Keadaan bas persiaran terbakar selepas terbabas ke dalam parit di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Tapah. Foto: Chinapress
Kejadian sebuah bas persiaran yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands.
Pemandu bas tersebut dikatakan cuba mengelak sebuah tayar treler yang berada di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit dan terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi.
Ketika kejadian seorang penunggang motosikal telah membuat panggilan ke PLUS hot line pukul 1 pagi bagi melaporkan kejadian itu.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi memberitahu, sebaik sahaja pasukannya menerima panggilan pada pertama itu, mereka terus bergegas ke tempat kejadian.
"Hanya beberapa minit sebelum pasukan tiba, kami menerima satu lagi panggilan pada pukul 1.04 pagi yang melaporkan ada kemalangan.
"Kami tidak dapat tiba lebih cepat kerana jarak lokasi kemalangan lebih kurang 3 kilometer," jelasnya pada Jumaat.
Dan jika mereka menerima panggilan lebih awal, kemungkinan mangsa-mangsa yang terlibat boleh diselamatkan.
Tambahnya, PLUS hotline turut menerima panggilan sekali lagi pada pukul 1.08 pagi daripada seorang pemandu yang memberitahu tayar trelernya telah tercabut.
"Kami percaya kemalangan itu berlaku berpunca daripada tayar treler yang masih lengkap dengan rim berada di lebuh raya itu".
Dalam pada itu, Fuad berkata, pasukannya kerap menjumpai kayu, bahan besi dan tayar di sepanjang lebuh raya utama yang digunakan oleh lori.
"Malah sebelum ini kami terkejut kerana terdapat peralatan perabot seperti katil dan sofa bertaburan di lebuh raya. Pemandu lori dan syarikat yang mengendalikan khidmat itu perlu lebih bertanggungjawab.
"Banyak barang-barang yang tercicir daripada lori mereka tanpa disedari," katanya.
Sebelum ini terdapat laporan oleh sesetengah pemandu bas yang mendakwa lebuh raya tidak selamat digunakan pada waktu malam kerana terlalu gelap tanpa lampu dan terdapat pelbagai objek di atas jalan.
"Terdapat beberapa lokasi yang tidak ada cahaya, tetapi kami menyediakan lampu di lokasi yang penting dan strategik. Malah kami turut menambah lampu jalan di Gunung Tempurung dan selepas terowong Ipoh.
"Kami juga turut meletakkan tanda amaran bercahaya di sepanjang lebuh raya.
"Manakala objek-objek itu berpunca daripada pemandu lori yang memandu secara melulu dan tidak bertanggungjawab," jelasnya.
Sementara itu, Fuad menjelaskan aspek keselamatan lebuh raya dibina berdasarkan peraturan spesikasi antarabangsa.
Malah pasukannya sentiasa membuat rondaan harian lebih kurang 150 pusingan dan dalam masa sama memantau kawasan yang sama setiap jam.
Katanya, setiap pemandu lori perlu sentiada memeriksa kenderaan mereka bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
"Rakaman perbualan kami dengan pemandu treler yang tayarnya tercabut iru akan diserahkan kepada polis bagi siasatan selanjutnya.
1 ulasan:
Hal kecuaian dan ketidak perihatinan pemandu lori ini telah lama berlaku. Lebih buruk lagi ketidakupayaan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dalam memastikan pemandu dan pemilik2 lori mematuhi piawaian keselamatn yg telah sedia ada. Salah satu Contoh paling sinonim dgn masalah ini adalah pemandu lori simen yg kerap menumpahkan simen diatas jalanraya tanpa ada rasa sedikit pun tanggungjawab dibenak mereka. disini kita dapat lihat gagalnya undang-undang kita dlm menjaga kebajikan dan hak pengguna lain tanpa ada rasa kepekaan oleh pihak berkuasa untuk berfikir dan berbuat sesuatu. Apa yang menjadi amalan di negara ini adalah menunggu aduan baru nak bertindak... itulah mentaliti yg ada pada kebanyakan mereka yg berkuasa. Lebih buruk lagi bila mana sekarang ramainya pemandu lori dikalangan warga asing yg tidak peka dgn masalah ini. Akan ada pihak yg menafikan hal pemandu lori dikalangan warga asing ini mengikut amalan syndrom penafian, tetapi realitinya ia wujud.
Pihak kerajaan dan penguasa perlu berubah dan belajar untuk bekerja dgn Ikhlas dan Jujur kpd rakyat dan negara. kerajaan perlu belajar bagaimana keraan Singapura mampu untuk mengawal apa yg ada didalam muluit rakyatnya dgn ujudnya larangan memakan 'chewing gum' melalui undang2 dan penguatkuasaan. Marilah kita sebagai rakyat berfikir apakah kerajaan kita ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka secara ikhlas uutk mejaga negara dan kebajikan rakyat... atau mereka hanya peka kpd kerja atau projek yg bakal memenuhi poket mereka melalu amalan rasuah...
Catat Ulasan