Perhimpunan Kebangsaan Perancis semalam (13 Julai 2010) meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian purdah di semua tempat awam. Menurut rang undang-undang tersebut, wanita yang memakai purdah atau pakaian penutup muka lain di tempat awam, bukan sahaja akan didenda sebanyak 150 Euro, malah perlu dihantar mengikuti kursus mengenai nilai kewarganegaraan Perancis.
Manakala, mereka yang memaksa wanita memakai purdah, akan dipenjara setahun atau denda sebanyak 30,000 Euro.
Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Senat untuk dibahaskan pada September nanti dan dikuatkuasakan selepas itu. Kini, terdapat lebih 5 juta penduduk Muslim di Perancis. Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 daripada mereka yang memakai purdah. Sebelum ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pernah menyifatkan purdah sebagai bertentangan dengan harga diri wanita.
Klip-video di bawah menunjukkan reaksi seorang gadis Perancis perkara yang boleh dibuat oleh pemakai purdah di khalayak ramai tanpa menunjukkan muka. Saksikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan