"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak 2 tahun dipatuk dan dibelit seekor ular sawa besar

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki di Australia dimasukkan ke hospital selepas dia dipatuk sebanyak empat kali dan dibelit sehingga paras dada oleh seekor ular sawa besar, kelmarin.

Sewaktu kejadian, kanak-kanak berumur dua tahun itu sedang bermain di laman belakang rumahnya di utara Australia sebelum ular itu mematuk kaki mangsa dan membelit badannya, menurut ibu kepada kanak-kanak itu.

Ibunya yang mendengar jeritan budak lelaki itu berjaya menyelamatkan anaknya dengan bantuan jiran. Ular itu disahkan tidak berbisa dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang selepas ditahan di hospital selama 24 jam.
-sinarharian-

Fobia 901 Ganti Fobia Baju T Bersih

Mohd Sayuti Omar


SAH baju T berwarna kuning (Bersih) yang sebelum ini ditakuti dan menjadi satu fobia kini sudah merebak dan diganti dengan "Kempen Bebas Anwar 901". Ada pihak-pihak yang begitu takut dan bimbang dengan kempen ini. Fobia ini boleh dinamakana Fobia 901.

Semalam menurut laporan akhbar penjilat buntut nombor wahid, sebanyak 77 laporan polis dibuat oleh Umno di seluruh negara yang menggunakan berbagai-bagai nama.

Laporan itu meminta polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengjadi penganjur kempen berkenaan. Alasan yang digunakan ialah himpunan 901 itu menganggu proses undang-undang.

Dari sudut mana ia boleh menganggu proses undang-undang tidak dinyatakan dengan jelas. Apakah himpunan itu menyebabkan hakim Mohamed Zabidin Mohd Diah akan mengubah keputusan? Bukankah keputusan hakim terhadap perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar itu dibuat berdasarkan fakta dan keterangan kedua-dua pihak, pendakwa dan pembela? Tidak mungkin hakim akan membuat keputusan dengan mengambil kira senario yang dibuat orang awam di luar mahkamah. Kalau hakim mengambil suasana di luar sebagai asas penghakimannnya, jahil sangatlah hakim berkenaan.

Mustahil kalau hakim akan mengambil kira dengan gema-gema diluar untuk membuat keputusan itu. Hakim Zaidin Mohd Diah tidak akan mengambil kira apa yang dilakukan oleh penyokong Anwar. Beliau juga tidak akan mengambil kira kebimbangan yang dilantunkan oleh Umno terhadap himpunan berkenaan. Itu bukan asas atau pun sokongan keputusan.

Jadi orang yang waras dan otak yang sihat kerana cukup vitamin C atau H hingga L tidak akan mudah terpengaruh dengan dendangan kebimbangan mana-mana pihak terhadap himpunan atau kempen 901 itu.

Seperti dinyatakan sebelum ini pengikut Anwar Ibrahim dan ahli PKR serta penyokong Pakatan Rakyat seluruhnya berhak untuk melakukan apa saja untuk membebaskan hero mereka. Anwar adalah hero mereka. Tindakan mereka itu samalah nilainya dengan Umno yang menyokong Ha Najib Razak akan tetap membela Najib dengan apa cara sekali pun.

Tindakan itu, baik membela Anwar atau Najib merupakan perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini. Kebebasan membela itu juga dijamin oleh perlembagaan negara. Apakah mereka yang menentang kempen berkenaan jahil mengenai perlembagaan dan hak-hak berpersatuan?

Sementara kebimbangan himpunan itu boleh menimbulkan ketegangan dan masalah kepada orang awam hanyalah alasan semata-mata. Ia adalah dongengan si bodoh yang suka mengambil kesempatan atas apa juga isu untuk kepentingan politik. Golongan ini usahkan hal-hal himpunan yang masih dalam jagaan polis tahi pun mereka sedia mengambilnya kalau ia boleh mewangikan siasah mereka.

Kita rasa kumpulan orang awam yang hendak diselamatkan oleh golongan itu sendiri sudah tahu apakah himpunan seperti itu menganggu mereka atau tidak. Masalah hari ini kepada Umno rakyat lebih bijak dan bermaklumat dari mereka.

Selalunya himpunan sebegitu akan menjadi masalah kepada orang ramai apabila ada pihak-pihak lain termasuk keselamatan mengambil bahagian sama menjadi tukang halak (provok). Begitu juga ia akan menjadi masalah kalau puak-puak Umno yang menjelma atas berbagai-bagai nama itu ikut sama turun bertempik dan melemparkan objek.

Tegasnya halangan kepada himpunan itu secara tidak langsung menunjukkan UBN kini semakin terdesak dan mereka sudah merasakan sokongan rakyat semakin menipis. Laporan mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat terdesak, hilang sokongan ada dakyah dan propaganda semata-mata yang hakikat sebenarnya UBN yang bermasalah.

Peristiwa lewbih 500 anggota MCA keluar parti dan menyebabkan beberapa cawangannya parti kerabat Umno itu dibubarkan satu pukulan maut buat UBN. Dalam masa media penjilat buntut cuba memberi reputasi buruk kepada UBN menerusi laporan bohong, tiba-tiba ahli UBN yang bertindak keluar parti.

Berbalik kepada Fobia 901 tadi yang diuar-uarkan sebagai himpunan haram dan menganggu proses perundangan negara ini, rasanya semua rakyat sudah faham. Sekiranya himpunan itu dihalang dan gagal terus diadakan, kesan dan natijah dari tindakan itu tetap menguntungkan Pakatan Rakyat. Jadi bagi UBN kalau mereka mahu dihormati berpolitiklah secara gentlemen kerana zaman sekarang zaman orang berani menunjukkan keberanian tidak dikira hadapan siapa.

Ekslusif! Bukti Restoran Mewah Di Singapura Hak Anak Syahrizat!!

siasahkini
Setelah mededahkan restoran mewah syahrizat dan anak-anaknya di singapura yang menggemparkan rakyat malaysia,Aku kali nih nak tunjukkan bukti hakmilik empunya restoran mewah tu.Almaklumlah puak-puak Umno nih masih nak kan bukti dan depa kata semua nih fitnah.Aku ambil bukti nih dari blog milo suam yang mendedahkan skandal nih terlebih dahulu di blognya.Korang lihat keterangan dibawah yang diambil dari laman web rasmi MeatWorks itu sendiri. Jika kita memeriksa data-data pendaftaran laman web meatworks.com.my ia secara terus mendedahkan siapa pemiliknya klik [Whois
Sapa Wan Izzana Fatimah Binti Salleh nih??Sudah tentulah dia nih anak Syahrizat.Ni gambar dia aku ambil dari blog wakil Umno luar negara .Dia ni pernah jadi ketua Umno di Amerika dulu....Berita lebih jelas (Klik Sini)
Muka Macam mak dia tak??sebijik kan???Selain dari website restoran itu sendiri,bukti yang menyatakan restoran itu milik anak syahrizat yang menyapu 250 juta duit rakyat juga dipaparkan dalam portal berita yang berbahasa melayu dari singapura [ Cyberita ].
Apa yang puak-puak Umno nak lagi aku pun raktau laaa...Korang puak-puak umno pi la tanya Syajhrizat sendiri betul tak nih??Dia tak perlu selak-selak kain sebab kain dia dah diselak dan dilondeh dah pon.....

Sk@siasahkini-Lepasnih Menteri Mana pulak yang akan dilondeh?Kah kah kah

sumber gambar-milosuam

Bekas Hakim Mati, PM Mati, Kita Semua Mati!

ustaznik


Akhbar melaporkan bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia. Saya juga baharu sahaja kembali dari menziarahi kaum keluarga yang meninggal di Kuala Terengganu. Makcik itu pulang dari solat Subuh di surau. Menyiapkan makanan pagi anak-anak dan cucu. Rasa pening, jatuh. Anak mengajar mengucap syahadah. Dalam perjalanan ke hospital, ia meninggal. Mudah benar untuk seorang itu meninggal. Anaknya menyebut ‘baru lagi dengar suara mak riuh siapkan makanan pagi, sekarang sudah di dalam kubur..’ Ya, setiap dari kita akan mati.

Ajal maut tidak mengira siapa kita: bekas hakim kah kita (hakim ada 3 kategori), PM kah kita, Menteri kah kita, Exco kah kita, ustaz kah kita.. Tiada lagi kah kah kah. Tiada lagi harta. Tiada lagi kekuasaan dan kebesaran. Yang ada ialah bekalan dan amalan. Baik dibalas baik. Jahat dibalas jahat.

Saya tidak mahu menghukum sesiapa, tetapi Allah tetap membalas manusia tanpa dizalimi sedikitpun. Bagi mereka yang punya matahati, kematian menginsafkan mereka dan menjadikan mereka sedar erti hidup yang sebenar. Inilah yang difahami dengan sebenarnya oleh para Nabi dan rasul, para sahabat dan salafussoleh. Bagi mereka yang keras hati, leka dan lalai dalam dunia hiburan melampau, berbangga dengan pangkat, kedudukan, kuasa dan harta, akan terus hidup buat sementara waktu sebelum mereka juga akan tersentak di alam barzakh nanti.

artikel berkaitan:

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

arifin jaka story
Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.


Arifin, 72, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang nak perempuan.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.

Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah

Maria Begum

Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.


Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.
“Saya tidak tahu menahu kecuali apa yang say abaca dlam blog. Saya akan lihat perkara ini. Apa jua yang dikaitkan kepada sesiapa yang berada dalam jabatan saya, saya akan lihat kepada perkara itu.” Muhyiddin memberitahu wartawan Selasa lalu.

Pendedahan atau permulaan perang?

Seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan telah menerima lebih RM 100 000 sebulan untuk sumbangan.

Pendedahan ini juga adalah menyusuri laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang.

Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau dan menjelaskan bahawa ia adalah untuk program kebajikan di Bachok di mana beliau adalah ketua bahagian UMNO di sana.

Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka.

Itu untuk ini

Najib telah dipersalahkan mengenai perang yang sekarang tercetus dalam UMNO selepas kumpulan beliau mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC.

Mereka juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden tahun depan.

Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu.

Tapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama UMNO bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan UMNO dengan lebih cepat.

Keretapi Emas - Saud Nak Tunjuk Kepada Siapa?

ismanusa

Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol. Nampaknya kerajaan diraja saud mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan Jeddah, pintu masuk jemaah haji.


Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak akan disadurkan emas. seperti dilapurkan  constructionweekonline.com  bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas terutamanya dibahagian siling. Inilah yang sepatutnya umat Islam pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.

Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan. Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan alasan hapuskan kurafat dan bidaah. Alasan inilah digunakan sepenuhnya oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak keretapi bersadur emas!

Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa bencana kepada seluruh umat Islam.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]

Sejak berzaman dari bermulanya khalifah hinggalah kalifah Othmaniyyah terakhir mereka amatlah berhati-hati melakukan pembangunan di Mekah kerana menghormati Kaabah sebagai rumah Allah. Tercatat dalam sejarah bahawa pemerintah Othmaniyyah telah menetapkan undang-undang tidak dibenarkan sebarang bangunan yang melebihi ketinggian Kaabah. Begitu juga Sultan Abd Hamid terakhir telah meminta supaya keretapi yang akan dibina untuk laluan Mekah - Madinah pada masa itu supaya menggunakan enjin lebih senyap bagi mengelakkan gangguan di Kaabah. Begitulah hati-hatinya mereka kerana menghormati rumah allah.

Atas kesedaran inilah kesemua khalifah yang mengawal Mekah dan Madinah menggunakan gelaran "Khadam Dua Tanah Suci" bukannya pemerintah. Ironisnya kerajaan Saud juga mengambil gelaran tersebut tetapi segala tindakan mereka tidak membayangkan gelaran "khadam" yang mereka pakai tetapi menunjukkan merekalah tuan kepada kaabah, mereka berhak melakukan apa saja yang disukainya dan menggunakan khazanah dari bumi suci itu untuk kepentingan kemewahan mereka sendiri. Tunggulah saatnya dimana Allah akan menunjukkan di hadapan rumahnya sendiri Baitullah siapakan tuannya yang sebenar!

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW,
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Kapal selam Rusia terbakar

ASAP menjulang tinggi dari sebuah kapal selam nuklear Yekaterinburg yang terbakar di sebuah limbungan di wilayah Murmansk, Rusia kelmarin.
MOSCOW: Tentera Rusia menyatakan sejumlah kru sebuah kapal selam nuklear yang terbakar masih berada di dalam kapal selam berkenaan manakala tujuh lagi dihantar ke hospital selepas terhidu asap beracun.

Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu, tiada kebocoran radiasi dalam kebakaran yang berlaku kelmarin di sebuah limbungan kapal di wilayah Murmansk.

Ketika kejadian, kapal selam terbabit, Yekaterinburg ditempatkan di sebuah limbungan kering di lokasi berkenaan.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran itu semalam.

Pihak tentera dalam satu kenyataan memberitahu, api bermula di sebuah perancah kayu di limbungan berkenaan sebelum merebak ke bahagian badan kapal selam tersebut.

Menurut kenyataan sama, reaktor kapal selam nuklear Yekaterinburg telah dimatikan manakala 16 buah peluru berpandu nuklear telah dikeluarkan sebelum ia dibaikpulih di limbungan itu.

Pada 18 Ogos 2000, kapal selam nuklear Rusia, Kursk tenggelam di Laut Barents selepas berlaku letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sistem bahan api yang merebak ke tempat simpanan peluru torpedo kapal selam berkenaan.

Semua 118 kru kapal selam sepanjang 154 meter dengan berat sekitar 16 tan itu terbunuh dalam insiden tersebut. 
-Agensi/kosmo-

40 buah kenderaan berlanggar (Gambar)


SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin.
NEW ORLEANS, Amerika Syarikat: Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.


Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.


Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.


"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.


Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.


Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.


Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.


Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.


Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.


"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. 
-Agensi-

Gambar kontroversi Leina Hangat tersebar

Gambar kontroversi Leina Hangat tersebar
Gambar Leina Hangat, atau nama sebenarnya Nor Azlina Abdul Rahman, 39, sedang memeluk dan mengusap kepala salah seorang penonton. Gambar ini mengundang kontroversi dan ada akhbar tabloid Malaysia menggelarnya "tak ubah seperti pelacur".

Gambar yang tersebar itu bertempat di majlis makan malam di mana rata-rata penontonya adalah bukan muslim.
sumber http://my.entertainment.yahoo.com

Aktiviti ‘Free Hugs’ oleh gadis beragama Islam

Gadis ini di dalam facebook meletakkan namanya sebagai ASA (nama terpaksa  dirahsiakan). Apa yang membuatkan beliau menjadi bahan bualan orang ramai adalah kerana satu aktiviti yang dijalankan olehnya pada pagi Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.


Beliau bersama beberapa orang dari sebuah persatuan yang bergelar ‘CouchSurfing’ telah berdiri di tepi-tepi jalan di sekitar Bukit Bintang sambil memegang sepanduk yang bertulis ‘FREE HUG’. Apabila diteliti, rupanya mereka ini menjalankan aktiviti yang kononnya berpaksikan ‘peace’ and ‘love’ ataupun keamanan dan kasih sayang. Sesiapa sahaja baik lelaki, perempuan, tua muda yang suka dan menyokong mereka boleh datang dan memeluk mereka secara percuma di situ.


Apa yang mendukacitakan adalah, gadis ini sebenarnya beragama Islam. Nama  sebenarnya ialah Noor Sya (nama dirahsiakan). Walaupun aktiviti ini berpaksikan keamanan dan kasih sayang, ianya jelas tidak bersesuaian dengan adab dan budaya masyarakat Islam negara kita, apatah lagi dilakukan oleh seorang Islam di pagi hari raya korban.

Jelasnya si gadis ini ‘mengorbankan dirinya’ di pagi hari raya korban itu. Walaupun dia tidak berpakaian seperti seorang islam pada ketika aktiviti ini dijalankan, tetapi semua gambar-gambar tersebut telah dimuatkan ke dalam facebooknya untuk tatapan maya. Orang yang bukan Islam boleh melihat dengan jelas dan mengetahui bahawa beliau adalah seorang islam dari religous views, post dan gambar-gambarnya yang lain. Ini amat memalukan orang Islam di negara ini. Kegiatan mereka harus dibendung dengan segera.

Kesimpulannya, bukalah minda kita untuk melihat kepincangan akidah yang telah berleluasa di negara kita ini sekarang. Bukannya bersikap terlalu ’open minded’ sehingga jiwa kita boleh dijajah sampai terkorban seperti gadis ini. Apa tindakan anda?

Dikirim oleh pembaca HMO 
*mana perginya PERKASA, mana perginya Ibrahim Ali, Zulkifli nordin dan rakan-rakan mereka yang sewaktu dengannya - kerengga

NFC: 'Datuk kambing hitam' didakwa menipu pengerusi 'lembu' NFC

Seorang ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin merekodkan pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa menipu Mohamad Salleh supaya menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara pada 25 November hingga 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menjanjikan Mohamad Salleh untuk memberikan “khidmat perundingan” yang diketahuinya tidak boleh ditunaikan, untuk satu jumlah bayaran.

Beliau didakwa melakukan perbuatan di satu restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 Disember.

Mohamad Salleh telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
-malaysiakini-

Zakat: Jawapan Jamil Khir ditunggu

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom sewajarnya tampil menamatkan sebarang keraguan berhubung isu wang zakat untuk membiayai kos guaman.
“Saya tegaskan semalam bahawa janganlah beliau berselindung di sebalik pegawai kerajaan.

“Saya difahamkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, mungkin ada yang menganggap RM63,650 itu kecil berbanding skandal-skandal seperti PKFZ (RM12 bilion) dan NFC (RM250 juta).

Namun, katanya isu itu membabitkan wang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam yang penting.

Katanya, ketika pihak berkuasa setiap tahun berbangga dengan kadar kutipan zakat dan menggesa umat Islam membuat bayaran zakat menerusi agensi zakat yang rasmi, Jamil ada tanggungjawab untuk menjernihkan keadaan.

Justeru, katanya lagi PKR akan membuat laporan polis pada minggu depan sekiranya tiada penjelasan yang munasabah tentang percanggahan ini.

Begitupun, beliau mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali di atas penjelasan beliau tentang penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Che Mat sendiri dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain.

Che Mat menganggap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat itu berbaur politik.

Semalam Muhammad Yamin Ismail menyatakan pembiayaan kos guaman itu bagi menghadapi permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan geran kerajaan.

Namun, kata Nazmi jawapan Che Mat dan Muhammad Yamin bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab pertanyaan ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010.

Ini, kata Nazmi lagi memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut.

Namun, ujarnya sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

“Saya juga berharap Che Mat menjawab persoalan yang dibangkitkan YB Saifuddin Jun lalu bagaimana tentang kesahihan prosedur yang digunakan memandangkan beliau yang memohon peruntukan kos guaman tersebut dan beliau juga, selaku Setiausaha MAIWP yang meluluskannya,” katanya lagi.

Kalau pemimpin Umno dianggap berpandangan jauh, kalau bukan Islam dianggap menghasut

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan tindakan pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA yang membuat laporan polis ke atas seorang pemimpin Kristian, Paderi Dr Eu Hong Seng semalam berhubung satu kenyataan didakwa menghasut.

christmas tea party koh tsu koon teresa kok Reverend Eu Hong Seng
Katanya, beliau tidak melihat apa-apa perkara menghasut dalam kenyataan Eu (foto paling kiri) yang menyampaikan satu ucapan di satu majlis sambutan ambang Krismas, hujung minggu lalu.


Malah, ketua Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu juga telah menimbulkan beberapa isu penting dalam peruntukan perlembagaan pada ucapan tersebut, katanya.

"Adakah disebabkan paderi itu seorang bukan Melayu dan bukan Islam maka kenyataannya dianggap menghasut?

"Saya fikir masyarakat kita, terutama kumpulan haluan kanan seperti PERKASA perlu lebih dewasa dan sanggup memberi lebih ruang untuk berbeza pendapat," katanya lagi.

Eu pada pada Sabtu lalu dilaporkan berkata, terdapat perbincangan berterusan terhadap hak kumpulan majoriti bawah Perkara 153 Perlembagaan tetapi hak minoriti jarang diperkatakan.

Tindakan itu sama seperti membuli, kata Eu dalam ucapan pembukaan dalam majlis minum petang tahunan perayaan hari Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia itu.

Mengulas lanjut, Aziz Bari (foto kiri) berkata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah "memandang rendah" Tanah Rizab Melayu sebelum ini tetapi tindakan itu dianggap berpandangan jauh.

Beliau juga mengaitkan semula tindakan Mahathir pada tahun 1980-an dan 1990-an yang dianggap beliau "memalukan raja-raja."

"Bagaimana dengan Mahathir yang pada pertengahan 1990 telah memandang rendah Tanah Rizab Melayu dan menyamakannya dengan kawasan rizab Red Indian di Amerika Syarikat.

"Nampaknya ada kecenderungan begini – Umno-BN boleh buat apa saja yang mereka suka. Tengok sajalah bagaimana Mahathir memalukan raja-raja pada tahun 1983 dan 1993 dulu.

NONE
"Tapi entah kenapa kita tak boleh buat begitu – kita akan dianggap derhaka dan sebagainya sedangkan pemimpin Umno dianggap berpandangan jauh dan sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan.


Abdul Aziz berkata beliau menghormati hak PERKASA untuk membuat laporan berkenaan semalam, namun beliau tidak melihat langkah itu sebagai sesuatu yang betul.

PERKASA sepatutnya meminta Eu menjelaskan kenyataan tersebut, kata pensyarah itu lagi.

"Kita perlu ingat bahawa kita bakal memasuki tahun ke-55 kemerdekaan dan kita masih tersekat dalam pemikiran ini – mempertahankan Perkara 153.

"Perhatikan, Suruhanjaya Reid mengesyorkan supaya peruntukan itu disemak di parlimen selepas 15 tahun kemerdekaan. Sekarang, selepas hampir 55 tahun kita masih bercakap soal ini," tambahnya.
-malaysiakini-

Jamil Khir. Mohon maaf atau kami bawa pada Agong - NGO

NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain supaya memohon maaf kerana didakwanya telah "menyalahgunakan" dana zakat.

Dua orang lagi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhamad berkata, jika mereka tidak berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.

Beliau mendakwa, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Jamil menjadi menteri dalam mengurus hal ehwal agama tetapi beliau wajar meletakkan jawatan sekiranya berakhlak dan bermaruah.

Katanya, ia termasuklah pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan.

Jingga 13 juga hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga-tiga mereka.

Saifuddin berkata, Jingga 13 meminta SPRM menyiasat secara terperinci dakwaan penyalahgunaan kuasa yang didakwa "menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tersebut serta tindakan diambil tanpa prejudis berserta dua yang lain."

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil, Che Mat dan Shamsuddin.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan ketiga-tiga mereka sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.
-malaysiakini-

Jingga 13 tinjau kondo mewah milik Shahrizat di Singapura

jingga 13 on singapore trip 291211 09
Nabiha Hamid
PETALING JAYA 29 Dis: Ekoran laporan KEADILAN terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian kondominium mewah berjumlah RM9.9 juta, badan bebas Jingga 13, mengadakan misi lawatan ke Singapura bagi melakukan siasatan.

jingga 13 on singapore trip 291211 11Sebelum ini, KEADILAN mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dianugerahi projek lembu telah menyeleweng dana duit rakyat sebanyak RM250 juta yang dimiliki syarikat National Feedlot Corporation (NFC).
“Kami (Jingga 13) telah ambil keputusan turun ke Singapura pada 23 Disember lalu untuk mengenal pasti aset, benar ataupun tidak. Akhirnya kami bertemu dengan kondo yang tersergam indah,” kata Pengerusinya, Fariz Musa pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun mengalami kesukaran kerana berulang kali dihalau oleh pegawai keselamatan, namun akhirnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kondo tersebut.

“Kondo Orchard Scotts – kondominium mewah yang sangat selesa serta dikawal rapi. Nak ambil gambar pun kena ada kebenaran. Jingga 13 berjaya membuat rakaman video untuk menunjukkan kondo mewah keluarga Shahrizat tersebut,” katanya.

jingga 13 on singapore trip 291211 05Jingga 13 turut menjumpai restoran mewah Meatwoks di ION Orchard Mall iaitu sebuah gedung terbuka yang merupakan perniagaan peribadi keluarga Shahrizat.
Bagaimanapun restoran tersebut lengang malah tidak ramai pelanggan.

“Restoran lengang tiada orang, kedai di kiri kanan ramai orang, Meatworks kami tunggu sampai tengahari tidak ada orang lain yang masuk. Syarikat ini bukan saja mampu menyewa satu shop lot tapi dalam masa sama disewa ruang legar. Sudah pasti kos adalah lebih tinggi,” katanya.

SPRM bercakap dengan ‘lembu’?

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin pada sidang media yang sama turut mengecam tindakan kerajaan yang masih lagi tidak menyoal siasat suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail.

“Setakat ini laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Sekurang-kurangnya Datuk Salleh sudah dipanggil untuk disoal siasat. SPRM kata dah 75 orang telah ditemubual tapi takkan tiada apa yang dapat dikesan? 
Melainkan kalau dia bercakap dengan lembu.

“Malah satu jawatankuasa ditubuhkan oleh SPRM dan penyiasatan akan merangkumi semua aspek, tapi sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku lepas ini mengenai skandal ini, kita akan desak Shahrizat dedahkan aset mereka dalam tempoh lima tahun ke belakang,” cabar Zuraida.

Rakyat Selangor selesa, tiada sebab tukar kerajaan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan.

“Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat Selangor tidak pernah bermimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2,500, guru Kafa mendapat elaun RM1,500, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) RM100, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5,000 bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan berjaya melunaskan hutang negeri RM173 juta daripada RM800 juta.

Beliau berkata, sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno.

Ini, katanya kerana impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian.

“Hajat untuk membina rumah mewah yang berhaga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya,” ujarnya lagi

Tambahnya, perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah ‘khurafat’ yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat.

“Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan, kepada BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa,” ujarnya.

Hasan Jangan Pedulikan Harakah,Harakah Jangan Pedulikan Hasan

Mohd Sayuti Omar

Dr Hasan Ali nampaknya belum mengunci mulut sepenuhnya apabila apabila masih bersuara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap laporan protal Pas, Harakahdialy yang melaporkan beliau ke Kota Bharu berjumpa dengan Nik Aziz untuk memohon maaf.


Hasan Ali menyifatkan protal berita itu memutar belitkan fakta. Fakta yang dimaksudkan Hasan ialah mengenai beliau memohon maaf seperti mana dipetik wartawannya terhadap penjelasan Nik Aziz ketik membuat lawatan di Bachok.

Hasan tidak bersetuju perkataan 'dia pergi memohon maaf' dan ayat itu sebagai salah fakta oleh protal berita berkenaan. Apabila Hasan terus membuka mulut, maka bunyi pertelagahan itu berterusan. Jiwa yang tenang selepas berlangsung pertemuan itu berkocak semula apabila Hasan membuka mulut, menafikan laporan Harakahdialy.

Sepatutnya Hasan tidak perlu memberi reaksi kepada laporan protal berkenaan. Dia sendiri sudah tahu sikap protal berkenaan yang tidak berpihak kepadanya. Hasan tidak perlu menjelaskan apa yang sudah jelas dan menjadi buah mulut umum. Buah apa merayu kepada yang tidak ada kesian belas?

Apabila Hasan bersuara cuba menafikan laporan protal itu, hari ini protal berkenaan mempertahankan laporannya yang memetik penjelasan Nik Aziz. Protal itu telah menyertakan transkrip dan video klik Nik Aziz. Saya juga tidak faham kenapa begitu sekali Harakahdialy hendak mempertahankan laporannya. Lagak Harakahdialy itu Hasan seperti pemimpin Umno.

Protal berita itu juga seperti Hasan Ali tidak dapat diam dari terus melaporkan berita mengenai kunjungan Hasan itu. Pada saya dalam hal ini portal berita itu yang silap atau tidak berhati-hati apabila menulis perkataan yang menyinggung Hasan Ali. Wartawan atau penyunting boleh menyunting berita itu agar menjadi positif kepada semua pihak.

Sepatutnya portal itu lapor pertemuan itu saja tidak payah mendalami dengan butir percakapan dan isi kandunganya. Kerana sikap terlalu profesional itu mungkin di sini orang beranggapan portal berita itu ada masalah dengan Hasan.

Mungkin perlu juga diadakan majlis mahabbah di antara Hasan dengan portal berita itu dan Harakah cetak sekali. Selagi tidak ada majlis mahabbah itu maka persepsi tidak baik itu akan berterusan. Molek juga selepas diadakan majlis mahhabbah adakan majlis kenduri. Rasanya saya juga sedia untuk mengoder dua tiga ekor kambing panggang untuk majlis mahabbah itu.

Saya telah membaca transkrip seperti mana disiarkan oleh Harakahdialy. Walaupun Nik Aziz ada menyatakan yang Hasan memohon maaf dan menarik balik kenyataanya - berhubung Negara Berkebajikan, tetapi ia tidak perlu ditimbulkan sangat.

Lain kali bila berhadapan dengan isu-isu dan kemelut sebegitu protal itu hendaklah berhati-hati. Jangan pula berita yang dilaporkan dengan mudah dipetik oleh pihak lain untuk terus mengecerkan masalah dalam Pas. Ikhlaslah dalam tugas dan tanggungjawab dan buatlah sesutau yang baik untuk semua.

Selepas ini sebaiknya Harakahdialy dan Harakah cetak jangan sentuh langsung Hasan kalau berita itu tidak bersifat memuji dan mengagungkannya. Baik sunyikan terus berita mengenai Hasan kerana bimbang akan berlaku salah anggap kemudian polimek yang memalukan parti itu sendiri.

Begitu juga dengan Hasan selepas berlangsung majlis mahbban itu, janganlah membuat apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi baru. Kalau pun ada buat-buat tulikan telinga. Selagi berita atau laporan itu tidak menjejaskan maruah terus maafkan sahaja. Itulah bijaksana

Anwar Pasti Akan Masuk Penjara...

siasahkini


Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang.

"La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang aku tengok la.Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri

Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati Bn tetapi semakin jauh lagi adala...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar umno nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.

Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..

"Dia curi lah!. Aku selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.

Ku Li berpendapat bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara kacau bilau.Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.

SK@Siasahkini.Kalau bab Royalti minyak kelantan

Aku memang sokong hang KULI!!

Ibrahim Ali Isi Borang Keahlian PAS Seumur Hidup Dalam Masa Terdekat?

ulitmayang

Menjelang PRU 12 lalu, diramalkan oleh Daim, beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang, maka jatuhlah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Tepat sekali maklumat yang ada dalam tangan Daim ketika itu. Cuma, Perak adalah bonus kepada pembangkang, kerana ianya tidak ada dalam buku catatan harian Daim, juga turut jatuh, walaupun akhirnya UMNO berjaya merampas kembali.


Kelantan, kekal dalam pegangan PAS, bermakna sebanyak 5 negeri tumbang, ditambah lagi dengan penafian majority 2/3 di Parlimen telah benar – benar menyebabkan jantung Mahathir tidak berapa stabil.

Kini, menjelang PRU13, seorang lagi tokoh veteran UMNO, iaitu Ku Li tampil dengan firasatnya bahawa UMNO/BN akan tewas lagi. Tidak lah diketahui negeri mana yang akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat nanti.

Tetapi, yang terlalu mungkin ialah Negeri Sembilan dan juga Perak yang mampu ditawan kembali. Begitu juga lah dengan Melaka dan Johor juga sangat berpotensi. Kalau begitu lah jadinya, Cuma tinggal Sabah, Sarawak, Perlis dan Pahang sahaja dalam tangan UMNO/BN.

Walaubagaimanapun, Ku Li tidak menyebut Putrajaya juga terlepas. Ini kerana sekiranya Putrajaya terpaksa diserahkan kepada Pakatan Rakyat, sekiranya itu maklumat yang ada dengan Ku Li, maka bagaimana nasib tokoh hebat politikus negara iaitu Ibrahim Ali.

Dalam keadaan ramai pemimpin – pemimpin Melayu dalam UMNO, atau Cina dalam MCA, dan Gerakan, ataupun India dalam MIC sudah kehabisan tenaga, letih dan lesu, tetapi Ibrahim Ali selaku tokoh yang sentiasa bertenaga sejak dari dulu, apakah perkiraannya ketika ini, atau sekiranya beliau memndapat maklumat tentang informasi yang ada dengan Ku Li ini?

Adakah mungkin, bagi menyelamatkan hayat politik nya, maka Ibrahim Ali tanpa rasa segan dan malu akan mengisi borang keahlian PAS seumur hidup? Moga – moga dengan tindakannya ini, maka kerusi Pasir Mas masih akan dipertimbangkan untuk diserahkan kepada nya lagi.

Adakah pemimpin – pemimpin PAS, ketika itu akan dengan rela hati menerima Ibrahim Ali sebagai ahli PAS seumur hiudp? Bagaimana pula dengan penerimaan ahli – ahli PAS, dan begitu juga Pakatan Rakyat, sekiranya itu tindakan yang akan diambil olehh Ibrahim Ali.

Paderi bergaduh semasa menyapu (Gambar)


Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin. - AP
BAITULAHAM: Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.

Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.

Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. 
-Agensi-

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat

Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.

Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000.

Bagaimanapun Hakim Zurina Mohamed Nor, yang bertindak sebagai majistret, menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
-Bernama-

Jentera Pekida Umno Beralih Arah

badok

Baru baru ini digemparkan sejumlah ahli PAS telah masuk UMNO dikawasan Penaga Kepala Batas. Hebat ..., sehingga Rezal Merican turun dan juak juak YB Dato Azahar ADUN UMNO Penaga rasa bangga sangat sangat. Ada yang selimut diri dengan bendera UMNO.

Pada 19.12.2011 yang lepas satu program penyerahan borang keahlian PAS telah diterima oleh Timb. Presiden PAS Tn. Hj. Mat Sabu di Dataran Pasar Malam Pekan Darat Tasek Gelugor dalam daerah DUN Telok Air Tawar dan Parlimen Tasik Gelugor. Apa yang hebat... borang tersebut diserahkan oleh orang kuat PEKIDA Tasik Gelugor beserta pengikut pengikut beliau. Beliau dikenali sebagai "Non Singa" berpangkat Paduka Ayahanda.

Habis sudah kekuatan UMNO dibelakang PEKIDA Tasik Gelugor. Mungkin ADUN Penaga YB Dato Azhar tak tau tentang pekara ini, penghijrahan orang kuat mereka kedalam PAS, lantas kemasukan segelintir ahli PAS yang ada kepentingan diPenaga itu diperbesarkan. Ini hanyalah publisiti murahan. Menang sorak di Penaga tapi kampung tergadai di Parlimen Tasik Gelugor.

Apa pun hingga saat ini penambahan kemasukkan ahli baru dari UMNO amat memberansangkan. Terima kasih UMNO kerana mengujudkan satu sistem pemerintahan yang korup dan penuh kezaliman.