"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Saya tidak halal dunia akhirat" - Tok Guru Nik Aziz

Pria Malaya
Berikut adalah ucapan Tok Guru Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26 November 2009.

"Ambo (saya) tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tidak beri boleh buat apa". Demikian kenyataan kesal Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Beliau mendakwa tindakan tersebut dibuat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkan kerajaan PAS di Kelantan.

"Mereka ini merancang nak runtuhkan Islam, nak lawan agama (secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena."

"Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo (saya) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui sebaran di internet dan sebagainya".

Katanya semasa berucap pada majlis penghayatan Hari Wuquf di Pusat TarbiahIslamiah (PUTIK), Pangkalan Chepa hari ini.


sumber keratan Akhbar, RBF



[[ Dua 'peringatan' penting dari kenyataan Tok Guru diatas..pertama, Tok guru tidak halal dunia akhirat mereka yang menjadi dalang menghalangnya dari menunaikan Haji (Umrah sebenarnya) pada tahun ini, termasuk yang bertindak mencemarkan maruah beliau seolah2 menerima rasuah, adanya agenda tertentu dan sebagainya..

Kedua, Tok Guru membayangkan terdapatnya usaha dari individu/kumpulan yang cuba hendak meruntuhkan kedudukan beliau dan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, terutama melalui medium internet! Ternyata tindak tanduk 'mereka' diibaratkan Tok guru seperti ingin meruntuhkan Islam dalam sedar mahupun tidak..

Ini adalah apa yang difahami penulis..terserah pada kalian untuk menilai dan memahami kenyataan Tok guru Nik Aziz diatas, termasuklah sumber berita ini diperoleh ('sumber' tidak menyertakan akhbar manakah yang dirujuk)...apa yang jelas dari berita diatas, Tok Guru jelas kesal terhadap pihak yang cuba men'sabotaj' beliau serta pentadbirannya..beliau juga mempertahankan Tuan Guru Presiden PAS dari diserang 'musuh' dalam dan luar, samada melalui sebaran internet dan sebagainya...wallahua'lam..]]

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Najib ada peluang halau hantu Altantuya

Penarik Beca

Saya tak pernah berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib pula tak kenal saya.Saya teringin hendak bertanya Najib, mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiasat persendirian P Subaramaniam sebaik sahaja penyiasat itu membuat pelbagai tuduhan yang memburukkan Najib dalam akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008?

Memanglah akuan bersumpah harganya RM4 sahaja. Tetapi, ini bukan soal harga RM4 atau 40 sen. Ini soal apa yang terkandung dalam akuan itu. Ini soal maruah Najib yang digambarkan lebih najis dari taik babi dalam akuan bersumpah itu. Maruah Najib tidak berharga RM4. RM4 bilion pun terlalu kecil harganya.

Jika Najib di pihak yang benar, tidak perlu direkacipta akuan bersumpah Balasubramaniam yang kedua selepas akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 itu? Nah, kalau orang memperlecehkan akuan bersumpah yang pertama kerana harganya hanya RM4 sahaja, bukankah akuan bersumpah kedua juga sama nilainya? Nobody can inflate the price of statuory declaration.

Jika Najib dipihak yang benar, apa perlunya operasi meghaibkan Balasubramaniam?

Jika Najib di pihak yang benar, bukankah penyiasat itu rakyat negara ini? Tidak perlu ke luar negara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Najib pula pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Empayarnya di dalam Umno terlalu besar dan tak mungkin dapat dikalahkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun menantunya, Khairy Jamaluddin.

Sukar hendak dibayangkan bahawa institusi perundangan boleh dimanipulasikan untuk menganiaya Najib. Orang-orang Umno tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku jika, katakan, Abdullah dan Khairy mahu memanipulasikan mahkamah untuk memangsakan Najib.

Kini, Balasubramaniam dah nak balik Malaysia dan hidup seperti biasa. Biarkan dia balik dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan ancaman.

Selepas itu, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh Najib ialah mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Lawan apa yang disebut-sebut sebagai fitnah penyiasat itu di padang yang sama rata, iaitu mahkamah, walaupun tidak mudah bagi rakyat biasa di negara ini melihat mahkamah di Malaysia sebagai a leveled playing field untuknya.

Najib ada peluang untuk menghalau hantu Altantuya Shaariibuu.

Berkaitan:
Part 1: Lawyer: Najib 'linked' to Bala's disappearance (Malaysiakini 25/11/09)
Part 2: PI's lawyer:'Anwar not behind Bala tapes' (Malaysiakini 26/11/09)
Part 3: Two different parts in Bala's SD, explains PI's lawyer (Malaysiakini 27/11/09)
penarikbeca.blogspot.com

Chin Peng:Saya ingin balik ke tanahair saya

Lim Hong Siang

"Memang saya ingin balik ke tanah air saya. Saya akan cuba dengan pelbagai cara, (ketawa) seludup masuk pun boleh...entah boleh berjaya atau tidak... saya sendiri pun tak dapat pastikan. Saya akan cuba.... cuba."

Demikianlah luahan Chin Peng (gambar kanan), Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya dalam bahasa Melayu ketika diminta untuk menyatakan perasaan dan kedahagaan beliau untuk kembali ke tanah air dalam bahasa kebangsaan. Chin Peng, 85 walaupun mengaku bahawa dirinya sudah lama tidak berucap dalam bahasa Melayu, tetap sudi untuk mencuba.

Chin Peng berkata sedemikian selepas satu wawancara yang dihadiri semua media cetak bahasa Cina di Malaysia, termasuk media internetMerdekaReview, Malaysiakini dan The Nut Graph. Wawancara yang mengambil masa lebih daripada satu jam ini diadakan pada kira-kira 4 petang (waktu Malaysia), di J.B Hotel, Hatyai.

Dalam wawancara tersebut, Chin Peng berulang kali menegaskan hasratnya untuk pulang ke tanah air.

Chin Peng atau nama asalnya, Ong Boon Hua adalah Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau dilahirkan pada tahun 1924 di Setiawan, Perak. Chin Peng menjadi ahli Parti Komunis Malaya pada tahun 1940, dan menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM pada Mei 1947 ketika berusia 23 tahun.

Selepas Rundingan Baling pada tahun 1955, Chin Peng hanya muncul di khalayak umum 34 tahun kemudian, iaitu pada 2 Disember 1989, untuk menandatangani Perjanjian Hadyai bersama kerajaan Malaysia.

Sepanjang 20 tahun ini, Chin Peng pernah ditemuramah BBC, dan Sin Chew Daily pada Mac 1998. Menjelang ulang tahun ke-20 Perjanjian Hadyai, Chin Peng kini menjadi tumpuan media, setelah ditemuramah oleh Malaysian Insider dan Star.

Dalam wawancara bersama Star yang disiarkan pada 22 November 2009, Chin Peng memohon maaf buat sulung kalinya, setelah mengakui bahawa PKM mungkin tersalah bunuh mereka yang tidak berdosa ketika dalam zaman perang. Malah, beliau sanggup bertangunggjawab ke atas segala tindakan rakan seperjuangannya.

"Tiada maaf bagimu"

Walau bagaimanapun, mohon maaf oleh Chin Peng tetap tidak diterima oleh kerajaan Malaysia. Pada 24 November, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, "Sebagai kerajaan yang prihatin atas sentimen rakyat yang masih membara itu, kita memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf."

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff bin Ahmad, ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 11 November 2009 berkata, "...Chin Peng dia tidak meletak senjata sebab itu kita tidak terima Chin Peng, PKM letak senjata, signed, tetapi Chin Peng tidak letak, itu saya kena betulkan."

Abdul Latiff bin Ahmad menambah, "Sebab itu dia (Chin Peng) masih lagiperceive threat kepada kita..."

-detikdaily-

Pelaksanaan tak betul punca gagal hayati ibadat korban

Hasliza Hassan

KONSEP ibadat korban perlu diubah dengan meletakkan tujuan pelaksanaannya di tempat yang betul mengikut keutamaan supaya hikmah digalakkan umat Islam melakukan pengorbanan itu benar-benar dihayati serta mencapai matlamatnya.

Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Ridhwan Tee Abdullah, berkata cara pelaksanaan ibadat korban boleh berubah daripada amalan yang menjadi kebiasaan sesuai perkembangan serta tuntutan semasa.

"Korban tidak semestinya korban lembu saja. Menurut al-Qaradhawi mengenai keutamaan korban itu, antara menunaikan haji dan membantu umat Islam di Palestin, duit menunaikan haji itu lebih wajar diberi kepada umat Islam di Palestin yang benar-benar memerlukan.

"Ganjarannya nanti sama seperti menunaikan haji mabrur walaupun tidak pergi ke Makkah," katanya pada majlis Forum Perdana Sempena Ibadat Korban anjuran Masjid Negara di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara, kelmarin.

Beliau yang mengupas persoalan maksud ibadat korban dalam konteks masyarakat di Malaysia dalam perbincangan bertajuk Korban atau Terkorban berkata, tidak keterlaluan jika dikatakan keutamaan amalan ibadat korban di negara ini tidak diletakkan di tempat sepatutnya.

Budaya menyembelih lembu di masjid, kebanyakan kawasan terutama di bandar memperlihatkan daging korban disedekahkan kepada mereka yang biasa makan daging sedangkan tujuan berkorban adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan.

Ada sesetengah tempat, pihak pengurusan masjid menghadapi kesulitan mencari anak kariah miskin atau kurang berkemampuan untuk disedekahkan daging korban sedangkan jumlah lembu disumbangkan untuk ibadat itu melebihi keperluan penduduk setempat.

Justeru, Mohd Ridhwan berkata, umat Islam yang ingin melaksanakan ibadat korban mempunyai pilihan termasuk melaksanakan ibadat itu di kawasan terpinggir atau negara lain yang masyarakat Islam di sana tidak berpeluang makan daging.

Katanya, dengan cara itu umat Islam dapat menghayati hikmah disyariatkan ibadat korban iaitu untuk meningkatkan ketakwaan dan mensyukuri nikmat Allah kurniakan dengan berkongsi rezeki itu bersama saudara kurang berkemampuan.

"Hari ini kita berlumba-lumba untuk menyembelih lembu dan selepas sembelih kita juga yang ambil atau beri kepada saudara yang hidupnya memang makan daging, sedangkan jika duit itu kita sedekahkan kepada umat Islam yang mendesak hidupnya sekarang adalah lebih baik," katanya.

Beliau berkata, pengorbanan juga perlu dilakukan dengan niat ikhlas kepada Allah kerana hanya pengorbanan ikhlas membolehkan seseorang itu menghayati serta menikmati ganjaran daripada ibadat dilakukan.

Katanya, amalan korban juga sepatutnya menjadi iktibar kepada umat Islam meningkatkan kecintaan kepada Allah dengan mengingati kisah Nabi Ibrahim yang taat serta ikhlas beribadah hingga sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail.

Pada masa sama katanya, keikhlasan bersedekah kepada golongan miskin melalui amalan korban akan melahirkan insan berjiwa prihatin terhadap nasib menimba saudara dengan memberi kegembiraan kepada mereka pada sambutan Aidiladha.

Sementara itu, pakar motivasi yang juga Presiden Pertubuhan Muslim Antarabangsa, Dr Rubiah K Hamzah, berkata hikmah ibadat korban gagal dihayati disebabkan ikrar syahadah tidak meresap dalam jiwa umat Islam.

Beliau yang ditanya mengenai senario melanda masyarakat hari ini yang sanggup mengorbankan agama, keluarga dan intelektual kerana terpedaya hasutan keduniaan meletakkan kesalahan itu kepada ibu bapa.

"Saya nak tanya siapa yang mendaftarkan anak mereka menjadi hamba Allah. Berapa ramai ibu bapa yang mengajar sendiri syahadah kepada anak mereka. Jika ikrar syahadah tidak lekat pada anak, bagaimana masalah dalam masyarakat hendak selesai," katanya.

Beliau berkata, masalah terkorban dan terpedaya dengan perkara melalaikan serta merugikan tidak akan timbul jika ibu bapa sanggup berkorban masa serta harta demi menyuburkan pembangunan budaya bertuhan dalam keluarga.

Rubiah berkata, ibadat korban yang dilaksanakan menjadi tidak ikhlas kerana ikrar kosong terhadap Allah tidak ditunjangi rasa cinta sedangkan bagi yang menjiwai janji diucapkan akan memastikan setiap perbuatan semata-mata mendapat keredaan Allah.

Oleh itu katanya, ibu bapa bertanggungjawab menanam akidah dalam jiwa anak sebagai akar yang akan menjadi pengikat supaya mereka tidak mudah menjadi korban kepada perkara negatif yang semakin menular hari ini.

"Suntikan kepada anak, mereka hamba Allah, bukan hamba kepada kerja, harta atau sebagainya. Remaja tersungkur kerana jiwanya kosong tetapi jika dididik setiap yang dinikmati adalah atas izin Allah, matlamat hidup menjadi jelas kepada mereka.

"Kuncinya ialah apa juga yang dinikmati atau dirasai adalah dengan izin Allah. Ibu bapa jangan asyik semak berapa A anak dapat, semak juga apakah aurat anak terjaga. Semua tidak dapat diubah melainkan dengan apa yang kita namakan taubat. Jika tidak semua masalah tidak selesai," katanya.

B/H-detikdaily

PAS MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MELARANG KURSUS BIRO TATA NEGARA

PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja.

Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.

Pas juga kesal apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Hj Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.
27.11.2009

Dun Perak: Cawangan, ahli digesa siap sedia hadapi pilihan raya

Harakahdaily
TITI SERONG,28 Nov:
Cawangan PAS digesa bersiap lebih awal untuk menghadapi kemungkinan pembubaran DUN berdasarkan kemelut suasana politik Perak yang tidak menentu.

Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini semalam.

"Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga,"jelasnya sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihan raya di kalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

"Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan raya,"kata Drs. Khalil.

Beliau juga mengharapkan cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti culaan undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

"Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawangan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan," jelasnya lagi.

Tambahnya,PAS dan pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihan raya apalagi berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada.

"Kemelut politik yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN...hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini," tegasnya.

BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata

M Khaleel Kas
SIJANGKANG, 28 Nov:
Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.

"Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat
jelas program sebegitu,"jelasnya semasa ditemui Harakahdaily di lokasi majlis korban di Dun Sijangkang sebentar tadi.

Disebabkan itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan 'anak-anak buah'nya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN.

(Gambar: Dr Ahmad Yunus sedang melakukan ibadah korban dengan menyembelih lembu di Masjid al-Firdaus Kg Sg Rambai pagi tadi)

Dalam pada itu, Dr Ahmad juga menjelaskan bahawa, kerajaan negeri sendiri telah memperkenalkan programnya tersendiri dalam memastikan pembinaan modal insan para belia di negeri Selangor melalui program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual,Emotional, Social).

"Kita telah lama wujudkan dan memang terbukti memberikan kesan yang baik berbanding dengan program-program seperti BTN,"katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN).

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali,keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.

Dalam satu sidang media di Shah Alam baru-baru ini, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama."

"Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.

"Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat."

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

MB Negeri Sembilan disiasat isu duit RM10 juta

Angkasanuri
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Hassan disiasat oleh Bank Negara berkaitan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta yang dilakukan melalui Pengurup wang pada tahun 2008 ke London.

Tindakan tersebut ternyata melanggar undang-undang negara kerana setiap pemindahan wang ke luar negara melibatkan jumlah yang besar perlu melalui prosedur dan kebenaran Bank Negara.

Malahan pemindahan wang melibatkan jumlah yang besar menimbulkan persoalan iaitu dari mana Mohamad Hassan dapat duit sebanyak itu dan apa tujuannya duit tersebut dihantar ke London?

Isu terkini melibatkan Mohamad Hassan seperti mengulangi episod bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhamamad Taib yang pernah ditangkap ketika sedang pikul guni duit di Brisbane Australia.

Cuma Mohamad Hassan cerdik sedikit dari Mohamaad Taib kerana tidak pikul duit ke luar negara tetapi melalui orang tengah.

Saya yakin isu ini akan tenggelam dan hilang macam tu sahaja melainkan ada pihak tertentu yang tidak mahukan lagi Mohamad Hassan menjadi MB Negeri Sembilan.

Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan dalam media

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 28 Nov:
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau.

Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menanti Kata Muktamad Tok Guru

Zolkharnain Abidin
Husam Musa telah menyuarakan kesediaannya untuk menolak jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia ditawarkan untuk jawatan itu. Baginya, calon yang paling layak ialah Ahmad Yaakob berdasarkan kekananan dalam kerajaan dan parti.
Nik Mohd Amar juga menyatakan pendirian yang sama iaitu menyokong Ahmad Yaakob untuk menduduki kerusi itu sekiranya Tok Guru Nik Aziz mengundurkan diri.

Nampaknya, dua orang kanan Tok Guru iaitu TPJ II dan TPJ III Kelantan telah mempunyai pendirian dalam persoalan siapa bakal pengganti Tok Guru. Ahmad Yaakob yang tercalon adalah TPJ I.

Saya fikir kalau diberi peluang kepada exco kerajaan Kelantan yang lain untuk bersuara pun, rasanya mereka akan sependapat dengan kedua-dua orang kanan Tok Guru itu. Ahmad Yaakob, seorang yang kelihatan ‘cool’ sepanjang masa, menjadikannya sesuai menggantikan Tok Guru kerana dijangka pemilihannya tidak akan menjadikan politik Kelantan bergelora.

Nama-nama yang selama ini disebut sebagai pengganti Tok Guru, seorang daripadanya tidak bersedia dicalonkan dan seorang lagi menyokong calon lain, memberi laluan mudah kepada Tok Guru memilih penggantinya.

Nampaknya angin peralihan Menteri Besar Kelantan bertiup agak kencang sekarang. Kenyataan anak Tok Guru sendiri yang memohon supaya jangan ada mana-mana pihak yang melarang ayahnya meletak jawatan kerana sudah ‘lama dan penat’ seakan-akan memberi isyarat bahawa ‘mood’ orang ramai mahu Tok Guru menyerahkan jawatan itu kepada orang lain.

Inilah masa yang sesuai. Jangan tunggu PRU 13 dan jangan tunggu sampai Tok Guru bertambah letih dan tidak mampu lagi mengawal situasi.

Ketika ini juga imej Tok Guru sangat baik. Di kalangan orang PAS, ketegasan Tok Guru dengan isu sebelum ini yang mendorong PAS Pusat menganjurkan seminar khas meletakkan Tok Guru sebagai ‘penyelamat’ parti. Bagi orang PAS Tok Guru adalah wira.

Pada pandangan umum juga, ketegasan Tok Guru menolak penajaan menunaikan haji dan kesediaannya menamatkan perkhidmatan menantunya di PMBK, melonjakkan kewibawaan Tok Guru sebagai seorang yang menobatkan integriti dalam pentadbirannya.

Pentadbiran kerajaan Kelantan juga pada masa ini dalam suasana yang stabil berbanding kelebihan satu kerusi sahaja pada penggal yang lepas. Pasukan exco yang ada juga diyakini mampu menampung apa-apa kekurangan Ahmad Yaakob dan memantapkan kelebihan-kelebihan yang ada padanya.

Tok Guru bukan Abu Bakar as-Siddiq tetapi kesediaan Tok Guru menamakan penggantinya lebih awal boleh dikira meniru langkah khalifah Rasulullah itu.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Mohon Pertolongan: Bantulah saya menjejak Lina hazlina

Ummu

Malang tak berbau. Kerana tidak berhati2 dan cuai, saya yang biasanya tidak bertindakbalas terhadap fraud email akhirnya terpedaya. Saya sebenarnya tahu bahawa pihak maybank tidak akan menggunakan email sebagai media komunikasinya tetapi bagaimana saya boleh terpedaya, hanya Allah yg tahu. Mudah2an ada hikmahnya semua ini terjadi.

Kisahnya pada 18 nov 2009 ,saya terima satu email drpd "Maybank" dengan tajuk "account problem'. Saya tak hiraukan. Oleh kerana saya sudah menggunakan Maybank2u sejak ianya mula beroperasi lagi, tak pernah ada masalah pun. Lagi pun saya tak ada transaksi yg perlu dibuat minggu ini.Saya tak ambil kesah email ini.

Pada 19 nov 2009 dapat lagi satu email yg sama ditambah 'warning' pada tajuknya. Kebetulan ada pihak yg nak masukkan RM2500 tunai. Saya pun risau jika tidak ambil tindakan, mungkin saya tak boleh akses akaun saya. Lalu klik pada URL yg diberi dalam email tersebut. Terus saya dipandu ke satu skrin yg sama seperti Maybank yg biasa saya guna. Saya di'arah' memasukkan id dan password untuk reactivate account.Selepas itu saya diarahkan oleh 'sistem' untuk tidak mengakses akaun melalui internet sehingga jam 5 ptg.Kerana terlalu percayakan maybank saya lupa untuk menalipon mereka terlebih dahulu. Alangkah cuainya saya. Ini satu pengajaran buat saya dan kepada pembaca posting ini.

Tak lama selepas itu saya terima SMS dari maybank menunjukkan ada pindahan wang RM2500 dan RM800. Oleh kerana saya akan sibuk hari itu, saya fikir RM2500 adalah pindahan dari keluarga saya dan RM800 dari pihak koperasi saya. Hari ini 20 nov 2009 , saya memang sudah rancang untuk membuat beberapa transaksi termasuk membayar bil2.

Alangkah terkejutnya bila saya mengakses akaun melalui www.maybank2u.com.my, pada jam 12.15 tenghari, akaun saya sudah susut sebanyak Rm3300. Ada dua transaksi pindahan berlaku pada 19 nov 2009. Malah selepas menyemak transaksai akaun , saya cuba untuk mengakses URL yg diberi dalam fraud email. Malangnya semua pautan yg di beri , memberikan respon "“the page you’re looking for wasn’t found “ . maknanya mereka sudah delete program yg direka khas untuk 'mengumpan' pengguna.


Memandangkan hari ini Jumaat, saya terpaksa tunggu lepas solat Jummat untuk ambil tindakan . Selepas solat zohor saya hajat. Kemudian menghubungi 'customer service' maybank. Seperti yg dijangka pihak maybank kesal dengan kecuaian saya tidak menghubungi mereka dan percaya dengan email tersebut. Saya akui kecuaian saya. Pihak Maybank mengarahkan saya menukar kad ATM dan mereka mem'block' akaun internet saya. dan saya juga perlu buat laporan polis.

Melalui kemudahan M2uhistory saya dapat menjejak transaksi pada 19 nov 2009 dimana dua pindahan telah dibuat.. RM2500 dari akaun simpanan dan RM800 daripada akaun semasa. Pindahan telah dibuat kepada penama Lina Hazlina binti A (paparan skrin tak lengkap) nombor akaun Maybank 114236267361. Saya harap ada sesiapa yg dapat bantu saya menjejak Lina Hazlina ini selain pihak maybank yang tentunya akan dapat menjejaki maklumat beliau kerana beliau ada akaun dengan maybank.

Saya fikir jika beliau pulangkan wang saya, saya tak akan buat repot polis. Kalau saya buat laporan polis mungkin dia masuk penjara . Mana lebih baik? saya ada cari maklumat Lina Hazlina di facebook tapi tak pasti apakah itu orangnya. Jika Lina Hazlina sendiri membaca coretan ini, sila ambil tindakan sebelum saudari ditangkap.
di catat oleh Ummu_waheedah ke Memacu minda Ummah
-tranungkite-

Bukan Islam amat percaya Tok Guru Nik Aziz

Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, tiada siapa dapat menyangkal Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin yang memerintah dengan bersih, beriman dan budiman. Katanya, pandangan tersebut turut dikongsi oleh orang bukan Islam bukan saja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

"Bagi bukan Islam pun menganggap beliau seorang yang bersih dan mempunyai keutuhan integriti dan kerana itu beliau layak menjadi pemimpin. Hakikatnya Kelayakannya itu tidak ada yang dipertikaikannya.

"Orang bukan Islam tidak keberatan untuk menerima Tok Guru (Nik Aziz) kerana beliau sudah membuktikan dirinya seorang yang berintegri berakhlak tinggi dan bermoral," kata Tan Seng Giaw kepada Harakah.

Beliau berkata, mereka percayakan Tok Guru Nik Aziz kepada nilai-nilai yang termaktub dalam al-Quran iaitu seorang yang adil, jujur tanpa mengira kaum, warna kulit dan kawasan.
Malah katanya mereka percaya sepanjang 20 tahun Mursyidul Am PAS itu memerintah Kelantan beliau berjaya menolong semua kaum.

Ujar Tan Seng Giaw lagi, berdasarkan asas tersebut Tok Guru Nik Aziz diterima sekali pun tanpa modal dan hasil dari Kerajaan Pusat.

Katanya, dalam keadaan yang sedemikian Menteri Besar itu boleh kekal memerintah lebih dua dekad dengan berkesan walaupun tanpa peruntukkan dari Kerajaan Pusat.

Tan Seng Giaw yang juga anak jati Kelantan berkata, Tok Guru Nik Aziz tidak menerima rasuah dan tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengutamakan rakyat dan negeri Kelantan.

"Itulah yang istimewanya, beliau berpolitik untuk berkhidmat bukan untuk personal dan sebagai seorang ahli politik beliau memberi sumbangan dan berkhidmat untuk rakyat bukan menjadi ahli politik untuk mengaut keuntungan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.

MB Kelantan, Ahmad Yakob calon sesuai - Husam

Rizal Tahir
PERINGAT,27 Nov: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, disenaraikan antara calon yang paling sesuai bagi mengantikan tempat Menteri Besar Kelantan, sekiranya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin mengundurkan diri.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, oleh kerana senioriti Ahmad Yakob dalam kerajaan negeri sekarang, membuatkan beliau calon yang paling sesuai mengantikan tempat Menteri Besar.

“Semua layak untuk menjadi Menteri Besar, tetapi sebagai Timbalan Menteri Besar dan juga senioriti, beliau adalah calon paling layak,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan seorang lagi exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mahu Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyenaraikan nama penggantinya.

Bagaimanapun, beliau menolak sekira namanya dicalonkan untuk jawatan Menteri Besar itu kerana menyedari beliau tidak layak untuk memegang jawatan berkenaan.

“Semua layak memegang jawatan itu, exco-exco lain juga layak, Cuma saya seorang saja yang tak layak.

“Jangan calon nama saya sudahlah…,”ujarnya lagi.

Berkorban menegakkan kalimah tauhid

Mohd Rashidi Hassan

Ketibaan Aidiladha mengingatkan kita kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang mengungkapkan bahawa;

"Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula, ialah pada bulan Zulhijjah, ketika Rasulullah s.a.w menunaikan ibadah haji yang terakhir (haji wada'), maka ia disambut dengan Aidiladha."

Ungkapan ini memberi maksud bahawa Aidiladha merupakan suatu perayaan yang agung dalam Islam. Menyambut Aidiladha, bukan sekadar dengan mengorbankan binatang ternakan.

Malah sebenarnya Aidiladha adalah sambutan merayakan syumulan Islam sebagaimana firman Allah yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan aku hanya reda dengan Islam sahaja satu-satunya agama kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3).

Apabila umat Islam diajak menyambut Aidiladha sebagai hari kesyumulan Islam, maka umat Islam mestilah memahami maksud sebenar ayat yang diungkapkan pada haji wada' itu, bahawa hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Cara hidup yang lengkap dan sempurna bermaksud, Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.

Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja, ia mestilah dijelmakan kefahamannya dalam semua aspek yang dinyatakan di atas.

Apabila kita menerima Islam, kita mestilah menerima dengan sepenuhnya. Kita mesti mengikut cara Islam tatkala kita berpolitik, menjalankan ekonomi secara Islam, beramal dengan undang-undang Islam, mendidik masyarakat dengan ilmu dan nilai Islam serta menyuburkan Islam dalam semua aspek kehidupan.

Maka dengan mengamalkan ajaran Islam secara syumul itu, semua kita akan selamat.

Di setiap Aidiladha, kita disyariatkan untuk mengungkapkan kalimah tauhid, empat hari empat malam, bermula pada waktu maghrib 9 Zulhijjah sehingga pada asar 13 Zulhijjah.

Antara perisytiharan dalam kalimah tauhid yang diungkapkan pada lafaz takbir ialah (mafhumnya):

"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami sama sekali tidak akan mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati (mukhlisin), walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."

Kalimah tauhid ini membawa erti yang cukup besar, iaitu dengan jelas berulang-ulang kali kita menyatakan bahawa ketaatan kita, hanya kepada Tuhan Yang Esa.

Ketaatan dengan mengamalkan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Ketaatan membawa maksud mematuhi segala tuntutan Allah di dalam al-Quran dengan mendaulatkan seluruh sistem hidup melalui syariat-Nya.

Justeru bersempena Aidiladha ini, kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan.

Tetapi kita mesti menghayati spirit atau roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah.

Maka dengan ini, marilah sama-sama kita menjelmakan semangat korban ini dengan mencontohi perjuangan para Anbiya, mengetepikan segala kepentingan, sanggup bersusah payah, demi menegakkan kalimah tauhid yang suci.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Jangan halang ayah saya

KOTA BHARU, 25 Nov: Anak kepada Menteri Besar, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada melepaskan jawatan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melakukan yang terbaik dalam perjuangan tetapi beliau sudah tua dan keletihan.

"Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," katanya.

Beliau menegaskan demikian dalam blognya bagi menceritakan musibah yang meletakkan keluarganya dalam saat-saat sukar ekoran kemelut politik kepimpinan Pas yang sebahagiannya dikatakan sengaja dirancang, malah cuba memerangkap Nik Abdul Aziz.

"Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian Tuhan yang datang secara bertubi-tubi. Daripada isu mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah.

"Kemudian ia menerkam kepada isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan kroni. Belum pun 'bengah' (selesai), dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karakter dan karier.

"Kecuali isu EGM, ia telah meruntun keharmonian dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang,'' katanya.

Namun katanya, pengumuman Nik Abdul Aziz yang mengarahkan iparnya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK telah meredakan kepanasan suhu politik dan suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.

"Biar sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit," katanya.

Katanya, sebelum itu berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telah kedengaran lebih awal.

Mengenai isu PMBK yang melibatkan Abdul Ariffahmi, beliau sememangnya tidak menyokong pelantikan pemuda itu ke jawatan tinggi di PMBK atau jawatan Ketua Pegawai Operasi.

"Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melanda dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya.

"Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak," katanya.

- UM

Datuk Nik Aziz Nik Mat Tidak bertanding PRU13?.....

mohdnoorawang
Esok umat Islam Malaysia merayakan hari raya haji atau raya korban. Negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang meyambut meriah dengan program korban dan akikah.

Namun satu khabar berita yang bertiup kencang melanda negeri dibawah pimpinan ulama tuan guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan bakal melepas jawatan menteri besar Kelantan dan tidak dicalun dalam pilihanraya umum yang 13 nanti.

Mengikut cakap dengar dari pehak tertentu tuan guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menolak pencalunan pemilihan wakil rakyat akan datang. Jika cerita dan perkabaran ini benar bermakna penggal ini adalan penggal yang terakhir tuan guru menjadi menteri besar Kelantan.

Pejuang dan penyokong gerakkan Islam khasnya PAS kehilangan sebutir mutiara yang membawa obor Islam. Tuan guru adalah seorang ulama, pemimpin dan murabbi malah jiwanya seorang sufi yang tulen.

Kalau layak salah ke

meesepuluh
Kadang-kadang kita nak jadi juara apabila media perdana memainkan isu yang mengugat PAS dan akhiran ini TGNAA. Habis kita dimomokkan dengan berbagai ulasan dan kenyataan yang bertubi-tubi saban hari sehinggakan watak sebenar yang menimbulkan onar itu dan kuncu-kunco nya lebih dahsyat lagi cuma salakan hanya dari media, blog dan medan media pembangkang.

Media perdana tidak akan memberi tumpuan atau komen malah menutupinya atau sengaja memainkan isu-isu lain sebagai penutup kepada bangkai sedia ada pemerintah sekarang , mereka ini licik bertaktik kotor dan kita-kita ini menjadi buah percaturan mereka.

Alah hai DS Nazak permainanmu akan tamat jua lambat laun"game Over". perancanganmu telah gagal buat kesekian kalinya. Percayalah perjuangan Islam yang TGNAA bawa tak sama dengan kekarutan BN. Setiap dugaan dan ranjau itu ibarat melebur Emas. Ianya akan menulinkan dan membersih kan emas dari kotoran dan bendasing. Perjuangan ini mencari mardatillah , setiap masaalah yang direkakan untuk perjuangan ini akan mematangkan setiap warga pas. Pada aku sedikit pun tak terjejas.

Apa bezanya bila menjadi menteri yang jaga Kementah memberi kontrak terus kepada adik paklah sebagai pemmbekal ransom utk kementah pandai kau ambil hati paklah tapi ku tutuh komisen pembelian kapal selam pas tu sitembam kau pulak dapat supply segalamacam benda untuk plkn .

Macammana pulak dengan adik kau yang syarikat kecik boleh telan BBMB , kesah lama ada org di kementah pecah lobang, ada pegawai di kementah terpaksa berhenti kerana tidak mahu tandatangan bawah jagaan kau. inventori kereta kebal yang tiada isi perut , patutlah awal jadi menteri masa zaman susah rumah di jalan duta lebih berjota-jota mampu buat, betul ke tidak apa yang aku dengar tak penting tapi layak ke semua tu melainkan atau mungkin SPRM buat dono agaknya atau dah jadi sperma,Layak sangat ke semuatu

kamu anak beranak memfaraid sesama sendiri kekayaan negara ada hati nak tuding TGNAA, melainkan dah tak percaya kepada hari Akhirat. Banyak mana yang dah TGNAA dah gunakan kekayaan negeri kelantan untuk kepentingan sendiri. Aku masih percaya mekup bini kau itu boleh beli setahun baju pagoda yang TGNAA pakai takpayah cerita yang lainlah, TGNAA nak menunaikan haji pun kecoh sedangkan sitembam dengan bangga mendedahkan percutian mewah di kapal raja Saudi tu macammana ? siap jumpa barang kemas jutaan dollar nilainya.

Kalau keroni tak boleh jadi nabi juga ke sempena bulan haji ni sebagai mana berlaku peristiwa antara Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, tapi Allah SWT memberi pengitirafan kerana memang Nabi Ismail AS layak. Kalau menantu nak membantu TGNAA sepagai salah satu tenaga kerja Profesional salah ke kalau memang layak. itulah kadang-kadang kita ni bertegur sapa dengan orang pekak dan menunjuk pada orang buta memang tak dapat apa.Pada aku kes ni kecik aja cuma pengkhianat sengaja memperisukan supaya menjadi besar..Muga Allam memelihara dan meneguhkan TGNAA..wassalam

-tranungkite-

Guru DiPaksa Jadi Tukang Masak Semasa Banjir

umnopenipu
Beberapa dekad dahulu, profesion perguruan dipandang mulia oleh masyarakat. Kita dapati terdapat bekas guru yang menjadi pemimpin besar negara seperti Tun Ghafar Baba. Kini profesion mulia ini sudah hilang reputasinya.

Tugas guru kini sudah jadi tunggang langgang. Dengan tugas sebagai guru ko-kurikulum, mereka menjadi pelbagai penjawat seperti polis, askar, pengakap, pegawai JPA 3, bomba dan sebagainya.


Di sekolah pula, selain mengajar, mereka menjadi tukang kebun, pencuci dan penyapu kelas, kuli bukan sahaja kepada Pengetua dan GPK-GPKnya malah kepada pelajar juga apabila guru tidak lagi boleh mendidik pelajar dengan sewajarnya tetapi tertakluk dengan puluhan kekangan berbentuk peraturan, undang-undang dan amaran. Sekiranya ada apa-apa majlis sama ada peringkat antara sekolah, daerah, negeri atau negara, guru akan menjadi ‘seseorang’ yang lain pula seperti penjaga parking, pengawal peribadi pelajar, pemandu, penyambut tetamu, tukang masak dan sebagainya.

Pada musim tengkujuh ini, banyak sekolah di pantai timur telah dijadikan pusat perpindahan banjir. Lalu guru pun dicatur oleh sipengetua dengan menubuhkan Jawatankuasa Pengelola Pusat Perpindahan Banjir. Dalam negara ‘Malaysia Boleh’ ini, sudah menjadi amalan dan reality dimana mereka yang rendah pangkat atau kelulusannya menjadi ‘orang atasan’ kepada mereka yang lebih tinggi kelulusan, pengalaman dan pangkatnya. Contohnya ialah dalam sesebuah kampong atau mukim, ia ditadbir oleh Ketua Kampong dan Penghulu yang puratanya lulus SPM. Mereka lebih berkuasa dan ditakuti oleh Pegawai Daerah yang mempunyai kelayakan untuk menjadi ‘Stipendiary Magistrate’. Inilah yang berlaku dalam Jawatankuasa Banjir di mana JKKK diletakkan sebagai ketua dengan kuasa untuk memperkulikan guru yang berada di bawah J/kuasa mereka.

Terdapat sekolah misalnya sebuah sekolah menengah di Batu 4 Jalan Gambang Kuantan Pahang yang dikatakan ‘Sekolah Harapan Negara’ telah mengarahkan guru supaya menjadi tukang masak untuk mangsa banjir. Bukan itu sahaja, guru juga diminta mengagih , merekod, menghantar, mengambil makanan untuk mangsa-mangsa banjir. Jangan terkejut, mereka perlu melakukan semua ini dengan kenderaan mereka sendiri. Bolehkah guru dipaksa membuat kerja sebegini? Kalau mereka mahu guru buat kebajikan, maka jangan paksa, kerana kerja kebajikan ini adalah sukarela.

Inilah status guru kini dibawah pentadbiran UMNO yang dulu kini dan selamanya memang suka menganggap orang lain sebagai pariah, memperbodohkan rakyat dan mereka adalah ‘raja’ yang menguasai segala hasil negara seperti harta bapa mereka sendiri. Kenapa Ketua Polis, Wakil Rakyat, DO, Pengarah Pelajaran tidak mahu jadi tukang masak untuk mangsa banjir ini? Tidakkah mereka mahu buat kerja kebajikan lalu dapat pahala dan masuk syurga yang disediakan oleh UMNO???

-tranungkite-

Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai krisis MCA - Nik Aziz

M Faqih
KOTA BHARU, 26 Nov:
Terlebih sudu dari kuah, mungkin ia dapat menggambarkan peringatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah sekarang.

Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA.

Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia.

"Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri.
"Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik.

"Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini.

Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara.

Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang.

"Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya.

Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Keramat cinta Lombok

Amir Abd Hamid


KUALA LUMPUR: Sikap romantis selain keinginan memenuhi adat keperkasaan lelaki andainya berjaya membawa pulang anak dara dari negara asing ke kampung halaman selepas keluar merantau, menyebabkan kira-kira 600 gadis dari negara ini terperangkap dalam ‘keramat cinta’ pemuda Lombok.

Mereka kini menjadi sebahagian penghuni Pulau Lombok, di timur Indonesia, namun hampir semua gadis yang berusia 13 hingga 30-an itu mengikut kekasih pemuda Lombok yang dikenali ketika lelaki terbabit bekerja di negara ini, atas kerelaan hati masing-masing.

Dipercayai keadaan itu berlaku berikutan lebih setengah juta lelaki daripada 2.5 juta penduduk Pulau Lombok yang majoritinya daripada suku kaum Sasak, berhijrah ke luar negara terutama Malaysia untuk mencari rezeki.

Situasi itu turut menyebabkan sesetengah kampung di pulau itu ketandusan lelaki sehingga terpaksa melantik ketua kampung di kalangan kaum wanita.

Sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap tenaga kerja Indonesia iaitu Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care), turut membuat kajian impak disebabkan migrasi itu.

Migrant Care mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Indonesia termasuk di pulau berkenaan.

Wakil organisasi itu di Malaysia, Alex Ong (gambar), berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada keluarga di negara ini yang meminta pertolongan mengesan anak gadis atau ahli keluarga mereka yang dipercayai dibawa lari ke Lombok kerana mengikut buah hati masing-masing.

Katanya, pihaknya sedia membantu setakat yang termampu sekiranya ada ibu bapa atau penjaga gadis yang meminta bantuan.

“Bagi menangani masalah ini, saya fikir satu kajian mendalam perlu dilakukan cerdik pandai dari kedua-dua negara serumpun ini kerana ia membabitkan pernikahan antara dua budaya.

“Migrasi lelaki dari negara jiran terutama pemuda Lombok kini diibarat satu evolusi atau ‘cross cultural evolution’ yang menyebabkan percampuran budaya apabila penghijrah itu bercampur gaul dengan penduduk negara ini.

“Memang benar mereka (pemuda Lombok) berhijrah ke negara ini untuk bekerja, tetapi tidak boleh dinafikan secara biologi mereka juga mempunyai naluri ingin mendampingi wanita.

“Mungkin pilihan termudah yang ada bagi mereka ialah gadis naif di bawah umur. Pada masa sama gadis yang dipilih itu sangat bahagia apabila dilayan dengan pujuk rayu,” katanya apabila diminta mengulas kes membabitkan gadis negara ini yang lari meninggalkan keluarga demi mengikut kekasih mereka ke pulau itu.

Bagaimanapun, kes berkenaan sebenarnya meruntun hati lebih-lebih di kalangan ibu bapa gadis apabila mengetahui anak tersayang lari begitu jauh ke seberang.

Tahun lalu, antara gadis yang terperangkap dalam keramat cinta pemuda Lombok dan kini bergelar isteri ialah Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 14; Nur Liyana Abd Rahim, 19; Noor Fadilah Ahmad, 19; Sanisah Abu Bakar, 34; Nurul Wahida Hamzah, 21, dan Aishah Mokhtar, 28.

Terbaru, seorang pelajar yang juga artis remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella turut cair dengan pujukan pemuda Lombok dan kini dilaporkan mengandung selepas berkahwin dengan lelaki yang membawanya ke pulau itu, Ogos lalu.

Felo Penyelidikan Utama, Institut Tamadun Alam Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Noriah Mohamed, yang sempat mengadakan kajian di Lombok dipetik berkata, adat istiadat perkahwinan dalam budaya masyarakat Lombok agak pelik kerana bakal pengantin perlu dibawa lari.

“Melarikan gadis yang disukai adalah perkara biasa bagi masyarakat di pulau itu dan ia menjadi tradisi berkurun-kurun lamanya. Tindakan pemuda Lombok melarikan gadis yang mereka cintai adalah bagi menunjukkan sikap kelelakian dan keperkasaan mereka.

“Bagaimanapun, gadis yang mereka larikan tidak akan `dirosakkan’. Minimum masa bakal pengantin perempuan dilarikan ialah tiga hari. Selepas itu, pemuda berkenaan perlu menghantar rombongan meminang pengantin perempuan,” katanya dalam satu laporan.

Bagaimanapun, Pemangku Duta Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin, berkata jumlah wanita Malaysia yang dikesan di Lombok tidaklah seramai statistik didakwa Migrant Care itu.

Enggan mendedahkan angka sebenar, beliau berkata, pihak kedutaan memang ada menerima beberapa laporan kes wanita Malaysia berkahwin dan menetap di Lombok.

Anak geram ibu khalwat

Norfaisal Jahuri

MELAKA: Tidak sanggup melihat insan disayangi terus bergelumang dosa, seorang anak membulatkan tekad menahan ibu kandungnya selepas mengetahui wanita terbabit berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di pinggir bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, anak lelaki wanita terbabit yang berusia awal 20-an ke rumah sewa ibunya di bandar raya ini selepas mengesyaki ada lelaki datang ke rumah itu.

Difahamkan, selepas menunggu beberapa jam di luar rumah, teman lelaki ibunya masih tidak keluar menyebabkan anak wanita berkenaan curiga lalu menghubungi polis dan pegawai penguat kuasa agama di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tanpa diduga beberapa minit selepas laporan dibuat, lelaki terbabit keluar dari rumah dan menyedari dia mahu beredar, anak wanita itu bersama beberapa rakannya menahannya.

Selepas menunggu beberapa minit, pegawai syarak yang diiringi anggota polis tiba di rumah berkenaan dan dimaklumkan mengenai penahanan lelaki berusia 39 tahun itu.

Pemeriksaan dalam rumah berkenaan menemui seorang wanita berusia 40-an.

Berdasarkan soal siasat, wanita dan lelaki terbabit mengakui berkurung dalam rumah itu.

Berikutan itu, mereka ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Harian Metro difahamkan, lelaki terbabit sudah berumah tangga manakala wanita itu kini dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal terhadap rumah tempat pasangan terbabit ditahan ialah rumah sewa wanita berkenaan yang turut dikongsi bersama beberapa rakan lain.

“Ketika kejadian, wanita berkenaan yang juga pekerja industri hanya berseorangan di rumah, manakala rakannya keluar bekerja,” katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

“Sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Inilah Masanya Mencontohi Abu Bakar

Kemudian Abu Bakar menemui Umar secara tertutup dan berpesan sesuatu kepadanya. Apabila Umar keluar meninggalkannya, Abu Bakar mengangkat tangannya berdoa, “Ya Allah, tidak ada apa yang aku inginkan kecuali kebaikan untuk mereka dalam keadaan aku takut fitnah menimpa mereka. Aku lakukan ini terhadap mereka dengan apa yang Engkau tahu mengenainya. Aku melakukan ijtihad dalam perkara ini untuk mereka, lantas aku lantik untuk memimpin mereka seorang yang terbaik di kalangan mereka, seorang yang paling kuat dan seorang yang sangat prihatin terhadap mereka dalam urusan membimbing mereka…”

Satu laporan lain menyebutkan, ketika sakit Abu Bakar semakin berat, dia menjengukkan kepalanya melalui lubang tingkap dan bertanya kepada orang ramai, “Aku telah berpesan kepada kamu dengan satu pesanan (perlantikan Umar), adakah kamu meredhainya?”

Orang ramai menjawab, “Kami redha wahai khalifah Rasulullah.”

Ali bin Abi Talib bangun dan berkata, “Kami tidak redha kecuali orang itu ialah Umar bin al-Khattab.”

Demikianlah sebahagian babak perlantikan Umar sebagai pengganti Abu Bakar as-Siddik, Allah meredhai mereka.

Kisah di atas saya petik daripada kitab Tarikh al-Khulafa’ karangan as-Suyuthi versi Maktabah Syamilah, fasal mengenai “Abu Bakar jatuh sakit, kewafatannya dan wasiatnya mengenai perlantikan Umar sebagai penggantinya.”

DUA - Saya yakin Tok Guru Nik Aziz tahu (malah lebih tahu daripada saya) mengenai kisah di atas. Bagi saya inilah masa yang baik dan sesuai untuk Tok Guru menentukan siapa penggantinya. Siapa orang itu, Tok Guru lebih tahu.

Kekusutan yang membelennggu Tok Guru rasanya sudah semakin reda. Isu tajaan haji, isu kononnya Husam nak letak jawatan, isu EGM, isu Ariffahmi, walau pun ada pemimpin Umno yang cuba ‘mengiau’ menarik perhatian umum mengenai semua isu itu, rasanya itu tidak akan kemana.

Tok Guru tidak perlu menunggu sehingga saat-saat akhir, maksud saya sehingga PRU 13. Atau, apa yang berlaku kepada Abu Bakar menimpa Tok Guru. Peralihan perlu berlaku ketika Tok Guru masih sihat dan berupaya, juga ketika orang ramai masih memerlukan Tok Guru.

Kalau peralihan berlaku ketika PRU ke 13, dibimbangi kekalutan berhadapan dengan pilihanraya akan mengganggu kelancaran peralihan. Tumpuan lebih terarah kepada peralihan berbanding kepada pilihanraya.

Begitu juga, jika peralihan berlaku ketika situasi Tok Guru seperti situasi Abu Bakar, dibimbangi Tok Guru tidak berupaya lagi mengawal keadaan. Saya bukan bermaksud bahawa pimpinan PAS Kelantan kemarukkan kerusi itu, tetapi tidak mustahil kelancaran peralihan terganggu juga.

Sebab itu, bagi saya peralihan perlu berlaku ketika suasana kini yang jauh daripada pilihanraya dan ketika Tok Guru masih segar-bugar. Itu lebih mudah bagi Tok Guru untuk mengawal keadaan dan menguasai situasi. Di samping memberi peluang kepada pengganti Tok Guru membiasakan dirinya dengan tugasan besar dan berat ketika Tok Guru masih berupaya menjadi mentornya.

TIGA – Menurut laporan media (baca sini), kenyataan TPJ PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah yang mencadangkan supaya pengganti Tok Guru dinamakan lebih awal untuk mengelakkan kekalutan, maka secara lahirnya kekalutan memang sesuatu yang tidak dapat dielak. Cuma kalut besar atau kalut kecil, itu sahaja.

Kalau kalut kecil, ia seperti ombak kecil. Kolek mudah sahaja meredahnya dan itulah keindahan belayar di laut. Tanpa ombak kecil nikmat belayar tidak terasa sangat.

Tapi kalau itu kalut besar, ia bukan lagi nikmat kepada PAS tetapi nikmat kepada Umno.