"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video rakaman CCTV aksi Myvi berlumba di DUKE


PETALING JAYA: Televisyen litar tertutup (CCTV) di tol di Lebuh Raya Damansara Ulu Kelang (DUKE) berjaya merakam aksi lumba sekumpulan kereta Myvi sejurus sebelum nahas berlaku pada 2 Mei.

Rakaman berdurasi 30 saat menunjukkan kenderaan berkenaan memecut laju sebaik melepasi tol berkenaan.

Visual berkenaan menimbulkan tanda tanya terhadap kenyataan yang dikeluarkan, pihak Familia Myvi Club (FMC) yang menafikan ahlinya terbabit dalam perlumbaan itu.

Dalam laporan yang dipetik dari Siakapkeli sebelum ini, pihak FMC telah menafikan ahli-ahlinya terlibat dalam perlumbaan yang didakwa dan sekaligus menafikan terlibat dan menjadi punca dalam kemalangan yang mengorban tiga nyawa.

Kenyataan berkenaan turut disanggah saksi yang mendakwa mereka melihat kereta Myvi cuba mengekori dengan dekat kenderaan yang dinaiki mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku, Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa terbunuh.

Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat kejadian manakala isteri dan anaknya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
-tranungkite-

Tiada ulasan: