PETALING JAYA: Sekumpulan bekas orang kuat PKR mendedahkan keburukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu program khas di Ampang malam tadi.
Ceramah ‘keramat’ diketuai bekas pemangku Ketua Pemuda PKR (kini AMK) Zahid Mat Arip serta beberapa orang kuat Anwar termasuk Ruslan Kassim, Ng Lum Yong, Ghani Haron dan Azwandin Hamzah.
Menurut Ruslan, program anjuran Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) itu dihadiri kira-kira 500 orang.
“Kami mahu orang ramai berwaspada dengan Anwar…kami telah menceritakan pengalaman kami bersama pemimpin pembangkang itu kepada orang ramai.
“Tidak ada orang yang lebih mengetahui Anwar selain kami. Kerana kami pernah berjuang bersama dalam PKR.
“Kami mengetahui semuanya mengenai Anwar,” kata Ruslan.
‘Serang’ Lembah Pantai
Sebelum pemimpin Tibai itu telah ‘menyerang’ Lembah Pantai yang kini diwakili anak Anwar, Nurul Izzah.
Malam ini mereka akan mengadakan program di Gombak yang diwakili anak didik Anwar, Azmin Ali yang juga timbalan Persiden PKR.
Bagaimanapun, Ruslan berkata, tumpuan Tibai ialah ke semua kawasan-kawasan kuat pembangkang termasuk Permatang Pauh.
“Selepas Gombak, kami akan bergerak ke Parlimen Shah Alam yang dimenangi calon PAS, Khalid Abdul Samad,” katanya lagi.
*mereka-mereka ini hanya pelacur poltik, Berpolitik untuk cari kemewhan. Pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan - kerengga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan