"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelaburan Tabung Haji Dalam 1MDB Arahan Politik ?

Zainudin Maidin
Sekiranya hartawan "Penyangak" tidak terlibat dengan 1MDB, maka pembelian tanah oleh Tabung Haji (TH) sebagai strateiji pelaburan dalam syarikat itu tidak akan menimbulkan kegemparan dan keraguan di kalangan pencarumnya dan juga rakyat.
Pendedahan mengenai pembelian itu bernilai RM 188.5 juta pada mulanya seperti mahu dirahsiakan oleh Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tetapi kemudian disahkan oleh pegawai TH.

Kebocoran "rahsia "ini berlaku kepada blog mungkin kerana orang dalam TH sendiri tidak bersetuju dengan pembelian ini.

Dalam soal ini ,seorang Mufti mahukan jawapan dari Perdana Menteri Malaysia sendiri untuk menghilangkan kerisauan rakyat.

"Ini isu masa depan saya dan negara" kata Mufti Perlis,Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis ini tidak secara langsung bercakap bagi pihak berjuta pencarum TH yang terdiri dari orang Melayu dan Islam yang sedang berada dalam perasaan terkejut dan marah bila mengetahui pekara ini.

Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah Tabung Haji membuat keputusan sendiri mengenai pembelian itu atau adakah ia menjalankan arahan politik? .

Pertanyaan ini timbul secara sepontan apabila mengingatkan semula bahawa perlantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi TH telah menjadi kontroversi kerana beliau diketahui rapat dengan orang yang dikatakan berpengaruh kuat dalam menentukan beberapa dasar dan pentabiran kerajaan.

Malaysian Insider melaporkan: Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli dua bidang tanah bernilai RM772 juta yang merupakan sebahagian projek Tun Razak Exchange

Tiada ulasan: