Cawangan PKR Perlis makin bertambah |
Abdul Rahim Sabri |
PKR akan menubuhkan cawangan keenam di Perlis - di Parlimen Kangar - ekoran kemasukan 160 ahli baru dari kalangan masyarakat bukan Melayu di situ semalam. Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi PKR negeri Johari Shafie berkata, kebanyakan mereka dari DUN Sena, yang terletak dalam parlimen Kangar. Mereka turut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan 470 ahli Umno di DUN Kuala Perlis yang menyertai PKR semalam. Majlis penyerahan borang itu berlangsung di rumah salah seorang ahli Umno yang menyertai PKR yang dikenali sebagai 'Pak Omar'. Sehingga ini, sudah terdapat tiga cawangan PKR di Parlimen Kangar. DUN Kuala Perlis juga terletak dalam parlimen yang sama. Dua lagi cawangan PKR ialah masing-masing satu di Padang Besar dan Arau. Kemasukan 630 ahli baru itu melebihi daripada jangkaan sebelum ini. Pengundi atas pagar Sebelum ini dilaporkan kira-kira 320 ahli Umno dari DUN Kuala Perlis akan menyertai PKR dan sekaligus menubuhkan cawangan pertama PKR di situ. Borang keahlian 470 ahli Umno DUN Kuala Perlis menyertai PKR itu, diserahkan kepada Anwar oleh bekas ahli jawatankuasa Umno Kangar, Shaari Ludin. Manakala borang keahlian 160 ahli baru dari Parlimen Kangar itu diserahkan kepada Anwar oleh ahli jawatankuasa PKR negeri, Ko Chu Liang bagi pihak masyarakat bukan Islam itu. Dalam majlis tersebut juga, Anwar turut memberi penerangan berhubung perjuangan PKR kepada ahli-ahli baru dan menggesa pengundi atas pagar menyokong parti itu. Dalam perkembangan berkaitan, PKR Perlis juga telah mengedarkan kira-kira 50 borang keahlian kepada ahli-ahli di Pauh yang telah menyuarakan minat mereka untuk menyertai parti itu. Menurut Johari lagi, beliau telah mengedarkan borang tersebut minggu lalu. "Insya-Allah, kita akan dapat balik borang daripada mereka," katanya. Barisan Nasional memenangi DUN Pauh dalam pilihanraya umum lalu dan diwakili oleh adinda Raja Perlis, Syed Razlan Jamalullail. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Krisis Umno Perlis : PKR Perlis bertambah Kuat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan