"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JAIS: 15 Nazir masjid diberi amaran & akan dipecat! Nyahh

dewa
SEWAKTU zaman Rasullullah SAW, baginda telah menjadikan masjid pusat pentadbiran politik negara malah peranan masjid disebatikan dengan kehidupan seharian (politik Islam, kewangan Islam, akhlak Islam). Terkini, JAIS yang sibuk berkempen politik Islam Hadhari untuk UMNO termasuk di masjid-masjid tiba-tiba menjelaskan bahawa 15 NAZIR MASJID SUDAH DIBERI AMARAN dan akan dibuang jawatan kelak kerana kononnya mempertikai titah Sultan. Keratan akhbar disertakan:

Jais beri amaran keras larang ceramah politik di masjid, surau

SHAH ALAM: Seramai 15 nazir masjid di Selangor diberi amaran keras kerana mengingkari arahan melarang mana-mana pihak menggunakan masjid di negeri itu sebagai tempat berpolitik.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap nazir yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata larangan berpolitik itu perlu dipatuhi kerana ia tertakluk mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Beliau berkata, amaran lebih tegas, termasuk memecat nazir akan dikenakan selepas ini jika mereka terus mengingkari arahan berkenaan.

"Kaedah Tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sudah menyatakan secara jelas melarang semua pihak mengadakan ceramah dalam masjid yang berunsurkan politik, fitnah, menghasut dan menyakiti pihak lain," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menghadap Sultan Selangor berhubung titah baginda yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik.

Mohammed Khusrin berkata, Jais sudah meletak papan kenyataan berhubung larangan berpolitik di masjid dan surau di negeri itu.
Antara lain papan kenyataan itu dengan jelas menyebut mana-mana pihak yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Enakmen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM3,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di
KAJANG, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar merayu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak melayan permintaan Zaid, yang mahu menghadap baginda bagi menjelaskan maksud artikel Penyelaras Pakatan Rakyat dalam blog peribadinya berhubung larangan Sultan Selangor itu.

Di KOTA BHARU: Zaid mendakwa beliau tidak membuat sebarang kesilapan kerana tafsiran yang dibuatnya dalam artikel itu mengikut undang-undang negara.

“Justeru, saya tidak perlu minta maaf terhadap pihak istana. Kontroversi timbul disebabkan ada pihak tidak faham perkara itu,” katanya."""

SELAKU seorang warga Islam berbangsa Melayu, kita berharap Sultan akan bertindak ke atas UMNO kerana menghalang anak-anak Mualaf yang bawah umur dari masuk Islam sekalipun mereka berhasrat masuk Islam dan bukan menjadi suara bagi UMNO.

Bak kata Prof. Aziz Bari, tindakan Sultan dikhuatiri seumpama menekan butang 'self destruct' untuk diri sendiri..

Wassalam

Tiada ulasan: