"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini Sebab Tak Nak Hapus 60 sen pada PraBayar!

Tranungkite

ROMPIN 1 Mei - Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan. (Habis dulu kata RM10 tu dah termasuk SST sekarang dah jadi SST + GST maka rakyat kena kencing lagi!!)

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kehilangan besar hasil berkenaan disebabkan kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan tersebut ialah pekerja asing.
"Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

"Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka," katanya ketika ditemui selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Felda Keratong Lima di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, dalam isu berkenaan, kerajaan bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar.

Walau bagaimanapun kata beliau, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas tinjauan pengguna siap dilakukan pihaknya.

"Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, jabatan berkenaan mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.

"Saya harus akui bahawa berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari," ujarnya.

Tiada ulasan: