"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1MDB punca utama BN kalah di Permatang Pauh kata Muhyiddin yang mula menyerang Najib

Muhyiddin-1MDBKuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini secara terbuka mengkritik cara kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani, dengan berkata isu itu sangat serius dan bakal menjadi parah.
Bercakap pada wartawan yang bersamanya dalam rombongan rasmi ke Milan, Itali, timbalan perdana menteri itu berkata isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh semalam.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana menjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai ketika berkempen.

“Saya tidak tahu apa nak cakap apa.

“Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Muhyiddin, merujuk bekas perdana menteri yang sejak kebelakangan ini mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB.

“Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat,” kata Muhyiddin.

Tambahnya, perkara itu makin melarat dan bakal memberi kesan buruk bukan sahaja ke atas rakyat tetapi juga Umno.

Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini, mengkritik 1MDB dan menggesa perdana menteri untuk meletakkan jawatan susulan cabang pelaburan negara itu “kehilangan dana”.

Katanya, beliau tidak akan memaafkan Najib berhubung hutang sebanyak RM42 bilion yang ditanggung 1MDB dan menimbulkan kebimbangan ke atas urus niaga 1MDB, termasuk pembelian beberapa aset dan tanah milik kerajaan.

Muhyiddin juga pernah mengulas tentang 1MDB sebelum ini.

Pada 6 Mac lalu, beliau berkata dana awam tidak boleh digunakan untuk menyelamatkan 1MDB, sambil menambah ahli lembaga pengarah syarikat itu juga perlu bertanggungjawab jika terdapat salah laku.

Beliau juga berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara boleh memulakan siasatan mereka sendiri ke atas syarikat pelaburan strategik itu dan mengingatkan pengurusan 1MDB supaya memastikan setiap perancangan yang dicadangkan tidak meletakkan kerajaan dalam “keadaan tidak stabil”.

Dalam kontroversi terbaru terhadap 1MDB, Tabung Haji, badan pengelola dana simpanan umat Islam untuk ke tanah suci Mekah, semalam mengesahkan sudah membeli sebidang tanah daripada projek Tun Razak Exchange bernilai RM188.5 juta yang didakwa mendapat “potongan” harga.

Tabung Haji merancang untuk membina sebuah menara kediaman di kawasan berkenaan.

“Pelaburan itu adalah keputusan komersial yang sesuai dengan selera risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya,” kata ketua pegawai eksekutif Tabung Haji Datuk Johan Abdullah dalam satu kenyataan ringkas selepas pendedahan dibuat berhubung pembelian tanah itu oleh sebuah blog yang tidak dikenali, 
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: