"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pencacai Umno..

AnakSgDerhaka 
Kecoh dibeberapa blog hiburan dan juga blog pencacai UMNO bila mana Sifu Industri muzik Malaysia, Datuk M.Nasir dikhabarkan semakin aktif berpolitik bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semuanya gara-gara Parti Keadilan Rakyat memuatnaik sebuah video lagu berjudul ‘Panji Keadilan’ dilaman You Tube.

Ini kerana walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara M. Nasir dakwa mereka..

Ini dari sebuah Blog Hiburan..

Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik’nya.

Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di’khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.

Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di’nyanyikan oleh M. Nasir.

Walaupun tidak di’nyatakan dalam deskripsi video, ia’nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di’cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.

Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di’heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.

Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lain’nya ~ RotiKaya

Ini pula dari blog pencacai UMNO yang merupakan teman tapi musuh satu Parlimen dengan aku..

Sapa yang tak kenal dengan M Nasir beb.. Gua sebelum ni pun minat dengan lagu-lagu ciptaan beliau..

Tapi semenjak kontroversi kenyataan M Nasir yang persoalkan 'siapa Mahathir' tak lama dulu, gua dah mula 'dingin' dengan individu yang digelar sifu dalam industri muzik negara ni..

Yang terkini, M Nasir didakwa menjadi penyanyi kepada lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan.. Dah habis fikir ke M Nasir tu bila dia terima tawaran untuk nyanyi lagu rasmi parti pemuja Anwar tu beb?

Kalau betullah M Nasir yang menyanyikan lagu PKR tu, gua anggap dia memang manusia yang tak kenang budi dan tak tahu diuntung..

Kita semua tahu bahawa M Nasir adalah warganegara Singapore dan telah mendapat PR di negara ni.. M Nasir juga menjadikan Malaysia yang aman damai ni sebagai tempat dia untuk cari rezeki..

Dan kalau M Nasir tergamak untuk bersekongkol dengan Pakatan laknatullah tu, gua rasa dia berhak untuk dimaki hamun oleh gua..

Apapun.., kita tunggu penjelasan dari tuan empunya diri.. Itupun kalau dia berani bagi kenyataan lah yee.. ~ Media Permatang Pauh

Lebih banyak lagi kutukan dalam Blog-blog pencacai UMNO.. korang carilah ya.. kalau malas tak apa.. korang anggaplah semua blogger pencacai UMNO tu sama saja sifatnya dengan blog 'Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku tu..

Mengapa agaknya M.Nasir dikutuk oleh kebanyakkan Blogger pencacai UMNO?

Adakah mereka terlupa bahawa artis juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang mana demokrasi adalah amalan negara kita.

Oleh kerana demokrasi yang diamalkan setiap rakyat termasuk artis adalah bebas untuk menyokong mana-mana parti politik..

Itu adalah hakikat demokrasi..

Jadi kalau pencacai-pencacai UMNO tu mahu semua artis hanya menyanyikan lagu menyokong UMNO/BN.. korang suruh Najib tukar demokrasi tu kepada kuku besi..

Lihat video di sini

3 ulasan:

Rakyat Biasa berkata...

Alhamdulillah kiranya benar M Nasir mempunyai kesedaran untuk bersama memperjuangkan dunia seninya seiring dengan manifestasi ajaran Islam. Ianya merupakan permulaan yang baik kerana membina sistem ekonomi, politik, pendidikan malah sosial dan hiburan semestinyalah berlandaskan akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Memandangkan keruntuhan teruk ahklak generasi Muda (lebih teruk lagi melibatkan anak tokoh2 politik dan korporat2 yg tidak perlu disebutkan nama), ianya merupakan suatu tuntutan Fardhu Kifayah yang sangat mendesak dan kritikal pada masa kini. Saya doakan semoga ramai lagi para artis yang akan kembali ke jalan yang benar dan seterusnya membantu membentuk sahsiah diri remaja dan masyarakat. WBP, biarlah tanggungjawab itu dilaksanakan dengan iklas tanpa mengira politik. Yang hendak diperbaiki adalah masyarakat tidak kiralah masyarakat itu berlatarbelakangkan mana2 parti. Kita letakkan niat perjuangkan Islam dulu. Parti mana yang akan menang dan meneruskan legasi keindahan, kekuatan dan keharmonian Islam itu, Allah will decide. Kenapa saya berkata begitu , ini kerana jarum yahudi boleh menembusi mana2 parti pun tidak kira BN atau PR. Sesungguhnya Kebangkitan Islam di akhir zaman adalah sesuatu yang “inevitable”. Saya doakan yang terbaik untuk kegemilangan Islam. Amin..

Rakyat Biasa berkata...

Alhamdulillah kiranya benar M Nasir mempunyai kesedaran untuk bersama memperjuangkan dunia seninya seiring dengan manifestasi ajaran Islam. Ianya merupakan permulaan yang baik kerana membina sistem ekonomi, politik, pendidikan malah sosial dan hiburan semestinyalah berlandaskan akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Memandangkan keruntuhan teruk ahklak generasi Muda (lebih teruk lagi melibatkan anak tokoh2 politik dan korporat2 yg tidak perlu disebutkan nama), ianya merupakan suatu tuntutan Fardhu Kifayah yang sangat mendesak dan kritikal pada masa kini. Saya doakan semoga ramai lagi para artis yang akan kembali ke jalan yang benar dan seterusnya membantu membentuk sahsiah diri remaja dan masyarakat. WBP, biarlah tanggungjawab itu dilaksanakan dengan iklas tanpa mengira politik. Yang hendak diperbaiki adalah masyarakat tidak kiralah masyarakat itu berlatarbelakangkan mana2 parti. Kita letakkan niat perjuangkan Islam dulu. Parti mana yang akan menang dan meneruskan legasi keindahan, kekuatan dan keharmonian Islam itu, Allah will decide. Kenapa saya berkata begitu , ini kerana jarum yahudi boleh menembusi mana2 parti pun tidak kira BN atau PR. Hanya dengan pegangan Islam yang sejati sahaja ianya tidak boleh ditembusi. Sesungguhnya Kebangkitan Islam di akhir zaman adalah sesuatu yang “inevitable”. Saya doakan yang terbaik untuk kegemilangan Islam. Amin..

Unknown berkata...

Kenapalah kita tak bermentaliti negara maju. Cubalah professional sikit. Ni yang dikatakan negara maju tapi minda dunia ketiga.
NAK CUBA NIAGA GUNA FACEBOOK MUDAH AJE MEMANG TERBAIK Klik kat sini