"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pameran Hina Nabi Muhammad Diserang Dua Lelaki Ditembak

WASHINGTON: Dua lelaki bersenjata yang dipercayai membawa bahan letupan ditembak mati selepas melepaskan tembakan di luar pameran seni anti-Islam di Dallas, pada Ahad.

Menurut polis, seorang pegawainya turut ditembak di luar Pusat Curtis Curwell di Garland, Texas semasa satu majlis biadap mempamerkan karikatur Nabi Muhammad diadakan.
Bangunan yang masih dipenuhi dengan ratusan tetamu tersebut kemudian dikepung dan dikawal ketat oleh pasukan SWAT selepas beberapa das tembakan kedengaran.

Tiada siapa dibenar untuk meninggalkan bangunan tersebut, termasuklah syarikat Wal-Mart dan Taco Bell yang dipindahkan ke tempat selamat.

Dua suspek itu dikatakan menghampiri kawasan tersebut, yang berkemungkinan membawa bahan letupan, sebelum melepaskan tembakan terhadap pegawai yang bertugas.

Penganjur majlis, Pamela Geller memberitahu sebuah saluran televisyen tempatan, CBS 11 yang berada di dalam bangunan bahawa dia mendengar beberapa pegawai bercakap mengenai bahan letupan yang mungkin terdapat dalam beg galas dan juga di dalam kereta.

Geller turut memberitahu terdapat khabar angin yang mengatakan terdapat bom tangan berdekatan Wal-Mart.

Majlis tersebut turut mendapat anjuran daripada Inisiatif Pertahanan Kebebasan Amerika dan disifatkan sebagai satu serangan terhadap Islam.

Pihak penganjur memberitahu bahawa mereka hanya mempraktikkan kebebasan bersuara.

Menurut Dallas Morning News, pertandingan itu menawarkan hadiah utama berjumlah AS$10,000 (RM36,000) dan turut menerima lebih 350 penyertaan untuk menggambarkan Nabi Muhammad.

Mempermainkan gambaran mengenai Nabi Muhammad dianggap sangat sensitif dan menyakitkan hati dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Pegawai polis yang ditembak di kaki itu dilapor berada dalam keadaan selamat.
-mstar-

Tiada ulasan: