"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakaman CCTV Myvi berlumba dimuatnaik

Rakaman CCTV Myvi berlumba dimuatnaik
Sedutan video yang dimuatnaik oleh seorang pelayar di laman Facebook.
SHAH ALAM:Sebuah rakaman litar tertutup didakwa merakam tindak tanduk pemandu Myvi yang berlumba di Lebuhraya Duke, Sabtu lepas telah dimuatnaik ke laman Facebook, hari ini.

Melalui rakaman berdurasi 29 saat berkenaan, Sinar Online mendapati beberapa buah kenderaan termasuk beberapa buah Myvi dipandu dengan laju berbanding kenderaan-kenderaan lain.

Video tersebut yang telah dikongsi hampir tujuh ribu pelayar dan ditonton lebih 130,000 pelayar lain dikatakan mampu menjadi bahan bukti untuk siasat pihak polis.

Sebelum ini, kemalangan awal pagi Sabtu lepas yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan dikatakan berpunca dari enam buah Myvi yang dikatakan berlumba sesama mereka.
-sinarharian-

Tiada ulasan: