai Islam?

Ini adalah di antara beberapa persoalan dasar yang boleh ibu bapa jadikan ia sebagai asas untuk memantau perkembangan proses beragama anak-anak.

“Anak saya minat benar dengan Lady Gaga!” kata seorang ibu dalam salah sebuah program yang pernah saya kendalikan.

“Minat lagu atau menjadikan Lady Gaga sebagai idola?” saya cuba mendapatkan kepastian.

“Lady Gaga itu menjadi inspirasinya!” kata ibu berkenaan. Gelisah.

Biar pun si ibu dan anaknya sama-sama beraqidah Islam, tetapi ada missing link antara aqidah mereka dengan cara mereka memandang kehidupan. Lady Gaga itu entahlah apa agamanya, tetapi cara pandang hidupnya, ialah pada melihat setiap manusia memiliki dirinya sendiri dan berhak menentukan apa yang baik dan buruk untuk dirinya, dan manusia lain perlu menghormatinya, biar seganjil mana pun ia.

Hakikatnya itu bukan pandangan hidup Islam.

Bagaimana seorang anak Muslim, yang diajar Aqidah Islam, boleh memiliki pandangan hidup yang bertentangan dengan Islam? Lalu seterusnya berpegang dengan sistem nilai yang jauh daripada Islam?

Mungkin Aqidah yang dipelajari, dipelajari secara random dan tidak akhirnya berumusan. Sedangkan dalam semua-semua topik Aqidah kita, sepatutnya ia berakhir dengan kejayaan menjawab tiga soalan utama iaitu:
Siapa aku?
Siapa Allah?
Apakah makna kehidupan ini?

Jawapan kepada tiga soalan itulah yang membentuk cara pandang dan cara fikir Islam.

Aku hamba Allah.
Allah Tuhan dan Penciptaku.
Hidup ini adalah kehambaanku kepada Allah.

Maka pandangan hidup kita akan menjadi pandangan hidup Islam.

Lalu apa yang penting di sisi Islam, pentinglah di sisi kita.

Apa yang utama di dalam Islam, utamalah di sisi kita.

Solat.

Tudung.

Batas-batas pergaulan.

Mungkin masih culas kerana gangguan nafsu, tetapi tidak lagi berbentuk mempersoalkan.

Pokoknya, mendidik anak-anak di era Dajjal ini tidak cukup sekadar melunaskan tuntutan tip of the iceberg.

Kita perlu mendasar.

Ke dalam.

Dan bertuahlah ibu bapa yang ada upaya berbual dengan anak-anak, kerana perbualan ini menyinarkan harapan untuk persoalan ini dikongsi oleh guru pertama dan guru terbaik anak-anak kita.


Ibu dan bapa!

TUJUH BUAH FIKIRAN

Ibu bapa perlu membezakan di antara masalah yang kelihatan dengan masalah yang sebenar. Masalah anak-anak seperti tudung, solat, pergaulan bebas, perlu dinilai apakah ia masalah yang sebenar atau ia merupakan simptom kepada satu masalah lain yang lebih mendasar.
Manusia tidak bertindak tanduk secara random. Perbuatan manusia mempunyai mekanisme yang jika difahami, boleh membantu kita mengenal pasti mengapa masalah-masalah yang kelihatan itu timbul.
Surah al-Kahf memberikan kerangka bahawa perbuatan manusia adalah hasil daripada
Sistem kepercayaan
Sistem fikir dan lihat (pandangan hidup)
Sistem nilai
Pendidikan agama mesti dicerakinkan kepada elemen-elemen yang membentuk kepercayaan, cara pandang dan fikir, serta cara menilai.
Ibu boleh boleh menilai, semasa anak membuat pilihan (misalnya pakaian), adalah pilihannya merupakan pilihan yang mencerminkan kepercayaan dan pandangan hidup Islam, atau bagaimana?
Perbualan tentang Islam bersama anak-anak boleh dipecahkan kepada elemen-elemen itu tadi, seperti:
“jom kita berdoa, Allah pasti membantu” (kepercayaan)
“kita kena berusaha sebaik mungkin, kemudian baru bertawakkal (kepercayaan)
“kami ibu bapa kamu, tetapi Allah Tuhan kami dan kami. Kita semua hamba Allah” (kepercayaan)
“apa tujuan kita ke sekolah?” (pandangan hidup)
“Kenapa dalam peperiksaan kita mesti yakin dengan usaha sendiri dan tidak meniru?” (pandangan hidup)
“Mengapa kita sambut Aidiladha dan Aidilfitri, kita tidak sambut Krismas?” (pandangan hidup)
“Duit kita, elok kita gunakan sebaik mungkin, tetapi 2.5%, kita asingkan untuk sumbangan” (sistem nilai)
“Jom kita solat dahulu. Cuci kereta yang ayah minta tolong tu kita buat kemudian” (sistem nilai)
“Kalau kawan suka, Allah tak suka, kita pun tidak bahagia. Utamakan Allah suka. Mama pun suka” (sistem nilai)
Sekali lagi, upaya komunikasi yang efektif antara ibu bapa dan anak, akan banyak membantu proses pendidikan berlangsung dengan sebaiknya.

HASRIZAL
LUCAN, DUBLIN

Sifat panas baran boleh panjangkan umur

MELUAHKAN kemarahan didakwa boleh menyihatkan jiwa serta memanjangkan usia.
TIDAK perlu ragu untuk melepaskan kemarahan dan emosi negatif yang bersarang dalam hati anda kerana tabiat tersebut bukan sahaja menyihatkan jiwa malah berupaya memanjangkan umur sehingga dua tahun.

Itu kesimpulan daripada penyelidikan psikologi yang dijalankan di Universiti Jena, Jerman baru-baru ini.

Menurut kaji selidik itu, tabiat orang Itali dan Sepanyol yang mudah marah dikatakan menjadi punca mengapa mereka mempunyai jangka hayat dua tahun lebih panjang berbanding warga Britain yang lebih tenang dan suka memendam.

Penyelidik terbabit, Marcus Mund dan Kristian Mitte mendapati, memendam perasaan dan menahan diri daripada meluahkan kemarahan boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.

“Selepas mengkaji lebih daripada 6,000 pesakit, kami dapati orang yang memaksa diri untuk tenang sebenarnya akan lebih menderita.

“Jika tabiat ini dibiar berlarutan, keadaan tersebut boleh meningkatkan tekanan darah dan meletakkan diri mereka untuk berdepan dengan risiko penyakit jantung, kanser, gangguan ginjal dan sebagainya,” lapor Mund seperti yang dimuatkan dalam Jurnal Kesihatan Psikologi.

Tambahnya, golongan yang dikenali sebagai pemendam ini boleh dibezakan melalui cara mereka menyembunyikan rasa marah dan takut serta perlakuan yang lebih bersikap mempertahankan diri.

“Golongan pemendam perasaan suka menghindari risiko dan mencari kaedah untuk mengendalikan kemampuan diri dalam lingkungan yang boleh menjadikannya selesa.

“Bagaimanapun, cuba bersikap tenang dan bijak mengawal emosi bukanlah suatu tabiat yang buruk secara keseluruhannya. Walaupun golongan ini lebih mudah mendapat penyakit, mereka lebih cepat bangkit dan pulih kerana mempunyai motivasi dan disiplin diri yang tinggi,” kata Mund.

Masalah Deepak Terkait Kepada Zahid Hamidi?

Mohd Sayuti Omar
Baru sekejap saya menerima kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung dengan penjual saham milik Deepak atas arahan Kementerian Pertahanan. Melalui kenyataan ini Rafizi semacam ada membayangkan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam isu Deepak. Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan berkenaan:

DAKWAAN DEEPAK ADA ASAS, WANG RAKYAT DISALAHGUNA UNTUK MENUTUP MULUT DEEPAK

Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti. Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato’ Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);

2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;

3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’ Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;

4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;

5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);

6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.

KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

29 DISEMBER 2012

Chua Akui BN Nak Lingkup

Blog anaksengat.blogspot.com

Chua Seks Leks sekali lagi mendedahkan kebimbangan dan kerisauan pemimpin BN tentang kehilangan kuasa yang dipertahankan selama ini. Bermula dengan seruan Najib supaya Bn mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun hinggalah rentetan kerisauan pemimpin Bn yang lain.

Chua tidak menyatakan secara terang kebimbangan tersebut, namun ia dapat dibaca dari kenyataan terhadap pesaing beliau Ong Tee Kiat. 



kenyataaan Chua itu dapat dilihat sebagai satu luahan kebimbangan terhadap nasib Bn dalam pilihanraya 13 akan datang. Walaupun beliau menggunakan istilah JIKA parlimen digantung, itu menunjukkan ketidakyakinan beliau terhadap masa depan BN... takkan tak paham lagi kut

Cara elak Pasword WiFi Dari dicuri

www.omar.my
Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ini Internet telah menjadi salah satu keperluan. Boleh dikatakan dimana-mana juga terdapat Internet bahkan awal tahun 2012 ini kita dapat lihat DBKL mewajibkan setiap restoran menyediakan kemudahan ini. Sebelum itu, aku nak tanya, sekiranya korang menggunakan perkhidmatan WiFi atau jalur lebar, berapa bil ISP korang setiap bulan? Apa perasaan sekiranya WiFi korang diceroboh?

Marah dan sakit hati kan. Seperti yang kita semua tahu, kemudahan Internet tanpa wayar tidak terhad di dalam sesebuah premis sahaja dan boleh memasuki kawasan lain. Korang mengeluarkan RM 149 untuk pakej Unifi 5Mbps tapi jiran korang menceroboh atau curi WiFi dan menggunakan dengan percuma malahan sampai korang sendiri jadi perlahan. Bengang jugak la kan?
Malah, di KL ini sendiri kalau korang nak beli outdoor antena yang boleh tarik WiFi seperti SignalKing, Sinmax dan sebagainya, harganya sekitar RM 100 dah dapat bersama aplikasi seperti Beini dan Reiver. Itu belum lagi tutorial yang banyak di Internet.

Dalam artikel ini, aku akan kongsikan beberapa langkah mudah dan asas untuk menyelamatkan WiFi dari dicuri. Oleh yang demikian, jika korang membaca artikel ini semasa sedang bersarapan, silalah tambah kopi atau teh tarik kerana artikel ini sedikit panjang.

WEP atau WPA?
Dalam perkhidmatan keselamatan, terdapat beberapa jenis algorithma yang digunakan seperti WEP, DES, VPN dan juga WPA. Memandangkan ini adalah blog, aku tidak akan menerangkan dengan teknikal. Cukuplah sekadar korang tau jika hari ini, sekiranya korang mengguna WEP, ianya boleh dianggap sebagai korang melakukan amal jariah melalui WiFi. Ini kerana dengan menggunakan beberapa perisian yang aku sebutkan diatas, si pencuri mampu mendapatkan kata laluan WiFi milik korang dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Bagi mereka yang kurang faham dengan istilah WEP, bayangkan korang tinggal di kawasan berskala merah iaitu kejadian rompakan semakin berleluasa. Disebabkan takut rumah korang dimasuki pencuri, korang mengunci rumah menggunakan sebiji mangga sahaja, itupun mangga murah. Apa akan jadi sekiranya pencuri memecahkan mangga tersebut? Memang jadi Ali Baba lah, penuh satu lori diorang angkut.

Tapi jika WPA, bayangkan korang mangga rumah korang, memasang jeriji besi, penggera automatik dan meletakkan pengawal keselamatan? Agak mustahil bukan untuk rumah korang menjadi sasaran pencuri. Melainkan ianya human-error.

Jadi, dari analogi yang aku berikan. Jangan, jangan dan jangan menggunakan WEP. Kalau korang tengah guna, sila tukar kepada WPA2-PSK, tukar nama SSID dan password korang.

Harap korang faham dan sebaik-baiknya menggunakan WPA2-PSK. Pelanggan UniFi, tak perlu bimbang kerana korang dah memang guna WPA2-PSK.

Peka terhadap senarai DHCP

Mengaku Ahli PAS, Bawa Bendera PAS Tapi Wajah Tetap Sama Dan Berbau Lembu

WFAUZDIN NS
framesMAKA, diusunglah bendera-bendera PAS oleh lembu-lembu berserban yang mengaku ahli-ahli PAS di P.Pinang membantah permohonan Lim Guan Eng untuk menggunakan nama "Allah' di dalam kitab Kristian terjemahan Melayu itu.
Tebal mana pun serban mereka, jika sudah lembu semua kenal dengan bau lembu.

TV3 suku yang memang tugasnya mencari bangkai apa pun akan berselera dengan bangkai yang ditawarkan. Apa masalahnya dengan isu Kalimah Allah? Bukankah di P.Pinang di bawah Lim Guang Eng sekarang ini terdapat larangan penggunaan Kalimah Allah yang telah diwartakan? Jadi, apa yang lembu--lembu takut sangat?

Lim Guan Eng di dalam Konvensyen DAP baru-baru hanya menyuarakan kehendak penganut agama Kristian sahaja. Ertikata lain, Lim Guan Eng 'mohon' sahaja. Beliau tidak memaksa atau mengugut jauh sekali untuk menentang. Apabila Lim Guan Eng memohon, maka siapakah yang berkuasa menentukan permohonannya itu? Tidak salah untuk sesiapa jua memohon, tetapi perlu akur jika keputusan sudah dibuat.

Sekarang ini, ada negeri yang sudah diwartakan larangan penggunaan Kalimah Allah digunakan di dalam kitab Kristian, ada negeri yang belum wartakan. Pendirian saya sama seperti pendirian PAS iaitu Kalimah Allah hanya untuk agama Islam sahaja. Tetapi, mana-mana penganut agama lain boleh bertanya atau memohon apa yang mereka perlukan tetapi pemerintah mesti buat keputusan yang mana mereka mesti patuhi keputuisan tersebut.

Demontrasi lembu-lembu yang mengaku PAS itu satu demontrasi yang menunjukkan bekunya hati mereka. Kononnya ahli PAS tetapi semenjak dari dulu wajah yang sama juga muncul sebagai pencacai murahan. /http://wfauzdin.blogspot.com/

Zahid Hamidi Guna Duit LTAT Cuba tutup Mulut Deepak?

AFIX REDZUAN  
Rafizi Deepak 01PETALING JAYA, 29 DIS: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa penggunaan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bernilai RM160 juta dibuat semata-mata ingin menutup mulut ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishen berhubung pendedahan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramanian.

Beliau menyatakan, urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Najib Razak.

“Urusniaga ini dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Bousted Holdings Berhad, milik LTAT,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat PKR hari ini.

Keraguan timbul memandangkan urusniaga ini tida menepati garis panduan pelaburan baik kerana berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak pernah memfailkan penyata kewangan dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM20 juta.

Mengikut rekod SSM juga, syarikat ini juga dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House.

Jelasnya, Zahid Hamidi perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan baik dibuat oleh Wira Bakti Development Sdn Bhd kerana melibatkan kepentingan anggota tentera, memandangkan modal dan aktiviti Boustead Holdings berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji mereka yang disalurkan melalui LTAT.

“Nilaian RM30 juta bagi 80 peratus saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Bousted Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukannya pelaburan komersil.

“Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset kerana masih belum dipindahmilik selain tidak menggunakan penilaian bebas,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi Bousted Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberikan alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead iaitu Jendela Nikmat Sdn Bhd di kawasan Bukit Raja, Klang.

“Semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilik kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005.

“Ini bermakna, tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings dinilai sekitar RM390,000 seekar berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayuar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik,” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Rafizi akan meneliti semula semua pembayaran dibuat Deepak kepada pihak tertentu yang mempunyai kaitan kepada Najib Razak memandangkan dakwaan sebelum itu ada kreadibiliti dan kebenarannya.

Datuk Seri Zahid Hamidi pada 30 November 2012 mengumumkan kepada media untuk menjawab dakwaan Deepak terhadap Najib Razak semasa Perhimpunan Agung Umno namun beliau gagal berbuat demikian keesokkan harinya.