"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 jam jari lekat pada tombol pintu (Gambar)

NUZULSHAM SHAMSUDDIN
DANISH menunjukkan tombol pintu yang menyebabkan sebatang jarinya tersepit selama tiga jam.
MELAKA: Gara-gara bermain tombol pintu, seorang murid tahun tiga terpaksa menahan sakit dan cemas selama tiga jam apabila jari hantu tangan kiri mangsa tersepit pada tombol tersebut di rumahnya di pangsapuri Ujong Pasir di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 11.45 pagi, Muhd. Danish Abbasi Mokhtar, 9, murid Sekolah Kebangsaan Banda Hilir di sini dikatakan bermain dengan tombol pintu di bilik kakaknya, Nurkia Satina Batrisyia, 12.

Ketika tombol itu dipusing-pusing oleh Danish, tiba-tiba jari hantu mangsa termasuk ke celah tombol tersebut yang juga tercabut dari pintu.

Cerita ibu mangsa, Sharifah Nazahatul Akmal Syed Abu Bakar, (gambar kecil) 38, dia mengetahui perkara itu selepas anaknya gagal menarik jarinya keluar dari tombol pintu yang tercabut itu.

Tiada ulasan: