"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muktamar PAS 55 : Apakah Makna Dan Ertinya Semua Ini


BARU sekejap tadi salah seroang calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menghubungi saya bertanya mengenai siapakah calon timbalan presiden yang akan mengadakan pertemuan di Batu Gajah Malam ini. Beliau menjelaskan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau.


Kata Bang Mad malam ini dia akan berada di Penanti menyelia pilihan raya kecil itu untuk malam terakhir. 11:43 am.

JAM 8:48 satu pesanan rengkas (SMS) masuk ke dalam telefon saya.

Bunyi SMS itu ialah;
Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon). 8:48 am 30/05/09.

Nama dan nombor telefon yang berkenaan saya sembunyikan takut timbul fitnah, maklumlah musim ini musim fitnah.

Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!

Apakah majlis dialog itu sekadar dialog saja tanpa makan dan minum? Apakah mereka yang dijemput itu membawa makan dan air dari rumah? Tidak pula diarahkan supaya berbuat demikian.

Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan.

Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu. Dialog mengenai apa, mengenai balak?

Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik.

Untuk mengetahui siapa calon timbalan presiden yang akan berdialog dijemput ramai-ramai hadir!

Tulisan sebelumnya
Si Desperado Sedang Menggila Dalam Pas

SELALUNYA bila kepala sudah buntu atau otak menjadi ‘sebok’ menyebabkan seseorang yang cerdik atau sasa itu boleh jatuh terjepak di tengah jalan. Pening menyebabkan seseorang tidak lagi menjadi waras. Haluan perjalanan juga akan hilang dan kabur. Landasan perjalanannya jadi berpecah-pecah dan hilang fokus.

Begitulah lumrah seseorang yang sudah pening dan tidak dapat mengawal kewarasannya. Seseorang itu akan melakukan apa saja untuk bertindak. Apa-apa saja, macamlah gajah naik minyak!
Peraturan, hukum, bukti dan apa-apa sudah tidak diguna pakai lagi. Dia akan bertindak di luar garis akal budi kemanusiaan. Strategi as syaitaniah juga dipraktikan. Jangan peduli apakah ianya dimurkai Tuhan atau pun dibenci Nabi, yang penting perjalanan si pening itu untuk menggapai kuasa dapat diteruskan.

Dalam heboh kempen untuk merebut menjawat tertinggi dalam Pas yang akan dilangsung beberapa hari lagi, saya tengok ada orang yang telah desperate apabila dia sudah nampak bayangan kekalahan. Dia sudah jadi kelam kabut. Germeciangan diluar sudah disalah tafsirkan sebagai persiapan sebuah keranda untuknya.

Juteru dia jadi panik, jadi mabok dan akan merembas apa saja sehingga sanggup dan tergamak meletakkan dirinya lebih hina daripada haiwatunatik. Walhal yang berbunyi di sana itu orang membaiki longkang, tetapi dirasai ia adalah pukulan tukul ke atas paku terakhir untuk keranda untuknya.

Begitulah aksi si desperado. Segala bunyi dirasakan tertempa ke arahnya. Segala kata-kata, sinikal dirasakan menyua ke dalam telinganya. Walhal segala bunyi itu untuk semua orang. Kenapa? Jawabanya kerana dia sudah pening dan tertekan dan tidak ada keyakinan kepada diri
sendiri yang digahkan dunia selama ini.

Iya, demi untuk hidup dan survive, orang tertekan akan menjadi seperti kucing jinak. Meskipun ia baik, alim tetapi kalau sudah sampai tertohok di dinding, dia bisa menjadi bengis dan mencakar sesiapa saja. Tujuannya satu untuk menyalamatkan diri yang dirasakan terancam.
Dalam suasana begitu ia terlupa bahawa orang yang menghampirinya bukan untuk membunuhnya bahkan untuk menyelamatkannya, tetapi kerana otak kucing, dia bersangka sebaliknya.

Begitulah nasib si kucing yang tidak tahu menilai alam, diri dan nawaitu orang lain ke atasnya. Orang yang niat untuk membantu dianggap sebagai musuh lalu dicakar semahunya. Meow... meoww....

Ada beberapa maklumat yang tersampai ke telinga saya bagaimana aksi si desperado ini bertindak kotor. Ia menggunkan berbagai tektik yang tidak halal tanpa mengira di mana dia berdiri. Dia sedia melakukan kebusukan mekipun dia berada di atas mimbar dalam masjid?
Terdengar si
desperado ini telah bermain kotor dengan membuat fitnah kepada calon lain.
Anatara ayat-ayat yang sampai kepada saya ialah, calon desperadoberkenaan telah menuduh calon lain itu sebagai tidak sembahyang dan main perempuan di luar negara. Kata-kata ini sungguh jijik dan kotor. Kata-kata lahir dari halkum seorang yang hilang maruah dan kredibiliti.
Nampaknya fiil dan perangai Yahudi sudah pun digunakan. Ajaran Yahudi yang dibenci itu sudah dianuti oleh ahli Pas. Dan strategi dan tektik Yahudi telah dipraktikan dan dibawa ke dalam Pas. Sungguh malang sekali. Kejadian ini katanya berlaku di Johor dan disebarkan secara halus di beberapa tempat lain.

Pas harus menyekang segera kempen memburukan calon oleh calon ini. Budaya dalam Umno yang dikecam dan dikutuk selama ini nampaknya sudah memasuki ke dalam rumah Pas. Malahan ianya nampak lebih ganas dari Umno. Orang-orang yang membawa bduaya ini haruslah ditolak oleh perwakilan tanpa maaf!

Pas yang meletakkan agama di hadapan tidak seharusnya sedia dipimpin oleh calon sedemikian rupa!
Barangkali ada patutnya kalau jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Mustafa Ali (foto atas) memantau dan menyiasat kejadian ini. Beliau harus bertindak tegas. Kalau perlu mungkin tindakan membatalkan calon berkenaan boleh dilakukan. Adalah bahaya bagi Pas kalau tertakdir Allah sengaja memilih orang seperti ini untuk memimpin Pas. Doa desperado tidak seharusnya ditadah dan diaminkan.
Ia akan membawa celaka besar kepada parti Islam itu. Kesucian dan keikhlasan perjuangan Pas yang dibina atas prinsip dan konsep al dinul hayat untuk membela agama, bangsa dan negara tentulah akan tercabul dek perbuatan si desperado ini.

[Adakah apa yang ditulis oleh MSO ini benar? Saya harap pemimpin PAS dapat memberi perhatian kerana kita tidak mahu unsur-unsur negatif ini wujud dalam PAS, siasatan rapi rapi perlu dilakukan]

Tiada ulasan: