"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SIAPA KHIANAT? Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor

YusofEmbong
Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan.

Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;
Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.

Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.

Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili
Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012

Ulasan GB

Setahu GB, sultan juga manusia., bukan dewa. Justeru bila kata ia manusia maka ia tertakluk kepada penghanbaan diri kepada Allah swt kesemuanya.

Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan-memesan dengan kesabaran"

Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka "pesan-memesan" yang diperintah Allah swt kepada kita semua.

Kalau menegur Sultan dianggap menghasut, dianggap satu kesalahan, pergi marah sama Tuhan yang turunkan Surah Al-Asr itu!

UMNO pula mahu tunjuk lagak pertahankan sultan/raja walhal merekalah sebenarnya perkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini.
.......

Lebih 20 samseng Umno ganggu keluarga Azmin Ali malam tadi

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa lebih 20 orang pemuda, dipercayai anggota sayap muda sebuah parti politik, mengganggu keluarganya di rumah mereka di Ampang kira-kira dua jam lewat malam tadi.

Kumpulan itu dikatakan berada di pekarangan rumah Azmin, di Taman TAR, dan disuraikan oleh polis yang tiba sekitar jam 11.30 malam.

Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, kata Azmin, polis tiba di rumah beliau untuk memantau serangan lebih 20 ahli Pemuda, yang bermotosikal "untuk ganggu kacau keselamatan keluarga saya."

Seorang pegawainya memberitahu Sinar Harian Online bahawa mereka berada di kawasan rumah Azmin sejak 10 malam dan hanya bersurai selepas polis tiba pada jam 11.30 malam.

Azmin berhadapan dengan insiden ini beberapa hari selepas pendedahan sebuah portal bahawa beliau tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa dalam isu rasuah yang berlaku 17 tahun yang lalu.

Beberapa ceramah dan program anjuran parti itu juga berhadapan dengan tindakan kasar pihak tertentu sejak kebelakangan ini.

Najib tangguh lagi PRU13 kerana Himpunan Hijau

Harakahdaily
ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.

"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.

"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.

Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.

Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.

Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.

Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.

"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".

"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.

Genggam warna ini ke Putrajaya

Mohd Sabri Said

(Nasrudin berucap kepada peserta perhimpunan ketika hujan renyai-renyai)
ALOR SETAR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi mengajak seluruh ahli PAS supaya genggamkan bendera hijau dan tunjukan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa warna ini akan menyuluh jalan ke Putrajaya bersama dengan Pakatan Rakyat.


Perbuatan itu bukan untuk mengatakan keangkuhan sebaliknya ingin membuktikan kepada masyarakat awam bahawa PAS bukan bercakap kosong untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan.


Ujarnya lagi, keupayaan PAS nyata terbukti dengan kesungguhan para pemimpinya yang inginkan kuasa bagi mengembangkan peranan dakwah yang selama ini dipandang kecil oleh Umno yang kononya parti melayu Islam terbesar di dunia.

(Nasrudin yang tiba dengan membonceng superbike dari Masjid Perwaja, Gurun)
"Tunjukan kepada rakyat dan Umno serta BN bahawa warna ini akan bersama mendaki Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Masa untuk Umno menunjukan taring tiada lagi, " jelasnya ketika berucap sempena pentas pemuda di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Jelas beliau lagi, kata-kata ini adalah laungan terakhir sebelum memecut ke garisan kemenangan. Biar apapun halangan yang ada warna hijau tetap melanda kerana cahaya yang menanti adalah cahaya kebenaran.


"Jangan pandang kanan atau kiri, tetapi halakan fokus terus ke arah sasaran kerana kerja berfokus merupakan bola yang boleh menyumbat ke gol.


"Usah bercakap soal remeh atau bercakaran berkaitan persoalan yang kecil yang akhirnya boleh melemahkan ikatan perpaduan yang kita jalingkan. Biarkan Umno melaungkan irama yang merosakan partinya bersendirian kita jangan sekali-kali menyahut kerana sahutan kita bermakna kemenangan bagi Umno dan BN, " katanya di hadapan puluhan ribu orang hadirin yang berada di padang yang berair.

(Ustaz Azhar ceramah menjadi acara kemuncak petang semalam)
Ahli PAS dan penyokong tegar pastikan mahukan nama PAS bergema di dunia global maka kerja yang penting ialah usaha memenangkan kerusi PAS yang ditandingi serta Dewan Undangan Negeri (Dun) yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).


Kedatangan ahli tanpa di upah dengan wang ringgit di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya pada 1 Jun 2012 adalah sejarah untuk membuktikan kesungguhan PAS untuk berkuasa di Malaysia.


Anak muda hari ini terutamanya masyarakat bukan Islam tidak lagi gerun dengan PAS yang dulunya dianggap parti pelampau dan perkauman. Tetapi, kini semua tanpa batasan perkauman tidak lagi bimbang dengan kemunculan PAS sebagai parti yang mampu mengetuai pergerakan ke Putrajaya.


"Mereka telah tahu keindahan Islam yang ditunjukan oleh PAS maka tidak hairanlah bergondong-gondong mereka menyertai Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Apa yang diusikan oleh Umno dan BN dulunya dianggap satu penipuan, " tegasnya lantang.


Turut berucap di majlis berkenaan ialah bekas Menteri Besar Perak, Ir Nizar Jamaludin, bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan Dr Mariah Mahmud yang
mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat.

(Maskot Pasti, Hadi dan Huda menarik perhatian)
Sebelum itu beliau diarak ke stadium dengan konvoi 200 motosikal dari Masjid Perwaja Gurun.


Bob Lokman turut memeriahkan suasana di ketika stadium berhujan. Turut berucap adalah Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abdub Nik Aziz dan Naib Ketua, Raja Ahmad AlHiss.


Kedatangan maskot Pasti Hadi dan Huda menarik perhatian ramai di samping pelancaran buku Siapa Sesat yang ditulis Ketua Pemuda PAS Marang, Khalil Abdul Hadi juga mendapat perhatian sepanjang Expresi Anak Muda ini.


Namun kemuncak perhimpunan adalah ceramah oleh ustaz selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang hampir memenuhkan stadium ini jika tidak hujan.

Harga kesetiaan Azmin pada Anwar

Salhan K Ahmad
WAWANCARA Timbalan presiden PKR Azmin berkata beliau tidak akan berganjak dari sokongannya kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim walau keluarganya sendiri "hancur" dan diaibkan.

Katanya beliau terpaksa berdepan perkara itu kerana tidak menyokong Umno dan konsisten dengan Pakatan Rakyat.

"Kalau ini harga yang perlu saya bayar untuk bawa perubahan, saya sanggup membayar, biar saya dihina diaib tapi rakyat dan negara mesti diselamatkan," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga sanggup mengharungi perkara itu demi mempertahankan Anwar, sedangkan beliau juga boleh menyokong Mahathir pada 2 September 1998 - ketika Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Saya kena pilih antara Dr Mahathir atau Anwar. Bukan pilihan mudah. Dua tokoh utama negara yang perlu saya pilihan maka saya pilih pertahan kebenaran.

"Walaupun saya lalui kesengsaraan, masuk lokap keluar lokap, saya didakwa, dihina, keluarga saya hancur kerana pilihan yang saya buat.

"Tapi bagi saya itu pilihan yang perlu saya buat untuk pertahan kebenaran," katanya.

'Isu keluarga jangan dipolitikkan'

Azmin berkata, beliau langsung tidak terkesan dengan dakwaan berkenaan yang antara lainnya mempertikaikan hubungan darah beliau dengan anaknya.

"Lihatlah apa yang mereka lakukan kepada isteri dan anak saya. Selepas 14 tahun masih ulang fitnah sama, sehingga hari ini.

"Apa yang anda mahu saya lakukan? Saya sudah buat bahagian saya. Saya sudah dapatkan keputusan dua ujian DNA.

"Adakah mereka berminat dengan kebenaran? Tidak. Mereka hanya berminat untuk mengulangi fitnah dan penipuan untuk memburukkan imej pemimpin Pakatan," katanya lagi.

Perkara itu juga yang mendorong anak perempuannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, setelah melalui dakwaan berkenaan sejak 14 tahun lalu.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Umi Hafilda, adiknya yang kini giat mengadakan ceramah anti-Anwar, Azmin berkata beliau tidak mahu terlibat dalam kancah pertikaian dengan Ummi di media.

"Kalau dia pilih (ulas di media) tak apa lah, saya tak mahu terlibat. Saya yakin institusi keluarga ini wajar disejahterakan, diharmonikan, bukan diaibkan dalam media. Saya cukup tak bersetuju hal ini.

"Apa sahaja masalah keluarga, jangan dipolitikkan dan diaibkan dalam media," katanya.

(Gambar dan video) Stadium Darul Aman bergema dengan takbir anak muda

 




NONE

VIDEO MALAYSIAKINI ADA DI ATAS
Zulkifli Sulung
ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.

Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.
Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.

Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.

"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.

Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.

"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.

Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.

Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.

Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.

Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS.

PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno

ROSNANI SAAD
PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
Sebahagian daripada ahli Pas yang hadir mendengar amanat presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
ALOR SETAR: Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.

Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.

"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.

"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.

"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.

Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.

Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.

"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.

Bekas KSU KementerianTanah dan Koperasi sertai PAS

Harakahdaily
ALOR SETAR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.

Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13.

Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.

Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam.

Cubaan Sabotaj Program Hijau Ke Putrajaya Di Alor Star

Cubaan sabotaj cuba dilakukan pihak tertentu. Peserta himpunan dikejutkan dengan beberapa das tembakan letupan bunga api sebaik sahaja selesai bacaan Bai'ah di Stadium Darul Aman. Pihak penganjur mengesahkan 'persembahan bunga api' tiada dalam perancangan, diletupkan dari luar stadium.
Foto: Cubaan sabotaj cuba dilakukan pihak tertentu. Peserta himpunan dikejutkan dengan beberapa das tembakan letupan bunga api sebaik sahaja selesai bacaan Bai'ah di Stadium Darul Aman. Pihak penganjur mengesahkan 'persembahan bunga api' tiada dalam perancangan, diletupkan dari luar stadium.   Apepun, alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Syukur ke hadrat-MU Ya Rabb... !  p/s : Adakah letupan bunga api menjadi bahan akhbar dan berita Kerajaan Barisan Nasional? Nantikan :-)
Apepun, alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Syukur ke hadrat-MU Ya Rabb... !

p/s : Adakah letupan bunga api menjadi bahan akhbar dan berita Kerajaan Barisan Nasional? Nantikan

Mufti Melampau Mentohmah PAS

GreenCresent

Seorang ilmuan Islam tidak mungkin berfikir seperti budak-budak. Jauh sama sekali untuk dikatakan dungu. Tidak pula dipandang bodoh bila berkata-kata. Setinggi nilai keilmuan didadanya, apabila berhujah sandarannya istiqamah dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis serta dalil yang seiringan dengan sunnah dan qias ijmak ulama. Inilah seringkas penilaian tatkala diminta menilai keintelektualan Islam seseorang itu yang setaraf ulama mahupun mufti.


Paling janggal dan dangkal pula, apabila seseorang ilmuan Islam seumpama mufti bercakap tentang isu-isu yang bukan bidang utama yang dihayati atau dialaminya. Ibarat seorang jurutera cuba merawat pesakit jantung atau seorang doktor bedah diminta membuat overhaul enjin kereta, sudah tentu akan timbul keraguan melampau kalangan masyarakat awam.

Berlagak hero

Berlandaskan bayangan tersebut, apakah patut seorang yang tidak pernah melibatkan diri dalam perjuangan parti politik, tiba-tiba berlagak hero menganalisis kemelut politik? Semestinya tidak patut sama sekali. Sepatutnya bagi mengulas gelagat perjuangan politik Islam yang berhadapan dengan politik sekular, maka terlalu banyak elemen perjuangan yang harus difahami secara penyertaan. Hakikatnya, bukan sekadar memerhati di celah tabir perjuangan itu. Justeru untuk berlaku adil, maka sesiapa sahaja boleh menilai baik buruknya perjuangan politik kepartian, asalkan ia turut terlibat dan menghayatinya. Amat salah, apabila menilainya sekadar memerhati dari celah tabir. Semestinya ia menilai ketika bersama-sama berada di depan pentas.

Ketinggalan zaman

Seorang ilmuan Islam seharusnya mendahului zaman. Justeru ilmuan seumpama mufti, seharusnya tidak bertindak secara ketinggalan zaman. Justeru pengalaman perjuangan Islam adalah sejarah yang mencipta tamadun. Namun, amat malang bila masih ada ulkama atau mufti yang masih memberi sokongan atau rasa simpati kepada perjuangan sekular yang bergelumang dengan serba-serbi penyakit nafsu dan godaan duniawi serta hasutan iblis sekaligus bertindak tajam lidahnya kepada alim-ulama yang mendokong perjuangan Islam.

Amat malang lagi, bila mana ada mufti yang menyerang dengan mata pedang, malah menyifatkan sebagai ‘keras hati’ apabila fatwanya ditertawakan oleh sesama ulama. Jelas, mufti sedemikian sudah terkeliru antara ‘keras hati’ dengan ‘istqamah’ yang menjadi prinsip ulama sipejuang. Apakah Nabi boleh dituduh seorang yang keras hati apabila berperang di medan Badar, sedangkan yang diperangi itu kalangan sebangsa dengan baginda? Soalan yang sama boleh diajukan terhadap parti PAS yang sentiasa melawan UMNO dalam setiap kali piihan raya. Amat malanglah jika menganggap tindakan PAS sebagai keras hati, kerana PAS bertegas atas prinsip dan dasar Islam, sementara UMNO sejak dulu sampai kini begitu bebal dengan pegangan kebangsaan Melayu dan sekular terhadap anutan agamanya sendiri.

Justeru itu, apakah kelayakannya untuk parti Islam berbaik sangka atau berpadu berjuang bersama dengan parti sekular yang menolak akidah perjuangan Islam? Sebaiknya parti PAS terus istiqamah tanpa tolak ansur untuk terus melawan UMNO selagi mana parti Melayu ini tidak mengubah dasar kebangsaannya kepada Islam.

Mufti yang melampau

Seorang mufti telah mengisytiharkan dirinya sanggup jadi orang tengah, tetapi belum menjadi orang tengah sudah menyerang orang yang berada di sisinya. Maka, mufti itu sudah tidak layak menjadi orang tengah. Nampak sangat mufti itu sudah beretindak senget dan condong.

Justeru antara PAS dengan UMNO, tidak wajar melantik mufti itu sebagai perantara (orang tengah). Tambahan pula, bahasa bidasannya cukup senok kerana sudah menganggap PAS di pihak yang keras hati. Sering pula membuat kenyataan yang buruk terhadap PAS, sedang kepada UMNO selalu diungkap secara baik. Semua pihak sudah mengetahui banyak kerosakan, kemaksaitan dan salah laku berlaku kalangan pemimpin dan di dalam rumah tangga UMNO.

Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut memberi respond:

Melampau dan keras hati kerana Islam
Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS

Dua akhbar harian (29 Mei 2012) nampaknya begitu ghairah mempamerkan di muka depan kenyataan seorang mufti yang berbau politik bukannya hukum. Kenyataan itu jelas mengenai saya, dan amat terang mempamerkan saya sebagai berkepimpinan melampau dan seorang keras hati.
Saya dianggap keras hati kerana berterusan mengenakan syarat “Islam” untuk bermuzakarah dengan UMNO. Soalnya, apa payahnya syarat yang saya kemukakan? Adakah menggantikan kebangsaan kepada Islam secara rasmi menjadi satu keberatan di sisi UMNO atau mana-mana individu yang simpati kepada UMNO? Tidakkah iman itu bukan hanya membenarkan di hati tetapi ikrar dengan lidah? Justeru, saya hanya meminta UMNO ikrarkan dengan rasmi bahawa dasar perjuangannya ialah Islam.

Saya kira, mana-mana individu seumpama seorang mufti yang begitu lembut lidahnya menilai hati saya sebagai keras hati, seharusnya boleh membezakan antara keras hati dengan istiqomah. VCuba fahami sikap Nabi Muhammad SAW yang hingga ke akhir hayat tidak pernah tunduk kepada pujukan kaum Musyrikin agar baginda meninggalkan seruan Islam. Nabi ditawarkan dengan kekayaan harta, wanita, dan takhta bukan sekali, bahkan berulang kali. Adakah Nabi seorang yang keras hati atau istiqamah? Maka baginda sebenarnya seorang yang istiqamah.

Amat tidak beretika apabila membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu seperti saya bukanlah satu akhlak terpuji. Amat malang jika akhlak itu menjadi pakaian seorang mufti sehingga pihak media boleh mengaitkan secara terang saya sebagai seorang individu yang keras hati. Jika benarlah begitu ia amat dikesali. Sekiranya lafaz sebegitu keluar dari orang politik yang tidak berpendidikan agama, ia mungkin boleh diterima. Sebaiknya seorang mufti boleh bersikap berkecuali dalam mengulas apa yang wartawan tanyakan. Tambahan pula, isu muzakarah yang dirujuk adalah urusan parti politik bhukanya urusan pejabat mufti. Justeru seorang mufti boleh melihatnya dari pemikiran pejabat mufti bukannya mencampuri urusan parti politik. Atas sifat sangka baik, pemikiran mufti tidaklah seperti pemikiran budak tadika.

PAS istiqamah dengan Islam

Demikian sikap saya terhadap olahan media dan mufti tersebut, maka suka saya tegaskan sesunguhnya PAS tidak sedia bertolak ansur supaya PAS melupai sejarah lalu. Sejarah PAS pernah bersama UMNO dalam Barisan Nasional yang kemudiannya disingkirkan tatkala PAS diperanhgkap oleh satu rancangan devide and rule. Akibatnya kenaan perintah darurat di Kelantan, negeri ditadbir PAS. Darurat itu adalah angkara pemimpin UMNO yang berkuasa di peringkat Pusat telah mencatat sejarah hitam. Kesanya lagi, perpecahan PAS yang melahirkan serpihan, bermula dengan Bebas Bersatu, kemudian Berjasa dan Hamim. Dalam siri perpecahan itu, PAS terjunam ke lubang masalah keyakinan. Sehingga memerlukan 12 tahun (1978-1990) pula untuk bangkit. Ia sejarah yang tidak mungkin dilupai.

Apakah sejarah yang diingat ini menyebabkan saya dilihat keras hati? Seorang mukmin telah dipesan, sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW, “Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama” (Sahih Muslim – no: 2998).

Persoalan orang Melayu

Seorang berpendidikan agama (orang agama seumpama mufti) tidak sepatutnya mempersoalkan apa jadi kepada agama dan orang Melayu setelah sekian lama UMNO memudaratkan perjuangan orang Melayu dengan dasar sekular. Sepatutnya mereka lebih tahu. Apakah kurangnya Islam di sisi UMNO sehingga Islam tidak boleh dijadikan akidah perjuangan? Tidakkah orang agama seumpama mufti terfikir, betapa selama ini pemimpin UMNO memandang ‘lekeh’ kepada kesempurnaan Islam? Hakikatnya orang yang membuang Islam dalam perjuangannya, bahawa orang itu sudah outdated atau ketinggalan zaman.

Pelik juga, bila orang agama seumpama mufti boleh menjadi tukang sibuk mengulas dan berhukum tentang politik. Agak pelik lagi, bila miripnya menyibuk menjaga kepentingan Barisan Nasional. Semacam Barisan Nasional sahaja yang dilebih-lebihkan. Apa kurang pula dengan Pakatan Rakyat yang misinya untuk membawa sesuatu yang terbaik untuk agama, rakyat dan negara. Dari segi pemimpinnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat tidak kurang kelayakannya, malah cukup teruji cekal dan setia. Semestinya cukup layak menyaingi kepimpinan Barisan Nasional yang semakin terlodeh pelbagai masalah dan korupsi.

Malah sepanjang PAS mentadbir Kelantan, sudah banyak kebaikan dilakukan yang tidak mampu dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mana ada Menteri Besar dari UMNO yang lembut lidahnya menyeru rakyatnya agar menutup aurat, memuliakan masjid, menunaikan solat, mengimarah bulan Ramadhan dengan aktiviti ehya’ Ramadhan, bebaskan riba dan seumpamanya. Kesemua kebaikan atas nama Islam dan rakyat serta negeri tetap menjadi amalan pentadbiran PAS di Kelantan. Justeru kehidupan pelbagai kaum penuh harmoni, meskipun Kelantan ditekan dengan pelbagai helah oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di peringkat Pusat. Ia suatu bukti dasar Islam yang subur di bumi Allah SWT.

Perpaduan umat

Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu. Kehidupan untuk kebaikan semua umat manusia. Oleh sebab itu, tiada asas kekuatan untuk bersatu padu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu. Sewajarnya bagi umat dan pemimpin Islam berfikiran ke arah perpaduan atas nama Islam. Asasnya Islam adalah ajaran agama yang mulia dan semulianya di sisi agama-agama lain. Justeru PAS amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.

Atas hakikat itu, mana-mana pihak khusus orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin UMNO agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam. Begitu juga harus dipersoalkan, kenapa UMNO boleh terima kebangsaan dan tolak perjuangan politik Islam? Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga.

Justeru orang agama seumpama mufti bolehlah menjadi orang tengah untuk sebarang usaha perpaduan. Namun harus diingat sifat orang tengah, ia tidak boleh menyerang kepada satu pihak, sementara kepada pihak yang satu lagi ia menunjukkan sikap yang lebih mesra. Mana mungkin menjadi orang tengah, jika sekilas percakapan yang terungkap, orang telah tahu kita di sebelah mana. Ingat kepada pepatah, “kalau nak ukur cerdik bodoh seseorang, kena dengar percakapannya.”

Sebaiknya, demi keutuhan dan perpaduan, sikap orang agama seumpama mufti hendaklah pandai menjaga sempadan. Tidaklah ia dilihat menceroboh sempadan orang lain. Oleh kerana sistem pentadbiran negara ini mengadakan amalan pengasingan kuasa dan tugas, maka hormatilah atas tugas masing-masing. Seorang menteri besar dengan tugasnya mengurus politik kerajaan, sementara mufti pula ada tugasnya untuk menjaga urusan pejabat muftinya. Sebaiknya menteri besar dengan tugasnya dan mufti dengan tugasnya. Masing-masing tugas, tanpa mencampuri urusan orang lain demi kebaikan, asalkan sentiasa diredai Allah SWT.

Wallahu’alam.

- Semoga semua pencinta perpaduan mendapat keeredaan Allah SWT.

SPRM Pula Diminta Kenakan Anwar?

Mohd Sayuti Omar


Wah cepat dan pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.

Raja Petra seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.

Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja. Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribuu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.


Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononnya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib.


Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.

Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan. Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat sesuatu menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?

Menurut laporan Panel Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.

Menurut pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu? Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.

Saya tertarik dengan penjelasan SPRM itu sesuatu kes jenayah (rasuah) tidak ada tarikh lupus. Ini bermakna kalau selepas ini kerajaan UBN tumbang kerajaan baru boleh mengarahkan polis, SPRM dan peguam negara membuka semula segala macam kes yang dilipat di bawah karpet sebelum ini.

Kenyatan Mustafar itu seakan siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar apabila Anwar menolak luapan nalurinya?

Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar atau membuka segala macam kasus membabitkan Anwar dan para pemimpin PKR lain. Kita kena faham kedudukan UBN kini yang makin mendesak dan sudah berjalan atas bara api.

Logiknya sekira dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Sang pemberi fail itu adalah orang pertamah yang pecah amanah dan menyalahgunaan kuasa. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.

Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah UBN dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya. Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti.

RM2 juta untuk bawa artis K-Pop kepada belia?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini.

Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak.

Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Sejuta Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk
Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta.

Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.

Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu.

Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu.

"Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima.

"Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.

Panas Mendididh !! Datuk AC Mizal Di Malukan Dayang Ku Intan

Omak Kau !!!
Adik Kak Midah kelihatan sedih kerana terlalu ramai yang hadir..

Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang ajaib tersohor, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANYIR LENDIR!!!!

Tak sampai 75 orang tidak termasuk kerusi-kerusi telah menyemarakkan program/ceramah tersebut. Sebelum itu makcik-makcik yang diangkut menaiki bas dari pelusuk mana yang tidak diketahui telah dijamu dengan kueh tiaw goreng panas......

Program/ceramah itu dibuat secara minit- minit terakhir dalam keadaan tergesa-gesa dan gelojoh sakan bagi tujuan bagi menganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong, Batu Gajah, Perak semalam.

Alangkah hebatnya program ini.. Sudah semestinya AC Mizal gembira dan tersenyum lebar terutamahnya Exco kanan Negeri Perak Kak Midah, melihat kehadiran di luar jangkaan ini..

Berbeza dengan ceramah PAS yang dihadiri hanya beberapa kerat orang.. sangat menyayat hati dan sedih sekali...
Orang ramai begitu seronok, terhibur dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Adnan dan juga Dayang Ku Intan.... reaksi mereka boleh dilihat dan dinilai melalui foto-foto berikut...
DENGAN PEREMPUAN PUN AC MIZAL DAH KIOK... BELUM LAGI DENGAN BOB LOKMAN.. AGAK-AGAKNYA TERUS HANGUS DEBU DIA....

BILA UMNO NAK KERAH AMY (SEARCH), AWIE (WINGS), JAMAL ABDILLAH, IBNOR RIZAL ADFIN SAUDKI DAN HARUN SALIM BACHIK BUAT CERAMAH?....SIA-SIALAH DOK GEMBAR GEMBUR DAN GEGAK GEMPITAKAN MEREKA MASUK UMNO TAPI TAK BUAT CERAMAH PIKAT ANAK-ANAK MUDA....NAPE?.. TAKUT SENASIB DENGAN AC MIZAL???

Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang

Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang.

ganabatirao attack in klang 310512 01Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.
Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.

Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang.

Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Pagi PAS Petang UMNO

Anak Mualaf
Kecekapan Tun M menilik nasib UMNO ada tepatnya. Tun M memfirasatkan hanya orang yang bodoh saja berada dalam UMNO.Mereka yang cerdik sudah menyahkan UMNO.
Ya, benar . Orang PAS memang cerdik. Teringat saya semasa balik kampung bulan lepas.Teringat satu kisah di rumah kakak ipar disatu pagi…

Saya tanya " nak pi mana..Awai besiap ?"
Jawab kakak ipar saya "nak pi ambil duit BR1M.."
Saya tanya lagi " awai pi...awat tak pi petang sikit..?"
Jawab kakak ipar " oii tak buleh la..kita orang PAS kena pi ambik pagi..kita orang ceghedik!!..Petang orang UMNO..depa tak berapa ceghedik tu yang dok pi ambik lambat..kerajaan bagi kita ambik..tok sah dok tolak rezeki..pi ambik awai-awai senang..sat lagi balik kut kut jumpa ketua cawangan PAS boleh bagi kat PAS seratuih dua..."

Dalam hati saya "memang cerdik orang PAS". Banyak duit kerajaan dapat balik kepada pembangkang.
Kisah penghijrahan Dato Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM juga satu lagi kisah orang cerdik. Tetapi yang bodoh jelas kelihatan ialah TS Rahim Noor. Dengan kenyataan buta lagi tuli menyebabkan beliau dikecam.

Kenapa Dato Fauzi cerdik ? Kenapa TS Rahim Noor tidak cerdik?
Dalam perkhidmatan Dato Fauzi tidak banyak kenyataan media. Jawapan cerdiknya "KES INI DALAM SIASATAN".

Tetapi kenyataan bodoh TS Rahim Noor semasa kisah brutal penderaan terhadap Anwar Ibrahim "DIA MENCEDERAKAN DIRINYA SENDIRI".. dan kenyataan "FATHER OF KAFIR" terhadap Tok Guru Nik Aziz..Maka bodohnya kenyataan beliau dulu kini dan selamanya TS Rahim Noor.

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
"Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka" (surah Hud, ayat 113)

Kezaliman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka beragama Islam. Ada muslim yang zalim, dan ada non Muslim yang adil. Jika kezaliman itu dibuat, maka pembuat itu tidak boleh disokong. Menyokong itu satu kesalahan. Jika menyokong kezaliman sudah disambar oleh Neraka, maka menyokong keadilan adalah satu kewajipan, tidak kira siapa sahaja yang melakukannya.
.........

Kejutan ada tokoh penting bakal menyertai PAS di Himpunan Hijau esok

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.

Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.

Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Najib tolong jawab siapa yang jual dokumen sulit TLDM dengan harga RM142 juta kepada syarikat pertahanan Perancis

Susan Loone
Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

NONE
Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro ( ) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand.