"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakai t-shirt kuning, 5 anggota AMK Kapar pula ditahan polis


 Masdar Wahid
KLANG: Lima anggota  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt  berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0.
Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya.
Empat daripada mereka  memakai T-Shirt sempena Perhimpunan Bersih 2.0 manakala seorang lagi yang belum dikenali cuma memakai baju kuning tanpa logo Bersih.
Ketika ditahan sekitar jam 5 petang, mereka sedang menunggu kedatangan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam di Klang Parade untuk berbincang mengenai program berkaitan Bersih.
“Ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ini bukan pertama kali Bersih mengadakan perhimpunan, mengapa belum pun bermula, tangkapan sudah dibuat?” katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.

Bersih 2 :300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Detikdaily
SHAH ALAM, : Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300  peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0P9gnvv3WP6SeP1GzkZ_IxviUe_To3T5NVUFEd3bnJp9d20I6C4-x482fqFN6fb0gPnuMd01jzBYZsMY4sGI3dBsrvCvRZHiG-w5eO_DgEgE8h74FPQ5Lpo4D89Muooj8AztF2B3GWR3b/s320/Polis+Zalim.jpgapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.

Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.

Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.

Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.

Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.

Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.

Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.

“Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.

“Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman,” tegasnya.

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu  dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.

Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.

Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.

Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.

Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

Hazayani Zakaria
KUBANG PASU, 25 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.
"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.

"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.

"Ada mereka pertahankan kebersihan pilihan raya?" katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu petang tadi.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0 malam tadi dan hari ini.

Beliau turut mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak ada bezanya dengan pilihan raya di Mesir sehingga rakyat bangkit melakukan perubahan.

Katanya lagi, rakyat negara ini turut mahu melakukan perubahan terutamanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pertindihan daftar pemilih.

"Pilihan pilihan raya di Malaysia tidak ada beza dengan siapa yang boleh nafikan ada masalah daftar pengundi?

"Bukan sahaja PKR PAS lebih terperinci bawa kes ini yang saya lihat sendiri dari jauh. Ada ruang media yang bebas? Tidak ada.

"Apa beza pilihan raya Najib Tun Razak dengan pilihan raya Hosni Mubarak di Mesir, tolong jelaskan.

"Mengapa rakyat dan dunia menyokong perubahan pilihan raya di Mesir dan adakah salah kita menuntut pilihan raya yang sama?" soalnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat.

"Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya.

Mengulas mengenai tahanan dua mahasiswa yang terlibat dalam program masyarakat di Gebeng, Kuantan petang tadi, beliau menyifatkan ianya untuk menakutkan golongan muda.

"Dia akan tangkap sesiapa yang dilihat ke depan untuk menakutkan rakyat," katanya.

Medan Hukum Trio, Jadi Medan Aib Saya-Anwar

KUBANG PASU, 25 JUN: Keputusan perbicaraan 'wayang' trio Datuk T jelas membuktikan betapa sistem keadilan Malaysia telah rosak.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan tersebut hakikatnya menjadi medan peguambela yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Datuk Shafee Abdullah untuk menyerang beliau.

"Saya sudah menjangkakan pendakwaan itu adalah wayang. Saya merujuk pada kenyataan peguam Surendran.

" Peguambela Rahim dan (Datuk Shazryl) Eskay gunakan pendakwaan jenayah 3 orang ini untuk serang saya. Ini jelas tunjuk betapa bobroknya sistem kehakiman kita," tegas Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Keadilan Kubang Pasu hari ini.

Semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik — mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Eskay didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Eskay dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut menayangkan rakaman video seks berdurasi 21 minit.

Mengulas perkara itu, Anwar mempersoalkan tindakan Mahkamah seolah-olah cuba menarik perhatian isu sebenar.

"Soal ini (ialah) soal pendakwaraya dan peguambela Rahim Thamby Chik dan Eskay. Ada peluang saya bela diri di mahkamah? Mereka nak heret isu (video) ini seolah-olah ini pendakwaan terhadap saya," kata Anwar.
-tvsnews-

Bersih: Umno diingat tidak libatkan Agong

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Jun: PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir.
"Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat.

"Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah", katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan.

Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman khususnya dari pimpinan Umno BN.

Tidak hanya melalui kenyataan terbuka, kecaman sama juga dibuat semasa sesi perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Himpunan tersebut yang dianggarkan disertai hampir 800 ribu orang, akan berarak ke Istana Negara dengan menggunakan warna tema pakaian kuning.

Selain bagi menjunjung institusi Diraja dan demokrasi, warna kuning itu juga sebagai lambang kebebasan, ketulasan dan keadilan.

Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih 2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu nanti.

Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal.

"Kita mengharapkan bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR,"katanya.

'Ketua Umno SPR' didesak letak jawatan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sekali lagi mengulangi desakannya agar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan.

Desakan itu dinyatakannya hari ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui wujud "pengundi hantu" dalam rumah ibu Ahli Parlimen Gombak itu yang beralamat di Kg. Klang Gate Baru.

"Wan Ahmad Wan Omar cabar saya buktikan dakwaan wujud pengundi hantu. Saya buktikan dan SPR akui. Wan Ahmad wajib berundur," katanya.

Pada satu kenyataan media hari ini, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu.

Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain.

Mengakui juga SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan.

Sebelum ini, Azmin dicabar Wan Ahmad agar membuktikan dakwaannya bahawa ada penipuan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Wan Ahmad berkata, Azmin tidak bercakap benar dalam isu itu.

Menyahut cabaran itu, Azmin ketika berucap pada Konvenysen Pilihan Raya KEADILAN minggu lalu kemudiannya mendedahkan rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.

Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.

Bukti penyelewengan itu ujar Azmin berdasarkan daftar pemilih induk terbaru yang diwartakan 13 Mei lalu.

Sehubungan itu beliau mahu Wan Ahmad yang juga disifatkannya sebagai "Ketua Umno dalam SPR" meletak jawatan segera.

"Kekalkan Wan Ahmad Wan Omar di SPR adalah menghina institusi YDP Agong kerana institusi Raja adalah institusi yang mulia dan adil", tulisnya di Twitter.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan penipuan SPR itu sebagai "bodoh" kerana melibatkan rumah pimpinan tertinggi PKR.

Beliau juga turut mencabar Wan Ahmad meletak jawatan dan bertanding atas tiket Umno melawan Azmin di Gombak pada pilihan raya umum nanti.

Pembuktian itu juga jelasnya antara faktor kenapa Himpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini wajar diadakan.

SPR akui wujud pengundi hantu – Azmin


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kewujudan pengundi hantu dalam sistem pilihan raya di negara ini, khususnya dalam kes melibatkan rumah ibu kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Pada satu kenyataan media, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu.
Mengikut Malaysiakini, Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain.
Mengakui SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan.
Sebelum ini, Azmin berdasarkan senarai pemilih yang diwarta 13 Mei 2011, mendapati rumah ibunya yang tinggal berseorangan, turut didiami 11 pengundi termasuk lima orang Cina.
Selain rumah beliau, 45 pengundi hantu juga didaftar di alamat rumah orang lain di sekitar kawasan kediaman ibunya.
Azmin pada Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Sabtu lalu, mencabar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan dalam tempoh 48 jam jika beliau berjaya membuktikan wujud penipuan pendaftar pemilih tetapi Wan Ahmad sehingga kini gagal berbuat demikian, malah memberi bermacam-macam alasan rapuh.

TAMAR JALIS Pengarang Siri Bercakap Dgn JIN Menampilkan Diri

Selatanonline
20 Jun 2011 khalayak seni berkumpul lebih 8 jam di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak di Jalan Raja Di Hilir, Ipoh. Pertemuan ini yang dihadiri lebih kurang 500 peminat sastera tanahair – dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan, adalah bagi mengikuti Wacana Siri Bercakap Dengan Jin dan mengenali penulisnya yang selama ini – selama 30 tahun berdiam dan tidak pernah mendedahkan dirinya yang sebenar! Pertemuan ini berakhir lebih kurang jam 6.30 petang, namun darinya bercambah selingkar fikir yang tiada hentinya.

Tahniah kepada Persatuan Karyawan Perak yang telah mengenengahkan Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) sebagai karya kreatif Melayu tersohor. Pembentang kertas kerja telah membenarkan dan memperakukan bahawa karya yang telah digarap dan bersiaran paling lama dalam majalah – selama 23  tahun 6 bulan – mengandungi 284 siri, telah dibukukan dalam 16 jilidan dan dicetak serta dijual melebihi sejuta naskhah! Haji Zabidin Haji Ismail (Presiden  Persatuan Karyawan Perak), Mohamad Paris Arshad (Pensyarah Institut Pendidikan Guru Hulu Kinta), Dr Bazrul Bahaman (UPSI), Dr Shaharudin Shaari (Pensyarah Institut Pendidikan Guru Hulu Kinta), Prof Madya Dr Talib Samat (UPSI), Dr Mohd Affandy Yusof (USM) – sekadar menyebut beberapa nama, semuanya mengakui bahawa SBDJ adalah sebuah karya yang hebat. Ianya bukan sekadar garapan kisah misteri alam bunian dan jin, tetapi ia berpaksi kepada ketuhanan yang maha esa dalam menyoroti kisah benar kehidupan dan sejarah bangsa Melayu dalam pengembaraan yang penuh dengan falsafah, psikologi sosio budaya, petua, perubatan tradisional, seni persilatan, kebatinan dan perburuan.

Presiden Persatuan Karyawan Perak dalam nukilannya pada buku cenderamata, mengatakan: Karya ini (SBDJ) digarap bercirikan sastera genre memoir dengan pendekatan autobiografi yang mampu menarik perhatian pembaca dalam menghayati rentetan persitiwa melalui ‘orang pertama’ iaitu Tamar Jalis bersama ‘datuk’nya Kulup Muhamad Diah atau Long Mat Piah. Setinggi-tinggi tahniah perlu diberikan kepada presiden KARYAWAN PK, Haji Zabidin Haji Ismail yang kerana usahanya sejak lebih 10 tahun lalu, berjaya menyakinkan penulis yang selama ini berselindung di sebalik nama Tamar Jalis, mahu dan bersedia menampilkan diri di khalayak peminat. Tamar Jalis analah nama pena bagi Ahmad Mahmud, seorang penulis kelahiran Beruas, Perak. Penulis ini juga biasa berselindung disebalik nama Ramadan A.M. dan Atma A.M. Saya biasa berkesempatan menyaksikan dan menemani Tamar Jalis menulis Siri Bercakap Dengan Jin. Siri cerita ini telah berjaya meningkatkan jualan Majalah Variasari sehingga 120 ribu naskhah sebulan pada tahun-tahun pertengahan 1980-an. Pada ketika itu lagi, ruangan Cakap Apa Saja majalah berkenaan sering menyiarkan permintaan agar Tamar Jalis mahu menampilkan diri. Tamar Jalis menulis kerana dunianya adalah menulis. Dalam tulisannya, dakwah adalah pengisian dan jati diri bangsanya sebagai Melayu terlihat dalam hamparan alam Melayu termasuk dengan segala pepatah petitih dan segala macam budayanya. Tamar Jalis seorang yang diam dan tidak banyak bercakap. Sebab itu dia berjaya menyembunyikan diri buat sekian lama. Namun penampilannya kemarin adalah sangat berarti dan memberi makna kepada kesederhanaan diri seorang insan. Kalau dulu saya melihat dan biasa menemani Tamar Jalis berkarya, kemarin saya melihat nama Tamar Jalis dan diri Ahmad Mahmud dijulang.
Baca selanjutnya disini

Lari sambil pegang lengan yang putus

PERUMAL...tersilap orang
PERUMAL...tersilap orang
ALOR GAJAH: Seorang lelaki terpaksa berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah dan menahan kesakitan sambil memegang lengan kanannya yang putus akibat ditetak tiga lelaki bertopeng di Taman Bukit Tampin, Pulau Sebang, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki berusia 35 tahun itu tidak dapat berlari jauh akibat kecederaannya yang parah sebelum jatuh tidak jauh dari tempat dia diserang.
Rakan mangsa yang berusia 36 tahun turut cedera parah akibat ditetak di belakang badan manakala seorang lagi mangsa, sempat lari menyelamatkan diri.

Dalam kejadian 9 malam itu, tiga sahabat berkenaan dikatakan berbual di depan rumah apabila Proton Wira berhenti di depan mereka dan tiga lelaki bersenjatakan parang keluar daripada kereta lalu menyerang mereka.

Menurut abang mangsa kedua yang ditetak di belakang badan, M Perumal, 48, dia dimaklumkan tiga lelaki itu tiba-tiba menyerang adik iparnya bersama dua rakan.

“Adik ipar saya dan seorang rakannya gagal melarikan diri dan mereka ditetak kumpulan lelaki terbabit menyebabkan cedera parah.

“Mereka cedera di tangan dan belakang badan, cuba melarikan diri tetapi hanya dapat berlari sejauh beberapa meter sebelum rebah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, seorang lagi rakan mereka yang berusia lingkungan 20-an, sempat lari ke belakang rumah bagi menyelamatkan diri.

Katanya, adik ipar dan rakannya yang cedera parah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan manakala tiga penyerang itu melarikan diri.

“Saya tidak mengetahui motif serangan itu tetapi tidak menolak kemungkinan mereka tersilap sasaran kerana setahu saya, adik ipar saya tidak mempunyai musuh. Bagaimanapun, saya serahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada dendam atau tidak puas hati antara penyerang dengan seorang daripada mangsa.

“Bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta kerjasama saksi tampil membantu siasatan,” katanya.

Tinjauan mendapati Unit Forensik polis berada di tempat kejadian bagi penyiasatan.

Sementara itu, jurucakap Hospital Tampin berkata, kedua-dua mangsa yang kehilangan banyak darah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.
-hmetro-

Lelaki 99 tahun berkahwin kali pertama


GILBERT HERRICK dan Virginia Hartman.
ROCHESTER, Amerika Syarikat (AS): Seorang lelaki berusia 99 tahun, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Herrick yang pernah menjadi askar semasa Perang Dunia Kedua melangsungkan perkahwinan dengan seorang balu berusia 86 tahun, Virginia Hartman dalam satu majlis perkahwinan di Hospital Komuniti Monroe di sini baru-baru ini.
"Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia," kata Herrick.
Ketika ditanya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung jika dia mempunyai nasihat mengenai hubungan romantik, Herrik berkata: "Cinta akan mencari anda."
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan-rakan pada 4 Jun lalu.
Pasangan itu berkenalan pada tahun lalu apabila mereka bertembung di satu laluan di hospital berkenaan.
Mereka kemudian menjadi rakan dengan Virginia suka melukis sama seperti Herrick.
Majlis perkahwinan mereka diatur oleh lima orang anak Virginia, cucu dan cicitnya yang turut menghadiri majlis tersebut. Pasangan itu akan berkongsi sebuah bilik di hospital itu selepas mereka menjadi suami isteri.
-Agensi-

Polis Guna Seluruh Kuasa, Kekuatan Halang Bersih 2.0


SHAH ALAM, 25 JUN: Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen Bersih 2.0.

Difahamkan beliau ditahan ketika mahu minum segelas air sebuah restoran dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis.

Menurut laporan Keadilan Daily, sepasukan polis bertindak menghalang road show anjuran Aangkatan Muda Keadilan (AMK) yang diadakan di Uptown,  Shah Alam.
 
Dengan jumlah anggota yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), mereka mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya ini.
 
Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.

Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.

Sementara  itu, seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan Bersih.

Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi.

Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan Bersih dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS, Harakah Daily.

Sementara itu, portal Malaysiakini melaporkan enam pemimpin Bersih akan dipanggil memberikan keterangan bermula petang ini di Balai Polis Dang Wangi.

Mereka ialah , pengerusi gabungan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil. 
-tvsnews-

Enam Pemimpin Bersih Dipanggil Polis Petang Ini



SHAH ALAM, 25 JUN: Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.

Antara mereka yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah pengerusi gabungan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.

Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.

Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.
-tvsnews-

Bersih 2.0: Aktivis AMK, Pemuda PAS antara ditahan polis malam tadi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi dipercayai berkaitan dengan memakai dan meyebar risalah berhubung perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin atau Jonah ditahan polis Selangor ketika sedang minum bersama rakan-rakannya di sebuah restoran kira-kira jam 11 malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, beliau difahamkan Khairul Anuar yang memakai baju Bersih, pada waktu itu baru sahaja selesai memesan minuman sebelum didatangi pihak polis dan meminta beliau mengeluarkan kad pengenalan.

"Minuman sampai, tak sempat minum pun. Polis tengok IC Jonah dan terus gari dia. Dia kemudian dibawa ke IPD Shah Alam", katanya.

Malam tadi merupakan pelancaran awal kempen Bersih 2.0 di Seksyen 24 Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada program menjelang Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, seorang lagi anggota Dewan Pemuda PAS difahamkan turut ditahan malam tadi.

Pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Shafri ditahan di Padang Jawa sebelum dibawa juga ke IPD Shah Alam.

Beliau ditahan dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang juga ada kaitan dengan himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Jonah dan Shafri masing-masing dibebaskan jam 1.10 pagi dan 1.40 pagi selepas kenyataan mereka dirakam pihak polis.

"Tak sampai 24 jam, satu lagi siri tangkapan dibuat...Ternyata polis cuba menyekat hak dan kebebasan rakyat yang dijamin perlembagaan", kata Rozan lagi.

"Ini cubaan menakutkan rakyat. Kita seru rakyat jangan putus asa, kita ada hak berhimpun secara aman 9 Julai ini", tambahnya.

Selain itu Di Johor, tujuh lagi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan Bersih.

Risalah itu diedar dalam pelancaran kempen parti itu 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia, melalui penjelajahan jelajah dari 24-26 Jun untuk mendedahkan rekod BN.

Malaysia kena tipu lagi dengan Datuk T

ahli_fiqir

Jap tadi berita TV9 dgn tajuk utama melapurkan  SAH bahwa DS Anwar dlm video seks.

Sepatutnya melapurkan bahwa mahkamah menjatuhkan kesalahan trio Datuk T memang bersalah,bukannnya isu siapa dlm video tu.Bila pulak mahkamah memutuskan bahwa orang dalm video tu DS Anwar.ade ke hakim berkata begitu? Si Tamby bukan main lagi bersemangat buat statement jangan percaya lagi apa-apa penafian selepas ini,dah sah katanya DS Anwar (nampak desprete sgt lah )Rasanya boleh ke rakyat Mesia yg bijak percayakan statement dia ni?

-tko-

Dzulkiflee (MP PAS) Diserang

rosmahbertudung
Nak tergelak tengok program rancangan "Bicara Rakyat" di tv 1 jam 10.00 hingga 11.00 malam tadi 24 jun 2011. Rancangan langsung dari UTM tadi membariskan 3 ahli panel. Lokman Adam (Wakil BN), Dr. Dzulkiflee (wakil PAS) , DR. Ridwan Tee Abdullah (pro BN) dan moderator (pun Pro BN)..

Ditambah dengan videoklip pendapat penonton sudah dilkira 10 lawan 1. Nak tergelak dengar hujah2 yang tak matang dari ketiga2 panel UMNO itu.Sudahlah semua menyebelahi UMNO, bahkan selalu memintas cakap DR. Dzulkiflee yang tenang dan hujah mantik lagi berakademik serta logik.

Lawak juga dengar hujah2 Lokman Adam yang lari dari topik. DR. Ridwan Tee cadang buat kat stadium dan LOkman Adam seolah2 tahu ia takkan aman. Tapi saya tabik sama Dr. Dzulkifli yang tenang dan bijak berhujah walaupun di padang yang senget serta pengadil (moderator) pun berpihak kepada BN. Dr. Dzulkifli berhujah bahawa BERSIH akan aman jika polis memainkan peranan  yang betul mengawal perhimpunan.

Tapi yang kelakarnya moderator macam beruk kena belacan membelasah dan kurang memberi peluang kepada Dr. Zulkifli. Saya Respek kerana dgn penuh kesabaran dan akademis yang tinggi Dr, Dzulkifli mematahkan hujah 3 lawan satu...

Bagi saya mengerjakan haji juga perhimpunan aman. Jika berlaku sebarang kekacauan, polis arab saudi tangkap ajalah yang buat kekacauan. Kalaulah UMNO memerintah Arab Saudi maka barangkali Seluruh dunia tidak dibenarkan menunaikan haji disitu walaupun ia perhimpunan aman kerana mereka tau niat orang yang akan mengerjakan haji ialah untuk membuat kerosakan...

Pendakwaan trio Umno satu konspirasi?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis.

“Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa.

“Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain.

“Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap,” tambah beliau.

Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.

“Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun,” bidas Kit Siang.

Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.

Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

“Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya ‘testimoni pakar’ dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar,” soal Kit Siang.

Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno.

TERKINI: Halang road show Bersih, FRU kepung Uptown Shah Alam



Jonah (T-shirt kuning) dibawa ke balai polis Shah Alam
SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.
Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.
Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.
Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.
“Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu,” kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini.
Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu.
“Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa…” katanya.
Terdahulu,  Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga memanggil beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor, semalam, untuk memberi keterangan.

TAYANG VIDEO LUCAH : DRIVER BAS DIPENJARA 3 TAHUN...RAHIM TAMBY CHIK AND THE GANG KENA DENDA JE...

Angkasanuri

Bangga melakukan maksiat dan dosa besar...

Kesalahan yang sama tetapi hukuman berbeza. Rahim Tamby Chik yang menjadi dalang cuma didenda RM 1000 sama macam denda buang sampah merata-rata. Sumber klik sini . Video tersebut kini tersebar seluruh negara sehingga budak sekolah tadika Kemas pun dah ada yang tonton.

Manakala pemandu bas ekspres di Melaka yang menayangkan video lucah di dalam bas kepada seorang penumpangnya awal bulan ini kini meringkuk di penjara selama tiga tahun. Sumber klik sini. Kenapa Rahim Tamby Chik dan kuncu-kuncunya seolah-olah mendapat layanan istimewa?

Bersih 2.0 : Pemuda PAS Beri Amaran Pada Perkasa

Riduan Mohd NorDewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) beri amaran kepada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0. Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPM kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain. DPPM juga kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tiong Hua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan dirumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya. Mereka mahu lakukan apa? pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang cina? bakar rumah ibadat? atau pijak kepala babi dan lembu di dataran Merdeka?

Siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu. Negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

DPPM yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0. Mereka memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara. Perkasa cuba mengumpan supaya pihak Polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA. Malah mereka cuba mencabar Polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukan keadilan Polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri.

DPPM melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang. Ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis. Kenapa pihak Polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan? Diharapkan Polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri didalam menghadapi Bersih 2.0.

DPPM memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat. Semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi. Peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung.

Ayuh! semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa. Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini.

Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia