"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS mampu solo tapi Bersatu akan ‘derita’ hilang 12 kerusi

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Bersatu berisiko hilang 10 hingga 12 kerusi Parlimen yang kemungkinan besar beralih kepada PAS khususnya di kawasan majoriti Melayu jika kemelut pengerusi Perikatan Nasional (PN) gagal dinoktahkan.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kekuatan sebenar PN pada PRU15 banyak didorong jentera dan sokongan akar umbi PAS, sekali gus meletakkan Bersatu dalam kedudukan paling terdedah jika berlaku perpecahan dalam gabungan itu.

“Saya rasa kalau PN berpecah, Bersatu yang akan menderita. Secara anggaran, Bersatu berisiko kehilangan sekitar 10 hingga 12 kerusi yang kemungkinan besar beralih kepada PAS khususnya di kawasan majoriti Melayu,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas cadangan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin supaya partinya bertanding solo jika jalan damai gagal ditemui dalam menyelesaikan kemelut pelantikan pengerusi PN selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan 1 Jan lalu.

Pada PRU lalu, Bersatu bertanding 74 kerusi Parlimen dengan 69 menggunakan logo PN manakala lima lagi atas tiket PAS di Kelantan iaitu Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Ketereh.

Mengulas lanjut, Syaza berkata cadangan Hashim hanya akan merugikan Bersatu susulan sejarah membuktikan PAS mampu bertahan dan mencatat keputusan memberangsangkan walaupun bertanding tanpa gabungan politik.

“Saya berpandangan PAS mampu bertanding bersendirian. Kita boleh melihat pada 2018 apabila ramai menjangkakan PAS akan terhapus kerana bertanding solo, namun akhirnya PAS memenangi 18 kerusi Parlimen dan muncul sebagai kuasa ketiga.

“Pada 2022 pula, jelas kekuatan sebenar PN datang daripada PAS menerusi sokongan akar umbi dan jentera parti yang kukuh. Banyak kerusi dimenangi Bersatu juga disumbangkan faktor PAS kerana mereka bertanding menggunakan logo PAS,” katanya.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang senada dengan Syaza berkata, sejarah menunjukkan PAS boleh berdiri sendiri dan kekal relevan dengan merujuk kejayaan pada PRU 1959 dan 1969 di mana ia mampu menguasai Kelantan dan Terengganu tanpa bergantung pada rakan kongsi.

Katanya, jika PAS bergerak solo pada PRU16 ia berpotensi mengekalkan dominasi di kubu tradisi dan menambah kerusi dengan naratif Islam, Melayu serta integriti politik.

Penganalisis dari Global Asia Consulting itu turut merujuk prestasi Bersatu dalam siri PRK sepanjang tiga tahun kebelakangan ini yang disifatkan tidak memberangsangkan dan menunjukkan kelemahan jentera serta sokongan akar umbi.

“Jadi, dengan kekuatan akar umbi dan sejarah kemenangan, PAS mampu muncul sebagai kuasa ketiga dalam membentuk kerajaan pusat, menjadikan mereka kuasa penentu yang tidak boleh diketepikan dalam percaturan politik nasional,” katanya.

Bekas pekerja taska dihukum penjara 30 tahun kerana bunuh bayi 11 bulan

Bernama-Dpa

Paris: Seorang bekas pekerja taman asuhan kanak-kanak (taska) di Perancis dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana membunuh seorang bayi berusia 11 bulan dengan memaksa mangsa meminum agen pencuci berasid, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik media Perancis pada Jumaat.

Juri di Jabatan Ain, timur tengah Perancis mendapati wanita berusia 29 tahun itu sengaja menuang cecair pencuci longkang dalam jumlah yang banyak ke dalam mulut bayi perempuan itu di Lyon pada Jun 2022, sehingga menyebabkan kematiannya.

Wanita berkenaan mengaku menuang agen pencuci itu ke dalam mulut mangsa, namun menafikan mempunyai niat untuk membunuh.

Beliau mendakwa hanya mahu bayi itu berhenti menangis, lapor BFMTV dan media lain.

Pihak pendakwaan berkata kanak-kanak itu meninggal dunia selepas beberapa jam menanggung penderitaan yang amat dahsyat.

Dalam perbicaraan awal, defendan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun memandangkan niat untuk membunuh tidak dapat dibuktikan pada ketika itu.

Pejabat pendakwa raya kemudiannya memfailkan rayuan atas permintaan ibu bapa mangsa.

Hukuman baharu itu merangkumi tempoh minimum 15 tahun, yang bermaksud wanita terbabit tidak layak memohon pembebasan awal atau parol sebelum tempoh berkenaan tamat.

Pakar psikiatri mendapati wanita itu mempunyai kematangan mental yang rendah, namun menolak sebarang faktor pengurangan tanggungjawab jenayah atas alasan gangguan mental.

Lelaki warga emas ditemui mati dalam longkang di Melaka

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas ditemui maut dipercayai terjatuh ke dalam longkang berdekatan perhentian bas di kawasan perkilangan Ayer Keroh di Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata mayat lelaki berusia 64 tahun itu ditemui seorang pemuda pada 3.30 petang dalam air berkedalaman 0.2m.

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira 1.5m dan mayatnya ditemukan saksi ketika mahu membuang sampah ke dalam tong berdekatan tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada tubuh badan dan hanya terdapat satu luka kecil berukuran lebih kurang 1 inci pada bahagian kiri dahi yang dipercayai akibat kesan terjatuh,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Katanya, mayat itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jejaka 30 tahun kahwini ibu tunggal dua cucu

KOSMO
Ahmad dan Sisri melaksanakan akad nikah di Kaunter Urusan Agama (KUA) Jenangan. - Lambe Turah
JAKARTA – Seorang wanita berusia 58 tahun di Ponorogo, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berumur 30 tahun, lapor portal berita Serambinews. 

Perbezaan usia kira-kira 28 tahun tidak menghalang mereka untuk melangsungkan pernikahan di Kaunter Urusan Agama (KUA) Jenangan baru-baru ini. 

Lelaki bernama Ahmad itu berkata, dia jatuh cinta dengan isterinya, Sisri selepas tiga tahun bekerja sebagai pemandu di kedai runcit milik wanita itu. 

“Selepas bekerja tiga tahun di sini, rasa sayang itu muncul kerana sikap Sisri yang suka membantu dan prihatin terhadap orang lain di Kampung Wates,” kata Ahmad. 

Meskipun Sisri memiliki dua orang anak serta dua cucu, perkahwinan tersebut mendapat restu daripada ibu bapa Ahmad. – AGENSI

Mahiaddin punca kesatuan Bersatu – Pas pecah belah, dakwa Wan Saiful

K PRAGALATH

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa bahawa presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin merupakan faktor yang memecah belahkan kesatuan Bersatu – Pas di dalam Perikatan Nasional.

“Saya berdoa agar rakan-rakan dalam Pas faham bahawa yang merosakkan hubungan Pas dan Bersatu hanyalah Tan Sri Mahiaddin seorang sahaja, bersama kelompok kecil penjilatnya yang bergantung talian hayat kepadanya.

“Usaha mensabotaj ukhuwah dan memecah kesatuan oleh Mahiaddin tidak membayangkan sikap majoriti lebih besar yang mahu hubungan Pas-Bersatu kekal utuh dan murni.” dakwanya menerusi satu hantaran Facebook.

Wan Saiful yang telah dipecat daripada Bersatu turut mendakwa Mahiaddin juga hilang sokongan majoriti anggota Bersatu.

Dalam Bersatu sendiri tekanan untuk Mahiaddin melepaskan jawatan Presiden Bersatu semakin vokal kedengaran. Ini membayangkan bahawa akar umbi mahu hubungan Pas-Bersatu kekal, malah diperkukuhkan lagi.

“Mahiaddin sudah tiada sokongan dalam Bersatu. Malahan yang menjawab bagi pihaknya hanyalah pegawai yang pernah dibayar gaji dan pemegang jawatan parti yang dia lantik. Amat sedikit pemimpin yang dipilih ahli yang mempertahankan Mahiaddin.

“Malahan, ketua-ketua bahagian Sabah, Perak, dan Johor pun dah ramai bersuara menolak Mahiaddin. Johor itu negeri Mahiaddin sendiri.”

Wan Saiful turut menyifatkan syarat bahawa hanya presiden parti boleh menjadi pengerusi PN yang dikatakan Mahiaddin bertujuan untuk menyusahkan semua pihak di dalam blok politik itu.

“Majoriti yang besar bersetuju bahawa Pas amat layak menerajui PN. Maka jika Mahiaddin mahu permudahkan, terima sajalah sesiapa yang dicalonkan oleh Pas.

“Tetapi Mahiaddin sengaja mahu menyusahkan dengan meletak syarat bahawa Pengerusi PN mesti Presiden parti. Kalau Presiden PAS kata beliau tak mahu, Muhyiddin nak lantik Punithan Paramsiven jadi Pengerusi PN?”

Punithan ialah presiden komponen PN – MIPP.

Aduan disiplin ke atas Muhyiddin, ketua penerangan Bersatu pertahan presiden

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan Presiden Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya berdepan sebarang tindakan tatatertib susulan dakwaannya bahawa Bersatu dan PAS bersetuju memansuhkan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Tun Faisal berkata, aduan tatatertib terhadap Muhyiddin, yang meletak jawatan sebagai pengerusi PN pada 1 Jan adalah tidak berasas serta mengelirukan, dan berpunca daripada kegagalan memahami perlembagaan parti serta proses tadbir urus gabungan politik.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata aduan berkenaan yang berdasarkan dokumen dalaman yang bocor, telah diambil di luar konteks, dan tidak boleh dijadikan asas kepada tuduhan berbohong atau salah laku.

Beliau berkata, perlembagaan Bersatu memberikan kuasa eksekutif kepada presiden mengadakan rundingan dengan pemimpin parti lain tanpa memerlukan kelulusan awal daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Katanya, perbincangan dengan PAS hanyalah rundingan awal yang hanya boleh dimuktamadkan melalui proses rasmi parti dan gabungan.

“Nampaknya mereka tidak memahami peruntukan perlembagaan Bersatu mengenai kuasa eksekutif presiden.

“Aduan ini pula sangat bergantung pada surat presiden Bersatu kepada presiden-presiden parti anggota PN dan salinan kepada timbalan setiausaha PN yang dibocorkan di media sosial,” katanya.

Tun Faisal berkata Muhyiddin tidak berbohong, merujuk apa yang dianggap ‘cadangan’ dan ‘implikasi struktur’ mengenai jawatan pengerusi PN dimansuhkan.

“Pernyataan yang dibuat adalah hasil rundingan awal dan analisis implikasi logik, bukan niat menipu atau fakta palsu.”

Dalam satu surat yang bocor kepada umum, Muhyiddin mendakwa Bersatu dan PAS bersetuju memansuhkan jawatan pengerusi PN sebagai sebahagian daripada penyusunan semula gabungan itu, dalam satu mesyuarat antaranya dan pemimpin PAS, pada 16 Jan.

Beliau mendakwa, dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua parti bersetuju dengan penyusunan semula PN, yang mana Bersatu akan mengetuai majlis presiden, manakala jawatankuasa eksekutif pula akan diterajui PAS.

Susulan itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Seorang ahli senior Bersatu, Hariz Faisal Ismail, telah mengemukakan aduan tatatertib terhadap Muhyiddin, dengan mendakwa surat kepada presiden parti komponen PN dikeluarkan tanpa kelulusan sewajarnya, dan menyalahgunakan nama parti, sehingga menjejaskan kredibilitinya.

Hariz berkata, cadangan dalam surat itu tidak pernah dibincangkan mahupun disahkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) atau majlis presiden, dan jawapan susulan daripada PAS pula bercanggah dengan penjelasan Muhyiddin, sekali gus mencetuskan kekeliruan dan kerosakan reputasi, lapor Scoop.

Beliau memetik peruntukan dalam perlembagaan Bersatu yang memerlukan presiden mematuhi keputusan parti dan menjaga imej parti.

Lelaki warga asing ditahan ugut sebar video peribadi

IVAN AMIRUL
Lelaki warga asing berkenaan yang ditahan, semalam.
‎TAWAU – Menjadikan video dan gambar peribadi sebagai alat ugutan, seorang lelaki warga asing akhirnya diberkas polis kurang 24 jam selepas laporan dibuat berhubung kes pemerasan terhadap seorang wanita di Merotai Besar, semalam.
‎Suspek berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai pada pukul 5.45 petang di kawasan tepi Gerai Kampung Merotai Besar.
‎Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata tangkapan dibuat susulan laporan seorang wanita berusia 20-an yang mendakwa menerima ugutan daripada bekas kenalannya melalui beberapa nombor telefon.
‎Menurutnya, suspek mengancam untuk memviralkan video dan gambar peribadi mangsa sekiranya gagal menyerahkan sejumlah wang, kira-kira pukul 10.35 pagi.
‎“Suspek juga dipercayai kerap menghubungi mangsa pada waktu malam dengan tujuan mengganggu dan merosakkan keharmonian rumah tangga mangsa.
‎“Disebabkan takut bahan peribadi itu disebarkan, mangsa mendakwa terpaksa memberikan sejumlah wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
‎Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menemui sebilah pisau sepanjang kira-kira 16 sentimeter serta dua telefon bimbit di dalam sebuah beg sandang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Aduan disiplin ke atas Muhyiddin, ketua penerangan Bersatu pertahan presiden

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan Presiden Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya berdepan sebarang tindakan tatatertib susulan dakwaannya bahawa Bersatu dan PAS bersetuju memansuhkan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Tun Faisal berkata, aduan tatatertib terhadap Muhyiddin, yang meletak jawatan sebagai pengerusi PN pada 1 Jan adalah tidak berasas serta mengelirukan, dan berpunca daripada kegagalan memahami perlembagaan parti serta proses tadbir urus gabungan politik.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata aduan berkenaan yang berdasarkan dokumen dalaman yang bocor, telah diambil di luar konteks, dan tidak boleh dijadikan asas kepada tuduhan berbohong atau salah laku.

Beliau berkata, perlembagaan Bersatu memberikan kuasa eksekutif kepada presiden mengadakan rundingan dengan pemimpin parti lain tanpa memerlukan kelulusan awal daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Katanya, perbincangan dengan PAS hanyalah rundingan awal yang hanya boleh dimuktamadkan melalui proses rasmi parti dan gabungan.

“Nampaknya mereka tidak memahami peruntukan perlembagaan Bersatu mengenai kuasa eksekutif presiden.

“Aduan ini pula sangat bergantung pada surat presiden Bersatu kepada presiden-presiden parti anggota PN dan salinan kepada timbalan setiausaha PN yang dibocorkan di media sosial,” katanya.

Tun Faisal berkata Muhyiddin tidak berbohong, merujuk apa yang dianggap ‘cadangan’ dan ‘implikasi struktur’ mengenai jawatan pengerusi PN dimansuhkan.

“Pernyataan yang dibuat adalah hasil rundingan awal dan analisis implikasi logik, bukan niat menipu atau fakta palsu.”

Dalam satu surat yang bocor kepada umum, Muhyiddin mendakwa Bersatu dan PAS bersetuju memansuhkan jawatan pengerusi PN sebagai sebahagian daripada penyusunan semula gabungan itu, dalam satu mesyuarat antaranya dan pemimpin PAS, pada 16 Jan.

Beliau mendakwa, dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua parti bersetuju dengan penyusunan semula PN, yang mana Bersatu akan mengetuai majlis presiden, manakala jawatankuasa eksekutif pula akan diterajui PAS.

Susulan itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Seorang ahli senior Bersatu, Hariz Faisal Ismail, telah mengemukakan aduan tatatertib terhadap Muhyiddin, dengan mendakwa surat kepada presiden parti komponen PN dikeluarkan tanpa kelulusan sewajarnya, dan menyalahgunakan nama parti, sehingga menjejaskan kredibilitinya.

Hariz berkata, cadangan dalam surat itu tidak pernah dibincangkan mahupun disahkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) atau majlis presiden, dan jawapan susulan daripada PAS pula bercanggah dengan penjelasan Muhyiddin, sekali gus mencetuskan kekeliruan dan kerosakan reputasi, lapor Scoop.

Beliau memetik peruntukan dalam perlembagaan Bersatu yang memerlukan presiden mematuhi keputusan parti dan menjaga imej parti.

Remaja dipatuk ular tedung semasa buka bungkusan

KOSMO
Seekor anak ular tedung yang mematuk mangsa semasa membuka bungkusan. - Lambe Turah
JAKARTA – Seorang remaja di Indonesia mengalami nasib malang apabila dipatuk anak ular tedung yang bersembunyi di dalam bungkusan berisi karpet, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Sukoharjo, wilayah Jawa Tengah, baru-baru ini.

Kakak mangsa, Devia Khaerunnisa berkata, adiknya dipatuk anak reptilia ketika membuka bungkusan tersebut di rumah mereka. 

“Isinya hanya karpet. Apabila saya mengeluarkan karpet itu, kami tidak menemui apa-apa yang mencurigakan.

“Kami terkejut apabila anak ular itu tiba-tiba keluar dari bungkusan dan mematuk tangan adik saya,” kata Devia.  

Mangsa segera dibawa ke Hospital Ir Soekarno untuk rawatan lanjut. – AGENSI

Tragedi ke pasar malam, budak 9 tahun diculik nyaris maut diserang, dicekik

Suharmin Yusuf
suharmin.yusuf@hmetro.com.my
ANTARA kecederaan yang dialami mangsa berusia 9 tahun, selepas diserang seorang lelaki tidak dikenali di Bukit Sentosa, semalam. FOTO Ihsan bapa mangsa
ANTARA kecederaan yang dialami mangsa berusia 9 tahun, selepas diserang seorang lelaki tidak dikenali di Bukit Sentosa, semalam. FOTO Ihsan bapa mangsa
Rawang: Niat tiga beradik berjalan kaki ke pasar malam bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka nyaris maut diserang dan dicekik seorang lelaki berhampiran Bukit Sentosa, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang semalam, mangsa berusia sembilan tahun, dikejar sebelum ditarik masuk ke dalam rumah oleh suspek lelaki ketika melalui hadapan kediamannya.

Berkongsi kronologi kejadian, bapa mangsa berusia 40, berkata, mangsa bersama dua lagi beradik berjalan kaki ke pasar malam berhampiran selepas mendapat keizinan daripadanya.

"Anak saya tiga beradik berjalan kaki ke pasar malam terletak kira-kira 500 meter dari rumah.

"Ketika melalui hadapan rumah suspek, lelaki itu secara tiba-tiba mengejar anak-anak saya.

"Dia kemudian menarik anak perempuan saya dan menyeretnya masuk ke dalam rumahnya," katanya kepada Harian Metro.

Lelaki itu berkata, abang mangsa berumur 12 tahun yang menyedari kejadian itu segera mengejar untuk menyelamatkan adiknya.

"Saya difahamkan, suspek memijak, menyepak dan menendang anak saya berkali-kali sebelum mencekik anak perempuan saya. Abangnya hanya mampu melihat suspek bertindak ganas.

"Dia mengalami kecederaan termasuk luka koyak yang terpaksa dijahit sebanyak enam jahitan pada bahagian dagu, selain kesan lebam pada leher.

"Mujur ada jiran yang menyedari kejadian itu lalu masuk ke rumah berkenaan untuk menyelamatkan anak saya. Kalau lambat sedikit, saya tidak tahu apa yang akan terjadi," katanya.

Bapa kanak-kanak itu yang juga pekerja swasta berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas seorang individu menghantar anaknya pulang ke rumah.

Dia kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati orang ramai sudah menahan suspek.

Menurutnya, dia tidak mengenali suspek dan memaklumkan kawasan perumahan berkenaan sebelum ini disifatkan sebagai selamat serta tidak pernah berlaku sebarang kejadian jenayah sepanjang lapan tahun menetap di situ.

"Ni memang first time (pertama kali).. sebab dekat kawasan ni memang sangat selamat," katanya.

Lelaki itu berkata, anak-anaknya kini masih trauma akibat kejadian itu.

"Selepas kejadian, saya membawa anak saya ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut dan kini telah berada di rumah," katanya.

Menurutnya, suspek berjaya ditahan orang awam di lokasi kejadian sebelum dibawa pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih berwaspada dan tidak membiarkan anak-anak berjalan sendirian tanpa pengawasan walaupun jaraknya dekat.

"Tolong lebih berhati-hati dan jangan biarkan anak berjalan sendiri tanpa pengawasan walaupun dekat dengan rumah kerana sekarang kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku," katanya.

Anda yang tamak, kata PAS kepada Bersatu

Malaysiakini 

Hubungan antara PAS dan Bersatu dilihat semakin meruncing apabila beberapa pemimpinnya saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Terbaru, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menepis dakwaan bahawa ketamakan PAS mengorbankan hubungan dengan Bersatu.

"Anda dan beberapa kerat pemimpin anda yang tamak. Masuk Bersatu pada tahun 2023 selepas PRU, dan pandai-pandai label PAS sebagai tamak dan pemimpinnya gila jawatan.

"Jika PAS tamak, PAS tidak serahkan jawatan ketua pembangkang kepada parti lain walhal PAS mempunyai kerusi paling banyak," katanya dalam hantaran di Facebook.

Dia mengulas laporan Berita Harian yang memetik sumber tidak dinamakan yang menyifatkan parti Islam itu sebagai "tamak".

"Apa dilakukan PAS kini jelas menampakkan ketamakan parti itu dalam mengejar jawatan dan berasakan mereka kuat.

"Ketamakan ini akan memakan diri PAS sendiri sebab ada pemimpinnya gila hendak merebut jawatan," kata sumber berkenaan.

Laporan yang sama turut memetik kenyataan pemimpin Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz yang menyatakan Presiden PAS dan Bersatu telah bersetuju bahawa struktur PN perlu diperbaiki.

Bagaimanapun katanya, wujud perbezaan pendirian mereka dalam isu pemansuhan jawatan pengerusi PN.

Terdahulu, mesyuarat majlis tertinggi PN yang pada mulanya dijadualkan malam tadi dibatalkan dan digantikan dengan mesyuarat pramajlis melibatkan pemimpin tertinggi gabungan itu di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara.

Mereka yang hadir ialah Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) P Punithan; Presiden Gerakan, Dominic Lau, Timbalan Presiden MIPP, S Subramaniam; Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Penerangan Gerakan, Wendy Subramaniam.

Tiada pemimpin PAS dilaporkan hadir pada mesyuarat itu.

Antara pemimpin Bersatu yang tidak hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Presidennya, Hamzah Zainudin, yang memberitahu pihak media semalam bahawa dia tidak dijemput ke perjumpaan itu.

Semalam, Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata mesyuarat pramajlis itu adalah “tidak mengikut perlembagaan”.

Walaupun perlembagaan PN menyebut mengenai penubuhan “majlis presiden”, Takiyuddin berkata badan tersebut tidak pernah ditubuhkan.

Dua hari lalu, berlaku kebocoran surat-menyurat antara Muhyiddin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mendedahkan perselisihan pendapat mengenai “konsensus” yang dicapai dalam mesyuarat pada 16 Januari di kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu bagi menyelesaikan isu berkaitan peletakan jawatannya.

Muhyiddin antara lain mendakwa terdapat persetujuan untuk menubuhkan majlis presiden diketuai Bersatu dan majlis eksekutif diketuai PAS, serta memansuhkan jawatan pengerusi PN, yang kini diintai oleh parti Islam itu.

Berdasarkan konsensus yang dikatakan dicapai itu, Muhyiddin turut meminta pembatalan mesyuarat luar biasa majlis tertinggi PN yang diumumkan Takiyuddin, dan ini termasuk agenda pelantikan pengerusi PN baru.

Abdul Hadi, dalam surat balas yang dikeluarkannya kepada Muhyiddin mendakwa cadangan penyelesaian yang dirujuk oleh pemimpin Bersatu itu tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui.

Perpecahan dalaman PN ini berlaku susulan perbezaan pendapat dalam Bersatu apabila wujud kumpulan dalam parti itu yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Muhyiddin, dan sebaliknya menyokong Hamzah mengambil alih parti itu.

Semasa mesyuarat agung tahunan Bersatu pada Sept tahun lalu, beberapa perwakilan secara terbuka menggesa Muhyiddin meletak jawatan sehingga mencetuskan spekulasi bahawa dia akan digantikan dengan Hamzah melalui Akuan Bersumpah.

Bersatu kemudiannya menyingkirkan bekas anggota majlis tertinggi parti itu, Saifuddin Abdullah dan Wan Saiful Wan Jan, bersama empat ketua bahagian, sekali gus menambahkan kekusutan dalaman parti berkenaan.

Lucah melampau dipercayai punca pergaduhan di Larkin

Bernama 

Kelucahan melampau didakwa dilakukan seorang pelajar lelaki terhadap pelajar perempuan dipercayai punca pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Larkin di Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pergaduhan pada 2.30 petang itu membabitkan dua pelajar lelaki 17 tahun dan abang kepada seorang remaja itu yang berusia 20 tahun.

“Polis menerima laporan kejadian pada 7.13 malam semalam dengan pengadu mendakwa dipukul dua individu.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu rentetan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun diganggu dengan kelucahan melampau oleh pengadu pada kira-kira 2 petang Rabu lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata pelajar perempuan itu membuat laporan pada 5.43 petang semalam.

Beliau berkata kes pergaduhan itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan manakala siasatan terhadap laporan polis oleh pelajar perempuan itu dilakukan di bawah Seksyen 509 kanun sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menerusi talian 07-2182323 untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video pergaduhan itu bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Semalam, satu rakaman video memaparkan seorang pelajar dipukul oleh dua orang lelaki di luar kawasan sekolah tular di media sosial.

- Bernama

Datang nak lawat kebun, jumpa pekerja maut ditikam

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
MAYAT seorang lelaki warga Myanmar yang ditemui di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar, Tanjung Malim pada pukul 11 pagi tadi. - FOTO IHSAN POLIS
TANJUNG MALIM – Seorang lelaki warga Myanmar berumur 25 tahun maut apabila ditikam menggunakan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar, Tanjung Malim pada pukul 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan penemuan mayat pekerjanya.

“Kejadian disedari oleh pengadu semasa membuat lawatan ke kawasan kebun tersebut dan mendapati, pintu rumah dalam keadaan terbuka sebelum menemui mangsa terbaring di bahagian dapur. Lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 1.5 kilometer dari jalan utama.

“Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati si mati ditemui dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah dipercayai ditikam menggunakan sebilah parang dibahagian perut serta kesan kelar pada leher,” katanya di Tanjung Malim hari ini.

Mohd. Hasni berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan dua lelaki warga Myanmar berumur 39 tahun bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Pemimpin PAS yakin krisis PN selesai usai Muhyiddin undur

Anne Muhammad

PETALING JAYA: PAS tidak mungkin bertanding solo pada PRU16 kerana kemelut Perikatan Nasional (PN) akan selesai dalam masa terdekat termasuk tanpa ada lagi pembabitan bekas pengerusi Muhyiddin Yassin, kata seorang pemimpinnya.

Bendahari PAS, Iskandar Samad, berkata isu pelantikan ketua kepada gabungan itu yang kosong sejak 1 Jan lalu selepas Muhyiddin meletak jawatan diyakini boleh diselesaikan secepat mungkin.

“Saya yakin beliau akan terus berundur dan tidak akan terlibat lagi di dalam urusan PN. Saya yakin beliau tidak akan menarik balik peletakan jawatan walaupun didesak kerana ia akan mencemarkan imej beliau.

“Setelah berjaya memimpin negara ketika pandemik Covid-19, malang jika legasi ini terpadam jika beliau membuat ‘u-turn’,” katanya kepada FMT sambil menyatakan rakyat memerhatikan rapat perkembangan dalam PN.

Atas dasar itu, Iskandar yakin partinya tidak akan bertanding solo seperti dicadangkan Mursyidul Am PAS Hashim jika kemelut pelantikan pengerusi PN gagal diselesaikan.

“Untuk keluar dari PN perlu mendapat kelulusan muktamar khas. Ia bukan keputusan mudah dan prosesnya panjang,” katanya.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar, pula berkata kenyataan Hashim perlu ‘dibaca’ secara matang sambil menolaknya sebagai ancaman sebaliknya peringatan strategik yang krisis kepimpinan PN tidak boleh dibiarkan tanpa hala tuju jelas.

“Cadangan mursyidul am supaya PAS bersedia bergerak solo sekiranya kebuntuan ini gagal diselesaikan bukan tanda PAS angkuh atau memutuskan silaturahim.

“Sebaliknya, satu opsyen politik realistik dan berprinsip, berasaskan hakikat bahawa PAS memiliki kekuatan sendiri, jentera akar umbi tersusun, kepimpinan stabil serta rekod pentadbiran,” katanya.

Sarjan penjara dituduh tampar tengkuk pegawai atasan

KOSMO!
Tertuduh ketika hadir di Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!
GEORGE TOWN – Seorang pegawai Penjara Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pegawainya, tahun lalu.

Ahmad Suhaizad Mohd Mansoor, 47, yang merupakan pegawai penjara berpangkat Sarjan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang pegawai lelaki dengan menampar menggunakan tangan pada tengkuk, di kantin Penjara Pulau Pinang pada pukul 7.55 pagi, 1 Jun tahun lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman penjara hingga setahun atau didenda maksimum RM2,000 atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin manakala tertuduh diwakili Yayasan Biro Guaman Kebangsaan, Nur Adilla Zaharuddin.

Ketika prosiding, Lau Shavin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh manakala peguam YBGK yang mewakili tertuduh memohon agar wang jaminan tersebut dikurangkan memandangkan tertuduh dengan pendapatan RM4,000 sebulan perlu menanggung isteri dan anak seramai tiga orang serta ibu bapa.

Nur Fadrina kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan tertuduh juga dilarang untuk mendekati mangsa dalam jarak 500 meter sepanjang kes tersebut berlangsung. Kes ditangguhkan sehingga 3 Mac depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. -KOSMO! ONLINE

2 individu ditahan dekat Maluri urus laman lucah

MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
Antara peralatan yang dirampas oleh pihak polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah unit kondominium di Laville Condominium, Maluri, semalam. FOTO IHSAN POLIS
KUALA LUMPUR –Antara peralatan yang dirampas oleh pihak polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah unit kondominium di Laville Condominium, Maluri, semalam. FOTO IHSAN POLIS Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menguruskan laman sesawang lucah bagi mensasarkan mangsa dari Hong Kong susulan serbuan di sebuah unit kondominium di Laville Condominium, Maluri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat daripada pusat panggilan (call centre) oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Cheras.

Menurut beliau, hasil semakan awal mendapati sindiket berkenaan menawarkan perkhidmatan penstriman langsung kandungan lucah secara terhad masa menerusi sebuah platform dalam talian, sebelum mangsa diminta membuat bayaran tambahan untuk akses seterusnya.

“Namun, setelah mangsa membuat bayaran, mangsa tidak dapat perkhidmatan sepertimana yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, siasatan lanjut mendapati sindiket tersebut berperanan mengawal serta mentadbir pemasaran laman sesawang lucah berkenaan, manakala urusan transaksi pembayaran dipercayai diuruskan oleh kumpulan lain yang masih bebas.

Tambah beliau, sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira enam bulan lalu dengan menggunakan rangkaian talian syarikat telekomunikasi untuk mengakses internet bagi menjalankan aktiviti haram tersebut.

Dalam serbuan itu katanya, pihaknya berjaya menahan dua individu warga China berusia 28 dan 31 tahun serta merampas beberapa unit telefon bimbit dan komputer riba dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM25,000.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Wanita hilang ditemukan maut dipercayai dibunuh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu ditemukan maut di sebuah rumah di Batu Pahat awal pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan, mayat wanita berusia 41 tahun itu ditemukan anggota polis susulan serbuan yang dilakukan ke rumah teres dua tingkat di Taman Damai II pada 1 pagi.

Polis menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu, dipercayai dibunuh beberapa hari lepas.

Suspek berusia 44 tahun turut ditemui di dalam rumah itu, dalam keadaan cedera di leher dan lengan kiri, disyaki akibat tindakan sendiri.

Suspek kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman dengan prosiding ke atas suspek dijalankan di HSNI.

Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu, abang mangsa membuat laporan polis apabila adik perempuannya itu tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas.

Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Bilionair meninggal dunia semasa besarkan ‘anu’

MIR AZRI SHAHARUDIN
SEORANG pakar bedah plastik dan pembantunya dijel kerana seorang pesakit mereka meninggal dunia. - Foto Google
PARIS –  Seorang pakar bedah plastik di Perancis dijatuhi hukuman penjara tertangguh oleh mahkamah selepas pesakit lelakinya yang merupakan seorang bilionair, meninggal dunia semasa menjalani pembedahan membesarkan kemaluan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Warga Belgium-Israel yang juga saudagar berlian, Ehud Arye Laniado meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di klinik Saint-Honore-Ponthieu, Paris.

Lelaki berusia 65 tahun itu menjalani prosedur suntikan pada zakarnya untuk tujuan pembesaran, namun mengalami serangan jantung.

Pakar bedah dikenali sebagai Guy H. dijatuhi hukuman penjara 15 bulan yang ditangguhkan.

Seorang pembantu yang menggantikanya semasa pembedahan tersebut turut dijatuhi hukuman penjara tertangguh 12 bulan.

Kedua-dua doktor yang masing-masing berusia dalam lingkungan 70-an itu kini dilarang mengamalkan perubatan dan diarah membayar denda sebanyak €50,000 (RM235,000).  

Dalam kes itu, pendakwa raya mendapati bahawa Laniado, seorang peminat bina badan telah mengambil bahan terlarang dan bahan kimia yang digunakan untuk membantu lelaki melawan masalah disfungsi ereksi menjelang kematiannya. – AGENSI

Pegawai kanan ATM didakwa pecah amanah RM5 juta tabung kebajikan tentera

Farah Solhi

Pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohamed Fauzi Kamis, pagi ini didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana RM5 juta daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Mejar Jeneral berusia 56 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzanna Hussin.

Mesyuarat pra-majlis: PAS 'ponteng', tapi MIPP kata PN kekal stabil

B Nantha Kumar

Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan, menegaskan PN masih kekal stabil di tengah-tengah spekulasi mengenai ketegangan dalaman gabungan pembangkang itu.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat penting yang diadakan di kediaman Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara malam tadi.

Bagaimanapun tiada kelibat pemimpin utama PAS yang dilihat hadir pada mesyuarat tersebut.

"Kami semua dalam keadaan baik. Kita sedang dalam perbincangan hala tuju PN. Kami akan bertemu PAS selepas ini.

"Tiada tanda-tanda buruk. Kami mantap dan bersedia untuk menghadapi PRU 16.

"(Perbezaan pendapat) adalah perkara biasa dalam politik, antara adik-beradik, (tetapi) kami tetap kawan baik," katanya selepas pertemuan tertutup selama hampir tiga jam itu.

Selain Punithan, turut hadir dalam pertemuan tersebut Presiden Gerakan, Dominic Lau; Timbalan Presiden MIPP, S Subramaniam; Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Penerangan Gerakan, Wendy Subramaniam.

Mesyuarat pra majlis malam tadi diadakan di kediaman bekas perdana menteri itu bagi menggantikan mesyuarat agung luar biasa yang telah dibatalkan.

Pada 27 Jan, Malaysiakini melaporkan Majlis tertinggi (MT) PN telah membatalkan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung semalam, yang sepatutnya membincangkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi, serta kemungkinan melantik penggantinya.

Perkara itu dimaklumkan berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber parti komponen PN.

Dalam sidang media semalam di Parlimen, Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mendakwa mesyuarat "pra majlis" itu sebagai tidak berperlembagaan.

Takiyuddin berkata walaupun perlembagaan PN mempunyai peruntukan untuk penubuhan majlis presiden, badan tersebut tidak pernah dibentuk.

"Presiden Bersatu telah menulis surat kepada semua presiden parti komponen, memanggil ketiga-tiga presiden ini untuk menghadiri mesyuarat (di rumahnya), yang dirujuk sebagai mesyuarat ‘pra majlis’. Saya cari dalam perlembagaan, tak ada apa-apa asas, tak pernah ditubuhkan.

"Memang ada fasal 7A majlis presiden, tapi tak pernah ditubuhkan. Mungkin (mesyuarat pramajlis) panggil minum kopi," katanya.

Sebelum ini, tular surat-menyurat antara Muhyiddin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendedahkan pandangan berbeza mereka mengenai dakwaan "konsensus" yang dicapai dalam mesyuarat pada 16 Januari di rumah Ahli Parlimen Pagoh itu, bertujuan menyelesaikan isu-isu yang timbul daripada peletakan jawatannya.

Antara lain, Muhyiddin mendakwa bahawa persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan majlis presiden yang diketuai oleh Bersatu dan majlis eksekutif yang diketuai oleh PAS, serta memansuhkan jawatan pengerusi PN yang kini dilihat dikehendaki PAS.

Dalam surat itu, Muhyiddin turut mendedahkan bahawa berdasarkan konsensus yang didakwa itu, dia telah meminta pembatalan mesyuarat luar biasa MT PN yang dipanggil oleh Takiyuddin— yang mana dia tidak dimaklumkan mahupun dijemput— dengan agenda yang merangkumi pelantikan pengerusi PN yang baru.

Sementara itu, Abdul Hadi dalam surat balasannya kepada Muhyiddin mendakwa cadangan penyelesaian yang dirujuk oleh Muhyiddin tersebut tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui.

Isteri potong, tetak ‘anu’ suami 50 kali

KOSMO!
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun. - Yonhap
SEOUL – Seorang wanita Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana mengerat alat sulit suaminya sebelum mengepamnya di dalam tandas, lapor portal berita Must Share News semalam.

Menantu wanita berusia 58 tahun itu juga disabitkan kesalahan atas peranannya mengikat mangsa dengan tali serta menghadapi hukuman penjara empat tahun.

Sementara itu, anak perempuan mangsa yang mengupah penyiasat persendirian untuk menjejaki bapanya pula  didenda 3 juta won (RM8,000) kerana bersubahat dalam insiden itu.

Kejadian itu berlaku pada 1 Ogos 2024 di Pulau Ganghwa, Incheon.

Selepas yakin mangsa bermain kayu tiga, tertuduh yang hanya dikenali sebagai A dibantu oleh menantunya untuk menyerang mangsa.

Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Menantu tertuduh mengikat mangsa sebelum wanita tersebut mengerat alat sulit mangsa menggunakan pisau dengan menetaknya sebanyak 50 kali.

Dia kemudian mengepam anggota badan lelaki itu ke dalam lubang tandas lalu mereka melarikan diri.

Walaupun mangsa terselamat selepas pembedahan kecemasan, dia mengalami trauma fizikal dan psikologi. – AGENSI

Ketiadaan Hadi pada mesyuarat presiden cetus persoalan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketiadaan presiden PAS dalam mesyuarat tampuk parti-parti Perikatan Nasional (PN) di kediaman Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin malam tadi mencetuskan persoalan mengenai masa depan penglibatan PAS.

Menurut sumber dalaman PN, ketiadaan pemimpin PAS itu seolah-olah memberi petanda parti itu ‘ke arah keluar dari PN’, lapor Berita Harian.

Katanya, hanya Hadi yang tidak menghadiri pertemuan antara presiden komponen PN itu. Sebab ketidakhadiran beliau tidak dinyatakan, ketika berita ditulis.

Hubungan antara PAS dan Bersatu menjadi topik perbincangan susulan kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.

Perjumpaan malam tadi dipanggil oleh Muhyiddin tidak lama selepas mesyuarat majlis tertinggi PN yang dijadualkan untuk malam ini dibatalkan.

Mesyuarat yang dibatalkan itu untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi gabungan, yang berkuat kuasa pada 1 Jan.

Pengkhianat dikalangan penjawat awam: ‘Orang’ JAS cuba sabotaj operasi SPRM

Ilah Hafiz Aziz

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan terdapat ‘orang’ Jabatan Alam Sekitar (JAS) cuba mensabotaj operasi berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang dijalankan oleh pegawai penyiasat.

Azam mendedahkan perkara itu dalam satu klip audio siar yang disiarkan di laman Tiktok SPRM di sini, hari ini.

Beliau turut mengaitkan perbuatan itu dengan pegawai-pegawai tertinggi jabatan berkenaan.

“Hari ini, dua orang pegawai kanan iaitu Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah telah ditahan kerana mereka menerima rasuah.

“Dan semalam, orang-orang mereka telah sabotaj serbuan yang kita buat.

“Jadi di sini menunjukkan bagaimana kalau orang yang bukan saja tak sihat, yang Ketua Pengarah ini saya tengok tak sihat tetapi (bila) ambil duit sihat. Apabila pemikiran ‘tak sihat’ maka unsur-unsur negatif akan masuk dan terima rasuah yang akhirnya menjejaskan orang lain,” katanya.

Azam mengesahkan penahanan dua pegawai JAS jam 6.30 petang selepas mereka hadir memberi keterangan di ibu pejabat di Putrajaya.

Pasangan kekasih disebat 140 kali kerana zina, minum arak

Buletin TV3 
BANDA ACEH: Polis syariah wilayah Aceh melaksanakan hukuman sebat 140 kali masing-masing ke atas sepasang kekasih yang didapati bersalah kerana melakukan persetubuhan di luar perkahwinan dan minum arak.

Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah.

Pasangan itu disebat di bahagian belakang dengan rotan di tempat awam sambil disaksikan berpuluh orang, menurut seorang wartawan AFP di lokasi hukuman dijalankan.

Pesalah wanita pengsan selepas selesai menjalani hukuman dan dipapah ke ambulans untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Syariah Banda Aceh, Muhammad Rizal memberitahu AFP, secara keseluruhan pasangan itu menerima 140 sebatan setiap seorang yang merangkumi 100 untuk persetubuhan di luar perkahwinan dan 40 sebatan kerana minum alkohol.

Difahamkan, ia salah satu daripada jumlah sebatan tertinggi yang pernah dikenakan sejak hukuman syariah berkuat kuasa selepas Aceh diberikan autonomi khas pada tahun 2001.

Pasangan itu antara enam orang yang disebat kerana melanggar hukum hudud, termasuk seorang pegawai polis syariah dan pasangan wanitanya yang ditangkap berdua-duaan di tempat tertutup.

Pasangan itu menerima 23 sebatan setiap seorang.

“Seperti dijanjikan, kami tidak akan membuat pengecualian terutamanya terhadap anggota kami sendiri (yang bersalah). Ini pastinya mencemarkan nama baik kami,” kata Rizal.

Hukuman sebat mendapat sokongan kuat di Aceh untuk menghukum pelbagai kesalahan, termasuk berjudi, minum alkohol, melakukan hubungan seks sesama jenis dan melakukan hubungan seksual di luar perkahwinan.

Tahun lalu, dua lelaki disebat secara terbuka sebanyak 76 kali setiap seorang selepas didapati bersalah melakukan hubungan seksual oleh Mahkamah Syariah.

Pelakon lelaki positif dadah direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis mengesahkan penahanan seorang pelakon lelaki terkenal selepas ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati positif dadah.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Ya. Saya sahkan ada penahanan itu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan pelakon berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari hingga esok.

Menurut sumber, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing didapati positif.

Sumber turut mendakwa kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Difahamkan, pelakon itu akan didakwa dalam masa terdekat.

Pelakon itu pernah ditahan berkaitan dadah dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman terhadapnya selepas didapati bersalah menggunakan THC.

Bagaimanapun, dia terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkannya membayar denda RM5,000.

Pesawat bawa menteri terhempas

KOSMO
Anggota bomba memadam kebakaran pada pesawat yang terhempas semalam. - PTI
NEW DELHI – Sebuah pesawat membawa seorang timbalan menteri di India terhempas ketika mendarat, menyebabkan semua penumpang dan juruterbang terbunuh, lapor agensi berita United Press International semalam.

Timbalan Ketua Menteri negeri Maharashtra, Ajit Pawar adalah  antara yang maut di samping dua kru dan dua kakitangan kerajaan lain termasuk seorang pegawai keselamatan.

Pesawat Learjet 45 dikendalikan syarikat VSR Airlines itu terhempas kira-kira pukul 8.44 pagi (waktu tempatan) semalam di Landasan 11, Lapangan Terbang Baramati, Maharashtra, demikian menurut Kementerian Penerbangan Awam dalam satu kenyataan.

Laporan kawalan trafik udara menyatakan bahawa selepas gagal melihat landasan pada pendekatan awal, jet itu yang berlepas dari Mumbai ke Baramati itu diminta untuk membuat percubaan mendarat kali kedua.

Pada pendekatan kedua, selepas juruterbang mengesahkan landasan sudah kelihatan, menara kawalan trafik memberi kebenaran pesawat untuk mendarat. Bagaimanapun, menara kawalan tidak menerima maklum balas.

Perkara seterusnya yang dilihat  menara kawalan adalah api di sekitar Landasan 11, demikian menurut laporan itu.

“Perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi nahas dengan bangkai pesawat berada di sebelah kiri landasan,” tambahnya.

Menurut Kementerian Penerbangan Awam, pesawat itu kali terakhir menjalani audit oleh Direktorat Jeneral Penerbangan Awam pada Februari tahun lepas tanpa sebarang masalah dilaporkan.

Juruterbang pula mempunyai masa penerbangan lebih 15,000 jam, manakala pembantu juruterbang pula telah terbang lebih 1,500 jam. – AGENSI 

Lelaki bermotosikal buat ‘onar’ pada wanita

KOSMO!
GAMBAR penunggang motosikal yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh. - Foto Facebook
BANGKOK –  Seorang wanita Thailand meminta polis memperketatkan langkah keselamatan selepas seorang lelaki meraba payudaranya di tepi sebatang jalan di Pattaya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal pada waktu pagi, Jumaat lalu.

Dua wanita lain tampil berkongsi pengalaman serupa, dengan seorang daripada mereka mendakwa dia diganggu oleh suspek yang sama.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai  Bee, 35, berkongsi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu di media sosial bagi memberi amaran kepada wanita lain supaya lebih berwaspada.

Bee berkata, pada hari kejadian, dia menuju ke perhentian bas untuk ke tempat kerjanya di pantai Pattaya tetapi masih belum membuat laporan polis.

Sementara itu, seorang wanita lain memberitahu laman Facebook berita tempatan bahawa dia dihendap seorang lelaki bermotosikal pada hari sama. 

Menurutnya, lelaki itu mengikutinya dari sebuah kedai serbaneka di kawasan Nong Yai, Chon Buri, sehingga ke asramanya. 

Dia percaya lelaki itu adalah suspek yang sama dalam kes raba tersebut kerana menunggang motosikal dan berpakaian hampir serupa.

Mangsa terbaru ini telah membuat laporan polis. – AGENSI

Bapa pengsan, budak 11 tahun ganti pandu kereta

KOSMO!
Kereta dipandu kanak-kanak itu akhirnya berhenti selepas melanggar pembahagi jalan. - SCMP
HONG KONG – Seorang kanak-kanak Hong Kong berusia 11 tahun terpaksa mengemudi kereta selepas bapanya pengsan ketika memandu, sebelum kenderaan itu berlanggar dengan kereta lain, lapor portal brita Mothership.

Kejadian berlaku pada 26 Januari lalu sekitar pukul 6.20 petang (waktu tempatan).

Dalam insiden tersebut, bapa kanak-kanak itu sedang memandu di sepanjang Jalan Shing Sai sebelum dia tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Ia menyebabkan anak mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang depan, mencapai stereng untuk mengawal kenderaan itu.

Kereta itu terus bergerak sejauh hampir 100 meter sebelum ia bertembung dengan kereta lain dan meneruskan perjalanan.

Ia akhirnya berhenti selepas melanggar pembahagi jalan berhampiran Jalan Rock Hill.

Bonet kereta itu rosak, manakala kenderaan tujuh tempat duduk yang dilanggarnya mengalami kerosakan di bahagian belakang.

Kanak-kanak tersebut dan bapanya serta pemandu kenderaan yang dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kejadian itu sedang disiasat. – AGENSI

Bersatu ke garisan penamat?: Hamzah tak dijemput ke mesyuarat 'pramajlis' di rumah Muhyiddin

Alyaa Alhadjri & Qistina Nadia Dzulqarnain

Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainuddin tidak dijemput untuk menghadiri pertemuan yang akan berlangsung di rumah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin malam ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Hamzah (gambar atas) yang juga Ahli Parlimen Larut ketika ditemui media di Parlimen hari ini.

"(Sepatutnya tanya) adakah Datuk Seri dijemput untuk hadir, tanya macam tulah.

"Jemput pun tidak, nak hadir macam mana," kata Hamzah ketika sidang media berkenaan di Parlimen.

Mesyuarat "pramajlis" dikatakan akan diadakan di kediaman Presiden Bersatu itu malam ini bagi menggantikan mesyuarat agung luar biasa yang telah dibatalkan.

Pada 27 Jan, Malaysiakini melaporkan Majlis tertinggi PN telah membatalkan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini, yang sepatutnya membincangkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi, serta kemungkinan melantik penggantinya.

Perkara itu dimaklumkan berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber parti komponen PN.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ketika dihubungi, mengesahkan perkara tersebut.

“Ia telah ditukar kepada mesyuarat pramajlis (PN) di rumah Muhyiddin,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Timbalan Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan

Dalam sidang media sama di Parlimen, Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mendakwa mesyuarat "pramajlis" itu sebagai tidak berpelembagaan.

Takiyuddin berkata walaupun perlembagaan PN mempunyai peruntukan untuk penubuhan majlis presiden, badan tersebut tidak pernah dibentuk.

“Presiden Bersatu (Muhyiddin) telah menulis surat kepada semua presiden parti komponen, memanggil ketiga-tiga presiden ini untuk menghadiri mesyuarat (di rumahnya), yang dirujuk sebagai mesyuarat ‘pramajlis’. Saya cari dalam perlembagaan…tak ada apa-apa asas, tak pernah ditubuhkan.

"Memang ada fasal 7A majlis presiden, tapi tak pernah ditubuhkan. Mungkin (mesyuarat pramajlis) panggil minum kopi," katanya.

Semalam, tular surat-menyurat antara Muhyiddin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendedahkan pandangan berbeza mereka mengenai dakwaan "konsensus" yang dicapai dalam mesyuarat pada 16 Januari di rumah Ahli Parlimen Pagoh itu, bertujuan menyelesaikan isu-isu yang timbul daripada peletakan jawatannya.

Antara lain, Muhyiddin mendakwa bahawa persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan majlis presiden yang diketuai oleh Bersatu dan majlis eksekutif yang diketuai oleh PAS, serta memansuhkan jawatan pengerusi PN yang kini dilihat dikehendaki PAS.

Dalam surat itu, Muhyiddin turut mendedahkan bahawa berdasarkan konsensus yang didakwa itu, dia telah meminta pembatalan mesyuarat luar biasa majlis tertinggi PN yang dipanggil oleh Takiyuddin—yang mana dia tidak dimaklumkan mahupun dijemput—dengan agenda yang merangkumi pelantikan pengerusi PN yang baru.

Sementara itu, Hadi dalam surat balasannya kepada Muhyiddin mendakwa bahawa cadangan penyelesaian yang dirujuk oleh Muhyiddin tersebut tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui.

Mapim: Rumah ibadat haram tak boleh dirunding, ia lemahkan kedaulatan undang-undang

Mohd Zaini Samsu Hadi

KUALA LUMPUR – Sebarang pelanggaran undang-undang berkait isu pembinaan rumah ibadat secara haram tidak boleh dirunding atau diberi pampasan kerana tindakan sedemikian akan melemahkan kedaulatan undang-undang serta mencetuskan ketidakadilan dalam pentadbiran negara.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu dan berpendirian isu tersebut bukan bertujuan menafikan kebebasan beragama sebaliknya menekankan prinsip asas kedaulatan undang-undang dan keadilan yang mesti ditegakkan secara konsisten kepada semua pihak.

“Pembinaan tanpa kelulusan adalah satu pelanggaran nyata. Jika setiap pelanggaran diberi ganjaran dengan tapak baharu atau pampasan, undang-undang akan berubah menjadi alat tawar-menawar, bukan lagi peraturan bersama yang wajib dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebarang kompromi selepas undang-undang dilanggar hanya akan mewujudkan preseden berbahaya kerana ia menghantar mesej bahawa melanggar peraturan merupakan jalan pintas untuk mendapatkan pengiktirafan.

Tambahnya, keadaan itu bukan sahaja melemahkan autoriti kerajaan, malah membuka ruang kepada manipulasi dan tuntutan berulang pada masa hadapan.

Mohd Azmi turut menegaskan, prinsip keadilan mesti dilaksanakan secara saksama tanpa mengira pihak terlibat.

“Jika rakyat biasa dikenakan tindakan atas pelanggaran kecil, tetapi pembinaan haram berskala besar pula diberi pampasan, maka keadilan telah diputar dan kepercayaan rakyat terhadap sistem akan terhakis,” ujarnya.

Beliau menekankan, tanggungjawab pematuhan undang-undang terletak sepenuhnya kepada pihak pembina dan bukan kerajaan atau rakyat.

“Kegagalan mendapatkan kelulusan tidak boleh dipindahkan menjadi beban kepada kerajaan. Akauntabiliti mesti kekal pada pihak yang melanggar,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan keharmonian sosial hanya boleh dibina melalui kejelasan dan ketegasan peraturan, bukannya kelonggaran terpilih atau kompromi politik yang sering menjadi punca ketegangan antara komuniti.

Sehubungan itu, katanya, Mapim menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang secara konsisten dan berfasa tanpa provokasi, menjelaskan dasar nasional secara terbuka bagi mengelakkan salah tafsir serta membezakan dengan jelas antara kebebasan beragama dan pelanggaran pentadbiran.

Kerajaan juga disaran menghentikan amalan pampasan automatik dalam kes pembinaan haram bagi memastikan undang-undang dihormati sepenuhnya.

“Kerajaan yang adil tidak bersikap keras membuta tuli dan tidak juga tunduk kepada tekanan selepas undang-undang dicabuli. Ketegasan berprinsip adalah asas kepada keharmonian jangka panjang negara,” katanya. – MalaysiaGazette

Beri sisa makanan kepada gelandangan - Pempengaruh didenda RM40,000

Bernama 

Seorang pempengaruh media sosial didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini selepas mengaku bersalah memulakan penghantaran video jelik menerusi media sosial memaparkan tiga remaja lelaki memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima.

Tang Sie Luk, 23, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie yang turut memerintahkan lelaki itu dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda. Tang membayar denda tersebut.

Lelaki itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Instagram menerusi satu akaun dengan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang jelik melampau dengan niat untuk menganiayai mana-mana orang.
Hantaran itu dilihat di Pusat Khidmat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, di Lorong Sekilau 58, Jalan Haji Ahmad, di Kuantan kira-kira 12 tengah hari pada 4 Ogos 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (2) akta sama.

Seksyen 233 (2) AKM 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, OKS yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum dan memaklumkan telah insaf atas kesalahan selain sudah membuat permohonan maaf.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran bukan sahaja kepada lelaki itu tetapi juga masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan sama.
"Mangsa sendiri telah mengatakan terasa dihina dan marah akibat perbuatan OKS. Perbuatan memberi sisa makanan (sisa ayam) kepada mangsa bukan bertujuan kebajikan, sebaliknya dilakukan dalam konteks rakaman video bagi kandungan media sosial, yang jelas menunjukkan unsur eksploitasi penderitaan manusia demi hiburan, perhatian dan tontonan awam," katanya.

Berdasarkan fakta kes, OKS yang juga individu yang berada dalam video tersebut dan memberi tulang ayam kepada seorang gelandangan di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, Johor selain mengesahkan telah muat naik kandungan berkenaan menggunakan peranti komunikasi miliknya.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi lebih satu minit memaparkan tiga remaja lelaki memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima.

- Bernama

Pas, PN bergelumang kerosakan hasil doa laknat ‘Tok Guru’

Harapandaily

AHMAD SAYUTI BASHIRON

Islam mengharamkan seorang Muslim mendoakan laknat ke atas Muslim yang lain. Allah SWT menegaskan bahawa hanya Dia sahaja yang mempunyai kekuasaan mutlak untuk melaknat makhluk-Nya.

Islam juga mengharamkan perbuatan mendoakan keburukan terhadap mana-mana kumpulan, termasuk bukan Muslim, yang tidak melakukan kesalahan atau kezaliman seperti yang dituduhkan ke atas mereka.

Janji Allah adalah jelas — para malaikat akan mencari di segenap pelusuk mereka yang gemar mendoakan laknat dan keburukan, apabila apa yang dipohon itu merupakan kebatilan dan fitnah terhadap pihak yang tidak melakukan perkara tersebut.
Dan akhirnya, segala doa laknat serta keburukan itu akan dikembalikan kepada si pendoa sendiri. Itulah janji Allah yang pasti. Hakikatnya, perkara ini kini semakin terserlah.

Hari ini, Pas dan Perikatan Nasional (PN) sedang bergelumang dengan kebatilan dan kerosakan hasil doa laknat yang dilafazkan para Tok Guru atau lebai-lebai yang menyesatkan penganut ajaran itu.

Ambillah iktibar daripada peringatan ini untuk renungan kita semua.

Mahkamah arah Chegubard, Youtuber bayar RM550,000 kepada Farhash

Malaysiakini 
story-image
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador diberikan ganti rugi sivil berjumlah RM550,000 berhubung saman fitnahnya terhadap Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan Youtuber, Nurpais Ismail.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Apandi, yang menyampaikan penghakimannya pagi tadi, mendapati defendan telah mengeluarkan kenyataan memfitnah Farhash dalam audio siar (podcast) yang diterbitkan di laman Youtube Nurpais pada Mei tahun lalu.

Mahkamah dalam keputusannya menyatakan tuntutan fitnah Farhash terhadap kedua-dua individu tersebut tidak dicabar, memandangkan Chegubard dan Nurpais tidak memfailkan kehadiran. Ini mendorong mahkamah untuk meneruskan pendengaran kes tanpa pembelaan mereka pada 12 Januari tahun ini.

“Bagi ganti rugi am, (selepas mengambil kira) keseriusan dakwaan, tahap penyebaran, kedudukan plaintif dalam masyarakat, serta keperluan untuk membersihkan nama, saya menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000.

“Saya dapati ganti rugi teladan juga wajar diberikan kerana kedua-dua defendan menunjukkan sikap tidak peduli yang sinis dan terancang terhadap reputasi plaintif dengan memilih untuk mengeksploitasi dan merosakkan nama baiknya demi kepentingan politik serta komersial mereka sendiri.

“Pemberian ganti rugi teladan adalah perlu bagi menghantar mesej jelas bahawa tingkah laku sedemikian tidak akan diterima. Oleh itu, saya memberikan ganti rugi teladan berjumlah RM100,000 terhadap kedua-dua defendan secara bersama dan berasingan,” kata Arziah, sambil menambah dia turut menganugerahkan ganti rugi teruk RM150,000 kepada Farhash.

Arziah juga memerintahkan kedua-dua defendan membayar faedah tahunan sebanyak lima peratus ke atas jumlah penghakiman, yang dikira bermula 26 Mei 2025, iaitu tarikh kes difailkan sehingga ia selesai sepenuhnya.

Dia juga mendapati defendan telah membuat kenyataan fitnah yang jelas mampu mencemarkan reputasi Farhash dalam pelbagai dimensi kehidupannya.

“Elemen rujukan dipenuhi dalam kes ini. Defendan pertama (Chegubard) telah menamakan plaintif secara eksplisit berkali-kali sepanjang temu bual menggunakan nama yang biasa dikenali iaitu 'Farhash'.

“Defendan pertama tidak meninggalkan ruang untuk kekaburan dengan memberikan butiran pengenalan khusus termasuk peranan plaintif sebagai (bekas) setiausaha politik dan 'anak emas' Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“(Defendan pertama juga mengenal pasti) kedudukan plaintif sebagai bekas pemimpin PKR Perak dan pelantikan korporatnya dalam syarikat senaraian awam. Oleh itu, saya dapati tanpa ragu-ragu bahawa kenyataan fitnah tersebut merujuk secara jelas kepada plaintif,” katanya.

Dia menambah, penglibatan Chegubard dalam temu bual bersama Nurpais menunjukkan niat dan kefahaman defendan pertama bahawa kata-katanya akan disebarkan kepada puluhan ribu penonton.

Katanya lagi, temu bual itu bukan perbualan peribadi yang dirakam secara tidak sengaja, tetapi tindakan konfrontasi awam yang disengajakan melalui media massa.

“Defendan kedua (Nurpais) mempunyai kawalan editorial sepenuhnya sama ada mahu menerbitkan kandungan fitnah tersebut atau tidak. Tingkah laku ini bukan sekadar penerbitan pasif kerana dia mengambil bahagian dalam temu bual dengan mengajukan soalan yang dirancang untuk mencetuskan jawapan berunsur fitnah.

Mahkamah mendapati Nurpais memburukkan lagi keadaan dengan mensensasikan podcast tersebut menerusi tajuk yang dirangka untuk memaksimumkan perhatian dan tontonan, sekali gus memburukkan kemudaratan yang berpunca daripada penerbitan itu.

“Motivasi defendan kedua berasaskan keuntungan komersial memandangkan dia merupakan pengarah (sebuah penerbitan) yang menjalankan kursus motivasi dan kewangan, serta ada kepentingan perniagaan untuk menjana tontonan dan kontroversi bagi membina jenama peribadinya dan menarik pelanggan.

“Dia secara sengaja mengeksploitasi reputasi plaintif dan sifat dakwaan tersebut bagi memenuhi tujuan komersialnya sendiri, dengan langsung tidak menghiraukan kerosakan yang dialami oleh plaintif,” katanya.

Mahkamah turut mendapati kedua-dua defendan bertindak dengan niat jahat terhadap plaintif, yang dibuktikan lagi melalui masa dan konteks penerbitan tersebut.

‘Eksploitasi sinikal’

Kata Arziah lagi, temu bual itu menyentuh isu-isu yang sensitif dari segi politik, termasuk pertikaian dalaman PKR dan pelantikan dalam kerajaan.

“Para defendan mengeksploitasi keadaan politik yang tegang ini untuk melancarkan serangan peribadi terhadap plaintif, dengan mengetahui bahawa dakwaan tersebut akan mendapat sambutan dalam kalangan pembangkang dan mencetuskan kontroversi.

“Eksploitasi sinikal terhadap (reputasi politik Farhash) demi keuntungan peribadi dan publisiti ini menunjukkan motif yang tidak wajar.”

Kenyataan para defendan didapati telah mencemarkan reputasi Farhash dengan menggambarkannya sebagai seorang yang korup, tidak jujur serta tidak layak menerima gelaran dan pencapaiannya, katanya.

Dakwaan-dakwaan itu, katanya lagi, telah mendedahkan Farhash kepada kebencian awam, ejekan dan penghinaan dalam masyarakat serta dalam kalangan individu yang mengenalinya secara peribadi.

“Walaupun plaintif telah menarik diri daripada politik aktif, dia masih mengekalkan hubungan dalam lingkaran politik dan dikenali atas khidmatnya sebelum ini sebagai setiausaha politik kepada perdana menteri.

“Kenyataan berunsur fitnah itu telah menjejaskan legasi politiknya dengan menggambarkannya tidak lebih daripada seorang manipulator yang mengeksploitasi kedudukannya untuk kepentingan peribadi.

“Ini secara asasnya memberi gambaran salah terhadap khidmat dan sumbangan politik plaintif,” kata Arziah lagi.