Detikdaily
NEW YORK: Seorang daripada mantan wartawan New York Times, Raymond Bonner telah menulis sebuah rencana menunjukkan rasa kesalnya yang tidak terhingga kerana bersalah melaporkan berita mengenai umat Islam yang dikatakan sebagai pengganas, perkara itu dikutip oleh Rusdi Mathari dalam Politico.com pada Ahad 26 April 2015.
Menurut Rusdi, ia merupakan kuasa Allah Yang Maha Membolakbalikkan hati manusia yang menyatakan kekesalannya kerana melapor berita yang tidak benar ketika berkhidmat bersama New York Times malah ia rekaan semata-mata kerana mengikut telunjuk pihak berkuasa terutama berita mengenai penangkapan Lotfy Raissi seorang juruterbang pasca peristiwa 9/11.
Dalam kenyataan Raymond itu, beliau mengaku bersalah kerana telah mengikut segenap telunjuk pihak atasan agar melaporkan berita sensasi mengenai perang Amerika terhadap pengganas agar ia menjadi berita utama setiap kali diterbitkan, sedangkan apa yang dilaporkan itu tegas Raymond adalah palsu semata-mata.
Lotfy Raissi merupakan seorang juruterbang berbangsa Algeria telah ditangkap oleh sepasukan dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Raymond, beliau ditangkap di lapangan terbang Heathrow, London tidak lama selepas peristiwa 9/11 itu dengan pelbagai tuduhan dikenakan ke atasnya.
Pihak berkuasa FBI telah menuduh Lotfy telah melatih sejumlah individu muslim yang kononnya telah menerbangkan pesawat yang meletup dan menghancurkan Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada 11 September 2001, ketika itu Lotfy bertugas sebagai pengarah penerbangan di Arizona dari tahun 1997 hingga 2000.
FBI menuduhnya bahawa beliau adalah individu yang bertanggungjawab kerana halaman log penerbangannya telah hilang sepanjang tempoh peristiwa 9/11 berlaku yang disifatkan FBI sebagai suspek utama.
Raymond adalah individu utama yang menyebabkan Lotfy ditangkap berdasarkan berita yang dilaporkan, beliau mengintip segenap perjalanan hidup Lotfy, mewawancara jiran tetangganya di samping pengaruh serta keupayaan mantan presiden, George W Bush mengekstradisi Lotfy ke Amerika dari London.
Menurut Rusdi lagi, dahulu ketika Raymond bertugas sebagai wartawan New York Times beliau merasa amat bangga sekali kerana dapat membuat berita sensasi dan mendapat tempat di hati presiden dan anggota kabinetnya, beritanya dibaca oleh segenap masyarakat di Amerika dan seluruh dunia agar sentiasa berwaspada dari kelicikan golongan pengganas muslim.
Namun sekarang setelah empat belas tahun berlalu, beliau menyatakan kekesalan di dalam Politico.com dengan mengaku, bahawa angkara tulisannya itulah Lotfy Raissi menjadi mangsa tangkapan FBI yang sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika, sedangkan ia hanya satu lakonan yang direka oleh Presiden George W Bush bagi menghalalkan penangkapan terhadap umat Islam yang tidak berdosa, malah menyifatkan Lotfy sebagai korban fitnah beliau.
Tegas Rusdi Mathari lagi, itulah sekelumit kisah mengenai wartawan New York Times, Raymond Bonner yang menggambarkan bahawa beliau ketika itu sebagai juara dengan laporan yang sangat-sangat dikehendaki oleh pihak atasan dan mendapat anugerah yang diberikan oleh sidang redaktur.
Anugerah yang diterimanya itu atas nama perang terhadap pengganas demi keamanan negara dan atas nama kebebasan orang ramai.
Apa yang menyedihkan, tulisan Raymond menjadi sandaran berita, pada masa yang sama mereka tidak melaporkan secara jujur berita yang mengerikan yang tertimpa ke atas pihak yang tertuduh, berita mereka langsung tidak mendapat tempat dalam laporan berita, malah dibakul sampahkan.
Hakim mahkamah tuduh al-Qaeda salurkan bantuan kewangan
Menurut Raymond lagi, ketika berita mengenai robohnya bangunan WTC New York masih membara, tiba-tiba hakim besar Mahkamah Persekutuan, John Ashcroft menyatakan kepada pihak kongres, bahawa rangkaian al- Qaeda pimpinan Osama Ben Laden pada waktu itu telah menyalurkan bantuan kewangan yang besar jumlahnya untuk tujuan runtuhan bangunan WTC melalui sebuah masjid di Brooklyn.
Kenyataan hakim besar itu ternyata salah tegas Raymond, walaupun ia menjadi berita hangat yang disiarkan di seluruh media cetak dan elektronik. Namun wartawan Eric Lichblau ketika melaporkan secara berterus terang menyatakan bahawa ia adalah satu tohmahan dari hakim berkenaan atas arahan pihak atasan untuk menyedapkan lagi berita sensasi.
Menurut Raymond lagi, baru-baru ini The New York Times berjanji akan menulis berita mengenai penyeksaan mereka yang tertuduh dengan penyiksaan yang amat dahsyat dilakukan oleh Agensi Pusat Perisikan (CIA), dengan gambaran penyeksaan di luar batasan kemanusiaan, mereka ditelanjangi, dihantuk-hantukkan kepala mereka ke dinding, dijadikan mangsa anjing, kepala ditutup dengan plastik dan disirami air (water boarding), di mana dalam siasatan kongres pada Disember 2014 ada menyebut bahawa tindakan anggota CIA itu adalah melampau terhadap tertuduh.
Walau bagaimanapun tegas Raymond, para sidang redaktur The New York Times bersetuju untuk tidak menggunakan istilah ‘penyeksaan’ kerana bimbang akan terlibat dalam debat politik. Setengah daripada mereka beranggapan bahawa istilah penyiksaan tidak termaktub dalam kamus hukum dan aliran persuratkhabaran, begitu juga laporan seperti akhbar Los Angeles Times, USA Today dan The Wall Street Journal tidak pernah menyebut istilah ‘penyeksaan’.
Menurut Rusdi, dosa wartawan lain yang disebut oleh Raymond adalah pemberitaan tentang Abu Zubaydah. Pemuda yang ditangkap dalam sebuah serangan di Pakistan, dan diseksa secara brutal di sebuah penjara rahsia di Thailand. Abu Zubaydah dituduh sebagai salah seorang perwira kanan Osama bin Laden tetapi fakta sebenarnya dia bukan anggota al-Qaeda.
Peristiwa 9/11 adalah angkara George W Bush
Raymond menyambung dengan mengatakan bahawa rakan sejawatannya di The New York Times, Judith Miller juga pernah mendedah dan membongkar pembohongan Presiden George W Bush ketika memerintah dan mengarahkan tenteranya untuk menyerang Iraq, Judith melaporkan bahawa terdapat laporan palsu yang dibuat oleh CIA tentang senjata pemusnah di Iraq kononnya, yang dijadikan alasan untuk menyerang Iraq dan juga selepas itu Afghanistan, menyusul selepas itu peristiwa 9/11 yang dijadikan propaganda untuk memerangi pengganas di seluruh dunia.
Pembongkaran laporan palsu yang dibuat oleh Judith dan seorang lagi wartawan dari majalah Time telah diheret ke muka pengadilan. Rejim Bush beranggapan bahawa berita yang ditulis oleh kedua-dua wartawan itu sebagai tindakan membocorkan rahsia negara dan diminta untuk memberikan sumber berita yang pastinya ditolak oleh Judith Miller.
Judith lebih memilih untuk dipenjara daripada menyatakan perkara sebenar, ini kerana baginya ia adalah satu kerja seorang wartawan profesional yang mesti komitmen dengan rahsia yang dipegang.
Baginya sumber berita mesti ditutup, ini kerana jika sumber itu pecah, seluruh nyawa individu yang terlibat dalam memberi informasi dalam bahaya.
Tidak seperti seorang lagi wartawan yang diheret ke muka pengadilan, iaitu Cooper yang pada awalnya mahu bersikap seperti Judith Miller dalam menyimpan rahsia, namun akhirnya beliau kecundang kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan ke atasnya oleh pihak atasan, dengan terdedahnya sumber berkenaan, maka terbitlah nama seperti Karl Rove, salah seorang penasihat politik utama Presiden George W Bush, Rove dipecat dan menghadapi hukuman, kisah Rove itu kemudiannya dinukil dalam buku What Happened yang ditulis oleh Scott McClellan, mantan jurucakap di Rumah Putih.
Dalam buku berkenaan, McClellan antara lain mendedahkan tentang konsfrensi yang dilakukan oleh Bush dan Rove. Dia menyalahkan Bush dan Timbalannya, Dick Cheney tentang peranan Rumah Putih pembongkaran maklumat kepada umum mengenai tindakan ejen dari CIA yang bertindak melampau terhadap mereka yang tertuduh.
Dengan sebab itu tegas wartawan Raymond Bonner lagi, beliau telah melakukan satu kesalahan besar kerana terlalu percaya kepada Presiden George W Bush dan seluruh ahli kabinetnya dengan mendedahkan nama Lotfi Raissi sebagai pengganas, pada hal beliau bukanlah orang yang dikehendaki.
Rusdi menyambung, kenyataan benar dan telus yang dibuat oleh Raymond Bonner, Judith Miller dan Lichtblau adalah satu hal yang benar sebagai wartawan.
Mereka mengkhabarkan yang sesungguhnya terjadi, meminta pertanggungjawaban pemerintah agar bertanggungjawab terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Bagi Rusdi pula, itulah satu hak kebebasan yang mesti ada pada wartawan dalam apa jua kempennya, walaupun penyesalan lewat berkunjung, tetapi ia dianggap baik daripada terus menerus menutup kebenaran dengan pembohongan, tulisan yang disuarakan dari hati tulus seperti Raymond Bonner yang dimuat dalam Politico. com merupakan salah satu penyesalan seorang wartawan.
-Asharalawasat-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan