Manikumar tetap dengan PKR, nafi dakwaan tinggal parti
ALOR SETAR, 15 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S.Manikumar menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut beliau, berita yang digembar-gemburkan itu langsung tidak berasas dan hanya mahu menjatuhkan PKR Kedah.
"Desas-desus yang didengari ini adalah satu tohmahan yang sudah lama diperkatakan.Namun begitu saya tidak akan sekali-kali meninggalkan PKR.Oleh kerana itu bagi mereka yang sentiasa cuba menimbulkan isu sensasi ini perlu sedar dan menerima hakikat bahawa Kedah adalah diperintah oleh PR."katanya.
Beliau juga berkata, tiada sebab untuk beliau mengikut rentak Umno BN berhubung perkara tersebut apatah lagi sangat selesa dengan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Kedah pada waktu ini.
"Kenapa pula saya mahu terikut-ikut dengan rentak pembangkang seperti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang ingin melihat Pakatan Rakyat goyang di negeri Kedah.Saya selesa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri yang ada," katanya lagi.
Manikumar yang juga Exco negeri menegaskan dia bukan seorang yang mudah melupakan jasa orang lain dan seorang yang tetap pendirian.
Baginya, amanah yang diberi rakyat pada Pilihan Raya Umum lalu tidak akan sesekali dikhianatinya.
"Sebenarnya saya adalah seorang yang mempunyai pendirian.Tidak mudah untuk saya melupakan jasa orang lain apa lagi melupakan budi rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada saya dalam pilihan raya kecil yang lalu untuk membela nasib mereka," katanya.
Kandang BN semakin sendat dengan pembelot
Sebentar tadi wartawan dari sebuah akhbar Cina menghubungi saya. Saya sudah menjangka,sudah pastilah komen yang beliau mahukan adalah mengenai “lompatan” terbaru melibatkan ahli parlimen Wangsa Maju dari PKR Sdr Wee Choo Keong yang telah isytihar keluar PKR menjadi ahli parlimen Bebas.
Saya mengenali Sdr Wee sejak tahun 1989 lagi ketika itu beliau adalah ahli DAP. Saya pernah berkempen dan berceramah bersama beliau sehinggalah kemudiannya beliau menang sebagai ahli Parlimen Bukit Bintang. Kemudian hubungankami terputus. Pada pilihanraya 2008 lalu beliau dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kerusi parlimen Wangsa Maju dan berjaya mengalahkan calon BN di sana.
Saya beritahu wartawan tadi saya yakin para pengundi Wangsa Maju akan berasa kecewa dengan tindakan Wee itu. Pengundi di Wangsa Maju sebagaimana kebanyakkan pengundi di Lembah Kelang telah bangkit menolak BN tak kiralah dari MCA, Gerakan atau Umno kerana hilang keyakinan kepada BN. Rata-rata calon-calon DAP, PKR dan PAS menang khasnya di Lembah Kelang lantaran sentimen kebencian rakyat itu.
PAS sendiri menang buat pertama kali di Wilayah Persekutuan apabila calon kami Dr Lo’lo Dato Ghazali menang di kerusi parlimen Tititwangsa.
Pada saya Wee telah medurhakai amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi Wangsa Maju. Bayangkan sumbangan tenaga dan wang ringgit para pekerja dan petugas parti termasuklah dari PAS yang telah bermati-matian bekerja dan berkempen untuk kemenangan beliau, tiba-tiba dengan mudah beliau lompat keluar begitu sahaja.
Waratawan yang sama turut bertanya kepada saya tentang impak tindakan Wee itu terhadap pilihan raya kecil Sibu yang hari mengundinya esok.
Saya katakan insyallah para pengundi di Sibu telah pun membuat keputusan. Tindakan Wee hanya akan mendorong rakyat untuk berhati-hati agar tidak memilih calon yang seumpama Wee. Bagi saya harapan Pakatan Rakyat tidak akan terjejas dengan tindakan paling tadah Wee itu.
Beliau juga bertanya tidakkah agenda Pakatan Rakyat terjejas dengan tindakan seumpama ini mengambil kira beberapa kes lompatan sebelum ini. Saya berharap rakan-rakan dari PKR segera mengambil tindakan merawat penyakit ini.
Ia sudah pastilah sesuatu yang tidak sihat buat PKR dan Pakatan Rakyat sendiri. Kejadian seumpama ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PR.
Namun saya yakin rakan-rakan dari PKR akan segera bertindak dan mengambil langkah yang sewajarnya. Mereka yang berpaling tadah dan pembelot seperti ini tidak akan dapat kekal bertahan.
Dalam sejarah Melayu Melakapun banyak kit abaca berkenaan pembelot. Salah seorang adalah saudagar (korpratlah kalau pada hari ini) Jawa bernama Utimutiraja. Kerana rasa tidak puas hati dan mhukan kesenangan dan kekayaan berlebihan beliau telah mengarahkan hamba-hambanya seramai 5,000 orang membantu Portugisdalampenaklukan Melaka.
Khabarnya beliau kemudiannya dibunuh sendiri oleh Portugis kerana Portugis bimbang manusia seumpama ini kalau boleh belot sekali takmustahil dia belot berkali-kali.
Jaga-jagalah BN banyak pembelot dalam bilik tidurmu!
Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.
Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.
-Bernama-
"Jangan lupa undi DAP"-Nik Aziz
KOTA BHARU, 15 Mei: Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.
"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.
"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.
"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.
Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.
Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.
Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.
Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.
"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.
"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.
Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.
Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.
Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.
Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.
Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.
"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.
"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.
"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.
Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.
15 remaja ditahan sertai parti liar di Port Dickson
PORT DICKSON, 15 Mei: Seramai 15 remaja termasuk empat remaja perempuan ditahan ketika menyertai pesta liar di sebuah resort di pantai Teluk Kemang awal pagi tadi.
Ketika serbuan polis kira-kira 3 pagi, mereka sedang berada di bawah pengaruh alkohol dan khayal akibat pengambilan dadah di dalam sebuah bilik yang telah diubah suai sebagai disko.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh berkata mereka berusia antara 16 hingga 27 tahun termasuk lima orang pelajar sebuah kolej di Lembah Klang.
“Kita turut merampas dadah jenis ketamin dalam premis itu dan hasil dari ujian air kencing mendapati, tujuh lelaki dan empat wanita berkenaan positif dadah.
“Mereka menginap di resort tersebut dengan tujuan untuk bersuka ria,” katanya.
-Bernama-
Nik Aziz: Wakil rakyat lompat tak akil baligh politik
Menteri Besar Kelantan itu mengakui perbuatan itu menjadi amalan biasa dalam politik sekarang dan menurutnya malah di kalangan pemimpin PAS sendiri pernah berlaku keadaan sebegitu ketika di peringkat awal kerana masih belum mengenali perjuangan politik Islam sebenar parti itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JPM Super Drive Challenge KB 2010, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini, ketika diminta mengulas keputusan anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.
"Malah, kita cuba mendekatkan masyarakat bukan Islam melalui DAP dan usaha yang dilakukan PAS ternyata berhasil di mana ramai kalangan bukan Islam, khasnya masyarakat Cina boleh menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS," katanya.
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusoff Rawa berkata DHPP sebagai sayap baru parti itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini.
Ditanya mengenai kedudukan DAP yang tidak begitu yakin memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, esok, Nik Abdul Aziz berkata kenyataan itu menunjukkan DAP berpegang kepada kenyataan.
"Mungkin juga pemimpin DAP tidak mahu pengundinya panik dalam menghadapi
suasana pilihan raya dalam masa terdekat ini," katanya.
-Bernama-
PKR desak Wee Choo Keong letak jawatan MP
KUALA LUMPUR, 15 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR ) Cabang Wangsa Maju hari ini mendesak Wee Choo Keong meletakkan jawatan ahli Parlimen (MP) kawasan itu serta merta kerana telah mengkhianati parti dan amanah yang diberikan rakyat.
Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Buhairi Yaakob berkata, Wee seharusnya meletakkan jawatannya bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan dan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang lebih baik.
"Kami sebagai ahli PKR dan pengundi di Wangsa Maju mendesak Wee meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen berkuat kuasa serta merta.
"Kami mendesak agar satu pilihan raya segera diakan di Wangsa Maju bagi membolehkan pengundi membuat pilihan raya yang benar dan lebih baik daripada beliau," katanya pada sidang media di pejabat PKR Taman Danau Kota, dekat sini.
Beliau juga berkata, ahli parti sangat tidak tidak berpuas hati dengan tindakan yang dibuat Wee itu apatah lagi beliau mendapat bantuan penuh daripada PKR untuk menang pada pilihan raya umum ke-12 yang lepas.
"Ahli jawatankuasa PKR Wangsa Maju dan pengundi di sini berasa kami telah dikhianati, diperbodohkan dan dipermainkan Wee atas tindakan beliau itu. Kemenangan Wee atas tiket PKR dan PR dan bukan hak peribadi beliau.
""Semasa PRU 12 yang lalu Wee bukan ahli PKR yang layak bertanding di sini sebaliknya beliau ialah Ahli Malaysia Demokratic Parti (MDP).Tapi atas semangat setiakawan yang ditunjukkan Majlis Pimpinan Pusat, beliau ditawar bertanding dan berkat usaha, tenaga dan wang ringgit oleh parti, beliau menang namun kepercayaan itu dikhianati beliau," katanya.
Beliau turut mempersoal tindakan Wee yang meletakkan jawatan sewaktu pilihan raya kecil di Sibu, dan yakin ianya mempunyai motif dan agenda peribadi sesuatu pihak bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat.
"Kami berpendapat tindakan yang dibuat menjelangnya hari mengundi di pilihan raya kecil Sibu mempunyai motif dan agenda peribadi sesuatu pihak yang tidak senang dengan PKR dan PR," katanya.
PKR khususnya di Wangsa Maju juga tegasnya, tidak sedikit pun terjejas dengan tindakan Wee itu memandangkan Wee tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai ahli Parlimen di kawasan itu.
"Sebenarnya kami telah banyak menerima rungutan daripada pengundi si sini tentang Wee yang jarang turun padang sebaliknya hanya memantau kawasan dalam blognya sahaja.
"Justeru, tindakan beliau itu tidak menjejaskan PKR sebaliknya PKR akan terus kukuh di sini di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, alasan yang diberikan Wee bahawa beliau keluar parti kerana kecewa dengan cara parti itu dan kerajaan negeri Selangor dalam menangani skandal pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah tidak betanggungjawab.
"Untuk beliau kata beliau keluar atas alasan Semesta, saya rasa itu amat tidak betanggungjawab kerana beliau tidak terlibat dalam mengandalikan isu itu. Bertanggungjawab bukan sahaja menulis di blog, tapi berserta dengan tindakan," katanya.
Ditanya sama ada isu lompat parti akan dibincangkan secara khusus di kongres PKR akhir Mei ini, beliau berkata isu kepimpinan yang bukan sahaja kes lompat parti akan dibincangkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada kongres itu.
"Kita telah cadangkan kepada pimpinan-pimpinan dan perwakilan-perwakilan yang membahaskan agar memberi keutamaan kepada isu kepimpinan.
"Mungkin di sini saya rasa kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan boleh mempertimbangkan isu ini sebagai satu yang boleh dipelajari dan diteladani oleh ahli seawaktu kongres nanti," katanya.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong semalam mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas.
Wee juga mengumumkan meletakkan semua jawatan partinya, termasuk ketua PKR Wilayah Persekutuan.
PAS Desak Dasuki Ahmad Dan Harussani Zakaria Letak Jawatan
TARMIZI MOHD JAM
Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap cuai, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Dato’ Dasuki Ahmad dan Penasihat Syariah ARB, Tan Sri (Dr) Harussani Zakaria yang juga Mufti Kerajaan Perak sehingga menyebabkan ARB terbabit dengan pelaburan dalam syarikat judi terbesar, Magnum Corporation.
Selain Dasuki yang tersohor sebagai ulama Umno, Harussani juga amat dikenali dalam bidang agama, dan dilihat sebagai orang yang berilmu, sekalipun banyak kenyataannya dipersoalkan khususnya dalam isu-isu politik kerana menyebelahi Umno.
Atas rasa integriti, PAS mendesak agar kedua-dua mereka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Syariah kerana gagal memikul tanggungjawab, sebaliknya mengkhianati amanah yang diberikan bagi memulihara, mengawasi dan memantau perjalanan ARB dari terjebak dengan aktiviti dan pelaburan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.
PAS memandang serius pembabitan ARB dalam pelaburan judi, dengan mengambil kira Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Ma'idah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya."
ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian sekalipun penyertaan ARB dalam pelaburan judi untuk mendapatklan keuntungan jangka pendek dan segera.
PAS sangat kecewa kerana individu yang dipertanggungjawabkan menjaga ARB terdiri dari orang berilmu agama, dihormati dan berpengaruh, gagal menyelia syarikat ini dan ini sekaligus menanam persepsi buruk orang ramai terhadap orang alim atau ulama yang bijak memperkatakan hukum hakam tetapi tidak praktikal.
Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh agama ini mestilah meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap pembabitan ARB melabur dalam syarikat judi.
TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan
10 terbunuh 125 cedera, Bangkok tegang
BANGKOK, 15 Mei: Keadaan keselamatan di Bangkok amat tegang dengan 10 orang terbunuh manakala 125 yang lain termasuk tiga wartawan cedera ketika keganasan berterusan sepanjang semalam.
Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan antikerajaan tercetus di beberapa kawasan di ibu negara Thailand dan berlarutan hingga lewat malam.
Pertempuran kembali memuncak selepas pemimpin tentera de facto kumpulan Baju Merah cedera ditembak dan berada dalam keadaan kritikal, kata laporan Reuters.
Laporan Bernama pula menyebut, menurut jurucakap Pusat Perubatan Darurat Erawan (EEMC) di sini, kesemua mereka yang terkorban dan cedera adalah orang tempatan kecuali Nelson Rang, wartawan Kanada yang bertugas dengan TV 24 Perancis.
Yang maut dikenali sebagai Intaeny Teswong, 33; Sanea Nillueng; Piyaponp Kitiwonp; dan Prachuab Sirapant.
Mereka mati akibat terkena tembakan senapang.
Lebih banyak letupan bom dan tembakan kedengaran dari masa ke masa semalam berbanding kelmarin.
Penunjuk perasaan antikerajaan kemeja merah enggan bersurai dari satu kawasan pusat bandar seluas tiga kilometer persegi yang mereka duduki sementara kerajaan berikrar akan meneruskan operasi tentera di kawasan itu dalam usaha untuk mengurangkan bilangan penunjuk perasaan.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri Sathit Wongnongtoey berkata malam tadi cara terbaik menyelesaikan masalah ialah menghentikan tunjuk perasaan.
“Kami akan terus berjuang untuk demokrasi dan untuk empat rakan kami yang telah terkorban setakat ini,” kata Natthawut Saikua, ketua kumpulan kemeja merah.
Penunjuk perasaan itu telah membakar sebuah bas awam, dan memusnahkan dua trak meriam air tentera.
Bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dalam satu kenyataan merayu agar dicari penyelesaian damai terhadap pertikaian berkenaan.
Penunjuk perasaan itu mendesak kerajaan membubarkan Parlimen.
Kumpulan baju merah memulakan bantahan mereka di jalan raya pada 12 Mac lalu bagi mendesak kerajaan membubarkan Parlimen.
Mereka menguasai pusat bandar raya ini sejak sebulan lepas dan menyebabkan kompleks beli-belah, hotel bertaraf lima bintang dan pejabat kerajaan yang berada dalam lingkungan tiga km persegi, terpaksa ditutup.
Tunjuk perasaan itu menyebabkan 27 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera.
Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah menawarkan pelan tindakan bagi mewujudkan perdamaian kebangsaan, termasuk mengadakan pilihan raya umum pada 14 November.
Pada mulanya, para pemimpin kumpulan baju merah menerima pelan perdamaian itu, tetapi mengubah pendirian untuk menentang rancangan itu dan meminta Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan Suthep Thaugsuban, supaya menyerah diri kepada polis bagi menghadapi tuduhan berkaitan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa yang meragut 25 nyawa.
Para pemimpin UDD tidak berpuas hati apabila Suthep hanya menyerah diri kepada polis tetapi tidak melaporkan diri kepada pihak berkuasa sebagai suspek dan dikenakan tuduhan.
-malaysianinsider-
DAP masih cuba pikat sokongan pedalaman
SIBU, 15 Mei: Tinggal beberapa jam menjelang hari pengundian esok, DAP kelihatan menguasai sokongan dari kawasan-kawasan bandar, tetapi masih bertungkus-lumus untuk memikat pengundi-pengundi kawasan bandar.
Pengundian pilihan raya kecil Sibu berlangsung esok.
Perkembangan ini kelihatan ketara apabila kedua-dua Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada beberapa pertemuan awam malam tadi.
Persinggahan terakhir Anwar di Rejang Park di sini malam tadi, yang merupakan kawasan eksklusif masyarakat Cina mendapat respons menggalakkan berbanding lokasi awal ceramah beliau di kawasan Melayu/Melanau di Jalan Bandung.
Di lokasi berkenaan, ketua pembangkang ini berhadapan dengan gangguan daripada penduduk tempatan yang hampir menyebabkan pergaduhan membabitkan jentera kempen PKR, sehingga memaksa polis digerakkan untuk menyuraikan mereka.
“Bagi orang Melayu di sini, adakah anda pernah menerima konsesi balak? Mereka yang menerima (konsesi) balak menyokong pihak sebelah sana, jadi anda harus datang dan menyokong kami,” kata Anwar pada ceramah yang diadakan salah satu medan selera halal utama Sibu.PKR menganjurkan ceramah setiap malam di tempat yang sama ini dalam usaha mendapatkan sebanyak sokongan pengundi Melayu/Melanau.
Kemudian, Anwar menerima kumpulan hadirin yang lebih ghairah, yang sebelum itu mendengar ucapan Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang di Rejang Park di mana kira-kira 3,000 orang muncul di pusat operasi DAP.
Anwar mengulangi mesej yang sama di Rejang Park.
Penasihat PKR ini juga memberi hadirin, yang kebanyakannya penyokong tegar DAP, jaminan bahawa pengundi-pengundi Iban akan menyokong parti itu kali ini.
DAP menerima kira-kira 30 peratus sokongan pengundi kumpulan ini ketika pilihan raya umum 2008. Pada 8 Mac 2008, Datuk Robert Lau Hoi Chew menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dengan perbezaan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan calon PKR.
DAP memerlukan sokongan Iban yang signifikan untuk memenangi pilihan raya kecil pertama bagi parti itu selepas pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun kunjungan pemimpin-pemimpin DAP ke rumah panjang semalam menunjukkan ia masih berhadapan dengan kesukaran untuk menembusi komuniti ini.
Di salah satu rumah panjang di Bawang Assan, yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dengan memandu dari Sibu, wakil-wakil DAP hanya mampu untuk bertemu dengan 20 daripads 246 pengundi.
Ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional.
“Tuai Rumah (ketua rumah panjang) tidak suka tetapi saya tidak bimbang,” kata timbalan Tuai Ruamh, Liban Berinyang.
Malah, Liban menyewakan salah satu bilik rumahnya kepada pekerja jentera PKR untuk tinggal sepanjang tempoh berkempen.
Kunjungan itu diketuai oleh Adun Kidurong Chew Chin Sing yang merupakan satu satunya wakil rakyat DAP yang boleh cakap dalam bahasa Iban.
Kumpulan itu merupakan salah satu daripada tiga rombongan pemimpin kanan mengadakan pertemuan ke rumah-rumah panjang secara berasingan semalam.
Kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu berakhir malam ini. Seramai 54,659 pengundi akan membuang undi bermula pagi esok.
-malaysianinsider-
Yusmadi Akan Lompat?
SharpShooter
Akhirnya khabar angin yang sekian lama bertiup sepoi2 bahasa mencium pipi tembam menjadi kenyataan.Terkini Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli katak Bebas.
Siapa lagi selepas ini? Adakah MP balik Pulau Yusmadi akan menyalin menjelma menjadi katak?
Adakah Anwar Ibrahim akan tingggal keseorangan menjadi wakil rakyat PKR tunggal di P.Pinang?
Dalam Islam... katak adalah haram dimakan kerana boleh hidup di dua alam. Wakil Rakyat Bebas tapi mesra UMCO...memang sah dua alam.
UMCO akan terus memburu YB PKR yang bermasalah dengan umpan yang menarik dan lumayan. Musim pilihanraya kecil adalah musim paling sesuai katak baru akan muncul.
Broker-broker bertaburan memburu pemimpin PKR dan pimpinan AMK Pusat mahupun Negeri tidak terkecuali diburu dan dihubungi untuk berbincang dan memberi tawaran serta projek yang agak lumayan.
Sharpshooter baru sahaja bertemu Yusmadi di Pejabat PKR Pusat Tropicana dalam mesyuarat AMK Pusat hari Ahad yang lalu.
Semasa makan selepas mesyuarat bersama Shamsul Iskandar, Yusmadi, Zulfikar dan Rahman, isu lompat ini memang kami sentuh dan bincangkan.
Terdahulu, Yusmadi adalah salah seorang yang tersenarai wakil rakyat yang akan lompat. Beliau dikatakan jarang balik ke Balik Pulau meninjau masalah rakyat. Beliau juga adalah mantan Ketua AMK P.Pinang yang terpaksa melepaskan jawatan setelah tidak mampu menyatukan AMK P.Pinang.
Beliau juga tidak dilantik menjadi ajk Pimpinan PKR P.Pinang di bawah pimpinan DR Mansor Othman. Mengapa? Dr Mansor Othman ada jawapannya.
Namun begitu Yusmadi adalah anak muda yang pintar dan banyak idea semasa dalam mesyuarat. Beliau berkebolehan dan sering diundang dalam Astro Awani. Beliau juga petah berhujah dalam Parlimen.
Cuma apa yang boleh sharpshooter katakan adalah harapan masih boleh terus diberi kepada anak muda termasuk Yusmadi kerana semua yang melompat adalah veteran bukan dari wakil rakyat anak muda.
Namun begitu, mahu tidak mahu, suka tidak suka, imej dan kredebiliti PKR tercalar gara-gara katak najis. Katak najis hidup dalam sumpahan rakyat kerana rakyat mengundi mereka atas dasar Pakatan Rakyat.
Tidak cukup dengan laugan reformasi tetapi PKR perlu lakukan transformasi demi memulihkan imej PKR yang tercalar.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Gobala didenda RM3k, hadapi risiko hilang MP
Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.
Majistret Ainol Bashirrah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Gobalakrishnan.
Gobalakrishnan dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp. V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di Georgetown kira-kira jam 12.20 tengah malam, 29 Januari 2002.
Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.
"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.
Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.
Pada kejadian itu, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.
Beliau yang dihubungi petang tadi berkata ditahan di lokap mahkamah sehingga jam 2.45 petang berikutan kaunter pembayaran ditutup kerana solat Jumaat.
Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.
Beliau bagaimanapun, dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Sementara itu, Gobalakrishnan ketika ditemui pemberita selepas membayar denda, berkata beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.
Beliau turut menegaskan masih lagi wakil rakyat dan tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen Padang Serai yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
"Saya tidak akan letakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sehingalah semua proses perundangan selesai," katanya.
-malaysiakini-
Pakatan Rakyat Desak BN Tarik Semula Lesen Judi Bola
Lantaran itu, mereka sepakat mendesak kerajaan Umni Barisan Nasional supaya menarik semula kelulusan lesen judi bola.
-tvselangor-
BN dijangka pertahan Sibu dengan majoriti kecil
"Kemungkinannya masih tidak menyebelahi kita. Bagaimanapun, kami berharap dapat mencapai 50 peratus menjelang esok. Dalam usaha untuk menang, kita perlu kepada bilangan besar yang keluar mengundi, dengan undi kaum Cina perlu mencapai 80 peratus yang menyokong kita, dan tambahan 10 peratus undi Melayu dan Iban. Jika ini berlaku, kita akan berjaya," kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (bawah, kanan).
Dengan Melayu-Melanau dan Dayak dijangka meneruskan tradisi menjadi bank undi BN, bagaimana anggota suku Foochow untuk mengundi kekal menjadi perhatian.
Suku Foochow, yang dikenali kerana berfikiran sempit, mempunyai sejarah berubah kesetiaan dan ini membuatkan BN dan DAP kurang pasti mengenai tahap sokongan kumpulan ini. Pada pilihan raya umum sebelum ini, keputusan menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada mereka mengundi DAP.
Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) percaya bahawa lebih banyak undi Cina tidak menyebelahi BN, berdasarkan kepada keputusan sebelum ini, meneruskan corak pengundi Cina di kerusi-kerusi kawasan bandar seperti Kuching.
“Kaum Cina membentuk majoriti di Sibu, BN benar-benar memerlukan undi mereka untuk memenangi kerusi ini,” katanya.
"Kaum Cina bukan jenis yang mudah dipengaruhi dengan mudah," katanya.
Seperti yang disebut oleh Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, jika sokongan kaum Cina menurun di bawah paras 35 peratus, ia memberi petanda buruk kepada BN walaupun ia dapat mengekalkan tahap sokongan daripada kumpulan lain.
Oleh itu, adalah tidak mengejutkan bahawa kedua-dua kumpulan parti politik itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan undi Melayu-Melanau dan Dayak sementara berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan undi Cina.
Bagi BN, apa yang hendak mereka lakukan ialah sekurang-kurangnya mengekalkan tahap sokongan yang diterima pada pilihan raya umum 2008 bagi kawasan kerusi parlimen itu ialah mendapatkan 80 hingga 85 peratus undi Melayu-Melanau.
"Pada dasarnya, yang lain telahpun membuat keputusan termasuk kira-kira 3,000 pengundi baru. Apa yang sedang diusahakan sekarang ialah baki sembilan peratus daripada bilangan pengundi yang masih belum membuat keputusan," katanya.
Meraih undi bukan satu perkara mudah tetapi satu perkara yang pasti ialah kedua-dua belah pihak berusaha sebaik mungkin menggunakan taktik dan strategi mereka untuk menarik sokongan pengundi atas pagar untuk menyokong mereka.
-Bernama-
Saiful: BONTOT saya diliwat di Malaysia, Hong Kong, Bangkok & Singapura!
SEWAKTU penulis duduk minum-minum teh di Macau, penulis membaca akhbar South China Morning Post yang dibeli kejap tadi di Hong Kong menceritakan kisah sedih bercampur lucu Saiful yang mendakwa lubang bontotnya telah diliwat Anwar di Malaysia, Hong Kong, Bangkok dan Singapura. Tak pernah kudengar mangsa liwat atau mangsa rogol yang sentiasa mengikut perogolnya ke seluruh dunia! Pendedahan gambar Saiful yang kelihatan cukup ceria dan happy sehari selepas 'diliwat' Anwar cukup bercanggah dengan keterangan Saiful. ULASAN dan Keratan akhbar luar negara disertakan:
"South China Morning Post
Anwar accuser claims he was raped in HK MALAYSIA
Agence France-Presse in Kuala Lumpur
May 14, 2010
The man who accuses Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy testified yesterday that he was raped by Anwar on trips abroad, including in Hong Kong, Bangkok and Singapore although he did not complain to police until after a later incident in Kuala Lumpur.... end".
INILAH dia 'mangsa' rogol/liwat yang paling kelakar dan bodoh. Adakah masuk akal bahawa seorang yang sudah diliwat berulangkali akan terus mengikut si peliwat ke seluruh dunia, dari Bangkok dan Singpura sehinggalah ke Hong Kong untuk terus diliwat??
Dan selepas itu, berjumpa dengan Najib, Musa Hassan dan Ezam untuk mengadu dan terus membiarkan bontotnya diliwat selepas itu??
SECARA peribadi, disebalik kesemua bukti jelas akan agenda konspirasi Najib-Rosmah dalam kes ini, keputusan kes ini sudah dapat dibaca:
"Ehem, ehem. Sekalipun saya mendapati bahawa keterangan saksi adalah sangat tidak konsisten dan bercanggah dengan kenyataan Najib dan saksi-saksi lain, dan terdapat 3 laporan doktor bahawa bontot Saiful tiada langsung kesan liwat, dan wujud bukti bahawa Saiful telah berjumpa dengan Najib, Ezam dan Musa Hassan sebelum 'diliwat', dan wujud persepsi jelas adanya konspirasi, saya mendapati ANWAR BERSALAH atas kesalahan meliwat-liwat bontot Saiful kerana saya sangat sangat berpuas hati dengan laporan doktor kerajaan bahawa wujud air mani Anwar yang membuak-buak dalam bontot Saiful yang telah tidak membasuh bontotnya sewaktu mandi wajib dan telah tidak solat untuk menjaga 'bukti' dilubang bontotnya itu'..
Kui kui. Rasanya begitulah penghakiman yang akan keluar kelak. Minta simpang. Takut-takutlah dengan Tuhan
p/s: WAKTU korang solat Jumaat nanti, ingatlah 'pengorbanan' Saiful yang telah tidak buang air dan tidak mandi wajib selama 2 hari sehingga terpaksa solat Jumaat dalam keadaan berhadas kerana 'kecemasan' yang dihadapinya.. kwah kwah
Siapa MP dan ADUN PKR yang Zul Noordin maksudkan?
Teman itu meminta saya membaca berita di The Malaysian Insider bertajuk 'Second ‘Perak’ on the cards, warns Zul Noordin' yang ditulis oleh Clara Chooi berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang ditalak tiga oleh PKR kerana keangkuhannya sendiri.
Zul Noordin dalam kenyataannya memberitahu ada dua Ahli Parlimen dan seorang Adun dari PKR akan bertindak meninggalkan parti kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan DS Anwar Ibrahim, alasan yang tidak berubah-ubah sejak bermulanya episod wakil rakyat melompat keluar.
Pada mulanya saya rasa teruja dengan berita itu, tapi bila direnung-renung dan ditilik-tilik, mana mungkin amaran tidak berasas itu menjadi realiti apabila wakil rakyat yang tidak dinamakan itu adalah dua orang MP dan hanya seorang Adun sahaja.
Bodohnya peguam yang berpaksikan agama dan bangsa itu membuat congakan asas matematik dalam politik. Pada masa sekarang Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi dan BN hanya memiliki 15 kerusi termasuk dua kerusi Bebas di DUN Kedah, manakala Kota Siputeh masih kekal tidak bertuan kerana ketakutan BN yang teramat sangat terhadap pilihan raya kecil di Kedah.
Kalau pun masin mulut Zul Noordin, berlaku apa yang dikatakannya, kerajaan PR Kedah masih utuh dan tragedi Perak tidak akan berulang di negeri jelapang padi ini. PR masih kekal menguasai kerajaan negeri kerana mempunyai 19 kerusi berbanding BN hanya 16 kerusi termasuk Bebas.
Pada ketika ini Adun PKR hanya ada 3 orang sahaja, Adun Bukit Selambau, S. Manikumar, Adun Sidam, Tan Show Kang dan Adun Kulim, Lim Soo Nee. Ketiga-tiganya menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Apakah salah seorang dari mereka akan mengikut jejak bodoh dan senget Adun Lunas dan Adun Bakar Arang yang meninggalkan PR hanya kerana ingin mendapat sedikit habuan yang hanya boleh dijadikan modal permulaan membuka sebuah restoren di KL?
Dua lagi MP, kemungkinan gandingan MP Padang Serai dan MP Sungai Petani @ MP Padang Serai dan MP Kuala Kedah @ MP Sungai Petani dan MP Kuala Kedah tidak akan menjejaskan penguasaan PR dalam DUN Kedah.
Persoalannya siapakah dua orang MP dan seorang Adun PKR yang Zul Noordin maksudkan dalam kenyataan bodohnya itu?
Saya cuba menghubungi salah seorang dari Adun untuk penjelasan dan kesudahannya kami mencapai satu keputusan untuk diaturkan satu ceramah penjelasan isu lompat melompat pada 19/5/2010 di Bedong.
Ketiga-tiga Adun PKR dan ketiga-tiga MP PKR akan dijemput untuk memberikan penjelasan dan Zul Noordin juga akan dijemput untuk mendedahkan siapakah Adun dan MP PKR yang dikatakan akan melompat dari Pakatan Rakyat.
Mohd Firdaus Jaafar,
Ahli Parlimen Jerai.
Wajarkah DUN Kedah dibubarkan
Afrar Yunus
Manafaatkah Dewan Undangan Negeri Kedah dibubarkan?
Bagi kerajaan PAS ia boleh membawa masalah besar padanya manakala bagi Barisan Nasional setidak-tidaknya ada sedikit keuntungan politik menyebelahinya.PKR pula seperti melukut ditepi gantang. Lebih-lebih lagi calonnya yang menjadi 'Bebas'. Mereka bukan sahaja tidak akan memperolehi apa yang dikejar, malah akan keciciran apa yang dikendung
Bermakna Azizan Razak perlu melipat gandakan usahanya menlingkungi apa yang sudah ada. Memperbaiki beberapa kelemahan pentadbirannya yang memang kelihatan ada.
Saya yakin ADUN PAS langsung tidak terlibat dalam khabar angin mengkhianati amanah rakyat dengan melompat parti. Biarkan Zulkifli Noordin, budak Baling yang mewakili Parlimen Kulim dengan jeritan politik hangitnya.
Orang yang tidak kukuh asas pendiriannya itu mungkin pula dibiayai oleh Najib Razak untuk memburukkan kerajaan Kedah sepertimana pengakuannya ia ditawar cukup lumayan untuk mengaibkan Najib Razak suatu ketika dahulu.
Apa yang saya yakin dia sudah mengetuk pintu kehancuran masa hadapan politiknya sepertimana Bashah Hanipah yang sudah gagal di Kedah.
Ketika ini, membubarkan DUN Kedah hanya akan merugikan kerajaan sedia ada.
Ia sesuai dilakukan apabila keadaan sudah mendesak. Namun keadaan mendesak ini hanya kelihatan diwajah-wajah Bashah dan Zul sahaja.
Kata peribahasa, hati orang yang bodoh itu dimulutnya dan lidah orang yang cerdik itu dibelakang hatinya.
Seorang dikatakan 'gila' menjadi Menteri Besar walaupun UMNO dahulu sudah berkali-kali menolaknya dan seorang lagi mahu kelihatan sebagai penyelamat UMNO di dunia sebelah utara semenanjung biarpun reputasinya sendiri dalam parti Melayu itu tidak seberapa.
"Berdentum Kepala Saya, Mulut Saya Berdarah"
“Saya sedang memegang pembesar suara itu, tiba-tiba pihak polis merampasnya dari tangan saya, mereka menolak dan memukul saya. Saya jatuh, berdentum kepala saya dan keadaan ini yang membuatkan keadaan bertambah kecoh.
“Mulut saya berdarah dan kepala saya sakit akibat ditolak dan terjatuh ke bawah terkena ekzos motosikal,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.
Lebih 1,000 orang termasuk orang bukan Islam menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak sempana kejohanan Piala Dunia, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi.
Perhimpunan selepas solat Jumaat itu hanya berlangsung selama kurang dari lima minit berikutan larangan pihak berkuasa, malah seorang petugas PAS turut dikasari polis.
Mereka membawa kain rentang dan sepanduk mengecam tindakan kementerian kewangan yang diterajui datuk seri najib razak kerana meluluskan lesen judi bola walaupun mendapat bantahan rakyat.
Namun, Umno Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup kelemahan mempergunakan institusi polis bagi menggagalkan perhimpunan aman ini.
Polis dikatakan memberi masa lima minit kepada mereka untuk berhimpun tetapi belumpun tempoh itu berakhir, kira-kira 20 anggota polis menyerbu menyebabkan kekecohan itu berlaku.
Saya sedia dedah: Husam
Kerajaan Negeri Kelantan sedia menyahut desakan Pemuda UMNO Negeri dengan mendedahkan butiran mengenai penerima konsesi balak di negeri ini.
Bagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pergerakan tersebut juga dalam masa yang sama perlu menyatakan pendirian terhadap isu lesen judi bola sepak yang sebelum ini diluluskan oleh Kerajaan Pusat.
“Tiada masalah (untuk dedahkan) berapa helai hendak siarkan di akhbar, tetapi saya nak juga tanya apakan pendirian Pemuda UMNO Kelantan dan Kerajaan Pusat mengenai isu judi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kaki palsu dan wang kepada golongan memerlukan di Kota Darul Naim, di sini, semalam.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Negeri, Anuar Safian mendesak Husam mendedahkan sumber wang yang diperolehi untuk membiayai membiayai pengurusan dan aktiviti Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang didakwa lebih RM4 juta.
Anuar mempersoalkan dari mana datangnya wang tersebut sekiranya tidak daripada hasil dan konsesi pembalakan sejak memerintah negeri ini yang dikatakan banyak dikaitkan dengan syarikat dan individu tertentu.
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak supaya kerajaan Pas yang dikatakan mengamalkan ketelusan yang tinggi supaya mendedahkan nama-nama syarikat yang terlibat dalam mendapatkan kontrak dan konsesi balak di negeri ini.
Dalam pada itu, ditanya bila Kerajaan Negeri akan mendedahkan senarai tersebut, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan berkata, Pemuda UMNO boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pertanyaan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Jika mereka mahu, mereka boleh memberikan soalan tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN),” katanya.
Dalam perkembangan lain, Husam menempelak sikap Kerajaan Pusat yang meluluskan lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.
Menurutnya, Kerajaan Negeri pernah menerima permohonan yang sama dari syarikat tersebut untuk membuka pusat perjudian di negeri ini, namun pihaknya tidak meluluskan permohonan tersebut.
“Mereka pernah menghantar surat melalui alamat Tok Guru, tetapi saya simpan, yang jelas kita tidak membenarkan. Jika kita boleh buat, kenapa Kerajaan Pusat tidak boleh,” katanya.
-SinarHarian-
Sime Darby mula gagal
Sime Darby atau lebih dikenali sebagai Synergy Drive kini nampaknya mula gagal sebagai sebuah entiti. Terlalu banyak inisiatif perniagaan yang dilakukan olehnya telah sedikit demi sedikit menunjukkan tanda kegagalan. Jika senario ini tidak dibendung, maka tidak mustahil Sime Darby Berhad (Synergy Drive) boleh jatuh muflis.
Salah tadbir urus dan kegagalan membendung kewangan yang terhad memungkinkan Sime Darby Berhad (Synergy Drive) menuju penamatnya.
Jika ini berlaku maka ianya akan mengakibatkan satu bahana yang besar kepada industri hartanah dan perladangan di Malaysia. Ini kerana Sime Darby Berhad (Synergy Drive) dibentuk dari gabungan Sime Darby Berhad, Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad yang inisiatif awalnya dimulakan oleh Nazir Razak dari CIMB Bank.
Saya pernah menulis mengenai Synergy Drive pada masa lalu yang mana saya tumpukan kepada risiko yang bakal diterima atas penggabungan ini yang akhirnya hanyalah penggabungan pada nama tetapi lebih kepada “reverse takeover” oleh Sime Darby Berhad.
Jika Sime Darby Berhad tidak bergabung dengan Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad, maka risiko yang ditanggung cuma melibatkan Sime Darby Berhad. Namun kini, kita boleh lihat teori domino akan berlaku dimana jika satu entiti jatuh, ianya akan melibatkan entiti lain yang bersama-sama dengannya akan jatuh sama.
Inilah yang saya juga jangkakan bilamana saya menentang penggabungan Felda, Felcra dan Risda atas nama Synergy Perdana yang saya nampak akan mengalami nasib yang sama seperti Synergy Drive (Sime Darby Berhad). Idea kedua-dua penggabungan “bodoh” ini datangnya dari Nazir Razak yang saya pasti telah mengaut untung laba yang terlalu besar atas kedua-dua penggabungan ini.
Yang kaya dan bertambah kaya adalah Nazir Razak dan kroninya, manakala yang mungkin akan jadi mangsa papa kedana pula adalah warga kedua-dua penggabungan mega ini.
Saya amat berharap agar SPRM dapat meneliti dan menyiasat perkara ini dan seterusnya mendakwa semua yang terbabit tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kekayaan. SPRM patut memulakan dengan menyiasat Najib Razak, Nazir Razak, Hamad Kama Piah, Desa Pachi dan ramai lagi termasuklah Musa Hitam sekali.
Semuanya perlu disiasat dengan telus dan lengkap. Jika SPRM tidak berani untuk melakukan siasatan, apa kata kalau kita (Warga Malaysia) menjemput ICAC dari Hong Kong untuk membantu dan membuat siasatan. Ini kerana mengikut pengetahuan saya, ICAC adalah lebih telus dan berani berbanding SPRM (MACC).
80% Umat Islam di Malaysia Tidak Solat
“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
- Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
- Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
- Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.
Sumber: News @ Feryco
Kanak-kanak mati tergantung guna selendang
PULAU PINANG, 14 Mei: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun ditemui mati tergantung dalam keadaan leher terjerut dengan selendang di kipas siling dalam rumahnya, di Taman Tun Sardon di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kok Meng berkata mayat N.Kuhesri ditemui dalam bilik tidur oleh nenek kanak-kanak itu pada kira-kira pukul 8.15 malam.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku sewaktu kanak-kanak itu tinggal bersendirian dalam rumah kerana neneknya keluar ke kuil, manakala ibunya seorang pekerja kilang keluar bekerja, dan ayahnya bekerja di Singapura.
“Neneknya menjumpai mayat Kuhesri dalam keadaan tergantung di dalam bilik, yang mana leher kanak-kanak itu terjerut dengan sehelai selendang punjabi yang terbelit di kipas siling,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Katanya terdahulu Kuhesri dikatakan bermain seorang diri di luar rumahnya, sebelum dia masuk ke dalam bilik tidurnya, dan beberapa minit kemudian dia ditemui mati oleh neneknya.
Gan berkata berdasarkan bedah siasat, terdapat kesan lebam ditemui pada bahagian leher kanak-kanak itu akibat jerutan selendang tersebut.
“Kami percaya leher Kuhesri terjerut semasa dia sedang bermain sendirian, mungkin selendang itu dililit sendiri olehnya, kanak-kanak itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik, dan difahamkan dia adalah seorang kanak-kanak yang aktif,” katanya.
Gan berkata siasatan bagi mengenal pasti punca kematian masih dijalankan dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
-Bernama-
Nik Aziz: Haramkan politik suku agama suku
KOTA BARU, 14 Mei: Datuk Nik Aziz Nik Mat yang baru-baru ini menjadi perhatian ekoran isu larangan guna masjid untuk tujuan berpolitik berkata, pihak berkuasa perlu mengharamkan amalan politik suku agama suku yang dianggapknya “sudah sesat”.
“Arqam dulu diharam kerana dituduh sebagai ajaran salah,” kata Mursyidul Am PAS ini sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini pagi ini.
Justeru beliau bertegas, amalan politik suku agama suku juga merupakan satu ajaran sesat dan atut diharamkan sebagaimana tindakan mengharamkan kumpulan Al-Arqam 16 tahun yang lalu.
“Ajaran politik suku agama suku ini pun ajaran salah juga dan patut diharam,” kata Mentri Besar yang menerajui kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990.
Al-Arqam ditubuh sebagai Pertubuhan Gerakan Islam di Malaysia pada 1968 sebelum diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.
Pengasasnya Ashaari Muhammad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, semalam.
Melalui andaiannya yang tersendiri, Nik Aziz membuat telahan pengamal budaya politik suku agama suku tidak boleh diisytihar haram kerana ia adalah prinsip kerajaan pemerintah.
“Tak diisytihar haram sebab dia kerajaan.
“Orang seperti ini patut selam dalam kolah,” katanya.
Nik Aziz sebelum ini seringkali membidas parti Umno sebagai sebuah parti sekular yang menolak Islam kerana memisahkan agama dari politik.
Difahamkan kenyataan Nik Aziz itu adalah lanjutan penyelarannya terhadap parti Umno yang hanya tahu menghukum orang tanpa menyedari kesilapannya sendiri terutama dalam masalah politik suku agama suku.
Nik Aziz antara orang yang bekeras bahawa PAS tidak harus menyertai Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Beliau berulang kali memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PAS dengan mengambil kira pengalaman di Kelantan hampir empat dekad lalu.
Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu, Nik Aziz menjadi tumpuan kerana dikatakan melanggar perintah Sultan Selangor dengan mengatakan bahawa masjid boleh digunakan untuk tujuan berpolitik.
-malaysianinsider-