"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 pengarah syarikat ditahan, rasuah projek pembersihan

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Empat pengarah syarikat berasingan ditahan hari ini kerana disyaki memberi suapan berjumlah RM230,000 bagi mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan sejak tahun 2020.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kira-kira jam 7.30 malam tadi.

"Keempat-empat suspek lelaki berusia sekitar 30-an sehingga 40-an dipercayai melakukan kesalahan itu dari tahun 2020 hingga 2023.

"Ia sebagai balasan bagi perlantikan keempat-empat syarikat terbabit bagi kerja kontrak pembersihan yang bernilai kira-kira RM2 juta," katanya hari ini.

Katanya, tiga suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 13 Mac manakala seorang suspek direman enam hari bermula hari ini selepas permohonan di buat di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Nasi lemak tercalon sebagai makanan warisan dunia

Ercy Gracella Ajos
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nasi lemak mendapat tempat di persada antarabangsa apabila tercalon dalam senarai calon pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai Warisan Dunia, bagi tahun ini.

Antara warisan tempatan lain yang tersenarai sebagai calon layak diiktiraf Warisan Dunia, termasuk Gua Taman Negara Niah di Sarawak dan Kebaya Malaysia.

Dengan kejayaan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan tahun ini ialah tahun yang cukup bermakna bagi negara dan bakal dianggap sebagai "Tahun Warisan."

Beliau berkata berikutan penyenaraian itu, 2024 akan dianggap sebagai Tahun Warisan yang mempunyai kepentingan besar bagi Malaysia.

"Antaranya (warisan tersenarai) ialah Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak, dinamakan sebagai calon yang layak mendapat pengiktirafan Warisan Dunia.

"Sementara itu, 'Kebaya Malaysia' yang diaplikasikan bersama negara jiran Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand juga telah dicalonkan sebagai calon Warisan Budaya Tidak Ketara Unesco, mewakili budaya kemanusiaan.

"Pencalonan Budaya Sarapan Pagi Malaysia termasuk Nasi Lemak juga merupakan usaha kementerian untuk memastikan hidangan tradisional rakyat diiktiraf sebagai Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia dan tidak akan dituntut oleh negara lain," katanya dalam teks ucapan sempena Malam Apresiasi Media Motac 2024 di Petaling Jaya, semalam.

Majlis penghargaan itu disertai oleh lebih 10 kumpulan media tempatan termasuk Kumpulan Media Prima Berhad, New Straits Times Press (NSTP), Bernama, Star Media Group Berhad, Astro, RTM, dan Sin Chew Daily.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman mewakili Media Prima menerima sijil penghargaan daripada menteri berkenaan.

Dalam pada itu, Tiong menyatakan harapan untuk mencapai lebih banyak pencapaian melalui pelbagai program dan inisiatif yang akan dijalankan pada tahun ini dengan bantuan media.

"Ini termasuk Tahun Melawat Melaka 2024, Forum Pelancongan Asean 2025, Hari Pelancongan Sedunia, Persidangan Pelancongan Sedunia 2025, dan paling penting, Melawat Malaysia 2026.

"Saya berharap media akan terus menjadi rakan strategik kami dalam mempromosikan dan meningkatkan program pelancongan dan kebudayaan, serta memartabatkan industri pelancongan Malaysia ke peringkat global.

"Kerjasama erat anda adalah penting, terutamanya dalam memacu kempen Melawat Malaysia 2026 akan datang.

"Dengan bantuan dan sokongan daripada pihak media, kami percaya bersama-sama dapat mencapai matlamat lebih besar dalam mempamerkan keindahan dan keunikan destinasi pelancongan negara kita kepada dunia," katanya.

Erdogan umum bersara selepas pilihan raya tempatan 31 Mac

BORHAN AHMAD

Presiden Turki, Reccip Toyyib Erdogan mengumumkan beliau akan bersara dari politik selepas pilihan raya kerajaan tempatan yang berlangsung 31 Mac ini.

Beliau mengumumkan, pilihan raya 31 Mac ini sebagai pilihan raya terakhir untuk beliau.

“Pilihan raya 31 Mac ini akan menjadi yang terakhir untuk saya mengikut undang-undang.

“Keputusannya akan menjadikan ia penyerahan kuasa kepada saudara saya yang akan menggantikan saya,” kata Erdogan yang memulakan kerier politiknya sebagai Datuk Bandar Istanbul 1994 – 1998.

Erdogan adalah pengasas AK Parti, sebuah parti berasaskan Islam di Turki. Beliau menjadi perdana menteri Turki mulai 2003 dan menjadi Presiden Turki mulai 2014 lalu.

Warga emas temui ajal ketika berjemaah solat Isyak

NUR IFTITAH ROZLAN (TERJEMAHAN)
Detik-detik sebelum warga emas tersebut meninggal dunia ketika menunaikan solat secara berjemaah di Masjid Jami Albarokah, Kampung Kemasa, Bojong, Pekalongan, Jawa Tengah pada 1 Mac lalu.
SESUNGGUHNYA ajal dan maut adalah rahsia ALLAH SWT dan pastinya setiap umat Islam menginginkan kematian dalam keadaan husnul khatimah.

Begitulah pengakhiran hidup seorang warga emas berasal dari Indonesia yang menemui ajal ketika mengerjakan solat jemaah.

Menerusi video yang ditularkan di media sosial baru-baru ini, wanita yang dikenali sebagai Casuni, 75, menyertai jemaah lain ketika solat sudah dimulakan.

Bagaimanapun selepas bangun daripada bersujud, dia dilihat mulai lemah sehingga badannya perlahan-lahan rebah dan terbaring di atas sejadah, sementara jemaah yang lain meneruskan solat mereka.

Keadaan menimpa Allahyarham yang juga seorang peniaga di Pasar Wonopringgo hanya disedari rakan-rakannya selepas menunaikan solat.

Muda tidak ikut Syed Saadiq sertai jelajah PN

Malaysiakini 

Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi tampil memperjelaskan pengumuman Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyertai jelajah gabungan itu.

"Ini bukan keputusan parti dan tak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda.

"Untuk itu saya menafikan Muda akan sertai jelajah PN," katanya pada hantaran ringkas di media sosial X hari ini.

Terdahulu pada hari ini, Muhyiddin berkata Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN nanti.

"Pasal Syed Saddi pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita," kata pengerusi PN itu pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Siri jelajah itu yang akan bermula selepas Ramadan, menurut Muhyiddin juga akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan peranan PN.

Malaysiakini sedang menghubungi Syed Saddiq bagi mendapatkan maklum balas lanjut mengenai perkara ini.

Aduh!!! 'Superman' tak pernah serik

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
TIGA penunggang motosikal ditahan kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya KL-Seremban (Plus)  semalam. FOTO Ihsan JSPT
TIGA penunggang motosikal ditahan kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya KL-Seremban (Plus) semalam. FOTO Ihsan JSPT
Kuala Lumpur: Tiga 'superman' dicekup selepas melakukan aksi berani mati bermula dari Kilometer (KM) 271 hingga KM273 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, di sini semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, tiga lelaki berkenaan ditahan dalam operasi di beberapa lokasi hotspot bagi aktiviti rempit.

Menurutnya, operasi dijalankan oleh dua pegawai dan 19 anggota di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas).

"Dalam operasi itu,tiga penunggang motosikal yang disyaki melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua - dua belah kaki ke belakang (superman) ditahan.

"Aksi itu dilakukan bermula dari KM 271 hingga KM 273 Lebuhraya KL - Seremban arah Utara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal ditahan dalam operasi sama kerana menggunakan nombor pendaftaran 'ASEK'.

"Selepas pemeriksaan teliti dibuat didapati nombor pendaftaran sebenar adalah berbeza dari nombor pendaftaran yang dipaparkan.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil (AKK) 1955 kerana gagal memberi keterangan berhubung nombor pendaftaran ''ASEK'," katanya.

JSPT berkata, kesemua suspek berkenaan di bawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Gila!!! Bayi maut dicampak dari kondominium

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
 POLIS menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Polis POLIS menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Polis
BAYI yang ditemukan maut dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium.  FOTO Ihsan Polis
BAYI yang ditemukan maut dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium.  FOTO Ihsan Polis 
Kuala Lumpur: Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan maut di sebuah kondominium sekitar Sri Petaling di sini, hari ini, selepas dipercayai dicampak dari salah satu premis kediaman.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan 2.30 petang melaporkan mangsa ditemukan dengan sebahagian daripada kepalanya pecah.

"Bayi dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan tinggi dan mengakibatkan sebahagian kepalanya pecah.

"Mangsa dipercayai baru dilahirkan memandangkan bayi lelaki itu masih bertali pusat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua elemen siasatan sudah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada orang awam.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti ibu bapa atau individu terbabit dalam kejadian itu.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Muhyiddin umum Syed Saddiq sertai jelajah PN

Haspaizi Zain

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bersama PN untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai isu semasa negara.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN nanti.

Siri jelajah itu juga akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan peranan PN.

"Pasal Syed Saddi pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita.

"Kita PN di peringkat tertinggi telah buat keputusan, kita akan mengadakan jelajah di semua negeri untuk menjelaskan isu-isu semasa...

“Dan mendengar rintihan rakyat di bawah dan apa peranan PN boleh lakukan," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Suami lapor isteri khalwat dengan rakan sekerja

Muhyiddin umum Syed Saddiq sertai jelajah PN
Haspaizi Zain
Diterbitkan:  Mar 9, 2024 7:25 PM
Dikemaskini: 7:25 PM
ADS

1
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bersama PN untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai isu semasa negara.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN nanti.

Siri jelajah itu juga akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan peranan PN.

"Pasal Syed Saddi pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita.


"Kita PN di peringkat tertinggi telah buat keputusan, kita akan mengadakan jelajah di semua negeri untuk menjelaskan isu-isu semasa...

“Dan mendengar rintihan rakyat di bawah dan apa peranan PN boleh lakukan," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen PN di Kuala Lumpur, hari ini.


Lelaki warga asing gesel kemaluan pada kanak-kanak dicekup

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di Bukit Jambul di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek dikatakan menggeselkan kemaluannya pada punggung kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa sedang beratur di kaunter pembayaran bersama ibunya.

"Selepas menyedari tindakan suspek itu, ibu mangsa memarahi suspek menyebabkan suspek melarikan diri ke kawasan belakang pasar raya berkenaan.

"Suspek kemudiannya dipukul oleh sekumpulan lelaki sebelum ditangkap polis beberapa jam selepas kejadian berkenaan," katanya ditemui di sini pada Jumaat.

Beliau menambah, suspek mengalami luka kecil di bahagian muka akibat dipukul.

"Suspek yang berusia 40-an direman tiga hari untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Muhyiddin diminta cermin diri dulu

Harapandaily

Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) meminta pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin supaya mencermin diri berkenaan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang tersebut terhadap kerajaan.

“Jadi apabila di Konvensyen PN hari ini, bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menuduh dan mendakwa Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim yang mentadbir sekarang sebagai menekan kebebasan dan tidak demokratik, maka saya fikir ada moleknya Muhyiddin Yassin melihat rekod lampaunya sendiri.”

Hassan menceritakan pengalamannya di bawah pemerintahan Perikatan Nasional. Ketika itu perdana menterinya adalah Muhyiddin.

“Pada satu hari saya berlepas selepas Suboh dari Johor untuk ke sidang Parlimen di Kuala Lumpur.Sesampainya saya di Bulatan Jalan Parlimen, Polis-Polis FRU lengkap dengan senapang dan perisai menghalang saya masuk ke Parlimen.Saya dapati kemudian semua ahli Parlimen juga disekat masuk, termasuklah Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson dan Dr Mahathir Mohamad, ahli Parlimen Langkawi dan bekas Perdana Menteri ketujuh.

“Kami diberitahu bahawa Parlimen telah digantung dan Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Darurat di seluruh Malaysia.

“Pada saya selaku ahli parlimen Pasir Gudang yang telah dipilih oleh rakyat bahawa tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika itu adalah tidak demokratik dan menekan kebebasan Parlimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim sebagai tidak demokratik dan menekan kebebasan.

Ekoran itu Hassan telah memfailkan semakan kehakiman terhadap pengisytiharan darurat dan penggantungan parlimen.

Permohonan tersebut, walau bagaimanapun ditolak Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Kes tersebut kini di Mahkamah Persekutuan.

Tuntutan RM70 bilion ‘penjaga sah wilayah Sulu’, Malaysia tak akan layan

Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) yang mendakwa sebagai “penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu” ke atas Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Beliau berkata, UTC meminta kerajaan Malaysia untuk membuat pembayaran segera sebanyak USD15 bilion (RM70 bilion) yang didakwa mereka sebagai “cession money” (wang penyerahan wilayah) dan mengiktiraf UTC sebagai “kerajaan yang berdaulat dan merdeka”, selain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.

“Ini merupakan percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan untuk memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Azalina turut menekankan Malaysia berjaya mengetepikan cubaan serupa di seluruh Eropah oleh pewaris yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II berdasarkan tuntutan palsu yang dikeluarkan oleh penimbang tara Dr Gonzalo Stampa.

“Kesultanan Sulu sudah tidak wujud selama beberapa dekad dan tidak diiktiraf oleh mana-mana negara berdaulat atau organisasi antarabangsa,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan penjara enam tahun terhadap Stampa oleh Mahkamah Jenayah Madrid baru-baru ini, serta larangan daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun, adalah bukti penyalahgunaan jenayah terhadap proses timbang tara dan ketidakadilan dialami oleh Malaysia, hasil daripada kes tuntutan Sulu.

Beliau mengulangi kedudukan kukuh Sabah dalam Malaysia, selain menegaskan kerajaan menekankan bahawa penyertaan Sabah untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia adalah fakta undang-undang yang sudah ditetapkan sejak penyahjajahan pada 1963.

Sejak itu, Sabah menjadi sebahagian penting daripada Malaysia.

Susulan perkembangan ini, Azalina menekankan sistem timbang tara perdagangan antarabangsa adalah mekanisme penting dalam penyelesaian pertikaian global dan ia harus dilindungi daripada percubaan tidak sah untuk menuntut negara berdaulat bawah tuntutan timbang tara.

“Kerajaan Malaysia sedang aktif mencari semua penyelesaian undang-undang terhadap sebarang tuntutan remeh dan tidak berasas untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara sepanjang masa,” katanya.

Kren produksi filem tumbang timpa banglo 99 pintu

MOHD ISKANDAR OTHMAN
Sebuah kren yang dipercayai digunakan syarikat produksi film tumbang menghempap banglo misteri di Nibong Tebal pada Jumaat.
Sebuah kren yang dipercayai digunakan syarikat produksi film tumbang menghempap banglo misteri di Nibong Tebal pada Jumaat.
NIBONG TEBAL - Sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo 99 pintu yang terletak di Jalan Byram di sini, pada Jumaat.

Kejadian itu menyebabkan struktur bumbung dan dinding rumah agam yang dipercayai dibina pada awal kurun ke-19 itu runtuh.

Beberapa keping gambar insiden terbabit mula tular di media sosial sejak petang Jumaat dan mengundang pelbagai reaksi netizen berikutan banglo tersebut sebelum ini dikaitkan dengan misteri selain pelbagai kisah tersendiri.

Empat tahun lalu media melaporkan banglo usang itu tiba-tiba terbakar tanpa diketahui punca hingga mengakibatkan 70 peratus struktur kayu alang dan lantai musnah.

Difahamkan, banglo itu dibina oleh seorang ahli perniagaan British dikenali sebagai Ramsden di tengah ladang kelapa sawit dengan seni bina Inggeris lengkap 10 bilik, dewan tari, ruang tamu dan ia mendapat jolokan Rumah 99 Pintu kerana susunan lima hingga enam pintu di setiap bilik.

Kejadian itu menyebabkan struktur bumbung dan dinding rumah agam yang dipercayai dibina pada awal kurun ke-19 runtuh.
Kejadian itu menyebabkan struktur bumbung dan dinding rumah agam yang dipercayai dibina pada awal kurun ke-19 runtuh.
Kisah rumah itu mula mendapat perhatian apabila pada 1948, cucu kepada pemilik banglo itu dikatakan telah dibunuh secara kejam.

Menurut kisah yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, mangsa dikenali sebagai John St Maur Ramsden telah ditembak tepat di kepalanya sebanyak dua kali dan mati serta-merta.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, H'ng Mooi Lye ketika dihubungi melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku hingga mengakibatkan kerosakan pada struktur banglo terbabit.

"Saya hanya mengetahui kejadian ini apabila mendapat gambar insiden yang dikirimkan pada Jumaat.

"Syarikat produksi itu tidak memaklumkan apa-apa berkenaan tujuan mereka di sini termasuk mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang penggambaran," katanya.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat daripada polis sama ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada mana-mana pihak setakat ini.

Gaza: 5 kanak-kanak maut dihempap bungkusan bantuan

Malaysiakini 

Lima kanak-kanak Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas dihempap bungkusan bantuan yang digugurkan dari udara oleh negara tidak dikenal pasti dalam kejadian di Gaza pada Jumaat.

Ketua jabatan penjagaan kecemasan di Kompleks Perubatan Al Shifa, Gaza, Muhammad Al-Sheikh memberitahu CNN insiden itu berlaku di kem Al Shati di barat bandar terbabit.

United Press International (UPI) melaporkan Al-Sheikh berkata kecederaan dialami beberapa mangsa agak serius.

Setiausaha akhbar Pentagon Mej Jen Pat Ryder pula memberitahu ABC News bahawa tiada individu yang cedera dalam misi AS menggugurkan bantuan kemanusiaan pada Jumaat di utara Gaza.

"Laporan akhbar bahawa bantuan digugurkan dari pesawat AS menyebabkan kematian orang awam di darat adalah palsu kerana kami telah mengesahkan bahawa semua bungkusan bantuan kami mendarat dengan selamat," kata Ryder pada sidang media.

Pejabat Media Kerajaan Gaza mengkritik langkah menggugurkan bantuan dengan payung terjun (air drop) dan menggesa pembukaan pintu sempadan ke Gaza dengan segera untuk menyampaikan bantuan secara lebih berkesan kepada kira-kira 2.4 juta orang awam yang mengalami kekurangan air dan makanan.

Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengkritik Israel kerana menyekat penghantaran bantuan ke Gaza, dan konflik yang berterusan menjadikan ia lebih sukar untuk menyampaikan bantuan, walaupun kebenaran telah diberikan.

Program Makanan Sedunia (WFP) pada Rabu berkata pihak berkuasa Israel menghalang konvoi 14 trak yang membawa makanan kepada rakyat Palestin di utara Gaza, yang pertama sejak ia menangguhkan operasinya pada Februari.

- Bernama/UPI

Hamzah Zainudin: Jangan bergantung ‘gelombang’ untuk ke Putrajaya

Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bergantung kepada “gelombang” semata-mata untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya perlu membina kekuatan dan identiti sendiri menarik sokongan rakyat untuk kembali ke Putrajaya.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, berkata dengan membina kekuatan sendiri barulah rakyat yakin dengan prinsip perjuangan gabungan itu.

“Apakah kita benar-benar menjadi juara yang mengangkat suara mereka? Apakah kita benar-benar menyantuni dan mendengar setiap denyut nadi mereka. Soalan ini kita perlu tanya pada diri sendiri dan jawablah secara adil pada diri sendiri.

“Jangan anggap pengundi sentiasa bersama kita. Betul…PRU15 lalu berlaku gelombang luar biasa dalam kalangan pengundi khususnya orang Melayu sehingga PN menang besar. Tapi ingat gelombang ada pasang surutnya.

“Kita perlu ada kekuatan sendiri dalam meyakinkan rakyat dan tidak boleh bergantung kepada gelombang semata-mata,” katanya ketika berucap sempena Konvensyen Wakil Rakyat PN 2024.

Beliau berkata, bagi menarik keyakinan rakyat PN perlu sentiasa memperjuangkan isu dihadapi mereka terutama berkaitan kos sara hidup.

“Ia menyentuh soal perut rakyat, makanan atas meja rakyat, kehidupan rakyat, soal hati nurani rakyat dan bagaimana rakyat dapat hidup dengan bermakna. Kita perlu buat analisis menyeluruh dan tentukan bagaimana serta strategi mana harus digunakan,” katanya.

Sehubungan itu, Hamzah berkata tidak kira apa pun jawatan, setiap yang bernaung bawah gabungan PN wajib ada roh perjuangan dalam diri dan hati masing-masing kerana ia benteng dalam melawan apa jua godaan bersifat kepentingan peribadi.

“Episod pengkhianatan dalam PN melibatkan wakil rakyat kita amat mengecewakan tetapi Allah hadirkan sesuatu perkara itu sudah tentu ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya kita kenal mana intan, mana kaca dan yang mana ikhlas serta mana sekadar mencari laba,” katanya.

‘6 pendesak’ selamat hingga PRU16?

Hishamuddin Aun

Pertikaian pindaan perlembagaan Bersatu 2 Mac lalu dijangka berlarutan di pelbagai tingkatan mahkamah, cukup untuk enam Ahli Parlimen berkenaan melengahkan masa.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal harus jenis yang gemar membuat gempar. Selepas menguar-uarkan Januari lalu bahawa 10 lagi Ahli Parlimen Bersatu akan beralih sokongan kepada kerajaan menjelang persidangan Dewan Rakyat bermula 26 Feb lalu – ini bagaimanapun tidak berlaku – lima lagi wakil rakyat parti itu didakwanya sedang “memendam rasa” untuk keluar tetapi tiada pilihan pada waktu ini.

Andainya sekumpulan 10 Ahli Parlimen yang didakwanya mahu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini sekadar dibayangkannya sebagai lima dari Utara (Kedah, Perak dan Pulau Pinang), tiga dari Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta dua lagi dari Selangor dan Melaka, enam yang terbaru itu pula dinamakannya secara terang-terangan.

Selain Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, empat lagi yang didakwanya sepatutnya segera mengalih sokongan kepada kerajaan ialah Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Ronald Kiandee (Beluran). Berbanding 10 terdahulu itu yang tidak diketahui identiti mereka, empat yang terbaharu itu pula dikenali kuat membela Perikatan Nasional (PN).

Lantaran itu, harus timbul persoalan boleh dipercayai ke dakwaan Syed Hussin ini atau ia sekadar diada-adakannya untuk mengocakkan keharmonian dalam parti Bersatu, yang meminjam ungkapan Anwar, “cemburu buta dan berdendam kesumat” mahu memastikan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dan lima rakan sealirannya – Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) — yang menyokong perdana Menteri, hilang kerusi Parlimen mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) diadakan

Namun, di tengah-tengah pelbagai kemungkinan dinyatakan awal tadi, Bersatu pula meminda perlembagaannya dalam perhimpunan agung khasnya di Selayang 2 Mac lalu yang seperti disebut Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hanya ada dua tujuan — mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang khianat kepada parti serta menghalang usaha perdana menteri “membeli” Ahli Parlimennya.

Pindaan berkenaan boleh digunakan Syed Hussin sebagai alasan mengapa kedua-dua dakwaan yang dibuatnya itu belum terlaksana. Namun, ia tidak mengalihkan tumpuan ramai terhadap lima lagi Ahli Parlimen yang didakwanya sedang ‘menjeruk rasa’ walaupun masih kekal memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin.

“Mereka (lima bekas pemimpin Umno dalam Bersatu) itu tahu apa yang patut dibuat. Mereka tak selesa dengan keadaan sekarang (tindakan kepimpinan Bersatu yang enggan mempedulikan kesulitan setiap ahli Parlimen parti itu). Malah, Larut (Hamzah) sendiri tak selesa sebenarnya, tapi dia terpaksa berada (bertahan) dalam keadaan begitu,” katanya dalam satu temu bual dengan Malaysiakini yang tersiar Selasa lalu.

Menurut Syed Hussin lagi, kelima-lima Ahli Parlimen Bersatu yang masih bersama Muhyiddin perlu membuat keputusan yang sama seperti pernah mereka lakukan selepas PRU14 lalu apabila menang atas tiket Umno-BN tapi menyertai Bersatu tidak lama kemudian. Langkah itu dianggapnya wajar dilaksanakan demi mewujudkan suasana politik negara yang stabil. “Tenaga dan fikiran mereka yang ada idea bolehlah dicurahkan dalam kerajaan perpaduan ini,” katanya.

Apa pun, sama ada dakwaan terbaru Syed Hussin itu berasas atau sebaliknya, hanya masa dan keadaan akan menilainya kemudian tapi apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah bagaimana kesudahan nasib mereka selepas pindaan perlembagaan Bersatu 2 Mac lalu. Namun, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu percaya pindaan dan proses tersebut memerlukan masa yang panjang untuk dilulus dan dikuatkuasakan.

Rabu lalu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris melaungkan keyakinan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak akan ‘susahkan’ parti itu untuk meluluskan pindaan kosong kerusi jika wakil rakyatnya sokong lawan. “Apabila ada persetujuan lebih 2/3 daripada perwakilan (malah diluluskan sebulat suara), tidak ada masalah RoS (atau JPPM) nak luluskan. Saya tak nampak RoS menyusahkan kita sebab pindaan perlembagaan perkara biasa sahaja,” katanya kepada FMT.

Namun, sebagai perbandingan, apabila Umno pada 2022 membuat pindaan perlembagaannya agar pemilihan parti di semua peringkat diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU), ia memerlukan JPPM empat setengah bulan untuk meluluskannya. Bukannya semudah itu dan dalam sesingkat masa pula.

“Tiada jalan mudah dan singkat untuk Bersatu memaksa enam Ahli Parlimennya yang berpaling tadah dan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengosongkan kerusi dimenangi mereka pada PRU15 lalu,” kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Pendapatnya itu turut disokong penganalisis politik Mohammad Tawfik Yaakub yang dipetik Sinar Harian mengungkapkan: “Jika enam Ahli Parlimen ini gugur keahlian, mereka tidak akan hilang kerusi mereka tapi Bersatu yang akan hilang enam kerusi. Ia akan jadi kerugian buat Bersatu jika mereka gagal tangani isu ini dengan cermat.

“Jika pindaan ini tidak berkuatkuasa secara retrospektif (ke belakang), enam Ahli Parlimen ini tidak akan terjejas olehnya. Saya jangka pindaan ini tidak akan berkuatkuasa dalam masa terdekat dengan jangkaan permohonan injunksi oleh keenam-enamnya. Lantaran itu, Bersatu akan terus menghadapi dilema dengan kedudukan enam Ahli Parlimen ini,” tambahnya.

Penganalisis dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mohd Yusri Ibrahim mengutarakan bahawa di sebalik Bersatu sudah meminda perlembagaannya, perkara itu belum dimuktamadkan selagi belum mendapat kelulusan JPPM untuk ia dikuatkuasakan.

Enam pendesak itu, seperti yang sudah dinyatakan mereka akan mencabar pindaan perlembagaan Bersatu itu di pelbagai lapisan mahkamah, boleh dijangka akan ‘membeli’ sebanyak mungkin waktu untuk melengah-lengahkan sebarang keputusan mengosongkan kerusi Parlimen sehingga habis penggal mereka. Apa yang boleh berlaku sesudah itu, tiada siapa yang boleh berasa pasti. Untung-untung mereka akan menjadi calon parti lain pula dalam PRU16 jika rakyat masih cenderung kepada mereka.

Penganalisis politik, G Manimaran turut menjangkakan enam ahli Parlimen itu akan kekal kerana pendirian mereka menyokong perdana menteri dibuat sebelum pindaan perlembagaan parti berkuat kuasa. Apa-apa tindakan yang berkaitan pindaan itu, pada penilaiannya, bergantung kepada tarikh ia dikuatkuasakan, yang memberi maksud ahli-ahli Parlimen berkenaan adalah terkecuali.

“Saya jangka kedudukan enam ahli Parlimen tersebut akan kekal sebagai wakil rakyat PN sehingga PRU akan datang. Konflik hanya berlaku dalam Bersatu sendiri (yang sebelum ini tidak pinda perlembagaan sebagaimana parti-parti lain).

“Pindaan baharu nanti hanya berkuatkuasa ke atas mana-mana ahli Parlimen yang melanggar perlembagaan parti selepas tarikh dikuatkuasakan. Sekiranya ia berlaku, Speaker Dewan Rakyat kena isytiharkan bahawa wujud kekosongan (kerusi Parlimen) dan maklumkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), barulah SPR adakan PRK,” katanya dipetik Sinar Harian.

Tempoh hari ada satu komen menyebut pindaan dibuat Bersatu sebagai ‘langkah bijak’ yang memperuntukkan mana-mana ahli Bersatu yang juga wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah disifatkan terhenti keahliannya daripada Bersatu secara serta-merta. Namun, pada masa sama ‘6 Jahanam’ juga tidak boleh diperbodohkan.

9 agenda Kerajaan 9

Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my
MAWLA Amin (duduk, tengah) bersama pengikutnya yang terdiri daripada rakyat Malaysia.
MAWLA Amin (duduk, tengah) bersama pengikutnya yang terdiri daripada rakyat Malaysia.
Kuala Lumpur: Sebidang tanah seluas 11 hektar yang dibeli di Melaka bagi membangunkan perkampungan kerajaan sembilan hasil kutipan dana awam itu akan dipecahkan kepada dua bahagian yang menempatkan Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin bersama pengikutnya.

Ia didedahkan bekas pengikutnya kepada Harian Metro selepas menyedari terpedaya dengan perancangan mereka ingin membangunkan perkampungan itu sejak 2017 lagi.

Menurutnya, ketika berada bersama mereka, mudir madrasah terbabit ada memberi penerangan berkaitan kerajaan sembilan iaitu sembilan pakar dalam sembilan perkara di mana mereka akan dilantik menggerakkan yayasan baru yang ditubuhkan.

"Tiga perkara awal membabitkan kerajaan sembilan itu dirahsiakan, tiga perkara kedua adalah khidmat iaitu merujuk kepada ahli khidmat dan tiga perkara ketiga adalah cabang perniagaan bagi mengumpul hasil pertubuhan termasuk agensi pelancongan, produk keluaran, produksi media, kedai runcit dan sebagainya.

"Berkaitan pembelian tanah di Melaka, saya bersama 15 orang ada melawat tanah yang ingin dibeli mudir madrasah terbabit pada 19 Jun 2023 bagi merealisasikan perancangan dan mengembangkan pengaruh sedia ada untuk mewujudkan negara daulah kerajaan sembilan," katanya.

Bekas pengikut yang juga seorang personaliti media itu berkata, dalam pertemuan itu, mereka bersetuju untuk membeli tanah seluas 11 hektar terbabit dengan harga lebih RM3.4 juta.

"Perkampungan itu akan dibangunkan kepada dua bahagian iaitu The Moulay Height iaitu kawasan penempatan Mawla Amin dan pembesar serta ahli khidmat manakala satu bahagian lagi Jabal Alam Malacca The Moulay Village iaitu penempatan pengikut yang ingin menjalani kehidupan bersama mereka.

"Pada 2 September 2023, saya juga menerima mesej WhatsApp dari Mawla Amin berkaitan fail PDF yang saya yakin ia adalah pelan perancangan negara daulah kerajaan sembilan dan cuba membabitkan saya dalam perancangan itu melalui satu syarikat sedangkan syarikat ditubuhkan itu tidak pernah berfungsi dan langsung tiada transaksi," katanya.

Katanya, sebelum itu, beliau juga pernah dilantik mencari dana oleh mudir madrasah terbabit bagi menggerakkan program membabitkan Mawla Amin seperti di USM, Pulau Pinang, sebuah madrasah di pantai timur, makan malam di Putrajaya dan beberapa program yang dibatalkan di Kedah, Terengganu dan Selangor.

"Transaksi dana yang diuruskan termasuk wang ringgit dan emas dengan jumlah terkumpul RM600,000 sepanjang dua tahun saya bersama mereka, malah saya juga memindahkan RM13,800 ke akaun bank milik Mawla Amin di mana dana diberikan itu atas dasar infak dan pinjaman.

"Malah saya difahamkan dana itu juga untuk urusan pembelian madrasah di Fes, Magribi namun sehingga kini dana pinjaman itu masih belum dipulangkan," katanya.

Beliau berkata, pada 20 Februari lalu, dia juga membaca keratan akhbar Harian Metro mengenai perancangan menubuhkan negara daulah kerajaan sembilan oleh mudir madrasah dan Mawla Amin di Melaka, dan ketika itu saya menyedari ketika berada di dalam kumpulan WhatsApp mereka ada menceritakan perancangan berkaitan penubuhan negara daulah kerajaan sembilan yang akan membabitkan perkampungan akhir zaman selain perancangan mengangkat Mawla Amin sebagai Imam Mahdi apabila tiba waktunya nanti.

Susulan itu, beliau tampil membuat laporan polis dan sedia bekerjasama dengan pihak polis, pihak berkuasa agama dan kerajaan bagi menerangkan keadaan sebenar.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menerima laporan terbaharu membabitkan madrasah terbabit.

"Polis kini sedang menyiasat untuk mengenal pasti sebarang kesalahan atau penyelewengan yang dilakukan," katanya.

Pada 18 Februari lalu, akhbar ini secara eksklusif memaparkan pendedahan berhubung sebuah madrasah yang mempromosikan individu didakwa warga Maghribi berkenaan.

Pendedahan secara bersiri itu juga mendedahkan bahawa lelaki dikenali Mawla Amin bukanlah keturunan Nabi Muhammad SAW yang ke-38.

Pendedahan eksklusif akhbar ini turut turut menerima reaksi daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bahawa individu terbabit sering keluar masuk Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial, dan berada di negara ini selama 90 hari.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Malwa Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

Memetik laporan berkenaan, Razarudin dipetik berkata, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah yang agak besar iaitu 11 hektar sedangkan pengikutnya bukan dari kalangan orang yang berada namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.

Susulan itu juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memaklumkan tidak menerima sebarang dokumen berhubung nasab individu yang dikenali sebagai 'Mawla Amin' seperti didakwa pihak tertentu.

CCTV kondominium ada kelihatan kelibat Aliff Aziz dan Ruhainies

Wartawan Harian Metro
am@hmetro.com.my
ALIFF dan Ruhainies ketika menuju lif di kondominum berkenaan.
ALIFF dan Ruhainies ketika menuju lif di kondominum berkenaan.
Kuala Lumpur: Kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Menerusi video bertarikh 25 Februari itu, pasangan terbabit dilihat berjalan dari lobi premis menuju ke lif.

Ruhainies memakai baju hoodie berwarna putih sambil membawa tas tangan dan Aliff pula memakai serba hitam dan bertopi.

Dalam pada itu, sumber Harian Metro berkata, ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di premis terbabit ketika operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), malam tadi.

Berdasarkan gambar sumber itu, mereka yang dilihat berada di situ ialah kakak Ruhainies yang juga seorang pelakon iaitu Risteena Munim bersama dua adiknya yang lain.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Muhyiddin cabar Anwar, isytihar 7 kerusi kosong

Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan wakil rakyat gabungan itu yang menyokong kerajaan
mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada PRK.

Ia selepas enam Ahli Parlimen dan seorang Adun PN beralih pendirian dengan menyatakan sokongan kepada pihak lawan.

Muhyiddin mahu mandat kepada rakyat dikembalikan menerusi PRK di kerusi berkenaan dan mengukur sejauh mana rakyat menerima pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pimpinan Anwar.

“Jika berani, isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN Selangor kosong. Kita kembalikan mandat kepada rakyat dan biarlah rakyat membuat perhitungan.

“Saya bukan hendak mendabik dada, tetapi saya yakin, insya-Allah PN akan menang lebih besar di kerusi ini jika PRK diadakan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Wakil Rakyat PN 2024.

Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita popular

Sudirman Mohd Tahir & Najiy Jefri
am@hmetro.com.my
DIDI Astillah (kiri) bersama kakaknya, Bella Astillah.
DIDI Astillah (kiri) bersama kakaknya, Bella Astillah.
Kuala Lumpur: "Ya, mereka (Aliff Aziz dan pelakon wanita) ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)," kata adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah sekali gus mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

"Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

"Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan," katanya ketika ditemui di pejabat Jawi.

Didi berkata, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita itu.

"Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.

"Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama," katanya.

Sementara itu, Bella yang ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tangkapan yang dibuat terhadap suaminya.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, pasangan selebriti yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Dua lagi ADUN Bersatu ikut langkah Rashid Asari?

Harapandaily

Dua lagi ADUN Bersatu dijangka mengikut langkah Abdul Rashid Asari menyokong pentadbiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari.

Perkara ini bertujuan untuk mengukuhkan sokongan untuk Amiruddin menjelang pemilihan parti, lapor FMT yang merujuk sumber.

“Pada asalnya, pemilihan parti dijangka tahun depan, tetapi kini terdapat ura-ura ia mungkin diadakan akhir tahun ini,” kata sumber itu.

Sebelum ini Harapan Daily menamakan lima nama ADUN Bersatu yang dijangka mengalihkan sokongan kepada Amiruddin.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Azmin Ali walau bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Untuk rekod, Rashid mengumumkan sokongannya pada 6 Mac.

249 penumpang pesawat Boeing 777 kecut perut apabila tayar pesawat tertanggal sebaik berlepas

AFP
FOTO tular menunjukkan tayar itu tertanggal selepas pesawat itu berlepas. FOTO Agensi
FOTO tular menunjukkan tayar itu tertanggal selepas pesawat itu berlepas. FOTO Agensi
San Francisco: Sebuah pesawat Boeing 777 yang menuju ke Jepun terpaksa membuat pendaratan kecemasan sebaik berlepas semalam, selepas satu tayarnya terjatuh dan terjunam ke tempat letak kereta di lapangan terbang di sini.

Video yang disiarkan dalam talian menunjukkan, tayar itu jatuh, beberapa saat selepas pesawat United Airlines itu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Tayar itu melantun ke tempat letak kereta kakitangan lapangan terbang hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak, lapor portal berita KRON4.

Dalam pada itu, United Airlines berkata, seramai 249 orang berada dalam pesawat yang menuju ke Osaka itu.

Boeing sebelum ini dilaporkan menghadapi beberapa siri isu kawalan kualiti.

Pada Januari lalu, panel bersaiz pintu pada Boeing 737 Max 9 terpisah daripada fiuslaj selepas sebuah pesawat jenis itu berlepas di Portland, Oregon.

Tiada sesiapa yang cedera parah dalam insiden itu, yang mencetuskan penggantungan kecemasan selama 19 hari bagi semua pesawat Boeing 737 Max 9.

Pengawal selia Amerika Syarikat pada minggu lalu memberi Boeing tempoh 90 hari untuk menghasilkan rancangan bagi menangani isu kawalan kualiti.

Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, syarikat itu mesti memberi komitmen kepada aspek penambahbaikan yang menyeluruh.

Boeing 777 mempunyai enam tayar pada setiap bahagian pendaratan utamanya dan ia direka untuk mendarat dengan selamat, jika ada mana-mana tayarnya hilang atau rosak.

Penerbangan itu kemudian dilencongkan ke Los Angeles dan mendarat di lapangan terbang di situ dengan selamat.
-hmetro

Ishhh!! Juruterbang tertidur ketika penerbangan

Bharianonline

JAKARTA: Agensi keselamatan udara Indonesia menggesa mekanisme pemantauan keletihan juruterbang yang lebih baik selepas siasatan mendedahkan kedua-dua juruterbang pesawat komersial baru-baru ini tertidur dalam penerbangan.

Juruterbang dan pembantu juruterbang tertidur serentak selama kira-kira 28 minit ketika penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke ibu negara Jakarta pada 25 Januari, menurut laporan awal oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan negara (KNKT).

Laporan itu dilihat oleh AFP hari ini, dimuat naik ke laman sesawang agensi berkenaan pada akhir bulan lalu.

Indonesia adalah sebuah kepulauan yang luas dengan rekod keselamatan udara yang lemah, walaupun sangat bergantung kepada pengangkutan udara sebagai perantara yang menghubungkan ribuan pulaunya.

Menurut laporan itu, seorang daripada juruterbang tidak mendapat rehat yang cukup pada malam sebelum penerbangan.

Insiden terbabit mengakibatkan beberapa kesilapan navigasi, tetapi 153 penumpang Airbus A320 dan empat pramugari tidak mengalami kecederaan ketika dalam penerbangan selama dua jam 35 minit itu.

Kira-kira setengah jam selepas pesawat itu berlepas, kapten meminta kebenaran daripada kapten kedua untuk berehat seketika dan permintaan itu dibenarkan.

Namun, menurut laporan itu, pembantu juruterbang kemudian mengambil alih penerbangan, tetapi turut secara tidak sengaja tertidur.

"Pembantu juruterbang mempunyai bayi kembar berusia sebulan. Kedua anak itu dijaga oleh isterinya dan dia membantu ketika tidak bertugas," kata laporan itu.

Beberapa minit selepas isyarat penghantaran (transmission) terakhir direkodkan oleh pembantu juruterbang, pusat kawalan kawasan di Jakarta cuba menghubungi pesawat itu tetapi tidak mendapat jawapan.

Selepas 28 minit laporan penghantaran terakhir direkodkan juruterbang itu tersedar dari tidur dan menyedari pembantu juruterbangnya sedang tidur dan pesawat tidak berada di laluan penerbangan sepatutnya.

Menurut laporan itu lagi, juruterbang berkenaan segera membangunkan rakan juruterbangnya, menjawab panggilan dari Jakarta dan membetulkan laluan penerbangan.

Pesawat itu selamat mendarat selepas kejadian terbabit.

Penyiasat tidak mengenal pasti juruterbang, tetapi berkata kedua-dua mereka warga Indonesia berusia 32 dan 28 tahun.

Dalam pada itu, KNKT menggesa Batik Air mewujudkan prosedur terperinci untuk menjalankan pemeriksaan kokpit yang betul dan secara berkala serta memastikan juruterbang dan kru kabin memperoleh rehat dengan baik sebelum penerbangan.

Setakat ini, Batik Air tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan AFP. - AFP

Warga Yogyakarta solat tarawih, puasa pula bermula semalam

KOSMO!
Warga Yogyakarta solat Tarawih kelmarin. Foto Kompas.com
YOGYAKARTA – Berbeza dengan majoriti umat Islam lain, jemaah di Masjid Aolia daerah Panggang, Yogyakarta  mula menunaikan solat tarawih kelmarin yang menyaksikan mereka berpuasa pada 1 Ramadan keesokan harinya, lapor akhbar KOMPAS.com.

Imam masjid berkenaan, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo yang juga dikenali sebagai Mbah Benu berkata, solat tarawih yang dilakukan oleh jemaahnya sama sahaja dengan yang lain.

“Semua sama dengan saya, saya imamnya. Masing-masing ada imam. Wakilnya saya,” katanya.“

“Solat  tarawih dengan saya dan witir sebanyak 23 rakaat. Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan,” kata Mbah Benu.

Sejumlah jemaah turut melakukan solat tarawih yang terletak di masjid sekitar 20 meter dari rumah Mbah Benu.

Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama Gunungkidul, Sa’ban Nuroni berkata, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia biarpun terdapat perbezaan pendapat.

Beliau juga berharap umat Islam lain dapat menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia atas perbezaan berkenaan. – AGENSI 

Anak dapat pampasan RM318,000 kerana pendakwa raya silap hukum bapa

KOSMO!

BANDAR RAYA HO CHI MINH  – Anak kepada seorang lelaki yang tersilap dihukum penjara kerana tuduhan membunuh akhirnya mendapat pampasan lebih 1.67 bilion dong (RM317,642) daripada pemerintah, lapor portal berita VnExpress semalam.

Pihak pendakwa raya Khanh Hoa, Vietnam turut memohon maaf kepada lelaki itu, Huynh Chiem Phai dan rakannya, Tran Be selepas mereka ditangkap kerana disyaki membunuh Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Nih Giang pada 1981.

Kedua-dua mereka dibebaskan beberapa tahun kemudian kerana pihak pendakwa raya gagal menemukan bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan.

Be kemudian diberikan pampasan sebanyak 510 juta dong (RM97,004).

Namun, keluarga  Phai bertindak menyaman pihak pendakwa raya kerana mahu diberikan pampasan lebih besar sebanyak 4 bilion dong (RM760,820).

Tuntutan itu akhirnya berjaya pada 2022 apabila Mahkamah Rakyat Khanh Hoa mengarahkan pihak pendakwa raya awam membayar pampasan lebih 1.67 bilion dong kepada Phai.

Bagaimanapun, lelaki itu telah meninggal dunia pada 2015 ketika berusia 84 tahun selepas dibenarkan keluar dari penjara dengan ikat  jamin pada 1983.  

 Wang pampasan itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun seorang anak lelaki Phai. – AGENSI 

Hubungan antara kaum: Zaid bangkitkan 'kebenaran yang pahit'

RK Anand

Dikenali sebagai individu yang tidak takut bercakap soal sensitif, Zaid Ibrahim membangkitkan apa yang menurutnya sebagai "kebenaran yang pahit", di tengah hubungan antara kaum terus menjadi tumpuan berbanding hal-hal lain yang lebih penting.

Bekas menteri undang-undang itu mengulas satu lagi isu yang sering diperkatakan, dan kembali menjadi tumpuan minggu ini, iaitu sekolah vernakular menjadi penghalang kepada hubungan antara kaum, dan tanggapan kaum bukan Melayu enggan berasimilasi.

"Saya tak ingin buat pembezaan yang tak perlu - asimilasi atau integrasi. Apa yang saya tahu adalah rasa cinta pada asasnya adalah tidak bersyarat," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, dia berkata ada satu perkara penting yang tidak dibincangkan, iaitu hak istimewa kepada bumiputera.

"Jika asimilasi berlaku, adakah orang melayu akan setuju untuk memansuhkan hak istimewa ini untuk mewujudkan padang yang sama rata?

"Atau orang bukan Melayu akan tetap dilayan seperti ‘children of a lesser God?’" soalnya.

Kesetiaan orang bukan Melayu

Bagi mereka yang menyamakan asimilasi dengan patriotisme dan mengkritik kesetiaan masyarakat bukan Melayu, Zaid membangkitkan satu lagi "kebenaran pahit".

"Orang bukan Melayu diberitahu untuk menjadi patriotik dan mencintai tanah air mereka. Namun sejak dari kecil, mereka dapati yang 'tanah air' tidak mencintai semua rakyatnya secara sama rata.

"Mereka dianggap dan dilayan lebih sebagai anak angkat yang tidak diingini. Mereka sering diingatkan sementara kewujudan mereka dalam 'keluarga Malaysia' diterima, mereka perlu sentiasa tahu tempat mereka.

"Jadi apa yang anda akan rasa?" soalnya.

Menyifatkan rasa cinta perlukan masa untuk bertumbuh dan perlu berbalas, Zaid berkata perasaan itu tidak seharusnya dipaksa.

"Jangan desak orang bukan Melayu untuk terus cintakan tanah air. Saya yakin mereka cintakannya.

"Ada yang tak tahu bagaimana untuk menunjukkannya. Ada yang rasa tiada guna tunjuk memandangkan dia tidak akan diterima sebagai seorang rakyat Malaysia dalam erti kata sebenar," katanya lagi.

Justeru, Zaid menasihatkan ahli politik agar tidak "membazirkan sel otak mereka" terhadap isu-isu ini, dan gunakannya untuk hal-hal yang lebih penting seperti keadaan ekonomi.

"Tidak guna mendabik dada berkenaan kaum dan agama di saat rakyat bergelut untuk menyara kehidupan.

"Memang orang Melayu yang paling susah namun ia bukan salah orang bukan Melayu.

"Jadi jika anda tidak boleh jadi sebahagian daripada penyelesaian, berhenti jadi sebahagian daripada masalah," katanya lagi.

Sekolah vernakular Cina sekali lagi diperkatakan selepas ahli parlimen DAP Teresa Kok menggesa pihak berkuasa menyiasat ahli akademik Teo Kok Seong atas dakwannya yang sekolah itu menyemai sikap perkauman.

Pada Januari lalu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa masyarakat Cina dan India tidak menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan masih terikat dengan "negara asal mereka".

8 warga China antara 28 Pati diberkas di tapak perlombongan bijih besi

Baharom Bakar
am@hmetro.com.my
AZHAR (tengah) ketika sidang media. FOTO Baharom Bakar
AZHAR (tengah) ketika sidang media. FOTO Baharom Bakar
Kuala Terengganu: Lapan warga China antara 28 pendatang asing tanpa izin (pati) diberkas dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di kawasan tapak perlombongan bijih besi di Kemaman, semalam.

Pengarah Imigresen Terengganu Azhar Abd Hamid berkata, siasatan mendapati lapan warga China itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan bekerja di tapak perlombongan bijih besi sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, warga China itu ditahan mengikut Peraturan 39 (b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan untuk berkerja.

"Operasi khas itu bermula kira-kira 6 pagi diadakan hasil maklumat awam dan risikan.

"Selain warga China terbabit, turut ditahan 15 Pati warga Indonesia, tiga warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga Pakistan serta Myanmar," katanya kepada media, semalam.

Katanya, empat majikan dipanggil untuk diambil keterangan kerana didapati bersalah menggaji Pati dan akan didakwa mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1963.

DSA: Pakistan Dedah Kereta Kebal Terbarunya “Haider”, Hasil Kerjasama Rapat Dengan China

BERITAINTERNATIONALTEKNOLOGI KETENTERAAN
Haider
"Haider"
(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Baru-baru ini, Pakistan telah mendedahkan kepada awam kereta kebal utamanya yang baru dinamakan “Haider”, yang dibangunkan hasil kerjasama di antara syarikat pertahanan negara itu dengan China.

Majlis mendedahkan kereta kebal utama terbaru Pakistan itu turut disaksikan oleh Panglima Tentera Darat negara itu Syed Asim Munir.

Dibangunkan oleh syarikat pertahanan Pakistan, Heavy Industries Taxila (HIT) dan NORINCO daripada China, kereta kebal utama terbaru Pakistan itu merupakan bukti jelas tentang hubungan pertahanan dan ekonomi yang amat erat antara kedua-dua negara.

China merupakan pembekal senjata terbesar kepada Pakistan.

Selain kereta kebal utama “Haider”, Pakistan dan China turut bekerjasama membangunkan pesawat pejuang JF-17 “Thunder” yang dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan juga Chengdu Aircraft Corporation of China.   

Menurut laporan sebelum ini, Pakistan telah bersetuju untuk membeli 674 buah kereta kebal VT4 daripada China, yang sebahagian besar daripadanya dipasang dan dihasilkan di kilang milik HIT di Pakistan.

Kemungkinan besar, kereta kebal utama terbaru “Haider” itu adalah kereta kebal VT4 China itu tetapi telah dilengkapi dengan komponen-komponen keluaran Pakistan itu sendiri bagi membolehkan ia diberikan nama terbarunya itu.

Kereta kebal utama VT4 atau MBT-3000 keluaran syarikat NORINCO daripada China itu merupakan kereta kebal generasi ketiga dan adalah varian eksport daripada kereta kebal Type 99 yang digunakan oleh Tentera Darat China.

“Haider” adalah kereta kebal terbaru industry pertahanan Pakistan, yang sebelum ini telah membangunkan kereta-kereta kebal buatan tempatan yang lain seperti “Al-Zarrar” dan “Al-Khalid.”

Mengenai kereta kebal utama “Haider”, ia direkabentuk secara konvensional dengan dioperasikan oleh tiga krew, dengan pemandu kereta kebal berada di bahagian hadapan.
Haider
“Haider”
Mengenai sistem persenjataannya pula, ia dilengkapi dengan meriam 125mm yang berkemampuan melancarkan pelbagai peluru seperti APFSDS, HE, HEAT dan juga peluru berpandu anti-kereta kebal.

Dengan kapasiti untuk membawa 38 butir peluru, kereta kebal utama “Haider” mampu berada lama di medan peperangan untuk memusnahkan lebih banyak sasaran.

Selain meriam, kereta kebal terbaru Pakistan itu juga dilengkapi dengan mesingan 7.62mm dan Remote Control Weapon Station (RCWS) dengan mesingan berat 12.7mm sebagai sistem pertahanan jarak dekatnya.

Untuk sistem pertahanannya, selain mesingan 7.62mm dan 12.7mm, kereta kebal utama “Haider” itu juga dilengkapi dengan sistem armor yang terdiri daripada teknologi armor komposit dan reaktif bagi melindunginya daripada pelbagai ancaman termasuk peluru berpandu anti-kereta kebal.

Mengenai enjinnya pula,  ia dilengkapi dengan enjin diesel yang memberikannya kuasa 1,200 kuasa kuda, transmisi otomatik bagi membolehkannya mencapai kelajuan 70km sejam untuk jarak operasi sejauh 500km.
Haider
“Haider”
Kereta kebal utama “Haider”juga dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan (fire control system) yang canggih bagi membolehkan ia membedil sasaran di medan pertempuran dengan darjah ketepatan yang tinggi.

Sistem Fire Control System kereta kebal utama “Haider” itu juga dilengkapi dengan komputer ballistik yang melakukan kiraan bagi memastikan sasaran ditembak dengan tepat sekaligus memusnahkan ancaman. — DSA

Sorok minyak masak peket, KPDN serbu pasar raya, jumpa 30 peket disembunyi dalam stor

MAISARAH AISYA

Isu sorok minyak masak peket ini bukanlah sesuatu yang baru namun kini tindakan tegas di ambil terutamanya apabila semakin dekat dengan musim perayaan.

Tambahan bulan Ramadan bakal menjelang maka orang ramai pastinya mencari minyak masak peket bagi persiapan untuk masak waktu sahur dan berbuka.

Sebuah pasar raya di Sungai Lalang, Kedah berdepan tindakan tegas selepas menyembunyikan minyak masak peket.

Menurut Kosmo, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu pasar raya tersebut selepas mendapat aduan orang awam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan pukul 11.30 pagi itu dilakukan susulan laporan yang menyatakan bahawa premis berkenaan memberi alasan sudah kehabisan stok.

“Kita menggerakkan operasi pemantauan dengan menghantar anggota KPDN berpakaian preman untuk melakukan uji beli di premis tersebut dan mendapati tiada minyak masak peket dipamer di rak jualan.

“Semasa penyamaran itu, anggota kita dimaklumkan oleh seorang pekerja premis berkenaan bahawa bekalan minyak masak peket telah habis,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Tambahnya, pasukan serbuan kemudian memasuki premis berkenaan dan berjaya menjumpai 30 minyak masak peket disembunyikan di dalam stor

“Pihak kita kemudian menyita kesemua minyak masak peket bernilai RM75 itu untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16A(1)(b).

Kes culik: 4 termasuk warga China ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Empat lelaki, termasuk tiga warga China, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan pemilik sebuah restoran di Georgetown semalam.

Suspek berusia 32 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Georgetown hari ini, manakala mangsa berusia 30 tahun ditemukan selamat, kata Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin.

“Kira-kira 6 petang semalam kita terima laporan daripada seorang wanita warganegara China memaklumkan suaminya diculik. Susulan itu, satu pasukan khas ditubuhkan dengan keanggotaan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Pulau Pinang.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, mangsa berjaya diselamatkan dan empat suspek ditahan,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang, lapor Bernama.

Beliau berkata, walaupun wang tebusan berjumlah RM277,886 telah dibayar, mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Polis sedang giat memburu tiga lagi suspek warga China yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

Khaw berkata, motif penculikan masih disiasat, sama ada berkaitan masalah peribadi, hutang atau melarikan dengan niat mendapatkan wang tebusan.

Kesemua suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Warga asing pesta dadah di tengah laut sambil menangkap ikan

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
Maritim Malaysia Selangor menahan empat nelayan warga asing yang sedang leka menangkap ikan menggunakan pukat tunda bersama barang terlarang di kedudukan kira-kira 10.8 batu nautika barat Sekinchan, Ahad lalu. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA SELANGOR
Maritim Malaysia Selangor menahan empat nelayan warga asing yang sedang leka menangkap ikan menggunakan pukat tunda bersama barang terlarang di kedudukan kira-kira 10.8 batu nautika barat Sekinchan, Ahad lalu. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA SELANGOR
Sekinchan: Tidak hanya `merampas' kerjaya nelayan tempatan malah nelayan warga asing turut dikesan membawa budaya buruk menagih pelbagai jenis dadah ketika menangkap ikan di laut.

Ini terbukti apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor memberkas empat nelayan asing sebelum menemui dan merampas peralatan menghisap dadah syabu, ubat batuk selain beg plastik mengandungi daun ketum.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya mengesan bot nelayan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin di perairan Sekinchan.

Beliau berkata, bot dikendalikan seorang tekong dan tiga kru warga Myanmar berusia antara 30 hingga 38 tahun itu sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda.

"Pemeriksaan lanjut menemui tiga set peralatan menghisap dadah, tiga peket plastik lut sinar mengandungi hablur kristal berwarna putih disyaki dadah syabu anggaran berat kasar tiga gram, tiga botol ubat batuk dan satu plastik beg hitam mengandungi daun ketum seberat tiga kilogram.

"Turut ditemui satu tangki simpanan bahan api yang diubah suai berisi anggaran 400 liter minyak diesel di bahagian hadapan dek bot," katanya.

Abdul Muhaimin berkata, kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 selain Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan warga asing dan memasang alat perhubungan elektronik menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

"Siasatan turut membabitkan Akta Imigresen 1959/63 kerana tiga kru yang ditahan bekerja tanpa permit yang sah," katanya

Bekas kakitangan JKM didakwa songlap hampir RM15 juta

Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my
Bekas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Sarawak, dibawa masuk ke Mahkamah dituduh menghadapi 34 pertuduhan mengikut Seksyen 4A (1) AMLATFPUAA membabitkan penyelewengan lebih RM10 juta di Mahkamah Tinggi Kuching. FOTO NADIM BOKHARI
Bekas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Sarawak, dibawa masuk ke Mahkamah dituduh menghadapi 34 pertuduhan mengikut Seksyen 4A (1) AMLATFPUAA membabitkan penyelewengan lebih RM10 juta di Mahkamah Tinggi Kuching. FOTO NADIM BOKHARI
Kuching: Bekas pembantu tabdir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah dengan nilai keseluruhan hampir RM15 juta.

Tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin @ Ang Chui Thong, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di empat Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4A (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Keempat-empat hakim Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin yang keseluruhan berjumlah RM365,000 dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Bagi kes mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dia dituduh melakukan pecah amanah membabitkan nilai sebanyak RM10.2 juta.

Ia membabitkan pecah amanah wang gaji kakitangan JKM Sarawak antara Jun 2019 hingga Disember 2021.

Dalam kes mengikut Seksyen 4A(1) (AMLATFPUAA) 2001 pula, dia menghadapi 34 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram bernilai RM4.7 juta antara Disember 2020 hingga Januari 2022.

Empat hakim yang mengendalikan kes berkenaan ialah Hakim Mahkamah Sesyen 1 Iris Awen Jon, Hakim Mahkamah Sesyen 2 Afidah Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Sesyen 3 Musli Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Sesyen 4 Saiful Bahri Adzmi.

Tertuduh yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing selepas meletak jawatan dari JKM Sarawak pada 2021 diwakili peguam Christopher Bada.

Elly Arifin trauma dicabul ustaz

Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my
Elly Arifin.
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Elly Arifin, 35, masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam dirinya yang didakwa pernah dicabul seorang pengamal perubatan Islam yang bergelar ustaz, dua tahun lalu

Elly atau Nurul Elyana Kamalul Arifin berkata, peristiwa dicabul itu dialaminya ketika mendapatkan rawatan kerana mahu pulihkan semangat di rumah individu terbabit.

"Pada 2022 lalu, saya dicabul oleh seorang individu bergelar ustaz yang sangat dipercayai dan rapat dengan keluarga saya. Jadi, memang tak terfikir langsung kejadian sebegitu boleh berlaku.

"Individu itu bertindak memasukkan tangannya di bahagian sulit saya ketika berada dalam keadaan separuh sedar. Emak yang suruh saya berjumpa dengannya ketika itu untuk tujuan berubat.

"Rawatan lebih kepada hendak pulihkan semangat saja. Jadi, saya datang seorang diri ke rumah individu itu dengan pakaian 'sweater' dan seluar besar, jadi memang tak ketat pun," katanya kepada Harian Metro.

Elly berkata, ketika sesi rawatannya itu dia hanya minum air yang sudah dibaca ayat oleh individu terbabit, namun dalam keadaan separuh sedar tetap dapat merasakan tangan individu itu meraba pada bahagian atas dan bawah alat sulitnya.

Terdahulu, Elly hadir pada sidang media sempena tayangan perdana filem Korsakoff lakonannya bersama Iqram Dinzly, Erra Fazira, Azhan Rani dan Ning Baizura, semalam.

Ujarnya lagi, walaupun individu itu memintanya agar tidak bercerita kepada sesiapa dan ahli keluarga, namun dia tetap bertindak membuat laporan polis tiga hari selepas kejadian berkenaan. 

"Dia (individu itu) sudah pun didakwa dan mengaku bersalah di mahkamah. Dia juga diperintahkan membayar denda dan kes ini dah pun ditutup sebab tidak mahu memanjangkan isu.

"Walaupun tidak mahu mengingatnya lagi. Tapi, sampai sekarang saya masih trauma dengan apa yang berlaku," katanya. 

Mengulas dirinya sebagai pelakon, Elly berkata dia berasa amat bertuah kerana mendapat peluang untuk watak utama dalam filem Korsakoff sekalipun diri adalah pelakon baharu dan kurang pengalaman.

Filem Korsakoff terbitan D Alpha Legacy yang bergenre psiko thriller arahan Opie Zami mengangkat kisah masalah mental dan akan menemui penonton di saluran Astro First mulai 14 Mac ini.

'Port' lelaki gila seks diserbu, 12 ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
ANTARA pelacur dan pelanggan lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. FOTO ihsan PDRM.
ANTARA pelacur dan pelanggan lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. FOTO ihsan PDRM.
Kuala Lumpur: Menawarkan khidmat pelacuran pada waktu siang kepada golongan lelaki 'gila seks'.

Aktiviti premis perniagaan yang beroperasi di Jalan Petaling di sini, itu bagaimanapun diserbu polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan pada 4 petang itu dilakukan di lapan premis pelacuran sekitar kawasan berkenaan.

"Hasil serbuan, polis menahan 12 individu terdiri daripada lapan wanita tempatan dan empat lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 49 tahun.

"Polis turut merampas 89 keping kondom, gel pelincir, buku catatan dan wang tunai RM500," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, kesemua individu ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga 11 Mac ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 373 kanun sama.

Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis tahan suami pengasuh cabul kanak-kanak

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun selepas melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak di rumah pengasuh di Pandan Indah, di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, ibu mangsa berusia 38 tahun membuat laporan polis pada 29 Februari lalu jam 8.30 pagi selepas mengetahui anak perempuannya berusia lima tahun menjadi mangsa.

Menurutnya, anak keduanya memberitahu suspek yang juga suami pengasuh mencium pipi dan mencabul anaknya.

"Ibu mangsa ada menerima mesej daripada pengasuh memberitahu suaminya itu tidak melakukan perkara terbabit.

"Pengasuh itu meminta dia merahsiakannya kerana mempunyai anak asuhan yang ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazruel Ekhram berkata, polis menahan suspek di Jalan Pandan Indah 22, pada 10.50 malam Isnin lalu.

"Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan dapati suspek negatif dadah. Semakan dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

"Suspek direman seminggu bermula Selasa lalu hingga 11 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

'Pegawai bertubi-tubi tampar muka, duduk atas perut kadet TLDM'

Hidir Reduan Abdul Rashid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendengar keterangan bahawa seorang pegawai latihan duduk di atas perut kadet Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam dan menamparnya, sehari sebelum dia meninggal dunia enam tahun lalu.

Bekas pelatih kadet TLDM Anas Hakimi Mat @ Ahmad berkata, seorang pegawai bernama Leftenan Muda Ariff (tiada nama penuh dalam kertas kausa) melakukan perbuatan itu terhadap Soosaimanicckam, 27, semasa latihan kadet dengan kehadiran saki pada 18 Mei 2018.

Soosaimanicckam ditemui meninggal dunia pada keesokan harinya.

Semasa perbicaraan hari ini dalam kes saman kecuaian oleh keluarga si mati terhadap TLDM dan beberapa yang lain, Anas berkata dia berada di mahkamah untuk menuntut keadilan bagi mendiang.

Hakim Idah Ismail mempengerusikan perbicaraan tindakan sivil menuntut ganti rugi daripada defendan.

Selanjutnya, saksi berusia 30 tahun itu berkata Soosaimanicckam sering diasingkan daripada pelatih lain kerana si mati berkali-kali memohon untuk dikecualikan daripada latihan atas alasan perubatan.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam keluarga Zaid Malek, Anas mendakwa dia dan pelatih lain melakukan tekan tubi dan lompat katak apabila saksi melihat apa yang dilakukan Ariff terhadap Soosaimanicckam.

Saksi itu mendakwa mendiang menjadi sasaran kerana tidak dapat bersaing dengan pelatih lain dalam latihan kadet tentera laut.

“Defendan ke-10 Leftenan Dua Ariff, kejadian berlaku pada hari Jumaat, sehari sebelum kematian si mati. Ariff duduk di atas badan si mati, di atas perut, dan menampar muka si mati bertubi-tubi.

"Pada hari kejadian, kami berada di hadapan, dia (Soosaimanicckam) dipukul dan hampir semua orang yang menghadiri latihan melihat dia dipukul," kata Anas.

Saksi itu memberi keterangan seorang pegawai bernama Mejar Rahim datang ke tempat kejadian dan meredakan keadaan.

Anas memberitahu mahkamah mendiang sentiasa didiskriminasi atas sebab kaum, dengan beberapa permohonan untuk cuti sakit ditolak, seterusnya mendakwa bahawa dia dilabel 'Si Manja'.

Saksi itu berkata tidak lama selepas kematian Soosaimanicckam, dia telah dilepaskan daripada Tentera Laut berikutan jatuh sakit akibat keracunan berikutan meminum air yang tercemar oleh najis tikus. Anas kini seorang peguam.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam kanan persekutuan Nur Ezdlani Roheb, Anas tidak bersetuju bahawa tujuan mendiang diasingkan dan diberi layanan kasar untuk memantapkan disiplin dan semangat juang untuk negara.

Anas juga tidak bersetuju dengan peguam kerajaan persekutuan bahawa keterangannya mengenai sebab berkaitan kaum di sebalik layanan terhadap si mati hanyalah renungan selepas kejadian dan andaian semata-mata.

Perbicaraan di hadapan Hakim Idah disambung pada 17 April.

Pada 19 Mei 2021, bapa Soosaimanicckam, S Joseph, 71, memfailkan writ saman terhadap 15 defendan, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beberapa pegawainya, menteri pertahanan dan kerajaan persekutuan.

Keluarga itu mendakwa defendan gagal memberi rawatan tepat pada masanya kepada Soosaimanicckam, dan mendiang didakwa didera oleh beberapa defendan, termasuk Ariff.

Mahkamah Koroner di Ipoh pada Jun tahun lalu memutuskan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai Soosaimanicckam.

Koroner Ainul Shahrin Mohamad juga memutuskan punca kematian Soosaimanicckam semasa menjalani latihan sebagai pegawai kadet di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei 2018 adalah disebabkan edema pulmonari (cecair dalam paru-paru).

Ainul Shahrin berkata menurut laporan mendiang terbuang air besar ketika mandi, sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut, dan disahkan meninggal dunia selepas itu.

Keputusan 'terbuka' bermaksud bukti tidak menjelaskan sepenuhnya punca dan keadaan kematian.

Keluarga si mati mempunyai rayuan yang belum selesai di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan keputusan Koroner.

Pada 19 Mei 2018, Soosaimanicckam yang ketika itu berusia 27 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

TLDM dalam kenyataan media pada 20 Mei 2018 memaklumkan, Pegawai Kadet Graduan (PKG) itu mengadu sakit dada dan sesak nafas di blok penginapannya selepas selesai menjalani latihan fizikal, yang merupakan rutin harian pelatih pada pukul 12.20 tengah hari.

Susulan itu, Soosaimanicckam telah diberikan bantuan penafasan dan rawatan lanjut oleh doktor yang bertugas, sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.45 petang.

Mendiang melapor ke Kapal Diraja (KD) Sultan Idris bagi menjalani latihan kursus kelayakan pegawai graduan, pada 12 Mei 2018.

Beri maklumat palsu pada JPN, warga emas dihukum penjara 3 bulan

Bernama

SANDAKAN: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan pada 2022.

Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu ke atas Bakri Sakka, 70, dan memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini dan tambahan lima bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Bakri didakwa mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendaftarkan kad pengenalan seorang lelaki yang bukan anak kandungnya dan bukan warganegara Malaysia.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Wisma Persekutuan Sandakan pada 4.39 petang 20 Sept 2022 mengikut Peraturan 25 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bakri, yang diwakili peguam Mohd Nazri Zikiri, merayu supaya dikenakan hukuman ringan berbentuk denda berikutan faktor usianya.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa JPN Sabah Mohd Naser Mohd Nadzeri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pencegahan kerana kes itu merupakan isu serius dan sensitif serta melibatkan kedaulatan negara.

“Sekiranya penyamar berjaya memperolehi kad pengenalan tersebut, penyamar akan mendapat segala kemudahan dan kelebihan sebagai warganegara sedangkan penyamar tidak layak,” katanya.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, seorang pemegang dokumen IMM13 dijatuhi hukuman 12 bulan penjara bermula hari ini dan denda RM7,500 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut, kerana memberi maklumat palsu kepada JPN.

Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo menjatuhkan hukuman itu ke atas Hasanuddin Sande, 38, dan memerintahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen setelah selesai hukuman penjara.

Hasanuddin yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah memberikan maklumat palsu kepada JPN bagi mendaftarkan kad pengenalan sebagai pemohon menggunakan daftar kelahiran bukan kepunyaannya di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Wisma Persekutuan Sandakan pada waktu dan tarikh sama.