Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Penipu : Orang Malaysia terkenal dengan sikap pemurah. Cepat menghulur bantuan melihatkan kesusahah orang lain walaupun yang datang meminta bantuan, tidak tahu “asal-usulnya”. Malangnya….
Malangnya keprihatinan rakyat Malaysia telah disalahguna oleh golongan yang sanggup mengambil kesempatan dengan memperhambakan anak yatim bagi memuaskan misi mengaut kemewahan dengan cara mudah dan juga keji. Inilah yang dilakukan Azhar Wahab, pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah.
Azhar Wahab inilah yang mengumpul & mengaut keuntungan duit anda-anda semua yang prihatin semasa menghulur bantuan & derma.
Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Senang Lenang VS Pelajar Sengsara
Anak Yatim di bawah kendalian Azhar Wahab, Pengasas Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah ada sahaja di mana.
- Stesen Minyak
- Kedai Makan
- Dan di merata-rata tempat sehingga ke lewat malam tanpa pengawasan
Berusaha memenuhi tuntutan nafsu serakah pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah, Azhar Wahab bagi mencapai sasaran kutipan yang dikehendaki setiap hari. Akhirnya kanak-kanak dan anak yatim ini digunakan sewenang-wenangnya.
Setiap hari buat kutipan? Jadi bila masa mereka ke sekolah, belajar? Bila masa mereka mengaji dan manghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim yang mudah pun pun tak hafal. Kata Pusat tahfiz Amal Yan Kedah. Erm…..
Gambar Azhar Mahab Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah & “Kanak-kanak Suruhannya”
Nasihat Berita Semasa, jikalau berjumpa dengan mana-mana kanak-kanak yang kutip derma termasuklah daripada Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah jangan diberikan duit tetapi hulurkan bantuan dalam bentuk makanan atau apa-apa selain daripada duit.
Individu seperti inilah yang merosakkan nama Pusat tahfiz di malaysia. memalukan dan membusukkan nama Islam. Apa respon balas anda pula?
Sumber Link
Pusat Tahfiz Amal diarah tutup
ALOR SETAR: Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan telah diarah menghentikan operasi melalui notis arahan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu.
Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.
"Mengenai notis tutup ini juga kita sudah laporkan kepada pihak polis dan kita nanti apa tindakan yang boleh kita ambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata notis itu telah ditandatangani Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.
"Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Jaik sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas Jaik mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.
Difahamkan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.
Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar.
-Bernama-

1 ulasan:
aku pun pernah terkena dgn al-mansur nirm500 lebih. diorang ni menyalahgunakan islam untuk menipu
Catat Ulasan