"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gerombolan Songkok Tinggi Buat Konspirasi Bodoh!

milosuam 

Mungkin geng-geng songkok tinggi 3 jengkal ni banyak sangat tengok cerita-cerita konspirasi bodoh filem tamil. Orang-orang yahudi membuat konspirasi bertahun-tahun lamanya, merancang dengan teliti untuk menyebarkan propaganda kepada dunia.

Tapi geng-geng bebal songkok tinggi 3 jengkal buat konspirasi tak sampai seminggu. Konspirasi gerombolan songkok tinggi setakat mampu menipu budak tadika yang bebal yang hanya tahu mengangguk walaupun tak paham.

Mari kita lihat konspirasi gerombolan songkok tinggi yang kononnya nak buat gempar satu negara.

Sebelum ini salah seorang kepala gerombolan songkok tinggi 3 jengkal membuat satu laporan Polis kononnya mereka memiliki dokumen bukti yang didedahkan oleh orang dalam Parti KEADILAN. Ketua gerombolan ini menggesa kerajaan Malaysia agarmerampas pasport milik Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana mereka memiliki maklumat dalaman kononnya Anwar dan kawan-kawannya telah merancang untukmelarikan diri dari Malaysia sekiranya kalah di dalam kes liwat yang sedang di hadapinya.

Bukan itu sahaja, ketua gerombolan juga berkata, Anwar telah merancang untuk membuat satu insiden kemalangan ke atas dirinya sendiri untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Namun apabila diminta untuk mendedahkan maklumat pada sidang media, ketua gerombolan menolak atas alasan Polis tak benarkan.

Di bawah ini rakaman video sewaktu ketua gerombolan songkok tinggi itu membuat sidang media. Ketua gerombolan dengan bangganya merepek dan merapu semasa azan sedang dilaungkan sila klik untuk menonton video.

 Selepas sidang media dan laporan Polis tentang dokumen bukti ini dibuat, tiba-tiba para blogger penyokong songkok tinggi secara berjamaah bagai gerombolan monyet-monyet pencuri pisang orang kampung, telah menyiarkan berita yang konon-konon menggemparkan.
Para blogger gerombolan monyet ini menyiarkan cerita kononnya seorang exco Perkasa bernama Farid telah hilang dicolek. Blogger-blogger gerombolan monyet ini berpura-pura sangat risau kerana dokumen bukti Anwar ingin melarikan diri dan membuat konspirasi kemalangan ada di tangan si botak ini. Si botak bernama Farid ini keluar tak sampai 24 jam, tapi geng gerombolan buat-buat gelisah dan risau mengalahkan hilangnya kanak-kanak umur 3 tahun.

Namun begitu, tak sampai sehari selepas gerombolan monyet-monyet ini membuat konspirasi bodoh mereka, keluar pula berita di akhbar pencacai, kononnya si botak yang membawa dokumen ini telah ditemui dalam keadaan kebingungan. Malah dokumen di tangannya dipercayai sudah hilang.

Wow hebat gila konspirasi puak gerombolan monyet ini. Macam cerita konspirasi dalam filem tamil. Diorang yang buat konspirasi, diorang juga yang menjawab persoalan konspirasi. Akhirnya gerombolan monyet ini hanya mampu membodohkan diri mereka sendiri kah kah kah. Bayi yang baru dilahirkan sejam tadi pun akan tergelak bila dengar cerita bangang puak gerombolan monyet ini kah kah kah.

Cubaan memperbodohkan rakyat ternyata gagal, sebaliknya gerombolan monyet ini yang menunjukkan kebodohan.

ReJaM© "Pssst... gerombolan monyet dan songkok tinggi ni lupa ada pembelot yang telah mendedahkan konspirasi bodoh ini kah kah kah kantoi!"

Tiada ulasan: