"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ribuan rakyat Kedah hadir pelancaran BERSIH 3.0

Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu.

NONE
Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut.

Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia".

Kes anak Nazri: CCTV menunjukan dia terlibat memegang dan menyerang

Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.

Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber.

Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai.

Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu.

Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Bekas isteri sultan Brunei menang kes barang kemas

BRUNEI: Bekas isteri Sultan Brunei semalam memenangi kes mahkamah terhadap bekas pengawal peribadinya yang mencuri dan menjual berlian miliknya bernilai lebih 12 juta pound (RM60 juta).

Fatimah Kumin Lim mengambil batu permata yang dimiliki Mariam Aziz, 55, dan menggantikannya dengan barang kemas tiruan. Mariam yang mempunyai empat anak hasil perkahwinannya dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 1981 sebelum bercerai pada Februari 2003, ‘berjaya memenangi kes ini,’ umum hakim di Mahkamah Tinggi London.

Dakwaan itu bersangkut-paut dengan rantai tangan berlian bernilai 3.5 juta pound (RM10.5 juta) dan dua butir berlian berharga yang diberikan kepadanya oleh Sultan sebagai hadiah pada 1986.

Sebutir berlian berbentuk buah pir dianggarkan Mariam bernilai 8 juta pound (RM40 juta), manakala berlian berbentuk segi empat tepat berwarna kuning dikatakan bernilai 600,000 pound (RM3 juta). Hakim Justice Lindblom menolak dakwaan Fatimah, 34, bahawa dia diarahkan Mariam supaya menjual berlian berkenaan bagi membayar hutang judi majikannya itu. Mariam menuntut kerugian mengikut nilai harga rantai tangan itu atas dasar ia sudah dijual dan tidak dapat dikembalikan. Hakim berkata, dia berhak memperoleh kira-kira RM16.62 juta. 
-DM/hmetro-

Saya Tenguk Tengkok Hasan Akidah Pendek Sedikit?

Mohd Sayuti Omar
Semasa di masjid al Gufran Taman Tun Dr Ismail tengah hari tadi saya nampak bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tercokoh di hadapan sebelah kanan mihrab. Itulah tempat biasa bagi Pak Lah kalau dia berjumaat di situ. Sudah beberapa kali saya terserempak beliau bersembahyang di situ dan lokasi itulah tempatnya.

Selesai sembahyang saya menapak ke arah Pak Lah. Sedang elok dia bangun ternampak saya menyapa dengan senyum. "Apa habaq?" itulah pertanyaan rutin Pak Lah kepada saya sejak tahun 80-an dulu lagi.

"Baik.. Pak Lah. Pak Lah apa khabar?" tanya pula saya. Kami bersalam erat. Memang salam Pak Lah terasa erat tidak seperti Mahathir atau Anwar Ibrahim.

"Baik.." balas saya. Saya ingat dia sudah melupai saya maklumlah dia sudah tidak jadi perdana menteri lagi, dan saya pula belum jadi PM? Kalau saya jadi PM tentu Pak Lah akan telefon saya? He he.. Masa Pak Lah ambil cuti tanpa gaji dia kerap berkirim salam kepada saya dan hantar wakil untuk mengambil beberapa naskah buku tulisan saya.
Setiap kali saya buat buku akan datanglah orang Pak Lah menyampaikan salam dan mengambil buku secara free.
"Apa khabar Tok Guru (Nik Aziz)?" tanya beliau. Pertanyaan itu menderaukan darah saya. Betapa Pak Lah juga ingat kepada Tok Guru Nik Aziz dan mungkin tahu juga akan hubungan saya dengan Tok Guru. Kebetulan Tok Guru kini berada di hospital kerana berehat kerana sedikit stres. Jadi pertanyaan itu saya mengambil peluang memberi tahu Pak Lah.

"Baik... dia ada di hospital Pak Lah, rihat sikit.." balas saya.

"Sampaikan salam saya kepada beliau, Assalamualaikum?" kata Pak Lah.

Pak Lah juga kelihatan sedikit serah dan nampak sangat akan keloyorannya. Namun senyumannya masih belum berubah. Matanya masih nampak sempit bila beliau melebarkan senyuman. Senyuman dan keramahan Pak Lah itu menyebakan orang yang suka kepada sifat qanaahnya akan merasa teduh bila bercakap dengan Pak Lah.

Saya berjalan keluar dari ruang masjid mendahului Pak Lah. Sampai di luar seorang kawan memberi tahu yang Hasan Akidah juga ada dalam masjid dan bersalaman dengan Pak Lah. Semasa saya dengan Pak Lah tadi tidak ternampak pula si Hasan Akidah ada di situ. Mungkin dia mengelip untuk tidak berjumpa saya.

"Mana..?" tanya saya kepada kawan, Adnan.

"Itu... dia bercakap dengan Pak Lah..gi lah masuk," jelas kawan itu dan minta saya masuk semula. Saya buat dengar tidak dengar saja dan hanya sempat snap satu gambar.

Saya menjenguk dan nampak Hasan Akidah. Keinginan untuk mendekati dan bersalam dengan Hasan tidak timbul dalam hati. Entah kenapa. Dari luar saya nampak Hasan Akidah berjalan beriring dengan Pak Lah. Berbual-bual, nampak yang beriya Hasan manakala Pak Lah selamba sahaja.

Mungkin Pak Lah bertanya mengenai perniagaan Hasan akhir-akhir ini apakah mendapat sambutan atau tidak. Saya sempat tangkap gambar mereka tanpa Hasan sedari saya di situ. Saya nampak Hasan memakai baju jalur merah macam anak sepilar (mungkin Jalur Tiga)... tersengeh-sengeh sahaja. Entah mungkin mata saya rabun, saya nampak tengkok Hasan macam pendek sedikit berbanding dulu mungkin kuat berjuang mempertahankan akidah ummah.

Malam ini Hasan dikatakan akan berceramah di Permatang Pauh kawasan Anwar Ibrahim. Orang Permatang Pauh boleh keluar ramai-ramai mendengar cerita penglipur lara Hasan seronoknya kalau kebetulan kita tidak ada kerja lain.

Teman-teman kena faham, teman-teman kena tahu, teman-teman kena ambil berat masalah ummmmah, masalah bangsa dan masalah raja-raja Melayu. Jikalau tidak, jikalau tidak kita akan bla bla bla. [wm.kl.5:03 pm 06/04/12]

Ahli Perkasa ganggu majlis dirasmi Anwar

pkr perkasa
ALOR SETAR: Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.

Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.

Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda.

Bekas Pegawai Kerajaan Akan Sertai Pas?

Mohd Sayuti Omar
Umno Kelantan lagi sekali akan dikejutkan dengan tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini sedang bersiapa sedia untuk mengumumkan menyertai Pas. Pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan itu dikatakan rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed.

Beliau kini baru bersara dan mengambil tindakan demikian kerana bosan dengan politiking di dalam Umno serta kesal dengan tindak tanduk UBN yang menekan pegawai kerajaan supaya menyokong parti itu.

Tindakan Umno Kelantan yang mengeksploitasi pegawai kerajaan supaya meramaikan majlis-majlis politik terutamanya semasa kunjungan presiden Umno ke Kelantan juga menjadi punca kenapa ramai bekas pegawai kerajaan bosan dengan Umno.

Satu sumber memberi tahu pegwai itu akan menyerahkan borang menyertai Pas kepada Persuhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Penyertaan bekas pegawai yang baru pencen itu akan memeranjatkan UBN kerana beliau disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu enggan mendedahkan identiti pegawai berkenaan.

Kata sumber itu lagi satu majlis kemasukan dalam Pas dan kesyukuran akan diadakan.
http://msomelayu.blogspot.com/

Datuk Dr Haron Din jalani pembedahan pintasan jantung di AS, stabil

Haron Din jalani pembedahan pintasan jantung di AS, stabil
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu.


Menurut laman web Darussyifa’, Haron menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson.

“Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah,” memetik laporan laman web itu.

Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.

"Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa.

"Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya.

Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi.

Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan.

Sultan Muhammad V lawat TGNA di HUSM

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 6 April: Perkembangan terkini mengenai kesihatan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik perhatian Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Baginda berkenan berangkat menziarahi Tuan Guru yang sedang ‘dirawat’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.

Turut sama berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari ketika bercakap kepada wartawan sebentar tadi berkata Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan tiba di hospital itu kira-kira 2.30 petang tadi, sejurus selepas solat Jumaat.

“Dan Sultan menasihati Tok Guru supaya berihat. Tok Guru stabil, cuma (dinasihatkan) berihat, dan akan keluar bila-bila masa saja.

“Tok Guru (hanya) ambil masa untuk berihat (di hospital) kerana jadual ‘kerja’ terlalu padat," ujarnya.

Menteri Besar dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian sejak Rabu lalu (4 April) setelah mengadu keletihan.

Pak Samad: ‘Jangan kaitkan soal agama, bangsa dalam Bersih 3.0’

Syed Mu’az Syed Putra 
KUALA LUMPUR, 6 April: Datuk A. Samad Said menegaskan Wira Perkasa tidak sepatutnya menyerang Datuk Ambiga Sreenevasan dengan isu-isu sensitif kaum dan agama, menambah himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tiada kaitan dengan perkara-perkara itu.

Jelas Sasterawan Negara ini, sesiapa sahaja termasuk umat Islam boleh menyertai perhimpunan kali ketiga anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Wira Perkasa tiada hak untuk menghalang.

“Soal mereka (Wira Perkasa) dengan Ambiga soal yang lain, bagi saya yang penting tiada perbezaan bangsa dan agama dalam perhimpunan itu.

“Sesiapa sahaja yang merasakan landas demokrasi ini perlu dibetulkan boleh menyertainya... itu yang betul,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.

Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?

Beliau berkata bekas Presiden Majlis Peguam itu telah terlalu jauh menyimpang dari perjuangannya, menambah beliau “sekali lagi” menunjukkan tindakan kurang hormat kepada umat Islam dengan mengadakan protes kali ini.

Menurut Irwan, beliau akan melaksanakan “apa sahaja tindakan untuk menentang Ambiga”, mengulang pendiriannya melabel Ambiga sebagai pengkhianat kepada umat Islam dan negara.

Menurut Samad atau lebih dikenali “Pak Samad” berkata Bersih bukan melibatkan Ambiga tetapi anggota-anggota lain yang terdiri dari pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih.

“Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?” katanya.

Justeru beliau berharap agar Wira Perkasa lebih matang dan bertindak mengikut keadaan semasa bukan demi kepentingan sendiri.

“Jangan kaitkan dengan hal lain; ini soal pembaikan sistem pilihan raya berlandaskan demokrasi.

“Saya merasakan setakat ini kita perlu betulkan sistem yang, siapa sahaja boleh bantu membetulkan keadaan baik yang beragama Kristian atau Islam,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya.

Antara tuntutan mereka adalah: membersihkan daftar pengundi, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor.

Perhimpunan itu diadakan kerana tidak berpuas hati terhadap laporan 22 cadangan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu tanpa dibahaskan.

Rahsia di sebalik perjanjian Scorpene?

John Berthelsen
Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.

1 Melayu 1 Cina kongsi nombor Kad Pengenalan lama...?

Sharpshooter
Hebat...1 Melayu 1 Cina boleh kongsi no kad pengenalan yang lama ke...?

Bendera PAS dikoyak dan diugut bunuh oleh penyokong UMNO

Yusof Wahab
Bendera dan banner yang dipasang semula
Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.

Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.

Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.

Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.

Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh "Mana said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".

Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.

"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.

Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.

Seorang Profesor terkejut selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya di Songkhla, Thailand adalah lelaki

BAHROM yang curiga dengan status isteri, Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah.
KUALA LUMPUR: Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.

Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.

Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
BINCANG...Sri Wani ketika hadir ke prosiding mahkamah, semalam.
Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.

Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

Setahun tertipuDifahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.
Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.

Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.
-kosmo-/gambar hmetro

Najib tipu apabila kata aset NFC dibekukan

Rafizi Ramli, Foto: Muhamad Faizal
(Gambar: Rafizi dan Firdaus Jaafar pada sidang media di parlimen hari ini)
Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1. Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2. Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3. Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan

4. Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain.

Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd bernilai RM3 juta.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

Hartanah 1

Alamat:

B-00-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis: Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada Insun Development Sdn Bhd: RM1.5 juta

Hartanah 2

Alamat: B-01-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd: RM759,000

Hartanah 3
Alamat:B-02-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd:RM741,000

Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1. Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta

2. 2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta

3. Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta

4. 2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta

5. 8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.
----------------------------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Strategi Keadilan

Drama cemas suami mahu kelar isteri (Gambar)


Sakdawut Hamsiri, 30, holds a knife against his wife Thaw... Sakchai Lalit / AP
Sakdawut Hamsiri, 30, holds a knife against his wife Thaw... Sakchai Lalit / AP
A Thai policeman talks to Sakdawut Hamsiri, 30, who holds... Sakchai Lalit / AP
Thai policemen electroshock Sakdawut Hamsiri, 30, in purp... Sakchai Lalit / AP

BANGKOK: Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.

Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.

Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.

Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.

Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku.
-Agensi-

Pengundi masih hidup tapi rekod kata sudah mati

Seorang lelaki, Ho Heng Tong terkejut apabila semakan di laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan namanya telah dikeluarkan daripada daftar pengundi kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekod namanya sebagai seorang yang telah meninggal dunia.

Ho, 53, yang membuat laporan polis berhubung perkara itu bagaimanapun gagal mendaftar sebagai pengundi sekali lagi apabila cuba berbuat demikian di pejabat pos kerana rekod beliau dikatakan sudah wujud dalam sistem.

Perkara itu didedahkan MP Subang, R Sivarasa yang berkata, pengundi di kawasannya itu telah mengundi sebanyak enam kali sebelum diisytiharkan meninggal dunia mengikut rekod berkenaan.

Katanya, Ho telah mengunjungi ke pejabat SPR Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk membuktikan bahawa beliau masih hidup dan untuk menuntut supaya namanya dikekalkan dalam daftar pemilih.

Sivarasa berkata, walau SPR mengakui bahawa Ho masih hidup, pegawai suruhanjaya itu bagaimanapun tetap meminta lelaki tersebut supaya mendaftar sebagai pengundi baru.

Setelah beliau menemani Ho untuk bersemuka dengan SPR sekali lagi, barulah suruhanjaya itu mengalah dan membenarkan status lelaki tersebut dikekalkan sebagai pengundi di kawasan parlimen Subang, katanya.

Sivarasa berkata demikian dalam satu sidang media di bangunan parlimen.

Harga Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri

Berita Semasa
Harga Kereta Arab Saudi Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Kami merasakan kalangan pembaca di sini, sudah biasa melihat keratan akhbar di atas yang menunjukkan realiti harga kereta Proton di Arab Saudi.

Ramai yang mempertikainya, kenapa harga kereta Proton yang diangkat sebagai kereta Nasional lebih mahal berbanding di negara sendiri. Tidak kurang juga ada yang menyokong strategi sebegini rupa. Walauapapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ada jawapan untuk anda semua.

Setakat ini, Proton melalui jawapan menteri di Dewan Rakyat, telah menerima RM494 juta dalam bentuk geran R&D yang mana Proton boleh menggunakan geran R & D tersebut untuk tujuan R & D daripada tempoh tahun 2006 sehinggalah tahun 2010. Itu yang pertamanya.

Dan kalau sebelum ini kalangan daripada anda sudah pun membincangkan harga kereta Nasional Proton yang boleh dijual pada harga bebas cukai kepada warga asing melalui program MM2H melalui laporan berita bertajuk, Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?

Maknanya di situ sudah menunjukkan harga kereta Proton boleh sebenarnya dijual pada harga yang lebih rendah seperti yang ditawarkan sekarang ini kepada rakyat Malaysia.

Persoalan yang kedua yang sering bermain di pemikiran rakyat Malaysia, mengapa harga kereta proton terdapat perbezaan harga jualan di antara pasaran tempatan dengan harga kereta Proton yang dijual di negara Teluk ataupun di UK, Thailand dan lain-lain. Dan berdasarkan jawapan menteri di Dewan Rakyat pun, beliau sedar dengan persoalan dan situasi sebegini rupa.
Harga Kereta Arab Saudi1 Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Dan…. semakan kami terhadap Kadar Tukaran Matawang Asing ini menunjukkan:
Harga kereta Proton Mahal Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Datuk Seri Mustafa Muhamad sendiri mengatakan di Dewan Rakyat yang harga jualan kereta Proton di luar negara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya:
  • duti import
  • cukai dalaman
  • kos pengangkutan
  • insurans
  • kadar faedah pinjaman dan sebagainya
  • dan…strategi pemasaran
Jadi itu sebablah kata menteri harga kereta Proton berbeza-beza daripada satu negara dan satu negara yang lain. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor duti dan faktor-faktor kos dalaman pengangkutan berkenaan. Begitulah lebih kurang jawapan menteri. Anda boleh semak sendiri soalan yang dikeutarakan di Dewan Rakyat berkaitan isu perbezaan harga jualan kereta Proton di Malaysia dan di Arab Saudi

Jawapan di Dewan Rakyat : Beza Harga Kereta Proton di Malaysia VS Arab Saudi?
Harga Kereta Proton Arab saudi Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Harga Kereta Proton Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Hansard di Dewan Rakyat
P/S : Apa pendapat anda pula? Pengguna-pengguna kereta Proton?

Pompuan Nie Bini Nombor Dua Noh Omar La Wei!!

siasahkini
Ada perkara yang perlu di rahsiakan namun ada segelintir perlu di ketahui oleh umum contohnya dalam isu Noh Omar nih. (KLik Sini) Menurut blog pro-UMNO, wanita misteri yang menari dengan Noh Omar dalam suatu majlis ialah isteri keduanya.

Jikalau mengikut gambar di atas betul lah tuh, tak akan tak betul lagi bergambar dengan anak lagi tuh. Selama ini gambar kontroversi yang tersebar luas di alam maya terjawab akhirnya.
Sk@Siasahkini-Bagus Noh Omar Nie..Amalkan Sunnah.Keh,keh.keh
Addin

Mohd Sabu: PAS Akan Gerak 100 % Jentera Sertai BERSIH 3.0

NAEEM RAFFI



SHAH ALAM, 4 APRIL: PAS akan mengerakan seratus peratus jenteranya untuk turut serta memobalisasi Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini sebagai menyokong usaha menuntut satu perubahan yang sihat dalam sistem pilihanraya di negara ini.


Timbalan Presiden PAS Pusat Mohamed Sabu berkata keputusan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) di Parlimen baru-baru ini jelas menafikan kehendak rakyat yang inginkan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

“Kami dari PAS sedang mengerakkan usaha memberi ransangan terhadap ahli-ahli kita untuk turut serta pada hari itu.

“Kami juga akan menggunakan Majlis Penerangan termasuk Harakah untuk memberi liputan dan perkembangan terkini dalam menjayakan perhimpunan tersebut,”jelas Mohamed.

BERSIH 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka dan beberapa lokasin pusat bandar Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Sabu, BERSIH 3.0 akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara BERSIH 2.0 yang belum dipenuhi kerajaan.

Perhimpunan dengan tema ‘Duduk dan Bantah’ ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada BERSIH 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

Menyedari kebangkitan rakyat, Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan tututan rakyat itu dilaksanakan sebagai menambahbaik sistem pilihan raya.

Malangnya, menerusi laporan jawatankuasa itu hanya satu sahaja tuntutan yang dilakasanakan.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Mohamed yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata perhimpunan ini perlu dilancarkan sebagai amaran keras kepada kerajaan yang anggkuh kepada rakyatnya.

“BERSIH 3.0 ini perlu dilancarkan kerana daripada lapan tuntutan hanya satu sahaja yang diluluskan iaitu dakwat kekal.

“Bagaimana dengan daftar pemilih yang bersih, akses kepada media, ia langsung tidak ditambah baik seperti mana hyang dituntut rakyat,”katanya..

Mohamed menambah, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan negara masih jauh ketinggalan dalam mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihanraya berbanding negara itu yang keluar dari kepompong diktator dengan mengamalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

“Malangnya, kerajaan terpaksa mengunakan cara ini dengan misi utama mereka untuk kembali menawan Selangor menerusi manipulasi daftar pemilih.

“SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sepatutnya menjadi pengendali Pilihanraya bertindak menjadi agen kepada pemerintah, ini yang masalah,” jelas beliau lagi.

Justeru katanya rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan protes secara terbuka pada 28 April ini.

Preve model baru Proton (Gambar)



preve-front
PUTRAJAYA: Teka teki nama sebenar model kereta terbaru Proton akhirnya terjawab apabila Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan Proton Preve sebagai model terbaru keluarannya yang selama ini menggunakan kod P3-21A.

Nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) ini membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan.
Preve model baru Proton
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama tersebut juga adalah seiring dengan hasrat Proton untuk membawa Proton Preve ke peringkat global.

“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”katanya selepas majlis pandu uji Proton Preve bersama media disini, hari ini.

Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.

Menggunakan enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS (kejuruteraan boleh dipercayai dan sistem keselamatan) yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang, model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti Jepun.

Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna, Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Proton Preve akan mula memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia dan menyasarkan jumlah eksport menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model Proton untuk tahun ini.