SHAH ALAM 3 MEI: Azamuddin Omar, saksi utama tragedi Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, membuat kejutan apabila mendakwa polis mengacukan pistol kepadanya ketika menyerah diri.
Dalam sidang media yang disertai ahli kelurga mangsa dan ramai pemberita, beliau ditanya seorang wartawan mengenai sama ada terdapat anggota polis yang mengacu pistol kepada beliau.
Wartawan: "Ada tak polis acu pistol kepada adik?"
Azamuddin: "Ada."
Azamuddin berkata demikian pada sidang media di rumah mangsa hari ini apabila diaju pelbagai soalan dari wartawan yang mahu mengetahui kisah sebenar tragedi berkenaan.
Beliau yang ditemani beberapa peguam, juga mencerita rentetan kejadian sebenar dengan panjang lebar dan jelas berbeza dengan versi polis.
"Saya jatuh dalam longkang tapi seorang polis datang terajang kepala saya. Lepas itu, polis yang lain ramai-ramai pukul, belasah saya. Saya lari sampai polis tak dapat kejar," katanya
Ditanya bilangan polis yang didakwanya memukul dan membelasah beliau, Azamuddin menjawab begini: "Lebih lima orang, saya rasa."
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan