"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerana minta kereta, isteri dikerat, dibakar suami

M Kholili Enton (tengah) bersama Siti Saidah. - Foto sumber Facebook/Liputan6
JAKARTA - INDONESIA. Seorang wanita menjadi mangsa bunuh, kerat dan bakar suaminya yang tidak tahan dengan mangsa yang kerap meminta dibeli mobil (kereta).

Laporan Liputan6 mengatakan M Kholili Enton mengatakan isterinya Siti Saidah kerap meminta membeli sesuatu.

"Malah dia (mangsa) ada sasarannya. Dia sasar Disember ini perlu beli kereta," kata Kholili kepada Suara.com.

Kata Kholili, dia hanya mampu memujuk isterinya dan mahu menyewa kereta dan tidak mahu membeli.

Kholili mendakwa, pujukannya membuat isterinya bertambah marah dan mangsa mula menghina suspek, termasuk ibu bapa suspek.

"Saya cuma bekerja sebagai office boy (kerani). Gaji saya cuma RP3.8 juta (RM1,143), tak mampu beli kereta," luah Kholili.

Perselisihan faham antara Kholili dan Siti Saidah memuncak pada Selasa lepas apabila Kholili membuat keputusan membunuh mangsa.
Mayat mangsa kemudian dikerat kepada tiga bahagian iaitu di bahagian kepala, badan dan kaki menggunakan parang.

Seterusnya, bahagian kepala dan kaki mayat mangsa dibuang di Tegalwaru, sementara badan mangsa pula dibuang di Desa Ciranggon pada hari sama.

Bagaimanapun, suspek yang risau kembali ke tempat-tempat buangan mayat keesokan harinya dan membakar anggota-anggota tersebut.

Menurut polis, Kholili membuat laporan kononnya isterinya hilang.

Polis bagaimanapun menyoal siasat suspek kerana curiga dengan maklumat yang diberikan.

Hasil siasatan, polis menemui senjata dan peralatan yang digunakan dalam pembunuhan dan proses mengerat mangsa.

Bahagian-bahagian mayat mangsa pula ditemui oleh penduduk tempatan di lokasi-lokasi terlibat.

Kholili kini berhadapan dakwaan membunuh dan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
-sinarharian

JAIS tahan dua pegawai SPRM, seorang darinya berjawatan pengarah

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi kerana disyaki berkhalwat.

Suspek lelaki terbabit merupakan pengarah di salah sebuah bahagian di ibu Pejabat SPRM Putrajaya, manakala pasangannya - seorang ibu tungggal - juga merupakan seorang pegawai SPRM.

Sumber memberitahu Malaysiakini kedua-dua mereka ditahan di sebuah kondomininium di Taman Equine, Seri Kembangan kira-kira jam 3 pagi.

Sementara itu sumber JAIS mengesahkan penahanan itu namun mengatakan kes itu masih dalam siasatan.
-malaysiakini

Penganggur cederakan staf masjid mengamuk di mahkamah

Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengamuk di Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengetahui dia akan dihantar ke penjara kerana gagal membayar wang jaminan.

Chuah Fey Noy @ Chuah Cho Che, 42, yang didakwa mencederakan seorang pembantu am masjid, pada mulanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Namun sebaik Majistret Haslinda A Raof memberitahu mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh tiada penjamin, lelaki itu terus bertanyakan jurubahasa yang kemudian memaklumkan dia akan dihantar ke penjara Sungai Buloh menyebabkan tertuduh berang dan meninggikan suara.

“Saya tak salah! Kenapa saya kena lokap pula? Kenapa boleh ini macam?” soalnya dalam bahasa Malaysia sebelum ditenangkan oleh anggota polis dan membawanya keluar dari bilik bicara ke lokap mahkamah.

Terdahulu lelaki itu mengaku tidak bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Noorulhisham Yunus, 55, di Masjid Jamiul Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang Jaya pada 10 malam, 12 Disember lepas.

Chuah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak menawarkan wang jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin, namun Chuah yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan untuk mengurangkan jaminan.

Ketika mahkamah bertanyakan mengenai penjamin, tertuduh hanya menggelengkan kepala menyebabkan Haslinda tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

5 polis seorang daripadanya yang berpangkat inspektor rompak RM35,000 selepas serbu kedai emas

FMT Reporters
PETALING JAYA: Lima anggota polis merompak wang tunai RM35,000 dari sebuah kedai emas selepas mereka menjalankan operasi di premis itu minggu lalu.

Sin Chew Daily melaporkan kejadian itu berlaku pada 10 malam 9 Disember lalu di sebuah kedai emas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan 5 anggota polis, termasuk seorang daripadanya yang berpangkat inspektor ditahan Selasa lalu.

Katanya, 5 suspek itu dibebaskan dengan jaminan polis dan laporan siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Jumaat.

Selepas menerima laporan daripada pemilik kedai emas itu, polis menahan seorang anggotanya berusia 51 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Baiduri dan suspek itu mengaku terbabit jenayah itu bersama 4 rakan sejawatan berusia 28 hingga 34 tahun.

Difahamkan, suspek pertama yang ditahan polis itu mengakui mereka berlima terus berada dalam kedai emas itu selepas operasi selesai dan merompak wang tunai RM35,000.

Difahamkan, inspektor itu cuba menutup mulut 4 rakannya dengan memberikan RM700 kepada setiap seorang, tetapi mereka tidak menerima wang itu ketika disoal siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Tiada pilihan ketiga atau bersendirian, kata Adun Pas

ARIF ATAN
Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berarak menuju ke perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat petang tadi.

Pemimpin Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad terus konsisten mengulangi pendiriannya bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah medan jelas Pakatan Harapan menentang rejim korup Umno-BN.

Beliau yang ditemui Malaysia Dateline selepas menghadiri perhimpunan membantah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di ibu negara hari ini berkata, hanya dua blok itu sahaja untuk rakyat pilih pada pilihan raya akan datang.

“Jelas dari awal lagi untuk PRU-14, rakyat hanya mempunyai dua pilihan iaitu bersama kleptokrasi Umno-BN atau kita memberi sokongan dan dokongan kepada Pakatan Harapan.

“Tiada pilihan ketiga. Masih mahu bersama Umno-BN atau memilih bersama mereka yang akan membuat perubahan iaitu Pakatan Harapan,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok itu.

Komponen Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan empat parti pembangkang iaitu AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR sebaliknya Pas pula mengambil sikap untuk bersendirian sebelum menggelarkan dirinya sebagai Blok Ketiga melalui Gagasan Sejahtera.

Menurut Dr Syed Azman, pengalaman politik pilihan raya di negara ini menyaksikan tiada tempat untuk mana-mana pihak selesa untuk bersendirian jika benar bertekad mahu menumbangkan Umno-BN.

“Kita mesti bersama bila bercakap tentang usaha untuk menentang Umno-BN. Walaupun ada perbezaan fahaman politik, sepatutnya ketepikan dulu untuk mengalahkan Umno-BN,” katanya.

Ditanya tentang kemungkinan beliau mengisytiharkan diri untuk keluar dari Pas menjelang PRU-14 ini, beliau sekadar menjawab sokongan padunya kepada Pakatan Harapan tidak pernah berubah.

“Saya akan terus memberi dokongan serta berkempen memberi sokongan kepada Pakatan Harapan,” ujarnya lagi sambil tersenyum.
Peserta anak muda turut membawa drum sepanjang perarakan.

Video lucah: Polis siasat 'bahagian intim' Hana Anisa

Selepas tular sejak Oktober lalu, video lucah membabitkan wanita bernama Hana Anisa kini menjadi subjek siasatan pihak berkuasa Indonesia.

Bekas mahasiswi Universiti Indonesia itu bagaimanapun sebelum ini menafikan dia terlibat dalam rakaman video berkenaan.

Namun polis dari Kota Depok mengesahkan watak dalam video tersebut adalah Hana dan bekas kekasihnya, Hafidz Amrullah selepas mereka menukar pengakuan.

"Ya benar, watak lelaki dan perempuan sudah mengakui video tersebut, Hafidz Amrullah dan Hana Anisa," kata Ketua polis bahagian jenayah, Putu Kholis seperti dilaporkan portal Tempo.

Terdahulu, Putu berkata Hana Anisa memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa wanita dalam video berkenaan bukan dirinya.

Menurut Putu, Hana memberikan keterangan bahawa dia memiliki kesan luka di bahagian intim tubuhnya.

Sehubungan itu pihak polis melakukan ujian makmal untuk mengetahui kebenaran pengakuan berkenaan.

“Bahagian intim tubuh Hana itu yang kami periksa (siasat). Dan pemeriksaan di makmal forensik untuk memastikan hasilnya (video tersebut asli atau tidak),” kata Putu.

Menurut Putu, selain Hana dan Hafidz beberapa saksi lain akan turut dipanggil untuk disoal siasat.

“Ada beberapa saksi yang kami yakin mampu membuka kes ini yang akan kami siasat. Tapi belum dapat kami dedahkan identitinya,” ujarnya.

Polis kini sedang mencari dalang yang menyebarkan video lucah berkenaan sehingga menjadi tular di media sosial.

"Proses siasatan kes ini masih terus berjalan, kita tunggu saja," kata Putu.
-malaysiakini

Wanita cina ini dijatuhkan hukuma penjara 6 bulan dan denda kerana hina Nabi Muhammad

Bernama 
IPOH: Seorang suri rumah dipenjara 6 bulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad tahun lepas.
Majistret Siti Hanum Mohmad Sah memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara 3 bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda RM15,000 yang dikenakan.

Semasa menjatuhkan hukuman itu, Majistret Siti Hanum mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Tham Yut Mooi, 46, didapati bersalah melakukan kesalahan itu di ruang solat Masjid Abu Ubaidah, Jalan Perpaduan, Taman Perpaduan Ulu Kinta di sini kira-kira 5.30 petang, 4 Mei 2016.

Berdasarkan 3 kertas pertuduhan, suri rumah itu dituduh mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad di masjid berkenaan yang didengar oleh Mohd Halim Buyong,44, Abdul Rahim Mat Diah, 53, dan Mohd Yunos Harun,73, dengan niat melukakan perasaan keagamaan individu berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Chiang Woei Chien.

Terdahulu, Fadhli memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius, membabitkan sensitiviti agama, mempunyai kepentingan awam dan hukuman perlu dijadikan pengajaran kepada sesiapa pun.

Chiang sebaliknya memohon hukuman diringankan kerana suri rumah itu mempunyai 2 anak dan ibu bapa yang perlu ditanggung.

Mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga selesai rayuan tetapi tertuduh perlu membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

PAS kunci utama kemenangan BN dalam PRU14, kata penganalisis

PENGANALISIS politik, Dr Hoo Ke Ping berkata kerjasama tidak rasmi antara PAS dan Umno akan membolehkan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya umum akan datang dan meraih semula majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kemenangan itu juga akan diperkuat dengan keyakinan pengundi Cina yang beralih sokongan kepada BN kali ini, kata Khoo yang juga seorang pengkaji ekonomi.

"Dengan kerjasama dua parti Melayu itu, lebih 50 peratus daripada 130 kerusi Melayu boleh ditawan, walaupun di kawasan berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

“Sekali gus (ia) memperlihatkan PAS menjadi faktor terpenting pada PRU akan datang," katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini.

Beliau yakin bahawa Umno dan PAS akan menyumbang sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen di Semenanjung.

"Kerjasama tidak rasmi dan tanpa rekod antara Umno dan PAS sejak empat tahun lalu bakal mewujudkan peluang kemenangan sekurang-kurangnya di 120 kerusi Parlimen.

"Ia mungkin berlaku, walaupun pakatan pembangkang menampilkan pelbagai cara, termasuk taktik kotor dan kejutan yang dimomokkan pemimpin DAP,” katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian dengan merujuk prestasi BN pada 1999, ketika parti itu ditolak oleh pengundi di hampir 50 kawasan.

“Umno akan tetap menang sekurang-kurangnya 95 kerusi, walaupun tanpa kerjasama dengan PAS,” katanya.

Khoo turut menjangka, MCA dan Gerakan akan menyumbang 20 kerusi di kalangan mereka, ekoran peralihan sokongan 30 peratus pengundi Cina kepada BN.

Isu besar seperti skandal penyelewengan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak akan menjejaskan sokongan ini, katanya lagi.

Ia boleh dilihat melalui trend sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya negeri Sarawak dan siri pilihan raya kecil yang diadakan dalam penggal Parlimen ini.

"Berdasarkan hampir 60 peratus pengundi Cina kembali menyokong BN pada pilihan raya negeri Sarawak, di samping 20 hingga 30 peratus di lima pilihan raya kecil sebelum ini, BN dijangka menang besar walaupun pembangkang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Beliau juga menjangkakan, MIC akan dapat menyumbangkan sekurang-kurangnya enam kerusi.

Kali terakhir BN meraih majoriti dua pertiga ialah pada 2004, yang menyaksikan parti itu menang besar selepas perdana menteri waktu itu Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih daripada Dr Mahathir Mohamad.

Pada 2008, BN tewas di lima negeri dan kehilangan majoriti dua pertiga, sebahagian besarnya dikatakan berpunca daripada kritikan Dr Mahathir ke atas Abdullah.

Dr Mahathir kini mengetuai blok pembangkang Pakatan Harapan dan konsisten dalam kritikan ke atas Perdana Menteri Najib Razak, terutama berhubung skandal penyelewengan dana pelaburan 1MDB.
-themalaysianinsight

Bekas Ketua Wira PERKASA tinggalkan Umno, sertai PKR

Bekas Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris hari ini menyertai PKR dan berikrar akan bersama pembangkang dalam usaha menumbangkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau bersama-sama dengan 35 pemimpin dan anggota Wira PERKASA mengemukakan borang permohonan mereka kepada Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Afif Bahardin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, pagi ini.

Mereka termasuk bekas Naib Ketua Wira PERKASA, Syamzari Putera Mohd Noh; bekas anggota exco Wira PERKASA, Muhammad Hafiz Zulkifly dan Zulkarnain Haron serta penolong setiausaha Wira PERKASA, Muhammad Zaihuruddin Zulkamar.

Walau bagaimanapun, Irwan Fahmi masih mengekalkan keahliannya dalam PERKASA tetapi memutuskan hubungan dengan Umno. Irwan adalah ahli Umno Bahagian Ipoh Barat.
"Saya sudah tidak aktif lama (dalam Umno)," kata Irwan pada sidang akhbar yang diadakan selepas majlis penyerahan borang permohonan mereka itu.

Ditanya mengapa belia bertindak sedemikian, Irwan Fahmi berkata, hasratnya mahu Najib berundur sudah terpendam sejak Ogos 2013 tetapi kemelut ekonomi dan hak Melayu baru-baru ini mendesaknya supaya menyertai pembangkang.

“Dia macam ini, cukup mudah. Kita pergi tengok bola, penyokong dan pemain siapa yang bertugas untuk kemenangan? Penyokong menang sorak kampung tergadai.
“Umno (dan) BN akan jadi Melayu pada hujung tahun sahaja (menjelang perhimpunan agung Umno). Tiap-tiap hujung tahun dia (Umno) akan jadi parti lebid rasis.

“Cukup mudah, kalau ada PAU, ahli akan kata oi ini semua hidup...,” katanya.

Menurutnya, nasib orang Melayu di negara ini terus terpinggir dan masih tidak bawa berubah sejak negara ini mencapai kemerdekaannya.

“Yang perintah (negara) Umno dari 1957, daripada (logo BN) kapal layar sampai dacing, nasib Melayu masih lagi begini, salah DAP ke?


“Rizab Melayu tinggal 11 peratus siapa yang bagi, siapa perintah negeri? Soalan kepada Umno, cukup mudah, siapa khianat siapa?” soalnya.
-malaysiakini

Rogol isteri rakan, askar kena penjara 13 tahun, 6 sebatan

Seorang anggota tentera dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini selepas didapati bersalah merogol isteri rakannya ketika menumpang tidur di rumah mangsa, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum (hari ini).

Seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2016.

Ketika rayuan, peguam tertuduh, Mohd Azhar Mohd Ghazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira jasa anak guamnnya kepada negara yang telah 18 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera.

“Tertuduh juga mempunyai seorang anak kecil berumur lapan tahun. Jika satu tempoh pemenjaraan yang panjang diberikan, tertuduh akan kehilangan semua keistimewaan yang dikecapi sepanjang perkhidmatan dalam tentera dan anaknya juga akan berhadapan dengan stigma masyarakat dengan pemenjaraan bapanya ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, M.Arunjothy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam, trauma, emosi dan malu yang dihadapi mangsa dan keluarganya ekoran kejadian itu.

Pada 22 Julai 2016, Mohd Zulkarnain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa berusia 25 tahun 10 bulan di dalam bilik tidur rumah mangsa di sebuah pangsapuri di ibunegara pada jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa sedang tidur bersama anaknya di dalam bilik, mangsa tersedar apabila merasakan dia dihempap dan dalam keadaan gelap dan separuh sedar kerana mengantuk, mangsa merasakan ada berlaku kemasukan ke dalam kemaluannya.

Lalu wanita itu membuka matanya sedikit dan melihat seorang lelaki berkepala botak yang mana mangsa menyangka lelaki itu adalah suaminya kerana suaminya juga berkepala botak.

Tertuduh juga cuba untuk meliwat mangsa menyebabkan mangsa terkejut lalu bangun dan melihat lelaki itu bukan suaminya sebaliknya adalah rakan suaminya yang ketika itu dalam keadaan bogel.


Mangsa menjerit namun tertuduh menyuruh mangsa supaya tidak bising dan dia segera memakai pakaiannya dan meninggalkan mangsa sebelum mangsa menghubungi suaminya yang ketika itu tiada di rumah.

Difahamkan tertuduh telah datang ke rumah rakannya itu untuk menumpang tidur selama sehari.
-Bernama

Polis tangkap lelaki cuba kutip dana dengan video bunuh orang Islam (Gambar)

Reuters

NEW DELHI: Seorang lelaki Hindu di India cuba membuat kutipan dana untuk kempen terhadap masyarakat minoriti Islam dengan merayu derma menggunakan video yang diambil dan dimuatnaik memaparkan dia membunuh seorang orang Islam, kata polis hari ini.

Pembunuhan minggu lepas itu merupakan kejadian terbaharu yang menggemparkan masyarakat minoriti Islam di India yang pernah berdepan serangan perusuh yang menuduh mereka membunuh lembu, haiwan yang dianggap suci oleh penganut Hindu.

Lelaki Hindu itu, Shambu Lal Regar, ditangkap kerana disyaki menetak dan membakar seorang pekerja buruh beragama Islam di Rajasthan, kata polis.

Regar memuatnaik video serangan itu bersama maklumat akaun bank miliknya untuk mengutip derma membiayai kempen anti-orang Islam olehnya, kata pegawai polis Anand Shrivastava.

Lebih 700 orang dari serata India mendepositkan 300,000 rupee India (RM19,055) ke akaunnya.

“Tertuduh mahu menjadi pahlawan Hindu selepas membunuh seorang lelaki Islam, matlamat utamanya adalah mengumpul wang selepas melakukan jenayah kebencian itu,” kata Shrivastava.

Video Regar tular di media sosial sebelum pihak berkuasa menurunkannya. Penyiasat membekukan akaun bank itu dan sedang mengesan penderma, kata Shrivastava.

Shrivastava berkata video menunjukkan Regar yang mendakwa dirinya sebagai penganut Hindu yang bangga cuba menghalang “jihad cinta” – istilah yang digunakan oleh golongan Hindu garis keras yang menuduh lelaki Islam memerangkap perempuan Hindu atas nama cinta dalam usaha mengislamkan mereka.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi, yang mengetuai parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata, dikritik kerana tidak berusaha secukupnya untuk menghalang serangan ke atas orang Islam.

Kerajaan menolak dakwaan itu. Modi mengecam keganasan yang dilakukan atas nama melindungi lembu.

Seramai 172 juta daripada 1.32 bilion rakyat India adalah orang Islam dan pengkritik Modi berkata kumpulan Hindu berkaitan partinya sedang cuba meminggirkan golongan itu.

Dulu comel, sekarang dah jadi 'kakak sado' (Gambar)


MOSCOW - RUSSIA. Dulu semasa di usia remaja, pemilik nama Nataliya Kuznetsova, 26 tahun sama seperti rakan-rakan lain seusia dengannya, berwajah comel dan mempunyai tubuh badan normal.

Namun kini, bila melihatkan susuk tubuhnya kini, memang jauh berubah!

Memetik laporan portal Kisah Dunia, disebabkan suka menghabiskan masa di gim berbanding 'melepak' dengan rakan-rakan, tubuhnya kini menjadi sado hingga digeruni oleh kaum lelaki.

Dalam pada itu, memetik RT.com, dia juga merupakan juara angkat berat wanita dan pemegang rekod di Rusia, Eropah dan dunia.

Mempunyai berjuta-juta pengikut di laman media sosial, dia juga tidak lari daripada komen-komen negatif.
"Bila kamu ada banyak sangat komen positif, tentunya terselit sikit komen negatif kan? Jujur, saya tidak faham apa yang mereka marah sangat.

"Jadi nak mudahkan kerja, saya 'ban' haters, lagipun kebanyakkan mereka menggunakan profil dan nama palsu. Daripada asyik membenci, lebih baik mereka jaga kehidupan mereka," katanya menerusi satu temubual.

Lelaki menyamar pengajar besarkan payudara rogol remaja 13 tahun

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Lima wanita termasuk seorang remaja berusia 13 tahun menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mengajar cara membesarkan payudara.

Sin Chew Daily melaporkan mangsa yang mengenali suspek dikenali sebagai “YM” melalui aplikasi WeChat, diminta menghantar gambar dan video payudara serta kemaluan bagi “memantau perkembangan pembelajaran” mereka.

Lelaki itu turut didakwa memaksa mangsa berusia 13 tahun mengadakan seks oral, sebelum merogolnya di sebuah pusat beli-belah di Perai, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dipetik akhbar itu mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja berusia 13 dan 15 tahun. 

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis giat memburu suspek terbabit.

Mangsa berusia 13 tahun itu mendakwa beliau bersama 3 rakannya menemui suspek di sebuah restoran makanan segera di Perai, pada 3 petang kelmarin.

Katanya, suspek kemudian menggunakan helah untuk mengasingkan beliau daripada 3 rakannya, sebelum diarah ke sebuah pusat beli-belah dan dikunci dalam sebuah kedai di tingkat 4.

Remaja itu mendakwa beliau kelemahan selepas suspek menutup matanya dengan sekeping kain yang mengandungi bau pelik dan dipaksa menuruti semua kehendak suspek.

Kira-kira 30 minit kemudian, suspek melepaskan mangsa yang segera menghubungi 3 rakannya. Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri selepas 3 rakan mangsa menjerit “YM”.

Remaja terbabit mendakwa lelaki itu menyimpan tilam, bantal dan tali dalam premis di pusat beli-belah berkenaan dan memaklumkan beliau bukan mangsa pertamanya.

Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang mengenali suspek sejak Disember 2016, diugut terus menghantar gambar bogel kepadanya, selepas menyedari beliau ditipu lelaki itu.

Pada 5 Disember lalu, suspek mengajak mangsa menemuinya, namun gadis itu tidak berbuat demikian kerana bimbang dengan keselamatan diri dan membuat laporan polis pada 11 Disember lalu.

Terima kasih kerana menghina wanita ini

Zaidi Mohamad


KUALA LUMPUR: Selepas membuat pengumuman mengejut dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat, beberapa minggu lalu, penyanyi, Elyana, terus mendapat perhatian umum.

Begitupun, ketika ramai yang mendoakan kesejahteraan penyanyi lagu Niat itu, selain memuji kekuatan semangatnya melawan penyakit yang dihidapi sejak kira-kira lima tahun lalu, ada juga yang mengatakan artis berkenaan sekadar mahukan perhatian.

Lebih pedih, Elyana juga perlu menelan kecaman dan hinaan segelintir peminat saat beliau mencari kekuatan untuk terus hidup serta berjuang menempuh ujian besar menimpa dirinya.

Mungkin tidak dapat membendung perasaannya lagi, Elyana memilih untuk meluahkan segala-gala di laman sosial Instagram beliau, malam tadi.

"Terima kasih kerana menghina wanita ini. Terima kasih kerana mendoakan saya cepat mati. Terima kasih juga (kepada mereka) yang ambil kesempatan dan menuduh saya inginkan perhatian.

"Terima kasih juga yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar dan kata saya bercakap bohong fasal sakit ini.

"Terima kasih juga untuk anda yang gembira apabila saya sering dimalukan di khalayak ramai. Terima kasih semua. Tak apalah... Mungkin anda belum lagi berasa apa yang saya rasai selama ini," tulisnya di laman sosial terbabit, yang disertakan dengan gambar dirinya menjalani rawatan kemoterapi pada Ramadan lalu.

Luah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, sama seperti manusia lain, beliau juga akur dengan takdir Tuhan.

"Saya juga sama seperti anda semua, manusia biasa... Saya tidak kuat. Saya punya keinginan, cita-cita dan ingin berasa sihat tanpa menahan sakit. Tapi ini takdir saya. Saya terima.

"Kita semua akan mati. Bukan pesakit kanser saja. Saya harap kita jaga amalan sendiri. Jika tiada apa yang baik untuk dikata, ditulis dan dilakukan, lebih baik berdiam," tulis penyanyi itu sambil menoktahkan luahan berkenaan dengan ayat, 'Saya Elyana Pesakit Kanser Tahap 4'.

Entri berkenaan sehingga kini mendapat hampir 60,000 'like' dan 4,000 lebih komen.
-Berita Harian

Penyanyi wanita berusia 25 tahun ini dipenjara kerana menyanyi sambil makan pisang

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang penyanyi Mesir kerana salah satu klip video lagunya yang didakwa mengandungi perbuatan lucah.

Dalam klip video berjudul A'ndy Zrouf (Saya Ada Isu) itu, penyanyi wanita yang dikenali dengan nama pentas Shyma dilihat memakai pakaian dalam sambil memakan pisang di dalam kelas di hadapan lelaki dewasa dengan gaya yang mencolok mata.

Video berdurasi dua minit itu sebelum ini tular dan hangat diperkatakan di laman sosial Mesir dan dikritik dalam program-program televisyen negara itu.

Reuters melaporkan, penyanyi berusia 25 tahun itu turut didenda 10,000 pound Mesir (RM2,282) dan dibenarkan merayu keputusan itu di mahkamah lebih tinggi.

Selain Shyma, turut didenda dan dihukum penjara adalah pengarah video berkenaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan lucah dan menghasilkan video yang boleh menjejaskan moral orang awam.

Shyma atau nama sebenarnya Shaimaa Ahmed ditahan pada 18 November lalu sebelum dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan.

Dia mengaku tidak bersalah dan mendakwa pengarah memasukkan adegan kontroversi itu tanpa mendapat kebenarannya.

Shyma sebelum ini telah memohon maaf melalui akaun Facebooknya dan berkata dia tidak sangka hal itu boleh terjadi.

“Saya tidak bayangkan semua ini boleh terjadi dan saya akan dikecam oleh ramai orang, sebagai penyanyi muda.. yang sejak kecil bercita-cita menjadi seorang penyanyi," katanya.

Media turut melaporkan pihak berkuasa Mesir di bawah Presiden Abdel-Fattah el-Sissi ketika ini giat menjalankan operasi penahanan ke atas golongan artis yang didakwa menggalakkan kegiatan tidak bermoral.
-malaysiakini

Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?

Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?
ARIF ATAN
Mesyuarat Meja Bulat antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Komunis China (PKC) pada 7 Disember dilihat susulan daripada pertemuan kedua-dua pemimpin parti pemerintah di negara masing-masing sejak tujuh tahun lalu.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mendedahkan Umno melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PKC seawal 4 Ogos 2010.

Urusan kemasukan warganegara China ke Malaysia sebagai pelancong, pelajar dan pemastautin juga dilihat dipermudahkan hasil pertemuan pemimpin Umno dengan pemimpin PKC tahun lalu melalui pelaksanaan sistem pengeluaran visa secara elektronik, E-visa dan program pengecualian pembayaran visa.
Bakal menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi sektor ekonomi di negara ini yang dibangunkan pemodal dari negara mereka sekali gus dibimbangi menjejaskan hak rakyat tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerajaan China menerima kesemua cadangan Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Keselamatan Awam, Guo Shengkun dan mesyuarat bersama Setiausaha Pusat, Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang, PKC, Meng Jianzhu pada Februari 2016.

Pada masa sama, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN beberapa kali mendakwa Malaysia akan mendapat manfaat besar hasil daripada pelaburan dan projek daripada “One Belt One Road” (OBOR) oleh China yang pertama kali disebut Presiden, Xi Jinping pada September 2013.

Gagasan satu wilayah satu jalan itu menyaksikan China berhasrat untuk membina laluan bersepadu merangkumi jalan raya, landasan kereta api dan pelabuhan di negara yang bersempadan dengan wilayahnya.
Peta laluan HSR Kuala Lumpur – Singapura.

Ekoran itu, pemberian kontrak dan penjualan aset strategik milik negara kepada syarikat-syarikat milik kerajaan China menyaksikan trend yang semakin ketara ketika Malaysia terus dibebani hutang mencecah RM685 bilion pada suku kedua 2017.

Hal ini termasuklah kesediaan China memberi hutang dalam kuantiti besar melalui pinjaman mudah kepada Malaysia bagi sejumlah projek mega antaranya projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Majlis pecah tanah projek yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Tumpat, Kelantan sepanjang 688 kilometer pada 9 Ogos lepas itu turut menyaksikan kehadiran Ahli Majlis Negeri China, Wang Yong selaku wakil khas Xi Jinping; pegawai kanan kerajaan China serta pemegang kepentingan projek tersebut.

Serentak itu, China dilihat turut mengukuhkan rangkaian pertahanan dan pengangkutan lautnya melalui minat republik itu dalam projek pembangunan pelabuhan laut dalam di Melaka Gateway, Pulau Melaka membabitkan dua syarikat pelabuhan terbesar China dengan pelaburan mencecah RM8 bilion.
Melaka Gateway menyaksikan pelaburan China berjumlah RM8 bilion.

Projek Taman Perindustrian Maritim dan Taman Perindustrian Guangdong-Melaka bagi pengeluaran barangan pengguna elektrik selain pembinaan sejumlah kawasan guna tanah bagi tujuan perdagangan dan perniagaan juga dipersetujui pada pertemuan antara kerajaan negeri Melaka dan Wilayah Guangdong pada 21 September 2015.

Bahkan dua tahun sebelum itu, pelaburan China mulai tertumpu di Kuantan pada ketika republik tersebut galak dengan tuntutan terhadap sebahagian besar laluan perdagangan antarabangsa di Laut China Selatan.

Di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng, Kuantan, pelaburan China melibatkan pembinaan kilang besi, kilang aluminium dan loji penapisan minyak sawit selepas pemeteraian perjanjian yang turut disaksikan Najib pada 5 Februari 2013.

Najib pada ketika itu juga mengumumkan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd akan bekerjasama dengan IJM Corporation Berhad bagi projek pembesaran Pelabuhan Kuantan merangkumi pembinaan terminal laut dalam yang baharu dengan kos pelaburan menelan lebih RM3 bilion.
Projek Bandar Malaysia menyaksikan hasrat China untuk membina bandar bawah tanah terbesar di dunia.

Namun, penguasaan 49 peratus syarikat milik kerajaan China itu dalam MCKIP serta pegangan 40 peratus dalam Pelabuhan Kuantan mengundang kebimbangan tentang aspek keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Akhir 2015 juga menyaksikan loji-loji penjanaan elektrik Edra Global Energy, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijual kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) dengan harga RM9.8 bilion walaupun penjana bebas itu dibeli daripada pemilik tempatan dengan harga RM12 bilion.

Seterusnya, 1MDB pada Mac 2016 telah menjual 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia, iaitu tapak lapangan terbang lama Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kepada syarikat usaha sama Malaysia dengan China Railway Construction Engineering (CREC).

Bandar Malaysia seluas 197 hektar yang akan menjadi pusat rangkaian kereta api dalam pelan besar-besaran China melalui OBOR itu juga diuar-uarkan akan menyaksikan kemunculan bandar bawah tanah terbesar di dunia.

Pentadbiran Najib juga dilihat terlalu bergantung kepada pinjaman dana dari China bagi projek raksasa lain seperti pusat kewangan antarabangsa, Tun Razak Exchange (TRX) seluas 28 hektar di tengah-tengah ibu negara serta projek Forest City merangkumi 1,370 hektar di Johor dengan pelaburan berjumlah RM450 bilion.

Perkembangan kerjasama dua hala BN dengan PKC turut diperkukuh melalui komitmen Persatuan Cina Malaysia (MCA) sebagai parti komponen rejim pemerintah itu dalam langkah meningkatkan apa yang dipanggil sebagai perkongsian di semua peringkat.

Buktinya, Ahli Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao yang juga Menteri di Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC dilapor amat menghargai usaha MCA membantu memperkukuhkan kerjasama antara China dengan Malaysia.

Pertemuan Song dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tahun lalu itu yang dilaporkan akhbar milik MCA, The Star pada 6 April 2016 berkaitan inisiatif China yang dikenali sebagai Jajaran Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Kemuncak siri pertemuan pemimpin BN dan PKC arkhirnya menyaksikan 14 MoU Malaysia – China ditandatangani pada 1 November 2016 membabitkan sektor pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.

Kejam, suami potong kedua-dua tangan isteri dengan kapak

Gara-gara cemburu melampau, seorang lelaki sanggup bertindak kejam memotong kedua-dua pergelangan tangan isterinya.

Dmitry Grachyov, 26, berbuat demikian kerana mendakwa isterinya, Margarita menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Doktor bagaimanapun berjaya menyambung sebelah tangan wanita itu semasa pembedahan kecemasan dilakukan.

Menurut laporan akhbar di Moscow, Grachyov didakwa mengheret isterinya ke dalam hutan dan memotong tangan mangsa menggunakan kapak.

Suspek bertindak di luar batasan kerana mahu isterinya mengaku curang.

Bagaimanapun, Grachyov yang panik selepas terlihat tangan Margarita berlumuran darah sempat menghantar isterinya itu ke hospital sebelum menyerah diri ke balai polis.

Margarita terpaksa menjalani pembedahan selama sembilan jam untuk menyambung semula salah satu pergelangan tangannya selepas insiden itu.

Namun pergelangan tangan kanannya mengalami kecederaan parah dan gagal diselamatkan.

Pasangan itu berkahwin selama lima tahun dan dikurnia dua orang anak lelaki masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Rakan Margarita yang menyifatkan mereka sebagai pasangan yang bahagia percaya wanita itu akan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Ahli keluarga Margarita turut mendakwa pernah terdengar Grachyov mengugut untuk membunuh isterinya itu dan sanggup dipenjarakan.
-kualalumpurpost

Atuk, nenek, cucu dibunuh, dibakar

MUHAMMAD AFHAM RAMLI

Lokasi kejadian. - Foto Bomba Selangor
BANTING - Dua pasangan warga emas serta dua cucu dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

Mangsa berusia lingkungan tiga hingga 60-an ditemui rentung selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 5.50 pagi.

Menurutnya, pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran pada jam 7.00 pagi dan menjumpai empat mayat yang telah rentung.

"Hasil siasatan awal bomba mendapati ada unsur khianat.

"Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Polis Selangor mendapati terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan tiga daripada mangsa terbabit," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum dibakar.

Katanya, bagaimanapun, punca kematian akan disahkan sepenuhnya selepas bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tak tahu apa nak jadi polis kat Malaysia ni?

Dua konstabel polis, buruh didakwa tembak peniaga
Kuantan – Dua anggota polis dan seorang buruh bakal berdepan hukuman mati apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melepaskan tembakan terhadap seorang peniaga semasa melakukan rompakan, bulan lalu.

Konstabel Muhamad Nur Subhi Mohd Rakhzam, Konstabel Muhamad Amin Pauzi dan Muhammad Shafiq Sa’ari, semuanya berusia 25 tahun mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana perkara itu terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Muhamad Nur Subhi didakwa melepaskan tembakan dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan ke atas Leong Tien Fook, 55, di premis DU-50, Batu 9, Kuantan di sini pada 5.30 pagi, 25 Nov lalu manakala Muhamad Amin dan Muhammad Shafiq didakwa melakukan kesalahan serupa dengan mengetahui rakan sejenayah mereka iaitu Muhammad Nur Subhi membawa senjata api.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 dan Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan. 
-Bernama

Mahathir sindir Sultan Selangor?

Saya pulangkan anugerah itu kerana tidak layak terimanya, kata Dr Mahathir
Bede Hong
Saya pulangkan anugerah itu kerana tidak layak terimanya, kata Dr Mahathir 
Bekas perdana menteri yang juga presiden Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad (tengah) pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Disember, 2017.

DR Mahathir Mohamad hari ini berkata, tindakan memulangkan semula anugerah kepada Sultan Selangor adalah kerana beliau merasakan sudah tidak layak untuk menerimanya.

"Saya tidak fikir saya cukup layak untuk dihiasi. Saya dihiasi kerana dia fikir saya berhak," kata bekas perdana menteri itu.

"Tapi kini saya cetuskan api ke seluruh negara ini. Saya rasa saya tidak layak lagi."

Ditanya sama ada tindakan memulangkan semula anugerah itu kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai satu bentuk bantahan, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, itu pendapat kamu."

"Ya saya sangat marah, kamu boleh lihat saya marah sekarang. Saya akan bakar kamu, saya selalu bakar sesuatu," kata Dr Mahathir ketika ditanya pendapatnya mengapa Sultan membuat kenyataan demikian.

Beliau bercakap kepada pemberita hari ini selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan Pakatan Harapan tindakan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Belia diminta untuk mengulas berhubung laporan The Malaysian Insight semalam bahawa beliau dan isterinya, Dr Siti Hasmah, mengembalikan dua anugerah kepada Istana Selangor Khamis lalu.

Dr Mahathir mengembalikan anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK).

Dr Siti Hasmah mengembalikan SPMS dan anugerah Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

Dr Mahathir disebut oleh Sultan Sharafuddin dalam satu temubual dengan The Star minggu lalu, di mana baginda menyifatkan bekas perdana menteri itu yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun sebagai pemimpin yang mempunyai rasa rendah diri dan "kemarahannya boleh membakar negara".

Sebelum itu, sultan juga mengambil isu dakwaan menghina Dr Mahathir terhadap masyarakat Bugis.

Pada perhimpunan "Sayangi Malaysia, hapuskan kleptokrasi" di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, Dr Mahathir Mohamad menyelar Perdana Menteri Najib Razak sebagai keturunan "lanun Bugis".

Majlis raja-raja pada 2 November lalu mengeluarkan dua kenyataan yang menyatakan kemurkaan sultan terhadap ucapan Dr Mahathir, dan menggesa pihak polis menyiasat bekas perdana menteri itu kerana didakwa mencetuskan kebencian terhadap Bugis.

Ditanya hari ini sama ada beliau juga akan memulangkan anugerah lain, termasuk gelaran "Tun", Dr Mahathir menjawab, "Mengapa saya perlu berbuat demikian?"

Selepas persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Sirajuddin mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun".