"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Muthalib bidas geng mamak "tahi diutamakan...akhirnya makan tahi sendiri

Sharpshooter
Bayi kalau berak dibiarkan akan makan tahi sendiri...itu lumrah dan kita tidak hairan sebab masih bayi...tak kenal mana satu makanan, yang mana satu tahi...begitulah jika sudah tua nyanyuk dan uzur..perangainya akan menyerupai bayi semula...dah nyanyuk agaknya ghani tahi dan mail kerang budak suruhan katak zahrain...

Sementara itu Ustaz Muthalib, Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang melalui faceboknya membidas mereka dengan menulis...

Bila nak buang air besar jangan kata nak terberak..kita kena kata saya nak ketandas,itulah yg di ajar nabi kita supaya nampak org islam sangat beradab.tapi bila org islam buat kek berbentuk najis manusia nak d beri kepada KM amat menyedihkan..sy pernah ke pejabat KM untuk menerangkan beberapa hukum islam dia mendengar dengan baik sambil menulis apa yg sy sebut..dan mempersilakan sy menaiki lif vip bersamanya semasa turun dari komtar..berdakwahlah dengan baik.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Najib arah Pengarah Besar Felda bercuti atas pemintan Isa Samad ?

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin kritikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah.

"Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak.

"Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya.

Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang.

"Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul.

"Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul.

"Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya.

Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut.

"Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang.

"Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli.

Perubatan Islam untuk Rabun Mata

Open Minda

http://baca-blogspot.blogspot.com
-selatanonline-

Politik lucah strategi murahan Umno

PETALING JAYA: Umno melalui blogger upahan mereka didakwa menggunakan strategi murahan dengan menyebarkan fitnah, penipuan dan mempraktikkan amalan politik lucah dalam cubaan melemahkan imej musuh mereka.
Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu kenyataan terbukanya semalam.

Beliau menafikan dakwaan seorang blogger pro-Umno yang mendakwa beliau menghantar seseorang untuk menawarkan bayaran sebagai balasan agar rakaman video ketika beliau menonton video lucah kontroversi itu tidak disiarkan.

“Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka dengan menjalankan fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka.

“Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka dan apa perlunya Chegu Bard melayan sebuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut.

“Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh Chegu Bard untuk membeli blogger tersebut,” ujar Chegu Bard yang juga merupakan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia itu.

Chegu Bard itu menjelaskan rakaman video yang dimaksudkan oleh blogger yang lebih terkenal dengan penggunaan bahan lucah itu hanyalah rakaman cubaan beliau meyakinkan Dato’ Shahrin Eskay Abdullah dan Tan Sri Rahim Tamby Chik untuk menyerahkan salinan rakaman itu.

Beliau mengesyorkan kepada blogger terbabit agar menyiarkan rakaman penuh tanpa suntingan termasuklah komen Rahim mengenai kes sensasi yang melibatkan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Video yang kononnya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana Chegu Bard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut.

“Chegu Bard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan di mana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu beliau turut menjelaskan bahawa lakonan beliau seolah-olah mempercayai rakaman video yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah diperjelaskan dalam kenyataan media dan dalam beberapa siri ceramah yang disertainya sebelum ini.

Pura-pura percaya

“Sejak 24 Mac 2011, dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah-ceramah kemudiannya lagi dipertegaskan, betapa Chegu Bard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut.

“Ini kerana saya berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan.

“Eskay, pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika Chegu Bard berjaya menyakinkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menonton video tersebut.

“Namun setelah Chegu Bard nyatakan esoknya kononnya Wan Azizah setuju walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya kepada Wan Azizah, tiba-tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut.

“Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi,” beritahu beliau.

Dalam kenyataannya turut menjelaskan bahawa Anwar telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum beliau pergi ke lokasi tayangan video itu. Sebaik selesai tayangan video itu, beliau telah bertemu Anwar dan Wan Azizah di kediaman mereka.

“Tidak ada apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton Chegu Bard telah memaklumkan kepada Anwar mengenainya.

“Sebaik sahaja selesai menonton, beliau terus pergi ke rumah Anwar memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar dan Wan Azizah sendiri termasuklah (menceritakan) usaha meyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut,” jelas kenyataan beliau itu.

Identiti blogger terdedah

Beliau turut menempelak tindakan blogger pro-Umno yang gemar melindungi identiti mereka berbanding blogger pro-Pakatan Rakyat bagi membolehkan mereka menyebarkan fitnah ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan.

Chegu Bard juga memberitahu blogger upahan Umno tersebut berada dalam keadaan panik setelah identitinya diketahui dan satu laporan polis dibuat atas dakwaan fitnah liwat membabitkan blogger pro-Pakatan, Amin Iskandar dan Anwar.

“Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah.

“Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin diliwat oleh Anwar.

“Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.

“Namun yakin mereka dilindungi polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah,” katanya dalam kenyataan itu.

Chegu Bard juga menganggap Umno telah menilai rendah tahap pemikiran rakyat negara ini dengan terus bermain dengan taktik politik lucah dan cacian dengan menaja blogger dengan bayaran tertentu sehingga ada yang mencecah RM80,000 sebulan.

Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cawangan Johor berikrar untuk menggerakkan semua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Muar esok, 11 Disember.

“Sehubungan itu, kami menyeru Umno-Barisan Nasional (BN) untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka.

“Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda,” tegas Ahmad Anwar Asyraf Ismail, penyelaras negeri SAMM Johor dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata langkah ini diambil bagi mengelak trajedi yang berlaku di Segamat, Labis dan Pasir Gudang baru-baru ini berulang kembali.

“Ramai yang tidak lupa bagaimana Perkasa Negeri Sembilan lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur si pengganggu majlis.

Oleh itu, SAMM Johor sekali lagi menyeru Umno Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum mereka.

Ujar beliau, “jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan.

“Begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis Pakatan Rakyat lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa ‘terlepas pandang’ dalam menjalankan tugas,” katanya.

Semalam beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan polis oleh beberapa NGO dan Pemuda Umno Bahagian Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Mohamad @ Mat Sabu di Muar esok.

Ahmad Anwar menerangkan bahawa atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, SAMM Johor menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur.

“Namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain Umno-BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri,” tambahnya.

SAMM: Hentikan politik ugutan!

Dilema Najib: Apa nak buat dengan Sharizat?

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei

Strategy Perdana menteri Najib Razak untuk menang dalam pilihanraya akan datang adalah untuk memastikan calon-calon UMNO-BN adalah dari kalangan yang pasti menang. Najib juga mahu memastikan pertelingakahan berkenaan siapa yang patut dipilih berhenti lalu bersetuju dengan sesiapa saja yang akan diputuskan olehnya.


Dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu, presiden UMNO itu mendapat apa yang diingininya dengan para perwakilan bersetuju untuk memberi mandat penting baginya. Tapi benarkah mereka masih mempunyai pilihan dan adakah pertelingkahan akan tamat disitu walaupun dia telah membuat mereka berjanji untuk tidak melobi atau hilang kelayakan serta merta.

Setakat ini, tiada komen dari bahagian-bahagian UMNO selepas seminggu tamatnya perhimpunan sebelum pilihanraya ke 13dan pemilihan parti itu sendiri, yang bakal berlaku pada tahun hadapan. Namun, orang dalam memberitahu ini masih awal lagi dan letusan boleh berlaku pada bila-bila masa saja, akibat skandal NFC yang membabitkan wang sebanyak RM250 juta dan ketua wanita Sharizat Jalil. Bagaimana Najib akan menyelesaikan kes ini akan menjadi pengukur terhadap siapa yang akan dipilih kelak.

Setakat ini, Najib dan pemimpin tertinggi yang lain termasuk naib presiden Muhyiddin Yassin dan ketua pemuda, Khairy Jamaluddin telah membela Sharizat, namun tetap ada ketidakpuasa hati di kalangan Wanita yang begitu ketara. Ramai yang berpendapat bahawa dia patut meletak jawatan dan ada juga yang meminta dia berbuat demikian di kalangan pemimpin atasan.

Tamparan hebat buat Najib dan pelan Pilihanraya ke 13
Menurut sumber UMNO, skandal NFC yang pertama kalinya didedah oleh PKR adalah tamparan hebat buat Najib, yang mengharapkan pilihanraya umum boleh dilangsungkan pada bulan hadapan.

Namun, keadaan menjadi lebih buruk apabila dia tersalah anggap terhadap toleransi rakyat untuk kes-kes korupsi yang tak sudah dari UMNO. Dengan keangkuhannya dalam menerima bahwa keadaan sememangnya parah dari laporan ketua audit, Najib memberi gambaran bahawa UMNO adalah sebuah kapal lanun yang merompak kekayaan negara tanpa kawalan dan akan melakukannya melalui apa saja institusi.

Ternyata, pilihanraya umum ke 13 harus ditunda sementara UMNO dan Najib yang sendirinya tidak sepi dari skandal-skandalnya sendiri, merangkak dan mencari jalan keluar dari dilemma Sharizat. Untuk memintanya meletakkan jawatan dengan serta merta akan menghancurkan imejnya tapi, untuk tidak melakukan begitu akan menaikkan kemarahan yang lain didalam parti. Ketua bahagian lain yang bakal digugurkan akan menjadikan Sharizat sebagai contoh ketidakadilan Najib dan membuat tuntutan mereka sendiri. Jika tersilap perhitungan, mungkin Najib sendiri yang akan digugurkan seperti Sharizat.

Percubaannya dalam menjernihkan persepsi negatif umum terhadap Sharizat, dia mengarahkan polis untuk membuat kenyataan yang cuba membersihkan nama Sharizat. Namun, sekali lagi Najib tersalah anggap tentang kebijaksanaan rakyat dan ini rupanya telah mengeruhkan lagi keadaan.

Disabotaj dari dalam
Sudah ada perwakilan yang menegaskan bahawa mesti ada yang lain di dalam UMNO yang juga perkasa dan lebih berkuasa dari Najib. Mereka mahu menyemarakkan api kebencian terhadap Sahrizat untuk kepentingan mereka sendiri. Jawatannya yang popular didalam kabinet serta menjawat ketua wanita sudah cukup untuk mencetuskan perbalahan didalam UMNO. Ada kemungkinan juga dia akan dijadikan cara untuk menumbangkan kedua-dua Najib dan Muhyiddin

Dalam penipuan UMNO, desas-desus kaut menyatakan bahawa Sharizat sebenarnya telah ditikam dari belakang oleh rakan parti. Tangan-tangan halimunan ini tidak susah untuk dikenalpasti, tanya saja siapa yang akan mendapat habuannya nanti.

Setelah beberapa minggu, di warung-warung dan kedai kopi UMNO, perdebatan sedang hangat dan sememangnya Sharizat tahu apa yang berlaku ke atas projek lembu yang dianugerahkan kepada suami dan anak-anaknya pada tahun 2006. Bagaimana mereka boleh menyembunyikannya selama ini? Adakah yang terlepas pandang atau ia sengaja didedahkan untuk memberikan tekanan padanya, Najib dan Khairy?

Musibah NFC yang didedahkan oleh PKR telah diketuai oleh pengarah strategi Rafizi Ramli dan Ketua wanita Zuraida Kamaruddin. Ia telah disahkan sebagai ‘kes berat’oleh ketua editor dalam laporan terbarunya. Antara dakwaan dibuat oleh PKR adalah keluarga Sharizat telah menyalahgunakan kuasa dengan membelanjakan duit yang sepatutnya membiayai projek dengan membeli 2 unit kondominum mewah di Bangsar, kereta Mercedes mewah CSL350 CGI, hartanah kos tinggi di Putrajaya bernilai RM3.3 juta, jutaan ringgit diskaun dan transaksi yang memihak kepada syarikat milik keluarga.

Biar Najib buat keputusan
Dengan berlangsungnya perhimpunan agung UMNO, penampilan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar awal minggu ini untuk mengingatkan Sharizat supaya berundur, serta keanehan cara menteri wilayah persekutuan Raja Nong Chik dalam menyeru kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan terhadap nasib Sharizat telah menambah perisa kepada sup panas NFC.

Memperolehi banyak wang telah menjadi motivasi untuk ahli politik UMNO, jadi pemimpin seperti Najib yang terlibat dalam skandal berbillion ringgit mungkin tidak akan faham apa yang nak dikecohkan sangat. Projek yang bernilai RM 250 juta atau RM 300 juta tidak penting buat golongan elit UMNO.

Sememangnya Sharizat patut menumpukan perhatian kepada politik saja dan menegaskan bahawa kelaurganya tidak sepatutnya bertindak demikian dan seterusnya hanya memberi tumpuan terhadap kabinet dan kerja-kerja parti. Tapi, sejak bila orang politik UMNO bergaduh tentang wang? Dulunya seorang peguam yang hebat sekarang lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa melainkan meminta pertolongan ahli tertinggi UMNO. Namun, amat sedikit yang bersimpati kepadanya.

Buat masa ini, pemimpin UMNO telah diberi arahan untuk berpendirian “Biar najib buat keputusan”. Sememangnya Najib berada dalam dilemma sehingga pilihanraya ke 13 berakhir.

PM yang juga Menteri Kewangan yang degil
Tidak hairan jika kita nampak Najib lebih berminat untuk menjernihkan perbalahan dalam UMNO itu sendiri dari menyelesaikan punca masalah sebenar. Tiada usaha untuk melaksanakan tanggungjawab itu, membetulkan kesilapan dengan mengarahkan auditor-auditor serta pengurus professional untuk menyelamatkan apa yang tinggal dalam NFC. Hanya sindrom penafian yang mengejutkan dipamerkan oleh Najib. Pengkritik berkata bahwa Najib sememangnya tidak peduli jika setiap sen terbazir, ironinya, dia adalah menteri kewangan yang bertanggungjawab mengemudi Malaysia dari krisis kewangan.

Dalam pada itu, projek NFC masih lagi dibawah pimpinan Salleh Ismail, suami Sharizat. Musibah NFC tidak sihat untuk negara. Ia bukan khabar baik untuk mereka yang mengharapkan hasil dari projek yang matlamatnya adalah untuk membekalkan rakyat Malaysia dengan daging lembu dengan harga yang murah.
Bagi Najib, rakyat akan melupakannya. Pada hematnya, keadaan akan menjadi seperti sediakala apabila ditanya tentang Sharizat. Dalam pada itu, dia telah memberi arahan bahawa ada banyak lagi yang lebih penting seperti survival UMNO sendiri dan masa hadapan orang Melayu. Apalah saja skandal RM250 juta itu, sama ada ia adalah korupsi atau tidak, jika dibandingkan dengan yang lain.

Sama ada Najib dan cara kejinya dalam berpolitik berjaya, ia semua bergantung kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Setakat ini, nampaknya Najiblah yang mudah lupa. Dia lupa kenapa BN kalah teruk pada pilihanraya umum tahun 2008. Faktor korupsilah yang menyebabkan BN ditolak pengundi.

Mungkin Najib telah membuat teori bahawa perbalahan dalam UMNO lah yang menyebabkan kekalahan pada tahun 2008 dan jika UMNO bersatu kali ini, walau apa pun skandal yang terbongkar, termasuk melibatkan dirinya, Malaysia akan tetap milik BN pada pilihanraya umum ke13 kelak.
Jika benar, alangkah malangnya Malaysia.
-Malaysia Chronicle-

Kisah Sebenar! 16 September… yang ramai tak tahu

reformis1998
16 september
Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2009 menyaksikan kekalahan BN yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.  Lima negeri dan 1 Wilayah Persekutuan tumbang di tangan Pakatan Rakyat.

Akibat kekalahan yang memalukan, Abdullah Badawi meletak jawatan dan diambilalih oleh Najib Razak.


Najib segera merangka strategi jahat untuk mengembalikan keyakinan penyokong BN yang terjejas teruk akibat kekalahan yang memalukan mereka.  Dalam mesyuarat sulit Najib bersama unit pakar strategi dan think tank beliau pada April 2008, Najib membuat perancangan jahat dengan ‘apa cara sekalipun’ merampas semula negeri-negeri yang telah tumbang.  Dan mereka menumpukan strategi mereka  untuk Perak dan Selangor.

Tetapi sudah pasti Anwar Ibrahim dapat mengetahui perancangan mereka melalui maklumat risikan oleh SB Polis dan MIO Tentera.  Bagaimana SB dan MIO boleh beri maklumat kepada Anwar Ibrahim…? Sebenarnya, itulah hakikat yang berlaku sekarang.  

Malah mesyuarat Kabinet, mesyuarat MKT Umno, maklumat risikan lain juga dengan senang Anwar boleh perolehi…. Sebab apa…?  Sebab lebih separuh ahli UMNO, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai risikan adalah orang Anwar Ibrahim!

Najib merancang… Anwar juga mengatur strategi berdasarkan maklumat yang diberi.  Pada 23 April 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sudah cukup Ahli-Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, dan tarikhnya adalah 16 September 2008, iaitu Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia.

Dalam aturan tindakannya itu, Anwar Ibrahim menggunakan segala peruntukan perlembagaan dan tidak satupun tindakan beliau yang melanggar perlembagaan dalam usaha strategi beliau untuk membentuk kerajaan baru.  Termasuklah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi di Parlimen, dan juga memohon untuk mendapatkan persetujuan dari YDP Agong.

SEBAB UTAMA ANWAR IBRAHIM RANCANG 16 SEPTEMBER

Tujuan dan matlamat utama perancangan ‘16 September’ adalah untuk mengalih perhatian Najib dan rejimnya daripada merampas Selangor yang merupakan aset yang tidak ternilai di Negara ini.  

(“Anda mesti mencari cara yang bijak untuk mengalihkan perhatian musuh anda semasa anda membuat langkah strategik”  -  Buku The Art Of War – Shun Zu)

Dengan pengumuman ‘16 September’, maka kelam kabut lah pimpinan Najib, sehinggakan pada 8 September 2008 beliau terpaksa melarikan 49 ahli Parlimen ke Taiwan bagi tujuan kononnya “lawatan sambil belajar”. Padahal ketakutan yang amat sangat, apabila ramai ahli parlimen BN yang berbisik kepada Anwar, “ Please.. count..me..in “. 

Tetapi itu BUKAN matlamat utama Anwar iaitu menarik ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat. Matlamat utama Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas oleh Najib.

Dalam tempoh Najib dan konco-konconya kelam kabut menyelamatkan ahli-ahli parlimen mereka, masa pun berlalu… selama hampir setahun.

Anwar Ibrahim berjaya merancang strategi untuk mengurustadbir kerajaan Selangor dengan lebih stabil dan menyediakan benteng yang kukuh dari serangan Najib dan konco-konconya.  

Bayangkan jika Anwar Ibrahim tidak mengumumkan ‘16 September’.  Najib dan rejimnya akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan strategi untuk merampas Selangor. 

Selepas isu ‘16 September’ berakhir, pada Februari 2009 Najib dan rejimnya berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan rakusnya mengheret Speaker DUN dan mengunci beliau semasa ucapan perasmian sidang DUN oleh Raja Muda Perak.  Tetapi, Selangor tidak semudah itu untuk dirampas, kerana bilangan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Selangor adalah jauh lebih banyak dari Perak.

Akibat ketidakpuasan hati Najib dan rejimnya, mereka masih mencuba untuk hancurkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dengan memperkudakan SPRM sehingga kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock atas sebab dakwaan pembelian bendera Malaysia yang bernilai RM2 ribu sahaja.






Jika Teoh Beng Hock mengaku “kesalahan” tersebut, adakah akan ada tangkapan secara besar-besaran ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, dan menumbangkan Kerajaan Selangor ???

konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu, kerana isu azan.  Dan kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa penyelenggaraan kereta sendiri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor.

Isu kecil sebegini pun mereka gunakan sehingga menyebabkan kematian, tangkapan ISA dan dakwaan terhadap Menteri Besar.

Apa-apa pun Najib gagal ke atas Selangor…, dan sebab utama adalah Anwar Ibrahim berjaya memperkukuhkan kerajaan Selangor dengan senjata ’16 September’.  

Sebab itulah sehingga sekarang ini Najib dan BN masih berterusan membangkitkan isu ’16 September’ yang kononnya “gagal”, sedangkan yang sebenarnya Najib dan BN telah kalah di dalam perancangan mereka dan tidak puashati akibat diperangkap oleh Anwar Ibrahim di negeri Selangor...

Hadiah najis: Wasatiah ala Umno?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Umno Pulau Pinang mengenepikan adab dan tatasusila orang Melayu Islam apabila bertindak menghadiahkan empat replika najis manusia sempena ulang tahun ke-51 kelahiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tindakan jijik dan tak senonoh itu dilakukan sekumpulan lelaki yang dipercayai dari Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, sebuah NGO Umno yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman.

Mereka hadir ke bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town tengah hari semalam dengan membawa empat bungkusan yang dihias seperti kek.

Bungkusan tersebut adalah replika najis manusia yang ditempah khas untuk dihadiahkan kepada Lim Guan Eng.

Ianya bagaimanapun diserahkan kepada kakitangan kerajaan yang bertugas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Mengulas tindakan itu, AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan ianya sebagai menghina dan memalukan Islam.

"Ajaran mana yang mengajar sikap begini?

"Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan Umno sejak akhir-akhir ini bukan sahaja menjatuhkan maruah Islam malah telah menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Tindakan itu juga katanya telah memperlihatkan sikap sebenar Umno yang selama ini hanya berbohong dengan laungan transformasi parti itu.

Tindakan serupa pernah dilakukan kumpulan sama yang juga diketuai Mohamed Ghani pada Julali lalu apabila membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada ketua menteri Pulau Pinang itu.

Pensyarah akui tanpa Utusan Umno sudah tiada

Aslani M

KOTA BHARU, 9 Dis: Seorang pensyarah Sains Politik UKM mengakui tanpa media tradisi seperti Utusan Malaysia dan saluran televisyen milik kerajaan, Umno sudah lama kehilangan kuasa.


Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berasal dari Tanah Merah yang dilihat lebih cenderong berhujah menyokong Umno dan kerajaan pusat mengakui kuasa dimiliki Umno sekarang kerana ada bantuan media arus perdana.

Katanya, hujah yang dilontar seorang penonton tadi sememangnya benar dan tidak dapat dinafikan lagi.

”Tanpa Utusan, RTM dan media lain lagi Umno sudah lama tiada,” katanya ketika menjawab soalan seorang penonton pada Wacana Perdana siri ke-8 anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi.

Panelis lain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM.

Manakala Datuk Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator. Kehangatan dirasakan sepanjang wacana tersebut berlangsung.

Dr Samsul juga meluahkan rasa bimbang dengan ledakan maklumat melalui media internet sekarang yang menjadi kegilaan golongan muda.

Hematnya internet menjadi kuasa yang mendorong anak muda berpihak kepada Pakatan Rakyat.
”Namun berdasar kepada satu kajian yang dijalankan di Kubang Pasu mendapati 60 hingga 70 peratus penduduk masih lagi bergantung kepada media konvensional.

”Ini memberi insentif kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi. Bagaimanapun apabila akses internet berubah secara menyeluruh suasana politik negara juga dijangka berubah,” katanya.

Beliau yang pertama kali muncul di pentas wacana di negeri tumpah darahnya pada awal lagi berdepan dengan amarah penonton apabila memulakan persembahan dengan Salam 1Malaysia.

Malah pujiannya terhadap konsep 1Malaysia yang dianggapnya sudah diterima rakyat menjadi punca penonton tidak mampu berdiam diri.

Laungan ”profesor kangkong” bergema di bahagian belakang ruangan penonton. Kadang-kadang suara ahli panel tenggelam dengan keriuhan penonton begitu sendat memenuhi dewan besar Balai Islam.

Bahagian belakang dan aras satu penuh sehingga ramai terpaksa berdiri. Wacana malam tadi sepatutnya membariskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhamad Nazri Aziz berdepan dengan anggota Exco, Datuk Husam Musa.

Difahamkan Nazri meminta dipinda tarikh kepada 22 Disember. Namun sehari dua lalu mahu dipercepatkan pula kepada 16 Disember. Kemudian mahu dipindah pula ke Januari depan.

Ramai melihat Nazri seperti tidak sanggup berdepan dengan audien fanatik di Kelantan apabila asyik mengubah tarikh bagi menampilkan diri di pentas politik terbuka Kelantan.

6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM

Harakahdaily
SHAH ALAM, 9 Dis: Enam aktivis mahasiswa ditahan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi ketika mereka sedang mengadakan sesi penerangan di Speakers Corner di kampus itu.

Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.

Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Katanya, alasan penahanan mereka adalah kerana masuk ke kampus itu tanpa kebenaran, manakala dua pelajar UiTM itu pula ditahan kerana menyertai Speaker Corner yang tidak mendapat kelulusan pihak universiti.

"Bagi saya tindakan UiTM keterlaluan dan sangat terkebelakang berbanding kampus-kampus lain.

"UiTM juga tidak seiring dengan keterbukaan kerajaan yang mahu memberi kebebasan kepada mahasiswa," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan kemudian dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas melalui soal siasat biasa.

Mereka juga diberi amaran agar tidak meneruskan program itu dan diiring keluar dari kampus tersebut sejurus selesai soal siasat tersebut.