"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ampun Tuanku patik mohon sembah kemaafan’

DATUK MAHFUZ OMAR 
Persoalan yang dibangkitkan oleh para pemimpin Umno menuduh saya menghina dan memperlekehkan Tuanku Sultan Pahang adalah satu persoalan politik yang cetek dalam mendifinasikan soal kepimpinan.

Komen saya adalah berdasarkan hasrat Pakatan Harapan yang mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Najib selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Pada hemat saya cadangan yang di anjurkan oleh PH adalah satu cadangan yang logik dan munasabah kerana pada hemat saya ‘usia’ bukan penghalang bagi sesuatu kejayaan dan tindakan tetapi segala nilai tangga kejayaan terletak juga kepada daya pemikiran, mental dan idealisma serta pengalaman*.

Dalam usia 92 tahun,Tun Mahathir masih cergas dalam membuahkan idea dan fikiran disamping berkongsi pengalamannya selama 22 tahun dahulu sebagai PM.

Pada saya adalah ‘tidak wajar’ menjadikan usia sebagai penghalang dan isu dalam apa jua situasi apatah lagi dalam kepimpinan dan pemerintahan.

Sekiranya kita menjadikan usia sebagai faktor penyebab bagi segala tindakan dan gerakerja, maka negara akan mengundang krisis kemanusiaan.

Saya sedih apabila pihak tertentu mempersendakan persoalan usia sebagai halangan dalam kehidupan seolah kita menidakkan realiti dunia dan agama.

Ramai pemimpin-pemimpin utama negara menajdi pemimpin dan terus memimpin kerana kejayaan kepimpinannya, Maharaja Akhihito berusia 83 di Jepun, Sheiikh Sabah berusia 88 menjadi pemerintah Kuwait, Presiden Raul Castro berusia 86 sebagai Presiden Cuba, Ketua Negara United Kingdom Ratu Elezibeth 91, Presiden Beji Caid Essebsi 91 di Tunisia.

semua mereka ini sehingga kini adalah merupakan pemimpin pemimpin negara yang sah dan tidak terhalang oleh usia yang lanjut.Hatta Almarhum Tuanku Abdul Halim Muazam Shah Yang Di Pertuan Agong kita yang lalu juga telah mengakhiri pemerintahan Baginda menjadi Ketua Negara Malaysia dengan cemerlang tatkala diusia baginda 88 tahun.

Oleh itu sekiranya pihak tertentu menjadikan isu usia sebagai bahan politik kepentingan tertentu maka ianya juga seolah mempertikaikan sistem dan adat budaya tradisi kita yang tidak pernah menjadikan usia sebagai hujjah untuk menidakkan hak kepimpinan individu sama ada secara politik atau perlembagaan.

Namun keterlanjuran saya menyebut nama DYMM Tuanku Sultan Pahang sebagai hendak menunjukkan kebobrokkan dan kebodohan hujah dangkal pihak Umno dalam menghuraikankan erti kepimpinan.

Saya tidak berniat untuk menghina ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Pahang,malah menyanjung dan menjunjung Tuanku untuk terus kekal di puncak tahta Negeri Pahang.

Jika ungkapan saya telah menimbulkan kemurkaan Pemangku Tuanku Sultan Pahang Patik dengan penuh sembah takzim Patik memohon sembah kemaafan diatas keterlanjuran Bahasa patik dan mendoakan kesejahteraan Tuanku Sultan Pahang sebagai pemerintah dan pemimpin negeri Pahang Darul Makmur.

‘Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Tiada ulasan: