"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Kartika: Mufti Pahang dan Sultan Pahang Berdosa Besar, wajib bertaubat..

dewa
TERKINI! Akhbar melaporkan bahawa Sultan Pahang baru sahaja MENGAMPUNKAN kesalahan hudud yang dibuat oleh Kartika iaitu kesalahan minum arak. Menurut fahaman penulis yang belajar shariah di dalam dan diluar negara, dan turut memiliki DSLP (diploma shariah untuk kelayakan menjadi peguam syarie), HUKUMAN HUDUD apabila dijatuhkan, tidak boleh diampunkan oleh sesiapa termasuklah KHALIFAH atau Sultan. Meminjam kata Nizar suatu tika dahulu, 'SEMBAH PATIK SEMBAH DERHAKA!'. Artikel lengkap dari akhbar disertakan.

Sultan Pahang arah Kartika Sari jalani khidmat komuniti

"Bharian, 2010/04/01KUALA LUMPUR: Hukuman sebatan syarie yang dijatuhkan ke atas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno telah DIAMPUNKAN oleh Sultan Pahang.

Menurut laporan AP yang memetik peguamnya, Adham Jamalullail, Kartika telah menerima sepucuk surat semalam yang memaklumkan bahawa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersetuju membatalkan sebatan syarie ke atas bekas model itu. " -tamat-

Sewaktu penulis berada di malaysia dahulu, penulis kerap menghadiri ceramah ugama termasuklah ceramah dari Ustaz harun Din. Ustaz Harun Din, dan ulamak-ulamak lain kerap berceramah soal hudud dan penulis kerapkali mendengar bahawa hukuman hudud tidak boleh DIAMPUNKAN oleh sesiapa termasuklah khalifah, apabila sudah disabitkan.

Menjadi kewajipan Mufti untuk menegur dan menasihati baginda Sultan apabila Baginda terkhilaf atau tersilap. Teguran penulis ini ikhlas dan penulis hanya inginkan kebaikan untuk baginda Sultan dan untuk negara.

Apabila penulis merujuk kitab lama hasil nukilan keempat-empat Imam Mazhab yang terdiri dari Imam Abu Hanifah, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hambal, semuanya SEPAKAT bahawa sultan dan khalifah tidak boleh mengubah hududullah atau hukuman hudud.

Kepada Kartika, Kartika sudah berlepas diri kerana akur dengan apa sahaja hukuman yang dikenakan kepadanya. Justeru, bukan lagi salah Kartika. Tetapi, baginda Sultan dan Mufti akan dipertanggungjawabkan di mahkamah akhirat kelak.

Penulis sendiri pun banyak berdosa khususnya di luar negara tetapi penulis tidak pernah mempertikaikan syariah Islam. taubatlah.. Pintu taubat masih terbuka.

p/s: KALAU TAKUT BERMAIN OMBAK, USAH BERUMAH DITEPI PANTAI. hEH. tAK TAULAH TKO berani siarkan artikel ni atau tidak.

Tambahan Catatan oleh WM:
Sebelum ini SKM telah hantar surat rasmi pasal artikel daripada sdr Dewa. Tak ada masalah nak siar kalau kena sama-sama kita jawab. Dewa ingat selamat pasal tak ada maklumat di TKO tapi dia orang akan ambil clone harddisk server untuk kesan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam,

puan kartika ini sudah bertudung, siarkanlah gambar beliau bertudung...semoga Allah merahmati kesungguhannya menerima hukum Islam.

www.duniacacamarba.blogspot.com