"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label BUKIT GANTANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUKIT GANTANG. Papar semua catatan


Begitulah pabila gambar berbicara.... Lihatlah betapa cerianya wajah mantan Menteri Sex Luar Tabie, Chua Soi Lek dan calon BN, Ismail Sapian ketika mengunjungi sebuah kedai makan di Parlimen Bukit Gantang. Tiga lagi pemimpin MCA yang mengiringi Ismail dan Soi Lek juga tersenyum sampai nak terkoyak telinga.

Yang kontrasnya ialah wajah tiga pengundi yang duduk di meja itu, tidak langsung terpancar senyuman dibibir mereka. Agaknya dalam hati mereka menyumpah dan menyampah dengan kedatangan pengunjung dari "parti kepala busuk" yang tidak diundang itu.

Bayangkan jika yang berada di situ ialah Datuk Seri Nizar, pasti mereka yang duduk akan bangun memberi penghormatan sambil menghulurkn tangan dan senyuman menyenangkan menghiasi bibir mereka.

pendikargunung

Bukti Umno Menggadai Tanah Air Kita

Jangan biarkan Umno terus menjahanamkan orang Melayu dan menggadaikan tanah air kita.Ini fakta menunjukkan Umno adalah penjahanam tanah orang Melayu.

• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Anda bijak kalau tidak mengundi Umno/BN.Undilah calon Pakatan Rakyat : Dato Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

PO59 BUKIT GANTANG : PAS Enggan Patuhi Larangan Terbaru Ceramah

 
TAIPING  - Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak,Asmuni Awi (foto), menegaskan parti itu tidak akan akur dengan arahan polis yang melarang mana-mana pihak termasuk calon mengeluarkan sebarang kenyataan atau kata-kata yang bersifat menghasut semasa berkempen pada pilihan raya kecil. "Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," katanya dalam sidang media diMarkas Induk Operasi PAS di Air Kuning di sini, hari ini. Beliau berkata, arahan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara adalah satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya olehPerlembagaan Persekutuan. "Kita boleh bincang apa sahaja sebenarnya. Tiada had untuk kita membincangkan sesuatu topik dalam negara ini selagi kita mematuhi undang-undang dengan tidak melanggar batas-batas hasutan. Saya rasa rakyat Malaysia adalah bijak dalam membincangkan perkara seperti ini," katanya. Beliau yang juga seorang peguam, berkata PAS juga sudah memberi arahan kepada penceramah parti itu supaya tidak risau untuk terus membicarakan isu-isu tertentu yang kini dilarang polis kerana berpendapat arahan polis itu sebenarnya suatu perkara yang boleh dicabar dari sudut undang-undang.

Sementara itu, Asmuni yang juga 
Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Bukit Gantang, menolak syor oleh pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara, Profesor Dr Shad Saleem Faruqi supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Shad ketika menyuarakan pandangannya dalam Rancangan Hujah yang disiarkan diTV9 malam tadi berkata, usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana ia pasti disusuli dengan rayuan demi rayuan terhadap setiap ketetapan yang dibuat mahkamah. Asmuni berkata, Pas tidak boleh menerima keputusan seperti itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak dan tuntutan rakyat Perak. "Mood rakyat berkehendakkan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan serahkan mandat kepada mereka dan mereka akan buat pilihan sendiri. Jadi kita kena hormati hak rakyat," katanya. Beliau berkata, penyelesaian terbaik bagi segala kemelut politik di Perak adalah melalui pembubaran DUN dan mengadakan satu pilihan raya negeri semula kerana itu yang dikehendaki oleh rakyat di negeri ini.

[UMNO dan BN cuba untuk merompak kebebasan rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Berbagai alasan diberikan untuk menyekat rakyat mendapat maklumat tentang isu-isu semasa menjelang pilihanraya tiga serangkai ini. Bermula dengan menggantung akhbar Harakah dan Suara Keadilan, kemudian larangan berbicara soal rampasan kuasa di Perak dan kes Altantunya, kemudian membenarkan ceramah hingga jam 11 dan banyak lagi episod malang yang sengaja direka untuk memastikan maklumat tidak sampai kepada rakyat. Namun mereka lupa, rakyat yang celik IT dan komputer boleh mendapatkan maklumat itu menerusi laman-laman blog dalam internet untuk disebarkan].                                                                             Najib Iringi Pak Lah Mengadap Agong Esok

PUTRAJAYA  - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap YangDi Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidinesok. "Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong,"katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini hari ini. Pak Lah akan menghadap Yang Di Pertuan Agong bagi membincangkan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini. Najib, telah mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Pak Lah pada perhimpunan agung parti itu minggu lepas.

[Nampaknya peralihan kuasa akan berlaku di saat genting seluruh negara tertumpu kepada pilihanraya kecil tiga serangkai. Apakah perubahan pucuk pimpinan negara ini bakal memberi impak yang positif kepada UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil pada 7 April ini. Segalanya bakal terjawab selepas Najib angkat sumpah sebagai PM nanti].

Tiga ADUN Bebas Kekal Sebagai Wakil Rakyat

IPOH - Mahkamah Tinggi Ipohpetang ini memutuskan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaituJamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) danHee Yit Foong (Jelapang) kini masih kekal sebagai wakil rakyat yang sah di kawasan masing-masing. Perkara ini telah diputuskan olehHakim Datuk Balia Yusof Wahi sebentar tadi. Sementera itu hakim juga telah mengetepikan permohonan tiga bekas Exco dan tiga pengundi untuk mencelah dalam perbicaraan tiga ADUN Bebasuntuk meminta mahkamah mengisytihar kerusi mereka masih sah. Balia juga mengetepikan permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak, V Sivakumar, untuk membatalkan saman pemula tiga Adun Bebas berkenaan. Hakim akan mendengar saman pemula itu pada 8 April ini

[Keputusann yang sudah boleh dibaca dan diagak oleh semua rakyat. Kreadibiliti mahkamah yang sudah rosak dan musnah pasti akan bersekongkol dengan membuat keputusan yang jelas menyebelahi pihak pemerintah sebenarnya. Justeru itu terselamatlah kerajaan BN di Perak dengan keputusan ini. Namum, sampai bilakan sidang DUN Perak mahu ditangguhkan oleh MB Zambry Kadir agaknya?]

PO59 BUKIT GANTANG : Nizar Sudah Turun Padang, Sambutan Memberangsangkan

BELUM sampai 24 jam selepas disahkan sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang, Menteri Besar Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin telah turun ke gelanggang menemui rakyat akar umbi bagi menjelaskan misi dan visi pilihan raya kali ini.


Ia bukan saja setakat memenuhi kekosongan kerusi ditinggalkan Allahyarham Roslan Shahrum tetapi pilihan raya kali ini membawa natijah lebih penting dari itu.

Nizar nampaknya tidak membuang masa dan terus bergerak tanpa memepdulikan dua calon lain, Ismail Saffian dan seorang calon bebas.

Pagi tadi dengan diteman Adun Kuala Sepatang, Tai Sing Ng (PKR), Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai (DAP) dan Adun Semanggol, Ramli Tusin (PAs) Nizar telah turun ke Kuala Sepatang menemui masyarakat Cina di situ. Pengundi di kawasan ini berjumlah 19,699 pemilih.

Dalam kesempatan itu Nizar menemui semua lapiran masyarakat, peniaga, pemandu teksi, guru, orang awam, kanak-kanak, remaja, kakitangan kerajaan dan juga anggota pasukan keselamatan.

Sambutan ke atas kunjungan Niazar dan rombongan kempennya memberangsangkan. Orang Cina nampak begitu jinak dan mesra dengan Nizar dan ada yang terang-terang memberi pengakuan untuk memilih Nizar.

"Lu tak payah lusing, kita olang akan tetap undi lu...," begitulah tutur seorang pengundi yang sudah lanjut usia. Dia tidak percaya yang datang memeluk dan berjabat tangan dengannya adalah calon pilihan raya berkenaan dan bekas Menteri Besar Perak yang masih dianggap Menteri Besar Rakyat.

"Lu olang calon wakil rakyat ke?" tanya pengundi berkenaan tidak percaya kerana mungkin baginya Nizar terlalu 
humble.

"Iya... iya, saya Mohdmad Nizar calon Pakatan Rakyat," balas Nizar. Mereka berpelukan dan bertepuk bahu mesra.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambart yang dirakam
Zamzarina yang mengikuti Nizar ke Kuala Sepatang kira-kira selama satu jam bermula jham 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. [wm.kl 6:30 pm 30/03/09]

http://msomelayu.blogspot.com/

KUMUTHA BERKEMPEN DI BUKIT GANTANG - DGN VIDEO

Anak gadis berbangsa India yang mengejutkan dunia politik tanahair pada pilihanraya umum yang ke 12 Mac, 2008, turut bersama dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Semalam, Kumutha A/P Rahman telah berucap dalam Majlis Hi-Tea anjuran UPU Pengkalan Aur di Taman Indah, Simpang, disini.

Beliau merupakan calon PAS yang pertama dari kaum India dan juga calon perempuan pertama dari kaum India yang bertanding atas tiket PAS.

Kumutha bukanlah calang-calang wanita kerana beliau adalah seorang peguam yang memiliki ijazah undang-undang United Kingdom.

Dalam ucapannya semalam beliau memberitahu sebab apa beliau tertarik dengan PAS dan menjadi ahli Kelab Penyokong PAS.

Katanya tidak ada dalam perlembagaan PAS orang-orang bukan Islam mesti masuk Islam untuk menyokong dan mengundi PAS.

Beliau sekaligus menyelar UMNO, katanya, UMNO ‘tak faham bahasa’.

"Dalam buku (perlembagaan PAS) tu satu perkataan pun tidak mengatakan yang (orang) India atau Cina kena (convert) masuk Islam,

"tapi UMNO yang tak faham bahasa, dia (UMNO) cakap yang bukan-bukan, (kata pemimpin UMNO) kalau orang Cina dan orang India pilih PAS, kena masuk Islam, memang tak ada," katanya dalam majlis Hi-Tea semalam

Menurutnya itulah fitnah yang diberitahu oleh UMNO kepada rakyat Johor, terutamanya kepada orang-orang bukan Islam.

Beliau berkata pemerintahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama' memang baik dan bagus.

Beliau berkata demikian setelah melawat negeri Kelantan dan melihat perbezaan dasar kerajaan Kelantan terhadap ugama Hindu.

"bagi kaum India, kuil itu satu tempat yang suci untuk bersembahyang, tapi Sammy Velly boleh robohkan,

"kalau tanya kepadanya (sammy), dia jawab Khir Toyo yang robohkan,"katanya yang mengkritik Presiden MIC itu sebagai orang yang tidak berugama.

Beliau menambah, katanya, Kelantan berbeza dengan negeri lain dan menjadi satu negeri sahaja di Malaysia yang mempunyai Kuil berhawa dingin.

Beliau turut menyarankan ahli-ahli UMNO dinegeri lain supaya mengadakan lawatan ke negeri Kelantan supaya dapat melihat sendiri sebuah kerajaan yang ditadbir oleh PAS.

Beliau juga berkata perpaduan sebenar dikalangan masyarakat Malaysia dewasa ini adalah apa yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dimana semua bangsa dapat bersama dalam satu majlis seperti Majlis Hi-Tea yang diadakan semalam.

Kumutha yang bertanding di Dun Tiram atas tiket PAS, menentang calon BN, Maulizan Bujang.

Beliau memperolehi 8827 undi berbanding Maulizan, 17,006 undi.

Bagaimana pun Kumutha berjaya mencatatkan peningkatan lebih 3000 undi berbanding undi diperolehi calon PAS, Roslani Sharif, pada PRU 2004.

- buletinonline



http://greenboc.blogspot.com/

PO59 BUKIT GANTANG : Najib Luluskan 10 Lesen Judi

 
Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Sungai Tinggi, Trong semalam dikejutkan dengan pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak telah meluluskan permohonan 10 cabutan bertuah judi sejurus selepas dilantik menjadi Menteri Kewangan September tahun lepas.

YB Dr Lo'lo' Ghazali ketika membuat pendedahan berkenaan menyatakan inilah contoh bagaimana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menjana pendapatan haram di sisi syarak dan membelanjakan hasil dari pendapatan judi tersebut untuk rakyat terutamanya orang Islam.

Syarikat yang terbabit ialah Magnum, Tanjong dan Berjaya Sport Toto. Ianya tidak didedahkan kepada umum kerana Najib mengetahui ianya akan menimbulkan tentangan dari masyarakat Islam. Namun, akhbar Business Times Singapore telah melaporkannya dengan menyatakan kelulusan itu dibuat selepas sebulan Najib Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan ketika menjawab soalan dari YB Saifudin Nasution memberitahu bahawa kerajaan mengutip sejumlah RM77,026,171.04 daripada cukai ke atas cabutan khas itu.

Sebuah blog,
malaysiapolitictoday pada bulan lepas pernah melaporkan bahawa wang hasil judi inilah yang digunakan selama ini untuk menumbangkan kerajaan Perak dengan membeli ADUN-ADUN PKR dan DAP supaya mereka meninggalkan parti masing-masing.

Melalui pendapatan yang diperolehi dari cukai judi ini juga Najib telah menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan rakyat.

Menurut seorang penganalisis ekonomi kebanyakan dari pelan ekonomi yang diselesaikan Najib sebenarnya datang dari hasil yang diperolehi dari perjudian selain dari pinjaman. Itu sebab mengapa beliau berani membentangkan mini-badjet yang bernilai RM60 billion baru-baru ini.

Dengan hasil dari judi tersebut beliau dilihat berkemampuan menyelesaikan beberapa masalah ekonomi dan berkemampuan sebagai seorang pemimpin ekonomi termasuklah pemberian subsidi kepada syarikat pembekal ayam baru-baru ini.

"Wajar sangat tindakan Najib itu dikutuk oleh seluruh umat Islam di negara ini," bentak seorang pegawai di sebuah syarikat swasta di ibu kota.



 http://greenboc.blogspot.com/

PO59 BUKIT GANTANG : Isu Altantuya, Istana, Sultan Dilarang Sentuh

Dalam bukti paling jelas agensi persekutuan diheret ke kancah politik, polis kini dilaporkan melarang penceramah di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak.

Selain isu Altantuya, penceramah juga dilarang menengahkan “sebarang keputusan yang dibuat oleh institusi raja” bersabit kemelut dua Menteri Besar Perak, Malaysiakini melaporkan.

Pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng diberikan senarai larangan tambahan itu ke atas penceramah untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada 7 April.

Larangan itu sudah tentu akan mengekang usaha Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan rampasan kuasa yang membawa kepada kemelut politik paling buruk dalam sejarah Perak.

Calon PAS untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, masih menjadi Menteri Besar sah di sisi perlembagaan setelah dilantik menerusi mandat rakyat pada pilihanraya umum Mac tahun lalu.

UMNO bagaimanapun melancarkan rampasan kuasa setelah mengumpan tiga ADUN Pakatan Rakyat, termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah, untuk menyokong Barisan Nasional. Kemelut itu kini dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Justeru, pilihanraya kecil ini disifatkan sebagai "pungutan suara" terhadap Najib Razak yang dikatakan mendalangi rampasan kuasa itu.

Larangan polis terhadap penceramah membangkitkan isu Altantuya juga dilihat sebagai usaha melindungi Najib daripada pengadilan rakyat.

Beliau dikaitkan dengan mangsa warga Mongolia itu dalam beberapa siri laporan oleh media antarabangsa dan penyiasat persendirian yang pernah ditugaskan untuk memantau Altantuya.

Sebelum ini Speaker dan ahli parlimen Barisan Nasional bertindak menggantung wakil DAP Gobind Singh daripada Dewan Rakyat untuk setahun apabila beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Najib.

Larangan terbaru oleh pihak polis dilihat sebagai cubaaan terbaru mengekang rakyat daripada diberikan penjelasan mengenai isu-isu kepentingan umum.

PO59 BUKIT GANTANG : Tohmahan Nizar calon boneka DAP disanggah

Johari Jaafar  

BUKIT GANTANG, 31 Mac (Hrkh) - Sambutan yang diberikan kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin sehingga kini amat mengkagumkan, di mana sahaja beliau mengadakan kunjungan, orang ramai menyambutnya dengan baik dan Nizar sendiri menunjukkan sikap yang cukup mesra dengan orang ramai.

Ini sekali gus mematikan hujah Umno/BN yang mengatakan Nizar adalah calon tajaan DAP kerana di mana sahaja beliau pergi, orang ramai akan menyambutnya dan sokongan yang diberikan kepada Nizar oleh semua pihak, jelas menunjukan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan ke atas diri sama sekali tidak benar.

Pengarah Operasi Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Asmuni Awi berkata demikian sewaktu sidang media hari ini di Markaz PAS Negeri di Air Kuning.

"Sokongan yang diberikan oleh semua pihak jelas menunjukkan tohmahan yang dilemparkan kepada Nizar sebagai calon yang menjadi boneka DAP itu tidak benar sama sekali," tegasnya.

Menurutnya lagi jika dilihat semasa hari penamaan calon baru-baru ini begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat membanjiri tempat penamaan calon itu berbanding penyokong Barisan Nasional.

"Sokongan yang ditunjukan semasa hari penamaan calon itu tidak terbatas daripada kalangan Melayu sahaja bahkan turut disertai kaum Cina dan India yang turut sama membawa sepanduk mereka bagi menyatakan sokongan kepada Nizar," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan BN melontarkan tohmahan bahawa Nizar menjadi boneka DAP merupakan satu pendekatan lama yang dikitar semula dalam keadaan calon mereka sukar untuk bergaul dengan rakayat.

Mengenai pendekatan yang digunapakai PAS sehingga kini, Asmuni menjelaskan PAS mengamakan pendekatan tiga M, iaitu, �Menerang, Mendampingi dan seterusnya Menawan� hati para pengundi di mana dengan pendekatan itulah Pakatan Rakyat dapat memasuki beberapa kubu kuat BN itu dalam tempoh beberapa hari berkempen ini.

Beliau turut membidas BN yang telah menyalahgunakan jentera kerajaan di mana mereka menggunakan tentera, media secara seluas-luasnya dalam masa berkempen.

Tidak sekadar itu sahaja BN turut menyalahgunakan kuasa menekan pihak Pakatan Rakyat dengan tidak memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk muncul di kaca televisyen, radio dan sebagainya, katanya.

"Pakatan Rakyat yakin pengundi pengundi di Bukit Gantang sudang matang untuk membuat keputusan, mereka boleh menilai sendiri parti yang mana bersikap telus dan adil untuk menegakkan kebenaran," jelasnya.

PO59 BUKIT GANTANG : Bantahan PPSMI bergema dalam p'raya

Selain demonstrasi besar awal bulan ini, dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut berkumbang di Bukit Gantang yang kini menghadapi pilihanraya kecil.

Tokoh-tokoh utama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan turun berkempen dua hari di situ menjelang pengundian pada 7 April ini. 

Profesor bahasa Dr Abdullah Hassan, Dr Shaharir Mohd Zain dan penyajak Dinsman dijangka menyampaikan ceramah.  

“Diharap pengundi menolak (calon) Umno kerana perwakilan sanggup menaikkan (menteri pelajaran) Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai naib presiden Umno,” kata setiausaha GMP Hasni Abbas ketika dihubungi 
Malaysiakini hari ini. 

Hishammuddin semalam menyatakan dasar PPSMI akan dipinda dalam masa terdekat selepas kabinet membuat keputusan. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk konkrit pindaan tersebut. 

GMP, yang menuntut dasar itu dimansuhkan termasuk di sekolah menengah dan universiti, juga akan berkempen pada pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 5 dan 6 April.

Selain tokoh-tokoh ini, penasihat GMP Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan ceramah.
-malaysiakini-

Pilihan Raya Malaysia -Bijaknya YAB DS Ir Nizar

Pilihan Raya Malaysia -Bijaknya YAB DS Ir Nizar

Salam semua....

YAB DS Nizar berkata: "Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenarnya. Ia merupakan satu pungutan suara - referendum - bagi menyatakan bahawa rakyat terutamanya Bukit Gantang negeri Perak, kita tidak mahu mana-mana pentadbiran dan pengurusan yang menafikan undang-undang." rujuk (sini ) dan (video )

Sama ada kita sedar atau tidak pemimpin kita / pemimpin pilihan rakyat adalah seorang yang sangat bijak akalnya dan sopan akhlaknya... tetapi maksud baginda dalam post ini pemimpin pilihan rakyat adalah ditujukan kepada YAB DS Nizar ye.. jangan salah faham... bukan Zambry tau.... Zambry adalah pemimpin pilihan 3 orang adun bebas, 28 adun BN, 5 orang ahli songkok tinggi, 7 orang melayu yang mudah lupa, seorang bakal PM yang terdesak dan juga pilihan en Zahid Hamidi si penumbuk bakal menantu... Jadi memang jauh benarlah sesiapa yang mengaku die calon pilihan rakyat tu... 
-HIDUP KETUANAN RAKYAT!!

Pada 2hb Feb 2009, rakyat MALAYSIA telah dikejutkan dengan rentetan siri Rampasan Kuasa secara lanun oleh UMNO dari tangan Pakatan Rakyat di negeri Darul Ridzuan... Dari kes mencolik, merasuah, merogol, membunuh, menyembunyi, membawa lari, dan juga memanipulasi dan sehinggalah hari ini mereka masih tidak mengaku yang mereka telah melanggar rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Mereka PERKEMBAR tidak lagi mendaulatkan undang-undang dan perlembagaan malah PERKEMBAR hanya mendaulatkan bakal PM yang terdesak dan juga wang ringgit.

Dari siri rampasan tersebut dan dalam masa terdekat ALLAH yang Maha MENGETAHUI dan ADIL telah memberi beberapa ujian kepada orang yang sabar dan juga ALLAH telah menjemput seorang INSAN bernama Roslan Shaharum iaitu seorang ahli parlimen BUKIT GANTANG. "setiap yang berlaku ada hikmahnya"

Untuk post kali ini baginda nak menceritakan perihal BUKIT GANTANG yang mungkin antara kita sedar atau tidak bahawa Bukit gantang sebenarnya bukan sahaja salah satu parlimen yang bernaung di NEGERI PERAK, tapi sebenarnya BUKIT GANTANG mewakili sebuah NEGARA MALAYSIA yang sebenarnya. Atau ia boleh digambarkan seper PRU13 akan datang.
Baginda bukan bercakap seperti orang-orang PERKEMBANG hanya bercakap menggunakan EMOSI, baginda bercakap berdasarkan fakta, dan inilah salah satu hikmah dari ALLAH. kita boleh tahu pilihan rakyat MALAYSIA berdasarkan pilihan rakyat BUKIT GANTANG, bersesuaianlah dengan kata-kata YAB DS Nizar - seorang yang bijak.

Lihatlah carta dibawah dahulu dan nanti baginda ulas ye..

Jelas tak? kalau nak lagi besar click la kat gambar tu... "Orang Kedah sekarang dah bijak", kata DSAI. hehe
Dari Carta pai tersebut telah menunjukan pecahan kaum masing-masing di Bukit Gantang dan di Malaysia sendiri... bukan pecahan kaum yang dibuat oleh PERKEMBAR, itu lain itu petualang namenya.. Bukit Gantang adalah model negara Malaysia yang telah dikecilkan skalanya iaitu seorang penduduk BGtg bersamaan lebih kurang 480 penduduk Malaysia (1:480) dimana masing-masing mempunyai peratusan yang sangat-sangat hampir sama..

Contoh:

Msia-Melayu=62% Msia-Cina=24% Msia-India=7%
BGtg-Melayu=63.5% BGtg-Cina=27.1% BGtg-India=9.1%
Msia-Others=1% Msia-Foriegner=6%
BGtg-Others=0.3%

bezanya rakyat Malaysia terdiri dengan foriegner iaitu seramai 6%.. akan tetapi jika 6% dari foriegner tersebut dipecahkan pula mengantikan menjadi rakyat Malaysia bukankah peratusan CINA dan INDIA adalah sama dengan pecahan racial BUKIT GANTANG? jawapannya adalah sama.. kalau tak percaya cuba kira.. walaupun population yang baginda lampirkan ini adalah tahun 2006, sebenarnya tidak lari peratusannya sebab sekarang ini populasi penduduk Malaysia adalah seramai 27Juta iaitu kenaikan cuma seramai 0.4J(27J-26.6J) sahaja.. Untuk more info populasi MALAYSIA rujuk (sini)

Oleh itu dari fakta ini kita dapat merumuskan bahawa kemenangan di BUKIT GANTANG adalah sebenarnya kemenangan dari rakyat Malaysia itu sendiri.. Setiap 480 orang penduduk Malaysia telah meletakan amanat kepada pengundi Bukit Gantang untuk membantu mereka menolak KERAJAAN KUDETA dan RASUAH ini... Kesimpulannya benarlah perumpamaan "Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenarnya" -bijak kan YAB DS Nizar..?

Adakah ini semua kebetulan atau sememangnya rahmat dan hikmah dari ALLAH s.w.t, bagaimana pendapat anda tentang hikmah nya PRK bukit gantang?

ANTARA HIKMAH yang FAMOUS di war-warkan.
a)Dun Changkat Jering termasuk dalam Parlimen Bukit Gantang disini kita boleh mengajar OKB OSMAN JAILU
b)Kita tahu cerita sebenar bahawa PANGLIMA BUKIT GANTANG wira BGtg telah keluar UMNO kerana UMNO itu corrupt
c)Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenarnya
d)komen anda sendiri..
dr: BagRef

Sokongan Rakyat Di Bukit Gantang Begitu Nyata Kepada DS Nizar

Apa kata pengundi mengenai Nizar?
Abdul Shukur Harun 
Beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat membanjiri Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada hari penamaan calon pilihan raya kecil didua bukit itu serentak hari ini. Penamaan calon di Batang Ai, Sarawak juga diadakan di hari yang sama.

Seperti yang diketahui, tiga pilihan raya kecil serentak ini dianggap oleh para pemerhati politik sebagai pungutan suara rakyat sama ada memihak kepada Pakatan Rakyat, ataupun kepada BN.

Namun kebanyakkan pundit politik meramalkan Pakatan Rakyat akan dapat menewaskan BN di tiga kawasan tersebut.

Calon PAS di Bukit Gantang, Ir. Nizar Jamaludin sudahpun 'berkampung' sejak minggu lalu di kawasan tersebut, sementara calon PKR di Bukit Selambau, S. Manikumar sudah memulakan gerak kerjanya sejak beberapa hari lalu. Demikian juga calon Pakatan Rakyat di Batang Ai, Jawah Gerang, khabarnya sudahpun memulakan kerjanya.

Ir. Nizar benar-benat dilihat sebagai calon paling layak di Bukit Gantang itu, bukan semata-mata kerana beliau menjadi 'bintang' yang begitu bersinar sejak peristiwa hitam di Perak itu, tetapi juga kerana kewibawaannya, kewarakannya, pendidikannya, keintelektualannya dan kepimpinan cemerlangnya yang tunjukkannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun selama 11 bulan.

Dengan parti yang diwakilinya, PAS yang membawa wadah 'Islam Untuk Semua' maka pengundi Bukit Gantang rasanya tidak mudah untuk menolaknya, bahkan mereka merasa bertuah kerana mendapat calon yang sebaik ini.

Dari laporan yang diterima setakat ini, para pengundi ketiga-tiga Dun dalam Bukit Gantang itu � Dun Changkat Jering, Kuala Sepetang dan Trong � mengalu-ngalukan Ir. Nizar sebagai calon PAS.

Beberapa orang peniaga pasar malam di pekan Trong yang ditinjau pendapat mereka berkata, tidak ada sebab pengundi Bukit Gantang menolak Ir. Nizar.

Bagi mereka Ir. Nizar adalah calon yang tepat dan terbaik.

Peniaga itu, Hashim Ghani dan Sudin Mat Arif sama-sama bersetuju bahawa Ir. Nizar seorang pemimpin muda, berkebolehan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat di Trong, malah di tempat lain di Bukit Gantang.

"Bukan mudah untuk mendapat calon yang baik begini.

"Kadang-kadang, ada calon itu kaya, tapi sombong. Ada pula sesetengah calon itu berpendidikan tinggi tapi kedekut,"kata keduanya.

Bagi mereka, In. Nizar adalah calon yang sangat layak diundi. "Kami Insya-Allah akan menyokong Nizar," kata Hashim dan disetujui oleh temannya tadi.

"Ir. Nizar adalah pemimpin muda berpendidikan tinggi yang berkebilehan," kata Adly Musa, seorang tuan punya sebuah syarikat swasta di Trong.

Beliau sangat gembira mendengarkan Ir. Nizar menjadi calon di Bukit Gantang.

"Kepada saya dia adalah calon paling berkebolehan. Saya mengucapkan tahniah kepada parti PAS kerana memilih Ir. Nizar menjadi calon."

Kelihatan markas PAS, PKR dan DAP sudah dibuka dan para petugas mulai sibuk membuat persiapan, sementara bendera dan poster parti sudah kelihatan di mana-mana.

Di Dun Changkat Jering, saya bertemu dengan seorang pesara, sedang minum bersama temannya di sebuah restoran di pekan itu. Ketika ditanya mengenai pencalonan Ir. Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang ini, pesaran itu, Haji Malik, spontan berkata:

"Inilah calon yang bagus. Berpelajaran tinggi, walaupun tidak sampai setahun menjadi MB Perak, tetapi sudah ternyata kebolehannya. Anak saya yang menjadi pegawai di syarikat swasta di Kemunting selalu tengok internet di rumah. Sebab itu saya dapat tahu mengenai Ir. Nizar ini."

Kalau baca surat khabar biasa, atau tengok TV, katanya, kita tidak akan jumpa cerita yang baik mengenai Nizar, mengenai Pakatan Rakyat.

Melalui internet itu, katanya, beliau dapat tahu ketokohan Ir. Nizar. Kalau TV dan akhbar biasa, kata Haji Malik, kita bosan baca berita BN baik saja.

Gerai-gerai makan yang baru dibuka di sebuah kawasan lapang sudah dikunjungi ramai.

Salah seorang tuan punya gerai makan di situ, Yong Fidah, memberitahu saya, "Nizar ada datang ke sini minggu lalu, ramai orang mengiringi dia. Kepada saya, dia memang layak jadi calon di sini. Mak saya orang kuat muslimat PAS, dia kata Nizar ni orang ada pelajaran tinggi, warak orangnya. Kami terang-terang kata sokong Nizar."

Suami Yong Fidah yang baru tiba dari pasar, memunggah pelbagai bahan makanan tersenyum melihat saya dan beberapa kawan.

"Ini orang Selangor," kata isterinya memperkenalkan, "dia tanya fasal Nizar."

Suaminya itu spontan menjawab: "Dia orang baik, ada ilmu. Saya pernah jumpa dia di suatu majlis di sini dulu. Saya dijemput makan dengan dia lepas dia ceramah. Ramah orangnya."

Kata suaminya itu lagi, dalam pilihan raya umum dulu, orang Cina dan India turut menyokong calon PAS di sini. Ramai yang membawa bendera PAS di tangan.

Suasana begini dijangka akan berulang dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini nanti.

Sementara itu pelbagai kenderaan mulai masuk di kawasan gerai makan di situ, bendera parti yang bertandingpun mulai dipasang di merata tempat.

Suasana mulai sibuk. Suasana pilihan raya benar-benar terasa di Pekan Changkat Jering ini, namun belum juga berjumpa durian, yang khabarnya, antara yang terbaik di Perak ini.

Di Kuala Sepetang, udang baru yang diangkat dari perahu dan bot nelayan disitu sedang dipunggah untuk dijual di gerai-gerai mei udang yang berderet-deret di Kuala Sepetang itu.

Keadaannya sungguh meriah, gerai-gerai mee udang sudah dikerumuni para peminat dari dalam dan luar Bukit Gantang yang kebanyakkannya mulai datang untuk menjadi petugas parti masing-masing dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang itu.

Kelihatan di dinding rumah dan kedai yang disewa oleh parti yang bertanding sudah dipenuhi bendera dan poster parti. Markas PAS, PKR dan DAP sudah sibuk denga petugas masing-masing.

Beberapa orang Cina dan India turut sama berada di markas PAS, berbual seama sendiri.

Pemandangan begini mengingatkan saya dalam PRU Ke-12 tahun lalu di mana orang Cina dan India turut membantu calon PAS, sementara petugas PAS juga sebaliknya.

Dogma perkauman sudah mereka tinggalkan.  

 -Harakahdaily-