"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz mengaku bunuh kekasih depan sekolah agama



Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian.

"Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa.

"Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang.

Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya.

Sementara itu, mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat Cyberjaya.

Mayat ditemui orang awam kira-kira 4.30 petang tadi yang kemudian menghubungi pihak polis.

Turut ditemui berhampiran mayat ialah tas tangan milik mangsa dan sekeping nota.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata kes itu sedang disiasat.
-Bernama-

Tiada ulasan: