"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zambry pembohong, penakut, tidak ikut peraturan tetap mesyuarat

Detikdaily
Sidang Dun Perak yang berlangsung 30 dan 31 Mac lalu sekali lagi digambarkan oleh media arus perdana dengan laporan yang berat sebelah, Pakatan Rakyat Perak dituduh membuat kekecohan.

Untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Adun Pasir Panjang yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin di Lobi Parlimen pada 1 April lalu.

Harakah: Boleh Dato' Seri ceritakan semula apa yang berlaku dalam sidang dun Perak pada 31 Mac lalu yang digembar-gemburkan bahawa Pakatan Rakyat kononnya membuat kekecohan lagi?

Nizar: Pertamanya saya nak nyatakan bahawa laporan akhbar arus perdana seperti TV3 dan sebagainya tidak tepat. Ini kerana hanya mereka sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Dewan sedangkan media lain khususnya media alternatif tidak dibenarkan masuk ke dalam sidang Dun.

Sebaliknnya hanya ditempatkan di galeri awam, mereka (media alternatif) hanya dapat melihat apa yang berlaku tetapi tidak dapat mendengar apa yang dipercakap atau dibahaskan. Jadi untuk itu berita yang dikeluarkan semalam oleh media arus perdana adalah berat sebelah.

Apa puncanya Adun Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan?


Kita keluar Dewan, ianya bermula begini ... sebaik sahaja Dewan bermula dengan doa dibacakan, maka salah seorang daripada Adun Pakatan Rakyat dari Pantai Remis, Nga Kor Ming bangun dan membacakan satu peraturan mesyuarat iaitu perkara 3 4 dan 6. Iaitu Speaker perlu dengar peraturan mesyuarat itu apabila kita bangkit.

Tetapi Speaker tidak mengendahkan, dan beberapa kali bangkit pun beliau tidak diendahkan. Dan kemudiannya mikrofonnya dimatikan. Akhirnya Speaker haram Ganesan meneruskan agenda yang keduanya iaitu sesi soal jawab lisan.

Kami membangkang kerana apa yang kami utarakan ialah perintah tetap, sama ada beliau hendak terima atau tidak apa yang kami bawakan dalam peraturan mesyuarat itu, itu terpulang kepada beliau. Apa yang penting beliau perlu dengar dahulu peraturan mesyuarat yang mahu kami kemukakan.

Kami melihat sama ada beliau tidak faham akan peraturan yang juga perintah tetap dalam mesyuarat Dun itu atau beliau (Ganesan) diarahkan untuk tidak melayan kami. Dan mereka (BN) meneruskan sesi soal jawab lisan, sehingga jam 10.30 pagi kami masih membantah kerana peratutan mesyuarat tidak diendahkan.

Kami mahu perintah tetap itu dipatuhi, hingga jam 10.49, speaker telah menghentikan sesi soal jawab lisan, yang kebiasaannya sesi ini satu jam setengah tetapi semalam berlangsung hanya 38 minit sahaja.

Kemudian kita bangun lagi untuk menyatakan adakah agenda membahaskan Titah Tuanku sebaik selepas sesi soal jawab lisan akan diadakan.

Ini kerana titah perlu dibahaskan. Namun Menteri Besar, Dato' Dr Zambry Kadir dan Ganesan juga tidak menjawab apa yang kami kemukakan itu. Jadi kita mahukan kepastian oleh kerana kita nyatakan perintah tetap perkara 13, titah ucapan Tuanku perlu diutamakan, dan ia mengikut konvensyen.

Kita tidak mendapat jawapan sama ada mahu dibahaskan atau sebaliknya. Mengikut agenda hanya menjunjung kasih tetapi tidak ada perbahasan. Perbahasan ini sepatutnya diutamakan, maka saya sendiri bangun bertanyakan pula Ganesan sama ada titah ini mahu dibahaskan dan dipanjangkan masanya.

Namun ianya tidak berjawab. Kita pohon terdahulu mahu titah itu dibahaskan selama lima hari, namun masih tidak berjawab. Kita mengesyaki mereka mahu menamatkan sidang dengan tergesa-gesa, kerana semua suara kami tidak mahu didengar.

Akibat dari itu kami protes dengan menunjukkan banner-banner kerana ia satu diskriminasi.

Sebelum itu semasa kami mahu masuk ke dewan kami diganggu oleh polis, diminta masuk ikut pintu
lain dan sebagainya. Kami tidak dibenarkan, justeru kami bertindak keluar dewan selepas kira-kira sejam kami di dalam. Saya memberitahu kepada Sivakumar dan Adun PR lain bahawa perkara 13 perlu dipatuhi, kerana ia titah ucapan tuanku yang mesti diutamakan.

Jika tidak dibahaskan ia satu penghinaan. Kami keluar, dan selepas kami keluar dan mengadakan sidang media tiba-tiba kami dikhabarkan bahawa Zambry usulkan satu usul tergempar untuk nembahaskan titah ucapan tuanku.

Maknaya setelah kami keluar barulah mereka bawa. Ini menunjukkan sama ada mereka merancang begitu supaya titah ucapan ini dibahaskan tanpa kami bersama dalam dewan kerana semasa kami keluar dewan baru mereka adakan.

Ini saya tak pasti apa matlamat mereka sebenarnya. Mereka tidak ikut peraturan kerana perbahasan titah ini mencerminkan sama ada BN atau Pakatan Rakyat membahaskan apa yang dititahkan oleh Tuanku. Tetapi hak ini tidak diberi kepada kami.

Kita keluar sebagai protes kerana mereka tidak menghormati perintah tetap peraturan Dun.

Dan paling mengecewakan mereka tidak ada agenda membahaskan titah ucapan Tuanku Sultan, dan mereka tidak membenarkan media masuk ke dewan.

Mikrifon kami ditutup, polis menahan kami dipintu masuk, semua ini menunjukkan sindrom aparteid, sebab itu kami keluar semalam.

(IKUTI WAWANCARA PENUH DALAM HARAKAH EDISI ISNIN)

Tiada ulasan: