"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Politik "Dajjal" di Hulu Selangor

tok pepijat
Antara tanda-tanda besar Kiamat ialah keluarnya Dajjal. Politik Dajjal ialah sesiapa yang ikut dan taat perintahnya"selamat" dan akan mendapat "bantuan segera"seperti langit menurunkan hujan, bumi menumbuhkan tumbuhan subur dan ternakan menjadi gemuk-gemuk.

Manakala warga penduduk yang mengingkari perintah Dajjal maka
"merana" dan "derita"lah jawabnya. Bumi warga itu akan kering kontang dan kemarau.

Begitulah "berkuasa"nya Dajjal pada masa itu sebelum Nabi Isa membunuhnya.

Persoalannya adakah politik ala Dajjal ini muncul di Hulu Selangor kini dan seluruh tempat dimana wujudnya Pilihanraya Kecil (PRK) atau pilihanraya kecil (PRU)?

Hari ini, di Hulu Selangor PM Najib begitu "ringan" mulut menawarkan"juta-juta" RM untuk sesiapa yang undi BN. Bantuan RM 3 juta jika penduduk Hulu Selangor undi BN.

Itu belum campur lagi dengan "berguni-guni" janji dari mulut pemimpin BN yang lain seperti Muhyiddin dan Menteri Kabinet yang lain.

Jika BN kalah di Hulu Selangor bermakna tiadalah bantuan buat penduduknya.

Ingat warga Hulu Selangor jika BN kalah!...."Kering kontang dan kemarau" lah bumi Hulu Selangor!

Adakah suatu kebetulan dikala Dajjal diikuti oleh 70,000 Yahudi ketika itu manakala UMNO pula sedang ikat janji dengan APCO?

Atau perkhabaran dari Hadis Rasulullah bahawa Dajjal itu punya SATU mata manakala di Hulu Selangor sedang sohor dengan SATU Malaysia . Satu kebetulan ke?

http://tokpepijat.blogspot.com/

Pungutan suara: Zaid dahului calon BN, 12 peratus tak pasti

Syed Mu’az Syed Putra dan Lee Suet Ling

HULU SELANGOR, 24 April: Selepas kempen lapan hari, Datuk Zaid Ibrahim dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

Pungutan suara kendalian The Malaysian Insider di Hulu Selangor menunjukkan Zaid berada di depan dengan 49 peratus sokongan berbanding lawannya P. Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).

Populariti Kamalanathan di kalangan pengundi adalah dalam lingkungan 40 peratus.

Kira-kira 11 peratus pengundi kelihatan masih belum membuat keputusan dengan menjawab soalan “tidak pasti.”

Kadar populariti itu diperoleh apabila responden ditanya siapakah calon pilihan mereka apabila keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor esok.

Hasil tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Zaid memperoleh 70 peratus undi sementara Kamalanathan pula 30 peratus.

Di DUN Kuala Kubu Baru, Zaid memperoleh 45 peratus sementara Kamalanathan pula 30 peratus sementara 25 peratus lagi masih belum membuat keputusan.

Sementara di Hulu Bernam pula, pengundi memilih Kamalanathan dengan 55 peratus undi manakala Zaid 35 undi dan selebihnya masih belum membuat keputusan.

The Malaysian Insider mendapati pengundi Cina (14 peratus) dan India (12 peratus) cenderung untuk memilih Zaid berbanding pengundi Melayu (23 peratus).

Sementara itu, Kamalanathan lebih digemari pengundi Melayu apabila 27 peratus memilih beliau untuk memenangi pilihan raya ini sementara pengundi Cina sebanyak lima peratus dan pengundi India sebanyak lapan peratus.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor itu mempunyai 64,500 pengundi dengan terdiri daripada DUN Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Tinjauan dilakukan hari ini ketika pemimpin-pemimpin kanan BN dan Pakatan Rakyat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkerja keras menemui pengundi awal pagi ini sehingga tengah malam ini.

Daripada sejumlah pengundi yang ditemui di kesemua kerusi DUN dalam Parlimen Hulu Selangor membabitkan komposisi kaum, seramai 85 peratus pernah mengundi pada pilihan raya umum 2008.

Seratus peratus responden berkata mereka akan keluar mengundi esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan keluar mengundi 80 peratus.

Ini pilihan raya kecil pertama di Selangor sejak MaC 2008.

The Malaysian Insider menjalankan kajian rawak ini ketika muncul pelbagai pandangan bahawa BN dan Pakatan Rakyat masing-masing akan menang.

Ada yang meletakkan 52 peratus untuk BN dan ada juga meletakkan 53 peratus untuk calon Pakatan Rakyat.

Ketika ditanya secara individu mengapa mereka sesebuah parti dan calon, pengundi di DUN Batang Kali Rosli Nawawi, 58, berkata: “Saya sebenarnya tidak kisah untuk pilih siapa yang penting calon itu adalah orang Melayu.”

“Jadi sekarang saya akan memberikan sokongan kepada PKR kerana selain faktor calon itu Melayu saya lihat beliau mempunyai potensi untuk menjadi wakil rakyat yang berwibawa,” katanya.

Seorang lagi calon, Shamsuddin Salleh, 70 pula memberitahu, “saya lihat Kamalanathan mempunyai aura yang begitu tinggi sekali kerana beliau seorang anak muda yang bersemangat.”

“Beliau juga seorang yang berpendidikan tinggi serta berkebolehan bercakap dengan baik dalam bahasa Melayu.

“Tidak salah sekiranya beliau diberikan satu peluang untuk membuktikan bahawa beliau mampu membawa perubahan kepada Hulu Selangor,” katanya.

Selvan Nagapan, 35, juga dari Batang Kali berkata, “sudah tentu saya akan memberikan sokongan kepada PKR kerana parti itu telah banyak membantu pengundi-pengundi di sini.”

“Walaupun baru dua tahun memerintah tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka juga mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Pengundi Parabha Hoiti, 60, juga dari Batang Kali pula memberitahu, sebelum ini dia memang sokong BN tapi kini saya akan menyokong PKR pula kerana mereka lebih peka dengan masalah rakyat berbanding BN.”

Dalam pada itu, pengundi di DUN Kuala Kubu Baru, Lechuman Mariapan, 50, yang akan mengundi kali ketiga berkata, “bagi saya sebagai rakyat sudah menjadi kewajiban untuk mengundi bagi memilih calon yang akan mewakili rakyat.

“Oleh itu, saya memberikan sokongan PKR kerana sepanjang dua tahun memerintah Selangor banyak perubahan telah dilakukan.

“Jadi apa salahnya sekiranya memberikan satu lagi peluang kepada mereka,” katanya.

Ahchoon, 48, juga dari kawasan yang sama memberitahu, “dulu saya sokong BN tapi kini PKR kerana yakin dengan kepimpinan PKR yang dapat menyelesaikan masalah rakyat selain membawa perubahan besar.”

Ganesan Muhisamy, 54, berpendapat, “sepanjang dua tahun memerintah Selangor, PKR telah banyak membantu masalah rakyat selain banyak perubahan dilakukan.”

“Saya melihat calon PKR adalah seorang individu yang boleh buat kerja selain peka dengan masalah rakyat,” katanya.

Pun begitu, Wong Swee Choy, 48, mempunyai pandangan yang berlainan.

“Saya berfikiran ringkas, saya pilih pemimpin yang dapat member bantuan kepada kita.

“Dulu saya ahli PKR, tetapi disebabkan saya tidak diberi layanan yang baik ke atas usaha yang saya sumbangkan, saya keluarlah parti.

“Sekarang, saya sokong BN sebab saya terima bantuan mereka dan mereka memberi elaun bulanan kepada saya,” katanya.

Salah seorang pengundi di Hulu Bernam, Abdullah Mahmud, 73, berkata, “saya sudah lama sokong BN dan sudah pasti akan mengundi untuk mereka esok.”

“Lagipun calon yang dipilih memang bagus dan juga berpendidikan tinggi,” katanya.

Rosnani Sarip, 38, memberitahu, “sejak dulu saya memang sokong BN kerana mereka telah lakukan banyak perubahan kepada rakyat dan negara.

“PKR masih baru dan saya lihat mereka tidak berkemampuan untuk memimpin negara berbanding BN,” katanya.

Seorang pengundi muda, Nurul Salwa Ibrahim, 28, akan memberi peluang kepada PKR untuk membuktikan bahawa mereka mampu membawa satu perubahan yang besar kepada rakyat.

“Selain itu, sejak memerintah dua tahun lalu PKR telah melakukan banyak perkara untuk rakyat,” katanya.

-malaysianinsider-

65 Buah Bas Dikenalpasti Bawa Pengundi Hantu

Faizal Ezzany

ULU BERNAM 24 Apr
: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa mengesahkan pihaknya telah mengesan 65 buah bas yang telah disewa dan dipercayai akan digunakan untuk membawa pengundi hantu.

Beliau menjelaskan Umno-Barisan Nasional akan menggunakan taktik kotor pada pilihan raya kali ini seperti yang sebelumnya bagi memastikan kemenangan mereka.

"Kita telah mengenalpasti terdapat 65 buah bas telah di sewa yang akan digunakan pada pilihan raya kecil kali ini.

"Kita jangkakan mereka akan menggunakan bas tersebut untuk mengangkut pengundi hantu untuk dihantar ketempat mengundi bagi memberi sokongan kepada mereka," jelasnya.

Fariz juga mengarahkan semua petugas agar membuat pemantauan jika adanya kehadiran bas yang mempunyai mencurigakan.

"Saya mengarahkan petugas yang membuat pemantauan ini melaporkan segera kepada bilik gerakan sekiranya terdapat bas yang mencurigakan memasuki kawasan Hulu Selangor ini dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

"Kita hanya memantau pergerakan kenderaan yang mencurigakan dan belum merancangkan apa-apa tindakan lagi terhadap kenderaan yang tersebut. Setakat ini kita mengenaipasti sebuah Harrier bernombor 4545 berwarna hitam berada di Kuala Kubu Baharu yang dilihat telah mengedar risalah berunsur sabotaj.

"Disaat-saat akhir ini Umno akan menggunakan pelbagai dan pendekatan untuk menimnbulkan suasana yang tegang agar pengundi takut unuk kelaur mengundi esok. Kita akan terus menantau pergerakkan kenderaan yang mencurigakan ini dan tindakan akan diambil jika didapati penglibatan mereka menyalahi undang-undang," sambung Fariz lagi.

suara-keadilan

Mengundi: Ingat darah, air mata rakyat Palestin

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 24 April:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.

"Sebelum mengundi, ingatlah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan APCO Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi sebagai tempat memohon petunjuk, iaitu konsultan komunikasi mereka.

"Jangan khianati darah dan air mata rakyat Palestin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, ahli lembaga APCO juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal siasat.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutu dengan APCO, iaitu Asero Worldwide.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan di Malaysia, iaitu tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk.

"Saya amat berharap para pengundi Hulu Selangor tidak memberikan undi kepada BN pimpinan Najib yang menjadikan APCO yang dikuasai Yahudi zionis sebagai tempat memohon petunjuk," kata Mahfuz.

Menurut beliau, Naib Presiden Kanan APCO Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Ahli lembaga APCO yang lain termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Zentrum: Pakatan terus mendahului BN

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Jika semalam Ilham Centre dalam
kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

Keputusan
kajianyang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.

Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.

Pemuda sokong Pakatan


Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

Sementara itu, semakan dengan Zentrum Future Studies Malaysia, mendapati Pakatan terus mendahului BN apabila mereka tiba di penghujung kempen.

Berikut statistik yang diberikan.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

-malaysiakini-

Nik Aziz terus gempur kubu Umno

Tidak seperti dijangka, kehadiran menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat kurang berjaya merancakkan sokongan masyarakat Melayu di Hulu Selangor terhadap calon PKR.

Hanya sekitar 400 orang hadir ketika Nik Abdul Aziz merasmikan program Konvensyen Anak Felda di rancangan Felda Sungai Tengi hari ini.

Beliau juga hadir untuk menyelamatkan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR daripada serangan berbentuk peribadi yang dilancarkan BN hinggalah ke saat akhir kempen hari ini.

Program hari ini, yang menyediakan pentas ucapan kepada Nik Abdul Aziz, berkenaan diuar-uarkan sebagai satu saluran untuk menarik sehingga enam peratus lagi sokongan daripada golongan pengundi muda di kawasan tersebut.

Tinjauan Malaysiakini ke atas beberapa orang pengundi bagaimanapun menunjukkan Nik Abdul Aziz gagal memainkan peranan itu.

Pengamatan
Malaysiakinimenunjukkan, Nik Abdul Aziz turut mengupas isu pengambilan arak dan judi, seperti yang didakwa ke atas Zaid oleh BN.

Namun, beliau dilihat lebih berusaha untuk 'menyelamatkan' PAS daripada dikaitkan dengan isu tersebut.

Katanya, tidak ada masalah untuk Pakatan Rakyat bergabung atas dasar persefahaman ideologi.

Sebelum ini PAS menjangkakan akan meraih sehingga 60 peratus undi daripada kawasan majoriti Melayu ini.

Kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan dalam pilihan raya kecil kali ini untuk meraih 66.4 peratus pengundi Melayu daripada keseluruhan kira-kira 17,400 orang pengundi.

Dua DUN lain dalam kawasan parlimen Hulu Bernam mempunyai 30.4 pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu dan 58.5 peratus di Batang Kali.

Namun kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan utama kerana didiami golongan peneroka di empat kawasan rancangan Felda.

Pemilihan Zaid yang dikenali dengan buku "
Saya juga Melayu" itu bagaimanapun mungkin memberi kelebihan kepada PKR.

Beberapa poster dan kain rentang yang dikesan di kawasan ini menunjukkan sebahagian daripada pengundi Melayu akan mengundi berdasarkan pilihan kaum.
-malaysiakini-

Kempen sengit di Hulu S'gor

Sepanjang lapan hari kempen pilihan raya kecil, calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN P Kamalanathan telah ditimbang, diukur, dibandingkan dan menjelang esok, nasib kedua-dua mereka akan ditentukan oleh penduduk Hulu Selangor.

Setelah diasak dengan pelbagai maklumat, dakwaan yang sesetengahnya bersifat tohmahan dan dipujuk rayu dengan pelbagai janji serta sogokan wang, hadiah dan sebagai sejak seminggu lalu, esok, lebih 65,000 pengundi dari pekan kecil ini akan diberi peluang untuk menyatakan pilihan mereka untuk mewakili Hulu Selangor di Dewan Rakyat.

Setip satu undi merupakan pemberat yang boleh merundung neraca ke mana-mana calon di dalam pertimbangan untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Lumrahnya, pada
setiap kali pilihan raya, kedua-dua BN dan juga Pakatan tidak boleh mengaku sebagai pihak yang tak berdosa. Kedua-dua pihak dilihat melakukan taktik mentaliti ahli parlimren dunia ketiga.

Sebelum tarikh penamaan calon lagi, kedua-dua pihak mula merangka strategi dan disusuli dengan tembakan tepat sinis, ledakan isu serta letupan kesumat unjuran kempen. Semuanya, semata-mata untuk memancing undi.

Bibit-bibit pertama tohmahan adalah serangan peribadi. Kedua-dua belah 'memukul' calon pihak lawan dengan pelbagai tohmahan yang mengaibkan.

Peribadi Zaid diserang, diconteng dengan cerita “arak” dan “judi”, manakala Kamalanathan dituduh “keturunan sedarah Samy Vellu”, “memiliki ijazah palsu”, “berasal-usul kuli estet” dan “pengundi hantu Sg. Siput”.

Jika mengikut cerita BN, Kamalanathan adalah “bersih dan peramah” manakala Zaid dilabelkan sebagai “sombong dan jijik”. Tetapi Pakatan menyangkal dakwaan itu dan berhujah bahawa Zaid telah “bertaubat” tetapi sebaliknya mendakwa Kamalanathan adalah calon yang “penuh dengan keraguan”.

Seterusnya muncul pula janji-janji manis yang ditaburkan, pelbagai kenduri, majlis makan diaturkan serta hadiah-hadiah yang turun dari langit. Semuanya adalah “anugerah” dari kerajaan persekutuan yang dikawal BN serta negeri Selangor yang dikuasai Pakatan.

Geran tanah yang sekian lama tergendala mengunjung secara tiba-tiba, projek pembangunan terbengkalai sejak bertahun-tahun lalu yang tidak diambil peduli - diberi tumpuan khas, malahan wang peruntukan yang kering kembali mengalir deras.

Tiada ceruk yang tidak dilawati, manakala BN dan Pakatan masing-masing mendekati segenap pelusuk dan pinggir mencari permasalahan rakyat untuk dijuarai. Dari kamgpung Orang Asli ke penempatan Felda, hingga ke pelusuk tanah dan kampung terpencil.

Sepertimana di dalam semua pilihanraya, Hulu Selangor juga, melihat pengundi menadah tangan meraut keuntungan.
-malaysiakini-

Kekecohan di Felda Sg. Tengi

Nazri Abdullah
HULU SELANGOR, 24 April:
Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan satu lagi kekecohan berlaku membabitkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Ianya berlaku kira-kira jam 5.45 petang tadi di jalan berhadapan Dataran Felda Sg. Tengi, iaitu tempat berlangsungnya Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali ke-2.

Insiden tercetus apabila sekumpulan 20 pasukan konvoi bermotosikal Barisan Nasional melalui jalan tersebut dengan membuat provokasi dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga menggaggu majlis himpunan yang diadakan.

Ianya menimbulkan kemarahan penyokong pakatan rakyat dan peserta himpunan yang pada waktu itu sedang mendengar pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hak pemilikan tanah peneroka.

Ekoran itu, ada di antara mereka mendekati pemuda BN tersebut dan mengarahkan mereka beredar dengan segera bagi mengelakkan kekecohan.

Namun seperti ada yang tidak berpuas hati dengan arahan itu, berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbulkan suasana kelam kabut.

Sekurang-kurangnya dua buah motosikal yang dinaiki mereka dilihat terbalik dan sedikit pergaduhan kecil juga berlaku.

Insiden lebih kurang 5 minit itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis tidak lama kemudian.

Kejadian itu berlaku pada kali ke enam kumpulan motosikal tersebut ulang alik melalui jalan yang sama.

Hulu Selangor: Pesanan Terakhir..!!

setisab
Kepada semua pemilih dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ingat pesanan ini:

Walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel.

Kalau anda cintai agama dan sayangi negara, umno dan Barisan Nasional wajib dihancurkan...!!! Mereka adalah agent Yahudi yang nyata...!!

Kalau Yahudi Israel zalim terhadap umat Islam Palestin, Umno/BN terutama presidennya lebih kejam dan zalim daripada Zionis harami..

“Kita bersetuju untuk membayar RM160,000 seekar, akan dibayar bila tanah dibangunkan... pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada pangkuan Barisan Nasional,” kata Najib pada majlis khas di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini hari ini.

Lihatlah betapa zalimnya seorang perdana menteri sunggup membuat ugutan terhadap rakyatnya sendiri..? Apakah sekiranya rakyat tidak menyokongnya maka berbillion wang rakyat itu akan disonglapkan untuk agihan para kroni mereka..??

Wahai pengundi Hulu Selangor, saya ulangi pesanan... walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel. Perlu diingat, lawatan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika dan pertemuan dengan presiden Obama adalah terjemahan kepada sokongan Umno/BN kepada perjuangan YAHUDI..!!!

HULU SELANGOR, 23 April — Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan masalah 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di sini, yang berlarutan lebih satu dekad, dengan syarat Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga Pengerusi BN memberi janji ini kira-kira lima jam selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengambil alih tanah bekas penempatan Felda ini untuk dibangunkan dan membantu peneroka-peneroka terbabit.

Khalid memberikan tempoh tiga bulan kepada pemaju berkenaan untuk tampil dengan pelan pembangunan tanpa mengabaikan kepentingan bekas peneroka terbabit.

Kedua-dua Najib dan Khalid berada di kawasan bekas Felda Sungai Buaya ini ketika tinggal dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Daerah mengundi Sungai Buaya menjanjikan 1,700 undi manakala daerah mengundi Bandar Sungai Buaya pula sekitar 550 undi.

Isu ini telah menjadi tuntutan pilihan raya umum 2004 dan 2008 ketika kerajaan negeri masih berada dalam penguasaan BN.

MARA tipu pelatih kejururawatan

MDEWA
Saya waris kepada seorang pelatih Kolej Kejururawatan MARA Kelantan ingin maklumkan bahawa seramai 30 pelatih kolej tersebut yang sepatutnya menjalani praktikal di Ulu Klang telah ditipu oleh pihak tertentu untuk dibawa ke Hulu Selangor untuk tujuan........

Pelatih tersebut yang ditukarkan tempat praktikal mereka dari Manik Urai secara tergesa-gesa ke Ulu Kelang . Mereka bertolak ke sana Hari Jumaat dan bermalam di sebuah hotel. Pagi tadi semasa bersiap untuk lapor diri mereka baru diberi tahu bahawa mereka akan dibawa ke Hulu Selangor untuk program khidmat masyarakat, budak-budak ini kena tipu idup-idup dek pihak terbabit.

Pihak tuan diharap selidik sikit hal ini.

Yaakob Percaya Ada Usaha Putar Belit Isu Pokok YBK

Tindakan Yayasan Basmi Kemiskinan dan Permodalan YBK Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan exco Selangor, Yaakob Sapari adalah untuk mengelak dari kepincangan yang didedahkan kerajaan negeri.

Mengulas tindak-tanduk YBK yang dilihat tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuat oleh kerajaan negeri, yayasan itu nampaknya cuba mengalih perhatian umum dengan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar dan exconya.

“Itu maknanya dia hendak lari daripada apa yang kita minta. Jangan nak pusing-pusinglah. YBK jangan hendak pusing-pusing. Kalau hendak telus masukkan exco dalam lembaga. Kenapa itu enggan? soal yaakob.

Yaakob Sapari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan YBK membawa isu ini ke mahkamah hakikatnya akan membongkar lebih banyak kepincangan yang dilakukan yayasan itu.

“Isu YBK itu ia tidak perlu melalui mahkamah. Isu YBK ialah YBK perlu berterus terang dengan kerajaan negeri. Kalau dia pergi mahkamah ia akan mengeruhkan lagi suasana. Dan kita tidak takut untuk berhadapan dengan mahkamah. Tetapi kalau YBK benar-benar mahu selesai masalah orang miskin, mari (serahkan) kepada kerajaan negeri. Yang kita minta bukan susah sangat, masukkan exco ke dalam lembaga pegang amanah” tambah beliau lagi.

YBK yang bertindak sebagai plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn. Bhd. dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom sebagai plaintif kedua dan ketiga memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 10 pagi semalam.

Khalid pada Sidang Dewan Negeri ke 12 pada 13 April lalu telah membentangkan kertas putih berhubung skandal YBK yang mengandungi penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih RM 100 juta kepada beberapa pihak.

Yaakob berkata keengganan YBK semakin membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

“Itu yang saya nampak, macam ada benda yang disembunyikan. Kenapa dia tidak berani letakkan exco YB Rodziah dan YB Dr Hassan Ali dalam lembaga dia? Kalau hendak tulis masukkan lembaga kita dalam tu (YBK)” , tambah Yaakob.
-tvselangor-

PRK Hulu Selangor, Siapa Menang?

spikeT
Setakat ini pertempuran di hulu selangor masih hangat dan hebat sekali.Kaum Melayu yang mempunyai jumlah pengundi tertinggi di lihat menyebelahi BN,namun undi di saat-saat akhir belum tentu meyebelahi BN.

Ini dilihat pertugas-pertugas Pas di tambah dengan begitu banyak sekali di saat-saat akhir kepada 7000 ke 10000 petugas,Ini adalah semata-mata ingin meraih undi orang-orang Melayu yang telah banyak di gula-gulakan dan di rasuah dengan pelbagai bantuan mee segera yang belum tentu di laksanakan seperti janji-janji pilihanraya kecil sebelum ini.

Kaum cina pula tidak menjadi masaalah kepada PKR untuk meraih undi keran MCA sendiri baru kebah dari deman( berpecah belah) dan tidak mempunyai tenaga dan semangat untuk membantu BN ketika ini,Maka DAP tidak menjadi masaalah kehadapan dalam mendapat sokongan kaum Cina,Bagi kaum India ,harapan PKR untuk mendapat undi sebanyak 40 ke 55% undi tidak menjadi masaalah, kerana calon India sebelum ini pun tidak banyak membuat kerja atau budi kepada kaum india di kawasan tersebut.

Jelas masyarakat Melayu menjadi penentu arah kedudukan politik di Negara ini.Jika calon BN di tolak maka dengan jelas konsep satu Malaysia dan dasar MEB telah di tolak oleh rakyat.

Ini akan menjadi bahan politik Pakatan Rakyat jika mereka menang dan mengatakan rakyat menolak Satu Malaysia dan Dasar MEB.Ia juga akan melemahkan semangat BN dan UMNO dalam arena Politik Malaysia.Kemenagan Pakatan Rakyat akan menaikan semnagat kerja sama antara DAP,PKR DAN PAS.Kemenagan UMNO pula sudah tentu menaikkan semangan ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen BN dan akan mengatakan rakyat Malaysia telah menerima konsep Satu Malaysia(bermaksud ORANG MELAYU KENA MENGALAH KEPADA KAUM LAIN ) dan menerima dasar ekonomi MEB yang tidak langsung menyentuh ekonomi orang melayu.

Apa yang dapat di lihat SPR cuba menggunakan kuasa mereka untuk memangkan BN/UMNO dimana ,Dengan rakus dan berniat jahat serta cukup tidak bertamadun mengunakan SPR serta kuasa yang ada dibawah SPR memindah pengundi Hulu Selangor seramai 14,000(empat belas ribu pengundi ) ke kawsan pengundi/lokalitinya di Daerah Selayang tanpa notis telebih dahulu kepada pengundi.

Jelas kerja-kerja SPR menyalahi undang-undang Perlembagaan Malaysia dan kerja SPR dianggap mengatasi Kuasa-Kuasa Parlimen. Ada arahan pehak tertentu mengarah SPR bertindak sedikian rupa dan arahan yang pasti datang dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Kedatangan Perdana Menteri yang kerap kali dalam pilihanraya kecil,TPM dan Mantan PM ( Tun Dr. Mahadir ) menunjukkan BN/UMNO sangat bimbang dengan suasana tidak menentu di Hulu Selangor.

Kesemua jentera BN dan banyak kewangan di keluarkan menunjukan begitu penting bagi mereka di Hulu Selangor ini.

Apa yang berlaku di atas amat sukar Pakatan Rakyat untuk menang tapi kuasa Allah siapa tahu? ..Masih menunggu keputusan rakyat Hulu Selangor mencipta sejarah. Pang5 Tok Perak.

Surat Terbuka Buat Mufti Perak

MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web : Links

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.

Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Salah satu protokolnya ialah:
Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.

Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan danpembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Baca selanjutnya:-http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4275