"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Undi rakyat untuk perbahasan kosong

RAHMAN SHAARI
Dalam arena politik, sesekali saya terfikir dan bertanya, apa gunanya berbahas mengenai pelbagai perkara yang tiada kaitan dengan pentadbirankerajaan. Jika kita andaikan satu hari pembangkang juga akan menjadi pentadbir jika menang, adakah perbahasan yang bukan-bukan ini dilangsungkan juga? Jika demikian, undi rakyat ialah undi untuk perbahasan yang bukan-bukan.

Logiknya, rakyat memilih kerajaan adalah untuk memerintah dan mentadbir negara. Seelok sahaja kerajaan ditubuhkan, kehendak rakyat ialah pemerintahan yang baik dan pentadbiran cekap. Kerajaan Malaysia telah ada, dan kerajaan negeri-negeri dalam Malaysia pun ada. Jika masing-masing menjalankan tugas, maka hasrat rakyat menyertai pilihan raya (iaitu teruk-teruk keluar mengundi) akan tercapai.

Namun, seperti yang kita perhatikan hampir setiap minggu, kadang-kadang hampir setiap hari muncul polemik. Jumlah saham orang, misalnya dua juta, enam juta atau lapan juta, diperkatakan secara berterusan. Apakah tujuannya? Padahal, jika seseorang ada saham banyak, ada duit banyak, biarkanlah. Mengapa kita sibuk memperkatakan saham tokoh politik?

Jika seseorang itu memiliki saham terlalu banyak, barangkali kita mencurigai punca pendapatannya. Sebenarnya, di Malaysia, sesiapa yang berada di sekitar menteri atau jika berpeluang memegang jawatan yang akan menyebabkan dia kaya, maka kayalah dia. Itu perkara mudah dan amat logik, terutama dalam pandangan rakyat marhaen.

Jika seseorang itu terbukti memiliki saham berjuta-juta ringgit dan dia disiasat, adakah akan disiasat juga orang lain yang memiliki saham lebih banyak daripada itu? Jika itu kita laksanakan, maka kerja kita tidak lain daripada mencari bukti bahawa orang itu dan orang ini mendapatkan wang yang banyak secara tidak betul.

Sebenarnya, yang ingin saya katakan ialah perkara ini tidak akan habis. Kita mengandaikan orang kerajaan atau yang dekat dengan mereka, mempunyai wang atau harta yang banyak. Jadi, jika orang yang rapat dengan bekas orang kerajaan atau dengan mantan menteri yang amat berkuasa, maka kayalah dia. Andaian tersebut mungkin betul, mungkin juga salah.

Jika kita mengandaikan demikian, maka hendaklah membuktikan kesemua yang sedemikian adalah sama. Dalam kata lain, orang yang dekat dengan menteri pada masa lalu adalah sama dengan orang yang rapat dengan menteri pada masa sekarang. Pandangan kita hendaklah adil. Sejak dahulu orang mengatakan, sesiapa yang dekat dengan menteri akan beroleh itu dan ini.
S/H

Tiada ulasan: