"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dari Blog Cina Islam

IPOH, 13 Feb, : Tindakan Menteri Besar Kudeta di Perak, bersama Exco yang dilantiknya dilaporkan kepada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. Sepucuk surat rasmi telah dihantar kerana mereka yang terlibat telah melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perkara 16(6).ADUN Canning, Wong Kar Woh dalam sidang akhbar di Pejabat DAP Ipoh bersama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Khesvinder Singh(Malim Nawar), Lim Phek Her (Mengelembu), Siva Subramaniam (Buntong)dan Chang Lih Kang hadir yang turut hadir.
 "Mereka diminta supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perintah Tetap Dewan Perkara 72 " Kata Wong.Saya difahamkan Jawatankuasa telah melakukan mesyuarat kelmarin setelah menerima surat dari saya itu" Jelas Wong.

KOTA BHARU, 13 Feb :- Hampir 50,000 orang hadir dalam Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana disini malam tadi. Penceramah yang ditampilkan ialah YAB Menteri Besar Kelantan, TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Ust. Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj. Abdul Wahid Endut , ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Wakil Palestin, Sami Abu Zuhri.

Kehadiran yang memberangsangkan disebabkan juga oleh cuaca yang baik. 
Hj, Abdul Wahid menceritakan pengalaman dalam kempen di Kula Terengganu hingga membantu kemenangan beliau. Khalil pula menerangkan kedudukan politik semasa Perak yang mendapat perhatian dari hadirin. Sementara Sami Abu Zuhri menceritakan kedudukan rakyat palestin dan Hammas dengan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh Ust. Nasharuddin mat Isa. TG. Nik Aziz menutup ceramah berserta doa penutup.                                    

 ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menyeru supaya beramai-ramai hadir ke Bunti Gantang dan Bukit Selambau bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat . Demikian antara ucapan beliau dalam ceramah perdana di sini malam tadi.
Dalam ceramahnya Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan PakatanRakyat Perak itu menjelaskkan suasana politik di Perak."Tukarkerajaan bukan macam tukar jual jagung dan etok tepi jalan" Tegas Khalil yang masih fasih dengan dilek Kelantan.                                               http://idhamlim.blogspot.com/

AKU TANYA, AKU JAWAB


Assalamualaikum,


1. Siapa yang promosikan: orang Melayu perlu tahu kurang ajarUMNO!

2. Dulu Agong boleh pilih untuk tidak restu pindaan perlembagaan, tapi dalam tahun 1983, artikel 66 perlembagaan persekutuan telah dipinda. Agung sign ke, tak sign ke terus jadi undang undang. Maknanya kuasa veto istana telah direntap. Siapa punya angkara?
UMNO!

3.Tahun 1993, artikel 32,38,42,63,72,181 perlembagaan Malaysia telah dipinda yang menyebabkan raja raja Melayu hilang kekebalan dan membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Siapa punya kerja?
UMNO!

4. 28 April 1993, Tengku Ibrahim telah secara salah ditabal sebagai sultan Kelantan. Ini jelas satu usaha jahat, derhaka dan menghina Sultan Kelantan serta menghina institusi raja raja. Siapa buat kerja ini?
 UMNO!

5. Semasa zaman semangat 46, apabila sultan tidak mahu diheret sama dalam kancah politik, ada jongos menjerit: 
biar saya derhaka! siapa tu? UMNO!

6. Seorang bekas menteri besar kelantan pernah berarak menuntut Sultan Kelantan turun tahta. Puak mana yang kurang hajar tu?
UMNO!

7. 1974, menteri besar Perak pada masa itu tidak mahu akur dengan perintah Sultan Idris. Siapa yang derhaka tu?
UMNO!

8. Standard -Chartered Bank saman Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Siapa yang ajar tu?
UMNO!

9. Selepas piliharanraya Mac 2008, Sultan Terengganu dinista dengan kata kata 
kami nak idris, natang! Siapa punya kerja tu?UMNO

10. Di Perlis pun pada masa yang hampir sama Sultan Perlis dinista. Siapa punya kerja? 
UMNO!

Siapa yang durjana lagi derhaka?

Kau jawab dalam otak kau,
 UMNO                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         http://hamirdin.blogspot.com/

Sekeping Gambar Lebih Bermakna Dari Seribu Perkataan


K
alau tak silap GB gambar-gambar ini GB dapati dari blog rakan karibbloggernetwork tetapi terlupa siapa yang empunya. Mungkin cenangau, mungkin sya~reformis, mungkin ummianni atau al-banjari. Pohon izin disiarkan semula di Kelab GB ini. Oleh kerana gambar-gambar ini telah di"saved"kan terlebih awal, maka di"upload"kan semula sebagai tatapan kita semua.

Kebenaran akan terdedah jua. Cahaya matahari yang terang benderang tidak dapat di tutup dengan awan tebal yang gelap macamana sekalipun. Apabila berarak awan, tampaklah cahaya yang terang lagi jelas itu. Apa misteri yang terkandung disebalik kemelut politik Perak selama ini akan terjawab? Semuga kita dijauhkan oleh Allah daripada menjadi manusia yang bersubahat dengan kezaliman dan kejahatan. Jom sesama kita saksikan, jeng jeng jeng.....








Tidak mungkin samasekali kebenaran itu dapat ditutup selama-lamanya. Betapa seluruh rakyat jelata selama ini ditipu oleh sandiwara manusia-manusia hipokrit yang merancang satu rampasan kuasa di Perak dengan mengenepikan suara dan hak rakyat.                                            
http://greenboc.blogspot.co
m/

Umno Penderhaka Agung


Mohamed Hanipa Maidin 
Thu | Feb 12, 09 | 4:16:38 pm MYT

Kini, hampir setiap hari kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.


 
  

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh 'parti kotor' seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.

Umno penderhaka agung

Jika Umno tidak diserang penyakit 'amnesia' (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai "penderhaka par excellence" (penderhaka agung).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.

krisis perlembagaan 1983

Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).

Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).

juara menderhaka

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.

Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

mengaibkan raja-raja

Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.

Ya, memang benar Nizar mengakui telah "menyembah sembah derhaka" semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan "hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka".

"Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?                                                                                                                      Baca selanjutnya :- http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019348&Itemid=90

Persatuan Ulama selar Sister In Islam, program Musawah hari ini


Azamin Amin 
Fri | Feb 13, 09 | 1:00:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) menyelar penganjuran program Musawah yang membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

 
 

Program �Musawah� adalah 'Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family' anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS).

Yang di Pertua Persatuan Ulama� Malaysia Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata pertemua Musawah itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini katanya bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

Kata Dr Wan, 200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada hari ini bagi menghadiri mesyuarat lima hari tersebut.

"Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUMPP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

"Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

PUM PP katanya juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki.

"Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari�at yang dibawa oleh al-Qur�an dan al-Sunnah," kata Dr Wan.

PUM PP katanya berharap kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campur tangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campur tangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran.

"Kita menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan memberi persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia," katanya.

Pemuda PAS bantah program Musawah anjuran SIS

Saidah Hairan 
Fri | Feb 13, 09 | 1:10:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) di hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari ini.

 

Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, program Musawah tersebut dirasmikan Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Menurut beliau, antara topik yang akan dibincangkan berhubung kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid dan sebagainya yang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan Islam.

Katanya, SIS tidak berhak untuk mempromosi tentang Islam yang tulen disebabkan kedangkalan mereka serta berlatarbelakangkan profesional.

Beliau menegaskan Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program Musawah itu membincangkan nilai-nilai Islam liberal 'New Muktazilah' oleh ulama gerakan Islam yang merupakan antara bentuk penyamaran baru musuh untuk mengelirukan fikiran umat Islam turut dipromosikan oleh TV3.

Antara penceramah yang terlibat Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Riduan berkata topik yang sering dibincangkan tentang moral tidak boleh diperundangkan dan dosa-dosa peribadi bukanlah satu jenayah.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Beliau melihat itu adalah fahaman musuh-musuh Islam sebab itu negara Indonesia gerakan itu ditaja oleh NGO Barat seperti Asia Foundation Corand dan di Indonesia menggunakan televisyen swasta termasuk majalah dan akhbar untuk mempromosikan fahaman Islam liberal.

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat menyeru kepada NGO Islam dan NGO yang memperjuangkan pemerkasaan Melayu untuk tampil membantah bersama-sama.

Katanya, jika mereka boleh berarak di jalan raya dalam isu mempertahankan Kesultanan Melayu konon ada pendurhakaan di Perak kenapa dalam isu Islam mereka tidak boleh membantah.

"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," tegasnya.

Beliau turut menyelar sikap Umno yang dengan sengaja membiarkan fahaman itu menular dalam masyarakat.

"Saya berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia," tegasnya. 

Buka pintu jihad, Baitulmaqdis milik umat Islam dunia - Presiden PAS

Khairul Azlam Mohamad 
Fri | Feb 13, 09 | 10:46:35 am MYT

KUALA NERUS,13 Feb (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.


 
  

Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.

"Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.

"Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah 'kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia'.

"Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat," tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.

Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan 'peperangan Ahzab' sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.

Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.

"Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.

"Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok," jelasnya.

Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.

Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.

Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik. - 

Laungan takbir sambut Nizar di mahkamah.

KUALA LUMPUR, 13 Feb : -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau sempat dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju melayu berwarna kuning lengkap dengan sampin menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan.

Dianggarkan lebih 200 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.

Beliau hadir dengan diiringi oleh beberapa orang Exco Negeri Perak Pakatan Rakyat .Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar.                                                                                                                                                                                                                                                                                              
http://idhamlim.blogspot.com/

Usaha BN pujuk Adun PKR Perak diteruskan

Malaysiakini | 13 Februari 2009

Rundingan untuk memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR keluar parti di negeri itu masih berterusan, kata Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Mohamad.

Sehingga ini, katanya, Adun berkenaan belum membuat keputusan muktamad untuk meninggalkan PKR.
 
Bagaimanapun, Sarani enggan menamakan Adun terbabit ketika ditanya lanjut mengenainya.

Manakala bekas ketua Pemuda Umno Beruas, Mohd Ali Mansor pula mendakwa, seorang Adun PKR telah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya, Adun berkenaan kini mendiamkan diri ekoran kemelut politik yang berlaku di Perak. 

Katanya, rundingan dengan Adun terbabit sebelum ini menunjukkan tanda-tanda positif beliau akan meninggalkan pembangkang.

“Seorang Adun PKR yang mulanya telah setuju meninggalkan parti itu, kini telah mendiamkan diri. 

"Saya tidak tahu sebabnya, tetapi dipercayai ekoran kemelut politik yang berlaku sekarang.

“Bagaimanapun, usaha memujuk dan berunding dengan Adun itu perlu diteruskan kerana kerajaan baru BN dalam keadaan yang tidak cukup kuat," katanya.

Baru-baru ini, empat Adun pembangkang iaitu dua dari PKR dan seorang dari DAP telah keluar dari parti itu dan menjadi Adun bebas. 

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) dan Osman Zailu (PKR- Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menyatakan sokongan kepada BN.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang menyertai PKR selama 10 hari, kembali semula ke pangkuan Umno, mengikut jejak tindakan tiga bekas Adun Pakatan itu.

Khir Toyo Ditahan, Ketuai Perhimpunan Haram Depan Kediaman Karpal

Malaysiakini | 13 Februari 2009

Kira-kira 100 penyokong Umno gagal mengadakan perhimpunan haram di depan rumah Karpal Singh - yang berura-ura menyaman Sultan Perak - di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Dr Khir Toyo (gambar atas) dan beberapa lagi ketua Pemuda Umno bahagian disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.

Polis juga membawa Dr Khir dan tiga ketua Pemuda Umno itu di balai polis bandaraya di Jalan Patani untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan haram itu.

Mereka berada di balai itu kira-kira setengah jam sejak 3 petang.

Ketua-ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said; Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud dan Kulim Bandar Baharu, Mohd Mustafa Kamal Sheikh Ismail.

Pembantu khas kepada bekas menteri besar Selangor itu, Ab. Jalil Aboo Backer menjelaskan, Dr Khir menyertai perhimpunan haram tersebut atas jemputan Pemuda Umno Pulau Pinang, tambah Ab. Jalil.

Karpal Bukan Derhaka, Sekadar Mengikuti Prosedur Perundangan

Oleh Nik Syahril Hisham

Saya ucapkan syabas kepada Karpal Singh!

Semangat macam inilah yang kita perlukan. Tanpanya, tanpa seseorang yang berani seperti beliau, mencabar kesahihan isu yang sedang berlaku sekarang ini, selagi itulah UMNO akan mengganas. Teruskan dengan memfailkan saman itu kerana selagi kita membiarkan perkara-perkara sebegini selagi itulah UMNO tidak akan sedar, selagi itulah UMNO akan bertindak liar kerana bagi mereka mereka menganggap mereka adalah kebal.

Sudah diselidiki, sudah disiasat dan sudah dipersetujui ramai, mencabar di mahkamah bukanlah suatu hal yang dianggap menderhaka. Ianya cukup jelas, hanyalah satu tujuan dalam memastikan kesahihan sesuatu hal perkara yangg berbangkit yang memerlukan keputusan mahkamah sama ada ianya benar atau tidak. Tanpa keberanian Karpal, saya kira UMNO akan terus bermain dengan belbagai taktik kotor bagi memastikan mereka berjaya. Dan entah apa yang akan mereka lakukan lagi selepas ini.

Di Selangor, nampaknya sudah bermula, mereka sudah mula memutar belitkan media dengan menggunakan media elektronik yang memihak kepada mereka dengan belbagai taktik dan cara yang saya kira paling kotor dan tidak mustahil rakyat tanpa disedari rakyat akan terhasut oleh mereka.

Dalam soal warkah tulisan Dato’ Seri Nizar di dalam suratnya kepada Sultan, sebenarnya ialah suatu perkataan merapat sembah yang sememangnya digunakan sebagai suatu ucapan bagi istana dalam menyembah mengadap dan itu adalah suatu perkataan yang seharusnya kita gunakan di dalam menyampaikan titah yang tidak berapa baik, dalam menkhabarkan sesuatu hal perkara yang kurang baik yang memerlukan sultan membuat keputusan dan ianya sebenarnya bukanlah menderhaka.

Teruskan dengan memfailkan saman dan kita lihat sama ada langit itu tinggi ataupun rendah!

SPR sengaja lewatkan pilihanraya kecil elak Najib dimalukan lagi?


 Malaysiakni | 13 Februari 2009Pemuda DAP (DAPSY) hari ini mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil masa hampir 60 hari untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.SPR hari ini mengumumkan bahawa pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut akan diadakan serentak pada 7 April depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.Mengikut undang-undang, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi Parlimen atau DUN.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari ini, kerusi Bukit Selambau kosong mulai 8 Februari, manakala kerusi Bukit Gantang kosong mulai 8 Februari.Ini bermakna hari pengundian bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang diadakan pada hari yang ke-58 dan hari ke-59 bagi kerusi Bukit Selambau.‘Berhutang penjelasan’Manakala hari penamaan calon pula diadakan pada hari ke-49 bagi kerusi Bukit Gantang dan hari ke-50 bagi kerusi Bukit Selambau.Sehubungan ketua Pemuda DAPSY, Loke Siew Fook berkata, pengerusi SPR berhutang penjelasan kepada rakyat, terutama pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengapa ia memerlu masa begitu lama untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut.Loke bertanya apakah SPR sengaja menetapkan tarikh tersebut selepas pemilihan Umno hujung bulan depan bagi mengelak bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada malu sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihanraya kecil berkenaan.Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ini kerana perhimpunan agung Umno - yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan - akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan“Adakah anda merasakan bahawa ia satu kebetulan yang tarikh penamaan calon bagi kedua-dua pilihanraya kecil itu, jatuh sehari selepas perhimpunan agung Umno?” soalanya.Sehubungan itu, DAPSY mengecam SPR yang didakwanya bertindak secara secara “amat tidak profesional” yang sekaligus menimbulkan tanggapan bahawa ia bukan sebuah badan yang bebas.    
                                                                                                                                                                                                                                        http://anwaribrahimblog.com/

Jangan Salah Nilai

Oleh Hishamuddin Rais

Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – dua molikul hydrogen dan satu molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.