"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Analisa awal: 'Undi untuk PAS naik di semua peti undi'

Analisa awal PAS terhadap pilihan raya kecil (PRK) Rompin, menunjukkan berlaku peningkatan undi terhadap parti itu bagi semua peti undi di Parlimen Rompin, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ekoran itu, katanya, parti itu telah berjaya "tingkatkan sebanyak 10.2 peratus undi popular terhadap PAS", lapor Bernama.

"Kita juga mencatatkan kemenangan bagi peti undi Felda Keratong 4 dan Keratong 2, yang sebelum ini milik BN.

"Malah berjaya tingkatkan jumlah undi di Felda Keratong 5 walaupun tewas di kawasan tersebut," kata kepada pemberita di pusat penjumlah undi PAS di Rompin malam tadi selepas pengumuman keputusan PRK itu.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 8,895 undi apabila calonnya Datuk Hasan Arifin memperolehi 23,796 undi.

Manakala calon PAS Nazri Ahmad mendapatkan 14,901 undi.
Sementara itu Nazri pula berkata walaupun PAS tewas di peti undi Felda Keratong 5, yang merupakan kampung beliau dengan hanya 13 undi, parti itu bagaimanapun berjaya meningkatkan bilangan undi generasi muda.

"Kita dapat mengurangkan banyak majoriti di Keratong 5 dan saluran tiga dan empat (yang merupakan saluran untuk pengundi di bawah 39 tahun) menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PAS.

"Insya-Allah kita akan bekerja lebih keras lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 akan datang," kata Nazri, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: