KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara berhubung isu 1MDB dan Tabung Haji.
“Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini,” tulis beliau menerusi facebook yang bertajuk ‘Saya Risau’ sebagaimana di bawah.
Ini bukan politik kepartian. .ini hak seorang rakyat ingin tahu tentang masa depannya..
Sebagai rakyat, saya berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara saya seperti orang lain juga. Banyak soalan yang tidak diberikan jawapan yang jelas. Isu 1MDB yang dibangkit oleh Ybg. Tun Mahathir yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri. Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu 'kebal dan utuh'? Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang. Sekarang Tabung Haji pula dilaporkan akan membeli dari 1MDB dengan satu pembelian luar biasa. Saya lihat pihak ABIM telah menuntut penjelasan kerajaan. Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan.
Saya risau. Ini bukan isu politik kepartian. Saya bukan penyokong pembangkang. Tapi ia isu masa depan saya dan negara saya. Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini. Kasihanilah kami.
Harakahdaily
1 ulasan:
Mufti Perak tak main isu ni. Dia punya opsyen berkaitan sex.
Catat Ulasan