Assalamualaikum,
Banyak respon yang diberi berikutkan keputusan PRK P 94, Hulu Selangor. Disatu pihak ada orang yang merayakan kemenangan dan di satu pihak lain tidak ada pula orang yang meratapi keputusan. Banyak juga terdengar analisa kemenangan calon BN yang menyebut bahawa kemenangan ini mungkin sementara serta tidak kurang juga yang memperlekehkan analisa sebegini. Umumnya, yang membuat analiasa itu terdiri dari kem PR dan kem BN.
Namun fakta tetap fakta yang tidak boleh dirubah hanya dengan serangan sebegini. Antara fakta yang boleh dilihat di P 94 ialah kekentalan perjuangan Petugas PR yang sedikitpun tidak luntur dengan pengkianatan beberapa inividu serta jumlah undi yang memperlihatkan separuh pengundi Hulu Selangor sudahpun menolak BN. Ini fenomena yang boleh dilihat dengan jelas daripada fakta PRK P 94 sekaligus bakal membakar semangat petugas PR di masa masa akan datang.
Di sebalik semua yang berlaku di Hulu Selangor, apa yang jelas kelihatan ialah kedaifan UMNO terhadap agama mereka sendiri. Bermula dengan serangan peribadi terhadap calon PR mereka bergerak untuk terus menghina agama sendiri tanpa langsung mahu mengambil kira keperluan untuk patuh kepada perintah agama dalam tindak tanduk mereka.
UMNO turut memalukan umat Islam bilamana mereka mendakwa calon PR adalah pemabuk tetapi tidak ada seorangpun pemimpin mereka yang dicabar LKS tampil menafikan atau membuat pengakuan terbuka seperti calon PR. Saban hari pula pemimpin mereka berbohong dengan berbagai bagai pembohongan.
Paling mengecewakan apabila ada di kalangan mereka mula menuduh Dr.Hassan Ali tidak pandai baca khutbah dan dibawa kepada umum dengan bantuan media perdana, rukun khutbah bagi membuktikan Dr Hassan tidak mematuhinya. Tuduhan yang tidak teliti dan tidak beretika ini memperlihatkan betapa orang UMNO sudah tidak menitik beratkan lagi arahan bersolat jumaat yang kepentingan disebut dengan jelas dalam alquran. Selepas PRK, aku terbaca komen seorang pengunjung TKO yang menggunakan nick PAIP yang memperlekehkan kebolehan seseorang yang membaca khutbah. Komennya jelas mewakili orang orang UMNO yang berkiblatkan barat sebagai ikutan. Komennya mengadungi mesej bahawa seorang yang menjadi khatib tidaklah hebat seperti seorang yang berkelulusan Oxford. Komennya adalah suara orang orang yang berfaham bahawa Islam mesti dipisahkan dengan kehidupan dunia. Komennya membawa maksud bahawa manusia boleh buat apa sahaja dalam hal hal berkaitan keduniaan sementara pak pak imam dan ustaz hanya layak mengajarkan perkara perkara untuk kehidupan selepas mati sahaja dan pada mereka orang orang ini bukanlah tergolong dalam golongan orang orang yang cerdik. Itulah tipikal fahaman orang orang UMNO yang semakin ketara di P 94.
Kefahaman UMNO terhadap agama ditonjolkan lagi di kaca kaca TV bilamana wanita wanitanya kelihatan dengan begitu mesra bersalam salaman dengan calon lelaki yang bukan Islam walaupun sebahagian daripada mereka kelihatan memakai pakaian menutup aurat. Inilah agama bagi orang orang UMNO yang boleh dilihat dengan jelas sepanjang PRK P 94. Inilah sumber kepada segala kemusnahan yang berlaku di Negara kita yang kalau nak disenaraikan terlalu banyak antaranya:
- Kes buang bayi: Quran melarang kita mendekati zina tetapi perbuatan bersalam salaman lelaki perempuan yang termasuk perkara perkara yang boleh mendekati zina menjadi amalan harian orang orang UMNO. Apatah lagi amalan meminum arak yang sudah terbukti menjadi amalan baisa UMNO. Orang melayu Islam mencacatkan kes tertinggi kerana buang bayi dan melahirkan anak luar nikah.
- Kes penderaan kanak kanak: Orang Melayu Islam turut menjuarai kes-kes ini di mana ianya turut berpunca dari larinya amalan pemerintah dari amalan carahidup Islam dan amalan ini turut dipengaruhi oleh amalan harian orang orang UMNO yang menjadi ketua dalam pemerintahan negara.
- Kes penagih dadah: Sekali lagi melayu Islam menjadi jaguh. Penagih dadah sukar dibendung selagi UMNO dibiarkan menguruskan negara. Banyak kes ditemui sebelum ini di mana UMNO lah yang mengalakkan penagihan dadah. Semasa PRU 12, di setengah kawasan para penagih dibayar untuk mengundi BN/UMNO. Begitu juga di Terengganu satu ketika dulu, para penagih diberi wang ehsan menjelang setiap kali hari raya untuk beraya sakan. Kesemua amalan-amalan ini terdedah di P 94 yang boleh dilihat dengan jelas. Berita yang diterima dari P 94 yang menyebut Cikgu Bard diserang oleh penagih dadah menguatkan keyakinan bahawa penagih dadah tidak akan terhapus di 1Malaysia selagi UMNO berkuasa.
- kes mat rempit: Yang paling ketara untuk beberapa siri pilihanraya yang lalu, mat rempit bermaharajalela dan di P 94, amalan ini semakin digalakkan oleh UMNO. Lantaran bagaimana mat rempit mahu dihapuskan?
- kes murtad: Tanya mufti Perak berapa ramai melayu murtad? dan tanya UMNO, kenapa mereka murtad? kalau amalan-amalan yang didedahkan di P 94 menjadi ukuran, UMNO boleh menjadi penyebab kepada pupusnya melayu yang beragama Islam bukan sahaja kerana mereka banyak menganjurkan majlis majlis ke arah itu tetapi kerana mereka juga yang menubuhkan PERKIM. Kenyataan terbaru PERKIM menyebut sambutan kepada ISLAM semakin menggalakkan terutama dari orang orang berketurunan cina. Kenyataan ini tidak harus dibanggakan walaupun yang banyak mengislamkan orang orang cina ini adalah para ustaz-ustaz melayu kerana seiring dengan usaha ini, kebocoran berlaku di kalangan orang orang melayu kerana murtad. Jadi secara ringkasnya , bolehlah dikatakan bahawa UMNO boleh menjadi penyebab berkurangannya bilangan melayu Islam dan bertambahnya cina Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan