Sebenarnya, keprihatinan Sultan Selangor boleh difahami. Kita cuba bersangka baik dan percaya bahawa apa yang Sultan Selangor larang ialah bergaduh melampau batas dan menggunakan masjid untuk memburuk-burukkan orang dengan niat yang tidak baik.
Yang kita khuatir ialah larangan yang bersifat menyeluruh dengan melarang sebarang perkataan berkaitan politik dari disebut di masjid. Islam bukan KRISTIAN yang memisahkan peranan masjid dari politik dan urusan negara. Islam yang syumul merangkumi politik, ekonomi, jual beli dan segalanya.
Peranan politik dalam Islam cukup jelas malah institusi sultan juga begitu gigih dipertahankan oleh generasi Melayu terdahulu kerana percaya Sultan boleh memainkan peranan penting dalam politik selaku Ketua agama Islam yang bertanggungjawab membela agama Islam.
Yang perlu dijauhi ialah menggunakan masjid untuk tujuan jahat. Apa pun, menjadi misteri apabila UMNO tidak dilarang dari menggunakan masjid untuk tujuan kempen Islam HAdhari sedangkan pelbagai ulamak tersohor dunia mengesahkannya sebagai salah.
Sekiranya menyebut politik di masjid haram kerana memecahbelahkan masyarakat seperti yang dikatakan oleh HArussani, logiknya tentulah menyebut politik diluar masjid juga haram kerana apa-apa yang memudaratkan masyarakat tentulah haram.
Seolah-oleh Harussani memberi mesej bahawa benda ini haram bila di masjid dan halal di luar masjid. Pelik sungguh.
Apa pun, doa kita mengiringi dan kita doakan Allah memberi hidayah kepada Sultan dan seluruh kepimpinan negara..
Tegur menegur sebahagian dari agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan