"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Dua kumpulan dakwa penyokong Pas bergaduh?

Adam Abu Bakar 
Pertelagahan berlaku antara dua kumpulan Pas yang mendakwa penyokong ulamak dengan penyokong Wan Azizah.
permatang pauh
PERMATANG PAUH: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PKR) Permatang Pauh dicemari dengan pertelagahan antara dua puak yang mendakwa penyokong Pas.


Dalam kejadian di Penanti kira-kira jam 5 petang pada Rabu, menyaksikan perang mulut dan tolak menolak antara penyokong Pas yang didakwa penyokong ulamak dengan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyokong yang mendakwa kumpulan ulamak itu menggesa agar pengundi tidak memberi undi kepada Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kumpulan itu membawa sepanduk yang tertera “Pemuda bersama kepimpinan ulamak” serta “hudud hukum Allah”.

Insiden yang melibatkan 20 lelaki yang mendakwa penyokong Pas itu berjaya dileraikan oleh anggota polis.

Mantan Setiausaha PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah menganggap insiden itu satu sabotaj dan provokasi terhadap Pas kawasan Penanti.

“Mereka tahu di sini (Penanti) merupakan kubu kuat Pas dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka sengaja hendak buat kacau,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, demontrasi itu adalah taktik jahat kerana sebahagian besar peserta itu bukan ahli Pas.
Beliau bagaimanapun berkata, insiden itu tidak akan menjejaskan sokongan Pas kepada Wan Azizah.

-freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: