"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terlupa, tersilap, tersalah dan ‘ter’ apa lagi?

Mohsin Abdullah

Khalid Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad, dan Muhyiddin Yassin pernah tersasul ketika berkempen.

Begitu y sidang media di White House dua hari lalu, Presiden Joe Biden ditanya Reuters mengenai keyakinannya terhadap Kamala Harris. Biden menjawab “Begini, saya tidak akan pilih Naib Presiden Trump untuk jadi naib presiden jika beliau tidak layak jadi presiden.” Padahal satu dunia tahu naib presiden Amerika Syarikat ialah Kamala Harris.

Adakah Biden tersalah sebut? Terlupa? Atau beliau begitu engrossed dengan pencabarnya Donald Trump sehingga tidak dapat melupakan lawannya itu dan got names mixed up? Namun bagi golongan yang curiga termasuk ahli Democrat parti Biden sendiri, yang mahu beliau tarik diri daripada pemilihan presiden November ini, pertanyaan mereka adakah itu tanda tanda tahap kesihatahn mentalnya?

Dua jam sebelum sidang media itu, ketika berucap di sidang kemuncak NATO juga di Washington, Biden merujuk Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, sebagai ‘Presiden Putin’, drawing gasps from those in the room, menurut Reuters.

Biden bagaimanapun membuat pembetulan dengan berkata “Presiden Putin? You gonna beat President Putin.” Russia melancar perang ke atas Ukraine lantas Putin ialah musuh Zelenskiy. Saya tidak tahu tahap kesihatan Biden tetapi in this instance and this only saya percaya beliau tersasul.

Pada 2007, Khalid Ibrahim, waktu itu calon Parti Keadilan Rakyat bertanding di DUN Ijok, Selangor. Semasa berucap di satu ceramah beliau berkata “saya berharap kita bersama-sama membuat perubahan dan mengundi calon Barisan Nasional menang DUN Ijok”.

Propagandist BN mencanang kata-kata itu. Media pro-BN terutama stesen televisyen berulang kali menyiarkan sedutan ucapan itu seolah untuk memberi gambaran Khalid sendiri tidak confident menang lalu mempromosi lawannya. Bagi saya itu tidak adil malah hitting below the belt. Jelas Khalid tersasul. Mustahil beliau mahu undi diberi kepada pihak lawan.

Pada 2019, Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi Pakatan Harapan ketika berkempen untuk calon bagi kerusi DUN Semenyih mengajak pengundi menyokong calon parti lawan iaitu BN. Itu kali kedua beliau tersasul dalam tempoh kempen PRK berkenaan.

Bagi Utusan Malaysia “mungkin masih merindui kem pemerintahan dahulu Muhyiddin tersasul”, mengambil kira beliau pernah memegang jawatan tinggi dalam BN sebelum menyertai Bersatu-PH waktu itu.

Dua tahun kemudian selaku pengerusi Perikatan Nasional pula, Muhyiddin tersasul menyeru rakyat jangan percaya Perikatan Nasional.

Bercakap pula mengenai Dr Mahathir Mohamad. Pada 2018 Mahathir yang memimpin Pakatan Harapan beberapa kali tersasul. Beliau pernah mengumumkan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai presiden Umno. Pernah juga mengumumkan tarikh persidangan tahunan Bersatu sebagai persidangan Umno, dan apabila persidangan diadakan beliau memanggil para perwakilan Bersatu ahli Umno. Semasa berkempen untuk PRU14, Mahathir tersasul meminta orang ramai jangan undi Pakatan Harapan.

Di pentas media sosial ada beberapa video Zahid Hamidi. Tetapi kebanyakannya memaparkan Zahid ‘tergeliat lidah’ yakni sukar menyebut beberapa perkataan, seperti ‘kemunafikan’ yang dijadikan bahan ketawa musuh politik.

Namun video yang diviralkan kemungkinan besar oleh puak anti Zahid ialah apabila beliau tersasul semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2020 yang diadakan tahun berikutnya. Ketika itu presiden Umno bercakap mengenai penolakan terhadap Anwar Ibrahim dan DAP. Dengan lantang beliau berkata “No DAP, No Umno, No Anwar”.

Saya Google ‘Anwar tersasul’ dan carian menyajikan video beliau berucap di satu majlis dalam bahasa Inggeris. Tetapi ia bukan sasul. Ia lebih kepada ‘terbelit lidah’ ketika menyebut ECLR pada hal yang dimaksud ialah ECRL iaitu East Coast Rail Line.

Setelah beberapa kali menyebut ECLR, beliau akhirnya berjaya dengan ECRL. “East Coast Railing, now I got it right,” kata beliau disambut tepukan hadiran.

Cukup sekadar untuk hiburan di hujung minggu. Jika ini boleh dianggap hiburan.

Kelantan: Sempat minta tolong sebelum mati kena tikam

ROHANA MOHD. NAWI
Lokasi kejadian seorang lelaki ditemui maut ditikam di kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!
KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring dipercayai ditikam pada bahagian belakangnya di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku, di sini hari ini.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu selepas terdengar suara mangsa meminta tolong kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini oleh orang awam.

Seorang pekerja kedai kasut yang dikenali Eri, 29, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas didatangi anggota polis meminta bantuan untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian depan dan belakang premisnya kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Menurutnya, dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian seorang lelaki ditikam berhampiran perhentian bas yang terletak beberapa meter dari premisnya.

“Saya lihat ada seorang lelaki sedang tidur di perhentian bas itu dengan berpakaian lengkap semasa tiba di kedai pagi tadi.

“Saya tidak ambil kisah mengenai lelaki itu kerana dia pernah tidur di situ. Saya juga tidak kenal mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Hamzah timbalan presiden, Azmin SU Agung?

Formula Bersatu: Hamzah timbalan presiden, Azmin SU Agung

Hariz Mohd

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin bakal 'naik pangkat' bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu akan datang.

Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mendedahkan, perkembangan itu merupakan hasil perbincangan serta kesepakatan kepimpinan tertinggi parti itu.

Menurutnya, Hamzah akan menggantikan tempat Ahmad Faizal Azumu yang bersetuju untuk mengundurkan diri.

Ahmad Faizal sebaliknya akan menawarkan diri untuk mengisi salah satu daripada tiga jawatan naib presiden parti itu, yang kosong selepas penyandangnya, Rafiq Naizamohidden keluar dari Bersatu pada 2022.

Dua penyandang naib presiden - Radzi Jidin dan Ronald Kiandee - juga akan mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan parti akan datang, tambahnya.

Sementara itu Muhyiddin berkata Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali pula akan ditawarkan jawatan setiausaha agung.

Bercakap pada sidang media petang ini, Muhyiddin berkata cadangan itu adalah formula untuk mengurangkan "suhu" kempen bagi pemilihan parti yang dijadualkan bermula 12 Oktober ini.

Bagaimanapun, dia menegaskan ia bukan bermakna Bersatu menghalang ahlinya daripada bertanding mana-mana jawatan.

"Saya juga tidak ada masalah lain-lain parti ahli yang menawarkan diri.

"Cuma peringkat ini ada langkah seterusnya kalau boleh dirundingkan.

"Saya tak kata tak boleh (bertanding), kalau ada antara kalangan mereka masih lagi berhasrat untuk bertanding, itu adalah hak mereka.

"Tapi untuk memberikan sedikit harapan supaya kesemua jawatan itu dapat kita susun lebih awal supaya suhu kempen tidak terlalu panas,” katanya dalam sidang media selepas penutup konvensyen Bersatu di Selayang, Selangor hari ini.

Untuk rekod, Muhyiddin akan terus memegang jawatan presiden Bersatu sepenggal lagi susulan keputusan perhimpunan agung parti itu tahun lepas.

Terdahulu hari ini, Muhyiddin dalam ucapan perasmian konvensyen berkenaan berkata dia telah menjadi perantara dalam rundingan di kalangan pemimpin tertinggi parti untuk memastikan parti itu kekal bersatu.

Menurutnya, idea itu dicetuskan semasa pemukiman Bersatu baru-baru ini di mana dia diminta bertemu semua pemimpin tertinggi dan memulakan perbincangan mengenai cara mengelak pertembungan dan mencegah perpecahan dalam pemilihan parti.

Muhyiddin juga menggesa semua ahli parti dan pemimpin akar umbi yang ingin bertanding dalam pemilihan parti itu akan datang supaya berunding sesama mereka terlebih dahulu.

25kg dadah dalam kereta, rahsia hidup mewah juru hias terbongkar

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
KENDERAAN dipercayai milik suspek polis. FOTO ihsan polis
KENDERAAN dipercayai milik suspek polis. FOTO ihsan polis
Kuala Lumpur: Rahsia kehidupan mewah seorang juru hias majlis terbongkar apabila dia ditahan bersama lebih 25 kilogram (kg) dadah dalam serbuan di Cheras dan Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan jam 12 tengah hari bersama 22.67 kg dadah jenis kanabis dan 27.76 gram (g) erimin 5 di sebuah kereta jenis Honda Insight.

Menurutnya, hasil soal siasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kemudian menyerbu sebuah kondominium mewah di sekitar Kajang yang dipercayai dijadikan stor simpanan dadah.

"Serbuan di Kajang menemui 4.29 kg dadah jenis kanabis dianggarkan bernilai RM13,299 dan merampas dua kenderaan iaitu Toyota Alphard dan Mini Cooper.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki aktif dalam aktiviti pengedaran dadah yang diperolehi daripada sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai mendapatkan bekalan daripada pengedar lain di sekitar ibu negara sebelum diedarkan di sekitar kawasan Cheras, bagaimanapun sumber sebenar dadah masih dalam siasatan lanjut.

Katanya, suspek menjadikan sebuah kondominium mewah yang berpengawal keselamatan sebagai stor simpanan bagi menyukarkan dikesan pihak berkuasa namun taktik itu berjaya dihidu polis.

"Suspek bekerja sendiri sebagai juru hias majlis dipercayai menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.

"Kejayaan ini adalah hasil daripada maklumat orang awam yang disalurkan kepada pihak polis," katanya.

Ravindar berkata, keseluruhannya polis merampas 24.96 kg kanabis, 27.75 g pil erimin 5 bernilai RM77,947, wang tunai RM3,000 dan tiga kereta.

Katanya, jumlah dadah berkenaan dianggarkan boleh digunakan oleh kira-kira 5,000 pengguna di Lembah Klang.

"Suspek direman enam hari bermula semalam sehingga 17 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pihak polis turut mengalu-alukan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang bolehkah menghubungi IPD Cheras di talian 03-92050222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999," katanya.

Pangsapuri mewah diserbu 40 Pati ditahan

Bernama

Warga asing terbabit diserbu di Brickfields dalam operasi bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 40 pendatang tanpa izin di pangsapuri mewah di Brickfields dalam serbuan bermula 12 tengah malam dan berakhir 4 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata mereka yang ditahan terdiri 25 warga India, Sri Lanka (10), masing-masing dua warga Pakistan dan Myanmar serta seorang warga Bangladesh berusia tiga hingga 61 tahun.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki pas atau permit untuk tinggal di Malaysia, pas tamat tempoh serta tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan setiap unit pangsapuri berkenaan disewa dengan kadar lebih RM2,000 sebulan dan didiami lapan warga asing yang kebanyakannya bekerja dalam bidang pembinaan dan makanan.

Kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Dua bas terjatuh dalam sungai, usaha mengesan mangsa hidup tipis

Reuters
ANGGOTA penyelamat melancarkan operasi mencari dan menyelamat penumpang bas yang terjatuh ke dalam sungai Trishuli selepas tanah runtuh. FOTO Reuters
ANGGOTA penyelamat melancarkan operasi mencari dan menyelamat penumpang bas yang terjatuh ke dalam sungai Trishuli selepas tanah runtuh. FOTO Reuters
Kathmandu: Operasi mencari 51 penumpang dan kru dua bas yang dihanyutkan ke dalam sungai akibat tanah runtuh sedang giat dijalankan pasukan penyelamat di Nepal.

Bagaimanapun, seorang pegawai berkata peluang untuk mencari mangsa yang selamat semakin tipis.

Kira-kira 500 anggota penyelamat meneruskan pencarian di lokasi kejadian di daerah Chitwan, kira-kira 86 km ke barat ibu kota Kathmandu.

Namun, anggota keselamatan dan penyelam setakat ini hanya menemui tirai dari salah satu tingkap bas dan sepasang seluar, kata Timbalan Ketua Pentadbir Daerah, Khimananda Bhusal.

Sekurang-kurangnya tiga penumpang berjaya terjun dari bas sebelum tanah runtuh melanda, dan mengalami cedera ringan.

"Peluang untuk mencari mangsa selamat agak tipis kerana sudah lebih 30 jam sejak bas itu dihanyutkan ke dalam sungai.

"Paras air sudah surut pagi ini, tetapi masih sangat keruh," kata Bhusal kepada Reuters ketika dihubungi.

Tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun mengorbankan sekurang-kurangnya 91 orang di Nepal sejak pertengahan Jun.

Gambar yang tular di media sosial pada hari Jumaat menunjukkan bot penyelamat di Sungai Trishuli yang mengalir deras.

Susulan tanah runtuh, kerajaan mengumumkan rancangan untuk melarang bas daripada melakukan perjalanan pada waktu malam di tempat yang mempunyai kemudahan ramalan cuaca yang buruk.

Tiga pekerja lebuh raya mati serentak dilanggar kereta

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
TIGA pekerja penyelenggaraan lebuh raya warganegara India maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang hilang kawalan dalam kejadian. FOTO ihsan Polis
TIGA pekerja penyelenggaraan lebuh raya warganegara India maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang hilang kawalan dalam kejadian. FOTO ihsan Polis
Shah Alam: Tiga pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang sedang bekerja maut sejurus dirempuh kereta yang hilang kawalan berhampiran Kilometer 3.1, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi tadi, seorang lagi mangsa iaitu pekerja warga Bangladesh mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Waja dari arah Damansara menghala ke Klang hilang kawalan dan melanggar pembahagi tengah lebuh raya.

"Ketika itu terdapat kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di kawasan berkenaan. Kemalangan mengakibatkan tiga lelaki warga India berusia 24 hingga 29 tahun yang juga kakitangan syarikat penyelenggaraan maut di lokasi kejadian.

"Manakala seorang lelaki warga Bangladesh mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan," katanya semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta berusia 20-an ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..

Katanya, ujian darah dan air kencing turut dijalankan bagi memastikan kandungan alkohol dan dadah.

"Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Asisten Superintendan Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660.

21 maut, bangunan sekolah runtuh ketika murid duduki peperiksaan

AFP
KEADAAN bangunan sekolah yang runtuh mengorbankan 21 mangsa. FOTO AFP
KEADAAN bangunan sekolah yang runtuh mengorbankan 21 mangsa. FOTO AFP
Jos, Nigeria: Sekurang-kurangnya 21 orang yang kebanyakan murid sedang menduduki peperiksaan terbunuh selepas bangunan dua tingkat sebuah sekolah di Nigeria runtuh, pada Jumaat, kata Palang Merah dan saksi.

Kejadian berlaku di Saint Academy, daerah Jos bahagian utara negara itu.

Murid yang terperangkap menangis meminta tolong di bawah runtuhan, manakala ibu bapa terdesak mencari anak masing-masing, kata wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat cuba menyelamatkan mangsa menggunakan jentera berat dan gambar dari tempat kejadian menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar bangunan konkrit yang runtuh dan timbunan serpihan.

Jurucakap Palang Merah, Nuruddeen Hussain Magaji memberitahu AFP, terdapat 21 yang maut, manakala 69 lain cedera dan dimasukkan ke beberapa hospital.

Terdahulu, wartawan AFP menyaksikan 16 mayat di dua bilik mayat hospital di Jos, yang semuanya memakai pakaian sekolah.

Seorang murid yang cedera yang ditemani ibu, Wulliya Ibrahim, 15, memberitahu AFP, "Saya baru masuk kelas tidak lebih lima minit apabila mendengar satu bunyi, kemudian saya sedar sudah berada di sini (hospital).

"Ketika itu ramai berada dalam kelas, kami sedang menduduki peperiksaan," katanya.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan berkata bangunan dua tingkat di Saint Academy runtuh membunuh 'beberapa pelajar'.

Seorang penduduk, Chika Obioha memberitahu AFP, dia melihat sekurang-kurangnya lapan mayat di lokasi kejadian, dan berpuluh-puluh lagi cedera.

"Semua orang membantu untuk menyelamatkan lebih ramai mangsa," katanya.

Wartawan AFP berkata dia melihat 11 mayat di bilik mayat di Bingham University Teaching Hospital dan lima lagi dibawa ke bilik mayat di Our Lady of Apostles Hospital di Jos.

Sekurang-kurangnya 15 orang diselamatkan dirawat di hospital itu, kata pegawai di Hospital Our Lady of Apostles , manakala pegawai di Bingham University Teaching Hospital enggan mengulas.

Sehingga kini, punca runtuhan belum dapat dipastikan, namun penduduk berkata ia berlaku selepas tiga hari hujan lebat.

"Kami sangat sedih dengan kehilangan tragis nyawa murid masih muda di Saint Academy," wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Nigeria Cristian Munduate di X.

"Anak-anak yang memiliki banyak impian sedang menduduki peperiksaan ketika bangunan sekolah runtuh, takziah kepada keluarga mangsa terjejas," katanya.

Kejadian bencana bangunan adalah perkara biasa di negara paling ramai penduduk di Afrika kerana penguatkuasaan piawaian pembinaan yang lemah, kecuaian dan bahan berkualiti rendah.

Kontraktor didakwa merogol anak angkat yang juga anak murid isterinya

'Ada kesan air mani ditemui atas tilam' - Hakim

Alias Abd Rani
bhnews@bh.com.my
Tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas diarah membela diri atas tuduhan merogol anak angkat, tujuh tahun lalu. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
Tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas diarah membela diri atas tuduhan merogol anak angkat, tujuh tahun lalu. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
MUAR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan seorang kontraktor membela diri atas tiga pertuduhan merogol anak angkat yang juga anak murid isterinya, tujuh tahun lalu.

Tertuduh berusia 46 tahun sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol anak angkatnya yang berusia 16 tahun ketika kejadian.

Hakim, Abu Bakar Manat, membuat keputusan itu selepas mahkamah berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan oleh tertuduh.

Dalam penghakiman keputusan di akhir pendakwaan, Abu Bakar berkata, keterangan saksi pendakwaan ketiga (SP3) yang juga mangsa relevan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan tertuduh membela diri.

"Pada peringkat ini (keputusan di akhir pendakwaan) keterangan daripada SP3 sangat relevan selain keterangan sokongan daripada ibu mangsa (SP2), saksi (SP4), anggota forensik (SP9) dan juga pegawai penyiasat (SP10).

"Selain ini, ia turut disokong dengan penemuan kesan air mani pada tilam, selain tangkap layar perbualan antara mangsa dan tertuduh yang mana berlakunya perhubungan seks antara mereka berdua.

"Oleh itu, atas penilaian maksimum serta keterangan saksi dan juga dokumen eksibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan, mahkamah mengarahkan kamu (tertuduh) membela diri," katanya.

Sepanjang perbicaraan berlangsung sejak 2018, seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol anak angkatnya dalam bilik sebuah rumah di daerah ini, antara jam 2 hingga 4 pagi, Januari 2017.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap mangsa pada Julai 2017, manakala pertuduhan ketiga, pada Disember 2017 dengan semua kejadian berlaku di tempat dan waktu sama.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa adalah anak murid isterinya, dijadikan anak angkat memandangkan tertuduh tidak mempunyai zuriat.

Selepas mendapat persetujuan keluarga mangsa, tertuduh dan isterinya membawa mangsa ke rumah.

Kesempatan itu diambil tertuduh untuk melakukan perbuatan terkutuk sebelum laporan pois dibuat di Balai Polis Parit Jawa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Munirah Najihah Shaari.

Dengan keputusan itu, mahkamah memberi tiga pilihan terhadap kedua-dua tertuduh sama ada akuan bersumpah dari kandang saksi, akuan tidak bersumpah atau memilih untuk berdiam diri.

Peguam tertuduh bangun dan memberitahu mahkamah anak guamnya memilih untuk akuan bersumpah dari kandang saksi.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos, 3 hingga 4 September ini untuk tertuduh membela diri.

Diseret sejauh 80 meter, wanita parah terperosok di bawah lori kontena

Samadi Ahmad
bhnews@bh.com.my
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori kontena di bulatan berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA - Foto ihsan bomba
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori kontena di bulatan berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA - Foto ihsan bomba
PUTRAJAYA: Seorang wanita parah selepas terperosok di bawah lori kontena dan diseret sejauh kira-kira 80 meter selepas motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan di bulatan berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata kemalangan itu membabitkan dua wanita yang menunggang motosikal.

Beliau berkata, JBPM menerima panggilan kecemasan jam 3.22 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian dan sejurus tiba, anggota bomba mendapati, kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dan motosikal ditunggang dua wanita.

"Seorang daripada mangsa yang terjatuh dan tersepit di bawah tayar lori kontena itu cedera parah dan berjaya dikeluarkan anggota bomba. Rakannya pula mengalami cedera ringan.

"Kedua-dua mangsa berusia 25 dan 39 tahun kemudian dibawa ke Hospital Cyberjaya dengan EMRS dan ambulan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Aduhai tak tahu apa nak jadi: 3 penguat kuasa SPRM terima rasuah RM20,000 ditahan

Rasuah gugur kes penipuan, SPRM tahan 3 penguat kuasa

Bernama

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurkan satu kes penipuan.

Sumber SPRM berkata suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan dalam operasi kira-kira 6 petang pada Rabu hingga 12 tengah malam tadi di sekitar Selangor serta Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati pengadu berjumpa dengan pegawai penguat kuasa berkenaan bagi melepaskan isterinya yang ditahan pada 8 Julai lepas kerana disyaki terbabit dalam satu kes penipuan.

“Bagaimanapun, pegawai terbabit meminta pengadu berurusan dengan seorang anggota penguat kuasa yang bertindak sebagai orang tengah dan diminta memberikan wang rasuah kira-kira RM20,000 melalui anggota tersebut,” katanya.

Beliau berkata susulan itu, pengadu menyerahkan wang RM20,000 itu melalui dua transaksi kepada seorang anggota penguat kuasa yang dipercayai akan dikongsi dengan pegawai dan seorang lagi anggota penguat kuasa.

Menurut sumber, Majistret Learani Augustine membenarkan pegawai penguat kuasa berusia 30-an itu ditahan reman selama tiga hari hingga 14 Julai ini manakala anggota penguat kuasa wanita berumur 20-an direman hingga esok selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Katanya, Majistret Irza Zulaikha Rahanuddin pula mengeluarkan perintah reman selama lima hari hingga 15 Julai ini terhadap seorang anggota penguat kuasa lelaki berusia 30-an.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sebuah firma didakwa mengurung pekerja dalam bilik gelap selama 4 hari agar letak jawatan

Pekerja didakwa kurung dalam bilik gelap selama 4 hari, dipaksa berhenti
Agensi

Beijing: Sebuah firma di China sanggup mengurung seorang pekerja di bilik gelap kecil selama empat hari, dalam usaha kejam untuk membuatkan pekerjanya itu meletak jawatan.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan dalam kelainan yang luar biasa, insiden itu terbongkar bukan melalui pekerja tetapi syarikat itu sendiri Guangzhou Duoyi Network Co Ltd, selepas syarikat mencabar keputusan mahkamah mengenai kes berkenaan.

Firma itu menerbitkan dokumen penuh mahkamah di akaun Weibo rasminya, secara terbuka tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat pada Mei oleh mahkamah peringkat daerah di wilayah Sichuan, barat daya China.

Mahkamah memutuskan bahawa anak syarikat Guangzhou Duoyi Network di Sichuan perlu membayar pekerja berkenaan, Liu Linzhu, sejumlah 380,000 yuan (RM244,371) sebagai pampasan atas tindakan mereka.

Bagaimanapun, syarikat itu menjawab dengan berkata: "Kami percaya terdapat banyak masalah dengan undang-undang buruh yang sangat menghalang pembangunan ekonomi dan dikuatkuasakan secara sewenang-wenangnya oleh hakim yang memutarbelitkan fakta."

Laman web rasmi mahkamah masih belum membuat rekod perbicaraan awam.

Peguam Liu mengesahkan kesahihan dokumen mahkamah yang diterbitkan dengan Shangyou News, sebuah akhbar milik kerajaan perbandaran.

Kisah itu mula terbongkar pada Disember 2022 apabila Liu mendapati dia tidak boleh log masuk ke sistem komputer syarikat atau menggunakan pas masuknya.

Ini berlaku berikutan rundingan yang berlarutan berhubung peletakan jawatannya.

Firma itu memberitahu Liu, dia dikehendaki mengambil bahagian dalam 'latihan' dan membawanya ke bilik di tingkat yang berbeza berbanding tempat kerjanya.

Bilik itu gelap sepenuhnya kerana tiada bekalan elektrik. Ia tidak mempunyai rakan sekerja dan komputer, dan hanya dilengkapi dengan meja dan kerusi.

Lebih empat hari, walaupun Liu dibenarkan keluar dari bilik 'dengan bebas' termasuk pulang ke rumah selepas 'kerja', dia tidak diberi sebarang tugas dan telefon bimbitnya dirampas.

Hanya pada hari kelima, selepas isteri Liu melaporkan layanan syarikat terhadap suaminya kepada polis, notis rasmi untuk memberhentikannya dikeluarkan.

Dalam usaha untuk mengelak daripada membayar pampasan, Guangzhou Duoyi Network menegaskan pemberhentian itu adalah kerana Liu melanggar dasar syarikat.

Dia dituduh melihat imej bogel dan melayari laman web yang tidak berkaitan semasa waktu bekerja.

Bagaimanapun, sebagai editor seni permainan, Liu berhujah bahawa imej yang dilihatnya adalah untuk tujuan kerja. Mahkamah bersetuju dengan Liu.

Mahkamah memutuskan bahawa mengurung Liu ke dalam "bilik gelap" adalah menyalahi undang-undang di bawah Undang-undang Kontrak Buruh, yang mewajibkan majikan menyediakan syarat kerja yang sesuai untuk pekerja.
-hmetro 

Lelaki Indonesia ‘mengamuk’ selepas cinta ditolak gadis 23 tahun

KOSMO!
KEJADIAN seorang lelaki amuk kerana cinta berlaku di daerah Samut Prakan. - Foto AFP
BANGKOK – Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah sewa di daerah Phra Pradaeng, wilayah Samut Prakan dekat Bangkok kerana mencetuskan kekacauan selepas cintanya ditolak gadis Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Lelaki warga Indonesia dikenali sebagai  Iqbal itu berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian. Dia kemudian merosakkan barangan di dalam bilik sewa rakan gadis itu di Samut Prakan. 

Sepasukan anggota dari Balai Polis Phra Pradaeng seterusnya tiba di tempat kejadian untuk mengawal keadaan. 

Setiap anggota polis membawa senjata yang kerap digunakan untuk mengawal penghidap sakit mental atau penagih dadah.

Video operasi penangkapan itu dikongsi oleh stesen televisyen, Channel 8.

Gadis yang diminati Iqbal bernama  Karntida yang berumur  23 tahun.

Dia mendedahkan kepada Channel 8 bahawa bot nelayan milik Iqbal berlabuh di sebuah jeti berhampiran tempat kejadian, beberapa hari sebelumnya.

Iqbal mula minum bir pada malam sebelum kejadian dan mengaku cintanya kepada Karntida tetapi wanita itu  menolak dengan baik. 

Dalam keadaan marah, dia pergi ke bilik rakan Karntida dan merosakkan barangan.

Karntida dan beberapa rakannya tidak dapat mengawal Iqbal dan memutuskan untuk mendapatkan bantuan polis. – AGENSI

Bekas CEO didenda. RM15,000 salah guna jawatan lantik, bayar gaji lebih RM13,000 kepada anak

Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my
Amir menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan yang dikemukakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini. - NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
Amir menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan yang dikemukakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini. - NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
MELAKA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat Kerajaan Melaka, dihukum denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas kesalahan menggunakan jawatannya untuk membayar gaji berjumlah lebih RM13,000 kepada anak perempuan sendiri yang dilantik olehnya bekerja di agensi berkenaan, tiga tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Amir Ali, 57, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan yang dikemukakan pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa membuat urusan bayaran gaji berjumlah RM13,750 yang diterima anaknya, Nur Hafizah yang dilantiknya sendiri ke jawatan Pegawai Kewangan W41 di Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Melaka Halal Hub Sdn Bhd, Lot 125, Bangunan Anchor Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub Serkam, Jasin, pada 1 April 2021.

Amir yang kini bertugas sebagai pegawai kanan kebudayaan di sebuah universiti tempatan, didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 26 akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Pada 27 September tahun lalu, tertuduh didakwa dan memohon dibicarakan atas pertuduhan utama, iaitu menggunakan jawatan CEO (ketika kejadian) untuk melantik anak perempuannya sebagai Pegawai Kewangan W41 di syarikat terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Azrul Zulkifli Stork.

Mohamad Azriff Firdaus dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada umum, serta tidak hanya mempertimbangkan rayuan tertuduh untuk hukuman minimum.

Dalam kes itu, beliau berkata, anak tertuduh menerima pendapatan lebih RM13,000 bagi jawatannya dan kesalahan sebegitu kerap dilakukan.

"Pendakwaan mencadangkan hukuman denda antara RM15,000 ke RM20,000 dikenakan kepada tertuduh," katanya.

Bagaimanapun, Azrul Zulkifli memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya sudah menyesal dan insaf atas kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, kesalahan dilakukan anak guam ketika negara berdepan pandemik COVID-19 yang mana ekonominya terkesan dan perlu menyara keluarga besar menyebabkan tertuduh melantik anaknya di syarikat berkenaan.

"Setelah mengetahui perbuatan itu adalah satu kesalahan, tertuduh meletak jawatan di syarikat berkenaan dan tidak menyambung kontrak anak perempuannya.

"Ini menunjukkan dia sudah menyesal atas kesalahannya," katanya.

Selain itu, Azrul Zulkifli berkata, anak guamnya juga menghidap penyakit buah pinggang tahap dua dan kencing manis, serta menjalani rawatan berkala di hospital.

"Anak guam saya menanggung isteri dan tujuh anak serta ibu bapa yang menghidap penyakit jantung," katanya.

Selepas mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian mengenakan hukuman denda RM15,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayarnya. Tertuduh membayar denda itu.

AWAS!!!! Penggodam bocorkan 10 bilion kata laluan pengguna

KOSMO!

WASHINGTON – Pakar-pakar siber memberi amaran kepada orang ramai supaya segera mengemas kini kata laluan mereka selepas penggodam membocorkan berbilion-bilion kata rahsia tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Dalam insiden yang dikenali sebagai RockYou2024, sebanyak 10 bilion kata laluan pengguna daripada kompilasi penggodaman data lama dan baharu, disiarkan di internet pada 4 Julai lalu.

Penyelidik-penyelidik yang mendedahkan kebocoran besar-besaran itu berkata, maklumat terbabit membolehkan penggodam menyerang mana-mana sistem yang tidak dilindungi oleh perisian keselamatan ketat termasuk perkhidmatan online atau offline, kamera internet dan perkakasan industri.

Senario itu boleh menyebabkan gelombang penyalahgunaan data, penipuan kewangan dan kecurian identiti dengan menggunakan kata laluan yang bocor.

Semua kata laluan pengguna itu dikumpulkan daripada lebih 4,000 pangkalan data sepanjang dua dekad lalu.

Pasukan penyelidik agensi Cybernews yang menyiasat penggodaman itu berkata, pelakunya menggunakan nama samaran, ObamaCare.

Penggodam itu dipercayai menggunakan 8.4 bilion kata laluan daripada forum jenayah terdahulu yang dikeluarkan pada 2021.

Bagaimanapun, tambahan ka­ta laluan baharu sebanyak 1.5 bilion diperoleh daripada rekod dari 2021 hingga 2024.

“Krimas datang awal tahun ini.

“Saya membentangkan kepada anda senarai kata laluan rockyou2024 baharu dengan lebih 9.9 bilion kata laluan,” tulis ObamaCare dalam forum itu.

Penggodam itu menambah, kumpulannya juga memecahkan sejumlah kata laluan lama dengan menggunakan 4090 iaitu kad grafik Nvidia yang mengandungi kata laluan baharu sebenar daripada pengguna.

Fail itu dikeluarkan dari arkib .zip 45.6 gigabait dengan menggunakan rekod bocor daripada laman sosial seperti X, AdultFriendFinder, MyFitnessPal, LinkedIn dan Adobe.

Dua jenama teratas yang terjejas ialah firma berpangkalan di China dengan jauh mengatasi syarikat-syarikat online lain.

Ia termasuk 1.5 bilion kata laluan daripada Tencent, sebuah syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan internet.

Sebanyak 504 juta kata laluan daripada platform media sosial, Weibo turut terjejas.

“Pada dasarnya, kebocoran RockYou2024 ialah daripada kompilasi kata laluan sebenar yang digunakan oleh individu di seluruh dunia,” kata pasukan penyelidik.

Mereka turut berkata, pendedahan begitu banyak kata laluan akan meningkatkan risiko teknik serangan siber dikenali sebagai ‘credential stuffing’.

Teknik serangan itu berlaku apabila penggodam menggunakan kata laluan daripada satu pelanggaran data untuk log masuk ke dalam perkhidmatan yang tidak berkaitan.

Ia adalah seperti menggunakan kata laluan yang diperoleh daripada kebocoran syarikat telekomunikasi untuk melihat sama ada seseorang menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun bank mereka. – AGENSI

Memahami kenapa enam kerusi MP Bersatu tidak dikosongkan

Harapandaily

 AHMAD MURSI

Isunya sama ada 6 MP itu dipecat atau terhenti menjadi ahli Bersatu.

Jika dipecat, tidak boleh dikosongkan. Ini yang Bersatu dan Muhyidin pertahankan dulu semasa menggubal Akta Lompat Parti untuk pancing MP UMNO. Semua parti lain sebaliknya setuju kerusi dikosongkan jika dipecat.

Sebab itu pindaan Perlembagaan (Perkara 49A) HANYA kosongkan kerusi apabila wakil rakyat itu terhenti menjadi ahli atau lompat parti atau jadi bebas. BUKAN DIPECAT.

Terhenti menjadi ahli contohnya jika lepaskan keahlian parti atau isi borang parti lain atau buat tindakan yang menyebabkan keahliannya gugur dan lain-lain.

Sebelum PRU15, hampir semua parti selain Bersatu pinda perlembagaan parti masing-masing dan masukkan peruntukkan bahawa keahlian terbatal secara automatik jika langgar arahan parti. Jadi, tidak perlulah MP itu dipecat.

Ada juga parti yang ikat dengan perjanjian. Jika lompat, keahlian terhenti dan kerusi dikosongkan serta dibayar pampasan.

Oleh sebab dulu Bersatu degil, maka kini senjata makan tuan. Barulah terhegeh-hegeh nak pinda perlembagaan parti. Cuma secara teknikal, mereka terlepas peluang kosongkan 6 kerusi itu.

Undang-undang baru tidak boleh diguna untuk hukum kesalahan lampau. Orang belajar undang-undang tahulah benda ni.

Apa Bersatu buat? Dibuat pemecatan terancang untuk 6 MP itu (constructive expulsion). Kan senang kalau dulu Muhyiddin dan Bersatu setuju pemecatan boleh kosongkan kerusi. Pecat sekarang tak boleh buat apa.

Keputusan Speaker itu betul, muktamad dan tidak boleh dicabar di Mahkamah (Peraturan 99).

Adakah selepas ini ahli Parlimen boleh sokong sesiapa sahaja berlawanan dengan parti sendiri dan Akta Lompat Parti tidak lagi efektif? TIDAK.

Keahlian parti wakil rakyat akan tergugur secara automatik mengikut perlembagaan parti (yang sudah dipinda) atau perjanjian dan kerusi mereka dikira kosong mengikut Perkara 49A Perlembagaan.

Dengan sebab akta ini, kerajaan semakin stabil. Pelabur semakin yakin dan mencurah-curah masuk. Rating kita pun dah naik. Alhamdulillah.

Saksi tarik balik laporan polis terhadap Papagomo

Malaysiakini 

Seorang peniaga menarik balik laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau Papagomo, yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengandungi hasutan bahawa kerajaan pro kepada Israel dan barat.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Wan Muhammad Azri, berkata Hisham Sharudin membuat laporan polis untuk menarik balik laporan itu selepas dua jam memberi keterangan kepada mahkamah semalam.

“Laporan polis itu pencetus kepada kes yang sedang dibicarakan di mahkamah ini. Saya mohon kebenaran mahkamah untuk mengguna pakai Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah bagi memanggil semula saksi berkenaan untuk keputusan yang adil dalam kes ini,” katanya pada perbicaraan kes bekas exco Pemuda Umno itu di Kuala Lumpur hari ini.

Seksyen 425 menyatakan bahawa mahkamah pada mana-mana peringkat perbicaraan boleh memanggil semula mana-mana saksi yang telah dibebaskan untuk disoal jika keterangannya penting sebelum membuat keputusan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam pula berkata keengganan saksi pendakwaan pertama itu meneruskan laporan polis ke atas tertuduh bukan faktor yang wajar dipertimbang oleh mahkamah pada peringkat ini untuk menghentikan kes.

“Walaupun saksi itu enggan meneruskan kes, ia bukan penghalang untuk kes pendakwaan diteruskan ke atas tertuduh. Dalam kes ini, didapati terdapat gerakan taktikal dibuat dan saksi berkenaan cuma berhasrat menarik balik laporan setelah keterangan beliau selesai diberikan kepada mahkamah. 

“Sekiranya saksi itu memutuskan enggan memberi keterangan pada awal pemeriksaan utama, pihak pendakwaan berhak mengguna pakai Seksyen 357 Kanun Tatacara Jenayah untuk memaksa beliau memberikan keterangan di mahkamah,” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan permohonan pembelaan untuk memanggil semula saksi itu dan perbicaraan hari ini diteruskan.

Bagaimanapun, Hisham tidak hadir pada prosiding hari ini dan mahkamah memanggil saksi lain.

Berdasarkan laporan polis baharu, peniaga itu dengan rela hati dan tanpa paksaan mana-mana pihak ingin menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Wan Muhammad Azri kerana tidak mahu meneruskan siasatan serta telah menyelesaikan perkara tersebut.

Sementara itu, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar Negeri Datuk Zahairi Baharim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi Dewan Rakyat telah menyatakan ketegasan kerajaan Malaysia terhadap kezaliman, penindasan serta pemerasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Berdasarkan ucapan Anwar di Parlimen jelas menunjukkan kerajaan yang dipimpinnya tidak pernah pro terhadap Israel. Justeru, kenyataan berunsur negatif dan boleh membawa tafsiran yang cenderung mempengaruhi rakyat bahawa kerajaan telah beralih pandangan atau menyokong Israel adalah kenyataan berbahaya serta tidak berdasarkan fakta yang tepat dan sahih,” katanya ketika membacakan penyataan saksi.

Saksi pendakwaan kelima itu juga berkata Anwar telah menzahirkan pendirian kerajaan Malaysia menyokong Palestin dan mengutuk tindakan kejam rejim Israel terhadap warga Palestin di Gaza pada beberapa persidangan termasuk Persidangan Kemuncak ASEAN-GCC (Majlis Kerjasama Teluk) pada 19 Okt 2023 di Riyadh, Arab Saudi serta Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut di laman Facebook Halid Hamidi (Halid Mat Kool) dan ia dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari 8 Nov 2023.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung 29 Julai ini.

- Bernama

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my
Pihak polis sedang mencari seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu. FOTO IHSAN Polis.
Pihak polis sedang mencari seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu. FOTO IHSAN Polis.
Tanjung Malim: Seorang wanita dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, pada jam 1.56 pagi semalam.

Menurutnya, wanita itu dilaporkan hilang selepas tidak pergi ke tempat kerja seperti biasa.

"Wanita berkenaan ketinggian kira-kira 163 sentimeter (cm), berat badan 58 kilogram (kg), berbadan sederhana dan mempunyai tahi lalat di bawah mata kiri.

"Dia berpakaian korporat Muslimah warna biru, bertudung dan berseluar 'slack' hitam serta lokasi terakhir di Taman Universiti, Tanjung Malim," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nur Farah dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-4596122 untuk membantu siasatan.

Papagomo dicekup polis sebaik keluar mahkamah

Malaysiakini 

Aktivis Perikatan Nasional (PN)  Wan Muhammad Azri Wan Deris Papagomo ditahan polis daripada Bukit Aman selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di mahkamah hari ini.

Muhammad Rafique Rashid Ali berkata anak guamnya itu ditahan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta tengah hari ini.

Rafique berkata Papagomo hari ini hadir perbicaraan hari kedua susulan pertuduhan menghasut, termasuk dengan menuduh kerajaan pro-Israel dan pro-Barat.

“Mereka dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi. Arahan daripada atas. Ia berkaitan laporan polis berkaitan akta hasutan.

“Kerajaan hari ini betul-betul salah guna kuasa,” katanya.

Ketika dihubungi, Rafique tidak jelas apa berkaitan kesalahan khusus yang dilakukan anak guamnya.

Papagomo turut berdepan pertuduhan menghasut lain dalam isu jualan stoking bertulis kaliman Allah oleh kedai runcit KK Mart.

Menantu bekas menteri Pas disyaki seleweng derma direman

Harapandaily

Menantu bekas menteri Pas yang disyaki menyeleweng dana derma awam bersama pasangan pempengaruh direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Menurut senarai nama yang tersebar, individu terbabit ialah Mohamad Basri Ibrahim.

Pemerhati politik, Najib Bakar berkata, Mohamad Basri merupakan ‘mastermind’ JomDonate yang terbabit dalam kempen mengutip derma.

“Dia pun dituduh di mahkamah yang sama bersama Alif Teega (nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani) dan bini (Aisyah Hijanah Azhari).

“Menantu siapa ni? Pak mentua dia yang kata suruh bagi depa lima hari saja untuk mengubah nasib negara tu,” katanya.

Kelmarin, Mohamad Basri dan pasangan pempengaruh terbabit serta Mohammad Afiq Yusoff ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Keempat-empat mereka yang direman selama empat hari itu dikaitkan dengan isu kutipan derma melebihi jutaan ringgit.

Walau bagaimanapun, wang sebanyak itu difahamkan tidak disalurkan secara betul.

Mereka direman kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam, dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020.

Dilaporkan, kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu masih di peringkat awal.

Sekumpulan Nelayan Terkejut, Peluru Berpandu Russia Terbang Amat Hampir Dengan Mereka

DSA
Pemain Video
00:00
00:24
(VIDEO) Nelayan-nelayan terbabit terkejut melihat peluru-peluru berpandu kruis Russia itu terbang amat rendah, hanya beberapa meter daripada permukaan air, berkemungkinan mahu mengelak ia daripada dikesan sistem pertahanan udara Ukraine.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu video telah menjadi viral di media sosial menunjukkan beberapa nelayan di Laut Kaspia terkejut melihat beberapa peluru berpandu kruis dilancar Russia terbang rendah berhampiran mereka dipercayai menuju ke sasaran di Ukraine.

Peluru-peluru berpandu kruis dipercayai “Kalibr” hanya terbang beberapa meter tinggi daripada bot dinaiki nelayan terbabit.

Nelayan-nelayan terbabit terkejut melihat peluru-peluru berpandu itu terbang amat rendah, hanya beberapa meter daripada permukaan air, berkemungkinan mahu mengelak ia daripada dikesan sistem pertahanan udara Ukraine.

Sebagaimana dipetik oleh media tempatan, salah seorang daripada nelayan itu sempat berkata: “Satu peluru berpandu sedang terbang ke arah kita.”

Salah seorang nelayan yang lain pula didengar berkata: “Amat mengkagumkan.”

Tentera Russia dipercayai melancarkan peluru-peluru berpandunya daripada Laut Kaspia yang terletak kira-kira 1,600km daripada Ukraine .

Beberapa hari lalu, Russia telah melancarkan serangan puluhan peluru berpandu terhadap beberapa sasaran ibu kota Ukraine, Kiev dan mengorbankan lebih daripada orang orang.

Moscow berkata serangan kira-kira 40 butir peluru berpandu terhadap Kiev itu adalah tindak balas serangan dron-dron berani mati Ukraine terhadap pusat-pusat ekonomi Russia seperti loji-loji janakuasa dan pusat penapisan minyak sebelum itu.

Ia juga berkemungkinan respons oleh Russia terhadap serangan peluru berpandu Ukraine terhadap Crimea yang ditawan oleh tentera Russia.

Peluru-peluru berpandu yang kelihatan terbang berhampiran sekumpulan negara itu dikenalpasti sebagai “Kalibr”.

kalibrKalibr

Selain peluru berpandu “Kalibr”, tentera Russia turut menggunakan beberapa peluru berpandu lain dalam serangannya terhadap Kiev beberapa hari lepas termasuk peluru berpandu hypersonik “Kinzhal”, peluru berpandu taktikal “Iskander-M”, peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” dan peluru berpandu kruis KH-59/KH-69.

Selain itu, Russia turut menggunakan peluru-peluru berpandu KH-101 dan juga KH-22.

Peluru berpandu “Kalibr” yang dilancarkan oleh Russia daripada kapal-kapal perang permukaan dan kapal selam daripada Armada Laut Hitammnya berkemampuan membedil sasaran daripada jarak 2,500km.

Peluru berpandu “Kalibr” yang dilengkapi dengan 500kg peledak,dianggap oleh NATO sebagai sejenis sistem persenjataan yang amat berkuasa dan diberikan gelaran “The Sizzler.” — DSA

Perlis: Wanita, remaja didakwa memperdagangkan gadis bawah umur

Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
SHAKILA (dua kiri) dan tertuduh remaja (dua kanan) dibawa keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar. FOTO Aizat Sharif
SHAKILA (dua kiri) dan tertuduh remaja (dua kanan) dibawa keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar. FOTO Aizat Sharif
Kangar: Seorang wanita dan seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan remaja perempuan bawah usia untuk eksploitasi seks, 2 Julai lalu.

Tertuduh, Shakila Latif, 25 dari Sik, Kedah dan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Langkawi hanya mengangguk faham dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati dengan niat bersama memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bagi tujuan eksploitasi seks di hotel bajet di ini, 6.20 petang, 2 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati dengan niat bersama memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang turut tidak mempunyai kad pengenalan bagi tujuan eksploitasi seks di hotel bajet sama pada tarikh sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Perlis, Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Musyiri menetapkan tertuduh masing-masing dikenakan jaminan berjumlah RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Selain itu, tertuduh dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Selain itu, Musyiri turut menetapkan 22 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes serta memberi peluang kepada tertuduh untuk melantik peguam.

Apa ini? Mesyuarat PN di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis?

Harapandaily

Tular di media sosial empat gambar yang dikatakan merupakan mesyuarat Perikatan Nasional (PN) di Perlis.

Menerusi perkongsian pengguna X, @aiamDeen, mesyuarat gabungan itu didakwa berlangsung di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis.

Kelihatan dalam gambar yang tersebar itu ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli merangkap Pengerusi PN negeri.
Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu melawat Perlis sehingga mengundang desas-desus mengenai perubahan kepimpinan Menteri Besar Perlis dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan khabar angin itu dan memberitahu media kehadirannya ke Perlis adalah untuk menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, yang sebelum ini menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Jelasnya, sudah kebetulan berada di Perlis, dia bertemu Menteri Besar, pimpinan Bersatu dan pimpinan PN.

Dia juga menghadiri Program Semarak Kasih Bersama Masyarakat di Kampung Warna Warni, Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Lagi kes pengawal keselamatan miliki MyKad palsu

3 pengawal keselamatan diberkas kerana miliki MyKad palsu

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
TIGA pengawal keselamatan yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO Ihsan JPN
TIGA pengawal keselamatan yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO Ihsan JPN
Kuala Lumpur: Tiga pengawal keselamatan warga Filipina didapati memiliki MyKad palsu diberkas dalam serbuan Ops Pengawal Keselamatan di sebuah premis perniagaan di sekitar Puchong, semalam.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, siasatan awal mendapati suspek memperoleh MyKad palsu terbabit daripada ejen dengan harga dianggarkan RM250.

"Tiga orang pekerja pengawal keselamatan ditahan disyaki menggunakan salinan kad pengenalan palsu sebagai identiti mereka di Puchong.

"Kesemua mereka yang di tahan berumur antara 27 tahun hingga 55 tahun dan kesemuanya adalah warga Filipina," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi itu dijalankan susulan pemantauan dan risikan selama dua minggu di lokasi terbabit.

Katanya, ketiga-tiga suspek terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan antara satu sama lain, ditahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

"Salah seorang suspek akan didakwa di mahkamah, yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

"Dua lagi suspek akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan," katanya.

Pemuda PH sound Akmal supaya hormat keputusan speaker

Faiz Zainudin

Mohd Hasbie Muda berkata Johari Abdul mempunyai kuasa dalam membuat keputusan mengekalkan kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda Pakatan Harapan (PH) meminta semua pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menghormati keputusan speaker Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.

Timbalan Ketua Pemuda PH Mohd Hasbie Muda berkata Johari Abdul mempunyai kuasa membuat keputusan mengekalkan kedudukan enam wakil rakyat terbabit.

Penyandang kerusi Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Dakwa Hasbie yang juga ketua Pemuda Amanah, keputusan itu tiada kaitan akta antilompat parti kerana enam wakil rakyat terbabit masih ingin kekal sebagai ahli Bersatu namun seolah-olah ditekan dan dipaksa sehingga terlucut keahlian.

“Menyokong perdana menteri tidak bermakna lompat parti sama seperti pembangkang (PH) sebelum ini tandatangan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

“Pembangkang sokong PM (Ismail) malah undi menyokong kerajaan di Parlimen,” katanya kepada FMT mengulas hantaran Akmal di Facebook malam tadi yang menyifatkan akta antilompat parti diluluskan di Parlimen dua tahun lalu sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.

Kenyataan Akmal menyusul keputusan Johari tidak mengosongkan enam kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim.

Selasa lalu, Johari memutuskan enam Ahli Parlimen terbabit tidak perlu mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Beliau menjelaskan Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu bertentangan dan menafikan hak Zahari, Azizi, Syed Hussin, Iskandar Dzulkarnain serta Dzulkafperi yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Berhubung status Suhaili, Johari menjelaskan beliau tidak mahu merosakkan kepentingan pihak berkaitan dalam kes saman wakil rakyat itu ke atas Bersatu yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan keputusannya di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 20 Jun lalu, Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee menyerahkan notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimennya yang terhenti keahlian serta-merta kepada pejabat speaker Dewan Rakyat.

Azizi, Zahari, Syed Hussin, Zulkafperi dan Iskandar terlucut keahlian kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia, selain terus menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Keahlian Suhaili pula terhenti kerana memfailkan saman ke atas Bersatu pada 19 Dis tahun lalu.

Kelantan: Wanita warga emas ditemukan maut dalam keadaan tertiarap dan melecur dalam bilik air

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah yang mengorbankan seorang wanita warga emas di Kampung Bukit, Wakaf Bharu. FOTO Siti Rohana Idris.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah yang mengorbankan seorang wanita warga emas di Kampung Bukit, Wakaf Bharu. FOTO Siti Rohana Idris.
Tumpat: Wanita warga emas ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bukit, Wakaf Bharu, malam ini.

Mangsa, Halimah Awang, 85, yang tinggal berseorangan ditemukan anggota bomba di dalam bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur di beberapa bahagian tubuh.

Saksi yang ingin dikenali sebagai Mizi, 40-an, berkata, sebelum kejadian kira-kira 7.30 malam itu berlaku, dia terdengar bunyi petir sangat kuat.

Katanya, beberapa minit kemudian dia ternampak api dari rumah mangsa yang hanya berjarak kurang 100 meter dari rumahnya.

"Saya segera ke rumah mok su (mangsa) dan sebaik tiba, saya nampak api sedang marak di ruang tengah dalam rumah dan anaknya yang tinggal di sebelah rumah memberitahu ibunya ada di dalam.

"Saya bertindak mengelilingi rumah mok su untuk mencari jalan memasukinya namun api semakin marak dan saya cuba memecahkan beberapa keping cermin tingkap sambil cuba memanggil mok su tapi langsung tidak kedengaran suaranya," katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Mizi berkata, dia dan beberapa penduduk kampung yang turut berada di lokasi tidak dapat berbuat apa-apa selain mampu menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.03 malam dan seramai 19 pegawai serta anggota termasuk dari BBP Tunjong bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba, kebakaran sudah 70 peratus dan selepas api dapat dikawal pada jam 8.37 malam, kami menemui mangsa di dalam bilik tidur dalam keadaan tertiarap.

"Beberapa anggota badannya melecur dan mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut," katanya sambil memberitahu punca kebakaran masih dalam siasatan.

‘Selamat jahanamkan negara wahai katak politik’, sindir Pemuda Umno

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata akta antilompat parti diluluskan di Parlimen sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.

Kenyataan Akmal menyusul keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.

“Maka sia-sialah akta antilompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.

“Jangan marah jika rakyat benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” kata exco Melaka yang juga Adun Merlimau di Facebook.

Terdahulu, Johari memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), menjawab notis daripada Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee.

Kiandee pada 20 Jun lalu menghantar notis kepada speaker selepas keahlian wakil rakyat terbabit terhenti kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia selain terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menerusi surat pemberitahuan, Johari memaklumkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Keputusan Johari turut dikritik Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Karim, menyatakan speaker memutuskan berdasarkan kepentingan politik kepartian yang gagal menghormati asas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

Selain enam Parlimen itu, Speaker DUN Selangor Lau Weng San hari ini turut memaklumkan tiada kekosongan kerusi Selat Klang disandang Abdul Rashid Asari yang berpaling tadah daripada Bersatu.

Pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, dikenali akta anti lompat parti berkuat kuasa pada Oktober 2022 sebagai sebahagian pembaharuan dilakukan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob bersama Pakatan Harapan.

Curi kambing: Suami ‘cabut’ tinggalkan isteri semasa diserbu

KOSMO
Asmara ditangkap oleh penduduk, manakala suaminya melarikan diri. – Tribunnews
JAKARTA – Seorang suami tergamak melarikan diri meninggalkan isterinya apabila mereka diserbu oleh penduduk kampung semasa cuba mencuri kambing, lapor laman berita Kumparan kelmarin.

Kejadian berlaku di Empat Lawang, wilayah Sumatera Selatan pada 4 Julai lalu.

Dalam insiden tersebut,  Asmara Prianti  ditahan  polis selepas penduduk berjaya menangkapnya.

Namun, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Gusta, bertindak melarikan diri.

“Benar, berlakunya cubaan mencuri. Seorang suspek ditangkap oleh penduduk bersama bahan bukti iaitu seekor kambing yang dicuri,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Empat Lawang, Asisten Komisioner Polis Alpian.

Menurut Alpian,  ketika diserbu oleh penduduk kampung, Gusta sempat melarikan diri.

Suspek kini diburu polis.

Sementara itu, seorang saksi dikenali sebagai Yasir berkata, dia melihat pasangan tersebut menaiki motosikal sebelum berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, salah seorang daripada mereka turun daripada motosikal dan melarikan seekor kambing.

Yasir  segera melaporkan perkara itu kepada pemilik kambing berkenaan yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketika kembali ke lokasi itu, mereka mendapati kambing tersebut berada di dalam karung yang disembunyikan di balik pokok pisang berhampiran kawasan belukar.

Jika disabitkan bersalah, kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun. – AGENSI 

Ajar Millah Abraham kepada isteri, Pemuzik jalanan didenda RM2,000, penjara sebulan

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my

Seremban: Pemuzik jalanan didenda RM2,000 dan penjara selama sebulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengajar ajaran berlawanan dengan hukum syarak berkaitan ajaran Millah Abraham kepada isterinya, tahun lalu.

Tertuduh, Norasid Md Said, 50, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah pertuduhan yang dibacakan pembantu mahkamah di hadapan Hakim Ruzita Ramli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengajar ajaran salah yang berlawanan dengan hukum syarak kepada seorang wanita berusia 51 tahun iaitu isterinya dengan menyatakan bahawa 'selepas kewafatan Nabi Muhammad akan muncul rasul baharu'.

Pendakwaan terhadap Norasid dibuat di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan itu dilakukan di Felda Palong 3, Gemas lebih kurang pukul 10 hingga 11 malam antara 1 hingga 30 September 2023.

Pegawai Pendakwa Syarie yang dibarisi Abdul Wafi Ramli, Mohd Hafiz Mohd Lazim dan Mohd Amir Yahya memohon mahkamah menjatuhkan denda dan penjara yang maksimum dengan mengambil kira kesalahan dilakukan membabitkan akidah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan menghidap HIV, masalah jantung dan darah tinggi serta tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai busker dan pelbagai kerja sampingan.

Menurutnya, dia juga hanya berpendapatan kira-kira RM1,200 sebulan dan perlu menyara tiga anak serta isteri.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM2,000, jika gagal bayar boleh dipenjara selama sebulan.

Pada prosiding sama, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan sama dengan menyatakan 'solat itu syirik kerana kita melakukan perbuatan sujud seperti menyembah sesuatu objek' dan berkaitan lafaz syahadah yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu 'aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan tuan semesta alam dan rasul Mesiah adalah pesuruh tuan sekalian alam'.

Kesalahan itu dilakukan di lokasi sama pada Jun dan Ogos 2023.

Bagi dua pertuduhan ini, Abdul Wafi meminta mahkamah supaya tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menahannya di dalam penjara sehingga kes selesai dibicarakan.

Ini kerana katanya, sekiranya tertuduh bebas dikhuatiri boleh mengganggu keselamatan isterinya yang tinggal dalam rumah yang sama.

Namun jelasnya, sekiranya mahkamah membuat pertimbangan, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin dan syarat tambahan melapor diri ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan perlu melapor diri ke Pejabat JHEAINS setiap dua minggu, jika gagal bayar akan ditempatkan di penjara.

Sebutan semula pada 7 Oktober 2024.

Media sebelum ini melaporkan tiga beranak ditahan masing-masing di Felda Sungai Kelamah dan Felda Palong 3, dekat Gemas, Tampin, hari ini kerana disyaki menganggotai ajaran sesat, Millah Abraham.

Dalam serbuan serentak kira-kira jam 6 petang itu, pasukan Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) turut merampas pelbagai barang yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran itu.

Isu BlackRock di Malaysia: Mogok lapar yang dilakukan Mythreyar dapat sanjungan dari bumi Gaza

Malaysiakini
story-image
Dua kanak-kanak rakyat Palestin mengucapkan terima kasih kepada seorang aktivis pro-Palestin di negara ini dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat negara itu.

Ucapan terima kasih kanak-kanak itu dizahirkan menerusi perkongsian video di TikToK, yang memaparkan mesej melalui beberapa tulisan di beberapa keping kertas.

Kanak-kanak terbabit yang hanya dikenali sebagai Rawad berkata dia dan keluarga sangat menghargai apa yang diusahakan M Mythreyar.

“Saya Rawad (Masoud) dari Gaza, keluarga saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda Mythreyar dari Malaysia.

“Terima kasih kerana menyokong kami dan melakukan yang terbaik. Kami menerima kasih sayang anda dan rakyat Malaysia,” katanya.

Rawad dan adik-beradiknya banyak berkongsi gambar-gambar kemusnahan rumah mereka yang hancur akibat serangan Israel.

Mereka juga sedang mengumpulkan dana awam untuk membina semula rumah.

Awal Julai lalu, Mythreyar mengumumkan hasrat mogok lapar di hadapan bangunan Parlimen mulai Selasa lepas bagi membantah penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat yang bakal menjadi milik Blackrock.

Langkah itu dikecam aktivis pro-Palestin kerana Blackrock melabur dalam syarikat yang menjual senjata kepada Israel yang sedang membantai Gaza.

Mythreyar, 46 dari Tanjung Malim, Perak berkata, dia akan berlapar sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian itu.

Mogok laparnya kini memasuki hari kedua dan dia berpindah-randah di sekitar Jalan Parlimen, Kuala Lumpur ke pusat bandar raya.
M Mythreyar
Mythreyar bergiat bersama NGO Malaysian Tamil For Palestine (MTFP) dan pernah terlibat dalam siri demonstrasi anti-Israel di ibu negara.