"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DUN Ladang : Datuk Tengku Hassan Kekal

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang - salah sebuah DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu - kekal menjadi milik PAS.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan rayuan BN Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihanraya umum ke-12.

Kes itu didengar oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, lapor Bernama.

Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada perbezaan besar dari segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.

"Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada PAS). 

"Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan," kata Hakim Melanjun dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin. 

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai empat DUN - selain Ladang, tiga lagi DUN ialah Wakaf Mempelam (PAS), Bandar (BN) dan Batu Buruk (PAS).

PAS juga berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil awal tahun ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: