"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis ‘rempuh’ kereta Tian Chua sebelum tangkap, kata saksi

Dua pembantu Ahli arlimen Batu Chua Tian Chang mendakwa melihat sendiri majikan mereka dikasari dengan ganas sewaktu ditangkap di Seberang Jaya semalam.

Mohd Huraimi Husri, 18, pengiring Chua yang memandu keretanya berkata majikannya itu menerima panggilan telefon dimaklumkan akan ditangkap selepas selesai berceramah di Seberang Jaya sekitar jam 11.40 malam tadi.

Namun beliau diarah Chua agar terus ke Yayasan Aman di Penanti bagi membolehkan tangkapan berlaku di sana dan kelihatan lebih "kemas".

"Tetapi apabila kami sampai dekat lampu isyarat berhampiran bulatan Seberang Jaya, 2 kereta polis menghimpit kami dan satu darinya merempuh kereta kami sehingga terkena cermin sisi kami.

"Polis berlari ke arah kereta kami dan menarik YB keluar dan cuba menolaknya masuk ke dalam kereta polis," katanya kepada wartawan yang menunggu di luar ibu pejabat polis daerah Seberang Perai tengah pagi ini.

Huraimi berkata beliau secara bersembunyi merakam insiden tangkapan Chua namun dipukul di kepala dari belakang oleh polis selepas diketahui berbuat demikian.

Salah seorang pembantu Tian Chua menunjukkan tanda geseran pada kereta Chua selepas dilanggar polis semasa beliau ditahan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2015."Entah macam mana seorang polis kedengaran berlari dari arah belakang saya, melompat memukul kepala dan terus menolak saya ke atas jalan raya dan menekan kepala saya.

"YB Tian yang melihat kejadian itu sewaktu cuba ditolak ke dalam kereta polis berpesan kepada mereka agar tidak mengapa-apakan saya kerana saya tidak terlibat dalam hal ini," katanya.

Beliau kemudian ke Yayasan Aman sebelum dinasihatkan penyokong di situ untuk membuat laporan polis.

Seorang lagi pengiring Chua, Chin Sin Pang, 55 turut melihat kejadian itu kerana turut berada di dalam kereta pada masa kejadian.

Menurutnya, kira-kira 10 orang anggota polis di dalam 2 kereta dan bermotosikal terlibat dalam operasi menangkap Chua yang dikenali sebagai Tian Chua semalam.

"Saya rakam video beliau ditolak ke dalam kereta dan rambutnya ditarik-tarik polis, tetapi polis yang nampak saya rakam minta saya padamkan semuanya," kata Chin.

Apabila enggan, telefon beliau dirampas dan polis sendiri memadamkan semuanya tanpa kebenaran beliau, kata Chin.

Beliau kemudian dibawa polis bersama Chua ke IPD Seberang Perai Tengah.

Beliau menceritakan insiden penangkapan ini sewaktu bercakap kepada wartawan bersama ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah di luar IPD Seberang Perai Tengah selepas dibebaskan dari tangkapan semalam.

Sementara itu, Sivarasa kesal dengan cara polis mengendalikan insiden tangkapan itu.

"Mereka menangkapnya seperti beliau ini penjenayah yang melarikan diri.

"Saya mahu ketua polis negara jelaskan kenapa orang-orangnya berlagak seperti penyangak beruniform dalam tangkapan ini," kata Sivarasa. – 3 Mei, 2015
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Unknown berkata...

well done pdrm